You are on page 1of 10

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Kompetensi Keusahawanan Di Antara Pelajar Yang Mendapat Pendedahan Formal Di Dalam Bidang Keusahawanan Dengan Pelajar Yang Tidak Mendapat Pendedahan
Hanim bt Sulaimana, Mohd. Hassan Mohd. Osman PhDb, Muhd. Lutfi Muhd Raffic Universiti Teknologi Malaysia Hanim_sul@yahoo.com, m-hassan@utm.my
a,b,c

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi keusahawanan di antara pelajar tahun akhir yang telah diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar tahun akhir yang tidak diberi pendedahan secara formal di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kompetensi keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1986) digunakan untuk kajian ini. Tiga belas kompetensi keusahawanan yang diuji ialah inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain dan ciri kompetensi keusahawanan mampu menggunakan strategistrategi pengaruh. Hasil daripada analisis data, didapati tahap kompetensi keusahawanan bagi pelajar yang telah diberi pendedahan secara formal adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan secara formal. Ini menunjukkan kompetensi keusahawanan di dalam diri seseorang itu dapat ditingkatkan melalui pendedahan formal. Kata kunci: Keusahawanan, kompetensi keusahawanan, pembangunan keusahawanan 1. Pengenalan digalakkan untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan walaupun secara kecilkecilan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) telah mengorak langkah dengan bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti menerusi beberapa program, diantaranya termasuklah Program Inkubator Usahawan Siswazah yang diwujudkan oleh Bank SME dan Kursus Asas Keusahawanan yang dijalankan di universiti. Menerusi program-program ini, siswazah yang meminati bidang perniagaan bukan sahaja menerima pelbagai bimbingan, tetapi akan mengenali jenis perniagaan yang berpotensi maju untuk mereka ceburi (Utusan Malaysia, 26 April 2005). Kementerian Pengajian Tinggi juga menyedari akan hal ini dan telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah. Di antaranya ialah memberi pendedahan tentang

Bilangan siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi awam atau swasta bertambah setiap tahun. Ramai ini akan mencari pekerjaan dan bukan semuanya mudah mendapat pekerjaan kerana kerja yang ada dengan bilangan yang mencari tidak seimbang. Graduan yang bertegas hendak makan gaji, mungkin terpaksa menganggur hinggakan memakan masa bertahun-tahun. Keinginan kuat untuk makan gaji mungkin berpunca dari latar belakang yang mana kebiasaannya dari kecil sudah disuruh belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan lulus dengan pangkat terbaik, kemudian mencari kerja dengan gaji yang lumayan. Menurut Muhamad Salleh Majid (2003), mentaliti mendidik anak menjadi majikan amat kurang kerana takut untuk mengambil risiko. Keadaan semasa tidak lagi mengizinkan pemikiran begini berterusan. Graduan yang telah menamatkan pengajian daripada institut pengajian tinggi hendaklah

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 bidang keusahawanan di kalangan siswazah yang menuntut di institusi pengajian tinggi dengan mewajibkan pelajar mengambil mata pelajaran keusahawanan Pelajar IPTA wajib ambil subjek keusahawanan. (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007). Pendedahan ini bertujuan untuk membuka minda pelajar supaya berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melalui pendedahan ini, para pelajar tidak lagi terlalu bergantung kepada majikan untuk mencari pekerjaan. Keusahawanan merupakan faktor penting dalam proses membangunkan dan memajukan masyarakat dan negara (Khaairuddin Khalil, 2003). Pengalaman yang dilalui oleh negara Jepun dan Korea sepatutnya dicontohi. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Jepun dan Korea merupakan antara negara-negara yang kedudukan ekonomi dan taraf hidup rakyatnya paling mundur, khususnya di Asia. Tetapi 40 tahun kemudian, Jepun telah tergolong di kalangan negara maju di dunia bahkan menerajuinya. Manakala Korea pula menduduki tangga teratas dalam senarai negara-negara industri maju. Kemajuan yang dikecapi oleh kedua-dua buah negara ini memang sudah diakui dunia. Kemajuan negara-negara tersebut adalah diasaskan oleh beberapa faktor. Antara faktorfaktor tersebut adalah peranan usahawan dan budaya usahawan yang wujud dalam masyarakat negara tersebut. Menurut Ab. Aziz Yusof (2001), masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka sedia untuk mencapai kejayaan. Semangat ini telah menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan untuk merebut peluang berkenaan. Menurut Yep Putih (1985), usahawan ialah seseorang yang memikirkan cara-cara untuk menyatukan tenaga manusia dengan modal dan tanah bagi menghasilkan kerja yang bermutu. Kepentingan seorang usahawan ini juga telah di sokong oleh Nor Aishah Buang (2002) yang mengatakan bahawa usahawan juga melihat dan mengenalpasti peluang-peluang dan kegiatan yang sesuai dengan keadaan tenaga kerja, kemudahan yang disediakan dan persekitarannya bagi menghasilkan pendapatan atau keuntungan yang lumayan. Beliau juga menambah bahawa bagi seorang usahawan, setiap masalah yang dihadapi dianggap sebagai peluang ekonomi. Oleh itu, usahawan memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara.

