You are on page 1of 16

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM VERSI 2.

1.0

Pengenalan Aplikasi Markah Kokurikulum Versi 2.0 ini berbeza sedikit dari Versi 1.0 yang lalu. Aplikasi kali ini tidak mengambil senarai nama murid dari Sistem Maklumat Murid (SMM) tetapi dari dua sumber lain iaitu:i) ii) Dari Aplikasi Pendaftaran Calon SPM Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Dari Aplikasi Pendaftaran Calon STPM Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tujuan perubahan di atas adalah untuk mengurangkan kerja pengisian data dan mengelakkan kesilapan pengisian data di peringkat sekolah. Pihak sekolah hanya dikehendaki mengisi markah akhir 10% Kokurikulum sahaja. Maklumat-maklumat lain seperti Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama, Tingkatan, Jantina dan lain-lain tak perlu diisi lagi. Hanya lima langkah mudah untuk pihak sekolah bertindak supaya markah kokurikulum murid T5 dan T6A sampai ke Bahagian Sekolah KPM iaitu :i) ii) iii) iv) v) Install Aplikasi Import Data Calon SPM/STPM Isi Markah Cetak Laporan dan Eksport Data

2.0

Objektif 2.1 Mengelakkan kerja berulang menaip dan mengisi borangborang di peringkat sekolah Mengurangkan kesilapan dalam memberi maklumat dan mengisi data Menyeragamkan format Borang Markah Kokurikulum di semua sekolah. Memudahkan Jawatankuasa di peringkat Kementerian membuat rujukan, semakan, pertimbangan dan keputusan . Menyimpan rekod dengan lebih kemas dan sistematik.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1

2.2

2.3

2.4

2.5

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

3.0

Keperluan Asas Aplikasi 3.1 Aplikasi Markah Kokurikulum ini dibina berasaskan MS Access versi 2002-2003. Untuk mendapatkan maklumat asas Calon SPM, pengguna perlu dapatkan data dari Aplikasi Online Pendaftaran SPM Lembaga Peperiksaan. Untuk maklumat Calon STPM pengguna perlu dapatkan data dari Aplikasi Pendaftaran STPM Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk panduan untuk mendapatkan fail berkenaan.

3.2

4.0

Installasi Aplikasi 4.1 CD Aplikasi mempunyai butang dan panduan mudah untuk proses installasi. Sila ikut arahan seperti ringkasan berikut:-

4.2

Klik butang Install dan satu folder baru C:\koku akan dibina . Semua fail-fail yang berkaitan dengan Aplikasi Markah akan dihantar ke folder ini.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

4.3

Folder C:\koku yang telah dibina akan mengandungi komponen fail-fail yang berikut:-

4.5

Satu Shortcut ikon akan dibina di desktop untuk memudahkan pengguna memulakan aplikasi.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM 5.0 Memulakan Aplikasi 5.1 Mulakan aplikasi dengan dwiklik Shortcut ikon di desktop

5.2

Satu form Login seperti ini akan dipaparkan.

5.3

Pengguna mesti memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang betul kemudian klik butang Teruskan. Sebelum memulakan proses memasukkan data, pengguna mestilah terlebih dahulu menyemak Regional Settings komputer masing-masing supaya seragam dengan keperluan server KPM. Kegagalan menyeragamkan Regional Settings akan menyebabkan data sekolah anda tidak dapat diimport ke komputer lain peringkat Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk menyemak Regional Settings, satu kaedah mudah telah disediakan dalam menu aplikasi. Sila pilih pada menu Kemudahan Regional Settings . Paparan berikut akan kelihatan:-

5.4

5,5

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

5.6

Sila pastikan Bahasa/Negara: ialah English (United States) / United States dan semua komponen lain regional settings adalah dipapar OK. Jika tidak, sila klik butang Betulkan Secara Automatik . Proses menyemak dan membetulkan Regional Settings ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja bagi mana-mana komputer yang ingin menggunakan aplikasi ini. Bagi komputer yang environment Regional Settings dikawal oleh software tertentu (seperti Arabic Windows, Chinese Star dan sebagainya) adalah tidak digalakkan digunakan untuk aplikasi Markah Kokukurikulum ini. Sila guna komputer lain.

5.7

6.0

Mengimport Data 6.1 Untuk mendapatkan maklumat asas calon SPM dan calon STPM masuk ke dalam Aplikasi Markah Kokurikulum ini, beberapa langkah mudah perlu dilakukan seperti berikut. Untuk mendapatkan Senarai Calon SPM, sila letakkan satu fail yang dinamakan calonSPM.htm di dalam folder C:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail-fail dalam folder ini adalah seperti berikut:-

6.2

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 5

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

6.3

Fail calonSPM.htm ini mengandungi maklumat calon SPM yang boleh diperolehi dari Aplikasi Onlne Pendaftaran Peperiksaan SPM Lembaga Peperiksaan. Sila dapatkan fail ini dari Setiausaha Peperiksaaan SPM peringkat sekolah masing-masing. Panduan ringkas mendapatkan fail calonSPM.htm ini adalah seperti berikut:Melalui laman web Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPT) LPM di alamat http://lpm.gov.my/ , selepas masuk ke dalam talian, sila pilih link Laporan Pendaftaran.

