P. 1
Limpahan Darah Di Sungai Semur

Limpahan Darah Di Sungai Semur

|Views: 284|Likes:
Published by Saharudin Sajeli

More info:

Published by: Saharudin Sajeli on Jul 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/01/2014

pdf

text

original

SINOPSIS Limpahan Darah di Sungai Semur ialah sebuah novel yang mengisahkan perjuangan Pasukan Askar Melayu.

Kisahnya berdasarkan riwayat hidup Sarjan Jamaluddin bin Mohamad. Kisah hidup Sarjan Jamaluddin semasa kecil sehingga dia menjadi tentera dan berjaya mendapat pangkat Sarjan telah diolah dengan baik oleh pengarang. Askar Melayu pernah terlibat dalam peperangan menentang jepun di Kampung Pasir Panjang, Singapura. Sarjan Jamaluddin turut terlibat dalam pertempuran di Singapura. Askar British telah menyerah kalah dalam pertempuran ini dan bermulalah pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Sarjan Jamaluddin akhirnya terpaksa bekerja dengan Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, Pasukan Askar Melayu telah berdepan pula dengan masalah ancaman komunis. Mereka telah meneruskan tugas mereka menentang pengganas komunis. Peristiwa berdarah di Sungai Semur telah menyebabkan ramai anggota dalam Pasukan Askar Melayu terkorban. Peristiwa ini menjadi satu peristiwa bersejarah dalam pergerakan Pasukan Askar Melayu menentang pasukan pengganas komunis. Selepas peristiwa ini, Pasukan Askar Melayu meneruskan tugas rondaan mereka di beberapa kawasan seperti di Benta, Kuala Lipis, Pahang, dan Kelantan serta beberapa tempat lagi. Akhirnya, Jamaluddin bin Mohamad telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan kerana telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Tema Novel ini bertemakan cinta dan perjuangan. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta terhadap tanah air. Perjuangan pula bermakna perjuangan membela tanah air daripada dijajah oleh musuh negara. Oleh itu, cinta dan perjuangan berjalan seiring demi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan juga bangsa. Pengarang telah menceritakan perjuangan yang telah diperjuangkan oleh askar Melayu, terutamanya watak yang menjadi tumpuan, iaitu Jamaluddin bin Mohamad. Jamaluddin telah dinaikkan ke pangkat Sarjan dalam Pasukan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja pada akhir cerita ini. Semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh Jamaluddin bin Mohamad dan askar-askar lain dari Rejimen Askar Melayu ini tidak ada tolok bandingnya. Peristiwa pertempuran dengan pasukan pengganas komunis di Sungai Semur telah membuktikan betapa gigih dan tingginya semangat perjuangan menentang musuh yang ditunjukkan oleh pasukan ini demi perasaan cinta mereka terhadap tanah air. Perjuangan yang diceritakan oleh pengarang dalam novel ini merupakan perjuangan menentang musuh negara. Ini bermula daripada penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Jepun, seterusnya membawa kepada ancaman pengganas komunis yang mengganggu ketenteraman negara. Dalam perjuangan membela tanah air daripada terus dijajahi oleh musuh, banyak nyawa yang telah terkorban demi cinta suci mereka terhadap negara dan juga bangsa. Persoalan Persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang dalam novel ini saling berkaitan dengan tema pokok yang terungkap. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan itu boleh dikesan melalui watak dan juga daripada huraian pengarang sendiri. Zakaria Salleh dalam novelnya yang berbentuk biografi ini telah mengemukakan beberapa persoalan yang dapat dikesan melalui cerita ini. Antara persoalan utama yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Persoalan cita-cita dan semangat yang tertanam dalam diri Sarjan Jamaluddin yang ingin menjadi tentera sejak dari kecil lagi.

