You are on page 1of 22

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

1.0

PENGENALAN Integriti atau lebih dikenali sebagai keutuhan merupakan satu istilah yang menjulang

nama sesebuah tamadun peradaban manusia dahulu kala sehingga disegani dan disanjungi sehingga kini. Tamadun Greek, Rom, Parsi, Turki, Empayar-Empayar Kerajaan Islam,

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka antara contoh terdekat, berkembang dengan pesat atas asas yang kukuh iaitu ketinggian integriti institusi-institusi pemerintahannya dan budaya hidup masyarakat yang berteraskan nilai murni yang tinggi. Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai kejujuran. Oxford Dictionary

merumuskan integriti sebagai Honesty, Wholeness, Soundness, Quality of Being Honest (Ahmad, 2007). Manakala Menurut Pelan Integriti Nasional (PIN) mentakrifkan integriti secara umumnya adalah, kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ianya berkaitan rapat dengan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. PIN membahagikan integriti kepada 3 tahap iaitu: i. Integriti Individu Keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya. Keselarasan di anatara tindakanya dengan prinsip moral, etika, undang-undang. kepentingan umum. ii. Integriti Organisasi Tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati sehingga menjadikannya sebagai budaya organisasi. iii. Integriti Perkhidmatan Awam Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan menurut kepentingan umum. Ianya tidak boleh bertindak atau mengambil keputusan yang mementingkan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Keutamaan mestilah diberikan kepada kepentingan umum. Serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Maka dengan itu, integriti atau keutuhan menuntut kepada ketinggian budi pekerti dan nilai-nilai murni. Keutuhan pengurusan pula merujuk kepada kualiti diri setiap individu yang berada di dalam sistem organisasi tersebut, samada ia seorang pemimpin atau pekerja bawahan. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh mengecapi pencapaian terbaik tanpa kualiti yang ada pada setiap individu yang mendokongnya. Perkara inilah yang tersirat di sebalik konsep TQM yang menegaskan Quality Performance Come Only From Quality People(Moh. Samsudin, 2006). Pekerja berkualiti bukan sekadar do the right thing, at the right time, at all the time tetapi memiliki maruah dan nilai diri yang tinggi dengan ciri-ciri seperti jujur, amanah, ikhlas, benar, telus dan bersyukur.

2.0

PENYATAAN MASALAH Dunia masa kini dilanda dengan isu-isu yang menggugat integriti samada individu

mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara isu integriti ialah masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Isu ini tidak hanya melibatkan negara-negara maju seperti negara-negara dalam kelompok G-7 sahaja, malahan negara-negara membangun juga terbelenggu dengan isu-isu seperti ini termasuklah negara Malaysia. Sistem kerajaan masa kini dilanda rasuah di semua sektor. jabatan-jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta tidak terkecuali daripada gejala ini dan ternyata trennya meningkat. Ini adalah

berdasarkan kepada data yang diperolehi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dijadual 1. Berdasarkan kepada Statistik Tangkapan dari tahun 2005 hingga tahun 2010 mendapati bahawa trennya adalah meningkat daripada satu tahun ke satu tahun yang lain. Melihat daripada data ini juga, kita mendapat bahawa semua golongan termasuk penjawat awam, pihak swasta, orang awam dan ahli politik terlibat dalam isu ini. Daripada jadual 1 ini, kita dalam melihat bahawa statistik tangkapan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati bahawa tangkap daripada tahun ke tahun terus meningkat berdasarkan kes-kes yang berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

rasuah. Secara tidak langsung, integriti individu yang rendah ini menyebabkan sesebuah negara boleh mengalami kerugian yang besar. Selain daripada itu, kesan langsung yang memberikan kesan negatif kepada negara dimata dunia dimana ianya akan memberi kesan terhadap index persepsi rasuah di peringkat antarabangsa. Merujuk kepada Jadual 2 iaitu Index Persepsi Rasuah yang telah dikeluarkan oleh Transparency International (TI), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Berlin, Jerman. Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sesebuah negara di mana kedudukan sesebuah negara akan disenaraikan mengikut skor yang diperoleh dan bukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuah di negara terbabit.. CPI dikeluarkan berdasarkan pengumpulan kajian-kajian oleh pelbagai pihak,

