You are on page 1of 227

*PengenaLan KomPuter*

>Peranti input dan output< Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'. Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.

Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.

**Perkakasan dan Perisian**

Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer). Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai bagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux. Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari. Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi. Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.

Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.

***Komputer Berjenama dan klon****


Apa itu klon? Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular. Berjenama dan kion Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi. Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah. Pilihan di tangan anda Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

**Langkah-Langkah Keselamataan**

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut: Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik. Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang. Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity). Peralatan Kerja (Tools) Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

**Meja kerja (Work bench)**


Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.

Amaran!!!
Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki. Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.

Nota: Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh menyebabkan kerosakan. Cara-cara Memegang Kad-kad Litar

Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan kad menjadi rosak. Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan sesekali menyentuh bahagian litar

(anak panah) atau terkena komponen yang tidak bersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B. Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.

Komputer Pandangan Depan

Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini. Berbagai-bagai jenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk memasang sebuah komputer idaman hati. Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuah komputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit

modal. Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.

Komputer Pandangan Belakang

Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manual ini. Semua sambungan perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masingmasing. Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan ini satu berita baik kepada

pengguna baru yang mula hendak bedinak jinak dengan komputer.

Perkenalan Perkakasan komputer


Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Komputer Sistem Asas Komputer Sistem Multimedia Komputer Internet Tersedia

1. Komputer Sistem Asas


Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah. Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya. Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem. Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi. Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting. Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi. Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB. Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin. Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer. Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting. Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting. CPU - Central Processing Unit HDD - Harddisk drive FDD - Floppy Disk drive RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah. Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara. Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD ROM. Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian. Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

3. Komputer Internet Tersedia


Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah. Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet. Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet. Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)


Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan. Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen papan induk

Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah, BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi. Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih. Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain lain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkaraperkara yang lebih baik dari sebelumnya. Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis. Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik. Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi. Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan. Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya. PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini. CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

Bateri Komputer Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah, Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali. NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang

sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus. Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri, Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.

Cara-cara menukar bateri jenis Lithium


Ada kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah sangat. Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateri dari cangkuk. Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh dikeluarkan ikut arah C. Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi.

Perkakasan Komputer
Aksesori Papan Induk
Semasa mendapatkan papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan diberi. Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di bawah. Senarai penuh perkakasan seperti berikut:

Papan induk dan manual. Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin

Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).

Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan atau kabel penyambung port permainan sahaja.

Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).

Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad berkenaan jenis bina dalam).

Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di papan induk sekiranya ada kemudahan itu.

Pilihan 'ATX Form Card'

Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared' (IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port USB.

Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.

LAN Network Adapter Extension


Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN Network Adapter Extension Bracket) dan harus dibeli berasingan. Pastikan juga papan induk ada sarnbungan berkenaan.

Contoh papan induk ATX Slot 1 dan Socket 370 untuk kebanyakan CPU jenis Intel. Papan induk Slot 1 sudah agak berkurangan kini.

Kelebihan papan induk ATX


Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.

Jenis-jenis Papan Induk


Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih dan dibina menjadi sebuah komputer klon. Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk dengan huruf V, S, M dan L menunjukkan pada komponen dibina di dalam papan induk berkenaan. Huruf V bererti kad video, S bererti kad bunyi (sound), M bererti kad modem dan L bererti kad network (Line) atau kad rangkaian.

Jenama-jenama papan induk klon yang popular seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte dan lain-lain lagi.

CPU
Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300 transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih 28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz. Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi menyokong RAM yang berbeza. AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini, AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan informasi diproses dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira. Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan sistem sesak.

CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)


Apa gunanya CPU? CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT. Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb. Biasanya maklumat cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di laman Web syarikat berkenaan.

Terdapat CPU yang dijual tanpa kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil penjual (dealer) untuk penjimatan kos. Harga CPU agak murah kerana tiada bungkusan yang terlibat.

CPU direka dengan jenis socket (papan induk) yang bersesuaian untuknya. Socket 3 dalam rajah 2 digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali mungkin masih digunakan di rumah-rumah.

Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar ganti. CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan berprestasi sederhana. CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.

CPU Intel dan AMD


Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap dan canggih. Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.

Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan 3Dnow. Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel. Begitu juga program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.

Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal. Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat. Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa. Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing. Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.

Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang ada. Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.

Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya. Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di pasaran.

Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran masa. Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.

* Tanda bintang dan laman kelabu rnenunjukkan senari papan induk dan CPU terkini iaitu maklumat pada Sep200l.

FSB bermaksud Front Side Bus iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan rnengambil data sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.

Kotak komputer (Casing)

Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya. Dua

bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar. Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V.

Aksesori Kotak Komputer

Semasa mendapatkan kotak komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah.

Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih Kabel kuasa 4 lapik getah dan 4 plag kecil Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik

Rajah di atas menunjukkan pandangan panel depan kotak komputer berbagai bentuk.

Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan Desktop. Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.

Diperhatikan tren kini, saiz kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian padat. Kebaikan tren berkenaan, ia mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.

Voltan yang digunakan di Malaysia ialah 240V AC dan mengiklit peratus antara +5% dan -10%, ia boleh berligar dari 216 V AC hingga 252 V AC.

Jangan sesekali menukarkan ketetapan atau setting di belakang kotak bekalan kuasa kepada bacaan 112V AC. Kebanyakan unit bekalan kuasa kini sudah menghapuskan pilihan ini.

Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah kotak komputer. Rajah B dan C menunjukkan caracara pemasangan lapik getah berkenaan.

Unit Bekalan kuasa AT dan ATX

Apa gunanya bekalan kuasa?


Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk menjalankan kenderaan. Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan bekalan kuasa bateri. Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan. Bekalan kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan. Jangan sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi. Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya.

Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltanvoltan yang pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini memerlukan unit bekalan kuasa sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas kotaknya. Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan. Ia juga dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4.

Kelebihan bekalan kuasa ATX Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.

Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT. Terdapat antara tiga atau empat sambungan kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak kornputer.

Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas. Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah.

Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX dipasang terus ke papan induk

Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter.

Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan output masih dalam gelombang AC. Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus sama seperti gelombang AC. Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan.

Nota: Voltan +3.3V dan -3.3V hanya terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja.

Amaran Jangan membuka penutup unit bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup. Sekiranya rosak, beri pada juruteknik komputer yang berpengalaman atau tukar sahaja dengan yang baru.

RAM
Memory
RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera keras. Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna.

SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.

DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.

RAM kecil A dalam rajah di atas digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486. Ia mempunyai sebanyak 30 pin dan sekarang tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus.

RAM B yang kedua sama ada jenis Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out) mempunyai sebanyak 72 pin. RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM untuk papan induk 486.

RAM C dipanggil SDRAM mempunyai sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370, Slot 1 dan Pentium III. SDRAM ada beberapa jenis kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz mengikut sistem bas di papan induk. RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan lagi atau dikira sudah pupus.

RAM Terkini
Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM. Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi. Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM Yang kian canggih kini. Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:

SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III. Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi. Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan 256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.

DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz. Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan

kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri.

RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDR-DRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.

Cakera keras dan cakera liut


Apa pentingnya storan?

Sebuah komputer seharusnya mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program aplikasi, utiliti dan sebagainya. Di sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang berwibawa.

Cakera keras

Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca, menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga

akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.

Cakera liut atau disket

Satu lagi storan yang masih digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu cakera liut. Cakera liut atau 'floppy disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan dengan storan lain. Walau bagaimanapun ia masih digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil yang penting. Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia mudah rosak. Perkara-perkara yang harus diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar matahari, debu, habuk rokok, air, sentuhan jari di permukaan cakera dan timbunan sesuatu beban. Jika tidak digunakan, masukkan disket ke dalam kotak asalnya.

Cakera keras

Apa yang hendak dicari pada cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek time). Contoh rpm, transfer rate dan average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan 11 millisec mengikut susunan. Lagi tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya. -Pengeluar-pengeluar cakera keras yang popular ialah Seagate, Quantum, Maxtor, Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-lain lagi. Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB tetapi tidak akan dibincangkan di sini.

Pemacu cakera keras di atas dibuka untuk melihat komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai demo sahaja. Ia tidak harus dibuka sama sekali.

Makna jargon ciri-ciri cakera keras seperti berikut:

RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute. Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400 atau 7200 pusingan seminit (rpm). Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat informasi dapat dicari.

Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan.

Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.

IDE atau SCSI?

Ada dua IDE slot yang terdapat di atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera optik. Kabel reben 40 pin diperlukan untuk tugas itu. Ada dua jenis kelajuan cakera keras yang beraskan IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100. Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan untuk permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah dilengkapi BIOS menyokong antaramuka itu. Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus digunakan untuk sambungan tersebut.

SCSI pula memerlukan satu kad antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak mahal untuk pengguna rumah.

1 G (giga) bererti 1,000,000,000 (seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary digit), I GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan 1,073,741,824 bait (bytes) Satu bait

terdiri dari 8 bit. Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu 'bait ialah satu huruf, angka atau aksara (character).

Apa yang mengelirukan?


Kekeliruan bacaan jumlah bait cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan. Contohnya, sebuah cakera keras bermuatan 10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows. Apa yang sebenarnya teriadi? Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai 1,000,000 bait dan bagi fdisk pula yang menggunakan sistem binary, jumlah bait sebanyak 1,048,576 tepat. Bila dibahagi 10.2GB iaitu 10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan 9.727GB saja. Apa yang dikesan oleh Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh sektor but dan fail-fail sistem FAT. Pemacu cakera liut

Pemacu cakera liut

Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan memadam. Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer. Kalau tidak berjaya, sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan

kemas. Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi. Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.

Penjagaan pemacu cakera liut

Cara #1 Satu atau dua titik cecair kimia seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket. Dapatkan prom DOS, pilih pemacu A dan setelah masukkan disket pencuci, tekan Enter.

Cara # 2 Sekiranya sudah dalam Windows, klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi.

Dua perkakasan yang boleh dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah cakera keras dan pemacu disket. Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut masih setia dengan disket tradisinya iaitu disket 1.44MB.

Cakera keras Cakera keras dianggap sebagai sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu perisian. la diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras berkenaan boleh memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan aksara.

Pemacu cakera liut atau pemacu cakera layut Perkakasan kedua ialah pemacu cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu storan iaitu disket 1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis.

Bahasa komputer: Apa itu bit dan apa itu bait?


Komputer akan berkomunikasi dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital. Litar logik yang mengandungi kumpulan transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala dan padam. Keadaan 'On' atau 'Off ini dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer. Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) yang bererti satu huruf, angka dan aksara. Jumlah kombinasi lapan bit ini mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard Code for Information Interchange.

Bit dan bait

Terdapat berbagai-bagai nama bait seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya, 1KB bererti 1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa. Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10 (2 X 2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait. Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit sehingga 1GB dan jumlah bait sebenar.

Memahami binary penting kerana kebanyakan perkakasan dalam komputer sedikit sebanyak akan menyentuh mengenainya. Perkakasan seperti memori (RAM), RAM di kad video, storan cakera keras, cakera padat (CD) dan cache di papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian mengenai kebaikannya. Contohnya, sebuah buku yang mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah diisikan ke dalam sebuah CD-R (cakera padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB. Untuk pengetahuan, kapasiti CD-R 650MB ialah 681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1 ISO 9660.

Kad video dan kad grafik

Apa pentingnya kad video?

Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi. Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ada berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini. Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup. Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan penghantaran data graflk. Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.

Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi. Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang hendak dilakukan. Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi. Kini setengah kad graflk diletakkan sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP

Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.

Kad VGA bersepadu

Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti dalam rajah .

Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.

Monitor
Monitor dan radiasi Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Pertama sekali harus difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh merosakkan mata si pengguna. Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata. Monitor keluaran baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.

Apa itu sindrom carpel tunnel? Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome). Elakkan dari berlakunya perkara ini dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor juga terlibat secara langsung. Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik. Emel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat. Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi yang boleh memakan diri.

CRT dan LCD


Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih. Monitor LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave). Monitor CRT memerlukan keadaan ini. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur. Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang tajam.

Ukuran monitor Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21". Saiz monitor untuk penggl-na rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet. Monitor yang bersaiz besar, baik dari segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar. Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768 piksel atau lebih tanpa masalah.

Resolusi dan kedalaman warna Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan. Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna. Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di

Internet dan untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640 X 480 piksel (pixel) diperlukan.

Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua noninterlaced. Monitor interlaced menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris. Kadar refresh (vertical frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya 75Hz. 'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini. Kenapa sukatan Hz? Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second). Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard. Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

Dot pitch Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah dot pitch pada monitor. Dot pitch bermaksud ukuran emej tajam dalam kiraan mm (millimeter). Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam. Dot pitch pada setiap monitor tidak boleh diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch 0.28mm boleh diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih rendah lagi dan tentunya mahal. Contoh spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.

Monitor mana pilihan hati?

Akhir sekali untuk memilih monitor, cari yang berukuran 17" ke atas serta panel leper (flat), pastinya tidak akan menyesal nanti. Kalau. Mampu monitor LCD pilihan paling tepat.

Yang aneh pada monitor, ukurannya dikekalkan dalam sukatan inci tidak mm (millimeter). Monitor berukuran 17 inci sudah mula menjadi pilihan pengguna rumah kerana harga yang berpatutan dan prestasi yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas skrin ke sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah 1.

Untuk resolusi sebuah komputer pula dikira dari tepi skrin kiri hingga ke tepi skrin kanan seperti dalam rajah 2 iaitu 640 piksel (pixels). Untuk melengkapkan ukuran resolusi dikira pula dari atas skrin hingga ke bawah Iskrin iaitu 480 piksel. Skrin berkenaan dikatakan mempunyai resolusi 640 kali 480 piksel (640X480) dan ini boleh ditukar

mengikut kemampuan monitor serta kad video yang digunakan. Kedalaman warna (color depth) pada monitor adalah ketajaman gambar dan antaranya 16 colors, 256 colors, 16bit color, 24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.

Tetikus dan papan kekunci


Tetikus Tetikus dan papan kekunci masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan biasanya terdapat pada komputer yang berjenama. Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2 tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya diperlukan. Papan induk klon bentuk ATX sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan,

Kursor (cursor) di skrin monitor digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna. Untuk memahirkan diri dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan percuma bersama sistem operasi Windows. Tekan butang kiri bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti dalam rajah di bawah. Begitu juga dengan arahan menekan butang kanan tetikus, bererti tekan sebelah kanan tetikus.

Papan kekunci kini banyak disediakan kekunci tambahan seperti kekunci berlogo Windows bagi mempersingkatkan sesuatu kerja. Pemilihan papan kekunci, biarlah yang dapat memberi keselesaan sekiranya ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan. Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu pelaburan yang tidak merugikan.

Menguji papan induk


CPU yang hendak diuji dalam manual ini ialah Pentium 233 MHz (MMX) dengan voltan 2.8V untuk operasi. Papan induk pula jenis Socket 7 dengan kad VGA (built-in) dibina di dalamnya. Sebenarnya cara menguji semua papan induk dan CPU sama sahaja dan ujian ini boleh dibuat sebagai panduan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan, langkah keselamatan harus diambil ke atas setiap perkakasan dengan membuang elektrostatik. Ini dilakukan sekali sahaja setiap kali bila hendak memulakan kerja bagi mengelakkan dari kad-kad litar rosak tanpa di sedari.

Perkakasan yang diperlukan untuk ujian seperti berikut: Pemproses atau CPU Papan induk dan manual RAM secukupnya (16MB) dan sesuai Bekalan kuasa AT dan kabel kuasa Kad VGA slot tambahan (tidak perlu sekiranya papan induk ada built-in VGA) Monitor

Ujian dilakukan di luar kotak komputer dan dikira sebagai titik permulaan kepada pembinaan sebuah komputer.

Nota:

Sebelum itu penerangan akan meliputi berbagai-bagai jenis jumper, CPU, bekalan kuasa dan sebagainya mengikut di mana yang sesuai. Peralatan yang digunakan diperingkat ini seperti playar muncung tirus, thermal compound untuk CPU dan pemandu skru.

Jumper papan induk


1. Jumper fizikal

Sebelum pergi jauh dan membuat perkara-perkara yang tidak difahami atau berasa sangsi, akan diterangkan secara ringkas mengenai subjek di atas. Apa itu jumper? Jumper sebenarnya satu ' pautan atau link yang menyambungkan dua litar yang terpisah. Ibaratkan satu sirkit (circuit) yang mengandungi mentol, suis dan bateri, suis akan mewakili sebagai jumper iaitu bila ditutup (close), lampu E dalam rajah C akan menyala. Bila suis dibuka (open), lampu D akan terpadam seperti dalam rajah C di bawah.

Untuk mengubah jumper, alihkan sambungan pautan (link) P ke pin 1A dan 1B untuk voltan 2.8V seperti yang dikehendaki. Guna playar yang sesuai untuk memudahkar tugas. Kebelakangan ini papan induk mempunyai daya mengesan voltan CPU secara automatik tanpa sebarang tindakan dari pengguna.

2. Jumper jenis Suis

Sesetengah papan induk dibekalkan dengan jumper jenis suis untuk membuat konfigurasi. Suis (warna hitam) ditolak ke ON atau OFF untuk menentukan setting. Ikut arahan manual untuk setting yang betul.

