You are on page 1of 2

Seperti yang kita sedia maklum, teknologi maklumat merupakan elemen yang penting dalam aspek kehidupan kita.

Seiriring dengan ledakan teknologi maklumat, tercetusnya fenomena baharu iaitu l aman sosial. Tidakkah Tuan-tuan dan Puan-puan tahu? Laman web sosial merupakan suatu penganta ra antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.Dewasa kini, banyak laman web so sial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai pering kat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pe lbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbinc angan, dan sebagainya.Ternyatalah bahawa laman sosial mempunyai pelbagai kegunaa n yang boleh dimanfaatkan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, mempromosikan p erniagaan, menyebarkan maklumat, dan perkongsian ilmu. Namun begitu, laman sosia l juga mempunyai berbagai-bagai kesan negatif terutamanya kepada remaja. Persoalannya ialah, apakah kesan-kesan negatif tersebut terhadap para re maja? Oleh itu, kita menjemput Tengku Aiman Muhammadi, pakar multimedia daripada Universiti Lee Chong Wei untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang keburukan -keburukan laman sosial. Terima kasih Tuan Pengerusi yang dihormati dan disanjungi setinggi-tingg inya, Tuan Processor Ahmad Al-Farouqi. Seperti yang kita sedia maklum, laman sos ial merupakan medan interaktif yang berfungsi sebagai penghubung kepada para remaja. Di sampin g itu, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai mata pencarian kepada sesetengah pihak yang menyediakan dan mengawal lman web tersebut seperti, pemilik lama sosial Facebook iaitu Mark Zuckernberg.Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmata n yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk sat u komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang bermin at dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Namun begitu, laman sosial mempun yai pelbagai implikasi yang buruk yang bakal merugikan remaja kita pada zaman se karang. Antara keburukan tersebut ialah laman sosial melekakan para penggunanya. Terlalu lama berdepan dengan rakan-rakan sosial sehingga lupa dengan tugasan har ian. Para remaja akan terganggu tugasannya dengan perkara-perkara yang tidak beberapa penting pada saat tersebut seperti penulisan blog.Sehubungan dengan itu,ianya m ampu mengganggu tumpuan para remaja lebih-lebih para remaja yang akan mengambil peper iksaan-peperiksaan awam contohnya SMRAMM, SPM, STAM dan sebagainya. Hal ini berk emungkinan berlaku terutamanya jika anda bermain aplikasi permainan yang disediakan oleh la man sosial tersebut, kumpulan-kumpulan provokasi ataupun yang dikenali sebagai 'g ossip dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan kadar produktiviti para rema ja menurun dan pencapaian akademik serta deeniah yang sepatutnya dikecapi disiasiakan dengan aktiviti yang melalaikan. Tuntasnya, para pelajar akan mengabaikan pembelajaran mereka. Selain itu, laman sosial menyebabkan 'obses' ataupun ketagihan terhadap para remaja.Perkara ini menyebabkan berlakunya kegilaan terhadap laman sosial se hingga sukar untuk berengang darinya. Paling teruk, ia berpotensi menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bers

osial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan ketagih an yang melampau terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer sehari suntuk ker ana melayari laman sosial. Di samping itu, terhakisnya pergaulan secara realiti akibat oleh laman s osial.Laman sosial merupakan punca ramai orang memencilkan diri dan lebih menump ukan komuniti online berbanding offline. Ia sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan terutamanya hubungan sesama ahli keluarga dan jiran. kewujudan laman sosial perlu dipersalahkan atas masalah kesihatan para remaja yang terganggu akibat konsentrasi mereka terhadap laman sosial yang berlebih-lebihan.Sudah pasti ia akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak yang bur uk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, penglihatan kapur sehingga perlunya akan mekanisma bantuan untuk melihat, obesiti iaitu berat badan dan ketinggian yang tidak seimbang, malah kanser keran a terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. Akhir sekali, penggunaan laman sosial mendedahkan para pengguna kepada gangguan individu yang tidak dikenali.Sebagai contoh, berlakunya pencerobohan peribadi in dividu tanpa disedarinya.Sebab itu, para remaja perlu berhati-hati dalam membenarkan sesiapa menjadi kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang dise barkan seterusya memalukan mangsanya. Pada kesimpulannya, laman sosial mempunyai banyak keburukan yang berlebi han. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenya taan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru sep erti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di al am maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklu mat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

You might also like