You are on page 1of 6

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Penghayatan Agama Dan Kepimpinan Pelajar


Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor Hasnan Kasan Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak Tulisan ini membincangkan tentang hubungan kepimpinan pelajar dengan penghayatan agama. Dengan mengambilkira bahawa majoriti pemimpin pelajar di IPTA berbangsa Melayu dan beragama Islam, soal penghayatan agama seharusnya tidak dikesampingkan dalam agenda kepimpinan pelajar dan juga kepimpinan negara. Mahasiswa-lah yang diberi kepercayaan untuk meletakkan imej Islam di kedudukan yang dihormati dan disanjungi dan ini bermula dari kesedaran pemimpin pelajarnya. Justru itu, pemimpin pelajar seharusnya menjadi role model yang ditauladani oleh pelajar-pelajar lain dalam pelbagai aspek kecemerlangan termasuk dari sudut pemahaman dan penghayatan agama. Penghayatan agama seharusnya dilihat sebagai antecedent positif kepada kepimpinan yang cemerlang. Soal kesederhanaan, kebijaksanaan, dan kematangan dalam menangani isu-isu berkait dengan Islam adalah antara ciri terpenting. Sorotan hubungkait di antara penghayatan agama dengan beberapa korelat kecemerlangan dalam kajian-kajian psikologi agama akan turut dibincangkan. Adalah diharapkan melalui perbicangan yang dikemukakan akan dapat memberi gambaran bahawa kepimpinan pelajar dan penghayatan agama adalah saling berkaitan dalam suasana yang harmoni dan tidak boleh dipinggirkan.

1. Pendahuluan Kepimpinan adalah satu tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan. Bagi kepimpinan pelajar, walaupun skopnya terbatas kepada memimpin pelajar di institusi pengajian tinggi, namun impaknya menjangkaui pemikiran dan tindakan mereka di luar kampus. Salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi pemikiran, halatuju dan tingkahlaku kepimpinan ialah penghayatan agama individu pemimpin. Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan penghayatan agama dan kepimpinan pelajar. Premis yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah kepimpinan yang dimaksudkan ialah kepimpinan pelajar Islam kerana majoriti kepimpinan pelajar di IPTA di negara ini terdiri dari pelajar Melayu beragama Islam. Justeru itu, kepimpinan pelajar dalam konteks negara kita boleh dilihat dari sudut peranan pemimpin pelajar sebagai jurucakap dan pewaris kepimpinan Islam.

mensoroti makna serta skop penghayatan agama, rasional dan kerelevanannya dalam konteks kepimpinan pelajar. Kajian-kajian psikologi agama yang pernah dijalankan dan rumusan kepada kepentingan agama dalam aspek kepimpinan pelajar akan juga dibincangkan agar beberapa hasil penyelidikan yang berkaitan dapat membantu kita memahami peranan positif agama dalam kecemerlangan kepimpinan. 3. Makna dan skop penghayatan agama Menurut Kamus Dewan (1989), hayat bermaksud hidup. Menghayati bermaksud mengalami serta merasai (dalam jiwa) atau meresap ke dalam jiwa. Penghayatan adalah perihal kepada kata kerja menghayati. Jika diteliti istilah ini menunjukkan terdapatnya perlakuan tertentu yang dilaksanakan dan darjah perlaksanaannya yang dapat meninggalkan kesan kepada jiwa. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan kepada jiwa, maka perlakuan itu belum dihayati. Konsep penghayatan agama Islam khususnya, adalah menjadikan Islam sebagai tatacara hidup yang sempurna dan diredai oleh Allah berdasarkan ketaatan kepada Allah dan bertunjangkan tauhid. Dengan menghayati Islam,

2. Tujuan Kertas ini bertujuan memberi bukti sokongan kepada proposisi bahawa agama sebagai antesedent positif kepada kecemerlangan kepimpinan pelajar. Perbincangan akan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