2.

Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.

2.

3.

Mengenalpasti kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Menentukan perbezaan kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan kompetensi keusahawanan di kalangan pelajar.

3.

Kajian Literatur

Setiap tahun minat untuk mengembangkan dan membangunkan bidang keusahawanan semakin meningkat dan ia menunjukkan suatu perkembangan yang positif. Kirby (2003), menyatakan bahawa Demam Keusahawanan bermula pada pertengahan 1980an, perkembangan bidang keusahawanan telah bergerak dengan begitu pantas di mana ia bukan sahaja tertumpu kepada sesebuah negara tetapi telah berkembang ke seluruh pelusuk dunia serta telah mengubah pemikiran dan orientasi kehidupan masyarakat terhadap aktiviti perniagaan seterusnya telah meningkatkan tahap pembangunan sesebuah negara. Keusahawanan bukanlah suatu bidang atau kerjaya yang baru di Malaysia. Bidang ini telah lama bertapak di negara ini. Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa dahulu negara ini dan penduduknya khususnya pada zaman keagungan kerajaan melayu melaka, penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat aktif sehingga pada suatu peringkat telah berjaya menjadikan Selat Melaka dan Pelabuhan Melaka perlabuhan tersibuk di dunia. Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masa itu dikatakan telah menggugat kemasyuran Kota Venice yang sebelumnya merupakan antara pelabuhan utama dunia. Keusahawanan dan pembentukan urus niaga baru penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 peluang pekerjaan baru, menambah keupayaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi negara dan dunia. Hal ini diakui oleh Gilder (1992) seperti kenyataannya, Para usahawan faham akan hukum-hukum alam dan hukum-hukum Tuhan. Mereka memakmurkan dunia. Dalam kerjaya mereka, mereka tidak tamak akan keuntungan, dan langsung tidak pedulikan keseimbangan pasaran. Mereka menghapuskan kemapanan, bukan keseimbangan. Merekalah wira sebenar ekonomi. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu mempunyai kompetensi keusahwanan. Menurut McClelland (1987), kompetensi ialah ciri-ciri yang mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keupayaan yang tinggi seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Dalam bab ini, pengkaji akan menyentuh tentang ciri-ciri kompetensi keusahawanan. Antara kompetensi keusahawanan ialah individu yang mempunyai inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain, dan mampu menggunakan strategistrategi pengaruh. 3.2 Kompetensi Keusahawanan individu yang mempunyai inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain, dan mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh. 3.2.1 Inisiatif

Untuk mencapai keinginan atau kehendak hasil dari desakan dalaman atau galakan luaran itu, individu tersebut memerlukan sesuatu kemampuan atau kemahiran diri yang diistilahkan sebagai kompetensi keusahawanan. Kompetensi-kompetensi ini adalah kemahiran diri yang menyebabkan seseorang itu lebih mampu dan cekap dari orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama dengannya. Menurut Nawawi (1992), perkataaan Kompetensi Keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan. McClelland dan McBer & Co. (1986) telah menyenaraikan tiga belas ciri-ciri kompetensi keusahawanan diri hasil daripada suatu penyelidikan antara kebudayaan di Malawi, India dan Ecuador terhadap usahawan-usahawan yang berjaya. Senarai kompetensi tersebut adalah

Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting. Menurut Ab. Aziz et al. (2005) usahawanusahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana dengan daya inisiatif, usahawan tersebut mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intuisi dan imaginasinya. Sikap ini membawa diri usahawan tersebut selangkah lebih maju daripada orang lain. Sikap inisiatif ini juga amat penting kepada seseorang yang ingin memulakan perniagaan. Di peringkat memulakan perniagaan, bakal usahawan itu perlu banyak melakukan usahausaha sendiri tanpa diminta melakukannya. Ini adalah kerana, ramai usahawan mempunyai idea perniagaannya yang tersendiri, tetapi mereka gagal untuk melaksanakannya (Lambing dan Kuehl, 1997). Dengan daya inisiatifnya beliau akan mencari peluang tanpa mengharapkan peluang tersebut datang bergolek. Oleh itu, untuk mempertingkatkan daya inisiatif kita mestilah menjadi penggerak dan menanamkan sikap atau tabiat memulakan usaha-usaha dan tindakantindakan walaupun dalam bidang yang belum pernah diterokai atau belum ada jejak-jejak yang boleh ditiru atau diikuti. 3.2.2 Melihat dan Merebut Peluang Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Menurut Lambing dan Kuehl (1997), usahawan akan mencari perubahan, bertindakbalas terhadapnya dan mengeksploitasinya sebagai peluang. Ini disokong oleh Kirzer (1979) yang mengatakan bahawa usahawan ialah seseorang yang sentiasa

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 peka untuk menemui sesuatu yang baru dan mengksploitasikannya untuk peluang keuntungan. Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan-usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai, dan halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan. Menurut Schumpeter di dalam Van Praag (1987), usahawan akan mengambil peluang untuk merebut keuntungan. Kemampuan seseorang usahawan itu di dalam melihat dan merebut peluang adalah faktor penting dalam kejayaannya. Kemampuan ini bukan sahaja di peringkat memulakan perniagaan, malahan ianya adalah fungsi utama seseorang usahawan sepanjang hayat perniagaanya. 3.2.3 Kecekalan Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk mengatasi masalah dan halangan dalam perniagaan, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Ada kemungkinan seseorang usahawan itu menemui kegagalan di dalam percubaanpercubaan awalannya dan ramai juga terpaksa mencuba dan berusaha berulang kali untuk mengatasi masalah-masalah yang merintangi usahawan tersebut daripada mencapai kejayaan. Fritsch di dalam Timmons dan Spinelli (2007) mengatakan bahawa membangunkan sesebuah perniagaan adalah aktiviti yang mendesak dan memerlukan tuntutan yang tinggi. Nawawi (1992) mengatakan bahawa sikap tabah dan cekal memerlukan keyakinan diri yang tinggi, daya ikhtihar dan ketahanan diri dalam mengharungi dunia keusahawanan. 3.2.4 Mencari Maklumat Maklumat memainkan peranan penting dalam setiap peringkat pembinaan sesebuah perusahaan atau perniagaan dan dalam pengurusan seterusnya. Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar dari apa jua bentuk maklum balas yang diperolehi sama ada bentuk kritikan orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri. Menurut Praag (1996), pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang usahawan ialah pengetahuan untuk mencari sesuatu maklumat. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi diri serta syarikat yang sedang diterajui. 3.2.5 Menitikberat Mutu Kerja yang Tinggi Usahawan tulen sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya. Ini telah disokong oleh Praag (2005) dengan menyatakan bahawa disamping mewujudkan dan mengekalkan pelanggan, sesuatu perniagaan mestilah mampu menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang dikehendaki, menawarkan sesuatu yang bernilai dengan harga yang menarik, serta sentiasa berkebolehan untuk mendapatkan hasil yang lumayan. 3.2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja Usahawan yang berjaya dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentiasa menepati janji. Antaranya seperti yang berkaitan dengan tahap mutu barangan, penghantaran yang tepat pada masa, harga barangan atau perkhidmatan, dan jumlah barangan yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Clark et al. (1984) mengatakan bahawa syarikat yang memberikan komitmen untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggannya adalah sebagai penunjuk bahawa syarikat tersebut mengambil berat untuk memenuhi kehendak pelanggannya. Menurut Knight (1921), usahawan tidak seharusnya hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi reputasi dan kepuasan seseorang usahawan juga diambil kira. Selain daripada itu usahawan tersebut juga sanggup mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk mengatasi rungutan dan masalah pelanggan. Kepercayaan dari pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah syarikat.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 3.2.7 Berorientasikan Kecekapan Van Praag (1996), usahawan mampu memikirkan pelbagai perkara dalam sesuatu masa, bertindak mengikut keadaan apabila menghadapi masalah, bersedia untuk menerima perubahan dan boleh dipercayai. Oleh itu, usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah-masalah dengan mencari dan melahirkan idea-idea baru atau penyelesaianpenyelesaian secara inovatif. 3.2.10 Berkeyakinan Diri

