You are on page 1of 25

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI SEMESTER II SESI 2009/ 2010

KURSUS SKSE 6023: HISTORIOGRAFI MALAYSIA BERDASARKAN KEPADA NASKAH MELAYU LAMA IAITU TUHFAT AL NAFIS DAN HIKAYAT SIAK, BINCANGKAN PERSOALAN OBJEKTIVITI DALAM PENULISAN SEJARAH

NAMA: SITI FATHIHAH BINTI ABD LATIF (P52318)

PENSYARAH: PROFFESOR DR. NORDIN BIN HUSSIN

KONSEP OBJEKTIVITI Secara umumnya, objektif bermakna tujuan atau sasaran sejarah dikaji dan ditulis. Menurut Kamus Dewan, perkataan objektif boleh didefinasikan sebagai satu kenyataan yang berasaskan fakta yang sebenarnya tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra-sangka yang tersendiri.1 Pelopor bagi aliran objektiviti dalam penyelidikan sejarah ialah Leopold von Ranke pada kurun ke-19. Beliau telah menghasilkan suatu konsep sejarah iaitu, sejarah haruslah dikaji seperti sebenarnya berlaku.2 Konsep ini telah memberi impak yang besar dalam disiplin ilmu sejarah Eropah ketika itu. Konsep ini sangat mementingkan kesahihan bagi setiap fakta yang dikemukakan oleh setiap pengkaji sejarah. Sebarang unsur dongeng, mitos mahupun pandangan peribadi pengkaji tidak dapat diterima sebagai bukti sejarah. Hanya fakta yang telah dibuktikan kebenarannya melalui sumber-sumber yang sahih dan tidak menimbulkan sebarang keraguan sahaja boleh diterima.

Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, objektif bermaksud satu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun penerangan tentang sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada sumber yang masih kekal dan lengkap.3 Selain itu, Garraghan melalui buku beliau, A Guide to History: A Primer of Historical Method, memberi definisi objektif sebagai sikap neutral dimana ia tidak memihak kepada mana-mana pihak.4 Manakala menurut Gottschalk, konsep objektif ialah memperoleh pengtahuan yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi seseorang. Justeru itu, dalam menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, sejarawan seharusnya menyatakan tentang sesuatu peristiwa berlandaskan bukti dan bukannya kepada daya imaginasi yang seweang-wenangnya oleh seseorang penulis.5 Di samping itu, Donald V. Gawronski pula
1

Noresah Baharom (pysn). Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. hlm. 939 2 Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. hlm. 288 3 Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Penertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. hlm. 193 4 Garraghan., J. G. A Guide to History: A Primer of Historical Method. New York: Fordhem University Press. 1948. 9. hlm. 30 5 Louis Gottschalk. Understanding History: A Primer of Historical Method. Ed. 2. Nugroho Notosusanto (terj). New York: Afred A. Knopf. 1969. hlm. 30

menyatakan bahawa objektif didefinasikan sebagai menggunakan fakta sejarah tanpa mencampuradukan dengan perasaan memihak dan prasangka. Sesebuah karya iaitu akan dianggap sebagai sebuah karya yang objektif apabila karya tersebut dapat bertahan daripada kritikan, jujur untuk melihat masa lalu seperti sebenarnya berlaku.6 Ini bermakna apabila sesebuah karya itu siap dan boleh menerima sebarang kritikan dan dalam masa yang sama dan dapat menghujahkan bahawa karya iti benar-benar menceritakan sesuatu peristiwa yang sememangnya telah berlaku maka, boleh dianggap sebagai karya yang objektif. Karya tersebut juga akan digunakan sehinggalah muncul karya lain yang dapat membuktikan bahawa karya terdahulu itu tidak memenuhi penulisan sejarah yang objektif.

Umumnya, konsep objketif itu merupakan satu istilah yang kecil namun mampu menimbulkan kontroversi dalam ilmu sejarah dan kadang kala menimbulkan kesulitan kepada sejarawan dalam usaha untuk mencari dan menentukan kebenaran sesuatu fakta. Dalam esei ini juga akan menilai sejauhmana kewujudan konsep objektiviti dalam karya Melayu lama yakni Tuhfat al- Nafis dan jga Hikayat Siak.

Tholfsen., R.T. Historical Thinking: An Introduction. New York: Harper and Row Publishers. 1967. hlm. 227

SEJARAH MELAYU DAN BUGIS

Sebelum meneliti kedua-dua karya samada Tuhfat al- Nafis mahupun Hikayat Siak, penelitian kepada sejarah Melayu-Bugis ini perlu dilakukan agar dapat memperoleh satu kefahaman tentang faktor yang akhirnya membawa kepada bentuk penulisan kedua-dua karya yang sebegitu rupa. Hal ini kerana sejarah Melayu-Bugis yang diwarnai dengan pelbagai peristiwa dan penentangan menyebabkan penulisan Tuhfat al- Nafis dan Hikayat Siak akan memihak kepada satu-satu masyarakat sahaja samada Melayu ataupun Bugis.

Sejarah Melayu-Bugis bermula apabila Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kejatuhan Melaka tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu kerana atas kejatuhan kerajaan Melaka, maka dibina pula kerajaan Melayu Johor di Semenanjung Tanah Melayu oleh pewaris Melaka, yakni Sultan Alaudin Riayat Shah III . Menjelang kurun ke-17, kerajaan Melayu Johor telah berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang setanding dengan kerajaan Melayu yang lain malahan hubungan politik yang baik dengan pihak Belaada di Melaka membolehkan kerajaan Melayu Johor menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan kerajaan dan akhirnya muncul sebagai kerajaan entrepot yang ulung di Nusantara.7 Pada akhir kurun ke-17, dua fenomena yang mengubah suasana politik dan pentadbiran Melayu Johor yakni, kehadiran masyarakat Bugis dan juga Minagkabau di perlabuhan Johor.8 Kehadiran mereka samada sebagai pedagang adalah disebabkan tarikan keuntungan yang ditawarkan oleh aktiviti perdagang di Johor. Malahan menjelang 1710 sudah terbentuk komuniti kecil Bugis di kebanyakan negeri Tanah Melayu seperti di Linggi, Kelang dan juga Selangor. Penglibatan Bugis dalam politik negeri Melayu telah bermula sebelum kerajaan Johor lagi misalnya dalam peperangan perebutan di Kedah pada 1715 dengan pihak Sultan Muhamad Jiwa. Penglibatan Bugis kemudiannya dalam perebutan kuasa dalam kerajaan Melayu Johor.

