You are on page 1of 9

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India

Di Sediakan Oleh: Noor Marliyana Mazlan Noor Hamizah Abd.Razak

Kepercayaan Dan Agama

Masyarakat India
1.kepercayaan Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan(Politeisme). Antaranya,masyarakat hindu mempercayai Tuhan Ibu adalah bersifat ibu bapa kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya.Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan lampau.Ini kerana kepercayaan ini juga dikesan terdapat di Mesopotamia,Asia Kecil,Syria dan Palestin. Kehadiran simbol swastika dan roda membuktikan orang Indus menyembah Tuhan matahari. Konsep bapa pula di kenal pasti melalui mohor yang dinamakan mohor proto Shiva.Mohor ini menunjukkan seorang yang duduk bersila dan mempunyai 3 tanduk pada kepalanya.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


Tiga tanduknya itu ditafsirkan sebagai menandakan 3 fungsi tuhan iaitu penciptaan,pemeliharaan dan pemusnahan.3 tanduk juga melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva. Selain itu juga,mohor ini menunjukkan konsep pasu-pati. Pasu bermaksud menandakan jiwa, manakala pati pula bermaksud menandakan tuhan.Tuhan merupakan ketua bagi semua jiwa. Binatang serta manusia di sekeliling ditafsir sebagai mewakili jiwa-jiwa manakala rupa manusia di tengah-tengahnya sebagai pati-ketua kepada jiwa-jiwa itu.Kolam pemandian digunakan untuk tujuan keagamaan.Konsep mendirikan kolam di tempattempat suci iaitu kuil adalah dikaitkan dengan kepercayaan orang-orang di Lembah Sungai Indus.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


2.Agama Selepas kedatangan orang-orang Aryan pada tahun 1500 SM,mereka membawa kepercayaan menyembah pelbagai tuhan. Antaranya ialah tuhan Indra (tuhan perwira), Vayu, Agni ( tuhan api), Dyaus(tuhan langit) dan varuna (tuhan hujan). Orang Aryan percaya bahawa tuhan mereka akan melindungi daripada segala kejahatan dan menghukum sesiapa yang bersalah. Mereka menjalankan upacara mengorbankan binatang tetapi tidak termasuk lembu kerana lembu dianggap suci terutama lembu jantan. Sebab itulah lembu jantan disembah. Selain itu pemujaan terhadap batu bata, pokok dan sungai atau boleh jadi roh juga diamalkan. Kepercayaan animisme ini merupakan penyembahan terhadap Nages, Yaksoas yang dianggap penjelmaan roh.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


Agama Hindu dianggap agama tertua yang muncul di India kira-kira 3000 tahun dahulu yang muncul pada Zaman Veda (2000SM hingga 1000SM) di India. Hindu dikatakan berasal daripada Sindhu tempat permulaan Tamadun Indus iaitu di Lembah Sungai Indus. Ia muncul hasil dari percampuran orang di Lembah Indus dengan orang-orang Aryan. Orang-orang Aryan dari Asia Tengah telah membawa bersama-sama kebudayaan dan kepercayaan mereka apabila mereka pergi ke India. Asimilasi antara orang-orang Aryan dan orang-orang di Lembah Indus itu telah mencetuskan agama Hindu ini. Agama ini tidak mempunyai pengasas dan kitab suci tetapi setengahsetengah penganut agama ini menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci mereka.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu iaitu Saivanisme yang menyembah Dewa Siva manakala mazhab Vaishnavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Walau bagaimanapun buku yang tertua tentang agama Hindu ialah Veda ( yang bermaksud Buku Pengetahuan) yang ditulis sekitar tahun 1500 SM oleh orang-orang Aryan dalam bahasa sanskrit. Ia terdiri dari 4 kitab iaituSamhita/Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Bandar suci penganut agama ini ialah Benares/ Varanasi, manakala sungai yang dianggap suci ialah Sungai Ganges. Ia lebih berbentuk satu cara kehidupan dari agama. Penganut agama ini memuja 3 dewa iaitu Brahma ( Dewa Pencicpta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Bentuk Hinduisme yang terawal ialah Brahmanisme yang diwujudkan oleh golongan Brahmin atau sami.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


Hinduisme juga memberi peraturan-peraturan dan undangundang tertentu sebagai petunjuk kepada tingkah laku penganut-penganutnya. Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau Moksha yang membolehkan mereka bersatu dengan tuhan/Dewa Brahma. Ia boleh dicapai melalui kehidupan yang sederhana. Sebab itulah mereka percaya kepada kelahiran semula. Sistem kasta atau varna adalah unsur yang dipentingkan dalam agama ini. Ia dibawa oleh orang Aryan. Melalui sistem ini manusia dibahagikan kepada kelas perwira atau aristokrasi ksyatriya), kelas sami (brahmin) dan kelas rakyat biasa (sudra). Kemudian kelas itu menjadi 4 pula iaitu ksyatriy, brahmin, Vaisya (pedagang) dan sudra. Kelas pariah adalah kelas yang terkeluar dari 4 kelas tersebut dan amat dipandang hina.

Kepercayaan Dan Agama Masyarakat India


Agama yang kedua yang dianut di India ialah agama Buddha yang lahir pada kurun ke-6 SM. Ia lahir di India. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama. Ia sebenarnya dilahirkan dalam kelas ksyatriya dan dibesarkan sebagai seorang Hindu tetapi apabila beliau melihat kematian, penyakit dan kehidupan seorang pendeta,timbul satu kesedaran dalam diri beliau iaitu kebahagiaan boleh dicapai hanya melalui pertapaan dan agama. Beliau dikatakan memperoleh kebenaran setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok bodi di Beneres.Selepas itu beliau diberi gelaran Buddha ( yang bererti Pemberi Cahaya). Selain agama Hindu,agama Buddha turut berkembang sejak abad ke-6 SM.Agama ini menekankan kepada konsep kelahiran semula reincarnation dan nirvana iaitu peringkat paling bahagia. Buddha juga mengajar tentang ahimsa (tidak boleh memusnahkan/merosakkan segala benda hidup). Asoka dari Empayar Maurya adalah raja India yang paling bertanggungjawab menyebarkan agama ini ke luar India iaitu ke Sri Lanka dan dari Sri Lanka disebarkan ke Asia Tenggara, Tibet, Jepun dan China.

Sekian Vanakkam.

You might also like