Ini mengakibatkan banyak nyawa tentera yang terkorban demi mempertahankan negara daripada digugat oleh pengganas komunis. kehilangan keluarga. dia tidak berputus asa. Peperangan tersebut telah menyebabkan banyak nyawa terkorban di kedua-dua belah pihak. Askar Melayu adalah antara pasukan bersenjata yang penting dalam gerakan menghapuskan ancaman komunis. iaitu Jamaluddin bin Mohamad. ibu Sarjan Jamaluddin terpaksa merelakan juga anaknya untuk menjadi tentera. Sejak dari kecil lagi telah diceritakan bahawa ayahnya selalu menceritakan cerita-cerita pahlawan Melayu yang termasyhur seperti Laksamana Hang Tuah. Persoalan lain yang diperlihatkan ialah persoalan kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri SarjanJamaluddin dalam menghadapi sesuatu dugaan dan halangan. semasa Jepun dapat menawan Tanah Melayu bermula dengan penawanan Singapura. Perasaan taat setia terhadap negara dalam diri Sarjan Jamaluddin telah dibayangkan sejak dari kecil lagi. Namun begitu. Ancaman pengganas komunis merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh negara dalam sejarah menuju kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ketabahan ayahnya dalam membina kehidupan sebagai seorang pendatang yang berasal dari seberang telah meresap dalam diri Jamaluddin. Cita-citanya telah dibawa ke alam dewasanya serta telah dapat dibuktikan setelah dia menjadi tentera. dan harta benda. Jelas di sini pengarang telah membayangkan semangat Jamaluddin terhadap negara sejak dari kecil lagi secara tidak langsung. Persoalan taat setia juga diungkapkan oleh pengarang dalam novel ini. dia diusik oleh kawan-kawannya kerana keinginan Jamaluddin untuk menjadi Hang Tuah. Sifat ini secara tidak langsung telah dipupuk oleh ayahnya kerana kehidupan keluarganya yang sangat sederhana. keadaan kehidupan yang sebegini dapat dilaluinya dengan berkat kesabaran dan kegigihan untuk meneruskan kehidupan. Pertempuran demi pertempuran telah berlaku di hutan.Sebenarnya. Jamaluddin telah mendengar cerita-cerita tentang pahlawan Bugis lima bersaudara daripada ayahnya. dan kebebasan bergerak serta sering diancam oleh askar Jepun. Persoalan untuk menjadi tokoh yang berjasa kepada bangsa dan negara sebagai pahlawan yang dapat dibanggakan turut dikemukakan dalam novel ini. Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pengganas ini menyebabkan darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan berlanjutan sehingga tahun 1960. Jamaluddin melalui kehidupan yang amat getir. 6. 4. Begitu juga apabila permohonannya untuk menjadi askar pada mulanya tidak berhasil. Di Singapura. Ibunyajuga tidak merestui cita-citanya untuk menjadi askar. Semasa di sekolah rendah. dia tidak mempunyai tempat kediaman yang tetap. Ancaman pengganas komunis juga merupakan satu „ persoalan lagi yang dikemukakan dalam novel ini. Begitulah yang digambarkan oleh pengarang dalam diri Jamaluddin apabila berhadapan dengan masalah-masalah kehidupan. Dia sering dipersendakan oleh kawan-kawannya semasa di sekolah rendah ketika dia menyuarakan hasratnya untuk menjadi askar. Ini juga menyebabkan orang awam hidup dalam ketakutan dan sukar untuk mencari rezeki. 2. Akhirnya. Ramai orang yang mendapat susah.Cita-citanya telah tercapai hasil daripada kesungguhan dan semangatnya yang tidak mengenal erti putus asa. Contohnya. Semangat begini telah tertanam sejak dari kecil lagi dalam diri Jamaluddin. harta benda turut musnah. kelaparan. menjadi miskin. Peperangan antara Tanah Melayu yang di bawah pentadbiran kerajaan British dengan Jepun telah berlaku di Singapura yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dia terus berusaha sehingga akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Persoalan peperangan turut dikemukakan dalam novel ini. 5. dan kehidupan masyarakat turut tergugat. hidup menderita. . Jamaluddin pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk menjadi pahlawan seperti Daeng Perani atau Daeng Marewah. tetapi Sarjan Jamaluddin sudah tetap dengan pilihannya. dia terus tetap dengan pendiriannya. Persoalan ini dapat dikesan daripada watak utama novel ini. yang tersirat dihatinya ialah dia hendak menjadi perajurit untuk membela tanah air. Namun begitu. sukar untuk mendapat makanan. Semasa kecil. Sejak dari kecil lagi. 3.

