You are on page 1of 14

1.

APA ITU KEMELESETAN EKONOMI? Kemelesetan ekonomi merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang sering

kali dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Tiada sebuah negara pun terlepas daripada menghadapi kemelesetan ekonomi walaupun negara tersebut merupakan negara maju, sedang membangun mahupun mundur. Krisis ini selalunya akan berkaitan rapat dengan masalah utama makroekonomi iaitu pengangguran dan inflasi. Dari segi ekomoni, kemelesetan ekonomi didefinasikan jumlah permintaan dalam negeri adalah sangat tidak berkesan dan tingkat harga umum semakin turun (Ahmad Sobri et al, 2007). Secara kasarnya, kemelesetan ekonomi ini wujud dalam suatu masa dengan kejatuhan yang berterusan dalam jumlah keluaran negara dan peningkatan tahap penggangguran. Jika kita lihat dalam sejarah ekonomi dunia, kemelesatn ekonomi mula berlaku sejak tahun 1930an lagi. Zaman ini berlaku kemelesetan ekonomi yang terbesar akibat daripada kekurangan permintaan argreget. Ini menyebabkan berlakunya masalah

pengangguran yang teruk (Nor Aini Haji Idris et al, 1998).

2.

KESAN BERLAKUNYA KEMELESETAN EKONOMI Kita sedia maklum bahawa, kemelesatan ekonomi berlaku akan menyebabkan

masalah ekonomi seperti inflasi dan kadar pengangguran akan meningkat. Dapat dilihat disini peningkatan kadar inflasi di Malaysia begitu ketara apabila Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 di mana di lihat kadar inflasi pada tahun 1997 kadar inflasi Cuma 2.7%, tetapi meningkat kepada 5.3% pada tahun 1998. Dari segi kadar

pengangguran pula, kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 1996 dan 1997, kadar pengangguran menurun daripada 2.5% kepada 2.4%. Tetapi kadar ini meningkat setelah

Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi dan kadar ini meningkat pada tahun 1998 iaitu pada 3.2% (Laporan Ekomoni Tahun 2000). Peningkatan kadar pengangguran ini berlaku kerana banyak institusi swasta gulung tikar dan pekerja-pekerja mereka terpaksa diberhentikan. Selain itu, pekerja-pekerja institusi perbankan juga penyumbang kepada

peningkatan kadar pengangguran ini dimana tindakan pergabungan beberapa inistitusi perbankan dan menyebabkan ramai pekerja-pekerja bank diberikan notis pemberhentian kerja secara sukarela (Nor Aini Haji Idris et al, 1998).

3.

MALAYSIA MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI Malaysia sebuah negara yang membangun telah beberapa kali mengalami

kemelesetan ekonomi antaranya adalah pada tahun 1997. Tahun ini merupakan antara krisis ekonomi yang paling ketara sejak tahun 1930an lagi. Kemelesetan ini berlaku kesan

langsung daripada serangan spekulatif terhadap bhat, matawang negara Thailand. Apabila bank pusat negara Thailand menarik diri dalam usaha melindungi matawangnya pada Julai 1997 (Suresh Narayanan, 2001). Perasaan tidak menentu dan menyebabkan aliran keluar modal jangka pendek terbesar dari rantau Asia. Larian modal besar-besaran ini menjejaskan nilai ringgit Malaysia dan indeks bursa saham mengalami kejatuhan yang teruk. Pada mulanya, krisis ini disebabkan oleh larian modal, bukan kekurangan permintaan luar untuk eksport negara. Akibat larian modal, pasaran saham jatuh dan ramai pelabur saham mengalami kerugian. Oleh kerana sebahagian penting daripada urusniaga saham dibiayai melalui pinjaman bank, keadaan ketidakpastian menyebabkan bank menarik balik pinjaman mereka. Penguncupan kredit secara umumnya menjejaskan permintaan, pelaburan dan pengeluaran domestik. Keyakinan pelabur, sama ada pelabur asing mahupun pelabur

tempatan juga terjejas. Maka krisis yang mula di sektor kewangan dan seterus merebak kepada sektor benar dan menyerupai krisis ekonomi umum. Permintaan domestik turun ke tahap yang paling rendah dan KDK dalam nilai benar menguncup dalam tahun 1998 (Laporan Ekonomi Tahun 2000).

4.