Jumper jenis ini sudah agak berkurangan dan kemungkinan tidak dikeluarkan lagi. Apa yang dirisaukan dengan jumper jenis ini, ia mudah tertolak semasa kita sedang kalut membuat kerja-kerja baik pulih dalam kotak komputer. Konfigurasinya tentu akan berubah dan kalau kita tidak berhati-hati boleh mengakibatkan kerosakan komputer. Bila bertemu suis begini, sila catatkan setting dan periksa sebelum komputer dihidupkan sem ula nanti.

contoh konfigurasi suis digunakan untuk memilih setting atau ketetapan ratio kelajuan CPU. Cara mendapatkan ketetapan dengan mendarab salah satu multiplier x3.5 sehingga x8 dan sistem bas 66MHZ atau 100MHz mengikut keupayaan CPU.

Contoh setting ratio x3.5, x5.0 dan x8.0 untuk menentukan kelajuan CPU.

3. Jumper dibuat di CMOS setup

Cara pemasangan dan ujian bagi papan induk Socket 7 boleh juga digunapakai untuk papan induk Socket Super 7, Socket 370 atau Socket A. Untuk ujian papan induk Slot I bagi CPU Intel dan Slot A bagi CPU AMD, caranya juga sama. Kebanyakan setting jumper papan induk kini dibuat melalui menu CMOS setup atau apa yang dikatakan 'jumperless' iaitu tidak ada pertukaran jumper secara fizikal. Tekan kekunci Del berulang kali semasa menghidupkan komputer dan di skrin CMOS pilih CPU PnP Setup. Dalam skrin CPU PnP setup, pilih setting yang sesuai dengan jenis CPU yang digunakan.

Nota: Cara di atas hanya boleh dilakukan setelah papan induk diuji dan didapati baik.

Panduan pemasangan jumper CMOS untuk CPU yang digunakan seperti berikut:

Bila komputer dihidupkan, tekan kekunci Del untuk kebanyakan komputer klon bagi mendapatkan paparan CMOS. Kelajuan CPU boleh dipilih dengan menukar Multiple Factor dan Base frequency seperti di atas. Untuk CPU Pentium III 600MHz, X6 dan 100MHZ dipilih dalam CMOS berkenaan (6X100 = 600).

Untuk tujuan upgrade, maklumat dalam kandungan CMOS dari papan induk berkenaan seperti di bawah. Ada dua pilihan kelajuan bas frekuensi iaitu 66MHz dan 100MHz. Antara CPU yang sesuai ialah Celeron dan Pentium III.

66MHz - Kelajuan CPU yang boleh digunakan di antara 233MHz 533MHz dari clock multiplier X3.5 - X8. 100MHZ - Kelajuan CPU yang sesuai di antara 350MHz - 800MHz dengan clock multiplier X3.5 - X8.

Jumper Di Papan Induk AT

Contoh kedudukan jumper yang terdapat di atas papan induk Socket 7. Ketetapan jumper untuk semua papan induk tidak jauh bezanya. Rujuk manual untuk dapatkan setting yang betul bersesuaian dengan CPU yang hendak digunakan.

Setting Jumper fizikal


Dengan penerangan ringkas mengenai jumper telah selesai, bolehlah dimulakan pemeriksaan jumper sebenar dan pertukaran yang harus dilakukan. Kesilapan jumper boleh merosakan cip CPU dan sistem beroperasi tidak menentu. Rujuk manual untuk mendapatkan setting yang betul. Manual harus disimpan dengan baik untuk tujuan rujukan dan upgrade nanti.

JP2 - Padam memori CMOS

Jumper JP2 mesti diubah ke Mode Biasa untuk aktifkan papan induk. jumper setting Clear CMOS, yang direka oleh pengeluar, amat berguna sekiranya hendak menghapuskan data CMOS dan mendapatkan balik CMOS yang asal.

JP3 Pilihan VGA dalam


Sekiranya VGA jenis bersepadu di papan induk tidak hendak digunakan dan lngin menukarkan dengan kad video slot tambahan, disablekan jumper JP3.

Seterusnya disediakan rajah-rajah setting jumper untuk Pemasangan kad VGA bina

dalam atau yang berasingan sekiranya ingin lakukan.

Dalam rajah A, jumper dienablekan untuk VGA jenis bersepadu berfungsi. Jumper dalam rajah B diubah untuk aktifkan kad VGA slot PCI dan litar terputus ke arah VGA jenis bina dalam.

JP4-Pilihan RAM 3.3V atau 5V


Untuk SDRAM yang beraperasi dengan voltan 3.3V, pastikan jumper JP4 disetkan pada valtan tersebut. Walau bagaimanapun kebanyakan papan induk tidak ada lagi pilihan ini kerana SDRAM keluaran kini cuma beroperasi dengan satu voltan standard. Jumper

JP5, JP6, JP7 dan JP8


Setting-setting untuk kelajuan CPU serta voltan operasi seperti dalam rajah B di sebelah.

Jumper JP5 = 66MHz: Setting external clock bagi CPU. Jumper JP6 = 2.8V : Voltan operasi bagi CPU. Jumper JP7 = 3.5: Bacaan anggaran bus clock & multiplier untuk Pemproses 233MHz (66 X 3.5 bersamaan 231). Jumper JP8 = P55C : Pilihan untuk CPU jenis berkemampuan MMX.

Contoh-contoh setting jumper dalam rajah A diambil dari beberapa menual papan induk.

Contoh pemasangan jumper internal clock untuk 1.5X/3.5X secara grafik seperti rajah A dan B. Pastikan di mana pin 1 sebelum membuat pertukaran jumper. Biasanya pin 1 ada dicetak dengan warna perak di tepi in-pin jumper berkenaan atau boleh didapati dalam manual yang dibekalkan. Susunan petak jumper di atas dijarakkan untuk pandangan lebih jelas.

CPU Pentium 233MHz yang digunakan mempunyai kemampuan MMX, ini bererti jumper JP8 harus disetkan ke 'Dual voltage' seperti dalam rajah di bawah.

Gambar graflk jumper JP8 sebenar di besarkan untuk pandangan yang lebih jelas. Bahan yang digunakan di dalarn jumper dari jenis logam yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti kepingan tembaga dalam rajah (i) untuk menyambungkan dua litar yang berasingan.

Cara-cara pemasangan perkakasan untuk menguji papan induk


CPU

Panduan pemasangan CPU (prosesor) Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri. Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari. Sekiranya CPU tidak masuk dengan kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk. Dengan hati-hati betulkan pin-pin berkenaan menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi. Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.

Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau mengeluarkan CPU, tidak perlu tenaga yang kuat. Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade. Untuk mengelakkan dari CPU kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU dipasang, jangan lupa menyambungkan kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.

Panduan pemasangan cip CPU secara graflk

Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk keluar dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas mengikut arah C dan plat (plate) atas F akan bergerak ke arah E. Letakkan CPU di soket papan induk dan pastikan pin 1 kedua dua perkakasan selari. CPU dengan mudah masuk di soket, turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di cangkuk B. CPU akan dicengkam oleh plat atas F yang bergerak ke arah G (asal) dan CPU sukar dikeluarkan lagi. Letakkan kipas dan sink haba atas CPU sekiranya datang berasingan. Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan dan belakan soket.

Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7

Keluarkan sink haba dan kipas dengan melepaskan klip C dari sekatan D di depan dan belakang soket. Sambil itu putuskan sambungan kuasa dari kipas penyejuk CPU. Tarik tuil ke arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah B,CPU dengan rnudah dapat dikeluarkan. Tolak tuil dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi soket untuk mengelakkan tuil dari patah atau rosak

Thermal grease untuk kawal haba CPU

Kepanasan CPU semasa operasi kadangkadang sukar dibendung akibat dari bilik yang tidak berhawa dingin atau kurangnya laluan udara dalam kotak komputer. Tambahan pula sesetengah pengguna menaikkan kelajuan CPU atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang lebih kuat dan mantap. Antara CPU dan sink haba terdapat rongga yang mungkin tidak dapat dilihat mata seperti dalam rajah A di bawah. Gris terma (thermal grease) dimasukkan di antara CPU dan sink haba (rajah B) dapat membantu menyerapkan haba pada tahap maksimum. Haba akan dipindahkan dari CPU ke sink haba seperti dalam rajah C. Elak menggunakan terlalu banyak bahan itu yang boleh memberi kesan lain pula (Rajah D). Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai servis komputer dalam bentuk seperti di atas. Blasanya ia boleh digunakan sebanyak dua aplikasi.

K ipas yang menggunakan sambungan kuasa dalam bulatan C sudah berkurangan. Kebanyakan kipas CPU jenis baru kini mengambil bekalan kuasa dari punca atas papan induk seperti dalam bulatan D. Sambungan sambungan kuasa A dalam keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang.

Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar kuasa berfungsi semasa komputer beroperasi. Sekiranya kipas-kipas berkenaan tidak berpusing, cari dan betulkan kerosakan dengan segera.

Pemasangan RAM
Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya SIMM atau DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk. Walau bagaimanapun, rujuk manual papan induk sekiranya ini dibenarkan.

Nota:

Pemasangan RAM tidak memerlukan apaapa konfigurasi, sistem akan mengesan jumlah RAM secara automatik.

Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan selitkan di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-dua ibu jari ikut anak panah B dan RAM akan masuk di slot dengan ditahan oleh klip C. RAM akan hanya masuk satu arah sahaja disebabkar huiung kiri dan kanan RAM berlainan bentuk (D).

Untuk mengeluarkan RAM, tekan keduadua klip C ke arah luar dan RAM akan keluar dari slotnya dalam keadaan serong seperti rajah 1.

Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM tidak jauh bezanya. Antara ketigatiga RAM tidak boleh ditukar ganti, ia memeriukan penyokongan cipset papan induk.

Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri dan di hujung kanan kad dan bukan di tempat yang ada litar atau komponen yang terdedah. Masukkan SDRAM di slotnya dan tekan ke bawah mengikut arah anak panah A. Cangkuk B akan masuk di kedua-dua belah RAM dan akan menguncinya. Untuk mengeluarkan RAM, tekan cangkuk C dengan kedua dua ibu jari, RAM akan keluar dari slot seperti dalam rajah .

Nota:

Pemilihan voltan DIMM: Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada pilihan ini, Sekiranya ada, pastikan voltan DIMM disetkan ke 3.3V untuk SDRAM (synchronous DRAM).

Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX


Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar -wayar hitam bertemu atau kelihatan berada di tengah-tengah. Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana hanya satu arah sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan.

Dua jenis sarnbungan iaitu AT dan ATX dipaparkan dengan jelas. Suis ATX disambungkan terus ke papan induk seperti dalam rajah ATX. Suis AT pula dilekatkan terus ke unit bekalan kuasa.

Pemasangan VGA
Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada. Sengetkan sedikit kad video tersebut, masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot, hati-hati agar papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak. Pastikan ada sokongan yang kemas di bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad.

Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu. Pastikan kabel sambungan VGA bina dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing.

Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke bekalan elektrik mengikut jenis monitor.

Cara-cara memasukkan kad ke dalam slot PCI seperti rajah di atas. Cara ini juga boleh digunakan pada mana-mana pemasangan kad.

Pemasangan pembesar suara dalam kotak komputer


Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer ke papan induk seperti di atas. Walaupun ia bukan satu perkara Yang diwajibkan, tapi dapat membantu semasa ujian. Tujuan pembesar suara disambungkan ke papan induk untuk memberi bunyi 'beep' sekiranya ada kerosakan

Ujian papan induk dimulakan

Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan. Sebelum itu, pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas papan induk bagi mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian. Hati-hati dengan keadaan ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat dihindarkan. Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam kotak komputer, cuma tidak perlu mengeluarkannya pula bila papan induk didapati rosak atau bermasalah.

Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas. Ini sangat baik dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian. Amat baik juga diamalkan menulis senarai yang hendak diperiksa.

Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.

Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU. Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari. Biasanya cip CPU masuk satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan. RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai. Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya. Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk satu arah saja. Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu. Jumper'Clear CMOS' diaktifkan. Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa. Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di tempat masing-masing. Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan induk. Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa dan bukan 115V AC. Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini sudah dihapuskan pilihan ini.

Kedudukan semua perkakasan atas papan induk akan dilihat seperti dalam rajah. Papan kekunci dan tetikus tidak perlu dipasang setakat ini, walaupun tidak salah jika dilakukan. Yang penting sekarang papan induk boleh diuji dan disahkan baik.

Ujian papan induk yang dijalankan sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer. Perkakasan asas yang digunakan ialah papan induk, CPU, RAM, monitor, kad video dan bekalan kuasa.

Ujian papan induk dimulakan

Setelah semua perkakasan didapati betul dan kemas, hidupkan suis kuasa. Monitor akan memaparkan jenis kad video dan permulaan CMOS. Jumlah RAM juga akan ditunjukkan untuk menepati jumlah RAM sebenar. Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor, periksa RAM dan sambungan monitor bagi memastikan kedua-dua perkakasan bukan punca masalah. Panduan mencari kerosakan dibentangkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan tugasan.

Paparan CMOS semasa ujian

Dengan terpaparnya skrin di atas, maka telah lulus ujian peringkat pertama.. Ini bererti semua perkakasan yang diuji berfungsi. Peringkat seterusnya untuk menentukan baki perkakasan seperti tetikus dan dan papan kekunci boleh berfungsi.

Nota:

Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary master serta ATAPI tidak serasi bagi secondary master disebabkan pemacu cakera keras belum dipasang.

Kod Beep komputer


Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu memberi keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu cara yang mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan. Untuk mendapatkan kesan bunyi, pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di petak jumper yang dikhaskan.
Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka. Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau dua kod beep yang kerap berlaku ditunjukkan. Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk keterangan yang lebih mendalam.

Jadual senarai kod beep ------------------------------------------------------------------------Kod beep Kod Award BIOS ------------------------------------------------------------------------Beep pendek semasa logo Bunyi biasa semasa POST Makna

Beep panjang tidak putus-putus

Tiada RAM dikesan atau RAM rosak

Satu beep panjang dan diikuti 3 beep pendek

Kad video tiada atau rosak

Beep panjang kuat semasa komputer beroperasi

CPU kepanasan atau sistem beroperasi dengan memori rendah

Sekuen beep (sequence) 1-1-3

Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak

------------------------------------------------------------------------------

Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.

Siasatan dan Tindakan


Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat pertama kali. Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai panduan.

Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di kepung kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh ditukar dengan baik.

Pemasangan Komponen Komputer


Setelah selesai ujian awal, peringkat seterusnya, memasukkan papan induk ke dalam kotak komputer. Pemacu CD-ROM juga dipasang di peringkat ini, memandangkan kebanyakan perisian datang dalam bentuk cakera padat (CD-ROM).

Ujian kali kedua ini untuk memastikan perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan pencetak boleh beroperasi. Sambungan bekalan kuasa papan induk dan sambungan kipas CPU dibuka untuk memudahkan pemasangan seterusnya. CPU, RAM, kad video serta jumper telah diuji di atas papan induk berkenaan dan tidak perlu diusik lagi. Langkah-langkah pemasangan seterusnya (secara ringkas) seperti di bawah.

Penutup kotak komputer telah dibuka, keluarkan bahagian badan kotak komputer (petak alas) melalui beberapa skru A.

Lekatkan penebat merah (insulator) di antara papan induk dan petak alas dan skrukan dengan kemas seperti dalam rajah yang akan ditunjukkan nanti. Tujuan penebat digunakan bagi mengelakkan litar pintas antara papan induk dan badan kotak komputer yang boleh membawa kepada kerosakan papan induk.

Pasang kabel-kabel reben cakera keras, pemacu CDROM dan pemacu cakera liut di slot masing-masing di atas papan induk. Pasang sambungan kabel-kabel reben COM1, COM2 dan sambungan kabel pencetak LPT1 di tempat yang dicadangkan seperti dalam manual.

Masukkan balik bahagian badan kotak komputer dan skru dengan kemas. Setelah semua perkakisan dimasukkan ke dalam kotak komputer, sambungkan kabel-kabel reben dengan perkakasan-perkakasan tersebut. Pastikan kedudukan pin 1 semua perkakasan seperti cakera keras, pemacu cakera liut dan pemacu CD ROM dipasang mengikut peraturan.

Sambung semula bekalan kuasa P8 dan P9 ke papan induk jenis AT dan pastikan susunannya adalah betul. Setelah itu sambungkan papan kekunci di peryambungnya dan tetikus di port COM1 .

Susun kabel-kabel reben dan baki penyambung bekalan kuasa agar kelihatan kemas dan rapi. Yang penting laluan udara kawasan CPU dan unit bekalan kuasa tidak dihalang.

Lekatkan kabel signal monitor ke kad video dan satu kabel lagi ke kotak bekalan kuasa komputer.

Sambungkan kabel kuasa dari komputer ke bekalan elektrik di dinding.

