You are on page 1of 16

DEFINISI LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR SERTA CONTOHCONTOHNYA Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh

badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang

boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. Kerjasama Kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau gotong-royong (Kamus Pelajar) selain itu ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), atau sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dikalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Maka dari situ secara tidak lansung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Keberanian Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian, kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas di mana murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing.

Semangat berpasukan

Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk dikalangan murid-murid. Semangat bantu-menbantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Berdisiplin Merujuk kepada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Gembira Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Oleh yang demikian muridmurid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting. ia bukan sahaja penting kepada jesmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingan-kepentingannya ialah : Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi

Meningkatkan potensi kreativiti murid. Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya diri dan demokratis Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tunjang : Kemahiran Tajuk : Lokomotor (berlari) Tarikh : 24 September 2008 Masa : 7.30 8.30 pagi Tahun : 2 Musytari Bilangan murid : 30 orang Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari pergerakan asas lokomotor berlari di tahun satu Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat Psikomotor : Melakukan pelbagai larian yang dipelajari (larian lutut tinggi, larian sisi, larian mengikut arahan) secara beramai-ramai mengikut arahan yang diberikan oleh guru) Kognitif : Menyenaraikan dan membanding beza pelbagai jenis larian yang dipelajari dengan betul

Afektif : Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dan berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai : Berdisiplin dan kerjasama Kemahiran berfikir : Menyenaraikan dan membanding beza Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan (daya tahan kardiovaskular) Kesepaduan :

TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN


1. PERGERAKAN ASAS -proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. - Di bahagikan kepada dua kategori. a. Pergerakan kreatif b. Gimnastik - penekanan kepada aspek-aspek berikut; i. ritma asas ii. ritma kreatif iii. lagu pergerakan iv. permainan dan v. kemahiran gimnastik - Pergerakan asas : berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup.

- Pergerakan Bukan Lokomotor : Membongkok Meregang Memulas Berpusing Mengangkat badan Merebah Menghayun - Pergerakan Lokomotor Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Melompat Ketingting-Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Galop Meluncur Nyatakan perbezaan lokomotor dengan lokomotor? Lokomotor Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya. Bukan Lokomotor Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

2. Kemahiran Persepsi Motor - pergerakan berkordinasi mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. (a) Mengimbang- berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. (b) Kesedaran Badan- Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda? atau Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda? (c) Kesedaran Ruang- boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. (d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) - kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat. (e) Kesedaran Arah - menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan semasa membaca. (f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata - interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul cth main bola.

pergerakan asas
PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN 1.0 PENGENALAN Pergerakan asas ialah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik. Pergarakan lokomotor diistilahkan sebagai aktiviti gerak edar dalam ruang am iaitu berubah dari satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, merangkak, mengguling, skip, galop serta polka. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri. Ia melibatkan keupayaan pergerakan bahagian tubuh badan atau anggota badan seperti melakukan regangan, fleksibiliti, putaran, kilasan tubuh perubahan daya. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Misalnya, melambung dan menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting sepanjang sepanjang tali, berlari sambil menggerakkan reben, membaling dan menangkap pundi kacang

dan sebagainya. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih. 2.0 MATLAMAT Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. 3.0 OBJEKTIF Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektifobjektif berikut: 1. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan parasaan. 2. Memberi peluang untuk menjana pemikiran kreatif, mereka cipta serta meneroka pergerakan yang melibatkan tubuh badan. 3. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai digabungkan dengan manipulasi alatan. 4. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang. TARIKH : 21-23 APRIL 2008 5.0 MASA : 8.00 pagi 6.0 TEMPAT : Gimnasium Ungku Aziz

7.0 KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 3

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Prosedur pelaksanaan demonstrasi A) JENIS PERGERAKAN Pergerakan Huraian Pergerakan 1 lokomotor Polka sambil membawa gelung rotan. Sebelah tangan memegang gelung rotan. Pergerakan 2 Bukan lokomotor Melakukan imbangan bangau sambil memutarkan gelung rotan di atas lantai. Pergerakan 3 lokomotor Melakukan gulingan balak di atas tilam. Gelung rotan diletakkan di sebelah tilam tempat akhir gulingan, dan gulingan dilakukan. Pergerakan 4 lokomotor Gallop sambil memegang gelung rotan dengan keduadua tangan. Pergerakan 5 Bukan lokomotor Memusingkan badan 360 dengan imbangan satu kaki sambil memegang gelung rotan dengan kedua-dua tangan. Pergerakan 6 lokomotor Melakukan gripwine di atas bangku dan tangan kanan memegang gelung rotan di angkat ke atas. Pergerakan 7 Bukan lokomotor Melakukan imbangan di atas satu kaki (kaki kiri)