TINDAKAN UNTUK MENANGANI KEMELESETAN EKONOMI Menurut Suresh Narayanan, Pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam

menangani masalah krisis ekonomi boleh dibahagi kepada 3 tahap. Pada tahap permulaan, krisis dilihat sebagai berpunca daripada kelemahan sektor kewangan, pertambahan defisit akaun semasa, pinjaman yang terlampau kepada sektor tertentu seperti hartanah, pasaan saham dan aliran keluar modal. Oleh itu, dasar kewangan dan fiskal yang ketat telah

diaplikasikan. Lebihan kecairan cuba diserap dengan menghadkan pertumbuhan kredit dan mengurangkan pinjaman kepada sektor hartanah dan pembelian saham. Kadar bunga dinaikkan dengan tujuan cuba menghalang aliran keluar dana melalui pendekatan galakan tabungan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia kembali. Tindakan ini dianggap juga dapat menstabilkan nilai Ringgit. Kadar upah di sektor awam dan swasta dikurangkan atau disekat demi menghadkan penggunaan swasta. Kesan daripada penggunaan dasar kewangan dan fiskal yang ketat agak kurang memberikan kesan dalam menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, strategi counter-cyclical mula digunakan, menandakan bermulanya tahap kedua. Dalam tahap ini, polisi kewangan mula dilonggarkan dan pendekatan fiskal mengembang digunakan untuk mengurangkan kesan yang dibawa oleh krisis ini. Pada 01 September 2000 menandakan bermulanya tahap ketiga apabila Malaysia mula mengimplikasikan dasar kawalan modal terpilih (Laporan

Tahunan 2000, Bank Negara Malaysia). Secara keseluruhannya polisi dan beberapa langkah yang diambil untuk mengatasi kemelesetan ekonomi adalah adalah seperti berikut : 4.1 Polisi Fiskal Selepas melihat keadaan ekonomi masih merosot, kerajaan telah mula mengubah pendirian dasar fiskalnya untuk mengambil peranan yang lebih agresif dalam ekonomi negara pada tahun 1998. Polisi fiskal yang diambil oleh kerajaan dalam menangani krisis ini adalah menggunakan polisi fiskal mengembang. Polisi ini tertumpu kepada 2 mekanisma iaitu melibatkan pertambahan perbelanjaan kerajaan untuk sektor-sektor tertentu dan pengurangan cukai. Dalam mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan, pada tahun 1998 sebanyak RM 7 billion kerajaan memperuntukkan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan seperti pembiayaan projek tertentu, meninimumkan import serta meningkatkan nilai eksport, untuk menjana permintaan domestik dan untuk projek-projek sosial seperti kesihatan, pendidikan dan kemiskinan. Dana kedua sebanyak RM 5 billion

diperuntukkan untuk projek infrastruktur yang kritikal seperti lebuh raya, perlabuhan, lapangan terbang, pembekalan sumber air dan sistem pembentungan. Sumber dana ini kebanyakannya dari punca tempatan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumber pinjaman dari luar dibuat kerana kerajaan tidak ingin menggunakan dana sektor swasta dalaman (Daim Zainuddin, 2000). Mekanisma yang kedua adalah mengenai pengurangan cukai. Sehingga tahun 1998, dasar fiskal mengembang yang diambil oleh kerajaan hanya dilakukan melalui pengembangan perbelanjaan kerajaan tanpa melibatkan pengurangan kadar cukai.

