You are on page 1of 9

SMK TANJUNG ADANG

SKRIP TEKS PENGACARA MAJLIS

[MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT PIBG KALI KE 21 TAHUN 2011]

PENGACARA MAJLIS : 1. PN HADIJAH BT JAMALUDIN 2. EN MALIK BIN EFENDI [26.03.2011]

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011


BI L 1 MASA
2.00 pm

PERISTIWA Ketibaan Perasmi

BUTIRAN PENYAMPAIAN Diumumkan ketibaan PN SUHAILI BT ABD HAMID, NAIB PRESIDEN KANAN IRDA ke Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kali ke 21 bagi Tahun 2011. Yang Berbahagia Pn Suhaili Bt Abd Hamid, Naib Presiden Kanan IRDA Yang Amat Berusaha Pn Hjh Asiah Binti Mohamad, Pengetua SMK Tanjung Adang Yang Berusaha En Azahar Bin Abd Rahman Yang Dipertua PIBG SMK Tanjung Adang Yang dihormati dif-dif jemputan, guru-guru, para ibu bapa, pemberi sumbangan, tuantuan, puan-puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

PENYAM PAI

Kata alualuan

Pantun

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua ke Dewan Sri Tanjung, SMK Tanjung Adang sempena Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kali ke 21 bagi Tahun 2011. Tuan-tuan dan Puan-puan, Bagi memulakan dan memuliakan majlis ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersamasama menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kali ke 21 bagi Tahun 2011.

Selamat Datang

Syukur

Pantun

Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat

Bacaan Doa

Bagi memohon kepada Allah keberkatan majlis ini, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Haji Suhaili Bin Alip bagi menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. Semoga Allah memberkat kita. BUTIRAN PENYAMPAIAN Bunga butang si bunga pekan Petik seraga di hujung negeri Suara anak tanjung kami dendangkan Moga majlis tambah berseri Majlis dimulakan dengan persembahan putera puteri SMK Tanjung Adang. Dipersilakan kumpulan ______________________ yang terdiri daripada anak-anak 1BIJAK dengan persembahan mereka CORAL SPEAKING yang bertajuk SI TENGGANG HOME COMING. Dipersilakan. Terima kasih kepada persembahan mereka itu tadi. Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian, acara majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Amat Berusaha Pn Hajah Asiah Bt Mohamad, Pengetua SMK Tanjung Adang. Dipersilakan yang berbahagia Puan. Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan Pn Hajah Asiah Binti Mohamad.

BI L 8

MASA

PERISTIWA Pantun

PENYAM PAI

Persembahan Pelajar (1)

1 0 1 1

Terima Kasih Ucapan Puan Pengetua

1 2

Ucapan YDP PIBG

Hadirin sekalian, seterusnya kita dengarkan ucapan daripada Yang Berusaha En Azahar Bin Abd Rahman YDP PIBG SMK Tanjung Adang. Dipersilakan yang berbahagia Tuan. Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

1 3

Pantun

Buah Langsat di tepi busut Mari di muat di dalam peti Besar hajat kami menjemput Besar niat di dalam hati

1 4

Ucapan Perasmi

Pihak majlis dengan segala hormat takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Pn Suhaily Binti Abd Hamid, Naib Presiden Kanan IRDA untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kali ke 21 bagi Tahun 2011. Dipersilakan yang berbahagia Puan. Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan perasmian itu tadi.

Tekan Butang Enter RASMI

Pihak majlis sekali lagi menjemput Pn Suhaily Bt Abd Hamid dengan diiringi oleh Pn Hajah Asiah dan En Azahar tampail ke hadapan untuk menekan butang ENTER sebagai tanda merasmikan video korporat SMK Tanjung Adang. Terima Kasih Pn Suhaily Bt Abd Hamid dengan perasmian itu tadi.