Virginia Matherson (pysn). Tuhfat al- Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1982. hlm. xiv 8 Virginia Matherson & Andaya., W. B. The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1982. hlm. 2

Selain itu, ketidakstabilan politik juga telah semakin ketara dalam kerajaan Melayu Johor yang membawa kepada pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Megat Seri Rama. Pemerintahan pula diteruskan oleh keluarga Bendahara dengan perlantikan menjadi Sultan Abdul Jalil. Keadaan tidak lama apabila pada 1718, muncullah Raja Kecil yang mengaku sebagai keturunan Sultan Mahmud, ibunya Encik Pong. Dengan sokongan yang diperoleh oleh Raja Kecil samada daripada kerajaan Melayu Minangkabau dan juga orang laut yang merupakan golongan penting dalam kerajaan Johor, menyebabkan akhirnya Raja Kecil berjaya menaiki takhta dan mengusir Sultan Abdul Jalil. Pada 1721, Sultan Abdul Jalil telah dibunuh di Kuala Pahang ketika beliau dalam usaha mengumpul kekuatan menentang kerajaan Raja Kecil. Episaod ini semakin menarik apabila kemunculan Bugis 5 Bersaudara yang diminta oleh Raja Sulaiman, anak kepada Sultan Abdul Jalil agar membantunya menentang Raja Kecil. Pada awal tahun 1722, dengan pertolongan Bugis 5 Bersaudara serta sokongan masyarakat Bugis Johor, Raja Kecil telah berjaya diusie ke Siak dan Raja Sulaiman pula memegang tampuk pemerintahan. Sebagai balasan terhadap Bugis tersebut, Daeng Merewah telah dilantik menjadi Yamtuan Muda. Bahkan jawatan tersebut menjadi hak prerogative kepada keturunan Bugis dan penguasaan Bugis terus berkembang dibantu dengan jawatan yang sememangnya sangat penting dalam kerajaan. Kerajaan Johor mula mengalami kejatuhan apabila kalah dalam peperangan menentang Belanda pada 1784, bawah pimpinan Raja Haji.9

Ibid., hlm. 2

HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: SATU PENGENALAN Hikayat Siak10 salah satu karya Melayu lama dipercayai dikarang oleh Tengku Said pada tahun 1855 dan dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau, khususnya di Siak. Hikayat Siak merupakan salah satu daripada versi kitab Sejarah Melayu yang telah dipanjangkan. Hal ini kerana pada bahagian pertama naratif Hikayat Siak, penceritaan adalah mengenai sejarah kerajaan Melaka yang akhirnya jatuh ke tangan Portugis yang bersumberkan Sejarah Melayu. Hanya pada bahagian kedua barulah dimulai dengan kisah kerajaan Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Syah III dan pemeritahan Sultan Mahmud Syah II serta kemunculan Raja Kecil serta penentangan yang berterusan dengan Bugis. Tahap pemerintahan Sultan Mahmud Syah II ini barulah dikatakan permulaan dan pembukaan sebenar Hikayat Siak. Pada bahagian akhir penceritaan menumpukan kepada pergelutan kuasa antara keturunan Raja Kecil di Siak dan berakhir dengan pemerintahan Raja Akil sebagai sultan di Sikudana. Penumpuan terhadap sejarah Raja Akil ini juga menyebabkan karya Melayu ini juga dikenali sebagai Hikayat Raja Akil. Tuhfat al- Nafis 11 yang membawa maksud Hadiah yang bernilai juga merupakan salah satu karya Melayu tradisional yang penting historiografi Malaysia. Tuhfat al- Nafis dipercayai telah dikarang oleh Raja Haji Ali, namun catatan di dalam Tuhfat al- Nafis kepunyaan Sir William Maxwell menyatakan bahawa Raja Haji Ahmad memulakan penulisan Tuhfat, yang kemudiaanya diteruskan oleh anaknya, Raja Haji Ali. Tidak dapat dinyatakan dengan tepat berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Oleh itu, berdasarkan pendapat ramai, teks ini dikarang sekitar penghujung abad ke-18 hingga akhir akhir abad ke-19. Tuhfat al-Nafis ini dipercayai terdiri daripada 4 buah naskah setelah Virginia Matheson menyelenggara teks tersebut pada 1973. Tuhfat al-Nafis terbahagi kepada dua bahagian, yakni pada bahagian pertama, diceritakan tentang silsilah Raja Melayu, Raja Siak serta silisilah Bugis. Pada bahagian kedua pula, penceritaan bermula dengan kemangkatan Sultan Mahmud dan episod penentangan Bugis dan Melayu yang

berterusan hinggalah kepada keadaan politik di Riau oleh pemimpin Bugis.


Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 346 11 Ibid., hlm. 449
10

Hikayat Siak dan juga Tuhfat al-Nafis merupakan dua karya yang menceritakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah kerajaan Johor. Antara karya lain yang turut menumpukan kepada sejarah kerajaan Melayu Johor ialah seperti Syair Perang Siak, Silsilah Melayu Bugis dan Hikayat Johor. Penelitian terhadap karya-karya tersebut penting dalam memahami sejarah kerajaan Johor. Peranan yang dimainkan oleh Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis dalam historiografi Johor ini dapat dilihat daripada bahagian penutup Tuhfat al- Nafis sendiri.