Namun, Belanjawan tahun 1999, beberapa keistimewaan pengecualian cukai telah disarankan. Antaranya ialah pengecualian cukai dalam tempoh 5 tahun sebanyak 70% daripada pendapatan bagi pertumbuhan jualan eksport untuk syarikat-syarikat perdagangan antarabangsa yang layak. Duti eksais atas peti sejuk, televisyen dan peti hawa dingin telah dimansuhka. Syarikat yang terlibat dalam mempromosikan pakej perlancongan dikecualikan daripada cukai untuk menggalakkan industri perlancongan Malaysia. Kakitangan awam turut diberi cuti pada hari sabtu pertama dan ketiga untuk tujuan yang sama. Pelbagai jenis pengecualian cukai juga diberi kepada aktiviti sukan demi mengalakkan aktiviti tersebut. Duti setem untuk proses pembiayaan semula pinjaman dan perdagangan dikecualikan untuk merangsang pertumbuhan perniagaan. Sebalik daripada pengurangan cukai, kerajaan juga ada menaikkan cukai sesetengah item seperti cukai eksais bagi minuman alkohol dan tembakau serta cukai perjudian. Levi atas minyak kelapa sawit dan kernel kelapa sawit juga dikenakan bagi tingkat harga yang melebihi RM 2000 per tone (Laporan Ekonomi Tahun 2000). Kaedah pengiraan cukai pendapatan diubah dari pengiraan menggunakan pendapatan tahun lepas kepada pendapatan tahun semasa mulai tahun 2000. Dengan itu, pendapatan tahun 1999 adalah bebas daripada cukai (LHDN, 2000). Namun, kerugian pada tahun 1999 dibenarkan untuk dibawa ke tahun 2000. Berdasarkan perbentangan belanjawan tahun 1999, secara krususnya belanjawan kerajaan pada tahun 1998 ialah defisit sebanyak RM 9.6 billion (3.7% daripada KNK) dan defisit RM 49.6 billion (6% daripada KNK) pada tahun 1999.

4.2

Polisi Kewangan Dalam usaha kerajaan untuk mengembalikan ekonomi negara kembali stabil

satu tindakan berani telah dilaksanakan dengan menetapkan kadar pertukaran Ringgit kepada satu dolar Amerika sebanyak RM 3.80 per dolar (BNM,1998). Selain itu, Ringgit juga tidak boleh diniagakan di pasaran luar negara dan transaksi akaun modal tidak boleh dipinda. Dasar kewangan longgar diamalkan dengan kadar bunga diturunkan dari semasa ke semasa. Struktur penentuan Base Lending Rate (BLR) juga berubah. BLR tidak lagi dikira menggunakan Kuala Lumpur Interbank Offer Rate (KLIBOR) tetapi menggunakan kadar bunga 3 bulan dan campur tangan Bank Negara (Bank Negara intervention rate) demi mempercepatkan impak dasar kewangan kerajaan. Pada 3 Ogos 1998, kadar bunga campurtangan Bank Negara itu dikurangkan dari 11% kepada 10.5% dan hanya sekadar 8% pada 3 September 1998. Kini, pada 1 September 1998, kadar ini ialah 5.5% sahaja (BNM,1998). Selain itu, nisbah keperluan wajib bank atau statustory requirement ratio (SRR) juga telah diturunkan secara berperingkat dari 13.5% pada Februari 1998 kepada 6% pada 16 September 1998. Dengan anggaran RM 4 billion akan disuntik semula ke dalam pasaran antara bank bagi setiap peratus penurunan SRR, maka sebanyak RM 38 billion telah masuk ke sistem ekonomi Malaysia. Demi mengembangkan penggunaan domestik dan mengatasi masalah pengucupan kredit, Bank Negara mengarah bank-bank perdagangan untuk mencapai kadar pertumbuhan kredit tahunan tidak kurang daripada 8% pada tahun 1998. Bank-bank yang gagal berbuat demikian atau enggan memberi pinjaman akan dikenakan tindakan termasuklah menarik balik lesen mereka.

4.3

Penstrukturan Semula Sektor Kewangan Proses penstrukturan ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa aktiviti penstabilan dan kemudiannya proses reformasi (Mahani, 1999). Antara proses penstrukturan semula sektor kewangan adalah seperti : 4.3.1 Penubuhan Special Porposes Vehicle (SPV) Dua SPV, iaitu Danaharta dan Danamodal telah ditubuhkan pada tahun 1998. Danaharta ditubuhkan pada Jun 1998 dengan modal sebanyak RM 25 billion untuk mengambil alih NPL daripada institusi kewangan pada harga adil pasaran dan memaksimumkan nilai pemulihan NPL tersebut. Tujuannya ialah untuk mengurangkan beban kewangan NPL institusi kewangan di Malaysia. Dalam fasa pertama pengoperasiannya, Danaharta berjaya mengumpul RM 23.1 billion NPL atau 31.8% daripada jumlah NPL dalam sistem perbankan negara. Fasa kedua melibatkan operasi pengurusan aset oleh Danaharta. Antara corak pengurusan danaharta termasuklah perlantikan pentadbir khas untuk mentadbir syarikat dan penjualan semula aset melalui sistem tender terbuka yang diurus oleh firma profesional. Danamodal pula telah menyuntik modal sebanyak RM 6.4 billion kepada 10 institusi kewangan untuk mengelakkan risiko sistematik kepada sektor kewangan. Namun, penyuntikan modal ini diikuti dengan penyerapan kerugian oleh pemegang saham asal melalui pengurangan dalam sumbangan modal dan pertukaran lembaga pengarah atau kumpulan pengurusan. Danamodal ini juga berperana memastikan syarikat yang menerima suntikan modal akan beroperasi dengan cekap dan berusaha mengkukuhkan syarikat.

