You are on page 1of 6

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Penerapan Kemahiran Insaniah: Sikap Pelajar mengenai Penguasaan Bahasa dan Kemahiran Berkomunikasi
Wan Robiah Meor Osman a , Wan Sofiah Meor Osman b, Wan Adnawani Meor Osman Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan, Sarawak b Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan, Sarawak c Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu Terengganu mowrobiah@cls.unimas.my
a c

Abstrak

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja dan berupaya bersaing di peringkat global. Penerapan kemahiran insaniah merupakan salah satu peranan penting yang dimainkan oleh IPT dalam usaha ini. Kajian ini mengkaji penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan menfokus kepada penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Tiga aspek utama kajian iaitu: (a) pemahaman dan penilaian pelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai salah satu kemahiran insaniah (b) penerapan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi melalui pengajaran dan pembelajaran di universiti (c) sikap pelajar dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti. Data diperolehi melalui soal selidik dan hasil kajian dibincangkan bersama implikasi dan saranan dalam konteks polisi terkini pendidikan tinggi. Kata kunci: Kemahiran Insaniah; Kemahiran Berkomunikasi; Pendidikan Tinggi; Sikap Pelajar

1. Pengenalan Perkembangan pesat ekonomi global, teknologi maklumat dan kemunculan rangkaian kerjasama organisasi yang membolehkan persaingan memperlihatkan keperluan kepada kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan tenaga kerja masa kini (lihat Curtis, 2004; Kruss, 2004; Van Loo & Toolsema, 2005). Kepentingan kemahiran insaniah adalah seiring dengan pengetahuan dan kemahiran subjek spesifik atau kemahiran teknikal (hard skills). Majikan hari ini juga melihat kepada bakal pekerja yang bukan sahaja fleksibel tetapi juga berkebolehan menyesuaikan diri dengan keperluan kerja semasa dan mempunyai keinginan belajar yang berterusan (Andrew, 1997; Callan, 2004).

Sejajar dengan keperluan ini, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang secara tradisionalnya lebih menfokus kepada peranan melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran subjek spesifik telah turut memberi penekanan kepada penerapan kemahiran insaniah. Dengan yang demikian, IPT dapat melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja dan berupaya bersaing di peringkat global. Langkah ini dimantapkan lagi apabila Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) mengambil langkah memperkenalkan modul kemahiran insaniah dalam pendidikan tinggi pada tahun 2006. Ia merupakan panduan kepada IPT dalam merangka pendekatan yang bersesuaian bagi membangunkan kemahiran ini. Memang tidak dinafikan sebelum modul ini diperkenalkan, IPT terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telahpun mempunyai

pendekatan masing-masing dalam usaha menerap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tetapi perlaksanaannya tidak begitu nyata (implicit), baik berasaskan aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran mahupun program sokongan serta kehidupan di kampus. Modul kemahiran insaniah yang dibentuk oleh KPTM dirangka dengan pendekatan yang lebih jelas dan bersepadu dalam membangunkan kemahiran insaniah pelajar. Terdapat tujuh kemahiran insaniah yang digariskan iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral professional dan kemahiran kepimpinan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia [KPTM], 2006).