BI L 1 5

MASA

PERISTIWA Penyampaian Hadiah

BUTIRAN PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah. Bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 ini, upacara penyampaian anugerah pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, penghargaan kepada ibu bapa anak cemerlang serta cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2010/2011 akan dilaksanakan.

PENYAM PAI

1 6

Penyampai dan pengiring

Dengan ini pihak majlis, mempersilakan Yang Berusaha Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru SMKTA bersama-sama dengan Yang Amat Berusaha Puan Hajah Asiah Binti Mohamad, Pengetua SMKTA, untuk mengiringi yang Berbahagia Pn Suhaily Binti Abd Hamid, Naib Presiden Kanan IRDA untuk menyampaikan anugerah akademik dan kokurikulum. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian. Berikut adalah penerima hadiah kecemerlangan akademik.

1 7

Anugerah Akademik (Rujuk Lampiran)

1. Anugerah kedudukan terbaik dalam tingkatan untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2010 2. Anugerah Lonjakan Saujana 3. Anugerah mata pelajaran cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010 4. Anugerah mata pelajaran cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 5. Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2010 6. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2010 1. Penghargaan kokurikulum Tahun 2010 1.1 Pengurus dan Jurulatih Bola Baling Perempuan 1.2 Penolong Pengurus Bola Baling Perempuan 1.3 Pemain Bola Baling P15 1.4 Pemain Bola Baling P18 1.5 Pengurus dan Jurulatih Kriket L18 1.6 Pemain Kriket L18 2. Anugerah Penghargaan (Wakil sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSD) 3. Anugerah Olahragawan Sekolah 2010 4. Anugerah Olahragawati Sekolah 2010 Tokoh Pelajar 2010 1. Pelajar ini memperoleh keputusan ________________________ dalam SPM 2010 2. Pelajar ini merupakan Ketua Pengawas bagi tahun 2010 yang sangat komited dengan tugas. 3. Merupakan Bola Baling sekolah dan pernah mewakili sekolah peringkat Daerah. 4. Pelajar ini sangat aktif dengan mengendalikan majlis2 rasmi sekolah dan banyak berbakti kepada sekolah secara am dan guru2 secara khasnya. BUTIRAN PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada AJK PIBG dengan itu pihak majlis menjemput ahli-ahli jawatankuasa PIBG SMKTA sessi 2010/2011. Seterusnya adalah penyampaian cenderahati PIBG kepada salah seorang warga SMK Tanjung adang yang akan bertukar sekolah ke SMK Taman Selesa Jaya. Sebagai mengenang jasa beliau yang banyak

2 0

Anugerah Kokurikulum (Rujuk Lampiran)

2 1

Anugerah Khas

BI L 2 2

MASA

PERISTIWA Cenderhati AJK PIBG

PENYAM PAI

2 3

Cenderahati Ustaz Zin daripada PIBG

menabur bakti kepada warga Tanjung Adang dari sudut akademik dan pembangunan sahsiah anak2 Tanjung Adang, pihak majlis menjemput Ustaz Zin Akmal Bin Mohd Halid tampil ke hadapan untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. 2 3 Terima Kasih Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Suhaily Binti Abd Hamid atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati itu tadi. Anak Cina main gelombang Nampak dari Tanjung Jati Tuan umpama bunga yang kembang Sentiasa hidup di dalam hati Sebagai tanda kenang-kenangan di atas kesudian Yang Berbahagia Pn Suhaily Binti Abd Hamid yang bersama-sama dengan majlis kita pada hari ini, pihak majlis mempersilakan Pn Hajah Asiah Bt Mohamad untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Pn Suhaily. Dipersilakan. Seterusnya, pihak majlis menjemput Yang Berbahagia Pn Suhaily untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah Asiah yang telah sudi menyampaikan cenderahati. 2 6 Pantun Bak kata orang Kalau memanjat sudah sampai ke puncak Kalau menurun sudah sampai ke lembah Kalau terjun sudah sampai ke tanah Kalau mudik sudah sampai ke hulu Kalau hanyut sudah sampai ke kuala Ada mula ada akhirnya Ada awal ada penyudahnya Ada pembuka ada penutupnya. Sidang hadirin sekalian Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhirlah sudah majlis Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kali ke 21 bagi Tahun 2011 .