4.3.2 Penggabungan bank Pada 29 Julai 1999, kerajaan telah mengarahkan 58 institusi kewangan bergabung kepada 6 kumpulan besar. Tarikh akhir mewujudkan Memorandum Persetujuan (MOU) diberi sehingga akhir bulam September, 1999. Kemudian, anchor bank yang dipilih dikehendaki menandatangani persetujuan jual beli sebelum Ogos, 31 tahun 2000. Enam kumpulan kewangan ini akan mengandungi bukan saja bank kewangan tetapi juga bank saudagar dan firma sekuriti. Langkah penggabungan bank ini adalah untuk mengkukuhkan sektor perbankan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Namun, rancangan penggabungan ini tidak berakhir seperti mana yang dirancang pada awalnya kerana isu tempoh masa, penilaian, pemilihan anchor bank, nasib bank kecil dan sederhana, serta motif politikal dan bangsa. Bank Negara berperanan menyediakan panduan cara penggabungan dan penilaian, mengawal selia, memudah dan melicinkan proses penggabungan. Akhirnya, 10 anchor bank telah berjaya menandatangi perjanjian jual beli pada masa yang ditetapkan (The Star; 31 Ogos 2000). Mulai tarikh tersebut, program penggabungan bank tersebut akan diperhatikan untuk tempoh satu hingga dua tahun dari segi kesan pertumbuhan pinjaman, penjimatan kos, pembuangan kakitangan selepas penggabungan, peningkatan pulangan ke atas ekuiti dan masa untuk penyelesaian penggabungan.

4.3.3

Penstrukturan hutang koperat dan CDRC Dalam hal tersebut, fungsi CDRC adalah terpenting. CDRC berperanan untuk

membantu syarikat menstruktur semula tanpa melibatkan bantuan kerajaan, mengatur mesyuarat antara penghutang dengan pemiutang serta merupakan penasihat dan rujukan bagi hal penstrukturan semula. 4.3.4 Pasaran bon Tun Daim Zainuddin dalam ucapannya sempena konferens Bank Negara pada 28 Ogos 2000 menyatakan bahawa Malaysia perlu mengambil langkah untuk mewujudkan pasaran ekuiti dan bon yang cekap untuk melengkapkan sistem perbankan yang ada. Satu pasaran bon yang dibangunkan sepenuhnya lebih sesuai untuk memenuhi permintaan pembiayaan kewangan untuk pelaburan modal yang besar dan berjangka panjang pada satu kadar bunga yang tetap. Contohnya ialah projek infrastruktur. Oleh itu, langkah-langkah berikut telah diambil (Mahani: 1999): i. Mewujudkan skim pendaftaran shelf untuk sekuriti hutang swasta untuk memberi fleksibiliti kepada korperasi untuk mengeluarkan pelbagai siri bon pada jangka masa yang lebih panjang; ii. Pendalaman pasaran untuk repo dan meluaskan sasaran pelabur; iii. Membangunkan rancangan strategik jangka panjang untuk mempromosi satu pasaran bon yang aktif dengan satu gagasan besar penulis bon, pelabur, trader dan institusi kewangan; iv. Mewujudkan bentuk jaminan kewangan kepada pasaran bon untuk

mengeluarkan sebahagian risiko kredit dari sistem perbankan.

4.4

Polisi lain yang dilaksanakan Antara langkah-langkah dan polisi-polisi lain termasuklah Pelan Perindustrian Kedua dan projek Multimedia Super Corridor (MSC) untuk menggerakkan sektor industri negara ke arah aktiviti penambahan nilai dan intensif teknologi. Rancangan Pembangunan Ekonomi Nasional (NEAC) turut dirancang dan dilaksanakan (Laporan Ekonomi Tahun 2000). Selain itu, kerajaan telah berusaha memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) melalui pengwujudan dana pelaburan dan menyeru agar syarat pinjaman untuk IKS dilonggarkan. Selain itu, kerajaan juga mengharamkan perdagangan kaunter saham Malaysia di pasaran CLOB (Centre Order Limit Book) di Singapura untuk mengurangkan aktiviti spekulasi saham.