2. Bahasa dan kemahiran berkomunikasi Kemahiran insaniah dilihat sebagai elemen yang amat penting kepada pekerja untuk mendapat pekerjaan dan kekal dalam sektor pekerjaan (Callan, 2004; Smits, 2007). Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah yang amat diperlukan masa kini. Komunikasi merujuk kepada penyampaian maksud melalui komunikasi lisan (verbal) dan bukan lisan (nonverbal) (Champoux, 2006). Komunikasi bukan lisan lebih melibatkan perasaan dan emosi. Keduadua komunikasi lisan dan bukan lisan boleh berlaku dalam proses komunikasi untuk mewujudkan makna. Hanya melalui penyampaian maksud dan perkongsian makna daripada individu kepada individu lain, maklumat dan idea dapat disalurkan (Nelson & Quick, 2006; Robbins, Millett & Waters-Marsh, 2004). Oleh kerana hampir 70 peratus masa sedar individu digunakan untuk berkomunikasi maka komunikasi merupakan elemen penting dalam interaksi antara individu (Robbins, Millett & Waters-Marsh, 2004). Ekonomi global pula membawa kepada interaksi yang melibatkan komunikasi antara budaya yang mendatangkan kesan meluas (Hellriegel & Slocum, 2007). Penguasaan bahasa membolehkan individu berkomunikasi dan menyampaikan maksud secara jelas dan difahami dengan baik. Penguasaan individu lebih daripada satu bahasa memberi nilai tambah dalam usaha mendapatkan pekerjaan. Definisi secara umum berkenaan penguasaan bermaksud perihal menguasai iaitu mengetahui dengan mendalam atau menjadikan diri mahir dan berpengetahuan tentang sesuatu (Noresah Baharom, Md Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin, Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid, & Rodziah Abdullah, 2007). Manakala penguasaan bahasa pula bermaksud menguasai semua aspek kebahasaan, termasuklah aspek sebutan, ejaan, istilah,

tatabahasa dan kosa kata (Abdul Hamid Mahmood, 1993). Seseorang itu dianggap pengguna bahasa yang baik dan berjaya apabila mereka dapat menguasai dan mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa (Zulkifley Hamid, 1996). Ahmad Muhaimin Mohamad, Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail, Mohd Nurul Anam Mohd Nordin, Mohad Anizu Mohd Nor, Asnul Dahar Minghat, Baharin Mesir dan Zamri Daud (2005) menyatakan kemahiran berkomunikasi perlu dimantapkan melalui penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa dan kebolehan berkomunikasi merupakan antara kriteria penting yang dilihat oleh pihak majikan di samping kemahiran insaniah lain dengan disertai kemahiran teknikal dalam pengambilan dan pemilihan pekerja. Hal ini bermakna kemahiran insaniah dan teknikal perlu diintegrasikan (Dawe, 2004). Kebiasaannya majikan akan melihat kepada bakal pekerja yang memiliki kemahiran insaniah melalui proses pengambilan dan menjangkakan kemahiran ini akan ditingkatkan melalui aktiviti latihan dan pembangunan pekerja. Kemahiran insaniah yang paling penting dan kritikal sebagaimana dikenal pasti dalam kajian McLeish (2002) ialah nilai personal yang merangkumi komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan penyelarasan, inisiatif dan usaha, teknologi, pembelajaran dan kesedaran diri (self-awareness). Hesketh (2000) pula mendapati komunikasi (lisan), pembelajaran, komunikasi (bertulis), penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pengurusan diri dan kebolehan mengira merupakan kemahiran yang amat tinggi nilainya kepada majikan. Menurut Smith & Comyn (2004) secara sepakatnya adalah amat jelas bahawa kerja berpasukan dan komunikasi merupakan kemahiran insaniah yang sememangnya amat bernilai. Kajian dalam kalangan pekerja yang diberhentikan akibat penstrukturan semula mendapati kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang paling penting (Virgona & Waterhouse, 2004). Dapatan yang sama juga diperolehi dalam kajian Lee (2003). Beliau turut menyatakan projek-projek firma kejuruteraan gagal kerana kurangnya kemahiran berkomunikasi jurutera dalam melakukan kerja berpasukan bukannya kemahiran teknikal. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kemahiran berkomunikasi merupakan antara kemahiran insaniah yang diberi penekanan utama oleh pihak majikan. Andrew (1997) menegaskan kegagalan yang kritikal dalam pendidikan dan latihan graduan adalah berkaitan dengan personal, sosial dan kemahiran berkomunikasi. Kajian beliau mendapati standard akademik pelajar-pelajar berada pada tahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun, graduan dilihat sangat lemah dalam kemahiran berkomunikasi, memahami urusan perniagaan dan keupayaan untuk mengaplikasi

pengetahuan. IPT juga dikritik kerana tidak menawarkan kemahiran insaniah yang secukupnya kepada pelajar-pelajar seperti penyelesaian masalah, komunikasi, keusahawanan, kewarganegaraan yang baik, kemahiran pengurusan dan kepimpinan (Kruss, 2004). Oleh itu, IPT perlu memberi penekanan terhadap usaha untuk membangunkan kemahiran ini dalam kalangan pelajar sebagai persediaan lengkap (mempunyai kemahiran subjek-spesifik dan kemahiran insaniah) bagi mereka menghadapi pasaran kerja yang semakin mencabar. Kajian ini akan menjawab persoalan kajian seperti berikut: a. Sejauh mana penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi difahami sebagai salah satu kemahiran insaniah dan dinilai oleh pelajar? b. Bagaimana penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi diterap melalui pengajaran dan pembelajaran di universiti? c. Bagaimanakah sikap pelajar dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti?

