You are on page 1of 10

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

PENGENALAN Ulasan jurnal pada penulisan ini adalah bertajuk Role and transition of public service in Malaysia: An effective governance perspective yang telah ditulis oleh Sharifah Haayati Syed Ismail merupakan seorang pensyarah kanan yang bertugas di bahagian Sains Politik Islam, universiti Malaysia, Kuala Lumpur. Jurnal ini telah diterbitkan pada 04 Mac 2011 oleh African Journal of Business Management Vol. 5(5), pp. 1963-1974. berkenaan penulis telah mengkaji mengenai elemen-elemen penting mempertingkatkan Jurnal dalam

perkhidmatan awam daripada dua perspektif iaitu persperktif

kontemperari dan Islam. Objektif jurnal ini adalah peranan perkhidmatan awan, proses peralihan dan perubahan tadbir urus negara Malaysia yang lebih baik. Penulis mendapati bahawa peranan dan peralihan sektor awan di Malaysia telah membawa pelbagai bentuk reformasi yang sememangnya memberikan impak yang positif didalam sistem penyampaian awam serta menyumbang kepada merealisasikan tadbir urus yang berkesan. Jurnal ini juga menunjukkan bahawa konsep yang digunapakai dalam tadbir urus negara dari perspektif Islam mahupun kontemperari dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan secara berterusan perkhidmatan awan yang berkualiti. Sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada perkhidmatan awam pada dasarnya unuk melaksanakan dasar-dasar negara yang di bentuk. Oleh yang demikian, perkhidmatan awan merupakan tulang belakang kepada negara dalam usaha ke arah pembangunan negara yang mampan. Tema bagi artikel ini adalah kepentingan perkhidmatan awam reformasi ke arah misi nasional dan mengalakkan urus tadbir yang berkesan di Malaysia. Dalam hal ini penulis akan menganalisa elemen-elemen penting untuk mengalakkan urus tadbir dari kontemperari dan perspektif Islam. Kedua-dua konsep yang dikaji iaitu konsep Siyasah Syariyyah dan Syariah. Berdasarkan kepada kedua-dua konsep ini, urus tadbir bukan hanya kebaikan pengurusan dan kerjasama semua pihak baik kerajaan, pihak swasta mahupun masyarakat, malah ianya baik untuk menghapuskan dan membendung penyelewengan dan salah urus negara. Urus tadbir negara yang berkesan adalah penting untuk kepentingan bersama masyarakat, sektor swasta dan badan bukan kerajaan untuk terus berjaya. Di dalam jurnal ini juga penulis akan membicangkan secara dalam mengenai konsep urus tadbir berkesan dari perspektif kontemporari dan Islam serta perlaksanan urus tadbir berkesan yang dilaksanakan di Malaysia sejak kemerdekaan sehingga kini.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Konsep urus tadbir berkesen melalui pendekatan kontemporari adalah satu set struktur dan proses yang lengkap di dalam pentadbiran awam mahupun swasta. Tujuan utama konsep ini adalah mengalakkan perkhidmatan awan yang lebih baik, terutama di era globalisasi, menjadi faktor yang digunakan untuk menerima konsep urus tadbir yang berkesan. Pada masa yang sama konsep ini dapat mengurangkan peyelewengan dan kerenah birokrasi yang merupakan penghalang kepada pencapaian sesebuah kerajaan yang baik dan berkesan. Penulis artikel telah merujuk beberapa padangan ahli-ahli akademik mengenai konsep ini seperti Goran, 1992 yang menyatakan bahawa, ia merujuk terutamnya untuk mentadbir kerajaan dan agensi-agensi awan dan swasta dengan tujuan sosial. Penulis juga mengambil takrifan urus tadbir berkesan daripada beberapa organisasi bukan kerajaan, tadbir urus yang berkesan mengikut Suruhanjaya Global Urus, 1995, konsep urus tadbir yang berkesan sebagai,jumlah individu yang ramai, institusi, awam dan swasta di dalam menguruskan hal ehwal mereka sendiri. Ia adadalah satu proses yang berterusan di mana kepentingan yang bercanggah atau pelbagai boleh disesuaikan dengan tindakan kerjasama yang boleh diambil dengan pihak-pihak terlibat. United Nations Development Program (UNDP) pula menyatakan bahawa, konsep ini adalah, menjalankan kuasa politik, ekonomi dan pentadbiran untuk mengurus hal ehwal sesebuah negara. Takrifan konsep urus tadbir berkesan daripada pakar-pakar dan badan-badan dalam bidang ekonomi pula menyatakan bahawa, interaksi antara struktur, proses dan tradisi yang menentukan bagaimana kuasa dan tanggungjawab dilaksanakan, bagaimana keputusan diambil dan bagaimana rakyat dan pihak berkepentingan yang lain dilaksanakan(John Grahman et. al) dan Bank Dunia pula menyatakan bahawa urus tadbir yang berkesan adalah cara di mana kuasa dilaksanakan dalam pengurusan sumber sesebuah negara ekonomi dan sosial melalui tiga aspek yang berbeza iaitu bentuk rejim kerajaan, proses oleh pihak berkuasa yang dilaksanakan dalam pengurusan sumber ekonomi dan sosial bagi pembangunan dan keupayaan kerajaan merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan fungsi pembangunan. Walaupun pelbagai pihak yang mentakrifkan konsep urus tadbir berkesan, tetapi pada dasarnya adalah, mengenai kuasa, hubungan dan akuantibiliti, mempunyai pengaruh memutuskan .dan pembuat keputusan yang bertanggungjawab. Konsep ini digunakan dalam pelbagai peringkat global, nasional, institusi dan masyarakat. Dalam mencapai tadbir urus negara yang berkesan, tidak ada jalan pintas untuk mencapainya serta pencapaian berbeza dari satu negara ke negara yang lain.
2