Kol. Hal ini demikian kerana pengganas komunis mula mengancam tanah air secara terang-terang. Jamaluddin telah dilantik sebagai Lans Koperal setelah memegang tugas sebagai penjaga setor. Negeri Sembilan pada 1 Julai 1948.Persoalan sejarah tanah air juga turut dipaparkan dalam novel ini. Pihak Jepun diceritakan telah menyerang Singapura dan peperangan pun berlaku. semasa Jepun memerintah Tanah Melayu. Tema perjuangan dan persoalan seperti pengorbanan dan kesetiaan terhadap tanah air memang selalu berlaku dalam kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Kebanyakan pegawai bermula daripada rakyat British. Kehidupan watak ini sebagai tentera telah diwarnai dengan berbagai-bagai cabaran. Jamaluddin pernah bertugas menjaga beras dan padi di Sekincan.) W. Jamaluddin dilahirkan sebagai anak kampung yang hidup dalam keluarga yang sangat sederhana kehidupannya. . iaitu pihak Jepun. Mereka dibantu oleh pasukan bersenjata seperti askar-askar Melayu dari Rejimen Askar Melayu Diraja. Contohnya. terutamanya Batalion Ketiga RAMD telah diceritakan oleh pengarang dengan panjang lebar. Kisah pemerintahanJepun serba sedikit ada diceritakan dalam novel ini. 8. dia dinaikkan ke pangkat Sarjan. Batalion Ketiga RAMD ditubuhkan di Port Dickson. Pegawai Memerintah yang pertama ialah Leftenan Kolonel (Lt. Watak inilah yang menghidupkan jalan cerita dari awal sehingga akhir. pengarang turut menyatakan namanama Pegawai Memerintah yang memimpin pasukan dalam rejimen tersebut. Tema dan persoalan yang diungkapkan oleh Zakaria Salleh dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur lebih kepada bersifat sejagat atau universal. 7. Ancaman pengganas komunis ini telah dibanteras oleh kerajaan British yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu. Selangor. Persoalan sejarah penubuhan Pasukan Askar Melayu dan membawa kepada pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Jamaluddin menjadi askar untuk memenuhi citacitanya.Walton. Dalam penceritaan sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja. Pegawai-pegawai Melayu hanyalah terdiri daripada pangkat Kapten dan Subalten. Sejarah Tanah Melayu terus bergolak setelah Jepun menyerah kalah kepada British. Cerita mengenai watak ini sebagai seorang askar berkembang dari satu kisah kepada satu kisah. Kelantan. Sejarah penubuhan Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja diceritakan oleh pengarang dalam novel ini bermula dengan Batalion Pertarna dan Kedua sebelum Perang Dunia Kedua. Batalion Pertama dan Kedua RAMD telah disusun semula selepas Perang Dunia Kedua. Bermula dengan jawatan sebagai perajurit biasa. Kemudian. Pengawasan padi dan beras di kawasan Sekincan sehingga ke Sungai Leman dilakukan untuk kepentingan pegawai kerajaan pada ketika itu. Setelah dewasa. Kisah penaklukan Jepun terhadap Persekutuan Tanah Melayu telah ditulis oleh pengarang dalam novel ini. dia dinaikkan ke pangkat Koperal dan selepas pertempuran di Sungai Semur. Perkara yang membezakannya hanyalah tumpuan persoalan lebih mengkhusus kepada persoalan tempatan dan tidak semua persoalan dibicarakan secara mendalam kerana pengkisahan cerita lebih berbentuk catatan semasa Watak Perwatakan Jamaluddin bin Mohamad Watak Jamaluddin merupakan watak utama dalam novel ini.O. Segala tindak-tanduknya diceritakan oleh pengarang sejak dari kecil sehinggalah dia berjaya menjadi tokoh yang ternama kerana jasanya kepada negara. terutamanya dalam kisahnya menentang askar Jepun di Singapura dan bertempur dengan pengganas komunis di Sungai Semur.