terutamanya berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas ahli-ahli perniagaan luar negara dengan penekanan diberi kepada elemen rasuah. Apabila CPI diperkenalkan pada tahun 1995, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 yang dikaji dengan skor mata 5.28. Kedudukan negara dalam CPI mula menurun ke tangga ke-26 (1996), tangga ke-32 (1997) dan terus merosot ke kedudukan 56 dalam tempoh 15 tahun sejak CPI diperkenalkan. Dari segi skor pula, skor terbaik yang pernah dicapai adalah dalam tahun 1996 iaitu skor 5.32 manakala skor yang paling rendah pula adalah pada tahun 2010 iaitu skor 4.4. Walaupun Malaysia merosot dari segi kedudukannya, secara umumnya skor Malaysia masih berada di peringkat pertengahan. Di samping itu bilangan negara yang dikaji perlu juga diambil kira di mana 178 negara terlibat dalam CPI 2010 berbanding 41 negara pada tahun 1995. Kedudukan Malaysia dalam CPI, bilangan negara yang terlibat dan skor mata yang diperoleh dari tahun 1995 hingga 2009 adalah sebagaimana dalam Jadual 2. Tren penurunan index ini berlaku secara langsung ianya berkaitan rapat dengan integriti masyarakat di dalam negara Malaysia. Dengan ini boleh disimpulkan bahawa, integriti masyarakat Malaysia telah pun menurun daripada tahun ke tahun berdasarkan kepada Index yang telah dikelurrkan ini.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Jadual 1 :

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Jadual 2 : Kedudukan Malaysia: Corruption Perception Index(CPI) dari tahun 1995 hingga 2010 Tahun 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Skor 5.28 5.32 5.01 5.3 5.1 4.8 5.0 4.9 5.2 5.0 5.1 5.0 5.1 5.1 4.5 4.4 Kedudukan 23 26 32 29 32 36 36 33 37 39 39 44 43 47 56 56 Bil. Negara Dikaji 41 54 52 85 99 90 91 102 133 146 159 163 180 180 180 178

Sumber : Transparency International

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk : 3.1 Kepentingan integriti di dalam semua sektor baik kerajaan, swasta mahupun masyarakat. 3.2 3.3 3.4 Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan integriti Impak sekiranya integriti ini tidak dititik beratkan. Kelemahan-kelemahan yang kenalpasti di dalam perlaksanaan programprogram dan aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam meningkat integriti individu, organisasi mahupun masyarakat. 3.5 Langkah-langkah perlu diambil bagi meningkat integriti di dalam sektor awam, swasta dan lain-lain

4.0

METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah mengunakan keadah : 4.1 Pengumpulan Data Dalam pengumpulan data ini, data-data yang digunakan adalah merupakan data-data sekunder. Data sekunder adalah merupakan data yang diditerbitkan atau data yang sedia ada. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data yang diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu statitik tangkapan tahun 2005 hingga tahun 2010. Data yang kedua digunakan adalah data yang diperolehi daripada Transparency International (TI) yang mengenai Index Persepsi Rasuah (CPI) daripada tahun 1995 hingga tahun 2010. Data-data ini dirujuk sebagai Jadual 1 dan 2.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

5.0

ANALISIS KAJIAN Pembudayaan integriti dan etika individu harus melalui proses yang berterusan dan

sepanjang hayat. Ia melibatkan peranan institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan ini di dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan

bertindak sebagai teladan manakala kakitangan yang lain menzahirkan kod etika itu dalam tindakan mereka. Organisasi jga perlu mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan realistic yang boleh dikongsi dan difahami bersama anggota organisasi. Ianya perlu

mempunyai sistem dan prosuder yang bersistematik serta teratur bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat. Selain itu juga mempunyai sistem kawalan kualiti, pemamtauan, ganjaran dan penghukuman. Integriti dan etika yang

digariksan ini perlu dipatuhi kerana akhirnya individu itu bertanggungjawab keatas dirinya dan kepada Tuhannya. Oleh yang demikian, pentingnya integriti yang tinggi di kalangan

rakyat Malaysia akan membawa sebuah negara yang adil, aman dan maju secara berterusan. 5.1 Faktor-faktor Penyebab Kemerosotan Integriti Faktor-faktor yang dianalisa sebagai penyebab keruntuhan integriti

adalah:(Karunanithy, 2010) : 5.1.1. Individu Kelemahan indivudi itu merupakan faktor asas dalam keruntuhan integriti. Individu yang lemah didikan agama dan penghanyatan nilainilai murni, lemah displin diri dan etika kerja, serta bersifat tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.