Syahadan inilah akhir kesudahan kitab Tuhfat al-Nafis ini. Maka tamatlah kisah cerita-cerita anta Raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu opu yang lima beradik dengan anak cucu Raja Melayu keturunan daripada Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang, serta Marhum Raja Kecik negeri Siak. Syahadan di belakang ini kelak siapa-siapa daripada anak cucuku hendak mengubungkan siarah ini patutlah, akan tetapi dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang patut serta benar, supaya terpakai.12

12

Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 316

PENULISAN HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: HUBUNGKAIT DENGAN OBJEKTIVITI

Fakta Sejarah yang Objektif dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis

Kebanyakan hasil karya Melayu merupakan sebuah hasil sastera yang mempunyai motif psikologi sosial bagi membangkitkan semangat oang Melayu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis. Berhubung dengan Hikayat Siak, karya tersebut lebih banyak mencatatkan penceritaan tentang raja dan salasilah raja-raja Minangkabau. Hikayat tersebut dipercayai lahir disebabkan atas kehendak raja-raja Siak sendiri dan dikarang ketika politik raja-raja Siak semakin merosot dan taat setia rakyat juga semakin berkurang. Lalu sebagai satu langkah begi meningkatkan semula kesetiaan dan rasa hormat golongan rakyat, maka Hikayat Siak dihasilkan yang secara keseluruhannya akan memfokuskan kepada kehebatan masyarakat Melayu terutamanya golongan pemerintah telah ditulis. Hikayat Siak berperanan sebagai manifestasi dalam bentuk dokumen bertulis yang bertujuan bagi memulihkan kembali taat setia dan kuasa politik raja Siak. Hikayat Siak juga berperanan dalam menonjolkan identiti Melayu sebagai satu bangsa yang bertamadun.13

Tuhfat al-Nafis yang dipercayai dikarang pada kurun ke-19 sememangnya bertujuan menaikan imej masyarakat Bugis terutamanya golongan pemerintah Bugis. Karya tersebut lahir ketika kuasa pemerintah Bugis semakin berkurang dengan kehadiran dan pengaruh kuasa barat yang semakin mendominasi Nusantara. Lalu, Tuhfat al-Nafis bertujuan bagi menarik kembali ketaatan rakyat kepada pemerintah Bugis dan tidak terpengaruh dengan propaganda yang dibawa oleh pihak kolonial. Tuhfat al- Nafis sejak permulaan penceritaan lagi telah memfokuskan kepada sejarah raja Bugis dan kehebatan golongan tersebut.14

Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. hlm. 345 14 Ibid., hlm. 450

13

Matlamat yang ada kepada kedua-dua karya tersebut menepati konsep objektiviti yang dikemukakan oleh Muhd Yusuf Ibrahim. Beliau melihat konsep objektiviti daripada dua sudut pengertian. Pertamanya, dari konsep yang paling asas yang mana sejarah itu akan dikaji dan mempunyai tujuan dan sasaran ditulis dengan mengemukakan persoalan untuk apa dan siapa ditulis. Dalam hal ini, beliau melihat bahawa apabila sesuatu karya pensejarahan itu ditulis, semestinya karya tersebut mempunyai matlamat dan sasaran pembacanya.15 Misalnya, kedua-dua karya bermatlamat untuk memberikan penerangan tentang sejarah kerajaan Johor, namun mengikut sudut pandangan yang telah ditentukan oleh penulis yakni samada pro Melayu ataupun pro Bugis

Dalam perebutan kuasa dan takhta dalam kerajaan Kedah, pihak Raja Lecil dan Bugis 5 Bersaudara telah turut sama terlibat dalam perebutan tersebut dengan pihak Raja Kecil menyokong saudara yang muda, yakni Sultan Muhamad Jiwa II manakala Bugis pula menyokong saudara yang tua. Dalam peperangan saudara yang telah mengorbankan Daeng Perani, wujud perbezaan penceritaan antara kedua-dua karya. Hikayat Siak menceritakan kemenangan di pihak Minangkabau dan kematian Daeng Perani dan pertabalan saudara muda sebagai sultan.

Maka kenalah dada Daheng Parani, lalu mati. Dan gurab pun hanyut ke hilir, dan perang pun berhenti. Dan menanglah Raja Kedah. Adiknya menjadi raja.16

Berlainan pula dengan penceritaan Tuhfat al-Nafis yang menggambarkan kemenangan di pihak Bugis, kematian Daeng Perani sebagai wira dengan istiadat kemangkatan setaraf golongan istana. Takhta kerajaan juga jatuh ke tangan saudara yang tua menjadi Yang Dipertuan Kedah.
(...) maka Opu Dahing Parani pun kenalah peluru meriam tentang dadanya. Maka ia pun mangkatlah di atas beranda gurabnya dengan nama laki-laki (...) Maka seketika lagi tewaslah Raja Kecik itu, kerana banyak panglima itu mati.

15

Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. hlm. 193 16 Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 136

Maka Raja Kecik pun larilah lalu ia balik ke Siak (...) dimakamkanlah mayat Opu Daheng Parani itu betapa adat istiadat raja-raja mangkat.17

Perbandingan dengan karya dan silsilah raja Kedah yang lain memperlihatkan raja yang akhirnya memerintah Kedah ialah saudara muda, yakni Sultan Muhamad Jiwa yang telah disokong oleh Raja Kecil.

Namun soal yang ingin ditekankan ialah masih wujud persamaan dalam keduadua karya tersebut. Fakta yang terkandung masih sama misalnya, diakui berlakunya perebutan takta yang membawa kepada perang saudara di Kedah, Pihak Minangkabau di bawah pimpinan Raja Kecil dan Bugis Lima Bersaudara turut diakui terlibat dalam perang tersebut malahan kematian Daeng Perani juga diceritakan, menggambarkan kebenaran fakta tersebut. Malahan, perbandingan karya Melayu yang lain, turut menyokong kepada fakta-fakta tersebut. Dalam kedua karya tersebut, masih terdapat terdapat fakta sejarah yang objektif berdasarkan persamaan fakta, pelaku dan peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua karya. Perkara yang membezakannya hanyalah penafsiran yang telah dilakukan oleh kedua penulis.