dan sebagainya. Leftenan Abbas bin Abd. Indonesia. Leftenan Hassan bin Hj Yassin Watak Leftenan Hassan muncul dalam Bab 11 sehingga Bab 17. khususnya dalam sejarah perjuangan menentang kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu. Semua watak ini ditampilkan dalam beberapa kisah atau peristiwa sahaja dan kemudiannya dihilangkan. iaitu Sarjan Wan Yaakob dan Koperal Latif. iaitu dari Bugis. Beliau merupakan seorang wira negara yang terbilang. pegawai-pegawai tentera seperti Leftenan Adnan bin Saidi. dan 4. Leftenan Hassan mengetuai Platun 12 Kompeni D Pasukan 3 Rejimen Askar Melayu dalam pertempuran berdarah di Sungai Semur. Manan. .Watak Sampingan Watak-watak lain yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini ialah Mohamad. Mohamad Mohamad ialah ayah kepada Jamaluddin. iaitu ayah Jamaluddin dan ibunya Jamaayah. iaitu dari Bugis. Watak-watak yang disebutkan itu dapat dikategorikan sebagai watak sampingan. Jamaayah secara tidak langsung turut memainkan peranan penting dalam menjayakan kehidupan Sarjan Jamaluddin. dan Mejar Garnet. Selangor. Perajurit Jamaluddin ketika itu juga ditempatkan dalam Kompeni C Batalion Pertama Askar Melayu. Jamaluddin sudah berhasrat untuk menjadi seorang pahlawan. Dia membuat kerja-kerja kampung seperti menjadi nelayan. Dia dikatakan amat petah bercakap dan suka bertanya kepada ayah dan ibunya. dan Ismail. Mohamad berasal dari tanah seberang. Watak ini dikeraukakan pada permulaan cerita dalam Bab 1. Leftenan Adnan bin Saidi Leftenan Adrian bin Saidi berasal dari Kajang. pegawai dari Pasukan Polis Khas. mencari atap. 2. dan perajurit-perajurit biasa seperti Perajurit Lebai Yassin. Leftenan Adnan menjadi pemimpin atau Pegawai Memerintah Kompeni C Batalion Pertama Askar Melayu ketika Jepun menyerang Singapura di Kampung Pasir Panjang. Leftenan Hassan. Watakwatak yang dikemukakan oleh pengarang ini masih memainkan peranan dalam mengembangkan perjalanan cerita. tetapi sederhana dalam pelajarannya. Jamaayah binti Musa Jamaayah ialah ibu kepada Jamaluddin. PERWATAKAN JAMALUDDIN BIN MOHAMAD Perwatakan Jamaluddin dapat dikesan daripada sifat-sifat yang digambarkan oleh pengarang bagi watak ini. Jamaayah juga berasal dari tanah seberang. Jamaluddin dikisahkan sebagai seorang kanak-kanak yang cergas. Sejak dari kecil lagi. Sejak dari kecil lagi. Perajurit Rashid. Mohd Zain. Beliau merupakan seorang lagi wira negara yang tercatat dalam sejarah negara. Watak Leftenan Adnan memainkan peranan penting sebagai pemimpin ketika Jepun menyerang Tanah Melayu. Watak ini ditimbulkan pada permulaan cerita dalam Bab 1 dan 2. dan Perajurit Nordin bin Mat Isa. kawan-kawannya seperti Hashim.