Kemerosotan ini juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya melihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemehan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya. Tekanan hidup juga boleh mmenyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan gejala tidak bermoral. Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri lemah.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

5.1.2. Sistem dan Prosedur Aspek ini merangkumi pelbagai dimensi. Disini kita mengenal pasti enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti iaitu: a) Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam. Contoh seperti pengurusan tender. b) Prosedur kerja yang tidak bersistematik dan tidak teratur. Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat sesame sendiri di dalam satu oeganisasi. c) Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara terpilih sahaja. d) Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi dan program yang dijalankan. e) keupayaan sumber yang terhad sama daripada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan

penguatkuasaan. f) Undang-undang yang tidak dikemaskini mengikut peredaran dan perubahan masa serta tidak sesuai lagi digunakan pada masa sekarang. 5.1.3. Sturktur dan Institusi Kompenan yang paling mustahak dalam menjaminkan kelancaran pentadbiran organisasi tidak kiralah kerajaan atau pun swasta mahupun masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi mestilah kemas,

fokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan difahami oleh semua
8

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

peringkat anggota. Struktur ini perlulah dikemaskini dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran yang baru. Struktur

yang tidak kemas, tidak fokus dan tidak difamami oleh anggota akan membazirkan sumber sedia ada. Ini menyebabkan ia tidak berkesan untuk mencapai objektifnya. Institusi merupakan peranan yang paling utama dalam keseluruhan sistem pentadbiran. Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasikan dengan bersistematik dan teratur. Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh

mengkibatkan persiangan tidak sihat ataupun konflik institusi, serta pengabaian tanggungjawab. Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan tidak cemerlang, gemilang dan terbilang. 5.1.4. Budaya Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberikan

persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan menyebabkan berlakunya sikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada individu yang lain. 5.1.5 Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Memberi rasuah merupakan
9

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. 5.1.6 Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan mengumpul kuasa, kekayaan, memenangi menagih pemilihan populariti jawatan dan politik,

sebagainya.

Seharusnya, ahli politik ini perlulah mempunyai integriti yang tinggi untuk memimpin masyarakat. 5.2 Impak sekiranya integriti jika tidak dititik beratkan. Perbincangan integriti dan etika adalah penting kerana kemerosotan integriti dan etika akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan kemerosotan integriti dan etika, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kemerosotan integriti dan etika akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana kemerosotan integriti dan etika tidak dibendung dengan sewajarnaya, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Kesan yang paling besar daripada kemerosotan integriti dan etika ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. kemerosotan integriti dan etika juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden

10

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan-amalan negetif yang tidak terbendung. Kemerosotan integriti dan etika ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, kemerosotan integriti dan etika akan menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Kemerosotan ini jaga jika berlaku dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan kemerosotan integriti dan etika dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum,

kemerosotan integriti dan etika akan mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, kemerosotan integriti dan etika menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. Di samping itu juga, kemerosotan integriti dan etika ini menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projekprojek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Kemerosotan integriti dan etika juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Kita juga sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus
11

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

melebih satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentun tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing yang banyak. Bagaimana jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari dengan kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat untuk melabur di sini.

6.0

CADANGAN PENYELESAIAN Kelemahan-kelemahan yang kenalpasti di dalam perlaksanaan program-program dan

aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam meningkat integriti individu, organisasi mahupun masyarakat. Pelbagai sasaran ditetapkan untuk memastikan CPI ini berada di skor yang lebih baik. Antaranya, Pelan Integriti Nasional yang menetapkan sasaran menaikkan skor ke tahap 6.5. Manakala NKRA yang menetapkan sasaran untuk memperbaiki CPI 2010 ke tahap 4.9. Kesemua sasaran ini tersasar dan tidak mencapai objektif yang dihasratkan. Kenapa dan di manakah silapnya? 6.1 Di antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut: i. Usaha untuk menaikkan skor Index Perserpsi Rasuah(CPI) ini hanya diletakkan di tanggungjawab entiti tertentu sahaja seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan NKRA; ii. Untuk mencapai sasaran skor CPI yang ditetapkan, IIM dan NKRA dilihat tidak fokus kepada usaha mengenal pasti, menganalisis dan mendekati 9 bentuk kajian yang digunakan oleh CPI untuk dijadikan asas bagi membentuk strategi dan pendekatan meningkatkan persepsi dan imej negara; iii. Strategi dan pendekatan yang diguna pakai IIM dan NKRA wajar dikaji semula;

