You are on page 1of 23

1.

Pengenalan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan

selawat kepada Nabi pilihanNya Muhammad SAW. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kajian yang releven untuk memperkasakan para pelajar dalam dunia yang bergerak kearah aliran globalisasi disamping mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengkhususan masing-masing telah dapat disempurnakan. Kajian saya yang bertajuk PBB:Hak Asasi Manusia Sejagat ini diharap dapat memberikan sedikit sumbangan dalam mengembangkan pengetahuan bukan sahaja bagi saya yang mengkaji malah diharap dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain untuk kajian yang lebih lanjut. PBB adalah sebuah organisasi yang menjadi titik besar dalam pe nyatuan negaranegara sedunia. Jadi tidak hairanlah sekiranya, badan dunia ini bertanggungjawab dalam pemeliharaan hubungan dan penyelarasan antarabangsa. Bidang hak asasi manusia juga turut diambil berat oleh badan dunia ini dengan perlantikan Pesuruhjaya Tinggi khusus berkenaan hak asasi manusia. Inilah bukti kesungguhan PBB dalam pemantapan perlaksanaan hak asasi manusia sejagat. Hak asasi manusia juga bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah dipraktikkan sejak dari dahulu lagi dan sejarah membuktikan ia telah diamalkan sejak zaman feudal lagi sehinggalah sekarang. Maka tidak hairanlah, ia semakin berkembang dan banyak kupasan lanjut berkenaannya diperlukan. Namun yang menjadi persoalan adalah adakah PBB terus relevan sebagai pen dorong penaung hak asasi manusia sejagat dalam era globalisasi ini. Isu-isu semasa akhir-akhir ini sedikit sebanyak sebenarnya telah mencalar imej PBB. Lihat sahaja pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang menyerang Iraq yang langsung tidak dapat dihalang oleh PBB. Tetapi kita tidak boleh melihat kedaifan PBB sahaja, tetapi juga mengkaji sumbangan yang telah deberikan oleh badan dunia itu. Isu Apertheid misalnya boleh menjadi suatu contoh yang terbaik.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi sejarah PBB, maksud, struktur dan perkembangan hak asasi manusia, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan cabaran hak asasi manusia. Berdasarkan kajian dan pembacaan kami. Semua perbincangan dalam setiap tajuk dikupas untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai peranan PBB dalam hak asasi manusia. Rujukan tambahan melalui daftar bibliografi yang disertakan pada setiap perbincangan dan kajian lanjutan bagi menambahkan kefahaman berkenaan tajuk ini bol h e diteruskan lagi kerana perbincangan berkenaan tajuk ini semakin meluas dari masa ke semasa kerana ia bertindakbalas dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terma kasih kepada pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, En Kassim Bin Thukiman yang menjadi tempat rujukan saya untuk membuat kajian ini. Juga ibu bapa saya yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan untuk terus menimba ilmu pengetahuan di Universiti Teknologi Malaysia ini. Akhirnya saya memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat kepada semua pencinta ilmu pengetahuan yang terdiri dari golongan pendidik dan pelajar yang tidak jemu -jemu berusaha untuk memartabatkan Agama Allah SWT di muka bumi ini, serta berlindung kepadanya dari ilmu yang tidak bermanfaat. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

2.0

SEJARAH PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah organisasi antarabangsa

yang dianggotai oleh negara negara di seluruh dunia. Pertubuhan ini dibentuk pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California sebagai lanjutan kepada Dumbarton Oaks Conference di Washington DC. Perhimpunan Agong yang pertama yang disertai oleh 51 negara yang diadakan pada 10 Januari 1946 di Church House, London. Dari 1919 hingga 1946, satu persatuan yang sama diwujudkan yang dikenali sebagai Liga Bangsa-Bangsa. Persatuan ini boleh dianggap sebagai permulaan kepada PBB. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka kepada semua negara yang menginginkan keamanan dan menerima p iagam PBB. Perhimpunan Agong diadakan untuk menerima penyertaan anggota baru yang telah

dicadangkan oleh Majlis Keselamatan PBB. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