Seseorang usahawan yang berdaya maju, sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan produktiviti bermakna membuat pengeluaran atau memberikan perkhidmatan dengan kos yang lebih menjimatkan atau dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran. Hanya dengan cara ini pembaziran dapat dielakkan. Pembaziran di dalam syarikat hanya akan mengurangkan keuntungan dan membawa kepada kelembapan syarikat. Menurut Nawawi (1992), usahawan yang menitikberatkan kecekapan diri atau syarikatnya akan mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat-maklumat perniagaannya atau kaedah-kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin dan jentera serta teknologi. 3.2.8 Merancang Secara Sistematik

Ramai manusia yang gagal dalam mencapai matlamat hidup mereka lantaran sikap tidak yakin kepada kebolehan diri sendiri. Menurut Ab. Aziz (2001), untuk mengharungi dunia keusahawanan yang penuh cabaran, individu yang bergelar usahawan itu perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Individu tersebut perlulah menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri untuk membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut perlu juga berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan. 3.2.11 Ketegasan

Merancang dan menyelesaikan masalah adalah tugas biasa seseorang usahawan. Perancangan yang baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat syarikat. Menurut Timmons dan Spinelli (2007), usahawan lazimnya mempunyai keupayaan mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai dan masalah atau rintangan yang mungkin dihadapi. Setelah analisis maklumat dan masalah dilakukan, usahawan tersebut akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk pencapaian matlamat. Kerja dan tugas akan dibahagikan supaya segalanya dapat dilaksanakan secara sistematik. Masalah atau halangan dalam pencapaian maklumat juga dianalisis dan cara mengatasinya dirancang. Dalam proses perancangan yang sistematik itu, usahawan sentiasa mencari langkah-langkah alternatif dan memilih yang berkesan sebagai keputusannya. 3.2.9 Penyelesai Masalah

Dalam mengurus syarikat, usahawan perlu tegas menghadapi masalah dengan pekerja, pelanggan, pembekal atau persekitarannya. Usahawan perlu berani menekankan kebaikan atau kelebihan hasil keluaran atau perkhidmatannya jika dibandingkan dengan orang lain. Menurut Nawawi (1992), usahawan perlu berani dan berkesanggupan untuk menjelaskan sesuatu masalah dengan orang lain seperti pelanggan yang cuba lari dari membayar hutang, pekerja yang malas dan peraturanperaturan yang boleh melembabkan urusan perniagaan. Sikap tegas ini amat penting terutama dalam sifat usahawan sebagai pengurus. Demi untuk pengawalan organisasi, usahawan perlu tegas dalam mengambil tindakan walaupun terhadap rakan atau orang yang rapat dengannya. 3.1.12 Berkemampuan Meyakinkan Orang Lain

Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Masalah-masalah perniagaan jika tidak dicari jalan mengatasinya, akan membantutkan usaha-usaha perniagaan. Menurut

Fungsi utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individuindividu atau insitusi-institusi. Katz (1974) mengatakan bahawa seseorang individu yang mahir berinteraksi dan berunding akan meningkatkan lagi peluang untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Usahawan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 berurusan dengannya untuk menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan tersebut, usahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi sokongan kepada perniagaannya. 3.1.13 Mampu Menggunakan Strategi Pengaruh Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Pengkhususan Kursus Pelajar yang telah mendapat Pendedahan Formal dalam Bidang Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Jumlah Pelajar yang tidak mendapat Pendedahan Formal dalam Bidang Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Jumlah Bilangan Populasi Sampel

35

11

39

12

Seseorang usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan tersebut perlu mampu mempengaruhi pekerjapekerja dan industri yang diceburinya. Menurut Aldag dan Stearns (1987), terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan dalam strategi pengaruh. Asas-asas tersebut ialah pengaruh berdasarkan kuasa mutlak, pengaruh berdasarkan kuasa menghukum, pengaruh berdasarkan kuasa ganjaran, pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran dan pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan. Usahawan harus mampu menggunakan salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber tersebut sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja, keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.