Panduan Memasang Perkakasan Sistem Komputer


Seperti yang sedia maklum, penebat dipasang bagi memastikan papan induk tidak mengalami litar pintas yang boleh mengakibatkan kerosakan. Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat (insulator) merah di papan induk dengan menggunakan pita cellophane. Penebat tidak akan mudah terjatuh semasa membuat pemasangan di bahagian petak alas. Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti masing-masing.

Selepas dilekatkan penebat merah itu, pusingkan papan induk dan lekatkan di bahagian kotak komputer untuk diskrukan.

Sesetengah bahagian komputer mempunyai plag plastik siap menunggu, cuma letak papan induk dan tekan sedikit untuk melekatkannya.

Rajah A menunjukkan keadaan sebenar penebat dipasang secara grafik. Biasanya penebat dipasang di dua posisi iaitu C dan D papan induk dan yang lainnya dilekatkan dengan plag plastik seperti dalam rajah B.

Sambungan Kabel-Kabel Pringkat Awal Di Atas Papan Induk

Setelah papan induk siap diletakkan di atas bahagian kotak komputer, sediakan kabelkabel reben seperti dalam rajah di atas, Ada tiga kabel yang boleh dipassng iaitu kabel reben untuk pemacu cakera liut di slot FDC dan dua lagi kabel reben untuk cakera keras di slot IDE 0 dan pemacu CD-ROM di slot IDE 1.

Kabel reben 40 pin untuk pemacu CD-ROM harus dibeli secara berasingan walaupun kedua-dua pemacu boleh disambung pada satu kabel. Kelebihan memasang pemacu CD-ROM di slot satu lagi, sistem tidak akan mengalami kelambatan kerana berkongsi satu laluan data. Selain kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 sudah siap dipasang sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer bagi memudahkan kerja.

Dalam masa yang sama, persediaan perkakasan dalam kotak komputer harus dilakukan. Penutup panel depan dibuka untuk ditempatkan pemacu CDROM. Pasang pemacu CD-ROM dalarn slot di ruang seperti ditunjukkan dalam rajah di atas. Skrukan pemacu dengan skru yang dibekalkan bersama pemacu tersebut. Skru yang tidak sesuai boleh mengganggu operasi dan boleh merosakkan pemacu CD-ROM berkenaan. Cakera keras dan pemacu cakera liut dimasukkan dari sisi di slot masing- masing dan diskru dengan kemas. Kini sudah siap di bahagian kotak komputer untuk tindakan selanjutnya.

Pemasangan Pemacu Cakera Liut

Pasang pemacu cakera liut di slot depan komputer dan skru dengan kemas. (Yang telah dilakukan terdahulu).

Lekatkan kabel reben 34 pin di pemacu cakera liut serta pastikan kedudukan pin 1. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini. Sambungakan bekalan kuasa.

Nota: Pernasangan pemacu cakera liut diletakkan di kabel reben bahagian A. Jika ada satu lagi pemacu cakera liut dipasang di penyambung B, ia akan dinamakan pemacu B dan susunannya mesti dipatuhi,

Pemasangan jumper cakera keras: Master atau slave?

Ketetapan (setting) jumper perlu diubah sekiranya ingin menukarkan cakera keras ke Utama (Master) atau Kedua (Slave). posisi jumper dalam rajah C menunjukkan cakera keras sebagai Master. Dengan bantuan playar muncung tirus, jumper dikeluarkan seperti dalam rajah D untuk cakera keras dijadikan sebagai Slave.

Salah satu cakera keras harus ditukarkan sebagai slave sekiranya ada dua cakera keras disambungkan pada satu kabel reben 40 pin di slot IDE 0. Biasanya sistem operasi akan dipasang di cakera keras Utama (Master) yang bertindak sebagai laluan masuk dan cakera keras kedua (Slave) akan dimuatkan data-data penting dan sebagainya.

Pemasangan Cakera Keras


Panduan pemasangan cakera keras seperti di bawah.

1. Untuk pemasangan ini, setkan jumper ke Master. 2. Cakera keras sudah tersedia di slot khas dalam kotak komputer dan pastikan kedudukannya kemas. 3. Sambungkan kabel reben 40 pin dan beri perhatian pada kedudukan pin 1. Hujung kabel reben sebelah lagi sudah tersedia dipasang di slot IDE 0. 4. Sambungkan bekalan kuasa.

Nota: Cakera keras boleh dipasang di kabel reben di penyambung A atau B.

Pemasangan Kad-kad Dalam Kotak Komputer

P emasangan kad-kad (B) seperti kad video, kad bunyi, modem dalam dan kad rangkaian hampir sama semuanya. Yang harus diambil perhatian, sama ada slot-slot tambahan mencukupi atau tidak. Kepingan logani penutup (A) di panel belakarg, dikeluarkan selari dengan slot tambahan yang hendak digunakan. Untuk kad grafik AGP, slot AGP rrenampung kad berkenaan. Baki slot biasanya dari jenis PCI sebanyak empat atau lima slot dar slot ISA mungkin satu atau dua dibekalkan.

Pemacu Optikal: CD-ROM & DVD-ROM


Teknologi CD telah diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982 untuk muzik, dimanfaatkan pula oleh komputer pada tahun 1984. Pemacu CD-ROM sekarang sudah menjadi satu kemestian Untuk semua komputer bagi menjalankan aplikasi-aplikasi yang datang dalam bentuk CD-ROM. Muatan storan CD-ROM sebanyak 650MB pelbagai data atau 74 minit data audio bersamaan 450 keping disket. Pemacu CD-ROM kini dalam kelajuan setinggi 52X yang bererti penghantaran data sepantas itu. Kelajuan 1X bersamaan kadar kelajuan penghantaran data (transfer rate speed) sebanyak 150 KBps (Kilobyte per second) dan ini bererti pemacu CD-ROM 52X ialah 7800KBps. Walau bagaimanapun, pemacu baru DVD-ROM (digital versatile disc-read only memory) telah mula mengambil tempat, yang dapat membaca data storan sehingga tujuh kali ganda dari CD-ROM biasa. Pemacu tersebut cuma dapat membaca cakera DVD-ROM sahaja melainkan dibuat untuk boleh membaca CD-ROM dan DVD-ROM.

Pemilihan sama ada membeli pemacu CD-ROM atau pemacu DVD-Rom akan menjadi satu perkara yang berat. Nampaknya keluaran pemacu CDROM berhenti pada kelajuari 52X dan kelajuan itu sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Harganya juga berpatutan setakat ini. Pemacu DVD-ROM sudah mula dibekalkan dalam penjualan komputer Desktop kebelakangan ini. Harga pemacu DVD-ROM agak tinggi dan perisiannya agak terhad.

Semasa memegang cakera padat (CD-ROM), jangan sentuh permukaan cakera dan masukkan ke dalam bekasnya untuk mengelakkan dari kesan -kesan jari atau calar.

Pemasangan Pemacu CD-ROM


1. Setkan jumper ke Master dan pastikan nanti disambungan ke IDE 1. Sekiranya ada cakera keras di kabel reben slot IDE 1, buatkan pemacu CD-ROM sebagai 'Slave' dan cakera keras sebagai 'Master'. 2. Pemacu CD-ROM sudah tersedia dipasang sebelum ini dan periksa sekali lagi kedudukannya adalah kemas. Pasangan yang senget boleh menjejaskan operasi pemacu CD-ROM. 3. Lekatkan kabel reben 40 pin di pemacu CD-ROM dan pastikan kedudukan pin 1. Kabel reben sebelah lagi sudah dipasang di papan induk sebelum ini. 4. Pasang kabel sambungan kuasa di pemacu. 5. Kabel audio akan disambungakan ke kad bunyi bila siap pemasangannya nanti.

Bagaimana Pemacu CD-ROM bekerja?


Rajah isi hati dalam pemacu CD-ROM

A - Motor memusingkan CD-ROM pada kelajuan mengikut kemampuan pemacu dan mengimbangi putaran luar CD-ROM yang luas dan kawasan dalam CD-ROM yang kecil,

E3 - Pancaran laser mengena dataran kilat permukaan CD-ROM,

C - Permukaan kilat CD-ROM mengandungi data dalam bentuk binari 1 dan 0 (pit dan land),

D - Data yang dibaca ditukarkan kepada denyut'sinar yang difahami oleh komputer.

Sambungan Tiga cakera keras dan satu pemacu CDROM

Mengikut kemampuan papan induk yang mempunyai dua slot sambungan IDE, ia boleh menampung sebanyak empat perkakasan storan iaitu tiga cakera keras dan satu cakera optik (tidak semestinya dalam susunan ini). Panduan susunan cakera keras di tunjukkan seperti rajah di sebelah. Cakera keras yang ditambah adalah di bahagian Primary Slave (E) dan Secondary Master (D). Cakera keras C dan pemacu CD-ROM F adalah dua

perkakasan asal semasa pemasangan awal sebelum ini. Terdahulu pemacu CD-ROM disetkan ke Secondary Master dan setelah tambahan cakera keras di slot IDE 1, ia ditukarkan ke Secondary Slave. Cakera keras yang diletakkan di slot IDE 1 mengambil alih Secondary Master untuk operasi yang lebih berkesan. Nama-nama susuan pemacu cakera keras seperti di bawah.

Sambungan Papan Kekunci dan Tetikus

Ditunjukkan sambungan-sambungan papan kekunci dan tetikus jenis bersiri dan PS/2. Papan kekunci dan tetikus bersiri, biasanya terdapat pada sistem AT. Jenis perkakasan-perkakasan PS/2, biasanya digunakan pada sistem berjenama dan ATX. Kod warna digunakan untuk membezakan perkakasan bagi mengelakkan kesilapan semasa membuat penyambungan di panel belakang komputer.

Penyambung papan induk (ungu), Penyambung tetikus (Hijau), Penyambung VGA (Biru Tua), Port LPT1 (Merah) , Port Permainan (Oren).

Kad Bunyi Laluan Mikrofon (Merah Jambu), Lalauan Pembesar suara (Hijau Muda) dan Lalauan Line-in (Biru Muda).

Pemasangan Suis dan Lampu Panel depan PC

Lampu-lampu panel PC diperlukan bagi panduan PC sedang beroperasi. Lampu panel 'Power' akan sentiasa menyala berterusan bila komputer dipasang. Lampu 'HDD' akan menyala dan padam untuk menunjukkan cakera keras sedang membaca, menulis atau memadam sesuatu. Butang 'Reset' digunakan bila keadaan memerlukan untuk komputer dibut semula (reboot). Sambungkan kabel-kabel kecil ini dipenyambung yang dikhaskan seperti rajah di bawah. Di hujung kabel-kabel berkenaan ada dilabelkan nama-nama komponen seperti HDD LED, RESET dan POWER untuk memudahkan keda-kerja

penyambungan. Rujuk manual untuk mendapatkan sambungan yang betul,

Rajah samburgan perkakasan di atas papan AT induk bertujuan sebagai rujukan lebih jelas.

Aktiviti papan induk semasa ujian


Sebelum memasang suis komputer, ulang periksa sekali lalu bagi menentukan semua perkakasan yang telah disambung itu betul kedudukannya. Kotak komputer jangan ditutup lagi untuk melihat aktiviti di atas papan induk. Pasang suis komputer dan perhatikan skrin monitor sambil menekan kekunci Del berulang-ulang untuk mendapatkan CMOS setup. Yang paling penting setakat ini, pastikan kipas CPU dan kipas unit bekalan kuasa berfungsi. Sekiranya kedua-dua kipas tidak berpusing, tutup suis dan cari kerosakan sebelum meneruskan ujian.

Nota:

Dengan adanya paparan CMOS setup, ini bererti papan kekunci berfungsi. Sekiranya paparan CMOS setup seperti setakat paparan skrin sahaja, cuba periksa sambungan papan kekunci di papan induk atau gantikan papan kekunci dengan yang lain.

Fdisk dan Format Cakera Keras


Apa itu fdisk dan apa itu format?
Tugas cakera keras dalam komputer adalah untuk menyimpan pelbagai program dan aplikasi. Untuk menyediakan cakera keras boleh rnenerima pelbagai bentuk perisian, satu cara yang sesuai harus dilakukan. Persiapan itu dilakukan dengan membuat pembahagian dan memformat cakera keras berkenaan. Program Fdisk ialah satu utiliti Windows untuk membuat partition atau bahagian dalam cakera keras. Cakera keras yang baru biasanya tidak ada apa-apa maklumat dan belum ada ruangan untuk penerimaan data. Sesetengah pengeluar menyelitkan fail pengurusan disk atau 'Disk Manager' di dalam cakera keras untuk kemudahan pengguna. Disket sistem masih diperlukan untuk menyediakan jenis sistem yang dikehendaki sama ada FAT 16 atau FAT32. Format pula bagi penyediaan cakera keras untuk menerima sistem operasi dan maklumat.

Apa itu disket sistem?

Disket sistem akan bertindak sebagai salah satu penyelamat untuk sesebuah komputer. Andainya komputer tidak boleh beroperasi dengan baik atau terkena virus, disket sistem diperlukan. Setelah komputer dimulakan dengan disket sistem yang bersih, maksudnya memori' yang bersih, barulah disket anti-virus atau disket utiliti digunakan. Pembersihan virus atau kedai baik pulih sistem dapat dilakukan dengan betul.

Panduan membuat disket sistem

Biasanya semasa membuat pemasangan sistem operasi Win95 atau Win98, salah satu keperluan pemasangan iaitu membuat disket sistem. Setiap komputer seharusnya mempunyai satu disket sistem dengan fail-fail penting di dalamnya. Untuk permulaan, sekiranya belum ada komputer di rumah, dapatkan bantuan kawan atau kedai komputer untuk menyiapkan satu disket sistem. Perkakasan yang diperlukan urtuk membuat disket sistem seperti di bawah. 1. Satu disket 1.44MB yang kosong dan boleh ditulis 2. Sebuah komputer dengan pemacu cakera liut A: 1.44MB yang berfungsi 3. Sistem operasi Windows

Cara-cara membuat disket sistem


Setelah hidupkan komputer sehingga paparan Desktop, klik butang Start (bawah kiri skrin), klik Program dan klik MS-DOS prompt untuk dapatkan prom C. Masukkan satu disket di pemacu A, pastikan disket boleh ditulis dan tiada sebarang data yang tersimpan di dalamnya. Untuk disket boleh ditulis, selak penutup disket ditolak ke bawah seperti dalam rajah (I).

Bila disket sudah di pemacu A, taip arahan format seperti berikut:

C:\Windows>format a:/s <Enter>


(s = bererti sistem dipindahkan ke disket A) Insert new diskette for drive A Verifying 1.44M 100 percent completed Format complete. System transferred Volume label (11 characters, ENTER for none)?

Tekan Enter, sama ada masukkan label atau tidak.

1,457,664 bytes total disk space 386,560 bytes used by system 1,071,104 bytes available on disk 512 bytes in each allocation unit 2,092 allocation units avaible on disk Volume Serial Number is 2F71-lEFA Format another (Y/N)?

Pilih N sekiranya tidak mahu membuat disket sistem lagi.

Fall-fail penting dalam disket sistem


Setelah selesai membuat disket sistem, salin fail-fail yang Penting seperti di bawah. Fdisk.exe Format.com Mscdex.exe Sys-com Himem.sys Edit-com : Untuk membuat pembahagian (partition) cakera keras. : Untuk memformat cakera keras. : Fail ini perlu untuk pemacu CD-ROM beroperasi. : Untuk membekalkan sistem kepada storan lain. : Yang berkenaan dengan memori. : Untuk membuat dan edit fail config.sys dan autoexec.bat.

Fail-fail di atas boleh diambil dari direktori 'C:\Windows\Command' bagi sistern Win95 atau Win98. Untuk lebih mudah, salin semua fail-fail dalam direktori tersebut ke disket tadi. Sebagai contoh ditunjukkan cara menyalin fail fdisk dari cakera keras ke disket.

C:\Windows\Command>copy fdisk.exe a: <Tekan Enter>

Membuat Disket Startup Win98


Membuat satu startup disk Win98 sama seperti disket yang dibekalkan bersama pakej Win98. Disket ini boleh rnemasang driver pemacu CD-ROM dan dalam masa yang sarna membantu memasang perisian Windows.

Kalau belum ada komputer, dapatkan bantuan dari komputer kawan atau kedai komputer untuk lakukan tugas ini. Membuat disket but sistem Win98 agak mudah, iaitu bermula dengan mengklik My Computer, Control Panel, Add/Rernove Program, Startup Disk dan akhir sekali Create disk. Masukkan disket di pemacu A, ikut arahan di skrin dan satu disket sistem akan tercipta. Jangan lupa labelkan disket berkenaan dan simpan dalam bekas asalnya. Kini telah siap dua disket bagi tujuan penyelenggaraan seperti fdisk cakera untuk rujukan segera. Untuk keras atau mulakan komputer yang bermasalah. Disket sistem juga harus disimpan dengan cermat dan dilabelkan keselamatan, buka selak penutup bagi mengelakkan disket ditulis' terutamanya dari dijangkiti virus durjana.

Kesan Cakera Keras buat Pertama kali


Setiap kali ada pertukaran cakera keras dalarn kornputer, ia harus dikesan oleh CMOS. Untuk mendapatkan paparan CMOS komputer jenis klon, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer dimulakan. Lihat rajah Skrin 1 dan Skrin 2 untuk panduan.