seseorang itu membuktikan keyakinan serta kepatuhannya kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Keyakinan yang meresap ke dalam hati itu seterusnya menggerakkannya untuk membentuk tingkahlaku dalaman (pemikiran, keyakinan, sikap, perasaan, kehendak dan lain-lain) dan luaran (percakapan, penglihatan, pendengaran dan lain-lain tingkahlaku) yang sejajar dengan tuntutan Islam. Melalui penghayatan ini juga akan lahirlah keperibadian hamba yang boleh memikul amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dalam konteks kertas kerja ini, penghayatan agama di kalangan pemimpin pelajar membawa maksud bahawa mereka memahami dan menyedari kepentingan ketaatan dalam agama melalui penunaian amalan-amalan asas dalam agama. Ini termasuk pemimpin pelajar yang menjaga solat fardu terutamanya mendirikannya secara berjemaah, membaca Quran, mendalami ilmu agama, memelihara batas-batas syariat dalam pergaulan serta mengambil kira pertimbangan agama dalam sebarang keputusan yang dibuat. Jika kita mengambil makna dan skop penghayatan agama yang sedemikian, maka perlu kita mengelakkan tafsiran penghayatan agama dari kacamata politik. Dengan mengambil pendekatan non-political ini, kita akan dapat memahami kepentingan penghayatan agama dalam kepimpinan pelajar sebagai satu genuine precursor kepada membina kepimpinan pelajar yang cemerlang.

yang membawa kesejahteraan dan sesuai di semua peringkat zaman. Dalam syarahan Naib Canselor UKM, harapan ini dinyatakan sebagai ...mahasiswa mempunyai peranan yang besar dalam memperkasa martabat umat Islam supaya tidak diremehkan. Mahasiswa yang kelak menjadi golongan cendiakawan, bakal menyumbang dalam menangani kekusutan dan isu-isu berkait dunia Islam di peringkat global (Mohd Salleh, 2003, hal. 24). Justeru itu, kefahaman serta penghayatan agama di kalangan pemimpin pelajar adalah satu keperluan utama. Keduanya, dari sudut kepimpinan pelajar sebagai satu kedudukan yang dipertandingkan di peringkat IPTA, identiti serta kredibiliti pemimpin pelajar seringkali diteropongi oleh pelajar-pelajar lain dari sudut kefahaman serta penghayatan agama. Faktor ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana pelajar-pelajar Islam pada majoritinya, meletakkan salah satu kriteria pemilihan pemimpin mereka adalah dari sudut demikian. Sekiranya calon pemimpin itu tidak dapat dipercayai dari segi penghayatan agamanya, dan ditambah lagi dengan fitnahfitnah yang memburukkan diri peribadi individu tersebut, maka peluang bagi calon mendapat kepercayaan dari pelajar-pelajar akan semakin tipis. Keadaan ini akhirnya menyebabkan populariti dan kredibilitinya sebagai calon pemimpin pelajar akan jatuh dan kesannya, beliau tidak akan dipilih. Dengan dua sebab utama di atas, penulis ingin menekankan bahawa kedua-dua faktor yang dinyatakan tadi adalah saling berkaitan. Menjadi seorang pemimpin yang mengutamakan panduan agama dalam tindakan secara tidak langsung akan menjadi pemimpin pelajar yang dicontohi dan dihormati sekaligus meletakkan dirinya sebagai calon yang favorite dalam proses pemilihan pemimpin pelajar. Normanya, pelajarpelajar universiti arif menilai dan mahukan pemimpin yang boleh dipercayai, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Ciri-ciri ini pada lazimnya ada di kalangan individu yang menghayati agama, dalam konteks ini, agama Islam. Cuma yang paling asas ialah seseorang itu semestinya ikhlas dalam penghayatan agamanya bukan sesuatu untuk dipertontonkan dan dibanggakan dan menjadi modal menarik perhatian pelajar. Adalah agak keterlaluan jika individu itu menghayati agama semata-mata untuk dipilih oleh pelajar-pelajar lain satu petanda yang sudah barangtentu menampakkan ketidakikhlasan penghayatan tersebut.

3.1 Rasional kepentingan penghayatan agama Dalam konteks kepimpinan pelajar, khususnya kepimpinan yang didominasi oleh pelajar-pelajar Melayu dan Islam, kepentingan penghayatan agama boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza. Pertama, dengan situasi semasa yang semakin mencabar, khususnya dalam keadaan imej Islam yang dikelirukan oleh media antarabangsa, kefahaman dan penghayatan agama yang sebenar diperlukan di kalangan pemimpin pelajar bagi menjelaskan serta memperbetulkan kekeliruan di kalangan pelajar-pelajar khususnya pelajarpelajar bukan Islam. Kajian-kajian sebelum ini telah menunjukkan bahawa salahfaham tentang Islam masih wujud di kalangan pelajar-pelajar IPTA (Khairul Anwar, 1995; Khairul Anwar, 2000). Pemimpin pelajar-lah yang memainkan peranan bagi menjadi agen perubah pemikiran pelajar supaya Islam difahami sebagai agama