12

74 160

22 49

149 149

45 45

4.

Metodologi Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kompetensi keusahawanan di antara pelajar telah mendapat pendedahan keusahawanan secara formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan keusahawanan secara formal di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang mana dalam kajian ini. Sampel ( Jadual 1) dipilih secara rawak ia itu seramai 49 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai mewakili pelajar telah mendapat pendedahan keusahawanan dan 45 orang pelajar dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia sebagai mewakili pelajar yang tidak mendapat pendedahan keusahawanan. Pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah pun mengambil mata pelajaran wajib keusahawanan manakala pelajar dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia belum mengambil mata pelajaran keusahawanan.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen yang diperkenalkan oleh McClelland (1987) yang digunakan untuk memberikan gambaran tentang tahap kompetensi keusahawanan seseorang. Instrumen yang sama digunakan secara meluas oleh agensi Kementerian Pengajian Tinggi (di dalam modul mata pelajaran wajib keusahawanan) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi seperti MARA dan dan SME untuk menilai kompetensi yang terdapat pada bakalbakal usahawan. Terdapat tiga belas ciri-ciri kompetensi keusahawanan di dalam diri setiap individu. Ciri-ciri tersebut ialah inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain, dan mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh. Berdasarkan instrumen ini, penyelidik telah mengenalpasti ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang telah

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Jadual 3 menunjukkan bilangan dan peratus mengikut pekerjaan bapa bagi responden yang terlibat di dalam kajian ini. Jadual 3: Bilangan dan peratus bagi responden mengikut pekerjaan bapa 5. Hasil Kajian Pekerjaan Bapa Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri Tidak Bekerja Jumlah (f) 23 12 42 17 94 (%) 24.5 12.8 44.7 18.1 100

5.1 Latar Belakang Responden Rajah 1 menunjukkan bilangan dan peratus mengikut jantina bagi responden yang terlibat di dalam kajian ini. Sebahagian besar responden merupakan pelajar wanita memandang kursus yang diikuti merupakan bidang sains sosial.

Lelaki 30%

Di dapati seramai 42 orang bapa responden (44.7%) bekerja sendiri atau mempunyai perniagaan sendiri. Kajian-kajian terdahulu (Kuratko, 2008 dan Lambing, 2008) menunjukkan, ibu atau bapa yang terlibat dalam bidang keusahawanan boleh mempengaruhi anak untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.

Perempuan 70%

Tidak Meminati Bidang Keusahawanan 28%

Rajah 1: Bilangan dan peratus bagi responden mengikut jantina. Jadual 2 menunjukkan bilangan dan peratus mengikut pekerjaan ibu bagi responden yang terlibat di dalam kajian ini. Jadual 2: Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Pekerjaan Ibu Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri Tidak Bekerja Jumlah Kekerapan (f) 14 6 29 45 94 Peratus (%) 14.9 6.4 30.9 47.9 100

Meminati Bidang Keusahawanan 72%

Rajah 2: Responden yang Meminati Bidang Keusahawanan Didapati seramai 68 orang responden (72.3%) atau majoriti responden menunjukkan minat dalam bidang keusahawanan manakala seramai 26 orang responden (27.7%) pula tidak menunjukkan minat di dalam bidang keusahawanan. Hampir semua responden yang meminati bidang keusahawanan datang dari keluarga yang ibu atau bapa mereka bekerja sendiri. 5.2 Kompetensi Keusahawanan Kajian ini telah menguji 13 kompetensi keusahawanan seperti yang telah digariskan oleh McClelland dan McBer & Co. (1986). Skor bagi menentukan tahap kompetensi telah dikelaskan

Sebilangan besar ibu responden merupakan suri rumah (tidak bekerja). Terdapat juga sebilangan ibu responden yang bekerja sendiri yang mana sedikit sebanyak mereka boleh mempengaruhi anak untuk meminati bidang keusahawanan.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 mengikut 3 kategori seperti yang dipamerkan di Jadual 4. Jadual 4: Penentuan tahap kompetensi keusahawanan Skor < 15 15 20 > 20 Tahap Kompetensi Keusahawanan Kompetensi Keusahawanan rendah Kompetensi keusahawanan sederhana Kompetensi Keusahawanan tinggi
Skor

formal di dalam bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan pada kompetensi kecekalan; komitmen terhadap perjanjian kerja; ketegasan dan mampu mengguna strategi pengaruh.