daripada setiap soalan-soalan yang distruktur secara terus. Fokus soal selidik terdiri daripada tiga aspek utama iaitu pemahaman dan penilaian pelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai salah satu kemahiran insaniah, penerapan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi melalui pengajaran dan pembelajaran di universiti dan sikap pelajar dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti. Soal selidik dibentuk berdasarkan kajian lepas beberapa penyelidik (lihat Callan, 2004; Virgona & Waterhouse, 2004; Sanguinetti, 2004). Soalan - soalan menggunakan skala Likert 1 hingga 5 dengan tahap terendah 1 dan tahap tertinggi 5. 3.4 Pengumpulan data Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diedarkan melalui pensyarah atau guru bahasa. Seramai 218 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. 3.5 Analisis data

3. Kaedah kajian 3.1. Reka bentuk kajian Kajian rintis dan deskriptif ini dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 3.2. Populasi dan sampel Populasi kajian meliputi semua pelajar-pelajar prasiswazah UNIMAS. Kajian ini menggunakan kaedah judgement sampling dengan memilih sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti mana-mana kursus bahasa yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Bahasa. Responden terdiri daripada 65.6% pelajar perempuan dan 34.4% pelajar lelaki. Seramai 18.8% pelajar sedang mengikuti pengajian di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 18.8% Fakulti Kejuruteraan, 1.4% Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, 23.9% Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, 6% Fakulti Kognitif Sains dan Pembangunan Manusia, 26.6% Fakulti Sains Sosial dan 4.6% Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Kajian ini tidak melibatkan pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pecahan responden mengikut tahun pengajian pula menunjukkan seramai 63.3% pelajar tahun 1, 23.9% pelajar tahun 2, 6.4% pelajar tahun 3 dan 6.4% pelajar tahun 4. 3.3. Pemboleh ubah dan Pengukuran Kesemua pemboleh ubah demografi seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti diperolehi Data demografi dan setiap aspek kajian telah dianalisis melalui distribusi frekuensi dan deskriptif statistik.

4. Hasil kajian dan perbincangan Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai pemahaman dan penilaian yang tinggi terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai salah satu kemahiran insaniah yang diperlukan oleh sektor pekerjaan dan membolehkan persaingan dalam pasaran kerja dengan purata masing-masing 4.29 dan 4.38 (Jadual 1). Namun apabila dibandingkan penguasaan bahasa dengan kemahiran insaniah lain dari segi keutamaannya persepsi pelajar menunjukkan purata sebanyak 3.20 dengan mod 3 (tidak pasti). Pelajar juga mempunyai kesedaran yang sederhana rendah bagi penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai tanggungjawab individu sepenuhnya dengan purata 3.75. Kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar apabila penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi dikaitkan dengan keperluan pekerjaan memudahkan usaha universiti menerapkan kemahiran ini. Persepsi positif pelajar dengan disusuli pendekatan berterusan universiti dapat melahirkan graduan seperti yang diinginkan oleh pihak majikan. Oleh itu usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang keutamaan kemahiran ini agar mereka dapat menerima dan mengikuti pendekatan yang ditawarkan oleh universiti. Universiti juga perlu mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan memahami penguasaan

bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai tanggungjawab individu sepenuhnya. Walaupun universiti mengambil pelbagai pendekatan dan menyediakan segala kemudahan infrastruktur untuk menerap kemahiran ini dalam kalangan pelajar tetapi tanpa kesedaran sukar untuk menjayakannya. Jadual 1. Pemahaman dan penilaian pelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai salah satu kemahiran insaniah Item Komunikasi & sektor pekerjaan Komunikasi & persaingan Komunikasi & kemahiran insaniah lain Komunikasi & tanggungjawab individu Purata 4.29 4.38 3.20 Sisihan piawai 0.73 0.70 0.92