5.

KEBERKESANAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN Setelah rantau Asia dilanda krisis kewangan dengan teruknya, pelbagai langkah

pemulihan telah dilaksanakan untuk merangsangkan semula aktiviti ekonomi negara masingmasing. Menurut Prof. Fabrizio Onida, salah seorang pakar ahli ekonomi antarabangsa dan selaku pengerusi kepada Italian Institute for Foreign Trade, beliau berkata bahawa sehingga Jun 1999, Malaysia bersama-sama dengan Korea Selatan dan Negara Thai merupakan antara negara yang paling cepat keluar dari perangkap krisis ekonomi (Suresh Narayanan, 2001). Malahan tempoh pemulihan bagi kes Malaysia adalah lebih cepat daripada yang dijangkakan. Walaupun kadar pertumbuhan tidak lagi mencapai tahap 8 peratus seperti dahulu, namun pencapaian di sekitar 4 hingga 6 peratus sudah merupakan satu kejayaan yang besar. Antara sebab yang menyebabkan ekonomi Malaysia pulih dengan cepat ialah terdapatnya bahan asas yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi. Bahan asas ini termasuk :

10

y y

Kadar tabungan yang tinggi Usaha kerajaan dalam menyediakan satu suasana yang sesuai untuk pelaburan dan pertumbuhan perniagaan baru, contohnya pembangunan kemudahan infrastruktur dan cutting of bureaucratic red tape

Guna tenaga yang berkualiti tinggi yang telah membuka jalan kepada penyesuian yang cepat terhadap sebarang perubahan isu dan teknologi semasa.

Tingkatnya integrasi di rantau Asia yang membawa kepada pembaikan dari segi perdagangan dan pelaburan intra kawasan. Kesemua elemen ini berjaya menumpukan perhatian terhadap potensi dalam

meningkatkan produktiviti, inovasi, perubahan produk campuran dan mutu perkhidmatan. Implimentasi kawalan kapita telah membawa kepada kestabilan dan keyakinan dalam pasaran kewangan. Di bawah rangsangan dasar fiskal, tersedianya program pengembangan belanjawan 1999 yang menyeluruh. Begitu juga dengan dasar kewangan yang turut menyumbangkan usaha dalam pelaksanaan projek sektor awam telah berjaya meningkatkan permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta. Penyusunan semula dalam sistem perbankan yang membolehkan sektor perbankan menjalankan fungsi urusniaga dengan lebih berkesan turut membantu dalam pemulihan ekonomi Malaysia. Sehingga kini, pelaksanaan kawalan kapita telah memasuki tahun kedua. Kita pun mulai melihat usaha kerajaan dalam melonggarkan pelaksanaan dasar tersebut. Kini, pelabur asing dibenarkan mengambil balik wang mereka. Kerajaan cuma mengenakan cukai 10 peratus terhadap keuntungan pelaburan serta mengekalkan kadar pertukaran matawang RM3.80 terhadap US$1(Laporan Ekonomi Tahun 2000). Memang tidak dapat dinafikan bahawa tindakan Perdana Menteri ini berjaya mematah-balikkan ekonomi Malaysia daripada