Fakta sejarah dapatlah difahami sebagai kebenaran yang asas dalam sesebuah kajian yang telah kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Dalam penulisan sejarah, pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menulis karya sejarah yang objektif.18 Walaupun kedua karya berbeza interpretasi, namun masih dapat disandarkan kepada fakta-fakta yang benar. Sesuatu interpretasi yang diberikan oleh seseorang pengkaji perlu dibuat berdasarkan bukti dan fakta yang benar. Karya sejarah yang bercorak interpretasi bersandarkan kepada fakta harus diterima sebagai objektif. Sebaliknya interpretasi yang tidak dapat bersandarkan fakta yang benar harus ditolak sebagai tidak objektif. Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis masih mengekalkan objektiviti sejarah pada tahap ini dengan himpunan fakta yang tepat dan objektif.. Hanya

17

18

Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 73 Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. hlm. 165

pada peringkat kedua, yakni penafsiran, kedua-dua karya ini akan menampakkan perbezaan yang sangat nyata.

Peranan Pengkaji dan Objektiviti Sejarah dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis

Seperti yang telah dinyatakan, penafsiran yang dilakukan oleh pengkaji yang akan menentukan bentuk penceritaan yang terkandung dalam kajiannya. Dalam hal ini, penulis karya Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis telah menentukan penceritaan Hikayat Siak yang memihak kepada Melayu manakala Tuhfat al Nafis yang pro kepada Bugis. Ini mempelihatkan peranan yang dimainkan oleh penulis tersebut seperti yang telah dikemukakan oleh H. Ismaun. Menurut beliau elemen kedua yang terdapat dalam konsep atau pengertian sejarah ialah sejarah sebagai kisah. Sejarah sebagai kisah bermaksud cerita berbentuk naratif yang disusun berdasarkan memori, kesan atau tafsiran manusia terhadap kejadian ataupun peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Disebabkan sejarah itu merupakan satu cerita, maka sifatnya bergantung kepada individu yang menceritakannya. Hanya dialah yang dapat menentukan hala tuju penceritaannya.19 Dalam hal ini, dalam menentukan objektiviti yang wujud dalam Hikayat Siak dan Tufat al Nafis, penafsiran yang dilakukan oleh penulis kedua-dua karya tersebut begitu memainkan peranan. Walaupun kedua-dua karya tersebut mempunyai fakta sejarah yang sama, namun penafsiran penulis yang akan mempengaruhi penceritaan tersebut.

Peranan pengkaji atau sejarawan ini dalam penafsiran juga telah dibahaskan oleh tokoh sejarawan terkenal, E.H Carr. Menurut beliau, pendirian seseorang penulis sejarah itu memang boleh mewarnai penulisannya bahkan sejarawan adalah gejala sosial dan oleh itu dipengaruhi oleh masyarakat sekelilingnya.20 Dalam menulis sebuah karya yang objektif, seseorang sejarawan itu seharusnya menyedari keadaan tersebut dan berusaha melakukan penafsiran yang jujur dan berlandaskan kepada fakta sejarah yang benar. Faktor seperti latar belakang penulis juga jelas mempengaruhi penafsiran dan tahap bias

19

20

H. Ismaun. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar. Bandung: Historia Utama Press. 2005. hlm. 25 Carr., E.H. Apakah Sejarah?. (terj) Ab Rahman Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dna Pustaka. 1988. hlm. 43

mereka dalam sesebuah karya terutamanya yang berkaitan dengan dengan diri dan masyarakatnya sendiri.

Sebelum anda mengkaji sejarah, kajilah ahli sejarah (...) Sebelum anda mengkaji ahli sejarah, kajilah persekitaran sejarah dan sosialnya. Ahli sejarah, sebagai seorang individu, adalah juga sebuah hasil sejarah dan masyarakat.21

Soal latar belakang penulis inilah yang perlu dilihat dalam usaha meneliti Hikayat Siak dan juga Tuhfat al- Nafis. Pertamanya, Hikayat Siak yang telah dikarang oleh Tengku Said. Beliau merupakan anak kepada Raja Akil, yang susur galur keturunan turun kepada Raja Kecil. Raja Akil merupakan anggota generasi yang keempat (cicit) Raja Kecil yang akhirnya menjadi pemerintah di Sikudana di bahagian barat daya Borneo dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Tengku Said seperti juga keluarganya yang lain meneruskan tradisi mereka yang memerangi Bugis. Kenyataan bahawa Hikayat Siak juga turut dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau terutamnya di Siak menambahkan lagi kecenderungan karya tersebut memihak kepada Melayu.

Tuhfat al- Nafis karangan Raja Haji Ali juga begitu memperlihatkan world view Bugis disebabkan salah satu faktornya ialah latar belakang penulis yakni, Raja Haji Ali. Beliau merupakan keturunan langsung daripada Yamtuaan Muda Bugis yang kedua iaitu Opu Daeng Celak yang telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sulaiman. Bahkan Raja Haji merupakan datuk kepada Raja Haji Ali yang memimpin kerajaan Johor dalam peperangan dengan Belanda pada 1784. Secara umunya, dapat disimpulkan bahawa keluarga Raja Haji Ali merupakan golongan elit dalam pemerintahan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau sehingga berpindah ke Penyengat, Riau. Raja Haji Ali juga terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan samada sebagai penyalin dalam sebarang urusan rasmi kerajaan. Lalu, Raja Haji Ali memikul tanggungjawab untuk menaikkan masyarakat dan keluarganya sendiri. Setiap peristiwa sejarah yang ditulis dalam Tuhfat al-Nafis hanya akan dipandang daripada sudut pandangan kebugisannya.

21

Ibid., hlm. 44

Seperti juga Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis yang lahir di Riau jelas memperkukuhkan lagi ciri pro Bugis dalam karya tersebut.