Fokus akademik Fokus ko-kurikulum Model terapan Model mata pelajaran mandiri Kehidupan kampus Infrastruktur

3.59 3.27 3.64 3.88 3.57 3.45

0.85 0.85 0.79 0.79 0.91 0.94

3.75

0.92

Universiti menggunakan tiga pendekatan untuk menerap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar iaitu program sokongan yang mengandungi fokus akademik dan ko-kurikulum, aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran yang meliputi model terapan dan model mata pelajaran mandiri dan terakhir kehidupan di kampus. Secara umumnya data mendapati persepsi pelajar terhadap keberkesanan pendekatan adalah sederhana tinggi (Jadual 2). Tetapi dapatan ini perlu mengambil kira bahawa majoriti responden adalah pelajar tahun 1 yang baru mengikuti pengajian di universiti. Purata pendekatan tertinggi adalah model mata pelajaran mandiri iaitu 3.88, diikuti oleh model terapan dan fokus akademik dengan purata masing-masing sebanyak 3.64 dan 3.59. Menyentuh tentang keberkesanan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh universiti untuk mempelajari bahasa dan kemahiran berkomunikasi seperti makmal bahasa dan seumpamanya menunjukkan dapatan yang sederhana tinggi iaitu dengan purata 3.45. Oleh itu, penelitian terhadap setiap pendekatan yang digunakan oleh universiti dan membangunkan infrastruktur berkaitan merupakan langkah bijak untuk memantapkan penerapan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar. Jadual 2. Penerapan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi melalui pengajaran dan pembelajaran di universiti Item Purata Sisihan piawai

Data menunjukkan pelajar mempunyai sikap positif terhadap kebolehan dan kesediaan untuk menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dengan purata masing-masing pada tahap 4.04 dan 4.28 (Jadual 3). Kesediaan pelajar untuk menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi adalah merujuk kepada pelbagai cara seperti pekerjaan, latihan industri, usaha sendiri dan pengalaman, di rumah dan aktiviti komuniti, universiti, sekolah dan lain-lain. Namun begitu, hasil kajian memperlihatkan kesediaan dan keyakinan yang sederhana tinggi bagi menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi melalui pendekatan yang digunakan oleh universiti. Purata kesediaan terhadap pendekatan adalah sebanyak 3.94 dan bagi keyakinan terhadap pendekatan pula adalah 3.73. Secara umumnya pelajar mempunyai keyakinan yang sederhana tinggi terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi apabila tamat pengajian di universiti dengan purata sebanyak 3.95. Dengan itu, inisiatif perlu diambil untuk meningkatkan kesediaan dan keyakinan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan oleh universiti dengan harapan ia juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi apabila tamat pengajian di universiti kelak. Jadual 3. Sikap pelajar dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti Item Keyakinan kebolehan Kesediaan pelbagai cara Kesediaan pendekatan Keyakinan pendekatan Keyakinan penguasaan Purata 4.04 4.28 3.94 3.73 3.95 Sisihan piawai 0.69 0.66 0.75 0.67 0.74

Secara umum kajian ini memberi beberapa implikasi kepada universiti dalam menerapkan kemahiran insaniah pelajar. Pensyarah universiti sebagai individu yang bertanggungjawab melaksana polisi pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam usaha ini. Pemahaman dan penilaian pelajar terhadap kemahiran insaniah dipengaruhi oleh pensyarah (Callan, 2004). Oleh itu, penjelasan tentang keutamaan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi oleh pensyarah dapat