25 20 15 10 5 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 K petensi om M endapat P endedahan Form al Tidak M dapat en P endedahanForm al

Menurut McClelland dan McBer & Co., usahawan yang berjaya mempunyai skor melebihi 20 bagi ketiga belas kompetensi. Jadual 5 dan Rajah 3 menunjukkan skor yang diperolehi oleh setiap responden mengikut kompetensi usahawan. Jadual 5: Skor Responden Mengikut Kompetensi
Min Skor Mendapat Tiada Aras Pendedahan Pendedahan Signifikan Formal Formal 16.65 16.31 0.369 16.98 15.93 0.990 17.61 18.90 18.27 17.80 15.60 19.16 17.73 14.87 0.012* 0.605 0.459 0.000*

Rajah 3: Taburan Skor Mengikut Kompetensi Pada pendapat penyelidik, perbezaaan yang sedikit ini adalah kerana hanya satu sahaja mata pelajaran (2 kredit) yang berkaitan dengan bidang keusahawanan ditawarkan kepada pelajar daripada Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat membuktikan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan bidang keusahawanan di mana seseorang yang diberikan pendedahan atau pengetahuan di dalam bidang keusahawanan akan lebih berjaya di dalam bidang keusahawanan atau dengan kata lain mempunyai tahap kompetensi keusahawanan yang tinggi.

Bil 1. 2. 3 4. 5. 6.

Kompetensi Inisiatif Melihat & merebut peluang Kecekalan Mencari maklumat Menitikberat mutu kerja tinggi Komitmen terhadap perjanjian kerja Berorientasi kecekapan Merancang secara sistematik Penyelesaian masalah Berkeyakinan diri Ketegasan Berkemampuan meyakin orang lain Mampu mengguna strategi pengaruh

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

17.98 18.06 17.92 16.86 16.73 15.22 16.59

17.80 18.27 17.47 16.11 14.42 14.44 14.07

0.324 0.873 0.236 0.801 0.003* 0.412 0.000*

6.

Rumusan Dapatan Kajian

*p<0.05 Walaupun perbezaan tahap ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar di kedua-dua jabatan hanya sedikit, tetapi secara keseluruhannya kompetensi keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan adalah lebih tinggi daripada pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara

Berdasarkan persoalan kajian yang telah ditetapkan, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perbandingan kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang mendapat pendedahan secara formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Berikut ialah rumusan dari dapatan kajian di atas: 1. Tahap kompetensi keusahawanan bagi pelajar yang mendapat pendedahan secara formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal ialah pada tahap yang sederhana. Oleh itu, tahap kompetensi keusahawanan pelajar bagi kedua-dua kumpulan tidak memenuhi tahap kompetensi

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 yang diperlukan oleh seorang usahawan iaitu skor yang melebihi 20 seperti yang gariskan oleh McClelland dan McBer & Co. (1986). 3. 2. Hanya terdapat empat dari tiga belas kompetensi keusahawanan yang berbeza secara signifikan di antara pelajar yang mendapat pendedahan secara formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal. Secara keseluruhannya, tahap kompetensi keusahawanan pelajar yang telah mendapat pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan lebih tinggi daripada pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal. Oleh itu, kajian ini telah menyokong hasil kajian-kajian lepas yang mana seseorang yang diberikan pendedahan atau pengetahuan di dalam bidang keusahawanan akan mempunyai tahap kompetensi keusahawanan yang lebih tinggi. pembangunan usahawan seperti model pembangunan usahawan dan teori bentuk pendidikan Kent juga boleh digunakan. Pihak universiti menambahkan lagi subjeksubjek yang berkaitan dengan keusahawanan atau perniagaan seperti prinsip akaun, pengurusan kewangan dan ekonomi. Program kokurikulum keusahawanan perlu ditingkatkan dengan melibatkan pelajar dalam alam keusahawanan sebenar seperti membenarkan pelajar menjalan aktiviti bisnes sepanjang mereka mengikuti program tersebut. Pihak universiti menggalakkan pelajar untuk menimba pengalaman berniaga semasa minggu konvokesyen dengan memberi pelepasan kuliah dan bantuan dari segi modal kepada pelajar-pelajar. Pihak universiti menyediakan program business coaching dan mentoring untuk membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dalam bisnes. Ini boleh dilakukan melalui satu unit khas yang diterajui oleh jabatan yang ada kepakaran dalam keusahawanan. Pihak universiti perlu mengadakan program attachment atau internship keusahawanan yang mana pelajar yang berminat untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya boleh melalui program ini bersama usahawan berjaya.

