You are on page 1of 11

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

BERWUDUK SEBELUM TIDUR ELAK GANGGUAN SYAITAN

Posted by: ahmadzaki on: 06 Sep, 2008

Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda:


“Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti
wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan
Imam Muslim).

Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah


mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana
maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan
suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan
diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan
takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

1. Mengambil wuduk
2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada
Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur
hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar)
34 kali..
3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta
melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan
diulang tiga kali.

4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-


Naas
5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan
sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan
berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.
6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya
antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut
nama-Mu aku mati dan hidup”.
7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu
adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu
menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui
Allah SWT.

Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi


seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah
bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang
buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu
bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah
perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu
tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim) Apabila
bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan
menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah
memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali,
berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang
pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh
menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.Sumber :
http://www.bharian.com.my

MENGUSIR GANGGUAN MAKHLUK HALUS


« on: August 09, 2007, 06:16:46 AM »

Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang


sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala
klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda
berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain
dengan kaedah berikut ini.

Untuk diri sendiri.

1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu


segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan
kepada sesuatu yang suci.

2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah


SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang
senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang
sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar
(Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah
"Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan
lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan
ghaib untuk dapat menembus kita.

3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat,


seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya.
Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita
mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah
mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.

4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan,


segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat
adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu
solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera
diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala
gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.

5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi
sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau
berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun

Untuk orang lain.

Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari
makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:

1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala


macam hadas.

2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan


iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan
kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis
gangguan.

3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah...
sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah
SWT dekat dengan kita.

4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya


33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.

5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.

6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri


dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.

Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat
menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu
kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin.

PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM

Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM)

SATURDAY, OCTOBER 07, 2006

KENA TINDIH (2)

Assalamualaikum ,

Pertama2nya, TAKZIAH kepada AJZIE, mama blogger kita yang IBUnya


tersayang dan RATU HATInya telah kembali ke Rahmatullah, hampir 3 minggu
dah rasanya. Walaupun sedih, saya yakin AJZIE sabar dan redha dengan
ketentuan Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah IBUnya.

*************************************

Ok..saya tergerak nak respon semua komen entri KENA TINDIH yang saya
simpulkan ada yang;

1. yakin ia 100% disebabkan sleep paralysis


2. dua sebab pun ada; sleep paralysis n gangguan syaitan
3. tak pernah experience & tak mau kena (betul tu, once kena ganggu, selalu kena
mcm saya),
4. bab tindih menindih sesame manusia tu, hehe..TST. tak pe, lawak bulan
RAMADHAN…

PENDAPAT SAYA SENDIRI? Saya menerima yang no. 2 tu..terutama bab


gangguan syaitan. Kenapa ya? Sebabnya saya dah biasa kena. Dah kawin ni
sesekali kena gak, Cuma tak sekerap masa belajar dulu. Antara yang saya masih
ingat;

1. Pertama kali kena, tidur rmh makcik, temankan dia sebab pakcik tak de kat
rmh. Saya, makcik n sorang lagi makcik tidur kat ruang tamu. Tempat
pembaringan saya paling hampir dengan pintu nak ke dapur & tandas. Saya tak
tidur lagi masa tu, yg lain dah masuk alam mimpi agaknya. Tak berapa bleh nak
tidur, akhirnya masa saya rasa nak terlelap, saya terdengar bunyi orang berjalan
di dapur, walhal 2 makcik saya ada bersama. Dan bila saya cuba mengiring ke
sebelah pula, tiba2 badan saya terasa kena himpit..kelam kabutlah jugak, sbb
first time kena.

2. Saya di lower six sementara, tinggal kat asrama. Masa tu tak boleh lelap
langsung, entah kenapa, puaslah saya cuba lena, tak boleh. Tapi by the time nak
rasa tidur betul tu, tiba2 badan saya kena himpit..puas juga cuba lepaskan diri.
Akhirnya berjaya ngan bacaan ayat2 tertentu. Masalahnya, saya dpt rasa mcm
nak kena tindih lagi, akhirnya saya bangun dan pergi ke katil kawan, tumpang
kat katil dia, saya dah baring tu pun rasa nak kena tindih lagi..sabor jeklah. Tp
tak berjaya ‘benda’ tu.