11

keadaan yang kritikal kepada keadaan yang stabil. Penurunan nilai matawang telah memanfaatkan eksport barangan tempatan. Barangan import menjadi semakin mahal. Peluang pekerjaan turut meningkat ekoran daripada aktiviti eksport yang semakin banyak Dalam jangka pendek, langkah ini berjaya memperbaiki kedudukan imbangan pembayaran. Namun, dalam jangka panjang, pelaksanaan kawalan kapita ini tidak lagi sesuai dipraktikkan memandangkan ia akan mendatangkan kesan yang negatif. Dalam pertengahan tahun 2000 yang pertama ini, pelaburan langsung asing telah berkurangan sebanyak 72 peratus. Antara sebabnya ialah pelabur asing hilang keyakinan terhadap pelaksanaan kawalan kapita. Pada satu ketika, modal mereka terikat di Malaysia selama satu tahun. Oleh itu, mereka khuatir akan berlakunya satu lagi dasar kawalan yang secara mendadak. Tambahan pula, mereka mengambil pendirian lebih berhati-hati selagi dasar kawalan kapita tidak dihapuskan. Sekirannya pelaburan dibuat pada masa kini dengan nilai RM3.80 terhadap US$1, dan kemudian kerajaan Malaysia menghapuskan kawalan kapita dengan membiarkan nilai matawang meningkat, maka palabur asing akan mengalami kerugian yang besar daripada kadar pertukaran matawang. Dari segi penggabungan bank, ia bukan sahaja untuk menyelesaikan kelemahan yang terdapat pada sektor kewangan negara, tetapi turut bertujuan untuk menghadapi cabaran globalisasi. Melalui program penggabungan, diharapkan kumpulan bank ini dapat membentuk satu pusat sistem perbankan yang kukuh. Penggabungan bank memperlihatkan kecanggihan teknologi yang ada untuk menyediakan satu sistem rangkaian yang luas untuk pengurusan transaksi harian, penghantaran maklumat antara cawangan bank, dan perekodan maklumat pelanggan. Dengan erti kata lain, penggabungan bank mempamerkan perkhidmatan urusniaga yang paling cekap dan efisien. Di Malaysia, keadaan penggabungan

12

bank adalah tidak seperti yang diharapkan. Peruntukan perbelanjaan untuk teknologi dalam sektor perbankan masih terhad jika dibandingkan dengan negara barat. Walaupun kini hanya tinggal 10 buah bank dan persaingan adalah terbuka, namun perjalanan urusniaga bank-bank tersebut masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

6.

KESIMPULAN Daripada beberepa tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk

menstabilkan kembali ekonomi negara apabila dilanda krisis ekonomi pada tahun 1997. Beberapa pendekatan dan polisi-polisi tertentu diambil seperti polisi fiskal dengan menggunakan mekanisma fiskal mengembang iaitu mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai. Selain itu juga, polisi kewangan, penstrukturkan semula sektor kewangan dan lain-lain polisi. Walaubagimanapun, tidak semua polisi yang diambil memberikan impak yang maksimum untuk menstabilkan ekonomi negara kembali tetapi ianya cukup memberi kesan yang amat positif dalam mengharungi krisis ekonomi pada tahun 1997 ini. Faktor lain yang memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali ekonomi negara adalah faktor kestabilan politik. Walaupun pada masa tersebut keadaan politik negara agak kurang stabil kesan daripada krisis perlucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada waktu tersebut tetapi dengan pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan keyakinan pelaburpelabur asing dapat ditarik kembali bagi membuat pelaburan di Malaysia. Ini sekali gus meningkat output negara dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada nilai import.

13

7.0

RUJUKAN Ahmad Sobri Jaafar et al, (2007), Prinsip Ekonomi, Sintok, Universiti Utara Malaysia Akhbar Harian The Star bertarikh 31 Ogos 2000 Bank Negara Malaysia, (1998), Laporan Tahunan 1998, Kuala Lumpur Bank Negara Malaysia, (2000), Laporan Tahunan 2000, Kuala Lumpur Daim Zainuddin, (2000), Teks Ucapan Sempena Konferens Bank Negara, Kuala Lumpur Kementerian Kewangan Malaysia, http://www.treasury.gov.my Laporan Ekonomi Tahun 2000,

Kerajaan Malaysia, (1999), Laporan Belanjawan Tahun 1999, Kuala Lumpur, Pencetakan Nasional Berhad Lembaga Hasil Dalam Negeri, (2000), Laporan Tahunan 2000, Kuala Lumpur, Pencetakan Nasional Berhad Mahani Zainal Abidin, (1999), Economic Governance In Malaysia And Its Link With The Asian Crisis, Singapore, Institute Of Southeast Asian Studies Nor Aini Haji Idris et al, (1998), Kegawatan Ekonomi: Impak Terhadap Golongan Berpendapatan, Jakarta, PTS Dawama Sdn.Bhd Suresh Narayanan, (2001), Dasar Fiskal Di Malaysia: Pengalaman Dan Pengajaran, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia

14

You might also like