membentuk sikap positif pelajar dalam usaha mempelajarinya. Pelajar juga perlu memahami bahawa penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi adalah tanggungjawab individu sepenuhnya. Universiti menawarkan pelbagai pendekatan untuk pelajar membangunkan kemahiran ini, begitu juga dengan majikan apabila pelajar bekerja kelak. Namun, usaha ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya jika pelajar tidak menyedari bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk melengkapkan diri dengan kemahiran ini. Callan (2004) menegaskan pelajar perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka terutama apabila matlamat peribadi mereka melibatkan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, majoriti responden adalah pelajar tahun 1. Jika pendedahan kepentingan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi diberi pada peringkat awal pengajian mereka maka sikap positif dapat dibentuk. Hal ini akan memudahkan proses penerapan di universiti dan memindahkan kemahiran ini di tempat kerja. Keberkesanan pendekatan yang digunakan oleh universiti amat penting dalam membentuk modal insan yang diinginkan negara. Harvey (1993) mendapati pendidikan tinggi secara umum terlalu menfokus kepada pengetahuan dan kemahiran subjek spesifik. Oleh itu, agenda kemahiran insaniah yang disokong kuat oleh kumpulan perniagaan dan majikan perlu diteliti dan memang tidak dinafikan bahawa pergerakan kemahiran insaniah (generic skills movement) ini telah mendapat banyak kritikan (Sanguinetti, 2004). Penelitian bukan sahaja diperlukan dalam mengkaji polisi universiti dalam membangunkan kemahiran ini tetapi juga perlu melihat kepada pendekatan yang membolehkan pelajar menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Polisi universiti perlu mendokong matlamat KPTM dalam menerapkan kemahiran insaniah pelajar. Pendekatan yang menggunakan strategi pembelajaran seperti fokus pelajar (studentfocused) dan model pembelajaran dewasa (adult learning models) boleh dipertimbangkan oleh pihak universiti dalam menggalakkan kemahiran ini (Callan, 2004). Hal ini adalah penting memandangkan kemahiran penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi merupakan antara kemahiran utama yang diperlukan majikan (Harvey 1993). Pensyarah juga memainkan peranan penting dalam usaha menjamin kesediaan pelajar mengikuti pendekatan yang ditawarkan oleh universiti dan memupuk keyakinan mereka dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Pensyarah perlu secara jelas menerangkan kepada pelajar akan kemahiran yang ingin diterap diikuti dengan cara penilaian kemahiran tersebut akan dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Armstrong dan Kleiner (1996) masa kebanyakan pengajar lebih

tertumpu kepada menyediakan pelajar untuk peperiksaan subjek spesifik sehingga mengabaikan kemahiran insaniah yang amat diperlukan dalam pekerjaan. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku. Pensyarah perlu yakin bahawa kemahiran ini dapat diajar dan diterap kepada pelajar. Hanya dengan usaha ini dapat memberi keyakinan kepada pelajar bahawa mereka akan dapat menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dengan baik apabila menamatkan pengajian kelak. 6. Kesimpulan Secara umum pelajar menunjukkan tahap antara sederhana dan tinggi terhadap pemahaman dan penilaian, keberkesanan pendekatan dan sikap dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam usaha ini meneliti pendekatan dan strategi agar kemahiran ini dapat dibangunkan secara holistik dalam kalangan pelajar. Penekanan juga perlu diberi dalam merangka polisi bagi pendidikan tinggi agar dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja mampu memenuhi kehendak pasaran kerja tempatan tetapi juga di peringkat global. Polisi yang lebih mantap bukan sahaja perlu dibentuk tetapi turut disokong oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakannya. Kajian ini melihat kepada sikap pelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi secara umum tidak menfokus kepada mana-mana bahasa dan kemahiran berkomunikasi secara spesifik. Oleh itu, kajian yang lebih spesifik merupakan aspek yang boleh dikaji pada masa akan datang. Selain itu, kajian lanjutan juga boleh melihat kepada perkaitan antara sikap pelajar dengan pendekatan penerapan kemahiran insaniah menggunakan analisis kuantitatif bagi mengenal pasti pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha ini.

