You are on page 1of 4

TEORI TEORI OTAK DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Oleh : Zainuddin Bin Mamat Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak

Artikal ini membincangkan sejauh mana kefahaman seseorang guru terhadap teori otak boleh meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam proses perkembangan pembelajaran. teori otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia (bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus, manakala Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965, bahawa teori otak kiri dan otak kanan boleh dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul D. Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak dan 90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan. Teori Kecerdasan Pelbagai pula telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life. 1.0 Pengenalan

Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada seseorang pendidik.? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ibubapa beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan tentang otak dan proses pembelajaran. Sebenarnya pendidik tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana dalam latihan perguruan, para pendidik hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi. Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara

pelajar belajar. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuanhands -on tentang perkembangan otak dan proses pembelajaran pelajar. Sungguhpun pelbagai cara termasuk janji-janji, ganjaran, ugutan, nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh pendidik dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar tetapi kenapa masih berlaku kepincangan?. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa pendidik sendiri kurang faham tentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna pendidik hari ini tidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja. Malah pelajar perlu belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn). 2.0 Teori Otak TruineOleh Paul D. MacLean, Teori Otak Roger Sperry Dan Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Haward Gardner serta perkaitan Perkembangan Pembelajaran. Gambarajah 1 : Paul D. MacLean - The Triune Brain (Illustration from The three units of the human Brain)

Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine, yang

dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia

(bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus.

Otak Reptilia MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dalam evolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak. Ia digelar otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Fungsi utamanya ialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari, kelakuan kelima-lima motor deria pancaindera seseorang. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubungan dengan kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. Otak reptilia menggerakkan manusia berikhtiar untuk memperolehi makanan , perlindungan, keselamatan dan pengekalan kewujudan spesies manusia. Umpamanya, apabila kita berdepan dengan seekor ular, otak reptilia akan diaktifkan. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut. Respon ini amatlah penting dalam keadaan bahaya dan terancam. Namun begitu, oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan paling rendah, manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi. Malangnya, keadaan ini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon reaktif otak reptilia. Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuman oleh guru, secara automatik, otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" atau "mendiamkan diri". Dalam keadaan ini, pelajar tidak mungkin dapat memberi perhatian kepada pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya, jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks, selesa dan tenang, pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Pemprosesan maklumat dan pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di

pertengahan otak manusia. Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem limbik akan berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi. Menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 pula telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan seperti dalam gambarajah 2 di bawah.

You might also like