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Dalam perspektif kontemporari ini, penulis juga membincangkan mengenai ciri-ciri atau nilai-nilai kualiti yang berkaitan dengan perlaksanaan dalam amalan pentadbiran. Berdasarkan UNDP, secara jelasnya telah mengariskan 9 ciri-ciri tadbir urus yang berkesan iaitu : penyertaan, kedaulatan undang-undang, ketelusan, balas, berorientasikan kesepakatan, kesaksamaan, keberkesanan dan kecekapan, akauntabiliti dan visi strategik. Selain itu juga, Mohd Zawawi dan B.Mohd Nordin telah mengariskan 4 ciri tadbir urus yang berkesan iaitu, pengurusan hal ehwal kerajaan dalam kedaulatan undang-undang, bersih, cekap dan amanah. Di dalam pelbagai krateria dan cirri-ciri yang dinyatakan, kebanyakkan penulis memberikan hala tuju dan fokus utama kepada pengurusan yang cekap dan berkesan sektor awam, kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat khususnya. Konsep urus tadbir yang berkesan di dalam Islam pula digambarkan dengan konsep untuk mentadbir di dalam negara Islam iaitu Al-Siasah Al shar;iyyah. Siasah bermaksud untuk mengatur, mengurus, peraturan dan mainan politik. Tujuan asasnya adalah untuk mngatur, mengurus dan menggunakan kebijaksaan ahli-ahli politik untuk mencapai matlamat tertentu. Dari segi konsep Al-Siasah Al shar;iyyah adalah suatu perbuatan yang memberikan manfaat kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemusnahan(Ibnu,1965). Menurut Ahmad, 1984, mentadbir hal-hal umum bagi negara Islam termasuk faedah untuk mengalakkan dan melindungi orang ramai daripada sebarang bahaya sejajar dengan undangundang Islam. Seara umumnya, Al-Maqrizi berpendapat bahawa, ianya adalah sebagai menjalankan tujuan yang baik. Dengan erti kata lain, pemerintahan untuk tujuan tertentu, menjaga rakyat dan melaksanakan sistem pemerintahan. Beliau juga membahagikan AlSiasah ini kepada dua iaitu tadbir adil yang dikenali sebagai Al-Siasah Al-Shariyyah dan baik dan urus tadbir yang buruk dan tidak adil iaitu Al-Siasah Al-Zalimah. Di dalam pelbagai pendapat dan tasiran di dalam konsep urus tadbir berkesan secara Islam, semua pendapat ini berkait rapat dengan salah satu tumpuan utama adalah menguruskan institusi kerajaan dan sumber negara demi kepentingan dan manfaat orang ramai mengikut syariah. Konsep dan rangka kerja tadbir urus yang berkesan di dalam Islam berdasarkan sumber Al-Quran, Sunnah, Al-ijma dan Al-qiyah. Oleh itu Syariah yang bermaksud cara atau jalan mengandungi dan mengariskan prinsip-prinsip am, bebas dan membenarkan individu bekerja mengikut hati nurani, intelek dan iman. Lima objektif syariah yang dikenali sebagai Maqasid Al-Syariah adalah melindungi agama, kehidupan, intelektual, anak-anak dan harta. Syariah ini merupakan satu set standard untuk sistem urus tadbir di dalam Islam.
3