3. Masa di matrikulasi, ini paling dahsyat pada saya bab kena tindih,. Sila klik kat
sini: http://widaad98.blogspot.com/2006/03/citer-hantu-ii.html - citer di tahun
1: blok A, no. 3 (sebab saya boleh nampak dan lepas bergelut tu saya rasa saya
terpijak badan benda tu) dan tahun 2 (saya berlawan cakap n kena tindih).

4. saya di tahun 1 di main campus, sama mcm kes no. 2. saya kena tindih, saya
berjaya lepaskan diri, dan berpindah ke bilik kawan, masalahnya kat katil kawan
tu pun saya macam nak kena tindih lagi.

5. dan dah kawin ni, bila saya rasa tak blh nak tidur, lepas tu cuba lelapkan mata,
tak lama tu boleh terasa mcm benda tu dating n nak menghempap kita, yg best tu
terasa dia melantun semula sebab tak boleh nak hempap..masa ni mmg
strugglelah tak bagi dia dpt hempap betul2. Saya, kalau dah tutup lampu, tp
gelapnya lain mcm, ha..siaplah..kalau org dah biasa kena ganggu dek setan, dia
boleh tau gelap lain macam tu maksudnya mcmana. Saya pun tak tau, nape kena
benda2 mcm ni, sbb sejak kecil dah kena. Ramai cakap, sbb saya ni lemah
semangat. Tak taulah..

hehe..itu saya tak citer lagi,saya dah dua kali terkena dlm tidur saya rasa saya
ketawa mengilai2..tapi bila terjaga, rupanya saya bermimpi. Sebabnya suami tak
menegur pun saya ketawa dlm tidur. Yg peliknya, dua2 ni masa saya tgh hamil.
Cuma masa mengilai tu, saya tau itu bukan saya, Cuma saya tak boleh kawal diri.
Oh ya.. suami saya pun tak tau citer ni hehe.

**********************

Menu apa berbuka petang ni? kami ada jemputan, insyaAllah, akan pergi.

Tak shopping ke ari ni? Kami tak pergi.

Kalau tak bershopping, rehat2 kat rumah tu elok gak..tp, untuk suami isteri tu
takleh dekat2 sangat, sebab "karan"nya double bulan posa ni...

POSTED BY KAKLONG SYIKIN AT 10:39 AM 28 COMMENTS LINKS TO THIS POST

LABELS: KEMATIAN, RAMADHAN, SERAM, UMUM


WEDNESDAY, OCTOBER 04, 2006

KENA TINDIH

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi dengan anda info yang saya dapat melalui
fwd email ini;

Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..

Just to share...
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih
ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk
seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan


seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak
mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun
jujur
pernah

ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah


dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh
bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh
gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5

minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena


hempap
dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan


manusia..... barula
aku tau kebenaran dia....

ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama


medical
nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah


condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang
temporary (sementara). ....

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido


(hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido
(hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur
yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu
nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau
badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off
kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular


activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia
pun auto switch off RAS

ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas


etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully


awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan
oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa
badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg
menakutkan tapi benar....

tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2


partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu
jari, tp badan lain lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali


dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk
auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender
bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender
sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh men trigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular


sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la
ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga,


kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam


biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat
gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt
contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Sumber:internet

****************************
p.s. tengah tak de mood nak berblog; nak create
ayat bagai...tu yg masukkan forward email ni :D

p.s. terima kasih pada HotMama yang sudi


menefon saya semalam. Lama kami berbual, dan
terpaksa stop sbb baby Aidan nak menyusu. HM,
seronok bercakap ngan u, ramahlah...suka
ketawa orangnya..happy go lucky person :D.

Posting pada: 17-12-05 19:07


Tajuk ni menarik perhatian saya.

Nampaknya saya senasib dengan sdr ridwan_daie.


