You are on page 1of 23

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

1.0

PENGENALAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan

rakyatnya. Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia. Perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akan memberi banyak kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang. Parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang Sehubungan itu, dalam memerangi

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal. Menurut Transparency International iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendefinasikan rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya itu keluarga dan sahabat handai, dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Menurut Muhamad Ali, 2008, menyatakan bahawa, keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut: a. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
2

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

b. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; c. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; d. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini.
3

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah keduaduanya akan masuk neraka. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah Ayat 188) Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat kes berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura- pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali! Rasuah yang wujud dalam bidang politik, pentadbiran dan birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah dalam erti kata yang lebih luas. Sama ada sesuatu hal atau perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara atau wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara atau wilayah tertentu tetapi dianggap tidak menyalahi undang-undang di tempat-tempat tertentu.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2.0

PENYATAAN MASALAH 2.1 Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Berdasarkan kepada Jadual 1 yang menunjukkan Indeks Persepsi Rasuh di Kalangan negara-negara ASEAN. Kita mendapati bahawa, negara yang

mempunyai kedudukan yang paling rendah adalah Myammar dengan kedudukan 176 dengan jumlah negara yang dikaji 178 pada tahun 2010. Singapura adalah merupakan negara yang paling tinggi kedudukannya dalam indeks ini yang mana mendapat mata skala 9.3 dan memduduki negara pertama di dalam negara ASEAN mahupun daripada 178 negara yang dikaji pada tahun 2010. Bagi negara Malaysia, jika dilihat daripada indeks ini mendapati bahawa Malaysia mengalami penurunan daripada mata skala mahu pun kedudukan di dalam 178 negara-negara yang telah dikaji. Agak

membimbangkan, berdasarkan indek yang dikeluarkan ini Malaysia 2 tahun berturut-turut telah mengalami penurunan mata sekali dimana pada tahun 2008, Malaysia mendapat Skala mata 5.1 dan pada tahun berikut penurunan telah berlaku kepada 4.5 pada tahun 2009 dan 4.4 pada tahun 2010. Persoalan yang timbul disini, apa puncanya terhadap penurunan Indeks Persepsi Rasuah negara menurun? 2.2 Statistik Tangkapan Oleh SPRM Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Judual 2). Dari tahun 2005 hingga tahun 2010, mendapati bahawa terdapat peningkatan yang amat ketara dalam jumlah tangkapan yang telah dibuat. Peningkatan tangkapan yang dibuat ini secara tidak langsung
5

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

telah menurun Indeks Persepsi Rasuah Negara. Bagi tahun 2005, sebanyak 485 tangkapan telah dibuat dan peningkat secara berterusan sehinggalah pada pada tahun 2010 sebanyak 944 tangkapan dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009. Berdasarkan jadual ini juga mendapati bahawa, semua golongan masyarakat terlibat di dalam gejala jenayah ini daripada anggota-anggota perkhidmatan awam, swasta, ahli politik malahan orang awam juga turun terlibat. 2.3 Fakta Kajian Mengenai Rasuah Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07). Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)]. Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 1

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 2:

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

3.0

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Kajian ini adalah untuk : 3.1 Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan terjerumusnya sesorang itu di dalam gejala rasuah. 3.2 3.3 3.4 3.5 Mengenalpasti keadaan yang boleh menjadi pencetus kepada gejala rasuah. mengenalpasti kesan-kesan gejala rasuah. Mengenalpasti bentuk-bentuk rasuah dan salah laku. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam memerangi gejala rasuah. 3.6 mengenalpasti langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil bagi membansmi gelaja rasuah.

4.0

METODOLOGI KAJIAN 4.1 Data Sekunder Menurut Rohaya Yusof, 2004, Data sekunder merupakan data data yang sudah tersedia sehingga kita tinggal mencari dan mengumpulkan. data

sekunder dapat kita peroleh dengan lebih mudah dan cepat karena sudah tersedia, misalnya di perpustakaan, perusahaan-perusahaan, organisasiorganisasi perdagangan, biro pusat statistik, dan kantor-kantor pemerintah. Data ini juga adalah untuk kegunaan : 4.1.1 Pemahaman Masalah

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Data sekunder dapat digunakan sebagai sarana pendukung untuk memahami masalah yang akan kita teliti. 4.1.2 Penjelasan Masalah Data sekunder bermanfaat sekali untuk memperjelas masalah dan menjadi lebih operasional dalam penelitian karena didasarkan pada data sekunder yang tersedia, kita dapat mengetahui komponenkomponen situasi lingkungan yang mengelilinginya. Hal ini akan menjadi lebih mudah bagi peneliti untuk memahami persoalan yang akan diteliti, khususnya mendapatkan pengertian yang lebih baik mengenai pengalaman-pengalaman yang mirip dengan persoalan yang akan diteliti 4.1.3 Mendefinasikan Masalah Data sekunder disamping memberi manfaat dalam membantu mendefinisikan dan mengembangkan masalah, data sekunder juga kadang dapat memunculkan solusi permasalahan yang ada. Tidak jarang persoalan yang akan kita teliti akan mendapatkan jawabannya hanya didasarkan pada data sekunder saja. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder yang telah diperolehi daripada Transparency International, judual 1 dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jadual 2. 4.2 Kajian lepas Pengkaji juga mengambil maklumat-maklumat penting daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan bagi menyokong isu dan hujah yang dibincangkan.