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Set standard ini juga diakui berjaya oleh pengkaji-pengkaji di dalam pentadbiran awam kontemporari berdasarkan kepada semasa era pemerintahan Khalifah Umar. Budaya Islam, garis panduan dan peraturan-peraturan adalah bersumberkan Al-Quran adalah satu asas yang terbaik untuk kerajaan yang kukuh dan berjaya serta pengendalian birokrasi yang cekap di zaman moden. Tiga ciri-ciri tadbir urus Islam terawal iaitu (Al-Buraey, 1988): a) Diasimilasikan sesetengah sistem asing dengan konsep sendiri sepeti di Syria dan Mesir. b) Didominasikan oleh semangat keagamaan dan moral dengan takut kepada Allah AlMaha Kuasa adalah tumpuan utama
c) Digalakkan umat Islam untuk mengamalkan ijtihad dan dihormati orang selagi

mereka-mereka ini tidak bercanggah dengan syariah. Di Malaysia, peranan dan peralihan perkhidmatan awan di dalam memastikan tadbir urus yang berkesan dilaksanakan untuk pembangunan negara, beberapa tindakan dan langkahlangkah diambil oleh kerajaan. Selepas kemerdekaan, fungsi perkhidmatan awam pada asalnya adalah berorentasikan kepada tindakan yang melibat 4 peranan utama yang termaktut di dalam Dasar ekonomi Baru(DEB) : a) Untuk mengekalkan undang-undang yang sedia ada dan ketenteraman b) Untuk merangka kerja daras-dasar kerajaan c) Untuk menjalankan pengurusan dan perlaksanaan sosioekonomi d) Untuk menjalankan pentadbiran pembangunan industri. Aspek pembaharuan ini bukan sahaja kepada pembangunan insitusi dan projek-projek sosioekonomi, tetapi juga untuk tingkah laku dan etika kerja kakitangan awam. Peralihan di dalam urus tadbir perkhidmatan awam seterusnya berlaku pada tahun 1983 selaras dengan peredaran masa dan dasar kerajaan yang baru iaitu dasar penswastaan. Dimana perkhidmatan awam dan swasta bekerjasama di dalam mencapai pertumbuhan ekonomi. Dalam keadaan ekonomi negara yang membangga pada waktu tersebut sekali lagi, saiz perkhidmatan awam berkembang di bawah Racangan Malaysia Ke-6 melalui Dasar Pembangunan Negara(DPN) teras utama perkhidmatan awan adalah mengekalkan momentum pertumbuhan dan mengurus untuk mencapai pembangunan ekonomi yang seimbang. Reformasi di dalam perkhidmatan awam ini tidak hanya melibatkan pembangunan struktur dan pembaharuan undang-undang, tetapi juga pembaharuan sikap dan
4