Contoh peristiwa yang memperlihatkan penafsiran yang berbeza antara kedua-dua penulis ini ialah berhubung perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda. Hikayat Siak mengisahkan bahawa Daeng Merewah dan saudaranya sendiri yang telah meletakkan syarat untuk membantu Raja Sulaiman mengusir Raja Kecil daripada takhta kerajaan Johor. Syarat tersebut ialah dengan menubuhkan satu jawatan dan seterusnya melantiknya menjadi Yamtuan Muda.22 Namun, Tuhfat al- Nafis, sesuai dengan kebugisannya telah menceritakan dengan sudut pandangan yang lain. Dalam karya tersebut, Bugis Bersaudara pada mulanya telah menolak tawaran yang telah dikemukakan oleh Raja Sulaiman dengan rasa rendah diri. Tawaran tersebut hanya diterima setelah dipujuk oleh Raja Sulaiman yang merasakan hanya Bugis yang mampu melindungi kerajaan Jojor ketika itu yang masih bimbang dengan ancaman semula oleh Raja Kecil.23

Dalam penulisan karya sejarah, penulis yang akan menentukan arah penulisan karya tersebut. Walaupun terdapat pelbagai penafsiran yang akan dilakukan, namun soal yang penting ialah haruslah bersandarkan kepada fakta dan bukti yang sebenar. Dalam hal ini, sebarang unsur bias akan hanya menjejaskan proses penafsiran yang akan dilakukan. Raja Haji Ali dalam Tuhfat al- Nafis misalnya, dalam menafsir setiap peristiwa sejarah yang berlaku tetapi jelas tergambar unsur bias dan pro Bugis dalam penafsiran dan penulisan beliau. Misalnya, dalam meenceritakan kisah kelahiran Raja Kecil. Pada awalnya, kita akan melihat beliau dikatakan cuba melakukan penulisan sejarah mengikut kaedah penyelidikan sejarah yang benar.

Dalam menceritakan episod tersebut, Raja Haji Ali telah menerangkan sumbersumber yang telah digunakan oleh beliau, misalnya daripada di sebelah Siak (dipercayai Hikayat Siak) dan sumber daripada Terengganu. Namun apabila diteliti penggunaan dan penerangan tentang sumber tersebut akhirnya akan kembali memperlihatkan pandangan
22

Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 136 23 Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 73

pro Bugis beliau. Walaupun sumber tersebut drujuk, namun hanya diterima secara reservation dan seolah-olah cuba memperlekehkan fakta yang terdapat dalam sumber tersebut seperti yang ditulis beliau, Syahadan tentang pekerjaan ini ada tiga kaul bersalah-salahan seperti yang telah lalu sebutannya.

i. Penerangan yang diambil dari sumber di sebelah Siak

Syahadan maka adalah dalam satu malam baginda itu berahikan isterinya peri itu, konon. Maka terpancarlah mahanikamnya ke tikar peraduan baginda. Maka lalu disuruhnya telan kepada gundiknya, anak Laksamana bernama Encik Pong. Maka Encik Pong buntinglsh, konon.24

ii. Penerangan yang diambil daripada sumber Terengganu

Adalah Encik Pong itu dipakai memang oleh baginda itu, telah bunting memang konon. Waktu baginda mangkat orang-orang tengah bergaduh-gaduhkan hal baginda itu. Maka Encik pong dilarikan oleh Panglima Bebas, dibawanya ke Pagar ruyung, kepada Puteri Jenilan lalu Encik pong itu beranak di situ, iaitu laki-laki (...)25 ms 501

iii. Sumber yang lain yang turut digunakan ole Raja Haji Ali, namun tidak diketahui sumber asalnya hanya diterangkan oleh Raja Haji Ali dengan menyebut, ada pula setengah menyatakan
Tatkala baginda mangkat, zakarnya berdiri. Maka tiada orang berani menanam baginda (...) Maka disuruhnya orang besar itu akan Encik Pong itu bersetubuh dengan baginda itu, kononpada ketika itu. Maka apabila telah selesai barulah rebah zakar baginda itu. Maka Encik Pong buntinglah konon.26

Ibid., hlm. 39 Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 500 26 Ibid., hlm. 501
25

24

Penggunaan perkataan konon yang banyak dalam penceritaan kelahiran Raja Kecil memperlihatkan sikap Raja Haji Ali yang tidak memberi pengesahan terhadap cerita tersebut, malahan diceritakan seolah-olah cuba memperlekehkan cara kelahiran Raja Kecil. Penggunaan sumber tersebut hanya akan memperlihatkan pandangan negatif beliau terhadap sumber lain terutamanya yang bertentangan dengan idea pro Bugis beliau. Ini juga disebabkan faktor sejarah latar belakang dan hubungan Bugis dengan masyarakat samada Siak mahupun Terengganu.27

Malahan Raja Haji Ali pergi lebih jauh dengan menempelak sumber tadisi dari Sak itu dengan menyatakan, suratnya pun terlalu kopi dan karangannya pun banyak kurang sedap dibaca (...) serta yang menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan.. Namun jika diteliti, walaupun memberi gambaran negatif terhadap sumber Siak tersebut, namun pada masa yang sama beliau sebenarnya telah banyak merujuk kepada sumber Siak tersebut. Misalnya menceritakan kelahiran Raja Kecil, episod perebutan kuasa antara keturunan Raja Kecil serta tipu muslihat yang dilakukan oleh Sayyid bagi merampas takhta keturunan Raja Kecil di Siak. Hikayat Siak merupakan sebuah karya yang masih menceritakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah Johor dan seterusnya Siak mengikut kronologi yang benar. Ini dapat dilihat denagan perlaku dan peristiwa yang sama bahakan jka dibandingkan dengan karya lain seperti Hikayat Johor, Hikayat Siak sememangnya masih wujud fakta yang objektif.

Ancaman yang hebat diterima oleh Bugis di Johor daripada pihak Terengganu. Sultan Mansur Syah, sepupu dan menantu kepada Sultan Sulaiman meneruskan usaha untuk mengusir Bugis dan penguasaan mereka daripada kerajaan Johor Riau.