dia tidak suka anaknya Jamaluddin menjadi askar kerana takut anaknya mati dalam pertempuran. iaitu ingin menjadi tentera yang berjasa kepada bangsa dan negara. dalam perjalanan dan perkembangan plot novel ini. ke bulan. Binaan PLOT Plot novel Limpahan Darah di Sungai Semur hasil karya Zakaria Salleh lebih bersifat kronologi. dari jam ke hari. Seterusnya cerita ini berkembang lagi dengan kisah-kisah . Leftenan Adnan dan Platun Nombor 7 yang diketuai olehnya telah mempertahankan kawasannya sehingga ke titisan darah yang terakhir. dan juga bijak mendidik anaknya. dan juga ketika dia cuba memohon menjadi tentera. Jamayah juga boleh dikatakan sebagai seorang yang tabah menghadapi kehidupan. dikisahkan pula watak Jamaluddin semasa berada dalam alam persekolahan dengan cita-citanya hendak menjadi askar. tetapi gagal. dan bijak memelihara anaknya. Perwatakan Mohamad digambarkan sebagai seorang ayah yang penyayang kepada anaknya. iaitu Jamaluddin bin Mohamad. Dia juga seorang yang berbudi bahasa.Semasa dewasa. Kronologi bermaksud ceritanya mengikut urutan masa. patuh kepada perintah. rajin berusaha. dan peraturan serta gagah berani. Oleh itu. Dia rajin membantu suaminya mencari rezeki. bermula dengan Bab 1 sehingga Bab 27. bertanggungjawab. Perwatakan yang sebeginilah menjadikan dia sebagai seorang yang berjaya dalam hidupnya. Setiap peristiwa yang disusun berkaitan antara satu dengan lain. LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI Leftenan Adnan bin Saidi merupakan seorang yang cekal dan bersemangat tinggi serta seorang pemimpin yang berwibawa. dan seterusnya ke tahun. Dalam Bab 2. Beliau telah menunjukkan kecekalan dan keperwiraannya dalam menentang musuh. Kita dapat mengenali wataknya sebagai seorang yang tabah. Contohnya. tetapi beliau terus berjuang sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Ketikajepun meiiyerang Kampung Pasir Panjang di Singapura. Kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam cerita ini diceritakan mengikut urutan masa. JAMAAYAH BINTI MUSA Perwatakan Jamaayah digambarkan sebagai ibu yang penyayang. ke minggu. pengarang telah menjalinkan peristiwaperistiwa yang berlaku dalam sejarah hidup Jamaluddin bin Mohamad. tetapi bertimbang rasa terhadap anggota tentera yang berada di bawah pimpinannya. iaitu mengikut urutan. bertanggungjawab. Cerita Jamaluddin berkembang apabila dia telah dewasa dan bekerja. Dia seorang yang teguh dengan pendiriannya. Peristiwa-peristiwa yang diceritakan telah disusun daripada satu kisah kepada satu kisah yang lain sehingga menjadi satu jalinan dan disebut sebagai Jalinan Peristiwa. berbudi pekerti yang baik. Jamaluddin digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perwatakan yang terpuji. Beliau seorang yang baik dan disayangi oleh orang di bawah jagaannya. Novel ini berbentuk biografi dan kisah yang diceritakan lebih tertumpu kepada watak utamanya. gigih. beliau telah menunjukkan semangatyang tinggi sebagai seorang ketua. pembaca mula diperkenalkan dengan watak Jamaluddin ketika dia dilahirkan dan semasa dia masih kanak-kanak. Dia juga mempunyai satu cita-cita yang jelas dalam hidupnya. LEFTENAN HASSAN BIN HAJI YASSIN Leftenan Hassan digambarkan sebagai seorang ketuayang tegas dalam keputusannya. Dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Sungai Semur. Bermula dengan Bab 1. Walaupun beliau telah cedera akibat terkena tembakan pengganas komunis dalam pertempuran itu.