Rujukan Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan Bahasa Melayu (Edisi 1). Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd. Ahmad Muhaimin Mohamad, Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail, Mohd Nurul Anam Mohd Nordin, Mohad Anizu Mohd Nor, Asnul Dahar Minghat, Baharin Mesir, & Zamri Daud. (2005). Khidmat masyarakat sebagai satu alat penerapan kemahiran generik (generic skills): Satu tinjauan ke atas peserta Program Rakan Baiduri 05. Dalam Jasni Sabri, Zaliazam Mohamad, Siti Suria Salim, Mohamad Sukri Mohd Nor, Turiman Suandi, & Ghizan Saleh (Ed.). Prosiding Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2005 (ms 237-257).

Armstrong, D. G., & Kleiner, B. H. (1996). Transfering learning to the workplace. Management Development Review, 9(1), 8. Andrew, C. (1997). Survey on employability. Industrial and Commercial Training, 29(6), 177. Callan, V. (2004). VET teacher and student attitudes about generic skills. Dalam Gibb, J. (Ed.). Generic skills in vocational education and training: Research readings (ms 53 68). Diakses pada 29 Januari, 2008 dari http://www.ncver.edu.au/publications/1448.html Champoux, J. E. (2006). Organizational behavior: Integrating individuals, groups and organizations (3rd ed.). Mason, OH: Thomson South-Western. Curtis, D. D. (2004). International perspectives on generic skills. Dalam Gibb, J. (Ed.). Generic skills in vocational education and training: Research readings (ms 19 37). Diakses pada 29 Januari, 2008 dari http://www.ncver.edu.au/ publications/1448.html Dawe, S. (2004). Developing generic skills in training packages. Dalam Gibb, J. (Ed.). Generic skills in vocational education and training: Research readings (ms 69 83). Diakses pada 29 Januari, 2008 dari http://www.ncver.edu.au/ publications/1448.html Harvey, L. (1993). Quality assessment in higher education: The collected papers of QHE project. The University of Central England in Birmingham: QHE. Hellriegel, D., & Slocum, Jr. J. W. (2007). Organizational Behavior (11th ed.). Mason, OH: Thomson South-Western. Hesketh, A. J. (2000). Recruiting an Elite? Employers perceptions of graduate education and training. Journal of Education and Work, 13(3), 245-271. Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan (Edisi 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kruss, G. (2004). Employment and employability: expectations of higher education responsiveness in South Africa. Journal of Education Policy, 19(6), 673-689. Lee, F. T. (2003). Identifying essential learning skills in students engineering education. Kertas kerja dibentang dalam HERDSA 2003 Conference. Diakses pada 13 September, 2006, dari http://surveys.canterbury.ac.nz.herdsa03/ pdfsref/Y1111.pdf McLeish, A. (2002). Employability skills for Australian small and medium sized enterprises: report of the interviews and focus groups with small and medium enterprises. Diakses pada 18 Januari, 2008 dari http://www.dest.gov.au/NR/ rdonlyres/18847ED7-5812-40F5-8F38 -BAE473B7C88/2216/SME_research.pdf

Nelson, D. L., & Quick, J. C. (2006). Organizational behavior: Foundations, realities & challenges (5th ed.). Mason, OH: Thomson South-Western. Robbins, S. P., Millett, B., & Waters-Marsh, T. (2004). Organisational behaviour (4th ed.). New South Wales: Pearson Education Australia. Sanguinetti, J. (2004). Generic skills for employability: Educational colonisation or educational opportunity? Diakses pada 18 Julai, 2008 dari http://www.aare.edu.au/03pap/ san03039.pdf Smith, E., & Comyn, P. (2004). The development of employability skills in novice workers through employment. Dalam Gibb, J. (Ed.). Generic skills in vocational education and training: Research readings (ms 95 108). Diakses pada 29 Januari, 2008 from http://www.ncver.edu.au/publications/ 1448.html Smits, W. (2007). Industry-specific or generic skills? Conflicting interests of firms and workers. Labour Economics, 14, 653-663. Van Loo, J. B., & Toolsema, B. (2005). The empirical determination of key skills from an economic perspective. Education Economics, 13(2), 207-221. Virgona, C., & Waterhouse, P. (2004). Making Experience work: Displaced workers provide new insights into generic skills. Dalam Gibb, J. (Ed.). Generic skills in vocational education and training: Research readings (ms 109 123). Diakses pada 29 Januari, 2008 dari http://www.ncver.edu.au/publications/1448.html Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like