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

3.2 Relevankah penghayatan kalangan pemimpin pelajar?

agama

di

sendiri. Agama berfungsi sebagai kawalan terhadap ketidakjujuran dan bentuk-bentuk penyelewengan yang lain. Telah banyak penulisan mengenai peranan agama Islam dalam membentuk kepimpinan yang bersih dan berwibawa. Namun, belum ada kajian empirik dalam Islam bagi menunjukkan bahawa ada perhubungan yang positif di antara penghayatan keagamaan dan kepimpinan. Walau bagaimanapun, penulis akan cuba untuk merujuk kepada kajian-kajian psikologi agama dari pelbagai kajian sarjana Muslim dan bukan Muslim sebagai contoh yang berkaitan bagi menunjukkan impak penghayatan agama dalam melahirkan korelat-korelat kecemerlangan pemimpin. Ini bukan bermakna hasil-hasil kajian tersebut boleh diterimapakai dalam konteks agama Islam , tetapi ianya akan menjadi sumber inspirasi kepada memahami hubungan psikologi amalan keagamaan dengan tingkahlaku korelat kecemerlangan kepimpinan. Andaian yang dipegang di sini ialah agama Islam adalah bersih dan suci dan peranannya adalah amat perlu dalam membentuk manusia yang bertamadun serta mendokong nilai-nilai murni.

Penulis ingin memulakan perbincangan dengan beberapa persoalan asas berkaitan kepimpinan dan penghayatan agama. Adakah pelajar calon pemimpin harus mengambilkira peranan agama dalam kehidupannya sebagai pelajar dalam kampus sebagai individu dan juga sebagai pemimpin pelajar? Situasi semasa sebenarnya melahirkan juga sedikit kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin pelajar yang ikhlas bahawa mereka yang cenderung menghayati agama mungkin disalahertikan sebagai menampilkan imej pemimpin pelajar yang menyokong parti pembangkang. Mungkin benar dan mungkin juga sekadar satu ilusi. Persoalan menarik yang boleh diajukan kepada mereka yang jujur menghayati agama adalah adakah dengan menghayati agama, keluhuran dan kesetiaan kepada dasar-dasar kerajaan serta sokongannya kepada kerajaan boleh dipertikaikan? Jawapan yang mantap ialah tentu sekali tidak demikian. Penghayatan agama tidak semestinya menandakan individu itu menyokong pendirian parti pembangkang, apatah lagi untuk menentang kerajaan. Sebaliknya, jika jawapannya benar, bukankah ironinya anggapan tersebut kerana kerajaan sendiri memperjuangkan mertabat Islam dan memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi negara. Sudah barang tentunya, pemimpinpemimpin kerajaan termasuk pemimpinpemimpin pelajar yang pro-kerajaan juga seharusnya mendokong kemuliaan agama itu sendiri. Justeru itu, kertas kerja ini mengkedepankan isu penting iaitu penghayatan keagamaan di kalangan pemimpin pelajar adalah penting dan tidak boleh diabaikan dan seharusnya dinilai secara objektif. Tesis yang ingin saya kemukakan ialah penghayatan agama di kalangan pemimpin pelajar tidak boleh disalahtafsir sebagai petanda sokongan kepada parti-parti politik pembangkang di luar kampus. Sebaliknya penghayatan agama mereka menunjukkan betapa pemimpin pelajar yang memahami serta mendokongi dasar-dasar kerajaan adalah pemimpin yang memahami kepentingan agama dengan jalan menghayatinya sebagai satu cara hidup yang sempurna. Penghayatan agama itu sebenarnya menanamkan bibit-bibit kepimpinan yang lebih matang dan berwibawa sejajar dengan nilai-nilai Islam itu

3.3 Kajian-kajian penghayatan agama di kalangan pelajar-pelajar universiti. Kajian-kajian empirik ada dijalankan bagi meninjau penghyatan agama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi melalui aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan. Pada umumnya, penyelidik-penyelidik di luar negara telah mendapati bahawa aktiviti-aktiviti keagamaan di institut pengajian tinggi semakin berkurangan (Astin, 1993; Bowen, 1997). Misalnya Astin (1993) mendapati pelajar-pelajar Kristian di universiti-universiti di Amerika Syarikat semakin kurang hadir ke gereja, menunaikan kewajipan sembahyang dan membaca doa sebelum makan. Bowen (1997) pula mendapati pelajar ..less favorable toward church, less convinced of their reality of God, less favorable toward Sabbath observance, and less fundamental/conservative in their belief. Malah penyelidik-penyelidik seperti Hadaway & Roof (1988) mengatakan bahawa kehidupan di kampus sebenarnya merupakan faktor penyumbang kepada semakin berkurangnya kecenderungan pelajar-pelajar menghayati agama. Pandangan ini disokong oleh Pascarella & Terenzini (1991) yang juga mendapati semakin menurunnya kepercayaan beragama di