Guna kekunci kursor (cursor), pilih Auto-Detect Hard Disk untuk komputer mengesan cakera keras. Tekan kekunci Enter untuk ke skrin 2 bagi memilih jenis cakera keras yang digunakan.

Nota: Sedikit mengenai cakera keras dan BIOS

Harus diingat papan induk mengharapkan BIOS bagi menentukan muatan cakera keras pada tahap mana. Sebagai contoh sesetengah BIOS, maksimum storan cakera keras hanya dibenarkan setinggi 8.4GB sahaja dan dengan kebanykan muatan 15GB ke atas kini, akan menimbulkan masalah semasa pemasangan. Papan induk atau cakera keras harus ditukar untuk kedua-duanya boleh berkerjasama. Semasa membeli papan induk, pastikan CMOS dapat menampung muatan cakera keras yang tinggi.

Dalam skrin 2, pilih opsyen (Options) 2 untuk cakera keras Primary Master. Pilih Y untuk Primary Slave, Secondary Master dan Secondary Slave sekiranya satu cakera keras sahaja yang dipasang. Tindakan seterusnya ke skrin 3 untuk melengkapkan tugasan. Nota: Ada masanya cakera keras jenis lama yang berstoran kecil, CMOS tidak dapat mengesannya. Maklumat harus dimasukkan secara manual. Di skrin 1, pilih Standard CMOS setup dan masukkan maklumat cakera keras satu demi satu sehingga selesai. Maklumat cakera keras tersebut ada kalanya dicetak di badan cakera keras atau boleh didapati dari manual-manual pemasangan PC. Contoh maklumat cakera keras model ST3144A (130MB) seperti di bawah.

Cyls = 1001(Cylinder) Hds = 15(Heads) WPC = 65535(Precomp)

Sec = 179 (Sector)

dan Capacity = 130.7MB (Size)

Tekan kekunci Esc setelah selesai mengesan cakera keras, guna kekunci kursor (cursor) pilih Save setting and exit dan selamatkan pilihan sebelum keluar dari CMOS setup. Komputer direstart untuk tindakan selanjutnya.

Terdapat berbagai-bagai jenis skrin CMOS setup mengikut pengeluar papan induk masing-masing. Apa yang penting, cakera keras dapat dikesan dengan tepat dan tugas yang lebih mencabar sedia menunggu.

Jadual di atas menunjukkan senarai tugasan untuk membuat pembahagian dan format cakera keras. Fahami prosedur dan lakukan partition dan format mengikut panduan yang diberi. Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk tugasan di atas seperti berikut:

Komputer yang berfungsi sekurang-kurangnya Komputer Sistem Asas yang diuji sebelum ini. Satu cakera keras baru atau terpakai yang tidak ada maklumat penting. Disket sistem dengan fail fdisk dan format di dalamnya.

Langkah-langkah sebelum Fdisk


Sebelum melakukan fdisk dan format, beberapa perkara harus diambil perhatian dan difahami.

Program kecil fdisk dan format digunakan bagi membuat pembahagian cakera keras baru atau cakera keras lama yang ingin dibersihkan semua maklumat untuk dipasang semula sistem operasi. Fdisk dan format akan menghapuskan segala maklumat dan data-data dalam cakera keras. Sekiranya terdapat data-data penting, buat backup dan simpan dengan baik untuk digunakan kemudian.

Berhati-hati

Fdisk dan format harus digunakan dengan berhati-hati. Fdisk sangat sesuai untuk mempamerkan partition bagi tujuan pemeriksaan dan jangan sesekali memilih 'create' dan 'delete partition' sekiranya tidak membuat apa-apa perubahan pada cakera keras. Tujuan format supaya cakera keras boleh dihidupkan untuk dipasang sistem operasi dan sebagainya.

Pemacu disket sebagai but utama Untuk menggunakan fdisk dan format dari disket but (boot), komputer harus dimulakan dari pemacu A. Hidupkan komputer, tekan kekunci Del untuk ke skrin CMOS Setup, pilih pemacu A atau 'floppy disk' sebagai boot pertama diikuti dengan cakera keras sebagai boot kedua. Selamatkan konfigurasi sebelum keluar dari Menu CMOS Setup. Selepas itu konfigurasi boleh ditukar semula untuk menjadikan cakera keras sebagai but pertama. Ini penting kerana permulaan Windows akan bertambah laju tanpa perlu sistem menguji kehadiran pemacu A.

Mulakan komputer semula dengan disket sistem di pemacu A untuk tindakan seterusnya.

Nota:

Pastikan versi fdisk dan format bersesuaian dengan storan cakera keras dan sistem operasi yang hendak dipasang. Program fdisk dari Win95 hanya boleh membuat partition sistem FAT16 Yang mampu pada tahap 2GB sahaja. Fdisk Win95B dan Win98 boleh membuat partition melepasi cakera keras berstoran 2GB atau lebih.

Cara-cara Membuat Satu Partition dan Format Dengan Disket Sistem Win98

Setelah selesai mengesan cakera keras dan selamatkan setting, tindakan seterusnya membuat satu pembahagian (1 partition). Cakera keras yang digunakan ialah 4.3GB yang baru.

Masukkan disket sistern Win98 di pemacu A, hidupkan komputer dan tunggu sampai prom A. (Komputer akan membaca disket di pemacu A sistem dihidupkan untuk tugasan selanjutnya). Di prom A, taip fdisk dan tekan Enter seperti berikut: A:\>fdisk <Enter>

Skrin 4 dari versi fail fdisk baru Win98 akan terpapar seperti rajah di bawah. Sebelum ini, bagi versi fdisk lama, skrin 5 akan dipaparkan.

Di skrin 4, pilih Y dan tekan kekunci Enter untuk menyokong cakera keras yang melebihi 2GB.

Skrin 5

Dalam skrin 5, pilih 4 dan tekan Enter untuk dapatkan informasi partition cakera keras sebelum sesuatu tindakan dibuat.

Skrin 6

Paparan skrin 6 menunjukkan cakera keras belum dibuat partition.

Tekan kekunci Esc untuk ke skrin Fdisk Options (Skrin 5). Skrin 8 menunjukkan cakera keras sedang di periksa. Setelah cakera Pilih 1 dan tekan Enter untuk mulakan membuat partition dan satu partition saja yang akan dibuat.

Skrin 7

Di skrin 7, Pilih 1, tekan Enter untuk mula membuat partiton dan skrin 8 akan dipaparkan untuk tindakan.

Skrin 8

Skrin 8 menunjukkan cakera keras sedang di periksa. Setelah cakera keras selesai verifying drive integrity, terus ke skrin. 9.

Skrin 9

Paparan skrin 9 memberi pilihan sama ada ingin membuat cakera keras sebagai satu partition atau lebih. Kali ini satu sahaja partition akan dibuat dengan itu pilih Y, tekan Enter dan setelah Verifying drive integrity selesai, terus ke skrin 10.

Skrin 10

Dengan paparan skrin 10 di atas, tekan Esc untuk ke prom A. Restart komputer dengan disket sistem di pemacu A. Bila sudah di prom A, taip fdisk untuk melihat partition yang telah dibuat.

A:\>fdisk <Enter>

Skrin 4 akan dipaparkan, pilih Y tekan Enter dan skrin5 muncul, pilih 4 tekan Enter. Skrin 11A akan keluar mempamerkan informasi cakera keras yang telah berjaya dilakukan.

Skrin 11A

Paparan skrin 11A menunjukkan patition sudah siap tapi belum diformat. Lihat di bawah tajuk System, tiada maklumat jenis FAT yang digunakan.

Tindakan selanjutkan, memformat cakera keras untuk boleh menerima perisian. Sebelum membuat format, pastikan bacaan dalam bulatan di atas sama, jika tidak, ulang fdisk sehingga kedua-dua maklumat didapati sama.

Tekan Esc untuk ke Menu Options dan tekan Esc sekali lagi untuk dapatkan prom A. Taip format dengan palang s dan tekan kekunci Enter seperti yang dilakukan di bawah.

A:\>format c:/s <Enter>

Tunggu sehingga selesai dan periksa sekali lagi cakera keras sama ada bejaya diformat atau tidak. Dapatkan balik prom A, taip fdisk dan pamerkan partition cakera keras.

Sehingga sampai skrin 5, pilih 4, tekan Enter dan skrin 11B akan muncul dengan maklumat FAT32.

Nota:

Bacaan bait (byte) dari fdisk tidak semestinya sama dengan bacaan CMOS dan jangan bimbang dengan keadaan ini. Pengilang dan sistem Windows akan memberi bacaan yang berbeza walaupun sebenarnya sama dari segi muatan storan.

Skrin 11B

Dengan maklumat sistem FAT32 di atas, ini bererti cakera keras sudah bersedia untuk pemasangan sistem operasi. Tekan Esc dua kali untuk keluar ke prom A dan restart komputer untuk ia terus beroperasi dari pemacu C yang baru. Sebelum itu pastikan tiada sebarang disket diletakkan di pemacu A. Untuk melihat isi kandungan pemacu C, taip dir (directory) di prom C seperti berikut:

C:\>dir <Enter>

Volume in drive C has no label Volume Serial Number is 234B I0E3, Directory of C:\ COMMAND COM 1 file (s) 0 dir (s) 93,880 05-11-98 8:01p

93,8800bytes 4,117.66MB free

Untuk melihat fail tersembunyi atau hidden, taip seperti berikut:

C:\dir/a <enter> (a bermaksud all - semua)

Volume in drive C has no label Volume Serial Number is 234B l0E3 Io MSDOS COMMAND SYS SYS COM 222,390 1,694 93,880 05-11-98 05-11-98 05-11-98 8:01p 8:01p 8:01p

3 0

file (s) dir (s)

Panduan Delete dengan disket sistem Win98


Kes 2

Setelah selesai mengesan cakera keras dan selamatkan setting, tindakan seterusnya untuk delete partition yang ada. Cakera keras yang digunakan ialah 4.3GB terpakai.

Masukkan disket sistem Win98 di pemacu A, mulakan komputer dan tunggu sehingga muncul prom A. Taipkan fdisk di prom A, tekan Enter dan ikut arahan di skrin.

A:\>fdisk <Enter>
Dengan tindakan di atas akan terpapar skrin 4, pilih Y dan tekan Enter untuk ke skrin 5. Pilih 4, tekan Enter untuk pamerkan informasi cakera keras. Skrin 12 mempamerkan cakera keras satu partition.

Sebelum membuang partition dari cakera keras, terlebih dahulu diperiksa keadaan partition untuk memudahkan kerja nanti.

Skrin 12 menunjukkan partition yang ada dalam cakera keras, untuk membuangnya, tekan kekunci Esc untuk ke Menu Options (Skrin 5), pilih 3 dan tekan Enter.

Skrin 13

Dalam skrin 13, pilih 1, tekan Enter dan skrin 14 akan muncul.

Skrin 14

Dengan maklumat skrin 14, pembuangan partition sudah boleh dilakukan. Pilih 1, tekan Enter untuk membuang Primary DOS Partition. Masukkan Volume Label sekiranya ada, kalau tiada tekan Enter sahaja. Pilih Y dan tekan Enter sekiranya setuju.

Skrin 15

Dengan paparan skrin 15, partition sudah terpadam. Tekan Esc untuk ke Menu Fdisk Options (Skrin 5) dan pilih 4 dan tekan Enter untuk melihat keadaan cakera keras. Skrin 6 akan memenuhi ruang menandakan partition berjaya dibuang.

Tekan kekunci Esc dua kali untuk ke skrin 16.

Skrin 16

Tekan kekunci Esc untuk ke prom A dan restart komputer.

Cakera keras sudah sedia untuk dilakukan partition yang baru atau boleh dilepaskan kepada kawan-kawan kerana sudah tiada lagi maklumat penting atau rahsia tersimpan di dalamnya.

Pemasangan Perisian Sistem Operasi

Cakera keras telah selesai diformat dengan sistem dan pemasangan perisian sudah boleh dilakukan. Pemasangan perisian biasanya dimulakan dengan sistem operasi (OS Operating System) seperti Windows 98, Windows Me atau Windows XP. Selepas itu, barulah perisian aplikasi atau permainan dipasang. Sebagai contoh, perisian sistem operasi yang hendak dipasang kali ini ialah Windows 98 atau nama pendeknya Win98. Pastikan perisian asal (original) digunakan dan datang dengan manual serta nombor lesen pendaftaran atau product key.

Untuk kesempurnaan pemasangan Windows OS terkini seperti Win98 atau WinMe, beberapa syarat keperluan perkakasan yang diberi oleh pihak Microsoft(R) harus dipatuhi. Di bawah di -turunkan senarai paling minimum yang boleh diguna pakai oleh kedua-dua sistem operasi tersebut.

Pentium kelajuan 150MHz Memori (RAM) 32MB 320 MB ruang cakera keras Papan kekunci Tetikus Pemacu CD-ROM 15X Kad bunyi Pembesar suara Kad VGA Modem 28.8Kbps

Kaedah # 1

Cara pemasangan perisian

Cara pemasangan pertama kurang diamalkan kini, agak lambat dan memerlukan banyak aktiviti pengguna pada peringkat awalnya. Mula sekali, sediakan disket sistem dan satu disket kosong yang sudah diformat sebelum memulakan pemasangan. Hidupkan suis komputer dan tunggu sehingga muncul prom C di skrin.

Buatkan satu direktori Windows di cakera keras seperti berikut:

C:\>md Windows

<Tekan Enter>

(make directory)

Boleh juga dibuat Win98, WinMe dan WinXP mengikut citarasa dan pilihan masingmasing bersesuaian dengan sistem yang akan dipasang.

Sila ambil perhatian bahawa direktori Windows, Win98, WinMe atau WinXP ini akan digunakan untuk nama bagi direktori semasa pemasangan Windows nanti.

Masukkan disket sistem yang dibuat sebelum ini di pemacu A, salin fail , mscdex.exe dan 'himem.sys' ke dalam direktori Windows bagi pemasangan pemacu CD-ROM nanti, Tanpa fail mscdex-exe, pemacu CD-ROM tidak boleh berfungsi. Dari direktori C, ubah arahan ke pemacu A dan taip seperti di bawah.

C:\>a:

<Tekan Enter> <Tekan Enter> <Tekan Enter>

A:\>copy mscdex.exe c:\Windows A:\>copy himem.sys c:\Windows

Salin atau buat fail-fail 'autoexec.bat dan config.sys' dan hantar ke direktori pangkal (root directory) dengan baris-baris yang sama seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Buat pemasangan pemacu CD-ROM dengan memasukkan disket driver yang dibekalkan pengeluar di pemacu A, taip 'install' dan ikut arahan PC sehingga tamat pemasangan.

Komputer di restart untuk pemacu CD-ROM diterima oleh sistem agar dapat beroperasi dengan sempurna. Sekiranya cakera keras hanya ada satu partition, biasanya pemacu CD-ROM akan mengambil tempat pemacu D. Taip D di prom C untuk memastikan pemasangan berjaya dan sekiranya ada prom D, pemasangan perisian sudah boleh dimulakan.

C:\>D: D:\>DIR

<Enter;> <Enter>

Nota: Pemacu C mengambil ruangan cakera keras di mana akan diletakkan perisian sistem operasi dan aplikasi. Pemacu D mewakili pemacu CD-ROM di mana perisian (CD-ROM) untuk pemasangan diletakkan.

Membuat atau edit fail config.sys & autoexec.bat


(untuk pengetahuan sahaja)

Ada beberapa cara untuk membuat fail config.sys dan autoexec.bat atau fail-fail yang sejenis dengannya. Cara yang pertama, menggunakan program editor biasa seperti Edit atau Notepad. Sebagai contoh, di bawah ditunjukkan cara-cara membuat fail dengan program Edit.

Dapatkan prom A dengan disket sistem tersedia di pemacu A, taip edit config.sys dan Enter. (Fail edit.com sepatutnya ada dalam disket berkenaan).

A:\>edit c: config.sys

<Tekan Enter>

Dengan terkeluarnya rajah di atas, taip baris demi baris atau apa-apa saja yang dikehendaki dalam fail tersebut. Untuk keluar dari program Edit, tekan kekunci Alt, pilih Save dan kemudian Exit. Simpan fail dengan nama config.sys atau autoexec.bat, mengikut tujuan asalnya.

Satu cara lagi dengan menggunakan arahan 'copy con' dan namakan fail yang hendak dibuat. Dapatkan prom C, masukkan arahan satu demi satu seperti di bawah.

C:\>copy con autoexec.bat @echo off path c:\DOS; prompt $p$g Ctrl + Z <Tekan Enter> <Tekan Enter> <Tekan Enter>

<Tekan Enter>

(copy console)

Simpankan fail dengan menekan kekunci Ctrl dan Z serentak seperti yang ditunjukkan dalam baris akhir.

