You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN 1.

MUQADDIMAH Program tadarus al-Quran adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi mencari bakat pelajar di dalam kemahiran al-Quran sebagai satu persiapan mewakili sekolah di dalam majlis tadarus al-Quran peringkat daerah Batang Padang. 2. MATLAMAT Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, dan berkhemah tinggi sesuai dengan tuntutan al-Quran. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban dan kemesraan antara pelajar walaupun dalam suasana pertandingan. 3.3 Mencungkil bakat sedia ada di kalangan pelajar dalam kemahiran al-Quran. 3.4Mencari wakil sekolah di dalam tadarus al-Quran sebagai persiapan dalam pertandingan peringkat yang lebih tinggi 4. JAWATANKUASA Pengerusi : Pengerusi BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Pengerusi BADANI Setiausaha : Setiausaha BADANI

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha BADANI Bendahari : Bendahari BADANI

AJK 5. AKTIVITI

: Semua AJK Tertinggi BADANI

a. Pertandingan tilawah al-Quran b. Pertandingan hafazan c. Pertandingan syarahan agama d. Pertandingan nasyid e. Pertandingan marhaban f. Pertandingan khat 6. KUMPULAN SASARAN Semua murid SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan. 7. Harapan Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid. 9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM . . 10. KELULUSAN PENGETUA Disediakan; ................................................... ( HJ JAMALUDDIN BIN HALID )

Guru Penasihat BADANI SMK Agama Slim River.

You might also like