6.4

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 6

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

6.5

Sila pilih Senarai Calon Mengikut Pusat, Dari paparan laporan Senarai Calon Mengikut Pusat ini, sila klik kanan atau dari menu File pilih File Save As .. dan Save kan fail ini sebagai nama calonSPM.htm

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 7

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

6.6

Sila tukar nama fail :Sekolah Senarai Calon Berdaftar Mengikut Pusat.htm kepada nama : calonSPM.htm Guna fail calonSPM.htm ini untuk di paste kan ke folder c:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail ini seperti berikut:-

6.7

6.8

Untuk mendapatkan maklumat asas calon STPM masuk ke dalam Aplikasi Markah Kokurikulum ini, beberapa langkah mudah perlu dilakukan seperti berikut. Dari Aplikasi MPM: SPSTPM_V3.0 , txt fail Daftar Calon STPM yang diperolehi contohnya: STPM_SP3011-131107.txt Sila tukarkan terus nama fail ini sebagai : calonSTPM.txt

6.9

6.10

Guna fail calonSTPM.txt ini untuk di paste kan ke folder c:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail ini seperti berikut:-

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 8

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

6.11

Untuk mengimport masuk maklumat calon ke dalam Aplikasi Markah Kokurikulum , sila guna kemudahan yang terdapat pada Pulldown Menu seperti berikut yang terdapat di bahagian atas paparan muka hadapan.

6.12

Pilih menu Import dan pilih submenu Calon SPM atau Calon STPM mana yang berkenaan.

6.13

Menu Import JPN/PPD hanya untuk kegunaan peringkat PPD dan JPN untuk mengimport dan menggabung data dari sekolah-sekolah daerah masing-masing.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 9

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

6.14

Selepas klik menu Import Calon SPM, makluman proses import selesai dan klik OK.

6.15

Paparan muka hadapan dan sedikit maklumat asas sekolah yang ada mestilah disemak dan dilengkapkan. Medan Kod Negeri mesti diisi kerana diperlukan dalam laporan analisis.

6.16

Lengkapkan maklumat sekolah seperti contoh berikut:-

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 10

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM 6.17 Sekiranya klik menu Import Calon STPM, form Maklumat Asas Sekolah seperti ini akan muncul.

6.18

Selepas dilengkapkan Maklumat Asas Sekolah, klik butang Teruskan. Proses import data akan dilaksanakan.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 11

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM 6.19 Selepas selesai, makluman dipaparkan seperti berikut:- Klik OK.

7.0

Mengisi Markah 7.1 Klik menu Markah dan pilih SPM atau STPM untuk melihat senarai nama calon dan memasukkan markah kokurikulum.

7.2

Senarai nama calon dipaparkan dan disusun ikut Angka Giliran. Pengguna hanya perlu memasukkan Markah Akhir Kokurikulum bagi setiap calon.

7.3

Nilai Markah Akhir Kokurikulum setiap murid tidak boleh lebih


Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 12

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM dari 10.00 markah. 7.4 Nama, Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan adalah berdasarkan kepada pendaftaran peperiksaan. Sebarang pindaan tidak boleh dilakukan.

8.0

Mencetak Laporan 8.1 Senarai markah boleh dilihat dan dicetak dengan memilih menu Laporan.

8.2

Pilih menu cetak untuk mencetak senarai markah SPM atau STPM . Penguna JPN/PPD boleh buat pilihan sama ada mahu mencetak senarai satu sekolah atau semua sekolah dalam rekod. Klik selesai untuk keluar paparan laporan.. Terdapat menu Analisis untuk melihat dan mencetak Analisis Markah Kokurikulum Peringkat Sekolah, Peringkat Daerah atau Negeri. Klik pilihan untuk Analisis peringkat SPM atau STPM.

8.3

9.0

Mengeksport Data 9.1 Data markah Calon SPM dan Calon STPM ini hendaklah dieksport ke disket untuk dihantar ke PPD. PPD akan menggabung data semua sekolah untuk di hantar ke JPN. Pihak JPN akan menggabung dan mengeksport data seluruh
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 13

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM negeri ke Bahagian Sekolah, KPM. 9.2 Untuk mengeksport data sila pilih menu Eksport Data. Eksport

9.3

Paparan berikut akan muncul

9.4

Untuk peringkat satu sekolah, sila pilih Eksport Semua Data ke Disket A:\ . Pastikan pengguna masukkan disket di pemacu disket A. Klik batal jika ingin membatalkan tindakan. Klik OK selepas selesai eksport, dan labelkan disket dengan kemas. Untuk pengguna aplikasi peringkat PPD/JPN, anda boleh buat pilihan untuk mengeksport sekolah pilihan atau eksport
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 14

9.5

9.6

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM semua. 9.7 Import PPD/JPN ada kemudahan mengimport data dari sekolah-sekolah dan menggabungnya menjadi data PPD/JPN.

9.8

Klik butang Import data dari disket A:\ ke dalam pangkalan data dan diikuti dengan butang Gabung data yang telah diimport

10.0 Lain-Lain Kemudahan 10.1 Kemudahan Hapus Rekod dan Regional Settings disediakan.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 15

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

10.2

Sub menu hapus rekod ialah untuk tujuan memadam semua rekod dalam aplikasi. Untuk data PPD/JPN , menu ini digunakan untuk menghapuskan rekod mana-mana sekolah pilihan.

10.3

Pilih Kod Sekolah pilihan jika ingin menghapuskan rekod satu sekolah. Jika ingin hapus semua rekod, sila pilih butang Hapus Semua Rekod Kemudahan ke dua ialah menyemak Regional Settings. Proses import/Eksport akan gagal jika regional settings tidak seragam. Sila pastikan semua komponen regional settings adalah OK.

10.4

11.0 Keluar Aplikasi 11.1 Untuk keluar aplikasi dan selesai, sila klik menu Keluar dan keluar aplikasi.

BS/KPM/22112007/mya.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 16

You might also like