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

kalangan pelajar-pelajar universiti di Barat. Menurut Hadaway & Roof (1988) fenomena sedemikian berlaku mungkin disebabkan oleh universiti mempunyai sistem nilai dan kepercayaan yang bertentangan dengan kebanyakan nilai dan kepercayaan agama pelajar-pelajar. Mereka yang kurang pegangan kepada agama akan mula meragui kebenaran agama dan mempersoalkan banyak perkara yang sebelum ini diterima. Kajian oleh Aziz (1998) di kalangan pelajarpelajar di salah sebuah IPTA tempatan mendapati trend yang agak berbeza. Peratus pelajar yang masih datang ke masjid, kuil dan rumah-rumah ibadat yang lain masih berada di kedudukan yang memberangsangkan. Dari segi kesedaran pentingnya agama dalam kehidupan pula, 90% keseluruhan pelajar berpendapat bahawa untuk menjadi manusia yang baik, seseorang individu perlu memahami ajaran agama dan mempraktikkannya. Dari segi pecahan bangsa, 99% pelajar Melayu, 77% pelajar Cina dan 89% pelajar India bersetuju bahawa agama penting dalam membentuk manusia yang baik tingkahlakunya. Kesedaran ini nampaknya positif kerana menyedari kepentingan agama dalam kehidupan adalah satu langkah awal bagi membantu individu untuk menghayati agama masing-masing.

3.4 Pendekatan yang sewajarnya diambil Dari pengupasan di atas, kita dapat membuat kesimpulan sementara bahawa soal penghayatan agama di kalangan pemimpin pelajar seharusnya dipandang serious. Kita tidak mahu pengurangan amalan agama di kalangan pelajar-pelajar di universiti-universiti luar negara merebak ke dalam kampus-kampus universiti tempatan yang lain. Justeru itu, perlu ada pendekatan yang bijaksana bagi menanamkan semangat cintakan agama serta pengamalannya sebagai satu cara hidup yang sempurna. Pendekatan yang perlu dijalankan di kalangan pemimpin-pemimpin pelajar termasuk menjadikan agama sebagai antecedent yang positif, mengelakkan kekeliruan dalam agama, agama sebagai satu kekuatan serta mengelakkan eksterimism dalam agama.

Pertama sekali, pemimpin pelajar seharusnya mempunyai andaian bahawa sikap, pemikiran dan tingkahlaku individu sememangnya dipengaruhi oleh penghayatan agama. Keduanya, agama bukanlah racun sebagaimana andaian Karl Marx tentang sumbangan positif agama. Agama juga tidak boleh dipandang rendah. Kita perlu mengelak stereotyping dalam beragama dan merasa fobia dengan amalan agama. Pihak-pihak berwajib universiti seharusnya tidak bersikap bias dalam layanannya kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama. Menurut Watanabe (2000), bias ini merugikan kerana a long-standing academic bias against religion has blinded many scholars to its powerful role in shaping both private lives and the public culture.Agama adalah antecedent yang terbaik bagi menentukan kebetulan tindakan, sikap serta pemikiran individu. Kajian di Barat mendapati bahawa agama dilihat sebagai antecedent yang positif dalam pembangunan pelajar. Salah satu sebab ialah agama tidak ditafsir mengikut kacamata politik. Seharusnya juga penghayatan agama di negara ini tidak dipandang dari sudut politik kerana ini akan menyebabkan sumbangan dan peranan agama yang positif itu terhijab. Byrant (2003) mengatakan kerangka yang kita gunakan dalam melihat agama dalam kepimpinan seharusnya betul dan bukan terserot atau menggunakan kerangka politik. Agama seharusnya dilihat sebagai in-thing dengan meletakkan peranan agama di atas paradigma positivistik dan secara objektif (Marsden, 1994). 3.6 Mengelakkan kekeliruan simbol beragama dengan ektremisme dalam agama Pendekatan yang seterusnya ialah memberi ruang kepada simbol-simbol norma penghayatan agama dan menganggap penggunaan simbolsimbol yang biasa sebagai petanda asas keislaman individu. Misalnya, memakai songkok atau kupiah tidak seharusnya dianggap sebagai satu petanda yang pasti mengenai kecenderungan pelajar dengan satu-satu parti politik. Pemakaiannya seharusnya dilihat sebagai salah satu bentuk pilihan (optional) keimanan yang lahiriah yang tidak semestinya bersifat politikal. Ini bukan bermakna pemimpin pelajar mesti bersongkok atau berkupiah kerana tidak ada hukum wajib ke atas penggunannya. Penampilan dari sudut akhlak dan personaliti pun sudah memadai bagi menzahirkan keperibadian beragama. Penampilan dari segi sifat toleransi serta menghormati perbezaan kepercayaan merupakan syiar agama yang dianjurkan. Bekas