Pemasangan Perisian
Perisian Asal

Semasa membeli komputer, dapatkan CD-ROM dan manual sistem operasi Win98 atau WinMe yang asal (original), seperti rajah di bawah. Sekiranya ada apa-apa perubahan atau tambahan fail utiliti, CDROM boleh digunakan untuk pemasangan semula atau ulangan. Pemasangan perisian ini (satu salinan) hanya dibenarkan dipasang ke dalam satu PC sahaja. Di bawah terdapat dua disket, satu disket sistem yang dibuat sebelum ini dan satu lagi disket but khas yang dibekalkan bersama pakej CD-ROM Win98.

Disket but (boot), disket khas dan CD-ROM Win98

Setelah komputer dihidupkan dan pemacu D dipilih, masukkan CD-ROM Win98 dan taipkan 'setup' untuk memulakan pemasangan. Nama fail setup digunakan oleh kebanyakan program yang hendak dipasang.

C:\> d: D:\> setup

<Enter> <Enter>

Semasa pemasangan perisian, sistem Win98 akan mengesan kehadiran direktori Windows dan ia akan memberi tetingkap amaran supaya berhati-hati. Teruskan dengan memilih direktori Windows tersebut dan ikut arahan komputer sehingga selesai.

Masukkan disket kosong bila sistem meminta di pertengahan pemasangan bagi menyiapkan disket sistem untuk digunakan diwaktu kecemasan. Juga sediakan nombor lesen pada pertengahan pemasangan dan simpan dengan baik nombor tersebut untuk rujukan sekiranya ingin memasang Win98 semula nanti.

Kaedah # 2

Cara pemasangan perisian

Cara pemasangan kedua, agak mudah iaitu dengan menggunakan disket but khas yang biasanya dibekalkan bersama CD-ROM Win98. Disket but ini boleh diperolehi dengan membuat satu 'Startup disk' dari sistem operasi Win98. Setelah membuat partition serta format cakera keras, terus masukkan disket but khas serta CD-ROM Win98 untuk pemacu CD-ROM boleh berfungsi dan dalam masa yang sama, pemasangan sistem operasi dapat disiapkan tanpa masalah. Sistem Win98 akan cuba mengesan semua perkakasan dan menyediakan 'driver' yang umum saja bagi perkakasan-perkakasan yang terdapat dalam komputer tersebut. Ulang pemasangan driver sekiranya terdapat komponen-komponen menggunakan driver yang kurang sesuai. Setelah selesai pemasangan perisian, pastikan tidak ada konflik perkakasan dengan melihat keadaan 'System' di dalam 'Control Panel'.

* Nota: Diperingkat permulaan ini, semasa dalam proses pemasangan Windows, cuba gerakkan tetikus untuk memastikan ia berfungsi. Sekiranya kursor (tetikus) di skrin tidak bergerak, tamatkan pemasangan dan betulkan masalah sehingga selesai sebelum memulakan setup semula.

Laman Desktop dan Recycle Bin

Laman Desktop ialah paparan awal setiap komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Setiap komputer berbeza isi kandungannya, terpulang kepada citarasa dan kehendak individu. Banyak perkara boleh dilakukan di laman Desktop seperti menukar resolusi, warna skrin dan sebagainya. Klik kanan tetikus di mana-mana kawasan kosong Desktop, tetingkap A akan keluar untuk tindakan penyelenggaraan biasa.

Ikon-ikon di Desktop kebanyakannya ialah pautan atau link dan elok dicuba semua kerana kadang-kadang terdapat sesetengah daripadanya tidak ada sambungan ke manamana. Cara membuang ikon dengan mengklik kanan tetikus atas ikon sasaran dan pilih Delete. Tindakan ini akan membuang ikon ke dalam Recycle Bin atau tong sampah sementara menanti pelupusan yang selanjutnya. Untuk mendapatkan ikon semula, tanda ikon dalam Recycle Bin yang dibuka dan pilih Restore, ikon tersebut akan berada semula di paparan Desktop.

Apa itu folder?

Folder dalam Windows adalah tempat di mana disimpan fail-fail program, data maklumat, sistem dan sebagainya. Fail-fail maklumat atau data sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis seperti teks, grafik, sistem, arahan dan lain-lain lagi.

Periksa Sistem Konflik

Memeriksa kesihatan sistem operasi sepatutnya menjadi satu amalan berterusan. Kerap memeriksa keadaan peranti boleh membantu mengesan kerosakan awal dan membaik pulih sebelum menjadi serius. Klik My Computer, klik Control Panel dan klik System, muncul tetingkap A. Sekiranya ada tanda seru atau lain dari tanda campur (+) seperti dalam bulatan di paparan B, bererti ada konflik peranti. Peranti berkenaan harus diulang pemasangannya sehingga semua dalam keadaan seperti di atas kiri skrin B. Sebelum memulakan pemasangan driver, buang konflik peranti dahulu bagi mengelakkan masalah yang lebih keliru.

Sekiranya ingin melihat keadaan IRQ untuk peranti (Interrupt request), tanda Computer C dan klik petak Properties D, satu tetingkap Computer Properties akan dipaparkan menunjukkan senarai IRQ yang digunakan.

Apa itu driver?

Setiap perkakasan seperti kad video, kad bunyi, modem, pencetak, pengimbas dan pemacu CD-ROM mempunyai satu program untuk sistem operasi kenal dan boleh berhubung secara sempurna. Biasanya fail driver atau pemacu ini dibekalkan semasa pembelian perkakasan dan boleh juga diambil dari laman web pengeluar perkakasan berkenaan. Windows juga ada senarai driver dan kadang-kadang boleh membantu semasa pemasangan. Fail-fail driver ini diambil dari pembekal semasa Windows menyiapkan sistem operasinya. Perkakasan yang dikeluarkan selepas itu terpaksa menggunakan driver yang terbaru untuk kesempurnaan operasinya. Masalah akan timbul bila fail driver yang dibina tidak sempurna atau tidak serasi dengan sistem operasi Windows yang digunakan. Pencarian fail driver terbaru dan terkini harus dilakukan sehingga sistem tidak lagi meragam.

Driver perkakasan bertindak sebagai antaramuka atau jambatan untuk komputer dan perkakasan berfungsi dengan baik. Sistem yang meragam atau kadangkala tergantung, besar kemungkinan berpunca dari kesilapan driver atau fail driver yang telah dicemari virus. Buang dan pasang semula driver sekali lagi dapat membetulkan keadaan.

Unit sistem dalam rajah di sebelah akan beroperasi menghantar data berulangalik dengan perkakasan-perkakasan lain dalam komputer melalui bas dan sebagainya. Fail driver perkakasan yang dibekalkan oleh pengeluar akan memberi kerjasama yang padu pada unit sistem agar semuanya berjalan dengan sempurna. Kesilapan driver boleh membuat sistem tergantung atau monitor gelap tanpa sebarang klu (clue). Pemasangan semula driver boleh menyelesaikan masalah.

Menutup komputer: Shut Down

Komputer yang menggunakan sistem operasi Windows harus ditutup dengan betul untuk mengelakkan dari mengalami kerosakan sistem. Fail-fail yang masih belum diselamatkan dan tetingkap yang belum ditutup, disempurnakan sebelum komputer diShut Down. Perhatikan BarTugas (TaskBar) dan pastikan tiada lagi

sebarang program yang masih aktif. Untuk keluar dari Windows dan tutup komputer, klik butang Start (1) dan klik Shut Down di skrin kecil 'Desktop' (2). Tetingkap kecil 'Shut Down' B akan keluar, klik OK, skrin C akan muncul dan komputer sudah selamat ditutup. Untuk pengetahuan, tetingkap C tidak akan muncul sekiranya komputer menggunakan bekalan kuasa ATX Sistem akan terus tutup tanpa mesej berkenaan.

Tukar display setting (warna dan resolusi)

Ada masa-masanya kita perlu menukarkan setting display untuk menyesuaikan sesuatu program. Cara-cara menukarkan setting display seperti di bawah.

1 - Klik kanan tetikus di manamana kawasan kosong Desktop, tetingkap kecil A akan muncul.

2 - Klik kiri tetikus di ruangan Properties, tetingkap Display Properties B akan terpapar.

3 - Klik tab Settings 3 di Skrin B untuk menukarkan Bersambung ke skrin C di bahagian II

4 - Klik anak panah kecil untuk memilih jumlah warna dari 16 colors hingga 32-bit color mengikut kemampuan kad video dan monitor.

Sekiranya ada 16 colors sahaja, bererti setting kad video perlu dipasang semula dengan

menggunakan pemacu yang dibekalkan oleh pengeluar. Pastikan kad dan driver di dalam CD-ROM serasi dengan memerhatikan cip di atas kad VGA sebagai panduan.

5 - Ubah setting sekiranya hendak menukar resolusi dari 640 X 480 piksel ke 800 X 600 piksel atau sebaliknya. Tolak butang radio ke kanan untuk ubah resolusi.

Pemasangan program

Pemasangan program tambahan atau aplikasi untuk sistem operasi Win 95 ,sangat mudah dan pantas.

> Mula sekali, dwiklik (klik dua kali sebelah kiri tetikus) ikon My Computer dan lepas itu Control Panel. dwiklik

> Dwiklik ikon Add/Remove Programs dan tetingkap seperti di bawah akan muncul.

Klik Install dalam tetingkap Add/Remove Programs Properties, klik Next, masukkan pemacu serta baris program yang hendak dipasang, klik Finish dan ikut arahan di skrin sehingga selesai. Sebagai contoh, taip seperti berikut dan tekan Enter untuk-mulakan pemasangan. (D:\Setup <Enter>).

Cara ini juga boleh dilakukan untuk membuang program dari sistem. Tanda program berkenaan dan klik petak Add/Remove.

Memasang program boleh juga dimulakan dari butang Start dan Run. Masukkan baris program dalam tetingkap Run, ikut arahan sistem sehingga selesai.

Pecahan Perislan

Perisian dipecahkan kepada dua bahagian yang besar iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi seperti rajah di atas.

Perisian Sistem dipecahkan kepada tiga kategori iaitu bahasa pengaturcaraan, sistem operasi dan Perisian utiliti.

Bahasa pengaturcaraan ialah perisian bagi menulis Program. Contoh Bahasa pengaturcaraan seperti Basi Cobol, C++, Visual Basic dan lain-lain lagi. Sistem operasi ialah perisian bagi menjalankan komputer sebelum sedia melakukan kerja-kerja aplikasi lain dan contohnya seperti Win95, Win98, WinMe dan WinXP. Perisian utiliti bagi menambah prestasi sistem operasi seperti memeriksa cakera keras, mencari kerosakan, Program anti virus, memampatkan data dan sebagainya.

Perisian Aplikasi digunakan untuk tugas tertentu seperti menghimpunkan maklumat atau menulis rencana. Contoh sistem aplikasi ialah helaian elektronik (spreadsheet), pengurusan pangkalan data (database), pemproses perkataan (word editor) dan hiburan (computer games).

Kekunci Ctrl, Alt dan Del


Kombinasi kekunci Ctrl, Alt dan Del digunakan untuk melihat lapisan program yang sedang beroperasi di belakang Windows. Program-program ini akan menggunakan banyak memori dari RAM dan mengurangkannya kadang kala memberi ruang pada sistem agar beroperasi dengan baik. Untuk melihat jumlah program atau aplikasi tersebut, tekan serentak kekund Ctrl, Alt dan Del. Tetingkap kecil akan muncul dengan program-program yang bekerja di latar belakang. Sebagai contoh, kalau hendak tamatkan program dalam skrin tersebut, tanda program (zoman-Paint) dan klik 'End Task'. Jangan sesekali membuang dua program penting Explorer dan 'Systray' dari skrin tersebut.

Minta perhatian!!!

Jangan sesekali menekan sekali lagi kekunci Ctrl, Alt dan Del kerana komputer akan restart dan akan hilang semua informasi yang belum diselamatkan.

Untuk keluar dari skrin program', klik butang Cancel.

'Close

Untuk mengurangkan penggunaan memori (RAM), tutup perehat skrin (screensavers), jadual bunyi (event sounds), buang ikon yang tidak penting di laman Desktop dan elak pemasangan terlalu banyak program semasa proses startup.

Masalah sistem operasi Win95 atau Win98


Sekiranya ada masalah dengan sistem operasi Win95 atau Win98, beberapa pilihan boleh dilakukan untuk membetulkannya. Ada beberapa cara yang boleh dicuba.

Cara #1 (Win95 atau Win98)

Untuk memulakan pemeriksaan, hidupkan komputer dalam mod selamat atau safe mode. Kadang kala sistem yang bermasalah akan terus ke mod selamat ini. Tujuannya agar kerja-kerja baik pulih boleh dilakukan.

Mulakan komputer, sistem operasi Windows akan mempamerkan paparan seperti di bawah.

Starting Windows 95 ...

Tekan kekunci F8 untuk dapatkan skrin Startup Menu, di mana pilihan item dibuat untuk tindakan. Setiap satu item akan diterangkan dengan terperind seperti berikut:

Microsoft Windows 98 Startup Menu

1. Normal 2. Logged (\BOOTLOG.TXT) 3. Safe Mode 4. Safe Mode with network support 5. Step-by-step confirmation 6. Command prompt only 7. Safe mode command prompt

Enter a choice : 1

F3=Safe mode, Shift+ F5=Command prompt

Shift + F8= Step by step confirmation (N)

Skrin pilihan Startup Menu untuk tindakan tertentu

Masalah Memulakan Windows


Normal - Windows dimulakan dengan biasa.

Logged (BOOTLOG.TXT) - Windows dimulakan dengan biasa tapi tercipta satu fail teks yang dipanggil Bootlog.txt dan disimpan di pangkal direktori. Fail ini mengandungi informasi terakhir sistem beroperasi dan disorokkan (hidden).

Safe mode - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas. Sesetengah bahagian sistem mungkin tidak boleh berfungsi. Perubahan boleh dilakukan terutama pada komponenkomponen yang disyaki bermasalah.

Safe mode with network support - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas tapi termasuk kemampuan rangkaian.

Step-by-step confirmation - Mulakan komputer, dipamerkan setiap langkah dengan diikuti prom. Untuk menerima command, tekan Enter dan Esc andai sebaliknya. Pilihan ini akan memasukkan komponen yang dikehendaki sahaja.

Command prompt only - Mula Windows seperti biasa, tapi tanpa sistem Windows sebenar. Boleh mulakan Windows dengan menaip win.

Safe mode command prompt only - Mulakan komputer dengan konfigurasi asas dan tanpa sistem Windows sebenar.

Previous version of MS-DOS - Mulakan MS-DOS, dengan menggunakan fail-fail simpanan semasa pemasangan Windows (Setup). Versi MS-DOS terpulang kepada versi sebelum pemasangan Windows 95.

Mod Selamat (Safe Mode)

Dengan paparan skrin startup menu, Pilih 'safe mode' untuk memulakan kerja-kerja sama ada membuang program yang disyaki bermasalah atau memasang semula pemacu perkakasan yang terkini. Kalau sebelum ini sistem bekerja dengan baik, biasanya pemasangan perisian yang terakhir boleh menimbulkan masalah seperti pemasangan kurang sempurna, tidak lengkap, versi program yang tidak sesuai, versi demo atau kerosakan fail tertentu akibat diserang virus.

Cara #2 (Win95)

Masalah memulakan Windows

Satu cara lagi untuk membetulkan sistem bermasalah adalah dengan memulihkan registry. Gangguan pada registry seperti kerosakan data atau dijangkiti virus, harus direstore. Registry sebenarnya ialah satu senarai maklumat penting perkakasan dan perisian komputer. Kerosakan registry boleh membuat sistem tidak stabil atau tidak boleh beroperasi langsung. Disket kecemasan disediakan untuk menyelamatkan keadaan ini. Lihat bawah (A).

Apa yang harus dilakukan semasa komputer bermasalah, disket kecemasan terbaru diletakkan di pemacu A dan mulakan komputer.1 Di prom A, taip ERD dan ikut arahan sehingga selesai pembetulan. Restart komputer dan sistem sepatutnya boleh bekerja semula.

Disket kecemasan dan salinan but, penting disimpan untuk digunakan pada saat-saat genting. Disket salinan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya yang asal rosak.

Paparan registry dan penawarnya

Untuk mendapatkan senarai registry, klik butang Start di bawah kiri Windows dan dalam paparan tetingkap, pilih Run. Taip regedit di kekotak eks Run dan klik OK untuk dipaparkan skrin kecil Registry. Jangan diubahsuai senarai registry tanpa mendapat panduan tepat cara-cara menyuntingnya. Kerosakan registry akan membawa kepada duka lara atau miseri. Kadang-kadang sistem merajuk tidak mahu melihatkan dirinya dan susah hendak dipujuk. Penawarnya mungkin terletak di dalam piring disket baik pulih bernama ERD.

Cara #3 (Win95)

Pemasangan semula registry (restore)

Sekiranya registry rosak (corrupted), pemasangan semula boleh dilakukan dengan prosidur berikut:

Mulakan komputer sehingga terpapar skrin di bawah. Starting Windows 95 ...

Pada masa yang sama, tekan F8 untuk dapatkan Startup Menu. Pilih Command prompt only dan tekan Enter.