sambil tangan kanan yang memegang gelung rotan diunjur ke sisi. Pergerakan 8 lokomotor Skipping dengan menggunakan gelung rotan Pergerakan 9 Bukan lokomotor Melentik ke belakang sambil tangan kanan memegang gelung rotan dan diletakkan di hujung kaki manakala tangan kiri memegang tumit kaki kiri. Pergerakan 10 lokomotor Melambung gelung rotan dan melompat serta memyambut kembali gelung rotan tersebut. Pergerakan 11 Bukan lokomotor Melakukan regangan dengan membuka sedikit kaki sambil kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan di angkat ke atas. Pergerakan 12 lokomotor Melakukan chasse dengan kedua-dua tangan memegang gelung rotan. Pergerakan 13 Bukan lokomotor Berdiri sambil mengilas badan ke belakang. Gelung rotan digerakkan ke hadapan. Badan kembali normal dan tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas. Pergerakan 14 lokomotor Berjalan sambil memusing gelung di tangan. Pergerakan 15 Bukan lokomotor Berdiri tegak dan membuai-buai sambil keduadua tangan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas. Pergerakan 16 lokomotor Berlari sambil melambung gelung rotan dan melakukan lompatan dekam serta menyambut kembali gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan. Pergerakan 17 Bukan lokomotor Meringkuk di dalam gelung rotan yang diletakkan di atas peti lombol.

Pergerakan 18 lokomotor Melambung gelung rotan dan melakukan lonjakan pendek untuk menyambut gelung rotan. Pergerakan 19 Bukan lokomotor Gelung rotan diletakkan di pinggang dan menggelek mengikut rentak. Pergerakan 20 Bukan lokomotor Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek. Prosedur Pergerakan 1: lokomotor 1) Melakukan polka sambil membawa gelung rotan. 2) Sebelah tangan memgang gelung rotan. 3) Gelung rotan digerakkan bersama. Pergerakan 2: bukan lokomotor 1) Melakukan imbangan bangau. 2) Kaki belakang diluruskan dan tangan yang memegang gelung rotan juga diluruskan. 3) Sebelah tangan lagi di depakan dan diluruskan. 4) Gelung rotan diputar di atas lantai. 5) Imbangan dilakukan untuk beberapa saat. Pergerakan 3: lokomotor 1) Gelung rotan dilempar di hujung tilam. 2) Melakukan gulingan balak di atas tilam. 3) Badan diluruskan dan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada.

Pergerakan 4: lokomotor 1) Melakukan gallop. 2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan di hadapan.

Pergerakan 5: bukan lokomotor 1) Memusingkan badan 360 dengan imbangan satu kaki. 2) Gelung rotan dipegang dengan kedua-dua tangan.

Pergerakan 6 : lokomotor 1) Melakukan gripwine di atas bangku. 2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas. 3) Sebelah tangan lagi didepakan ke sisi.

Pergerakan 7 : bukan lokomotor 1) Melakukan imbangan di atassatu kaki. 2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diunjurkan ke sisi. 3) Kaki yang melakukan imbangan diluruskan dan juga tangan. 4) Gelung rotan dipegang dalam keadaan pegun tanpa ada pergerakan.

Pergerakan 8 : lokomotor 1) Melakukan skipping dalam gelung rotan. 2) Badan sedikit dibongkokkan supaya dapat melalui gelung rotan.

3) Kaki di langkah satu persatu.

Pergerakan 9 : bukan lokomotor 1) Melentik ke belakang. 2) Lutut menyokong badan sebagai tapak. 3) Tangan kanan memegang gelung dan diletakkan di hujung kaki. 4) Tangan kiri di bawa ke belakang dan memegang tumit kiri.

Pergerakan 10 : lokomotor 1) Melambung gelung rotan. 2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

Pergerakan 11 : bukan lokomotor 1) Melakukan regangan. 2) Kaki di buka sedikit seluas bahu mengikut keselesaan. 3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan. 4) Dari bawah, gelung rotan yang dipegang di bawa ke atas dalam keadaan meregang.

Pergerakan 12 : lokomotor 1) Melakukan chasse. 2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.

Pergerakan 13 : bukan lokomotor

1) Kaki di buka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan. 2) Badan dikilas ke belakang dari kanan. 3) Gelung rotan rotan di pegang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diunjur ke sisi dalam keadaan lurus. 4) Gelung rotan digerakkan ke hadapan. 5) Badan kembali normal. 6) Tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas. Pergerakan 14 : lokomotor 1) Berjalan melintasi kon dalam bentuk zig-zag. 2) Gelung rotan dipusing dengan sebelah tangan. 3) Sebelah tangan lagi didepakan dan diluruskan.

Pergerakan 15 : bukan lokomotor 1) Berdiri tegak. 2) Membuai-buai ke kiri dan ke kanan. 3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.

Pergerakan 16 : lokomotor 1) Belari dengan pantas. 2) Melambung gelung rotan itu ke atas. 3) Melakukan lompatan dekam. 4) Menyambut kembali gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan. 5) Berhenti dalam keadaan statik dan pegun.

Pergerakan 17 : bukan lokomotor 1) Gelung rotan diletakkan di atas peti lombol. 2) Meringkuk di dalam gelung rotan.

Pergerakan 18 : lokomotor 1) Melambung gelung rotan. 2) Melakukan lonjakan pendek. 3) Menyambut gelung rotan kembali

Pergerakan 19 : bukan lokomotor 1) Kaki dibuka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan. 2) Gelung rotan diletakkan di pinggang. 3) Pinggang digelek mengikut rentak.

Pergerakan 20 : bukan lokomotor 1) Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek. 2) Satu tangan di angkat ke atas dengan lurus

You might also like