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

nilai. Ini merupakan satu paradigma baru dalam proses pentadbiran awam di Malaysia. Di dalam mempercepatkan perubahan sikap dan kelakuan perkhidmatan awam, tindakan penambahbaikan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia antaranya pada tahun 1986, penubuhan Panel Perkhidmatan Awam (PANEL) yang berperanan untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah perkhidmatan awam untuk kepentingan bersama. Selain itu juga, peraturan-peraturan tatakelakuan pegawai-pegawai awam di bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dikuatkuasakan. Peraturan ini merupakan garis panduan penjawat awam didalam melaksanakan tanggungjawab dan komited terhadap tugas mereka. Satu lagi langkah penting yang diambil kerajaan di dalam penambaikan perkhidmatan awam adalah Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai Integriti di dalam pengurusan awam. Penubuhan jawatankuasa ini adalah Ini adalah bertujuan untuk bertujuan bagi membolehkan ahli-ahli parlimen untuk menyiasat kes-kes rasuah dan salah guna kuasa dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah. memberikan keyakinan kepada orang awam bahawa kerajaan komited di dalam memastikan pengurusan awam yang telus dan berkesan di dalam membangunkan negara secara mampan. Usaha-usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk kebertanggungjawaban, ketelusan dan prestasi kualiti dengan perlaksanaan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) 2005. Perlaksanaan ini adalah bertujuan untuk membudayakan kerja berdasarkan prestasi dalam sektor awam demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan serta mengalakkan kerjasama sektor swasta yang baik. Daripada jurnal ini, tidak dinafikan kedua-dua konsep yang diguna pakai dalam urus tadbir sesebuah negara adalah bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan awam yang lebih baik mengikut perubahan masa dan teknologi, malah dapat menghapus gejala kurang sihat sihat seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya di dalam perkhidmatan awam demi kepentingan masyarakat. Jika dibuat perbandingan antara keduadua konsep urus tadbir ini, mendapati bahawa urus tabdir berkonsep Islam adalah lebih baik dan bersuaian untuk dipraktikkan sepanjang zaman. Menurut penulis jurnal, pakar-pakar penyelidik di dalam pentadbiran awam kontemporari seperti Luther Gulick dan James Pollock menyatakan bahawa, konsep urus tadbir Islam merupakan asas tadbir urus yang terbaik yang menjadikan sebuah kerajaan yang kukuh dan dapat mengurangkan karenah birokrasi serta sesuai di zaman moden seperti mana semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar.
5

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Kerajaan Malaysia juga telah mengambil beberapa pendekatan dan penambaikan di dalam pentadbiran awam mengikut konsep urus tadbir Islam di mana beberapa dasar telah digunakan antara seperti Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran. Dasar ini merupakan usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional kerajaan memberikan perhatian kepada nilai-nilai ini adalah untuk (Zulkiple,2005):
a) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan

disegani oleh masyarakat lain.


b) Menubuhkan sebuah negara bahagia. c) Menghapuskan

sikap

negatif

dalam

menjalankan

tugas

yang

dipertanggungjawabkan. d) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh kerajaan ini bukan hanya untuk orang Islam malahan semua rakyatnya yang berbilang kaum. Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dan boleh di terima oleh semua lapisan masyarakat adalah seperti amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, displin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik. Dasar ini jelas bahawa bukannya tujuan utama untuk mengislamkan rakyat yang bukan Islam tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini. Takrifan dan pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang inign diterapkan di dalam pentadbiran awam adalah untuk (Zulkiple, 2005): a) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
b) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas

yang dipertanggungjawabkan. c) Menghindari dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.
d) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas samada dari segi masa, kuasa,

sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja. e) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Perlaksanaan dasar ini adalah untuk memastikan supaya perkhidmatan awam di Malaysia berjalan dengan baik serta dapat memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan untuk menjadikan sebuah negara yang maju, aman dan damai. Selain daripada dasar diatas, dasar penghanyatan nilai-nilai murni dalam perkhidmayan awam juga dilaksanakan, tujuannya adalah sama seperti Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran. Penghayatan ini untuk menjadikan Perkhidmatan Awam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Sehubungan dengan ini ianya dapat membimbing penjawat awam membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi mengerakkan perkhidmatan awam dengan berkesan bagi meninggikan kesejahteraan hidup. Menurut Ahmad Sarji, 1991 yang menyatakan bahawa, Nilai-nilai murni ini adalah satu tenaga yang mengerakkan seseorang melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Matlamat Penghayatan Nilai-Nilai Murni ini adalah untuk mencapai keamanan, keadilan dan kesejahteraan hidup. Perkhidmatan awam yang merupakan satu tanggungjawab yang penting dalam urus tadbir sesebuah negara memerlukan pengurusan yang cekap, bersih, adil, amanah dan berkesan kearah mencapai matlamat pembangunan dan kemajuan negara. 10 nilai-nilai murni yang diterapkan didalam perkhimdatan awam adalah (INTAN,2001): a) Adil dalam perlantikan Nilai ini adalah bagi memastikan setiap penjawat awam yang dilantik atau diberikan kenaikkan pangkat mestilah diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukannya atas dasar pilih kasih, nepotisme atau berkepentingan peribadi. b) Amanah dalam menjalankan tugas Sikap amanah penting didalam melaksanakan tugas, penjawat awam amnya hendaklah mempunyai sifat ini dengan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna dan rakyat akan memperolehi kesejahteraan hidup. c) Bertanggungjawab dalam perkhimdatan awam Sikap ini mesti dimiliki oleh semua peringkat jawatan di dalam perkhimatan awam. Ini penting kerana kejayaan memikul tanggungjawab dengan baik, amanah dan jujur akan memberikan kejayaan kepada perkhidmatan keseluruhannya dan juga negara.
d) Ihklas dalam perkhidmatan awam

Ihklas dalam perkhidmatan adalah satu sifat yang dihayati untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara, ianya akan melakukan kerja dengan sebaik-baiknya secara berterusan.
7

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

e) Dedikasi dalam perkhidmatan awam Satu unsur penting yang perlu ada dalam setiap penjawat awam dimana kerja yang dipertanggugjawabkan dilaksanakan tanpa mengharapkan upah tambahan dan ganjaran atau sanjungan tetap lebih pentingnya untuk menghasilkan kerja yang cepat, berkesan dan berkualiti. Sikap positif ini bukan sahaja memanfaatkan masyarakat tapi juga diri sendiri. f) Tekun dalam perkhidmatan awam Sifat ini penting sebagai penjawat awam perlu bekerja dengan tekun dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat atau objektif yang telah dirancang akan dapat dicapai dengan jayanya. g) Berdisplin dalam perkhidmatan awam Budaya berdisplin dengan mematuhi arahan dan peraturan adalah merupaka satu ciri masyarakat yang bertamadun tinggi yang dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. h) Bekerjasama dalam perkhidmatan awam Nilai kerjasama yang diwujudkan akan melahirkan suasana kerja yang harmoni, aman dan gembira. Suasana ini akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan yang tinggi. i) Berbudi mulia dalam perkhidmatan awam Keindahan dalam kehidupan manusia adalah kerana adanya berbudi mulia. Selaras dengan itu, penjawat awam mestilah mempunyai nilai berbudi mulia seperti peramah, memberi layanan yang baik, suka membantu, berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya sepanjang masa di dalam ataupun diluar perkhidmatan. j) Bersyukur dalam perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diperolehi olehnya di atas tanggungjawab yang dipukul. Rasa kesyukuran ini perlulah diterjemahkan melalui perkhidmatan yang berkesan dan bermutu tinggi. Selaras dengan objektif untuk perlaksanaan dasar pembaharuan perkhidmatan awam yang dilaksanakan kerajaan. Penghayatan nilai-nilai murni ini penting kerana ianya merupakan teras mencapai perkhidmatan awam yang cemerlang, gemilang dan terbilang(Ahmad Atory, 2007).

