You are on page 1of 26

Waris an MELAYU WARISAN KERAJAAN

MELAKA
NURUL JANNAH BINTI HUSSIN

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka merupakan permulaan suatu tradisi yang menjadi dasar pembentukan budaya politik melayu.

STRUKTUR POLITIK DAN PENTADBIRAN

SULTAN
Menggunakan konsep kerajaan beraja Raja atau pemerintah menggunakan gelaran sultan Berkuasa mutlak Berkuasa melantik pembesar negeri Mengguna pendekatan sistem pewarisan

KEBESARAN DIRAJA
Penggunaan bahasa yang tersendiri. (bahasa istana) Rakyat dilarang sama sekali menggunakan alatan diraja. Alat muzik seperti gendang, gong, serunai, nafiri, medeli. (kumpulan nobat) Penggunaan kain kuning, payung berwarna putih dan kuning.

KONSEP DAULAT DAN DERHAKA


Raja adalah pemerintah yang berkuasa mutlak dan berdaulat. Sesiapa yang ingkar titah dan perintah raja dianggap menderhaka. Daulat dihubungkan pula dengan tulah. Penderhaka biasanya dibunuh dengan cara disalang atau disula.

PEMBESAR EMPAT LIPATAN


Menteri Utama Penasihat sultan Menjadi pengganti sementara sultan jika sultan tiada Ketua hakim untuk kes-kes yang besar

BENDAHARA

PENGHULU BENDAHARI

Ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan Menguruskan segala hal kewangan

TEMENGGUNG

Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri Penguasa bandar dan kota Melaka Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul Protokol istana Hakim di darat

LAKSAMANA

Ketua angkatan laut Menjaga ketenteraman laut Mengawal keselamatan sultan atau pengawal peribadi sultan Mengetuai utusan diraja ke seberang laut Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara

Pembesar empat lipatan pula dibantu oleh pembesar lapan, enam belas dan tiga puluh dua. Antaranya ialah : Seri Bija Diraja, Syahbandar, Kepala Bentara Kanan, Kepala Bentara Kiri, dan Para Sida.

HUBUNGAN DIPLOMATIK

Hubungan diplomatik dijalankan dengan negara serantau. Demi menjaga kepentingan ekonomi dan juga keselamatan. Contohnya China dan Siam.

SISTEM PERUNDANGAN
Undangundang Laut Melaka

Perundangan Kerajaan Melaka


Hukum Kanun Melaka

Asas perundangan yang wajib dipatuhi rakyat melaka. Contoh kesalahan : mencuri, membunuh, memalsukan perintah dan titah raja, menderhaka Sesetengah hukum adat memperuntukkan supaya semua ahli keluarga pesalah turut dibunuh. Turut memperuntukkan syarat dan tatacara ijan dan kabul dalam nikah kahwin. (fasal 25:2 hukum kanun melaka)

STRUKTUR EKONOMI

PERDAGANGAN DAN PERKAPALAN MELAYU MELAKA Melaka terkenal dengan perdagangan dan perkapalan.
...orang Melaka ratalah berkapal belaka melayu -sejarah

Hal ini memperkukuhkan lagi nama melaka sebagai kerajaan maritim yang kuat dan gah.

Dengan kedudukan pelabuhannya bertaraf entrepot, melaka mengendalikan dua fungsi asas dalam urusniaganya.

Pusat pengumpulan barangan

Pusat penyebaran barangan

SISTEM MATA WANG


Urus niaga dijalankan dengan dua bentukbarter dan mata wang. Mata wang menggunakan kepingan timah. Pada kepingan logam ini terpahat nama sultan melaka yang memerintah.

SISTEM UNIT TIMBANGAN


Kebanyakan timbangan diukur dengan unit tahil dan kati. Emas, perak, wangian, kapur, kelembak dan permata ditimbang dengan ukuran kati. Bahan seperti rempah, lada, cengkih, buah pala dan jagung menggunakan ukuran bahara.

SISTEM CUKAI
Kerajaan mengenakan cukai terhadap barangan tertentu. Kapal perdagangan dari Barat dikenakan cukai 6%. Sebaliknya kapal perdagangan dari Timur dikehendaki memberi persembahan kepada sultan. Pedagang melaka dikehendaki membayar cukai sebanyak 3%. Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli.

STRUKTUR SOSIAL

Masyarakat melaka bercorak kosmopolitan. Kehadiran berbagai bangsa menyebabkan muncul pelbagai bahasa pertuturan,kebudayaan serta kesusasteraan. Bahasa melayu sebagai lingua franca Melaka pelopor kepada perkahwinan campur di malaysia.

HIERARKI FUNGSI DAN STATUS


Sultan Pembesar empat lipatan Pembesar lapan lipatan Pembesar enam belas lipatan Pembesar tiga puluh dua lipatan Rakyat jelata Hamba

PENINGGALAN KESULTANAN MELAKA


POLITIK
Sistem pemerintahan beraja Sistem pewarisan takhta Konsep daulat Alat kebesaran diraja Sistem undang-undang

EKONOMI

Penggunaan sistem mata wang Pengenalan cukai Penggunaan unit timbangan

SOSIAL

Masyarakat majmuk Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Perkahwinan campur Seni bina Tarian dan nyanyian

RUJUKAN
MUHAMMAD YUSOFF HASHIM. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid et.al. (1996). Malaysia, Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/ 01/nota-bab-5.html http://cgazmantj.wordpress.com/nota-tingkatan1-bab-5/

You might also like