Di prom C, dalam direktori Windows, lakukan tindakan di bawah dengan menaipkan setiap baris dan tekan Enter. C:\Windows> attrib -h -r -s system.dat C:\Windows> attrib -h -r -s system.da0 C:\Windows> attrib -h -r -s user.dat C:\Windows> attrib -h -r -s user.da0 <Enter> <Enter> <Enter> <Enter>

Nota: da0 ialah da dan angka kosong, bukan huruf O.

Selepas itu, taip arahan berikut: copy system.da0 system.dat Overwrite system.dat (Yes/No/All)? Pilih Y dan tekan Enter copy user.da0 user.dat Overwrite user.dat (Yes/No/All)? Pilih Y dan tekan Enter Pasang semula (restart) komputer dan sistem akan pulih seperti sediakala. Nota:

Sekiranya semua cara telah dicuba menemui kegagalan, yang terbaik, memasang semula sistem operasi Win95. Sebelum itu, buat salinan sandaran (backup) semua failfail data ke dalam satu storan lain.

Mencari kerosakan PC (Troubleshoot)


Komputer peribadi akan mengalami kerosakan, walaupun segala tindakan yang terbaik dilakukan. Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang mahir yang bertindak terlalu-mengikut perasaan sehingga menyebakkan sistem.

Setiap kali pasangan perkakasan atau perisian pada sistem Windows, struktur registry akan mengalami perubahan. Sekiranya perkakasan atau perisian dari jenis yang kurang baik, versi beta dan tidak pernah dicuba, komputer boleh meragam. Tindakan seterusnya adalah dengan membuang program atau perkakasan itu dan pasang semula registry yang dibuat sebelum ini. Begitulah yang biasanya dilakukan dan membuat satu salinan registry satu tindakan yang bijak. Permasalahan pada registry nanti boleh dibaiki dengan cepat dan mudah.

Untuk mencari kerosakan secara lebih sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas. Cara-cara mencari kerosakkan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja, sekirangya ada cara yang ebih baik, sila gunakan. Yang penting, kerosakan dapat dibaiki dengan cepat dan dengan cara yang sistematik.

Carta-carta mencari kerosakan dan baik pulih

Carta 1- Semasa mula Startup

Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke skrin CMOS. Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakantindakan dibuat mengikut langkahlangkah yang tertentu seperti yang dicadangkan. Biasanya ini berlaku pada komputer baru yang belum diuji keseluruhannya.

Rajah 1 dimulakan dengan memasang suis dan monitor gelap gelita. Tindakan diambil langkah demi langkah, arah ke kiri atau ke kanan sehingga bertemu kerosakan. Kalau berhati-hati dan bersabar, pasti akan menemui kejayaan.

Carta 2 - Semasa mula paparan Windows dan dalam Windows

Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti juga di Carta 1, tindakan dibuat mengikut yang sesuai. Kerosakan biasanya berlaku pada komputer yang sudah sekian lama beroperasi dan meragam setelah bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya.

Selamatkan satu salinan registry sebagai tindakan berjaga-jaga dan boleh dipasang kemudian sekiranya diperlukan. Klik Start, klik Run, masukkan regedit dan klik OK. Dalam tetingkap Registry Editor, pilih Registry, klik Export Registry File dan simpan fail dengan nama pilihan anda. Bila ada masalah, lakukan seperti di atas tetapi kali ini pilih Import Registry File. Pilih nama fail anda sebelum ini, klik dan sistem akan kembali normal.

Sebuah komputer tanpa suara atau bunyi sudah tidak boleh diterima lagi. Permainan komputer tidak akan terserlah atau tidak boleh dimainkan langsung tanpa ada sokongan audio.

Ada tiga jenis kad bunyi iaitu kad bunyi untuk slot ISA, slot PCI dan kad bunyi bersepadu. Kad bunyi jenis slot ISA sudah tidak ada lagi atau dengan lain perkataan sudah pupus. Untuk pengemar permainan komputer, kad bunyi seperti Sound Blaster Live Value dengan perisian yang canggih, menjadi pilihan. Perisian pihak ketiga dapat juga digunakan untuk perkara yang sama, terutama mendengar lagu dalam kumpulan MP3.

Pembesar Suara dan Mikrofon

Pembesar suara juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kesan audio dalam sesebuah komputer. Sekitar 1000 watt ke atas dan mempunyai dua pembesar suara satelit dan satu sub-woofer sudah cukup berkesan. Jenama pembesar suara Altec Lansing atau Creative Cambridge SoundWorks sudah tidak asing lagi dalam dunia komputer. Mikrofon dilekatkan ke kad bunyi (mic) boleh digunakan untuk berkaraoke dan

berbual dengan pengguna komputer lain melalui sambungan Internet.

Dua jenis kad ditunjukkan iaitu dalam rajah A kad bunyi jenis PCI dan rajah B jenis kad bunyi bersepadu. Berbagai-bagai jenama kad bunyi yang bersesuaian di hati boleh dipilih, hanya wang menjadi sempadan.

Kad bunyi jenis bersepadu dibina untuk pengguna biasa dan kebanyakan kad bunyi kini dalam bentuk demikian. Kesan bunyinya cukup memuaskan dan boleh menandingi sesetengah kad-kad slot tambahan. Rajah C ditunjukkan manual dan driver CD-ROM yang dibekalkan.

Pemasangan Sistem Multimedia


Perkakasan yang diperlukan
Pemasangan sistem multimedia memerlukan Pemacu CD-ROM, sebuah. kad bunyi, sepasang pembesar suara, mikrofon sekiranya perlu dan perisian audio yang biasanya dibekalkan bersama kad bunyi. Sebelum ini, pemacu CD-ROM telah dipasang, dengan itu pemasangannya tidak akan dibincangkan di sini. Tutupkan suis komputer sebelum memulakan pemasangan. Pilih satu slot PCI yang kosong dan masukkan kad bunyi dengan cermat. Setelah itu skrukan kad bunyi agar ia kukuh di slotnya. Mulakan komputer semula, sistem akan mengesan kad bunyi yang baru dipasang sekiranya ia jenis PnP. Ikut arahan sistem, masukkan 'driver' dari pembekal kad di pemacu A atau di pemacu CD-ROM dan tunggu sehingga selesai.

Kad Plug and Play dan kad bukan Plug and Play
PnP atau Plug and Play ialah satu teknik yang baik dan mudah untuk pemasangan sesuatu perkakasan. Sistem operasi seperti Win98 dapat mengesan komponen yang mempunyai daya PnP, pemasangan akan menjadi mudah, cepat dan tepat.

Sekiranya kad bukan jenis PnP, pemasangan harus dilakukan secara manual. Mulakan dari Add New Hardware di Control Panel dan ikut arahan komputer dari mula hingga akhir. Sediakan pemacu dari pembekal untuk mendapatkan pemasangan perisian yang tepat. Tutup komputer dan pasang semula bagi sistem menerima pemasangan kad tadi. Dalam proses komputer memulakan program, akan terdengar nada pendek (event sound - Open Windows) menandakan pemasangan berjaya. Perhatikan bawah skrin kanan ada ikon pembesar suara sebagai mengesahkan kejayaan itu. Sebelum terlupa, pasangkan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CD-ROM bagi tujuan mendengar CD lagu. Tanpa kabel tersebut, lagu dari CD tidak akan kedengaran.

Jenis-jenis kabel audio

Kabel audio atau boleh juga dipanggil kabel signal data audio dibekalkan bersama pemacu CD-ROM. Ada dua jenis sambungan kabel audio, pilih

atau tukar kabel berkenaan bersesuaian dengan perkakasan yang digunakan. Anggaran harga kabel ialah RM10.00.

Sebuah komputer yang tidak mempunyai sistem multimedia, seolah-olah sudah ketinggalan zaman. Tren sekarang, sebuah komputer harus dilengkapi dengan set multimedia yang secanggihcanggihnya.

Kad bunyi yang baik seperti SoungBlaster PCI 128 3D berserta pembesar suara Altec Langsing terpilih dapat mengubah sebuah PC kepada satu sistem audio yang paling hebat.

Sekiranya ingin menukarkan kad bunyi dengan yang baru, pastikan dibuang fail pemacu (driver) kad lama sebelum membuat pemasangan untuk mengelakkan masalah konflik. Klik My Computer, klik Control Panel, klik System dan akhir sekali klik Device Manager. Tanda komponen dan buang driver dari tetingkap Device Manager berkenaan. Pasang semula driver kad baru seperti yang telah ditunjukkkan sehingga berjaya.

Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP


Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP harus dilakukan secara manual. Setelah kad dimasukkan di slot papan induk, hidupkan komputer dan buat tindakan yang seterusnya.

Ada dua kemungkinan di peringkat ini, iaitu sama ada sistem mencari perkakasan atau pengguna memilihnya sendiri. Sekiranya terdapat perkakasan dalam senarai, buat pilihan dan terus ikut arahan sistem. Seandainya tiada, ambil tindakan dengan menandakan satu titik dalam bulatan seperti nombor 6 di bawah.

Klik Have disk dan tetingkap 'Install from disk' akan terpapar. Masukkan driver yang diberi oleh pembekal kad bunyi berkenaan di pemacu A atau D (disket atau CD-ROM) dan lakukan seperti berikut:

Taip A:\ atau D:\ dan klik Browse. Pilih pemacu kad dan ikut arahan sistem sehingga selesai. Klik Finish untuk tamatkan pemasangan dan restart komputer.

Nota:

Panduan di atas akan berubah mengikut sistem operasi yang digunakan. Yang penting membaca arahan demi arahan dengan berhati-hati dan membuat tindakan mengikut yang diperlukan.

Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CDROM

Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke panel belakang audio pemacu CDROM perlu bagi mendengar lagu dari CD. Permainan VCD tidak memerlukan sambungan kabel audio ini sebaliknya suara terus dipancarkan dari kad bunyi ke pembesar suara.

Salah satu kabel audio jenis C atau D dipasang terus ke papan induk bagi kad bunyi bersepadu seperti dalam rajah A dan B.

Kabel audio yang dibekalkan bersama pemacu CD-ROM kadang kala tidak sesuai digunakan. Kabel audio lain terpaksa dicari ganti dengan anggaran kos di antara RM5 hingga RM10.

Ikon Pembesar Suara Windows


Setelah selesai membuat pemasangan kad bunyi, restart komputer, satu ikon pembesar suara akan dipaparkan bawah kanan monitor seperti dalam bulatan C.

Sekiranya ikon tiada, pemasangan dibuat dengan mengklik ikon Multimedia di laman Control Panel dan tanda D seperti dalam rajah B. Kalau tidak bedaya dan petak D nampak kelabu, bererti pemasangan kad bunyi tidak betul dan terpaksa diulang sekali iagi.

Masalah Tiada bunyi


Rajah paparan Desktop A Windows dan sebahagian tetingkap Master Volume E ditunjukkan

Tiada bunyi

Sekiranya tiada bunyi dari pembesar suara, ada dua tempat yang boleh diperiksa untuk membetulkan keadaan. Sebelum itu, pastikan suis pembesar suara telah dipasang dan kabel signal audio pembesar suara dilekatkan dengan kemas di laluan audio out kad bunyi.

Pertama sekali, klik kanan tetikus di atas ikon pembesar suara B, satu tetingkap kecil Volume akan keluar seperti dalam rajah A. Pastikan tidak ada tanda di petak Mute C dan kalau ada, harap buangkan.

Kedua, klik kiri tetikus di atas ikon pembesar suara, satu panel D kecil akan muncul dan klik pula ruangan Open Volume Controls untuk satu panel tetingkap E. Pastikan sernua petak Mute tidak ditanda dan kalau ada buangkan seperti di atas tadi.

Internet
Internet (internet) dengan huruf kecil adalah singkatan dari internetwork bermaksud rangkaian komputer setempat untuk menjadi landasan pemindahan data antara satu sama lain. Internet (Internet) dengan huruf besar bererti sebuah rangkaian global dan lebuhraya yang menggunakan protokol TCP/IP untuk berkomunikasi secara menyeluruh. Apa saja yang difikirkan atau terlintas di hati, maklumatnya ada di Internet, yang baik dan yang buruk sama banyak, cuma pandai-pandailah menjaga diri. Semasa melayari Internet, fahami sebab tindakan dan awasi setiap maklumat yang mungkin dipaliti virus, walaupun ia nampak nan murni.

Protokol 56Kbps, x2 dan V90


Untuk rnelayari Internet dari komputer peribadi, perkara-perkara yang diperlukan seperti modem, akaun ISP TMnet atau Jaring dan yang paling penting talian telefon yang berfungsi. Modem kini datang dengan kelajuan 56Kbps (kilobit sesaat) atau dipanggil 56K sahaja. Modem 33.6K sudah tidak dikeluarkan lagi. Bagi modem 56K, ada dua protokol yang menjadi kontroversi iaitu x2 dan 56Kflex, harus diberi perhatian semasa membeli modem. Kedua-dua protokol ini adalah standard yang digunakan bagi penghantaran data dengan modem. Protokol V90 dipersetujui bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setakat ini, modem yang mempunyai protokol K56flex dengan V90 paling popular.

ISP bermaksud Penyedia perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan seperti namanya amat jelas menerangkan perkhidmatan khusus yang diberi. Terdapat beberapa ISP di Malaysia, antaranya TMnet yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan Jaring oleh Mimos.

Apa itu modem?


Perkataan modem diambil dari singkatan modulator dan demodulator. Kombinasi perkataan itu bermaksud signal digital dalam komputer ditukar ke analog (modulation) dan menukar balik dari analog ke signal digital (demodulation), Contoh mudah, dua buah komputer yang disambungkan dengan modem melalui talian telefon untuk menghantar dan menerima signal. Lihat Rajah. Modem bertindak sebagai perkakasan antaramuka (interface) di antara komputer dan ISP. Talian telefon sebagai media untuk

penghantaraan data secara analog. Semasa melayari Internet, komputer memproses semua maklumat dan dibentangkan di skrin monitor dalam bentuk laman web berpangkinkan sistem operasi Windows.

Senario pertukaran data antara dua modem


Apa yang berlaku?

Signal digital (data) dari komputer A akan ditukarkan oleh modem menjadi signal analog (bunyi) dan dihantar melalui talian telefon. Modem penerima akan menukarkan signal analog kepada signal digital dan diproses oleh komputer penerima B. Begitulah juga yang akan berlaku bila ada pertukaran data dari komputer B ke komputer A.

Modem luar (External modem)


Modem luar dipasang di port COM2 dengan kabel yang dibekalkan. Sekiranya komputer menggunakan sistem operasi Win95 atau Win98, modem yang mempunyai kelebihan PnP (Plug and Play) biasanya dikesan dan pemasangannya amat mudah sekali. Semasa pemasangan dibuat, modem luar perlu dihidupkan agar ia dapat dikesan. Gagal berbuat demikian, sistem operasi tidak dapat mengesan modem dan pemasangan terpaksa diulang.

DSP Modem luar biasanya agak laju dari modem dalam kerana ia memproses dan menghantar signal tanpa bantuan CPU. Modem jenis ini dipanggil modem DSP yang bermaksud 'digital signal processor'. Terdapat satu jenis lagi modem luar yang menggunakan USB sebagai penyambungnya. Dengan cara ini, kelajuan ditambah hampir 10 peratus dari modem yang dipasang di port COM2. Modem USB boleh digunakan sekiranya papan induk ada penyambung komponen tersebut. Modem USB, seperti rakannya modem dalam, memerlukan bantuan CPU untuk memproses signal.

Modem dalam (Internal modem)


Berlainan pula dengan modem dalam, konfigurasinya agak rumit sedikit. Ada tiga jenis modem dalam iaitu yang menggunakan slot PCI, slot ISA dan slot CNR. Modem slot PCI (bas 32-bit) lebih baik jika dibandingkan dengan slot ISA (bas 16-bit) kerana kelajuan penghantaran data. Walau bagaimanapun modem jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi. Dari segi cara pemasangan, ketiga-tiganya tidak ada perbezaan.

HSP Modem slot CNR (Communication Network Riser) yang dibekalkan bersama papan induk, biasanya ditulis huruf M di luar kotak perkakasan berkenaan untuk menyatakan kemudahan itu. Lihat Rajah. Modem dalam dipanggil HSP iaitu host signal processor, perlu bantuan CPU untuk memproses signal dan dengan sendirinya cuma boleh berkerja dengan CPU yang berkuasa umpamanya Pentium Celeron 400MHz ke atas. Sebelum membeli, cuba pastikan kehendak modem dan kemampuan komputer bersesuaian.

Modem luar dan aksesori

Modem luar lebih laju dari modem dalam dari segi penghantaran data. Ini disebabkan modem luar tidak memerlukan bantuan CPU untuk melakukan Penghantaran data. Sebaliknya modem dalam yang memerlukan bantuan CPU, proses penghantaran data akan menjadi lambat. Untuk menyelesaikan masalah ini, komputer harus mempunyai sistem yang laju.

Semasa mendapatkan modem, pastikan dibekalkan manual pemasangan, driver CD-ROM (cakera padat bersama perisian pemacu perkakasan), adapter, kabel sambungan modem ke COM 2 dan kabel telefon modem sepanjang satu meter.