2 4

Pantun

2 5

Cenderahati

2 7

Penghujung Majlis

BI L 2 8

MASA

PERISTIWA Pantun

BUTIRAN PENYAMPAIAN Dengan Bismillah kita memulai Alhamdulillah wassala tannabi Dengan takdir Ilahi Rabbi Selesailah sudah upacara ini Burung merpati di atas para Pisang emas bawa ke pekan Andai ada silap bicara Sepuluh jari kami susunkan Gunung Pantai tinggi mengawan Nampak dari Padang Temu Sampai di sini Tuan dan Puan Ada hayat kita bertemu

PENYAM PAI

2 9

Terima Kasih

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian semua dif-dif kehormat, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian yang hadir bersama dalam majlis ini pada petang yang permai ini. Sebelum kita menjamu selera, kita lihat apakah nombor2 bertuah yang akan muncul pada petang ini. Dengan itu, pihak majlis menjemput En. Mahadi untuk mengendalikan acara Cabutan bertuah. Terima kasih En Mahadi.

Cabutan Bertuah

3 0

Jemput Makan VIP

Seterusnya, pihak majlis menjemput Pn Pengetua SMK Tanjung Adang dan YDP PIBG mengiringi Yang Berbahagia Pn Suhaily Binti Abd Hamid dan dif-dif jemputan ke Bilik Gerakan untuk menikmati jamuan ringan. Para ibu bapa dan pelajar akan menikmati jamuan di dalam dewan. Sambil ibu bapa dan hadirin menjamu selera kita akan paparkan Persembahan Video Korporat untuk tayangan semua. Selamat menjamu selera. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakat uh.

1 8

Jemput Makan Ibu Bapa & Pelajar Persembahan Video Korporat Salam Undur

3 1

DISEDIAKAN OLEH: PN HADIJAH BT JAMALUDIN (SMK TG ADANG)

LAMPIRAN 1 TENTATIF PROGRAM


1.30 petang : 2.15 petang : 2.30 petang : Pendaftaran Pendaftaran dif jemputan Majlis Anugerah Cemerlang Persembahan pelajar Majlis ucapan (Pengetua, YDP, Perasmi Majlis) Penyampaian Hadiah : a) Anugerah Cemerlang Kurikulum 2010 b) Anugerah Matapelajaran Cemerlang PMR 2010 Persembahan pelajar Penyampaian Hadiah : c) Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2010 d) Penghargaan AJK PIBG 2010/2011 e) Cenderahati Perasmi Majlis Rehat/Jamuan

4.00 petang : 4.15 petang :

Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Tanjung Adang Kali ke 21


Ucapan Tn Pengerusi Majlis Menerima peringatan mesyuarat agung yang lalu Membentangkan dan menerima laporan tahunan PIBG 2010/2011 Membentangkan dan menerima laporan kewangan PIBG yang berakhir 28 Februari

2011 Perbincangan usul yang dibangkitkan Mesyuarat Agung Kali ke 21 ditangguhkan 5.30 petang : Majlis Bersurai

LAMPIRAN 2 MAKLUMAT PENTING! Nama Perasmi Jawatan : : ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ : : _____________________________________________ 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ _____________________________________________ 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ _____________________________________________ 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________

Pembaca Doa Jawatan

: :

Persembahan 1 Tajuk Pembimbing Persembahan 2 Tajuk Pembimbing

: : : : : :

Penyampai Hadiah 1 Pengiring

Penyampai Hadiah 2 Pengiring Penyampai Hadiah 3 Pengiring

: : : :

You might also like