Kumpulan kecil orang Melayu yang menjadi anggota komunis juga ada diceritakan dalam novel ini. bolehlah diambil dari tahun 1916 sehingga sekitar tahun 1952. Singapura. Novel Limpahan Darah di Sungai Semur ini juga menyentuh orang Inggeris yang bertindak sebagai pegawai atasan yang menjadi pemerintah dalam pasukan tentera. dan perkampungan di Bukit Timah. Seterusnya diceritakan juga ketika dia menentang pasukan pengganas komunis di hutan sehinggalah dia berjaya dinaikkan ke pangkat Sarjan dalam tentera. Kawasan hutan adalah seperti di Gua Musang. dan Johor. LATAR MASYARAKAT Pengarang novel. Hulu Kelantan dekat dengan Gua Musang. Kesemua ini merupakan alam sekitar yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. Pasa zaman darurat. Kuala Lumpur. dan zaman darurat. Selangor. Kampung Baru. Dalam catatan ringkas sejarah Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) pula. zaman pemerintahan Jepun. Pasukan Askar Melayu turut member! tentangan ketika berlakunya serangan Jepun di Singapura. Kelantan. . Kuala Bertis di Bertam. Kampung Kuantan. Kuala Selangor. dan laut. ! LATAR TEMPAT Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah tempat yang benar-benar wujud. Tempat lain yang dapat ditemui sebagai latar dalam novel ini ialah hutan belantara. Kuala Selangor. iaitu Zakaria Salleh ada menyatakan secara sepintas lalu tentang masyarakat di beberapa buah kampung dalam novel ini. membawa ke Kampung Baru. terdapat juga masyarakat orang Tionghua atau Cina yang terlibat dalam pasukan komunis. Hutan belantara banyak kita temui dalam peristiwa-peristiwa ketika Pasukan Askar Melayu membuat operasi atau gerakan memburu dan menjejaki pengganas komunis yang menjadi musuh negara di Tanah Melayu pada masa itu. Kuala Lumpur. pasukan komunis sangat aktif dalam kegiatan mereka mengancam keamanan negara. pengarang banyak menceritakan masyarakat orang Melayu yang terlibat dalam pasukan tentera seperti Pasukan Askar Melayu. Bersesuaian dengan novel ini yang berbentuk novel sejarah. Latar masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam pembinaan novel ini. Kampung tersebut ialah Kampung Kuantan. Negeri Sembilan dan juga menjadi askar terlatih ketika berperang dengan askar Jepun pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dari segi tarikhnya. Kejadian-kejadian yang berlaku dalam novel ini meliputi zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. LATAR MASA Novel ini mengemukakkan latar masa zaman sebelum Perang Dunia Kedua lagi sehingga ke zaman Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka.Jamaluddin semasa menjalani latihan asas rekrut menjadi askar Melayu di Port Dickson. Selain itu. berpindah ke Port Dickson sehinggalah ke Singapura. sungai. Selangor dan Kampung Teluk Panglima Garang. sawah padi. pantai. Satu kumpulan maiiusia yang besar dapat disebutkan sebagai satu kumpulan masyarakat. jangka masayang diambil bagi menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah lama dan luas. dan Ladang Jago di Kelantan. bukit. Tempattempat yang diceritakan bermula dari Batu 7. khususnya dari aspek watak dan perwatakan mereka. tarikh yang diberi oleh pengarang bermula pada tahun 1948 hinggalah ke tahun 1980. Dalam novel ini. Pengarang novel ini telah menceritakan tindak-tanduk yang dilakukan oleh masyarakat kaum Melayu sebagai ahli pasukan askar dan juga masyarakat kaum Cina yang menganggotai pasukan komunis. Peristiwa bersejarah pertempuran dengan pasukan komunis yang dialami oleh Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja juga telah berlaku di kawasan hutan di Sungai Semur.

dan ungkapan tergolong dalam gaya bahasa kiasan. Dalam novel ini. Selah dili." kata pegawai Jepun itu pula.." " pekik suara itu lagi berulang-ulang. Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan dengan orang Melayu seperti watak Leftenan Hassan. kita orang susah .. Kalau tatak mesti lu olang mail katak oi. kita orang mahu balik la. pepatah.GAYA BAHASA Penggunaan bahasa Melayu pasar telah digunakan secara meluas oleh pengarang dalam novel ini. iaitu anggota pasukan pengganas komunis. "Ai ya manyak susah encik ... Contoh-contoh lain dapat dikesan dalam Bab 8. Bab 9. perumpamaan.. Antara contoh perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam novel ini ialah Lance Koperal (LKpl). Bab 13. Contohnya: FRASA Badan macam cicak kubin Menemui maut Meninggal dunia Mati katak Bagai bertih digoreng Hujan peluru bermula lagi BAHASA ASING BAHASA KIASAN Kiasan sedang Kiasan halus Kiasan halus Ungkapan Kiasan sedang Perbandingan Bahasa asing ialah bahasa lain selain bahasa Melayu. terdapat watak-watak orang Jepun dan Cina. dan Bab 23. Penggunaan bahasa Melayu pasar ini adalah untuk disesuaikan dengan watakwatak yang dikemukakan.. awak serupa Gurkha punya orang. "Kawan. selah dili. Bab 21. "Oi.. sutak banyak hali tak ada makan . dan paradoks. Bab 18. Leftenan Hassan juga terpaksa menggunakan bahasa Melayu pasar untuk berbual dengan mereka.. personiflkasi. Antara bentuk gaya bahasa kiasan yang lain. saya punya anak ramai. bidalan.. tetapi boleh dilihat sebagai bahasa kiasan. Dalam novel ini. .. Simpulan bahasa. Lebih baik lu olang selah dili. Gaya bahasa retorik walaupun berbeza daripada gaya bahasa kiasan. Antara contohnya adalah seperti yang berikut: "Bohong. kawan.. lagi tak ada guna lu olang lawan.. dan lain-lain aspek dalam novel ini menggunakan bahasa Inggeris. bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Istilah-istilah tertentu bagijawatan dalam tentera. perbandingan. termasuklah perbandingan atau simile.." kata Leftenan Hassan. cepatlah bikin kerja. hiperbola. jenis-jenis senjata. BAHASA KIASAN Bahasa kiasan ialah gaya bahasa yang menggunakan rangkaian kata-kata atau ayat yang memberikan makna lain daripada makna yang tersurat." rayu orang itu lagi.. metafora.

Contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. dia terpaksa juga merelakan anaknya pergi menjalani latihan tentera di Port Dickson. berkelakuan. masyarakat di negara itu akan dapat hidup dengan aman dan damai. lewis gun. human wave. Sifat-sifat seperti bertimbang rasa. Hal ini kerana perempuan itu mempunyai dua orang anakyang masih kecil. dan mematuhi peraturan serta undang-undang. platun. 3. Walaupun ibu Jamaluddin tidak bersetuju Jamaluddin menjadi askar. perihatin. pouches. berkorban membela tanah air. Penduduk Kampung Kuantan. dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa .rejimen. bekerjasama. Ketika itu. Contoh nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. mereka tetap kaya dengan budi bahasa dan sentiasa saling bekerjasama antara satu sama lain. Kegigihan dan ketabahannya berjuang dengan ketaatannya terhadap pasukan tenteranya telah menjadikannya seorang yang berjaya. Namun begitu. carbine. Sarjan Jamaluddin tidak membenarkan Lans Koperal Jaafar menembak seorang perempuan Melayu yang menjadi pengganas komunis. rifle. 2. stengun. 2 Berkorban apa-apa sahaja demi kasih sayang seperti yang dilakukan oleh ibu Jamaluddin kepada Jamaluddin. Apabila sesebuah negara itu aman dan damai. field dressing. Contohnya. tetapi demi kasihnya kepada anaknya. Kuala Selangor yang terdiri h: daripada orang-orang Melayu dikatakan tidak banyak yang m berharta. Mematuhi peraturan dalam satu-satu organisasi merupakan perbuatan yang dituntut kerana dengan cara itu sahaja. sitrep. Dia telah menolong Jamaluddin mendapatkan pekerjaan sebagai buruh pam ubat nyamuk di Pejabat Daerah Sepang. perkara ini telah dibuktikan oleh Jamaluddin ketika dalam Pasukan Askar Melayu. Inilah yang telah dilakukan oleh Sarjan Jamaluddin demi bangsa dan negaranya yang dicintai. Menolong oraiig yang dalam kesusahan seperti yang dilakukan oleh abang saudara Jamaluddin. Dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur. Jamaluddin benar-benar memerlukan pertolongan. 3 Bertimbang rasa terhadap sesama manusia seperti yang telah ditunjukkan oleh Sarjan Jamaluddin. NILAI DAN PENGAJARAN NIlai kemanusiaan ialah sesuatu nilai yang berkaitan dengan perihal manusia dan sifat-sifat manusia. NILAI KEMASYARAKATAN Nilai kemasyarakatan merupakan satu nilai yang berkaitan dengan masyarakat. Nilai kemasyarakatan ini dapat dikesan melalui perhubungan sesuatu kumpulan manusia yang tinggal di sesuatu tempat. target. Pasukannya pula dapat menentang musuh dengan berjaya. NILAI KEBUDAYAAN Nilai kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak. tolong menolong. sanggup berkorban dan sebagainya dapat dikatakan sebagai mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Dalam satu operasi tentera. Leftenan Kolonel (Lt. machine gun. Kol). organisasi itu akan berjaya. batalion. single encounter. mempunyai rasa belas kasihan sesame manusia. Menjadi askar untuk membela tanah air merupakan pengorbanan yang mulia. antara nilai kemasyarakatan yang dapat dikesan ialah berbudi bahasa. dan base.