3.5 Agama dilihat sebagai antecedent positif

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir (1996) pernah mengatakan . The lack of understanding and sometimes outright antagonism of non-Muslims towards Islam is not entirely their fault. The best form of dakwah is to demonstrate through practice the goodness of Islam, the tolerance, the sympathy for the less fortunate members of the ummah and also those of not our faith, the peace and stability and consequently the prosperity of well administered Muslim nations. (p. 166). Penampilan keperibadian beragama pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan. Misalnya soal pemakaian tudung di kalangan pelajar perempuan. Pemakaiannya dikaitkan dengan kewajipan menutup aurat dan justeru itu, ia tidaklah perlu dikaitkan dengan kecenderungan politik pelajar itu sendiri. Jika orang Islam sendiri yang terkeliru dengan penghayatan agama dengan lambang-lambang kepolitikan, maka bagaimanakah pelajar-pelajar bukan Islam sendiri boleh memahami Islam dari sudut luarannya. Kesilapan mungkin berpunca dari kita sendiri yang memandang rendah representasi-representasi Islam yang norma dan tidak melampau. Seperkara lagi ialah penghayatan agama individu tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman atau threat. Kebimbangan sedemikian mungkin satu pseudo-kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh dengan propaganda media asing mengenai kaitan Islam dengan kekerasan. Propaganda Barat mengatakan bahawa semakin kuat Islam seseorang, semakin besar kebarangkalian individu itu untuk melakukan keganasan. Ini satu kesilapan yang besar dan sewajarnya dinafikan. 4. Agama sebagai satu kekuatan Agama sebenarnya satu kekuatan. Agama sebagai internal motivator yang berkekalan. Agama melahirkan pemimpin yang adil dalam pertimbangan, benar dalam tuturkata, berani dalam menangani isu yang rumit dan kontroversial, bertanggungjawab dan berhemah. Lee (2002) mengatakan religion is a powerful force for many in shaping individual values, providing an overall sense of purpose, forming connections with others, and building a sense of community. Berger (1973) pula menyatakan bahawa On the individual level, religion provides the overarching framework for ones worldview and moral opinions, offering insight

into human drives, hopes and reasoning,as well as perceptions of the self in relation to others and the physical world Maton & Wells (1995) menambah bahawa religion offers resources and pathways for relational support. Penghayatan agama juga telah didapati mendorong semangat kesukarelaan di kalangan pelajar-pelajar (Donahue & Benson, 1995), menanam semangat keperihatinan terhadap masyarakat (Matton & Wells, 1995) dan mewujudkan keadilan sosial (Lebowitz, 1999). Dalam APA News Release (2000), satu laporan metanalysis ke atas 42 kajian melibatkan 125,826 orang mendapati wujudnya hubungan penghayatan agama dengan perlanjutan hayat individu. Diener (1984) pula mendapati bahawa penghayatan agama (religiousness) dan tradionalism berkorelasi secara positif dengan kesejahteraan diri (well-being). Kajian-kajian di atas sekurang-kurangnya memberi gambaran kepada kita bahawa agama sebagai satu cara hidup dan kepercayaan, lazimnya, mempunyai impak positif kepada aspek-aspek kehidupan. Dalam kata lain, khususnya bagi agama Islam, agama sebenarnya memberi kekuatan kepada membina kecemerlangan kepimpinan pelajar. 5. Melihat hubungan positif agama dan sokongan kepada kerajaan Aspek ini amat penting dalam kepimpinan pelajar. Sikap positif kepada keharmonian agama dengan kepimpinan pelajar akan mengukuhkan kepercayaan pelajar tentang being religious bermakna being loyal to the government. Hubungan ini hanya boleh dimantapkan jika kepimpinan pelajar meletakkan agama di kedudukan yang tinggi. Pada masa yang sama, pemimpin pelajar yang menghayati agama ini mendokong kerajaan dengan cara yang terbuka. Dengan ini kita akan dapat melihat bahawa tidak ada hubungan antagonistik di antara penghayatan agama dengan kepimpinan pelajar. Dalam konteks pilihanraya pelajar dan strategi memenangi hati pelajar sebagai pemilih, penghayatan agama secara tidak langsung dan tidak dipaksa, akan mempengaruhi sokongan di kalangan pelajar-pelajar yang jujur dan ikhlas dalam penghayatan agamanya. Ini disebabkan mereka yang ikhlas dalam penghayatan agamanya memandang pemimpin pelajar yang pro-kerajaan yang juga mentaati agama sebagai satu aset yang besar. Inilah bakal-bakal