27

Pengadilan Moral yang wujud dalam Tuhfat al-Nafis

Terdapat beberapa pendapat mengenai definisi pengadilan moral. Sarjana Eropah iaitu Adrian Oldfield menegaskan pengadilan moral sebagai;
(...) penyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan kutukan. Penyataan moral begantung kepada perbezaan tahap samada bagi atau buruk.28

Selain itu, sejarawan tempat, Qassim Ahmad dalam artikel beliau, Pengadilan Moral dalam Sejarah telah mendefinisikan pengadilan moral sebagai pelaku-pelaku

menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada suatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Menurut E.H Carr, pengadilan moral dalam kajian sejarah boleh mencakupi pelbagai aspek samada individu, peristiwa, institusi dan dasar.29 Walaupun masih wujud perdebatan tentang perlunya pengadilan moral dalam penulisan sejarah ataupun tidak, namun soal yang lebih penting ialah keperluan agar pengadilan moral yang dilakukan hanya akn bersandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh, bukannya hanya sewenang-wenangnya dilakukan demi mencapai matlamat peribadi penulis. Hal ini kerana, pengadilan moral itu bermaksud menilai sesuatu samada individu, peristiwa dan sebagai berdasarkan nilai budaya penulis, maka perkara yang harus dipertimbangkan akhirnya ialah sumber dan bukti.

Misalnya dalam penulisan Tuhfat al- Nafis, penggunaan konon berhubung episod kelahiran Raja Kecil, serta pandangan beliau terhadap sumber dari Siak;
Syahadan akan tetapi aku terjumpa dengan sejarah dari sebelah Siak, akan tetapi sejarah dan siarah Siak awal hingga akhirnya tiada bertahun dan tiada bertarikh, apa lagi bulan dan harinya. Tiada sekali-kali aku bertemu, dan suratannya pun terlalu kopi dan karangnya pun banyak kurang sedap dibaca, sebab banyak

Adrian Oldfield. Moral Judgement in History dalam History and Theory. Bil. 3. Connecticut: Wesleyan University Press. 1981. hlm. 54 29 R. Sutharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons. 1985. hlm. 103

28

berpindah-pindah agaknya daripada tangan seorang ke tangan seorang serta yang menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan, demikian sangkaku.354

Pengadilan yang telah dilakukan oleh Raja Haji Ali ini masih diragui kebenarannya. Misalnya, berhubung kelahiran Raja Kecil, Tuhfat al Nafis sendiri tidak mampu mengesahkannya kerana hanya merujuk kepada sirah Siak. Bahkan kebenaran bahawa Hikayat Siak tersebut bertukar penulis sehingga menyebabkan kekeliruan juga tidak dibuktikan kebenarannya, dan hanya digunakan perkataan seperti agaknya dan sangkaku.30 Pengadilan moral yang dilakukan oleh Raja Haji Ali ini tidak mampu bersandarkan kepada sumber dan bukti yang kukuh menyebabkan hanya unsur bias dan pro Bugis beliau yang dilihat menjadi punca pengadilan tersebut dilakukan. Hal ini kerana dalam bidang sejarah, sumber dan bukti itulah yang akan menentukan tafsiran dan pengadilan moral dilakukan dan bukanlah sebaliknya. Sifat sejarah itu bukanlah yang diandaikan, disangkakan kebenarannya sebelum dilakukan penelitian kepada kebenaran dan sumber yang mengesahkannya.31

Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 345 31 Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. hlm. 165

30

Unsur mitos dan dongeng dalam karya Melayu tradisional

Kemasukan unsur mitos, dongeng dan perkaitan nasab keturunan dengan tokoh hebat dan berpengaruh merupakan perkara biasa bukan sahaja dalam karya Melayu tradisional bahkan karya bangsa-bangsa lain. Karya Melayu lama seperti Merong Mahawangsa dan Al Tarikh Silsilah Kedah juga mengalami gejala yang sama misalnya, raja Kedah yang pertama dipercayai berasal daripada kerajaan Rom mengikut Hikayat Merong Mahawangsa dan kerajaan Farsi mengikut Al Tarikh Silsilah Kedah. Dalam penceritaan karya tersebut juga termuat cerita tentang garuda, raja Bersiong, Puteri Buluh Betong dan banyak lagi. Dalam karya tradisional, kemasukan elemen tersebut disebabkan perubahan daripada tradisi lisan kepada menjadi tradisi bertulis pula.32 Kebanyakan peristiwa yang mengandungi elemen tersebut berlaku bukan pada zaman penulis karya tersebut, lalu penulis karya Melayu hanya menerima sumber lisan tersebut dan dimasukkan ke dalam karya mereka. Penelitian terhadap kebenaran fakta dan cerita tersebut tidak dapat dilakukan disebabkan masalah tiadanya sumber dan masa.

Keadaan yang sama juga berlaku terhadap Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis apabila penceritaan karya juga mengandungi unsur mitos, dongeng, kehebatan keturunan dan sebagainya, Masalah juga timbul pada para pengkaji bagi memastikan kesahihan fakta tersebut sehingga kini samada peristiwa yang diceritakan adalah rekaan sematamata mahupun kejadian yang sebenarnya berlaku. Hikayat Siak seperti yang diterangkan pada bahagian pertamanya hanya menulis semula Sejarah Melayu hingga sebanyak 402 halaman. Hanya pada bahagian kedua, hikayat meneruskan penceritaan tentang kerajaan Melayu Johor. Penyalinan semula Sejarah Melayu ini dipercayai dilakukan oleh penulis bagi menyusurgalurkan keturunan Raja Kecil dengan salasilah Raja Melaka daripada Bukit Sekuntang dan Iskandar Zulkarnain. Silsilah ini berterusan hinggalah kepada Raja Kecil yang dikatakan sebagai keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.33 Setelah diteliti, kemungkinan penulisan tersebut dilakukan disebabkan matlamat asal Hikayat
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 339
33 32

Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 70

Siak itu sendiri yang berusaha mengangkat Raja Kecil dan bangsa Melayu. Bagi membolehkan Raja Kecil mendapat pengesahan dan sokongan daripada masyarakat Melayu dan orang Laut yang merupakan kekuatan penting kerajaan Johor, Raja Kecil memerlukan satu legitimasi dan mengaitkan diri beliau dengan keturunan Sultan Mahmud merupakan langkah terbaik. Ini disebabkan penulis sedar sejauhmana orang Laut memberikan taat setia kepada keturunan pemimpin Melayu Melaka.