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Pelbagai langkah dan inisiatif yang kerajaan Malaysia lakukan didalam mestikan tabdir urus negara berjalan dengan baik dan cemerlang. Antara inisiatif lain yang dijalankan adalah seperti : 1. Sistem penyampaian perkhimdatan kerajaan yang berkesan Inisiatif adalah untuk meninkgatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam menyokong daya saing negara dan memenuhi keperluan pelangaan serta pihak yang berkepentingan. Usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian ini meliputi semua bidang. Komitmen untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerajaan dengan pelbagai langkah diambil bagi memperkemaskan lagi struktur perkhidmatan awam selaras dengan keadaan semasa(RMK Ke-9). 2. Dasar kerajaan Rakyat Diutama, Pencapaian Di Pertingkatkan Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dimana beliau lebih menitikkan beratkan pencapaian dalam perkhidmatan yang diberikan dan mengutamakan keperluan rakyat daripada segala aspek dalam urus tadbir kerajaannya. Semua tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan proses, perancangan, keperluan di dalam melaksanakan mandat atau kepercayaan rakyat yang telah diberikan untuk mentadbir urus negara dengan baik, telus, berintegriti dan berakauntibiliti(KSN, 2007). KESIMPULAN Kesimpulan daripada ulasan jurnal ini dapatlah dinyatakan disini bahawa, penggunaan konsep urus tadbir secara kontemporari mahupun Islam adalah mempunyai tujuan yang sama iaitu memastikan urus tadbir sesebuah negara berjalan dengan bersistematik dan keperluan awan lebih diutamakan dari segi segala aspek untuk kesejahteraan bersama. Dalam melaksanakan tanggungjawab urus tadbir negara, semua pihak terlibat dalam mengembelingkan tenaga supaya sesebuah negara yang diuruskan oleh kerajaan mestilah mendapat kerjasama yang erat antara kerajaan, swasta mahupun masyarakat. Menurut Abdullah Sanusi, 1994 yang menyatakan, urus tadbir negara akan berjalan dengan baik dan berkualiti berlaku apabila wujudnya kerjasama antara tiga pihak di dalam sesebuah negara iaitu kerajaan yang memerintah, pihak swasta dan masyarakat. Kerjasama 3 pihak ini merupakan faktor yang penting di dalam melaksanakan urus tadbir
9

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

negara yang berkualiti dalam semua bidang di dalam negara untuk kepentingan sejagat. Oleh yang demikian, tiada jalan pintas untuk menjadikan tadbir urus yang berkesan dilaksanakan. Ianya perlulah sentiasa dibuat penambaikan daripada semasa ke semasa selaras dengan peredaran zaman.

RUJUKAN Abdullah Sanusi Bin Ahmad, 1994. Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan: Koleksi Ceramah Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Atory Hussin, 2007. Tadbir Urus Koprat: Ke Arah Tabdir Urus yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd. A.H. Ahmad Sarji, Zakaria bin Hj. Ahmad, 1991. Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Kuala Lumpur: INTAN Kerajaan Malaysia, 2010. RMK Ke-9: Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang Cekap. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Berhad. Ketua Setiausaha Negara Malaysia, 2007. Usaha Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Mohd Najib Tun Razak, 2011. Perkhidmatan Awam:Menerajui Perubahan, Melangkau Jangkaan. Putrajaya: Razak School Of Government(RSOG). Sharifah Hayaati Syed Ismail, 2011. Role and transition of public service in Malaysia: An effective governance perspective. African Journal of Business Management Vol. 5(5), pp. 1963-1974, 4 March, 2011. Zulkiple Abd. Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah, 2005. Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd.

10

You might also like