Saya boleh simpulkan bahawa terdapat dua faktor badan
terasa kena tindih:

1. Mungkin faktor keletihan yang boleh menyebabkan


badan terasa tegang, tak dapat bergerak kerana
peredaran darah tidak lancar. Sejauh mana benarnya,
ia masih belum terbukti.
2. Faktor makhluk halus khususnya jin.
Pada pandangan saya inilah faktor terbesar manusia
kena tindih. Bagi saya tidak syak lagi.

Cuma, kita kena kaji Kenapa manusia kena tindih.

1. Mungkin agaknya, tertindih jin tu atau anak pinak dia


masa nak baring.

2. Memang perangai jin suka ganggu manusia,


saja nak cari pasal.

3. Mungkin jin penduduk asal tempat tu.


Tak nak orang lain kacau dan duduk kawasan tu.

4. Mungkin jin suka dengan orang


yang kena tindih tu dan sentiasa mengekori
orang tu ke mana saja orang tu pergi. Inilah yang dialami
oleh saya. Nak kata saya handsome, tak jugak.

Kawan saya kata, dalam badan manusia ni


ada satu titik yang jadi daya penarik yang menyebabkan makhluk
halus tersebut suka dan mengekori seseorang itu.
Dan saya adalah salah seorang manusia tersebut.
Sejauh mana benarnya sebabnya saya tak pasti.

Yang pasti, saya masih diekori oleh jin itu


ke mana saja saya pergi sejak 10 tahun yang lalu.
Kalau siang, kadangkala ia berbunyi di luar rumah
seperti bunyi kelawar atau tikus: "Cit... Cit... Cit..."
Waktu malam ia lebih kerap berbunyi. Kadangkala
ia boleh mengganggu emosi saya walaupun
saya buat tak tau.

Satu lagi, dalam satu hari pasti ada bunyi nyaring


di telinga saya, biasanya di sebelah kanan.
Saya seperti mengibas-ngibas telinga saya
seperti mengibas lalat untuk menghilangkan
bunyi tersebut.

Dari 1996 hingga 2002, saya ditindih


hampir setiap hari. Masa tu memang tension sungguh.
Bukannya tidur malam.. Tidur malam tak pela.
Memang la dah siap baca ayat kursi dan sebagainya.
Waktu siang lah. Baru saja nak lelap, baru balik study,
dah kena tindih. Masa tu nak rehat saja, bukan
nak tidur sangat. Tak baca la apa-apa.
Tapi nak terlelap, kena jugak tindih.
Nak buat macam mana?

Nak kata saya tak berubat atau tak berikhtiar?


Rasanya dah hampir 10 bomoh dah saya jumpa.
2-3 hari ok la. Lepas tu kena balik. Akhirnya
saya buat kesimpulan bahawa benda ni
takkan dapat dihilangkan daripada saya. Ia akan
terus mengekori saya merentasi tempat dan masa.
Tekad saya, tak kira siang atau malam, kalau
nak tidur, saya akan baca ayat2 perlindungan
daripada Allah. Itu saja.

Alhamdulillah, walaupun bunyinya masih ada dan


ia masih mengekori saya, makhluk tersebut
tidak dapat menindih saya. Cuma boleh berbunyi
di telinga dan di luar rumah sahaja. Kadangkala
kena tindih tu sebab alpa tu, biasa la.
Dalam tiga empat bulan tu, ada la sekali.

Jadi tips saya sebelum tidur ialah ambil wudhuk dan:

1. Baca 10 ayat surah al-Baqarah.


Afdhalnya baca ayat 1-5, ayat kursi, ayat 256-257
dan tiga ayat terakhir surah.

2. Baca ayat 20-22 surah al-Hasyr.


Ayat mula: Lau anzalna hadzal qur'ana... akhir ayat.

3. Empat surah Qul: termasuk surah al-Kaafirun.

4. Baca selawat 19 kali.

5. Baca bismillah lengkap, 21 kali.

6. Baca doa tidur.

7. Ucap La Ilaha Illallah dan tidur.

InsyaAllah, kita akan tidur dengan aman dan


jika kita mati semasa tidur, kita akan masuk
syurga. Mafhum sabda Nabi s.a.w.:
Barangsiapa kalimah akhirnya sebelum mati
ialah La Ilaha Illallah, maka masuklah ia
ke syurga.