Selain itu, daulat dan ketinggian kedudukan Raja Kecil ini semkian diperbesarkan dengan episod seperti, Puteri Jilan yang menguji kedaulatannya dengan meletakkan sebuah mahkota pusaka di atas kepala Raja Kecil, lalu diminta duduk di atas jelatang, menurut tradisi pendaulatan Pagar Ruyung. Daulat yang dimiliki oleh Raja Kecil ini terbukti apabila beliau tdak terkena tulah malah mukanya merah berseri-seri. Raja Kecil juga mampu melepasi ujian yang dikenakan oleh Orang Laut dengan mampu menawarkan air laut dan akhirnya mendapat sokongan daripada Orang Laut bagi memerangi pemerintahan Sultan Abdul Jalil.34

Tuhfat al- Nafis turut tidak ketinggalan dalam memuatkan unsur-unsur tersebut. Pada awal penceritaan tentang silsilah Bugis, dikaitkan keturunan Bugis berasal daripada Puteri Balkis, pemerintah kerajaan Saba di Yaman dan juga isteri kepada Nabi Allah Sulaiman. Daripada keturunan Nabi Allah Sulaiman dan Puteri Balkis inilah, lalu berkembang dan melahirkan keturunan Bugis. Raja Haji Ali mengambil pendekatan yang lebih kehadapan berkait dengan soal nasab keturunan ini dengan menyatakan, Di dalam pada itu Allah S.W.T yang terlebih tahu akan hakikat dan Fail hasil tiap-tiap pekerjaan yang tiada kita dapat akan hakikatnya, janganlah kita dustakan, hendaklah kita taslimkan keranan dalil berdiri.35 Ini memperlihatkan bahawa beliau sendiri hanya menerima sumber lisan tersebut dan tidak mampu untuk mengesahkan kebenaran kandungan tersebut. Selain itu, unsur mitos dan mimpi lain yang terkandung dalam Tuhfat al-Nafis ialah mengenai mimpin yang dialami Daeng Menambum yang zakar saudaranya, Daeng Celak menjulur menjadi naga dengan kepalanya yang menghadap kep Johor. Ditafsirkan

34 35

Ibd., hlm. 72 Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 19

mimpin tersebut sebagai saudara Bugis terbabit akan mencapai kehebatan dan nama yang mulia dalam kerajaan Johor kelak. Penerangan tersebut juga memperlihatkan kepada unsur memihak Raja Haji Ali terhadap Bugis dengan manaikkan nama keturunan beliau.

Dalam memperkatakan soal kemasukan elemen mitos dan kehebatan keturunan tersebut, bukanlah menjadi persoalan utama kepada kita untuk mengesahkan kebenaran fakta tersebut. Namun apa sebenarnya yang lebih penting adalah mengkaji fungsi sebenar unsur tersebut dalam penulisan karya Melayu tradisional. Hal ini kerana sering berlaku penolakan penggunaan karya Melayu lama disebabkan alasan unsur tersebut menyebabkan karya Melayu lama tidak objektif. Pandangan ini sering diutarakan oleh pengkaji barat yang sememangnya tidak mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai sosial masyarakat Melayu.36 Antara penulis yang cuba mempersoalkan kewujudan unsur tersebut ialah J.C. Bottoms dengan menyatakan bahawa tekas Melayu lama ini, (...) mixture of truth and legend, fantasy and fact, entertainment and instructions Pengkesahan hanya akan lebih tepat apabila membincangkan peristiwa yang berlaku pada zaman penulis tersebut sahaja. Bahkan penggunaan sumber teks tersebut juga hanya diragui oleh beliau;

History to the Malay has not until recently been either a science pr an art, but an entertainment. Accuracy, completeness, organized exposition ere not the vital principles; what best pleased were legends, fantasy and a pleasant hotch-potch of court and port gossip37

Sememangnya pandangan tersebut tidak menghairankan disebabkan penulis mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai sosial masyarakat Melayu. Faktor latar belakang dan bias akan lebih merumitkan proses pemahaman tersebut. Dalam soal ini, bukanlah menjadi kepentingan utama untuk mengesahkan samada peristiwa tersebut benar ataupun tidak kerana penulis kini semestinya akan menghadapi masalah sumber dan masa. Namun perkara yang lebih penting adalah melihat faktor dan peranan sebenar
36

Mazlan Abdullah. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1900 dalam Jernal Sejarah, Jil. XI, 1972. hlm 78 37 Ibid. hlm. 79

kewujudan unsur yang dikatakan mitos mahupun lagenda tersebut. Hal ini kerana historiografi Malaysia melalui teks Melayu lama tersebut bukanlah hanya menceritakan keadaan politik dan pemerintahan raja-raja Melayu sahaja tetapi juga menggambarkan keadaan sosial, budaya , pemikiran dan ekonomi masyarakat Melayu. Fakta sejarah dan mitos sejarah dalam karya Melayu lama tidak seharusnya dipisahkan dalam usaha memahami historografi Malaysia dan masyarakatnya.

