You are on page 1of 3

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu

yang baru. Sebagai bukti, perkara ini telah termaktub dalam Per lembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Sebelum perjanjian ini ditubuhkan, pihak British telah memperkenalkan Malayan Union yang sekaligus telah melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu, malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu. Oleh hal yang demikian, orang-orang Melayu melakukan penentangan secara meluas. Disebabkan penentangan yang sangat hebat daripada orang Melayu, pihak British telah membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perle mbagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Menyentuh tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, sejarah awalnya bermula dengan rungutan -rungutan dan desakan -desakan yang dibuat oleh raja Melayu dalam sidang durbar yang bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar. Sekitar tahun 1913, pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula diluluskan. Meskipun surahanjaya Reid tidak ber setuju dengan cadangan UMNO dan perikatan supaya kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah berpendapat bahawa pandangan surahanjaya tersebut tidak dapat diterima. Selepas 1971, peruntukan ini dipinda dan diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang demikian, perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid y ang telah melakukan kajian pada tahun 1956. Perlembagaan itu kemudiannya berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Di dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa kriteria yang

diketegorikan sebagai orang Melayu. Antaranya ialah individu yang lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan juga mengamalkan adat istiadat Melayu. Manakala, semua suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak di kira sebagai bumiputera dan layak menerima hak keistimewaan seperti yang

terkandung dalam perlembagaan. Terdapat beberapa rasional tertubuhnya Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Hal ini adalah untuk mengabil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia berkorban dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ke tika penggubalan perlembagaan. Hal ini juga berkaitan dengan intipati kontrak sosial yang sebelum ini telah dilaksanakan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Yang di -Pertuan Agong sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga hak -hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera bagi negeri -negeri Borneo serta kepentingan kepentingan yang lain mengikut peruntukan perkara tersebut. Perkara 153

Perlembagaan telah memaktubkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diperlukan. Namun begitu, perkara ini dilaksanakan tanpa melakukan penindasan kepada kaum -kaum lain. Sebagai contoh, hak istimewa seseorang yang berbangsa Melayu te rsebut tidak dapat diberikan sekiranya terdapat kaum lain yang lebih berkelayakan dan sudah menerima biasiswa yang ditawarkan. Tiada penarikan semula biasiswa yang telah ditawarkan kepada kaum yang berlainan walaupun terdapat orang Melayu yang memohon mendapatkan biasiswa tersebut. Bagi perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang baginda fikirkan perlu. Namun begitu, layanan yang sama rata tetap diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain. Hal ini ialah satu tindakan yang rasional kerana pada zaman penjajah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk menganggotai perkhidmatan awam. Dengan ini, semua kaum dapat berkerjasama di bawah satu bumbung dan belajar untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kecemerlangan bidang yang diceburi. Selain itu, dengan terbentuknya Perkara 153 ini, hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak akan terbela dengan mengimbangi jumlah perkerja pelbagai kaum yang menganggotai perkhidmatan awam. Di samping itu, dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, mampu memperbetulkan keseimbangan ekonomi antara orang Melayu dengan bukan

Melayu. Semasa

zaman penjajahan British,

kebanyakan

sumber ekonomi

dieksplotasi oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya dijadikan buruh -buruh yang bekerja sebagai petani, nelayan mahupun buruh. Perkara 153 dilihat dapat membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memajukan diri. Hal ini kerana, sekiranya orang Melayu mahupun bumiputera memohon pinjaman bank,

permohonan mereka akan diproses terlebih dahulu. Walaupun begitu, permohonan kaum lain tidak sesekali diabaikan sekiranya mereka memenuhi kriteria yang diperlukan. Secara tidak langsung, jurang antara bangsa melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum -kaum lain dapat dirapatkan dan melahirkan masyarakat majmuk yang murni. Dalam sistem pendidikan, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat keistimewaan mereka yang tersendiri. Hal ini kerana, sistem pendidikan tinggalan penjajah suatu ketika dahulu telah membiarkan golongan ini keciciran dalam pembelajaran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, s ecara tidak langsung hak-hak orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak ini terbela. Hal ini terbukti apabila kuota kemasukan orang Melayu dan bumiputera ialah lebih banyak daripada kaum lain untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun begitu, kedudukan kaum lain tidak terjejas. Kerajaan tidak sekali -kali menghapuskan sekolah Cina dan Tamil untuk memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan pemberian pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberi pinjaman kepada semua untuk pembiayaan kos pendidikan. Oleh hal yang demikian, tiada rasa tidak puas hati akan wujud dalam kalangan rakyat yang pelbagai di Malaysia. Kesimpulannya, pelbagai cara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mempunyai kesedaran dalam menjayakan program yang telah dirancang dan juga bertanggungjawab bagi memastikan negara terus aman dan damai.

You might also like