12

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

iv. Kumpulan sasaran iaitu golongan peniaga dan pelabur domestik dan antarabangsa yang merupakan sampel kajian tidak pernah didekati dan dijelaskan berhubung inisiatif dan pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan; v. Lain-lain agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaburan dalam dan luar negara yang berurusan dengan peniaga dan pelabur tidak memainkan peranan mereka dan menganggap kempen meningkatkan integriti dan memerangi rasuah tidak penting dan bukan tanggung jawab mereka; vi. Keseriusan Kerajaan dalam memerangi rasuah dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif sebenarnya tidak disambut secara bersungguh-sungguh oleh sebahagian besar agensi Kerajaan. Dalam erti kata lain, ketua-ketua jabatan masih dilihat tidak serius menangani masalah rasuah dan rasuah masih kerap dilaporkan dalam agensi-agensi tertentu; vii. Terlalu banyak publisiti berhubung kes-kes rasuah di media massa menyebabkan wujud persepsi bahawa rasuah amat berleluasa di negara ini; viii. Perlakuan segelintir ahli-ahli politik yang suka memburuk-burukkan Malaysia di negara luar turut mempengaruhi tahap persepsi ini; ix. Perlakuan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ketika membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa mengkritik dan memburuk-buruk Kerajaan; x. Beberapa dasar khususnya yang melibatkan pelaburan perlu dikaji semula iaitu berkaitan peranan konsultan atau pengaruh middleman dalam melobi projek atau peluang-peluang pelaburan di negara ini. xi. Ketidakstabilan politik juga dilihat sebagai elemen yang menggugat kedudukan CPI kerana semua isu berkaitan rasuah dijadikan alat politik untuk menabur fitnah dan menanamkan rasa benci rakyat terhadap pemerintah. 6.2 Langkah-langkah perlu diambil bagi meningkatkan integriti di dalam sektor awan, swasta dan lain-lain.

13

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

6.2.1 Sektor Kerajaan Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan tulang belakang di daman pembangunan negara. Justeru pembudayaan nilai dan

integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan,

penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa konsep mempertingkatkan nilai-nilai murni dan bagi memantap dan integriti di dalam

perkhidmatan awan antaranya adalah penghayatan konsep Bersih, Cekap dan Amanah. Penerapan Nilai-nilai Islam, Budaya Kerja

Berkualiti, Kod Etika Kerja, Piagam Pelanggan dan ISO 9000. Dalam memantapkan penguatkuasaan keatas kesalahan rasuah, penyelewengan dan salahgunak kuasa, kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1961 bagi mengantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Pada 11 Mac 2009, Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada tahun 1967 bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa telah telah bertukar nama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Akta Pencegahan Rasuah juga telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memberikan kuasa yang lebih efektif di dalam memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Selain daripada itu juga, kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan yang lain iaitu dengan menubuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai satu mekanisme dan saluran untuk orang ramai memberikan pandangan atau aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa, dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Unit
14

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Pemodenan (MAMPU)

Tadbiran juga

dan

Perancangan sebagai

Pengurusan peneraju

Malaysia

ditubuhkan

pembaharuan

pentadbiran dalam mengwujudkan perkhidmatan awam yang mden, cekap dan berkesan. Lain-lain insitusi kerajaan yang ditubuhkan bagi meletakakan isu integriti pengurusan kerajaan sebagai fokus utamanya adalah seperti Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) serta Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat, persekutuan, negeri dan daerah. Satu garis panduan penghayatan dan pegamalan nilai-nilai murni juga dilkasankan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan integriti penjawat awam. Himpunan nilai teras yang diterapkan sebagai

panduan penghayatan dan pengamalan ini ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Selain daripada itu juga,

penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan diatas Kod Etika Hakim (1994) dan Kod Etika bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga telah digubal dan diguna pakai. 6.2.2 Sektor Swasta Sektor ini merupakan pemacu pembangunan dan penjana ekonomi negara. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dipandang berat masa kini adalah tadbir urus koporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekomoni selama ini memberi peluang bukan sahaja sektor swasta dalam negeri malahan dari luar juga. Beberapa isu yang berlaku di dalam dan di luar negara masa kini menunjukkan betapa pentingnya urus tadbir koporat terbaik untuk dijiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya (Ahmad, 2007). Satu prinsip urus tadbir yang baik dilaksanakan

untuk garis panduan bagi memastikan pegawai bertingkah laku dan bertanggungjawab terhadap pelabur dan pihak kepentingan yang lain.