Modem dalam dan aksesori

Modem jenis slot ISA sudah pupus atau ruyup, Modem slot PCI, modem luar (port COM 2 dan port USB) dan modem jenis bina dalam atau bersepadu, banyak boleh didapati. Aksesori seperti manual, driver CD-ROM dan kabel telefon sepanjang dua meter dibekalkan bersama modem.

Dalam rajah A, papan induk yang mempunyai modem bersepadu, akan disediakan kad modem untuk diletakkan di slot CNR (Communication Network Riser) seperti rajah B.

Pemasangan modem
Setelah memilih slot mengikut jenis modem, pemasangan boleh dimulakan. Pertama sekali, pemilihan communication port harus dibuat. Pemasangan communication port atau port maya untuk komunikasi (virtual port), hanyalah dalam perisian sahaja dan tidak ada pengunaan kabel secara fizikal.

Modem jenis PnP (Plug and Play) biasanya dikesan oleh sistem operasi dan amat mudah pemasangannya iaitu dengan mengikut arahan sehingga tamat. Restart komputer untuk modem boleh beroperasi dengan baik.

Modem bukan PnP Pemasangan modem bukan PnP harus dilakukan langkan demi langkah. Cara-cara konfigurasi modem dalam jenis bukan PnP dengan sistem operasi Win95 atau Win98 seperti di bawah. Walau bagaimanapun kebanyakan modem kini boleh dikesan (Plug and Play) bagi memenuhi syarat mesra pengguna.

Klik My computer dalam laman Desktop, klik Control Panel dan klik Add New Hardware. Klik Next, pilih No dan klik Next untuk memilih jenis perkakasan yang hendak dipasang. Pilih Ports (COM & LPT), klik Next untuk memilih port sama ada dari Windows atau dari konfigurasi CD-ROM pengeluar. Klik Next lagi sehingga Finish dan komputer mempamerkan skrin Restart. Jangan restart lagi, sebaliknya buat pemasangan modem.

Klik ikon modem dalam laman Control Panel, klik Add, tanda petak tidak mengesan modem, klik Next dan klik Have disk. Masukkan disket driver yang dibekalkan dan gabungkan port dan modem tersebut. Setelah selesai, komputer direstart untuk sistem menerima konfigurasi Baru itu. Klik modem untuk tujuan menguji dan keputusannya boleh diterima pakai sebagai mengesahkan modem boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya.

Seperti yang sedia maklum, modem harus disambungkan ke talian telefon untuk ia berfungsi. Di belakang modem, satu laluan bertanda Phone disambungkan ke telefon dan satu laluan lagi yang bertanda Line disambungkan ke talian telefon. Untuk modem luar, sambungkan kabel data di belakang modem dan sebelah lagi ke port COM 2 di belakang komputer.

Menguji modem
Untuk menguji modem dengan sistem operasi Windows, ikut panduan seperti di bawah. Ini dilakukan sebagai langkah awal menguji modem (ujian dalaman) tanpa sebarang sambungan luar.

Klik My Computer dalam laman Desktop. Klik ikon Control Panel (Panel Kawalan). Dalam laman Control Panel, klik ikon Modems dan skrin A seperti di atas akan keluar di skrin. Klik tab Diagnostics B, skrin C akan muncul. Tanda COM 4 di mana modem telah dipasang sebelum ini, klik butang More Info D dan tunggu keputusan ujian. Tetingkap kecil E akan terpapar buat seketika sementara menanti keputusan di skrin F.

Dengan paparan di atas, ini bermakna modem lulus ujian awal dan pemasangan akaun Internet boleh dimulakan.

Klik butang OK untuk balik ke Menu utama. Klik butang OK sekali lagi untuk keluar dari tetingkap Modems.

Sekiranya tidak mendapat respon seperti di atas, sebaliknya dipaparkan mesej port kommunikasi tidak dapat dibuka, buat pemasangan driver modem semula. Sebelum itu, tanda modem di tetingkap A dan klik butang 'Remove'. Pasang semula driver, restart komputer dan uji modem seperti yang telah dilakukan sehingga berjaya mendapat tetingkap F.

Dalam CD-ROM yang dibekalkan, beberapa driver disediakan untuk peibagai sistem operasi, pilih driver yang sesuai dengan sistem operasi yang digunakan. Kadang-kadang untuk menjimatkan kos, pengeluar akan memuatkan semua driver dari senarai modem keluarannya dan ini akan menjadi satu masalah kepada sesiapa yang baru belajar memasang modem. Untuk tidak membuat kesilapan dan menyelamatkan masa dan tenaga, baca manual sama ada dalam bentuk buku atau dalam CD-ROM yang dibekalkan. Fail dalam CD-ROM biasanya atas tajuk 'Readme.txt' dan boleh dibuka dengan Notepad.

Pemasangan akaun Tmnet

Untuk pemasangan program Internet, pertama sekali dapatkan akaun Tmnet atau Jaring, mengikut pilihan masing-masing. Bagi akaun Tmnet, pendaftaran dibuat di mana-mana Pejabat Telekom Malaysia terpilih. Dua perkara yang harus disediakan, User ID dan kata laluan. ID (Identification) pengguna adalah nama yang juga akan digunakan pada e-mel. Sediakan sekurang-kurangnya tiga ID pengguna sekiranya nanti terdapat persamaan nama yang telah didaftarkan. Contoh-contoh ID pengguna seperti 'zoman', lana2001' dan 'gadiscun'. Untuk kata laluan pula, campur adukkan huruf dan angka bagi merumitkan untuk dikesan atau diteka. Contoh-contoh kata laluan seperti '3aetoOn', 'r04awa3' dan 'uOt4maun'.

Mengenai bayaran, perlu perihatin kerana kadang-kadang terdapat skim tawaran istimewa. Apa yang akan diberi, sebuah CD-ROM yang mengandungi pemasangan mudah (Install wizard) dan browser Internet, sama ada Netscape atau Internet Explorer.

Dial-up Networking

Setelah semuanya selesai, baru dibuat pemasangan akaun Tmnet. Sekiranya ikon Dialup Networking tidak ada dalam tetingkap My Computer, pemasangannya harus dilakukan dengan membuka Control Panel, Add/Remove Program, klik Windows setup, Communications dan Details. Tanda petak Dail-up networking dan klik OK Sediakan CDROM versi Windows yang bersesuaian bila diminta sistem.

Melayari Internet boleh dibuat setelah beberapa hari atau 24 jam mengikut perjanjian yang diberi. Jadi harus bersabar menunggu untuk mencuba pemasangan akaun yang telah dibuat itu. Juga bersedia untuk membayar 2.5 sen seminit, 1.5 sen kos bil telefon dan 1 sen kos akses Internet (Tmnet).

Panduan memasang akaun Internet seperti dibawah: Klik ikon My computer dalam Desktop dan klik Dial-Up Networking. Klik Make New Connection, paparan A akan muncul. Di skrin A, pilih jenis modem yang dipasang sebelum ini dan klik Next untuk ke skrin B. Di skrin B, masukkan nombor telefon 1515 (TMnet) dan klik butang Next untuk ke skrin C menandakan tindakan peringkat awal tamat. dan Akhir sekali, klik butang Finish akan terjadi satu ikon My

Connection dalam Networking.

laman

Dial-Up

Panduan pemasangan akaun TMnet seperti di bawah.

Di dalam laman Dial-Up Networking, klik sebelah kanan tetikus atas ikon yang baru dicipta iaitu New Connection. Klik Properties A untuk skrin seterusnya. Klik Server Types B untuk membuka pilihan berkenaan. Dalam ruangan Server Types B, kosongkan semua kotak-kotak kecuali kotak TCP/IP seperti yang telah dilakukan. Selepas itu klik butang TCP/IP Settings ... C untuk tindakan seterusnya.

Tanda butang radio di ruangan Specify name server address D dan masukkan maklumat ISP dalam kekotak teks Primary DNS E seperti yang telah dilakukan. (Nombor DNS TMnet: 202.188.0.133 dan 202.188.1.5).

Setelah selesai, klik butang OK dua kali untuk ke panel Dial-Up Networking. Klik kanan tetikus ikon My Connection dan pilih Create Shortcut supaya satu ikon My Connection akan berada dalam laman Desktop bagi memudahkan penyambungan ke Internet bila hendak digunakan nanti. Sebelum melayari Internet, pastikan ada maklumat-maklumat ini (A dan B) di ruangan Network dan System di laman Control Panel. Tiga maklumat ini penting bagi membolehkan sambungan dial-up ke Internet menggunakan talian telefon biasa.

Kalau tidak ada maklumat tersebut, klik butang Add ... (C) dan masukkan Adapter serta Protocol dengan memilih

Microsoft seperti contoh di skrin Select Network Protocol D. Setelah memilih Microsoft Network Protocol dan lepas itu Microsoft Adapter, klik OK untuk menerima kedua-dua pilihan.

Sambungan ke Internet

Setelah selesai membuat konfigurasi, hidupkan semula PC dan klik Icon My Connection. Jangan lupa menyambung talian telefon ke laluan Line modem dan menaip maklumat seperti tetingkap di atas. Guna nama pengguna dan kata laluan yang telah dipilih. Telefon tidak perlu dipasang di laluan Phone sekiranya tidak dikehendaki. Ia tidak menyumbang apa-apa bantuan semasa sambungan hendak dibuat. Klik butang . Connect untuk mendapatkan sambungan ke ISP. Sekiranya berjaya, Icon telefon rangkaian akan tertera bawah kanan skrin sebaris Bartugas (Taskbar).

Ruang Cakera Keras untuk Cache


Untuk melayari Internet, cakera keras harus mempunyai sekurang-kurang 20MB ke 30MB ruang storan. Ini kerana semasa melayari Internet, setiap laman yang dilawati akan disimpan dalam cakera keras pada bahagian cache. Kekurangan ruangan cache boleh membuat aktiviti ke Internet perlahan.

Sambungan ke Internet dimulakan dengan tetingkap di atas. Ia cuma menyambungkan dengan ISP sahaja, tidak lebih dari itu, Setelah berjaya sambungan ke ISP dengan kemunculan satu ikon telefon rangkaian di Bartugas bawah kanan desktop dan untuk melayari Internet perlu menggunakan program perisian pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Netscape dan Opera. Untuk menghantar dan menerima mel elektronik (emel), program seperti Outlook Express, Netscape Messenger atau Edora boleh digunakan.

Ikon sambungan Internet Win98.

Bila bejaya ke Internet, ikon dalam bulatan A akan terpapar di bawah kanan Windows. Banyak maklumat boleh didapati dari ikon tersebut.

Apa yang boleh tetikus, letakkan kursor (cursor) di atas ikon berkenaan dan skrin B akan muncul menunjukkan status sambungan ke Internet. dilihat adalah penghantaran dan penerimaan data dalam kiraan bait serta kelajuan dalam kiraan bit sesaat.

Klik ikon dengan kanan tetikus dan skrin C akan terpapar. Klik ruang Status untuk melihat kedudukan sambungan ke Internet dan jumlah masa yang telah digunakan seperti dalam panel D.

Nota: Maklumat di atas di dapati dari ujian modem dalam 56K berprotokol V90.

Pencetak
Pencetak Inkjet Dan Laser
Ada berbagai-bagai jenis pencetak yang boleh dipilih untuk pengguna rumah, antaranya pencetak inkjet (bubble jet) atau pencetak laser. Pencetak dot matrik kurang popular dan kian berkurangan. Ia sangat bising serta lambat bila beroperasi tetapi agak penting sekiranya diperlukan untuk membuat stensil kerana kekuatan mata cetaknya. Pencetak tersebut tidak akan dibincangkan di sini.

Pencetak inkjet dan laser ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi sesetengah pencetak inkjet model biasa, kelambatan cetak dan kos ink kartrij (cartridge) yang tinggi harus diambil kira. Harga sebuah pencetak inkjet agak murah iaitu dalam lingkungan RM300 berbanding pencetak laser. Harga pencetak laser untuk model yang paling rendah pula lebih kurang RM900.

Jumlah Cetakan Jumlah cetakan bagi inkjet model biasa sebanyak 2 hingga 5 muka seminit (ppm - pages per minute), memerlukan kertas yang mahal untuk mendapatkan hasil yang baik. Sekiranya ink warna digunakan, mencetak salinan hitam putih agak perlahan berbanding dalam bentuk warna.

Pencetak laser lebih laju, dapat mencetak di kertas yang biasa dan murah. Pencetak laser boleh mencetak sebanyak 8 hingga 12 muka seminit. Dari segi kegunaan ink, kos bagi pencetak inkjet lebih kurang 8 sen ke 10 sen semuka dan separuh pula bagi pencetak laser.

Terdapat juga pencetak inkjet serba guna iaitu selain mencetak ia boleh mengimbas, fotostat dan menghantar fax, Kebanyakan pencetak inkjet mengeluarkan kualiti cetakan yang amat cantik.

Pemilihan pencetak terpulang kepada individu serta kegunaan yang hendak dibuat. Sebelum membeli pencetak, sebaiknya dapatkan maklumat dari pengeluar seperti jaminan dan kemampuan mencetak.

Pencetak dan aksesori

Pencetak diperlukan untuk mencetak maklumat (hard copy) yang dikehendaki. Pemasangan driver amat mudah untuk pencetak keluaran terkini. Masuk saja driver CD-ROM ke pemacu CD-ROM komputer, ikut arahan dan dengan sekelip mata pemasangan selesai.

Aksesori Pencetak

Semasa membuat pembelian pencetak, pastikan diberi manual, adapter (untuk

sesetengah pencetak), satu kartrij inkjet dan driver CD-ROM. Kabel pencetak tidak dibekalkan dan harus dibeli berasingan atau diberi oleh penjual pencetak atas dasar persefahaman.

Pandangan sambungan pencetak di port LPT1 di panel belakang komputer ATX. Kini ada pencetak yang menggunakan port USB untuk mempercepatkan proses mencetak.

Keterangan sambungan komponen-komponen di panel belakang komputer di atas.

Pencetak - Port LPT I (Line Printer Terminal 1) Adapter untuk pencetak - Disambungkan ke punca AC dinding Papan kekunci - Penyambung PS/2 papan kekunci di papan induk Tetikus - Port PS/2 tetikus Monitor - penyambung kad video dan satu kabel lagi ke bekalan elektrik.

Tips Penjagaan PC
Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer peribadi.

Penjagaan perkakasan komputer

Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer) untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik.

Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CDROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat.

Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.

Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari cara yang lebih sempurna.

Peralatan
Peralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut:

Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.

Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

Penjagaan Monitor
Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.

Monitor

Gu na tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor. Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD. Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil. Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana. Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal. Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan kotak komputer dan kandungan

Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.

Guna vakurn untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak komputer di bahagian-bahagian seperti dalam rajah di atas. Guna berus kecil untuk sampai di tempat-tempat terlindung atau sempit. Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa. Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah. Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih kurang 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan unit Bekalan Kuasa


Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan berlaku.

Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan dilaluan udara B. Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.

Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah udara masuk di bahagian B. Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan kuasa tidak dihalang.

Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabii seperti berikut:

Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding. Bekalan elektrik terlalu rendah (sag) menyebabkan komputer sering restart. Talian bekalan elektrik bising. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply) boleh menapis kebisingan dan menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Penjagaan CPU

Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba dibiarkan ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung tirus atau pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya. CPU tidak perlu dikeluarkan dalam proses ini. Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.

Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus


Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan fail yang kerap.

A - Papan kekunci Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil. Guna cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil. B - Tetikus Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD. Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus. Cuci pad tetikus dengan kain lembap.

Penjagaan Pembesar Suara dan Mikrofon

Sem ua perkakasan boleh dicuci sama ada dengan tisu atau kain lembap. Cecair pencuci CD dengan kapas boleh digunakan mengikut keadaan terutama kesan kotor pada perkakasan. Semasa memasuk dan mengeluarkan kabel kuasa atau kabel signal data, pegang di bahagian A dan bukan B bagi mengelakkan kerosakan kabel.

Rajah menunjukkan peralatanperalatan yang digunakan

Penjagaan Pencetak

Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau tisu lembap. Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus kecil. Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink atau kerana terlalu kering.

Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar masing-masing dan salah satu cara seperti di bawah.

Guna pin penebuk untuk membuat lubang kecil di tepi kotak ink dan isikan sehingga separuh. Biasanya satu botol ink refill boleh diisi

sebanyak dua kali ke dalam kartrij. Penutup botol refill harus sentiasa ditutup untuk elak dari kecederaan kepada pengguna. Ambil pita yang dibekalkan untuk menutup lubang agar ink nanti tidak mengalir keluar atau tertumpah. Kartrij ink boleh digunakan sebanyak lima kali atau lebih.

Penjagaan Perisian - Win95


Buat satu disket sistem dan salinkan fail-fail penting ke disket. Labelkan disket sebagai disket No.1. Tujuan fail-fail disalin untuk membuat partition dan format cakera keras.