10

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.0

ANALISIS KAJIAN 5.1 Punca-punca berlakunya gejala rasuah Berdasarkan laporan daripada Berita Harian yang bertarikh 18 Mac 2011 yang mendedahkan bahawa, hampir 74 peratus kakitangan awam yang cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang dan gagal mengawal perasaan kerana mempunyai lebih ruang serta peluang

melakukannya. Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di kalangan penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan yang dianggap rasuah atau sebaliknya. Punca-punca lain yang mempengaruhi individu terlibat di dalam gejala rasuah adalah seperti : 5.1.1 Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. 5.1.2 Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada

pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah 5.1.3 Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik
11

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari 5.1.4 Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,

mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. 5.1.5 Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. 5.2 Keadaan-keadaan yang boleh menjadi pencetus kepada gejala rasuah. 5.2.1 Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik. 5.2.2 Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. 5.2.3 Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang

12

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.2.4 Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. 5.2.5 Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". 5.2.6 Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya. 5.2.7 Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman. 5.2.8 Kebebasan bersuara dan kebebasan media disekat 5.2.9 Gaji kakitangan awam kecil 5.2.10 Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku. 5.2.11 Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras. 5.3 Kesan-kesan gejala rasuah Menurut Moh. Samsudin, 2008 yang menyatakan bahawa, banyak kajian yang dijalankan dan terbukti bahawa kesan dan kos yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah, antaranya adalah : 5.3.1 Peningkatan harga Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Commision di mana beliau menyatakan bahawa, Corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt of the country (and carries with it recurring debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as substandards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of corruption. Than on manpower, which would be more useful for development.

13

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.3.2 Pengaliran Keluar Modal Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini banyak wang mengalir keluar. P.E. Pederson dalam kenyataannya artikelnya bertajuk The Search for The Smoking Gun. (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa sehingga USD30 billion bantuan yang diberikan kepada Afrika berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu di Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan. 5.3.3 Ketidakadilan Sosial Rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial berlaku. Penindasan terhadap golongan miskin terus berlaku kerana golongan ini ternyata lebih tertindas kerana tidak mampu membayar rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara. 5.3.4 Mengugat pertumbuhan ekonomi
Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebih satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentun tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing yang banyak. Bagaimana jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari dengan kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat untuk melabur di sini.

14

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.3.5

Imej Negara terjejas Ini jelas menunjukkan kesan rasuah bukan sahaja kepada pengamal tetapi

kepada keseluruhan masyarakat dan negara. Negara akan dipandang serong sekiranya rasuah tidak dibendung. Antara kesan rasuah adalah kepada individu, masyarakat, organisasi, pemimpin, kerajaan, negara dan kesan ini bukan setakat peringkat tempatan tetapi sehingga peringkat global. Kedudukan tahap indeks rasuah negara seperti yang dilaporkan oleh Transparency International dan akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara.

5.4

Bentuk-bentuk rasuah dan salah laku.


Akta SPRM 2009 adalah akta yang memperuntukkan undang-undang berkaitan rasuah dan agensi yang diberi kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab membanteras rasuah di Malaysia. Seksyen 3 (a) hingga (g) Akta SPRM 2009 mendefinisikan suapan bagi membawa maksud rasuah, ia termasuk wang, derma, pinjaman, hadiah, pangkat, jawatan, perkhidmatan sex dan bonus. Di bawah akta ini juga menyatakan bahawa kesalahan jenayah rasuah terbahagi ke 4 iaitu : 5.4.1 Meminta atau Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi principal atau majikan berkenaan. 5.4.2 Menawar atau Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar/memberi/bersetuju memberi suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi prinsipal/majikan berkenaan.

15

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.4.3

Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada

prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir kepentingan, palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai tujuan untuk mengeliru atau memperdayakan

dengan

prinsipal/majikannya. 5.4.4 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

5.5

Kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam memerangi gejala rasuah. Pelbagai sasaran ditetapkan untuk memastikan CPI ini berada di skor yang lebih baik. Antaranya, Pelan Integriti Nasional yang menetapkan sasaran menaikkan skor ke tahap 6.5. Manakala NKRA yang menetapkan sasaran untuk memperbaiki CPI 2010 ke tahap 4.9. Kesemua sasaran ini tersasar dan tidak mencapai objektif yang dihasratkan. Kenapa dan di manakah silapnya? Persoalan inilah telah dijawab oleh Khor Chai Lee, 2009 yang

membentangkan kertas kerja Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun yang pertama SPRM bertajuk Kejatuhan Indeks Persepsi Rasuah Negara: Dimana silapnya yang menyatakan hasil daripada pemerhatian dan padangan beliau mendapati bahawa antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti di dalam usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah Negara dan membasmi gejala rasuah adalah :5.5.1 Usaha untuk menaikkan skor CPI ini hanya diletakkan di tanggungjawab entiti tertentu sahaja seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan NKRA;