Penulisan teks Melayu lama yang sebegitu rupa sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri. Dalam mengungkapkan kehebatan pemerintah, maka dikaitkan degan keturunan mulia termasuklah sifat kedewaan mereka. Ini ditambah dengan hakikat bahawa penulisan tersebut sebenarnya diarahkan oleh golongan pemerintah sendiri, ditulis di istana dan berkaitan dengan golongan istana. Sebarang kritikan terhadap golongan tersebut tidak akan diterangkan secara langsung dan berlindung di sebalik penceritaan tersebut. Misalnya kekejaman Raja Bersiung, Sultan Mahmud merupakan satu kritikan terhadap golongan pemerintah, namun dalam cara yang halus. Ini akan lebih jelas apabila pengkaji kini melihat pemikiran dan konsep budi dalam masyarakat Melayu. Adat Melayu itu bukanlah sebuah masyarakat yang akan berterus-terang dalam memperkatakan sesuatu terutamanya kritikan yang akan menyinggung pihak lain manakala kedudukan institusi beraja dalam masyarakat Melayu sendiri mempengaruhi penceritaan dalam karya Melayu lama. Kanyataan berhubung soal ini turut dibincangkan oleh R.G. Coolingwood;
It might be a way, perhaps a well established way, according to the custom of the time when it was written, of saying something which you, through ignorance of that custom did not recognize as its meaning () The important question about any statement contained in a source is not whether it is true or false, but what it means () and coming to your own conclusion.38

Konsep objektiviti dalam karya samada Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis seharusnya dilihat kembali kepada faktor sebenar kedua-dua karya tersebut dihasilkan.

38

Collingwood., R.G. The Idea of History. London: Oxford University Press. 1962. hlm. 259

Hikayat Siak sebagai menaikkan imej Raja Kecil dan masyarakat Melayu manakala Tuhfat al-Nafis sebagai dokumen yang mencatatkan peristiwa yang akhirnya kan mengagungkan masyarakat Bugis. Lantas penceritaan berhubung keturunan yang hebat dalam kedua-dua karya bagi memperlihatkan sememangnya pemimpin masyarakat tersebut sebagai golongan yang mulia. Manakala berhubung soal kehebatan yang dimiliki oleh Raja Kecil merupakan cara memberikan satu pengabsahan terhadap kedudukan Raja Kecil sebagai keturunan Sultan Melayu Melaka.39 Bahkan peristiwa tesebut juga tidak dapat dibuktkan tidak benar dan rekaan semata-mata oleh penulis yang menolak teks Melayu lama. Begitu juga degan Tuhfat al-Nafis, walalupun unsur tersebut kurang

dimuatkan dalam karya tersebut, namun Raja Haji Ali sendiri tidak menolak kaedah yang sama digunakan oleh penulis teks Melayu lama dalam memberikan pengabsahan terhadap kedudukan sesebuah golongan termasuk Bugis. Objektif penulisan karya tersebut menyebabkan akhirnya penceritaan oleh penulis dalam kedua-dua karya samada Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis akan menggunakan apa sahaja cara bagi mencapai objektif penulisan termasuk menerapkan unsure yang dikatakan mitos dan legenda bagi mengagungkan masyarakat mereka.

Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 355

39

KESIMPULAN

Karya Hikayat Siak dan Tuhaft al-Nafis sememanya merupakan karya yang penting dalam mengkaji historiografi Malaysia terutamanya berkaitan dengan kerajaan Melayu Johor. Kaya-karya tersebut dan juga karya Melayu lama lain seharusnya diberi nafas baru oleh pengkaji generasi kini dan mula dijadikan sebagai antara rujukan utama. Dakwaan berhubung kurang atau tiadanya objektiviti dalam karya tersebut sehingga tidak mampu dijadikan sumber rujukan seharusnya dipertimbangkan kembali. Konsep obejtiviti dalam kedua-dua karya samada Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis ini seharusnya dikaji kembali oleh sejarawan kerana nyata karya tersebut masih mengekalkan mialnya fakta objektif dalam penceritaan kedua-dua karya.

Dalam melihat konsep objektiviti berdasarkan kepada Hikayat Siak dan Tuhfat alNafis ini memperlihatkan betapa pentingnya soal penafsiran oleh seseorang penulis dalam sesuatu kajian. Penafsiran yang dilakukan bersama-sama dnegan unsur bias akan menyebabkan karya tersebut mengikut juga kan jelas tergambar unsure bias. Dalam hal ini, Tuhfat al-Nafis misalnya memperlihat unsure bias dan pro Bugis yang nayat disebabkan latar belakang penulisnya sendiri, Raja Haji Ali yang sememangya sejak awal mempunyai matlamat penulisannya. Ya bagi Hikayat Siak mungkin tidak bagi Tuhfat Al- Nafis. Gejala ini merupakan perkara biasa dalam kajian kerana setiap satu persoalan itu akan mempunyai beberapa jawapan. Namun yang lebih penting sejauh mana jawapan tersebut bersandarkan kepada penafsiran yang adil dan bukti yang kukuh. Hal ini kerana objektiviti sejarah itu dilihat daripada ukuran sejauhmana membuat interpretasi yang bernas dan tajam, bersikap adli dan jujur kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian dan penceritaan tersebut serta memberikan gambaran yang seimbang.

SENARAI RUJUKAN

Adrian Oldfield. 1981. Moral Judgement in History dalam History and Theory. Bil. 3. Connecticut: Wesleyan University Press. Carr., E.H. 1988. Apakah Sejarah?. (terj) Ab Rahman Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collingwood., R.G. 1962. The Idea of History. London: Oxford University Press.

Garraghan., J. G. 1948. A Guide to History: A Primer of Historical Method. New York: Fordhem University Press.

H. Ismaun. 2005. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar. Bandung: Historia Utama Press.

Louis Gottschalk. 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method. Ed. 2. Nugroho Notosusanto (terj). New York: Afred A. Knopf.

Mazlan Abdullah. 1972. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1900 dalam Jernal Sejarah, Jil. XI, 1972.

Muhammad Yusuf Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________________ (pygr). 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusuf Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Penertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom (pysn). 2000. Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Sutharalingam. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Tholfsen., R.T. 1967. Historical Thinking: An Introduction. New York: Harper and Row Publishers.

Virginia Matherson (pysn). 1982. Tuhfat al- Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1982.

Virginia Matherson & Andaya., W. B. 1982. The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

You might also like