You are on page 1of 6

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh Berdirinya saya disini adalah untuk mengajak rakan rakan bersama-sama saya mendengar sebuah kisah

seorang serikandi islam. Berasal dari suku kaum asadiyah Keturunan Quraisy bangsawan terpilih, Itulah dia saidatina Khadijah, Pendamping Rasulullah lagi dikasih.

Kenalkah rakan-rakan akan saidatina Khadijah? Nama sebenar beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza. Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah. Beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna oleh kedua ibu bapanya. Didikan dan tunjuk ajar mereka menjadikan beliau seorang anak yang taat sehingga menjadi wanita yang budiman dan berakhlak luhur. Walaupun dibesarkan dalam golongan keluarga bangsawan, beliau tidak pernah bangga dan sombong dengan taraf kebangsawanannya. Akhlaknya itu menyebabkan beliau digelar At tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Maksudnya: Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri Surah al qashash ayat 28:76

Rakan-rakan, ambillah iktibar dari kisah Qarun yang Kaya tetapi tamak haloba. Apakah yang terjadi pada dirinya? Allah telah memusnahkan segala harta kekayaannya dalam sekelip mata sahaja. Nauzubillah janganlah kita bersikap sedemikian, semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu. Siti khadijah adalah pedagang yang mulia dan banyak harta. Apabila beliau mendengar cerita tentang Muhammad bin Abdullah mengenai kejujuran dan peribadi yang mulia, Siti khadijah telah menawarkan kepada Muhammad untuk menguruskan perniagaannya di Syam. Muhammad ditemani Maisarah iaitu salah seorang pekerjanya.

Sepanjang perjalanan, banyak perkara pelik dan mengagumkan berlaku. Antaranya Maisarah merasai ada awan yang menaungi perjalanan mereka. Siti Khadijah berasa gembira hasil perniagaannya mendapat untung berlipat ganda. Bahkan Khadijah mengakui hasil itu adalah yang terbanyak dan menguntungkan berbanding pedagang yang lain. Bagainda Rasulullah pernah ditanya Apakah jenis mata pencarian yang paling baik? Maka baginda menjawab: Hasil usaha sendiri dan setiap perniagaan yang bersih

Rakan-rakan sekalian, Islam menggalakkan umatnya berniaga untuk memajukan ekonomi sesebuah Negara. Usaha kerajaan mewujudkan industri kecil adalah satu peluang untuk kita meningkatkan ekonomi diri, keluarga, dan Negara. Maka ambillah peluang itu.

Siti Khadijah Serikandi sejati, Kaulah lambang cinta sejati, Serikandi pertama tika islam bermula, Hatimu menyalakan keyakinan, Hartamu membuktikan pengorbanan.

Siti Khadijah adalah antara 4 wanita terbaik dunia yang dijanjikan syurga sepertimana sabda Rasulullah saw: Cukuplah bagimu 4 wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid , Fatimah bt Muhammad dan Asiah isteri firaun. Hadith riwayat Ahmad. Pengorbanan dan kesucian cinta Khadijah tiada tolok bandingannya. Semasa nabi berkhalwat di gua Hira beliau tidak pernah bermasam muka malah beliaulah yang menyediakan keperluan dan makanan nabi saw. Siti Khadijah merupakan orang pertama mendengar wahyu yang disampaikan Jibril kepada nabi dan menjadi wanita pertama memeluk Islam.

Siti Khadijah juga menjadi tulang belakang di dalam usaha dakwah nabi sehingga akhir hayat beliau. Beliau sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga malah menghabiskan seluruh harta yang dimiliknya. Rakan-rakan sekalian, contohilah sifat mulia yang ada pada Khadijah. Amalkan sifat mahmudah seperti baik hati, lemah lembut, jujur dan sebagainya. Jika kita mengamalkan sikap dan akhlak yang mulia, hidup kita akan diberkati Allah.

Maksudnya: tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Surah ali imran ayat 185. Pada usia 64 tahun Siti Khadijah telah sakit tenat dan akhirnya wafat. Beliau telah meninggal dunia setelah menyelesaikan kewajibannya sebagai isteri, sahabat, pelindung, sandaran hati Rasulullah selama 25 tahun.

Siti Khadijah adalah cinta pertama Rasulullah. Padanya terhimpun cinta, kasih sayang dan kelembutan seorang isteri dan juga ibu sehingga digelar ummul mukminin iaitu ibu orang-orang mukmin. Rasulullah seringkali mengingati setiap butir kata khadijah dan sentiasa merinduinya walaupun beliau sudah tiada. Begitulah kita setiap manusia akan menemui Allah bila-bila masa sahaja. Maka bersedialah dengan amalan kita untuk bertemu Allah. Sekian , wabillahhitaufiq wal hidayah wassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Dan setengah daripada tanda tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri agar tenteramlah kamu kepadanya dan dia jadikan diantara kamu cinta dan kasih sayangnya. Pada yang demikian adalah tanda bagi kaum yang berfikir. Surah Ar rum ayat 21.

Ternyata pekerjaan Khadijah sebagai wanita pedagang telah menemukan beliau dengan seorang manusia yang paling mulia. Sebelum ini beliau adalah seorang janda dan telah berkahwin sebanyak dua kali. Ketika dia menjadi janda, ramai pemuda quraisy ingin melamarnya, namun cerita Maisarah tentang kebaikan Muhammad telah menawan hatinya.

Khadijah telah berkahwin dengan Rasulullah saat usianya 40 tahun manakala Rasulullah ketika itu berusia 25 tahun. Hasil perkongsian hidup beliau telah dikurniakan 6 orang anak. Zainab, Umi Kalsum, Ruqayyah, Qasim dan Fatimah

adalah nama yang diberi. Namun kedua-dua anak lelakinya meninggal dunia sewaktu kecil. Alangkah bertuahnya Khadijah, beliau telah hidup bahagia bersama Rasulullah hingga akhir hayatnya. Rakan-rakan sekalian, Islam menggalakkkan perkahwinan untuk mencegah berlakunya maksiat. Melalui perkahwinan juga dapat menghasilkan zuriat yang soleh-solehah, insyaallah.

You might also like