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

pemimpin yang boleh dipercayai, jujur, bertanggungjawab serta berwiibawa yang akan memimpin mereka. Mereka tidak meragui dan tidak menuduh bahawa penghayatan agama itu satu kepura-puraan. Anggapan mereka adalah mana-mana individu yang menghayati agama sewajarnya dipandang dengan sangkaan yang baik. Soal hati samada ikhlas atau pura-pura adalah di antaranya dengan Allah SWT. Justeru itu, membawa pelajar lari jauh dari agama sebagai alternatif menyaingi lawan adalah strategi yang tidak bijak. Kesilapan ini hanya akan merugikan pemimpin pelajar dari aspek sokongan bagaikan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

5. Diener, E, Subjective well-being. Psychological Bulletin. 95 (1984) : 542-575 6. Hadaway, C., & Roof, W. Apostasy in American churces: Evidence from national survey data. In D. Bromley (Ed.), Falling from the faith (pp. 29-46). San Francisco, CA: Sage (1988) Kamus Dewan, Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1996) 7. Khairul Anwar Mastor, Pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam di UKM: Maklumbalas pelajar. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Tamadun Islam. UKM (1995) P.180198 8. Khairul Anwar Mastor, Teaching core curriculum: Recognizing the individual differences. Prosiding Persidangan Ulang Tahun ke 30 UKM. (2000) : 406-415 9. Lee, J. J. Religion and college attendance: Change among students. The Review of Higher Education. Summer. Vol 25, No. 4, (2002) 369384. 10. Mahathir Mohamad. Islam and the Muslim Ummah. Pelanduk Publication: Kuala Lumpur (2001) 11. Maton, K.I., & Wells, E.A. Religion as community resource for well-being: Prevention, healing, and empowerment pathways. Journal of Social Issues, 51(2), (1995) 177-194 12. Mohd Salleh Mohd Yasin. Universiti Kebangsaan dalam Pembinaan Negara. Syarahan Naib Canselor, 8 Ogos, Penerbit UKM (2003) 13. Watanabe, T. The new gospel of academic. Los Angeles Times, (2000) p.A-1 October 18

Kesimpulan Kepimpinan ialah amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Justeru itu, soal penghayatan agama tidak sewajarnya diketepikan semata-mata agama itu dilihat sebagai tool kepada perjuangan satu-satu parti politik. Agama sebagai panduan kehidupan yang merentasi sempadan negeri, budaya dan tempat. Kepimpinan yang berkesan adalah bertunjangkan kepada tingkahlaku pro-social beracuankan agama yang dipegang. Ingatlah mutiara kata oleh Naib Canselor UKM bahawa sebagai pemimpin mahasiswa, mereka bertanggungjawab untuk menjadi role-model atau contoh terbaik di kalangan mahasiswa lain. Pernyataan ini memberi gambaran bahawa contoh terbaik boleh dihasilkan dari penghayatan agama invidividu berkenaan khususnya bagi pelajar yang bergelar pemimpin. Rujukan 1. Abdul Aziz Jemain, Kehidupan beragama di kalangan pelajar UKM. Jurnal Personelia Pelajar. 5 & 6 (1998); 63-87 2. APA News Release, Analysis of studies shows that religious involvement may be a factor in living a long life. June 4 (2000) 3. Astin, A.W, What matters in college?: Four critical years revisited. San Francisco: JosseyBass (1993) 4. Berger, P, The social reality of religion. New York: Penguin Books (1973)

You might also like