16

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.5.2 Untuk mencapai sasaran skor CPI yang ditetapkan, IIM dan NKRA dilihat tidak fokus kepada usaha mengenal pasti, menganalisis dan mendekati 9 bentuk kajian yang digunakan oleh CPI (sebagaimana dalam lampiran 1) untuk dijadikan asas bagi membentuk strategi dan pendekatan meningkatkan persepsi dan imej negara; 5.5.3 Strategi dan pendekatan yang diguna pakai IIM dan NKRA wajar dikaji semula; 5.5.4 Kumpulan sasaran iaitu golongan peniaga dan pelabur domestik dan antarabangsa yang merupakan sampel kajian tidak pernah didekati dan dijelaskan berhubung inisiatif dan pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan; 5.5.5 Lain-lain agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaburan dalam dan luar negara yang berurusan dengan peniaga dan pelabur tidak memainkan peranan mereka dan menganggap kempen meningkatkan integriti dan memerangi rasuah tidak penting dan bukan tanggung jawab mereka; 5.5.6 Keseriusan Kerajaan dalam memerangi rasuah dengan

memperkenalkan pelbagai inisiatif sebenarnya tidak disambut secara bersungguh-sungguh oleh sebahagian besar agensi Kerajaan. Dalam erti kata lain, ketua-ketua jabatan masih dilihat tidak serius menangani masalah rasuah dan rasuah masih kerap dilaporkan dalam agensiagensi tertentu; 5.5.7 Terlalu banyak publisiti berhubung kes-kes rasuah di media massa menyebabkan wujud persepsi bahawa rasuah amat berleluasa di negara ini; 5.5.8 Perlakuan segelintir ahli-ahli politik yang suka memburuk-burukkan Malaysia di negara luar turut mempengaruhi tahap persepsi ini;
17

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.5.9 Perlakuan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ketika membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa mengkritik dan memburuk-buruk Kerajaan; 5.5.10 Beberapa dasar khususnya yang melibatkan pelaburan perlu dikaji semula iaitu berkaitan peranan konsultan atau pengaruh middleman dalam melobi projek atau peluang-peluang pelaburan di negara ini. 5.5.11 Ketidakstabilan politik juga dilihat sebagai elemen yang menggugat kedudukan CPI kerana semua isu berkaitan rasuah dijadikan alat politik untuk menabur fitnah dan menanamkan rasa benci rakyat terhadap pemerintah.

6.0

CADANGAN PENYELESAIAN Bagi memastikan masyarakat negara ini bebaskan daripada gejala rasuah dengan ini

dicadangkan bahawa langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha memerangi gejala ini adalah seperti berikut:6.1 Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. 6.2 Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan

18

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. 6.3 Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. 6.4 Memudahkan urusan menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

7.0

KESIMPULAN Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantut perkembangan ekonomi dan

merencatkan perjalanannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, SPRM memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai SPRM terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihak SPRM. Manakala hal

19

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun (Berita Harian, 01 September 2009). Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah mestilah dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupun sosial hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak SPRM sahaja (PIN, 2007). Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawaipegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk menghalang seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai SPRM dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

20

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

8.0

RUJUKAN

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009 Berita Harian bertarikh 01 September 2009 Berita Harian bertarikh 13 Mac 2011 Kerajaan Malaysia, 2007. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia Khoo Chai Lee, 2009. Kejatuhan CPI Di mana silapnya?. Kuala Lumpur: Kertas kerja yang dibentangkan pada Sambutan Ulangtahun SPRM yang Pertama. Moh. Samsudin Bin Yusof, 2008. Integriti dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan Cabaran Menanganinya. Perak: Kertas Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan SPRM yang Pertama. Muhamad Ali Embi, 2008. Cabaran Dunia Pekerjaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Rohaya Yusof, 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Website SPRM : http://www.sprm.gov.my Website IT: http://www.transparency.org

21

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

9.0

LAMPIRAN 9.1 Lampiran 1

Sumber-Sumber Kajian Yang Digunakan Corruption Perception Index 2010 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 9.2 Sumber Kajian Bertelsmann Transformation Index 2009 Country Risk Service 2010 Global Risk Service 2010 Asian Intelligence by Political and Economic Risk Consultancy 2009 Asian Intelligence by Political and Economic Risk Consultancy 2010 World Global Competitiveness Report 2009 World Global Competitiveness Report 2010 Global Competitiveness Report 2009 Global Competitiveness Report 2010 Lampiran 2

22

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

9.3

Lampiran 3

9.4

Lampiran 4

23

You might also like