4.

5.

6. 7. Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian ini, berikut disenaraikan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang terbabit di dalam meningkatkan ciri-ciri kompetensi keusahawanan pelajar di dalam bidang keusahawanan. Secara tidak langsung, salah satu elemen daripada Kemahiran Insaniah atau lebih dikenali sebagai soft skill ini dapat diterapkan di dalam diri pelajar. Antara cadangan yang ingin dikemukakan ialah: 1. Pihak universiti perlu meningkatkan program-program yang melibatkan bidang keusahawanan seperti Program Gerak Usahawan dan Kursus Asas keusahawanan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi supaya pelajar-pelajar mendapat pendedahan dan kemahiran yang secukupnya tentang bidang keusahawanan. Secara tidak langsung, ia juga dapat menarik minat pelajar untuk menjadi seorang usahawan. Pihak universiti boleh menggunakan hasil daripada kajian yang diperolehi bagi merangka program atau kurikulum yang mengambil kira kompetensi keusahawanan yang hendak dikembangkan di dalam diri setiap pelajar. Selain itu, model-model

7.

RUJUKAN 1. Ab Aziz Yusof, Selvan Perumal dan Faizuniah Pangil (2005). Principle of Entrepreneurship. Pearson Prentice Hall, Petaling Jaya.

2.

Ab. Aziz Yusof (2001). Usahawan dan Keusahawanan: Satu Penilaian.: Pearson Prentice Hall, Universiti Utara Malaysia.

2.

3.

Aldag, Ramon J. dan Stearns, Timothy M. (1987). Management. South-Western Publishing Co., Ohio.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 4. Clark, B., Davis, C. dan Harnish, V. (1984), "Do courses in entrepreneurship and in the New Venture Creation?", Journal of Small Business Management, 22 (2), 26-31. Development, Second Anual Resport to the United States Agency for International Development, March 25.

5.

Gilder, G. (1992), Recapturing the Spririt of Enterprise, ICS Press, New York.

14. Muhamad Salleh Majid (2003). Budaya Usahawan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

6.

Katz, Robert L. (1974). Skill of an effective administrator. Harvard Business Review, 2 (5), 90-102.

15. Nawawi Mohd Jan (1992), Kompetensi Keusahawanan, Asas Keusahawanan, Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut Teknologi Mara: Shah Alam.

7.

Khaairuddin Khalil (2003). Keusahawanan Sebagai Kerjaya. (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

16. Nor Aishah Buang (2002). Asas Keusahawanan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

8.

Kirby, David. A. (2003), Entrepreneurship. Australia: McGraw Hill Education. 17. Timmons, Jeffry A. dan Spinelli, Stephen (2007). New Venture Creation. McGraw Hill Education, New York.

9.

Kirzer, I. (1979). Perception, opportunity and profit: Studies in Theory of Entrepreneurship, The University of Chicago Press, Chicago.

18. Utusan Malaysia (2 Julai 2007)., Pelajar IPTA Wajib Ambil Subjek Keusahawanan. Utusan Malaysia Sdn. Bhd.. m.s. 2.

10. Knight, F.H., (1921), Risk, Uncertainty and Profit. Houghton Mifflin, New York. 19. Utusan Malaysia (26 April 2005), 17 Universiti Bantu Lahir Usahawan Siswazah, Utusan Malaysia Sdn. Bhd.. m.s. 2.

11. Lambing, Peggy A. and Kuehl, Charles R. (2007). Entrepreneurship. Pearson Prentice Hall, New Jersey.

12. McClelland, D.C. (1987), Characteristics of successful entrepreneurs, Journal of Creative Behavior. 21(3):219-233.

20. Van Praag, C. Mirjam (2005). Successful Entrepreneurship, Edward Elgar, United Kingdom.

21. Yep Putih (1985), Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 13. McClelland dan McBer & Co. (1986), Enterpreneurship and Small Enterprise

10

You might also like