Salin config.sys dan autoexec.bat dari direktori pangkal (root directory) ke satu disket kosong dan labelkan disket sebagai disket No.2. Salin semua fail *.ini dalam direktori Windows ke disket yang sama. Bila berlaku kecemasan seperti sistem kaput atau rosak, salin semula fail-fail ke direktori yang disalin terdahulu menindih fail-fail lama. Cara ini kadangkala dapat membaiki kerosakan tanpa membuat perkara-perkara yang lebih drastik. Tanda * dalam *.ini bererti ia mewakili nama-nama fail dalam kumpulan 'ini'.

Setelah kesan fail-fail '*.tmp' (biasanya dalam direktori Temp) dan 'flleOOO?.chk' (biasanya dalam direktori pangkal), padamkan fail-fail berkenaan. Caranya seperti dilakukan di bawah. Membuang fail-fail tersebut dapat menambah ruang cakera keras.

C:\>find *.tmp/s <Enter> C:\>?\?\del -*.tmp <Enter> (? direktori di mana fail berada)

Jalankan program anti-virus, chkdsk dan scandisk setiap minggu atau bila disyaki sistem tercemar. Buat defrag pada cakera keras setiap minggu atau sebulan sekali. Tujuan dilakukan semua perkara ini bagi sistem tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau fail.

Driver Perkakasan
Simpan semua disket atau CD-ROM serta manual yang dibekalkan kerana sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula dengan mudah, Salin semua driver ke satu direktori dalam

cakera keras satu tindakan yang bijak, memandangkan hayat disket terlalu singkat dan mudah rosak. Driver yang dibekalkan dalam CD-ROM amat dialu-alukan kerana ia senang disimpan dan boleh tahan bertahuntahun lamanya.

Win95 - Backup Registry dan konfigurasi.


Buat satu disket kecemasan (Emergency Recovery Disk) menggunakan CD-ROM Win95. Sebelum itu disket diformat dengan sistem agar boleh digunakan terus bila komputer hendak dibaiki.

Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D;

Klik Start, Run (taipkan D untuk pemacu CD-ROM D: klik Browse, Other, Misc, ERU, ERU, klik Open dan akhir sekali klik OK. Ikut arahan sehingga selesai dan simpan disket di tempat yang selarnat untuk digunakan nanti jika perlu. Fail-fail yang disimpan dalam disket ERD kebanyakanya dalam bentuk mampat seperti ERD, config.s_s, autoexec.b-t, win.ij, system.H, protocol-U, user.d-t, system.d-t, io.s_s, command.c_m dan msdos.s-s.

Sekiranya komputer mula meragam, masukkan disket di pemacu A, hidupkan komputer, semua fail-fail dalam sistem seperti di atas akan digantikan dan komputer akan berfungsi semula. Kalau komputer masih tidak boleh dibaiki dengan cara ini, siasat program terakhir atau pemacu perkakasan yang bermasalah. Buangkan dan pasang semula dengan driver terkini.

Buat satu salinan sandaran (backup) semua fail-fail konfigurasi penting dengan CD-ROM Win95. Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D; Klik Start, Run (taipkan D untulk pemacu CD-ROM D:), klik Browse, Other, Misc, Cfgback, Cfgback, klik Open dan akhir sekali klik OK. Ikut arahan dan masukkan nama backup untuk rujukan bila tiba masanya nanti. Sandaran yang dibuat disimpan dalam cakera keras. Sekiranya ingin restore Windows yang bermasalah, masukkan CD-ROM Win95 dan taip seperti baris di atas semasa membuat salinan sandaran, pastikan fail backup terakhir atau yang boleh dipercayai digunakan. Tanda fail sandaran berkenaan dan tekan kekunci Enter, tunggu sehingga selesai dan sistem akan beroperasi semula.

Win98 - Backup Registry


Win98 ada kemudahan tersendiri dalam membuat backup registry. Setiap kali komputer dimulakan, akan tersimpan satu salinan backup untuk digunakan bila keadaan memaksa. Secara manual boleh juga dilakukan iaitu dengan menjalankan program sistem informasi seperti di bawah.

Klik Start, Programs, Accessories, System Tools dan System Information.


Teting kap A seperti di sebelah akan terpapar, klik Tools serta Registry checker. Bila Skrin B muncul, klik Yes (C) dan kemudian OK (D). Satu salinan backup akan tersimpan untuk digunakan pada saat-saat diperlukan nanti.

Untuk membetulkan sistem yang meragam setelah tersilap membuat pemasangan perisian atau pemacu perkakasan, satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menjalankan program 'restore' dari simpanan (backup) registry.

Mulakan komputer sambil menekan kekunci Ctrl sehingga muncul paparan 'Microsoft Windows 98 Startup Menu' dan pilih safe mode command prompt only. Kadang-kadang sistem yang bermasalah akan terus ke suasana safe mode.

Di skrin akan dipaparkan prom DOS dan seterusnya taip seperti berikut:

C:\Windows>scanreg/restore <Enter>

Lima senarai registry yang terakhir dipaparkan dengan tarikh-tarikh bila ia dibuat. Seharusnya pilih satu backup semasa sistem bekerja dengan baik dan tidak bermasalah. Pilih tab restore dan kalau semua berjalan dengan baik, sistem operasi akan dapat dijalankan semula dengan sempurna.

Paparan di atas akan muncul bila registry cuba dibetulkan dengan fail scanreg yang tersimpan dalam Win98.

Apa itu virus?


Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Chernobyl Serangan virus boleh berlaku dengan cara ia akan bertindak pada tarikh-tarikh tertentu atau beberapa kali pengguna menekan kekunci tertentu. Contoh virus tersebut ialah virus Chernobyl yang menyerang pada 26 April lepas atau tahun sebelumnya. Virus tersebut mampu memadam kandungan rekod but utama (Master boot record) serta BIOS dan menghilangkan data-data dalam cakera keras, membuat perkakasan-perkakasan seperti papan induk dan cakera keras tidak boleh digunakan lagi.

Kerosakan BIOS dikira serangan yang paling hampir kepada kerosakan perkakasan. Biasanya serangan virus ditujukan kepada program-program dalam sistem operasi (perisian) dengan memusnahkan fail-fail penting. Sistem akan lumpuh sekiranya tiada ubat yang tepat untuk memulihkan keadaan. Perkembangan dan berita-berita mengenai virus harus diikuti setiap masa dari media massa atau Internet. Setiap amaran serangan virus diberi perhatian walau sekecil manapun.

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programerprogramer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program antivirus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

Nota: *.com di atas bererti nama fail seperti command.com atau format.com.

Apa litu pepijat Y2K?


( dalam kenangan)

Y2K ialah Alaf Baru atau 'Year 2000' yang akan membawa beberapa kesan terhadap bidang IT (Information Technology). Y bermaksud tahun, 2 pula angka 2 dan K ialah Kilo atau ribu (000).

Komputer jenama IBM dibina pada tahap yang amat kerdil diawal 80an. Storan terlalu kecil dan setiap bait (byte) sangat berharga. Satu cara penjimatan adalah dengan mengurangkan angka pada tahun, iaitu dari 4 ke 2 sahaja (1980 jadi 80). Kian hari storan kian bertambah untuk menampung program yang besar dan sesetengah pengeluar perisian atau perkakasan (BIOS) mula menggunakan 4 angka bagi tahun. Apabila tiba pada tahun 2000, perisian atau perkakasan-yang masih tinggal pada tahun 2 angka akan menghadapi masalah. Masalah ini dipanggil 'bug' atau pepijat dalam dunia IT. Komputer beranggapan tahun 2000 itu 1900 dan kemungkinan sistem bercelaru. Sistem yang dikeluarkan pada tahun 1997 ke atas mematuhi Y2K. Tarikh keramat itu telah berlalu dan syukur ia berlalu tanpa sebarang masalah.

Semasa ingin membuat pembelian perkakasan, perhatikan logo di kotak dan cip BIOS yang menyatakan ia Y2K compliant'. Cara ini yang paling selamat bagi menentukan perkakasan mempunyai persediaan Alaf Baru.

Apa itu Overclocking?


Overclocking atau lampau detik merujuk kepada kelajuan CPU pada tahap yang lebih daripada yang sebenarnya, biasanya ke satu atau dua tahap dari kelajuan CPU. Tujuannya untuk meningkatkan kelajuan CPU tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, CPU 600MHz ditingkatkan antara 650MHz hingga 800MHz. Tiga cara boleh dilakukan seperti menukarkan ketetapan jumper di atas papan induk atau di dalam CMOS Setup, meningkatkan sistem bas (FSB) dan menukarkan voltan operasi CPU.

Kelajuan dikira dengan cara mendarab sistem bas dan multiplier seperti dalam rajah di bawah (A) iaitu 100X6 untuk kelajuan CPU asal. Dalam rajah bahagian B, CPU ditingkatkan kepada 650MHz dengan menukarkan jumper ke multiplier 6.5. Dalam rajah bahagian C, bas 100MHz boleh ditingkatkan kepada 133MHz mengikut kernampuan sesetengah papan induk. Kelajuan CPU boleh mencapai ke tahap 800MHZ iaitu anggaran dari kiraan rajah C. Menukarkan voltan operasi CPU memerlukan kepakaran tinggi, rujuk manual atau laman web untuk keterangan lanjut. (www.anandtech.com atau www.tomshardware.com).

Kebaikan kepada tingkatan ini, tentunya melajukan lagi prestasi komputer. Keburukannya pula, sekiranya tidak berhati-hati, ia boleh merosakan CPU dan keseluruhan sistem. Ini berlaku akibat dari kepanasan CPU yang bertambah sehingga kadang-kadang boleh mencairkan soket. Pemasangan kipas 'heavyduty' boleh menyelesaikan masalah ini. Sekiranya selepas overclocking, sistem tidak stabil, meragam atau panas tidak menentu, tukar ketetapan jumper ke asal dan lupakan overclocking sama sekali.

Selain melajukan CPU, ada beberapa perkara lain yang boleh meningkatkan prestasi komputer seperti menambah RAM fizikal, menukar cakera keras jenis 7200 rpm atau berasaskan sambungan SCSI, kad video grafik AGP dengan RAM jenis DDR sebanyak mungkin dan papan induk yang mempunyai cache yang banyak.

GLOSARI
AC - Alternating current (Arus elektrik). Bekalan kuasa elektrik bervoltan 240V, dibekalkan oleh Tenaga Nasional, Malaysia.

AGP - Port AGP untuk kelajuan data video dihantar ke monitor iaitu sebanyak dua kali ganda berbanding kad video PCI. AGP bermaksud Accelerated Graphics Port terdapat dikebanyakan papan induk ATX. Di bawah diturunkan sukatan kelajuan bas serta jumlah penghantaran data di slot PCI dan AGP untuk perbandingan. Sistem operasi Win98 ke atas menyokong kelajuan AGP 4X dan sebaliknya Win95 ke bawah dan WinNT 4.0 tidak sama sekali.

AT - Teknologi masa depan (Advanced Technology) iaitu nama yang direka sejak awal komputer dibina pada tahun 80an.

Basic System - Komputer Sistem Asas, terdiri dari komputer yang tidak ada bunyi dan tidak boleh Internet.

BIOS - Basic Input-Output System ialah satu cara di mana sebuah cip digunakan bagi komputer beroperasi dengan sistem mengenai perkakasan.

Browser - Perisian pelayar digunakan untuk melayari Internet seperti Internet Explorer, Netscape, Opera dan lain-lain lagi.

Cache - Satu jenis memori yang terdapat pada sesetengah CPU dan papan litar. Ia digunakan bagi CPU menyimpan data bagi kepantasan pengambilan balik sebelum ke storan HDD. Dalam dunia Internet, cache lebih merupakan sebuah direktori menyimpan fail-fail laman web yang dilawati.

CD-ROM - Compact disc bagi menyimpan data untuk dibaca oleh komputer sama ada program atau dalam bentuk lagu. CD-ROM drive ialah pemacu CD-ROM yang cuma boleh membaca data dari CD atau VCD.

CMOS - Complementary metal-oxide semiconductor, maklumat perkakasan komputer.

cip yang menyimpan

CPU - Central processing unit, pusat memproses data pada keseluruhan sistem komputer.

DC - Direct current iaitu sumber kuasa seperti dari sebuah bateri.

DOS - Disk operating system. Sistem operasi untuk komputer sebelum adanya Window3.11, Win95 atau Win98.

EDO - Extended Data Out iaitu RAM jenis laju satu ketika dulu, biasanya digunakan untuk sistem Pentium lama (papan induk Socket 7).

FDD - Floppy Disk Drive (pemacu cakera liut). Digunakan untuk menulis dan Membaca disket.

FPM - Front Page Mode iaitu RAM yang biasa (normal RAM) untuk papan induk 486.

FSB - Front Side Bus bererti kelajuan antara CPU dan memori (RAM). Kelajuan papan induk 100 MHz bererti CPU dan RAM berinteraksi setakat kelajuan itu saja.

Hardware - Perkakasan komputer terdiri dari kad-kad litar, tetikus, papan kekunci, monitor dan lain-lain lagi.

HDD - Harddisk drive atau pemacu cakera keras iaitu storan untuk menyimpan data dan sistem operasi.

Internet - Rangkaian komputer global yang terdapat berbagai-bagai maklumat untuk rujukan,

Internet Ready - Sistem komputer yang dibekalkan modem untuk kemudahan Internet.

ISP - Perkhidmatan Penyedia Internet (Internet Service Provider), seperti namanya memberi perkhidmatan sambungan ke Internet. Antara ISP yang aktif di Malaysia ialah Tmnet dan Jaring.

LED - bererti diod pemancar cahaya (light emitting diode) merupakan diode semikonduktor kecil yang memancarkan cahaya. la murah dan beroperasi dengan voltan rendah serta jangka hayat yang panjang.

MB - Megabyte iaitu dalam angka juta. 1MB bersamaan sejuta byte atau sebenarnya 1,048,576 bait dalam kiraan binari.

Mb - Megabit iaitu yang berkenaan kelajuan penghantaran data seperti melalui perkakasan modem.

Motherboard - Papan induk di mana diletakkan berbagai-bagai jenis kad seperti kad bunyi, kad video, modem dan lain-lain lagi.

MP3 - Motion Picture Experts Group (MPEG) Audio Layer 3 berkenaan fail audio yang dimampat dan dimainkan dengan perisian MP3. Kualiti MP3 setanding media CD (cakera padat).

MPC - Multimedia Personal Computer yang mempunyai sistem multimedia di mana komputer boleh memainkan VCD, CD dan boleh berkaraoke.

Network - Komputer yang disambungkan di antara satu sama lain dan boleh menyalin atau menghantar fail-fail sesama sendiri.

RAM - Random access memory (Memori ingatan rawak). Memori sementara yang digunakan oleh komputer tersimpan dalam RAM dan akan hilang bila komputer ditutup

SCSI - Singkatan dari Small Computer System Interface, antaramuka sambungan ke perkakasan jenis SCSI seperti cakera keras dan pencetak. Perkakasan . menggunakan SCSI lebih laju dan mahal berbanding jenis IDE dan port bersiri (LPT1).

Stand-alone - Sebuah komputer yang bekerja sendirian dan tidak mengharapkan bantuan komputer lain.

SVGA - Super Video Graphics Adapter, kad video yang mempunyai resolusi yang baik.

Software - Perisian di dalam komputer, membolehkan kita menggunakannya untuk melaksanakan berbagai-bagai tugas dengan mudah.

Papan kekunci - Cara data dimasukkan ke dalam PC iaitu dengan menaip di papan kekunci dan ia bertindak sebagai peranti input.

PC - Personel computer, sebuah komputer peribadi yang tidak dirangkai ke mana-mana.

PCI -Peripheral component interconnect, slot tambahan untuk perkakasan 32-bit.

PnP - Plug and Play bermaksud kad-kad yang menggunakan sistem PnP dengan mudah dikesan oleh sistem seperti Win95, Win98, WinMe dan WinXP.

POST-Bermaksud power-on self test bertujuan menguji perkakasan seperti RAM, HDD, tetikus dan papan kekunci semasa komputer dihidupkan. Sekiranya kerosakan dikesan, kod beep akan dibunyikan oleh sistem.

USB - Universal serial bus, komponen yang dicipta untuk mempercepatkan penghantaran data antara perkakasan yang disambungkan dengannya. Perkakasan boleh disambung tanpa menutup sistem atau diistilahkan sebagai 'hot plugging'. Perkakasan-perkakasan jenis USB yang boleh disambungkan ke soket USB komputer seperti pencetak, modem, tetikus, papan kekunci dan sebagainya. USB 1.1 boleh memindah data dengan kelajuan 12 Mbps iaitu 12 megabit sesaat dan yang terbaru USB 2.0 pula selaju 480 Mbps. Cara pemindaHan data yang terbaru dan menjadi saingan USB ialah FireWire yang mampu beroperasi dengan kelajuan 400 Mbps.

VCD - Video compact disk (Video cakera padat) bererti cakera padat yang dimuatkan data video bergerak seperti wayang gambar untuk dimainkan dengan pemacu CD-ROM.

VGA - Video graphics adapter juga dipanggil kad VGA untuk disambungkan ke monitor. Paparan yang baik dan sempurna memerlukan kad video yang mempunyai RAM yang banyak.

You might also like