dan rajin membaca menambah ilmu pengetahuan. Walaupun dia diejek oleh kawan-kawannya. Walaupun Mohamad. dan keagamaan sebenarnya terangkum dalam nilai kebudayaan. 2. Contohnya: . Jamaluddin telah menunjukkan sikap dan pendirian yang teguh dalam mempertahankan cita-citanya untuk menjadi tentera. "Hendakjadi apa pun bila besar nanti. bangsa. jangan lekas berputus asa. Kita hendaklah berjasa dan taat setia kepada raja dan negara atau tanah air. moral. khususnya orang Melayu pada ketika itu. dan agama. Din mesti belajar dulu rajin-rajin. nilai kebudayaan dapatjuga dilihat secara tersendiri. NILAI MORAL Nilai moral bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Ini telah memperlihatkan satu corak kehidupan. NILAI KEAGAMAAN Nilai keagamaan membawa maksud perlakuan yang baik dalam mematuhi segala perkara yang berhubung dengan hal-hal agama. PENGAJARAN TERSIRAT Pengajaran tersirat dalam sesebuah novel dimaksudkan sebagai sesuatu pengajaran yang disampaikan secara tidak nyata atau tersembunyi dalam sesuatu kenyataan atau sesuatu situasi yang diolah oleh pengarang dalam karyanya. tetapi dia tetap menanam azam untuk menjadi tentera. termasuk bangsawan dan joget. " kata ayahnya pula. Misalnya. Anak-anak kecil hendaklah digalakkan supaya rajin belajar. dalam aspek berhibur. Bukit Bintang Park telah menjadi tempat mengadakan berbagaibagai persembahan kebudayaan. Ini diukur dari segi baik atau buruk sesuatu akhlak.kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. PENGAJARAN TERSURAT Pengajaran tersurat dalam sesebuah novel bermaksud sesuatu pengajaran yang tertulis atau tercatat dalam novel tersebut. sikap. tetapi hidupnya sangat sederhana. perlakuan yang ditunjukkan oleh ayah Jamaluddin dalam menguruskan keluarganya. dia telah berjaya menjadikan Jamaluddin seorang yang berjasa kepada negara. tetapi aku hendak menjadi perajurit. Ini bermakna pengajaran tersurat ialah sesuatu yang berhubung dengan pengajaran seperti mestilah rajin belajar. Sejak dari kecil lagi. Sama juga macam Hang Tuah yang berkhidmat untuk raja dan mempertahankan bumi Melaka pada masa itu. Berkat daripada didikannya yang baik. Pada ketika itu. peranan Bukit Bintang Park sebagai pusat hiburan pada zaman dahulu. Dia merupakan seorang ayah yang ber-tanggungjawab dalam mendidik anak-anaknya dan menjaga keluarganya. "Sebenarnya cakap aku itu sebagai ibarat sahaja. Contohnya. bukanlah aku nak jadi Hang Tuah betulbetul. Jamaluddin sendiri pernah bekerja di sini sebagai seorang penarik tirai dalam pertunjukan bangsawan. Contoh pengajaran tersurat yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. Walau bagaimanapun. " tegas Jamaluddin. atau cara berkelakuan. kemasyarakatan. Individu yang bermoral merupakan individu yang teguh pendiriannya. Ini ditulis dengan jelas oleh pengarang dalam karyanya. Contoh yang terdapat dalam novel ini ialah watak Jamaluddin yang telah digambarkan sebagai individu yang bermoral. iaitu ayah Jamaluddin merupakan pendatang dari tanah seberang. hendak membela tanah air. Nilai-nilai kemanusiaan.

Semangat setiakawan dalam sesuatu pasukan itu penting untuk menentukan kejayaan. "Di mana ada usaha di situ adajalan". 2. Contohnya. segala kejayaan Jamaluddin dalam gerakannya menentang pasukan pengganas komunis adalah kerana semangatnya yang tinggi dan kerana kepatuhannya kepada ketua. Hanya dengan semangat yang tinggi sahaja seseorang individu itu dapat mempertahankan tanah air daripada serangan musuh. tetapi dibayangkan melalui segala tindak-tanduk Jamaluddin. tetapi di-sembunyikan di sebalik tindak-tanduk watak. Seseorang individu itu boleh mencapai citacitanya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini tidak dinyatakan secara langsung oleh pengarang dalam menerangkan kejayaan Jamaluddin untuk menjadi askar. Perkara ini tidak dijelaskan oleh Zakaria Salleh dalam novelnya dalam bentuk tulisan secara langsung.1. Peristiwa pertempuran dengan pasukan komunis di lembah Sungai Semur telah memperlihatkan kejayaan yang cemerlarig bagi diri Jamaluddin. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->