15

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Sektor swasta merupakan penyumbang yang terbesar di dalam penglibatan gejala rasuah sebagai pemberi rasuah dan penjawat awam sebagai penerima rasuah. Betapa seriusnya masalah ini, satu

konvensyen antarabangsa telah diadakan serta telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada tahun 1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah(PIN, 2007) Daripada segi pemantauan dan penguatkuasaan ke atas sektor swasta ini bagi membendung gejala penyelewengan, penipuan dan rasuah ini institusi yang diberikan kuasa adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuariti (SC) dalam usaha untuk mempertingkatkan integriti dan kemakmuran ekonomi sejagat dapat dikekalkan. Satu kod mengenai urus tadbir korporat yang dikenali sebagai Malaysia Code On Corporate Governance (MCCG) juga diterbitkan pada tahun 2000 (Ahmad, 2007). Kod ini perlu diterapkan dan

dipatuhi oleh semua syarikat-syarikat swasta untuk mempertingkatkan ketelusan dan pertanggungjawabannnya. Selain itu satu himpunan

etika dalam perniagaan juga dipraktikkan dan digubal serta diterimapakai oleh Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dikenali sebagai Rukuniaga. Rukunniaga ini mengariskan enam

prinsip dalam urusan perniagaan iaitu, berlaku benar dalam amalan perniagaan; bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; berperikemanusian kepada semua insan; kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; saksama terhadap pelanggan; dan kesungguhan menjayakan perniagaan(Juhary, 2004). Sektor swasta digalakkan menggunkan rukunniaga ini sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

16

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

6.2.3 Lain-lain sektor Didalam lain-lain sektor seperti Malis Peguam Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan dan professional merekan ini mempunyai kod etika masing-masing. Kod etika ini

adalah bertujuan sebagai garis panduan untuk meningkatkan integriti ahli-ahlinya dan menunjukkan kesederan bahawa betapa pentingnya integriti dan beretika di dalam apa jua urusan di dalam kehidupan ini.

7.0

KESIMPULAN Integriti merupakan satu satu sifat ayng paling penting yang perlu ada didalam diri

invididu. Tanpa integriti wujudlah suatu gejala penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah. Ianya juga ditaksirkan sebagai tidak berintegriti kerana perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, dhaif akal budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan yang tidak sah. Justeru, semua pihak seharusnya prihatin untuk terus membudayakan dan mengamalkan nilai-nilai murni dan etika kehidupan yang baik emi untuk memastikan masyarakat negara kita berintegriti tinggi. Dalam semua sektor dan istilah integriti dipandang begitu hambar bagi sesetengah pihak terutama apabila berkaitan dengan keadaan dunia yang penuh dengan persaingan untuk survival. Lantaran itu, fahaman materialism yang semakin menebal dalam masyarakat telah merongkai nilai-nilai murni individu dalam kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai seperti perasaan saling hormat, tolong menolong dan kasih saying terhadap jiran tetangga dan masyarakat sekitar semakin pudar. Perasaan patriotic atau cintakan negara semakin dingin dan penghayatan kepada agama juga begitu rapuh dan diremehakan. Akhirnya sistem sosial, ekonomi dan politik kita hari ini mula dilanda dengan pelbagai masalah yang semuanya bertitik tolak daripada pelbagai isu yang berkaitan dengan integriti. Kepentingan untuk mengukukkan semula

dalam masyarakat dan sistem pentadbiran begitu rancak diusahakan bukan sahaja kerajaan tetapi juga negara-negara di dunia. Malah ada yang lebih maju ke hadapan. Nampaknya

17

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

usaha mereka tidak sia-sia, malah memberikan faedah yang banyak terutama dalam arena perdangangan antarabangsa(Mod. Samsudin, 2008). Persoalannya sekarang, bolehkah kita kea rah yang sama dengan segala kemelut yang kita hadapi sekarang seperti gejala rasuh, peyelewengan dan salahguna kuasa dibiarkan terus berlaku?

18

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

8.0

RUJUKAN Agong Djojosoekarto et.al, 2008. Pelayanan Publik Dalam Persepsi Masyarakat. Indonesia: Kemitram Partnership. Ahmad Atory Hussin, 2007. Tadbir Urus Koprat: Ke Arah Tabdir Urus yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd. Chamil Wariya, 2004. Kesinambungan dan Perubahan: Zaman Perdana Menteri Ke5 Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd. Juhary Haji Ali, 2004. Etika Perniagaan Dan Tanggungjawab Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan: Edisi Ke-3, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Karunanithy A/L Y.Subbiah, 2010. News Coverage On Corruption Prevention: A Content Analysis Berita Harian and The Star. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kerajaan Malaysia, 2007. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia. Khoo Chai Lee, 2010. Let Make A Diffence: Fight Corruption. Perak: Kertas Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan SPRM yang Pertama. Moh. Samsudin Bin Yusof, 2008. Integriti dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan Cabaran Menanganinya. Perak: Kertas Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan SPRM yang Pertama. Website SPRM : http://www.sprm.gov.my Website IT: http://www.transparency.org

19

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

9.0

LAMPIRAN

20

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

21

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIRAN AWAM

22

You might also like