You are on page 1of 22

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Definisi Tali
Diperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami,hemp ,dan bahan-bahan campuran (sintetik ). Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat

Tentang Simpulan dan Ikatan


Empat perkara yang berkaitan: i. Simpulan ( Knotting ) ii. Ikatan ( lashing ) iii. Sambat (splicing ) iv. Mematikan hujung tali ( whipping )

Simpulan
Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan selamat semasa digunakan.

Ikatan yang dibuat pada hujung tali supaya tidak terurai. Penyambatan semula dilakukan dengan ikatan mahkota dan setiap bebenang diselitkan di bawah dan seterusnya di atas bebenang sehingga hujungnya kukuh dan tidak terbuka. Biasanya memadai dengan menyelitkan kali untuk bebenang yang lengkap dan sekali untuk separuh bebenang. Ikatan ini dilakukan agar tali tahan lama dan senang digunakan

Mematikan hujung tali


Perlu untuk mengelakkan tali terbutai di hujungnya

Fungsi Ikatan dan Simpulan


Antara beberapa penggunaannya seperti: 1. Mendaki 2. Kehidupan seharian 3. Memancing 4. Seni 5. Pengakap 6. Mencari dan Menyelamat 7. Bidang Perkapalan dan sebagainya.

Ikatan Silang Tungku Ikatan Silang Gunting Ikatan Serong

Ikatan Buku Sila

Dan Lain-lain

Simpulan Tindih Kasih

Jenis-jenis Simpulan dan ikatan

Simpulan Bunga Keti

Ikatan Seraya

Simpulan Himpit

Ikatan Balak

Simpulan Manuk

Simpul Belit

Ikatan Buku Sila


Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh , menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Ikatan Manok (Clove hitch)


Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permualaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Simpulan Tindih Kasih


Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau pengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerjakerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh dalam sungai.

Simpulan Bunga Keti


Simpulan bunga keti digunakan bagi menyambung tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Bunga Keti Berganda


Ikatan bunga keti berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Simpul Angka no. 8


Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.

Ikatan Simpul Pulih


Ikatan simpul pulih digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan tali yang tidak kukuh.

Lilit dua simpul


Mengikat hujung tali ke tiang/ pokok, gelung atau tali lain supaya tidak terlucut.

Simpul Belit Lucut/ Ikatan Pencuri (Highwayman's hitch)


1. Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas 2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

Lilit Balak (Timber Hitch)


Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.Untuk menarik balak atau kayu. Untuk memulakan Ikat Serong.

Rujukan
http://nadiahhsm115.blogspot.com/2010/09/ ikatan.html http://krssmksentosa.blogspot.com/2010/04/i katan-dan-simpulan.html http://agurichannel.blogspot.com/2008/02/8-simpulandan-ikatan.html http://tkrs6iptaa.wordpress.com/2008/03/15/ simpulan-dan-ikatan/

Amzan Abd. Malek. (2007). Kadet Remaja Sekolah. Selangor: PTS Professional. Sdn. Bhd.

You might also like