Wallahu Aa'lam.

-----------------
hidup diri dengan taqwa

Syukran atas pengalaman dan tips-tips yang telah


diberikan bagi mengelakkan daripada ditindih oleh jin.

Saya pun ada tips untuk dimanfaatkan bersama:

1. Bacalah ma'thurat yang dihimpunkan oleh As-Syeikh


Hasan Al-Banna. Tak kisah Wazifah kubra atau sughra.
Yang penting baca selepas solat Subuh dan Solat 'Asar.
Doa-doa dalamnya elok dibaca tiga kali kerana mengikut
hadis doa yang dibaca tiga kali akan dimakbulkan dan
diaminkan oleh malaikat.

2. Baca doa-doa dan zikir-zikir yang elok dibaca pagi dan


petang yang diterangkan oleh hadis-hadis sohih yang tidak
terdapat dalam ma'thurat. Doa-doa ini dengan izin Allah
menjadi pelindung daripada gangguan-gangguan
makhluk halus.
3. Sebelum baring di katil, menurut hadis, kita perlu mengibas
permukaan tilam dengan hujung kain dengan menyebut
nama Allah (paling mudah - bismillah atau subhanallah).
Tak kisah kain batik ke, kain pelikat ke atau kain selimut.
Yang penting ia kain. Gunanya untuk menghalau makhluk-
makhluk yang tak nampak tu dari lepak atas katil kita.
Selain itu zahirnya ia dapat membersihkan katil dari
kotoran atau debu-debu. Biasanya tempat yang lama
tidak diduduki, maka tempat itu jadi tumpuan jin.
Sebab itu katil, kita guna waktu malam saja. Waktu lain?
Sapa lagi, makhluk tu la yang lepak.

4. Tidur mengiring ke kanan mengadap ke kiblat.


Ini adalah sunnah Nabi s.a.w.

5. Baca ayat2 dan doa2 sebelum tidur dengan sungguh2.


Kadang-kadang berlaku jin menindihnya walaupun
telah dibaca ayat-ayat dan doa sebelum tidur. Tapi baca
dalam keadaan mengantuk, mamai atau separa sedar.
Sudah tentu tiada penghayatan terhadap ayat dan
doa yang dibaca selain akan tersalah makhraj dan
tajwid. Umpama rumah yang berlubang besar dindingnya,
senang pencuri nak masuk. Begitulah jin, senang mereka
nak tindih. Perkara ni perlu diberi perhatian serius.

Ada yang kata pintu depan dan belakang selari. Jadi


laluan jin. Itu saya kurang pasti. Tapi ada logiknya kerana
kebanyakan asrama biasanya semua pintu memang
selari. Jadi tak hairanlah jika kebanyakan kes tindih, histeria, kerasukan dan lain-lain gangguan berlaku di
asrama.
Jika benar, para arkitek perlu ubah kedudukan pintu asrama
supaya tidak selari.

Berdasarkan pengalaman saya, tidak kira posisi mana


pun kita tidur, kita akan tetap diganggu dan ditindih.
Saya sudah mengalami penindihan dalam semua posisi;
mengiring kiri, kanan, telentang, meniarap, berselimut
dan tidak. Semuanya saya dah kena. Cuma kadar tindih
yang berbeza. Bagi saya, jin suka tindih orang tidur telentang
dan meniarap. Saya rasa itu memang 'favourite' dia.
Cuma mengiring kadar tindihnya kurang.

Walaupun begitu, kita dah usaha dengan pelbagai cara.


Yang tinggal hanyalah tawakal kepada Allah melalui
bacaan Qur'an, zikir dan doa-doa sebagai pelindung
dari gangguan makhluk halus.

"Kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang


sempurna, daripada kejahatan apa-apa (makhluk)
yang telah Dia ciptakan."

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin....


http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=20436&forum=2&

You might also like