Nama "Bangsa-bangsa Bersatu", telah dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt, telah digunakan untuk pertama kalinya dalam "Deklarasi oleh Bangsabangsa Bersatu" pada 1 Januari 1942, semasa Perang Dunia Kedua, apabila wakil-wakil dari 26 negara berikrar untuk negara masing-masing untuk terus bersama-sama menentang Kuasa Paksi. Negara-negara mula-mula menubuhkan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk bekerjasama dalam perkara-perkara tertentu. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa yang ditubuhkan dalam tahun 1865 sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, dan Kesatuan Pos Sejagat telah ditubuhkan dalam tahun 1874. Kedua-dua organisasi itu sekarang adalah agensi-agensi istimewa dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam tahun 1899, Persidangan Keamanan Antarabangsa (International Peace Conference) telah diadakan di Den Hague, Belanda untuk memperkemas institusi institusi untuk menyelesaikan krisis secara aman, menyekat peperangan dan menggubal peraturan peraturan peperangan. Perhimpunan itu menyetujui Peraturan Penyelesaian Aman Untuk Persengketaan Antarabangsa (Convention for the Pacific Settlement of International Disputes) dan menubuhkan Mahkamah Arbitrasi Tetap yang mula dibuka pada tahun 1902.

Pendahulu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah Liga Negara-negara, sebuah organisasi yang dicetuskan dibawah keadaan yang sama semasa Perang Dunia Pertama, dan ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah Perjanjian Versailles "untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa dan untuk mencapai keamanan dan keselamatan." Organisasi Buruh Antarabangsa juga ditubuhkan dibawah Perjanjian Versailles sebagai sebuah ajensi gabungan Liga itu. Liga Negara-negara menghentikan aktiviti-aktiviti nya selepas gagal untuk menyekat Perang Dunia Kedua.

Dalam tahun 1945, wakil-wakil dari 50 negara-negara berhimpun di San Francisco di

Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Organisasi Antarabangsa untuk membuat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Delegasi-delegasi pula berbincang mengenai cadangan-cadangan yang diajukan oleh wakil-wakil Cina, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikatdi Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat dalam bulan August October 1944. Piagam itu ditandatangani pada 26 hb Jun 1945 oleh wakil-wakil dari 50 negaranegara itu. Poland, yang tidak menghantar wakil pada Perhimpunan, menandatanganinya kemudian dan menjadi salah satu dari 51 Negara Ahli asal. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara rasmi tertubuh pada 24 Oktober 1945, apabila Piagamnya diluluskan oleh Cina, Perancis, Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan majoriti negaranegara yang telah menandatangani Piagam itu. Ini adalah ringkasan sejarah rasmi

bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terwujud. 3.0 Maksud Hak Asasi Manusia.

Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

3.1

Tafsiran Moden Di arena antarabangsa, terdapat 3 dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia

iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1)

Hak sivil dan politik: Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan

berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang. (2) Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi: Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan

rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat.

Ahli falsafah Barat, Rousseau, telah mengemukakan konsep Kontrak Sosial pada tahun 1762. Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia. 3.2 Perbezaan Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negaranegara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan

masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.

3.3

Perkembangan Tafsiran Hak Asasi Manusia.

Sejak pengisytiharannya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk lebih banyak lagi piagam hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal. UDHR sendiri telah digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of 1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of Man and Citizens of 1789.

Lama sebelum undang-undang dan garis panduan tersebut didokumenkan, masyarakat dan agama telahpun mengiktiraf hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia boleh ditemui dalam pemikiran masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek, Old Testament, dan juga dalam masyarakat primitif, walaupun mungkin mereka tidak mempunyai

perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung menggambarkan hak asasi m anusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakkan masyarakat juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga mempunyai sistem hak dan tanggungjawab.

Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Agama mengajar kita untuk menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan orang lain, yang merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang diperuntukkan dalam

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang terkemuka, ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap Diskriminasi Yang Tidak Diizinkan; Keadilan; Perbicaraan Yang Adil; Perlindungan Daripada Penyalahgunaan Kuasa; Perlindungan Daripada Penyeksaan; Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan Terpinggir; dan lain-lain. 3.4 Tafsiran Setiausaha Agung

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.

4.0

STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan kemerdekaan manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka dengan menggunakan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat perjuangan yang efektif . Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang sangat luas dan menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.

Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad baru,iaitu abad ke -21. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh manusia pada era kolonial.

Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu

pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).

Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat dalam konteks relationalistic perspectives of power yang tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami perubahan berkenaan dengan kenyataan bahwa elemen-elemen kekuasaan itu dewasa ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung rapat dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri yang memainkan peranan yang makin penting dewasa ini. Oleh karena itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini selain harus dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.

Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan persoalan-persoalan:

1.

Struktur kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negara-negara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badan-badan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik maupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan.

2.

Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai sumber-sumber ekonomi.

3.

Struktur hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang perindustrian.

Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan atas-bawah, baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara lain adalah faktor kekayaan dan sumber-sumber ekonomi, politik, tingkat pendidikan, penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan kekuatan fizikal, termasuk kekuatan ketenteraan. Makin banyak faktor-faktor tersebut di atas dikuasai oleh seseorang, atau sekelompok orang ataupun oleh suatu bangsa, makin tinggi pula kedudukannya dalam stratifikasi atau peringkat pergaulan bersama. Di pihak lain, makin tinggi peringkat seseorang, kelompok orang ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau kelompok lain atau bangsa lain, makin besar pula kekuasaan yang dimilikinya serta makin besar pula potensinya untuk memperlakukan orang lain itu secara sewenang-wenang demi keuntungannya sendiri. Dalam hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat dapat mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan perjuangan hak asasi manusia dimana-mana. Karena itu, salah satu aspek penting yang tak dapat dibuang erkenaan dengan persoalan hak asasi manusia adalah bahwa persoalan ini berkaitan erat dengan dinamika perjuangan kelas (istilah Karl Marx) yang menuntut keadilan.

5.0

PERKEMBANGAN HAK ASASI MANUSIA

Sering dikemukakan bahawa pengertian konsep hak asasi manusia dalam sejarah instrument hukum internasional sekurang-kurangnya telah menjangkau perkembangan tiga generasi. Perkembangan ketiga-tiga generasi konsep hak asasi manusia itu ialah :

5.1

Generasi Pertama

Pemikiran mengenai konsep hak asasi manusia yang telah lama berkembang dalam pemikiran para ilmuan sejak era enlightenment di Eropah, berubah menjadi dokumendokumen yang rasmi. Kemuncak perkembangan generasi pertama hak asasi manusia ini adalah dengan temetrainya Universal Declaration of Human Rights (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948, dimana sebelumnya idea-idea perlindungan hak asasi manusia diwartakan dalam deklarasi di beberapa buah Negara, seperti di Amerika Syarikat dengan Declaration of Independence dan di Perancis dengan Declaration of Rights of Man and of the Citizens. Dalam perkembangan generasi pertama ini, elemen dasar konsep hak asasi manusia merangkumi soal prinsip integrasi manusia, keutuhan dasar manusia dan prinsip kebebasan sivil dan politik.

5.2

Generasi Kedua

Perkembangan selanjutnya yang disebut sebagai hak asasi manusia generasi kedua, konsep hak asasi manusia merangkumi pula keupayaan untuk mengejar kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan, termasuk hak ke atas pendidikan, hak untuk menentukan status politik dan sebagainya. Kemuncak perkembangan generasi kedua ini tercapai dengan termetrainya International Couvenant on Economic, Social and Cultural Rights pada tahun 1966 5.3 Generasi Ketiga

Pada perkembangan generasi ketiga, muncul konsep baru hak asasi manusia iaitu merangkumi pengertian mengenai hak untuk pembangunan atau rights to development. Hak untuk pembangunan ini merangkumi persamaan hak untuk maju yang berlaku bagi semua

bangsa dan termasuk hak setiap orang yang hidup sebagai sabahagian dari kehidupan bangsa tersebut. Hak untuk pembangunan ini antara lain meliputi hak untuk berinteraksi dalam proses pembangunan dan hak untuk menikmati hasil-hasil pembangunan tersebut, menikmati hasil-hasil dari perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan, kesihatan, pendapatan, peluang pekerjaan dan lain-lain. 5.4 Generasi Keempat

Konsep hak asasi manusia yang terakhir inilah yang paling tepat disebut sebagai Konsep Hak Asasi Manusia Generasi Kedua, kerana sifat hubungan kekuasaan yang berbeza dari konsep Hak Asasi Manusia sebelumnya. Sifat hubungan kekuasaan dalam konsep Generasi Pertama bersifat vertikal, sedangkan sifat hubungan kekuasaan dalam konsep Generasi Kedua bersifat lebih bersifat horizontal. Dengan demikian, pengertian konsep HAM generasi kedua dan generasi ketiga sebelumnya adalah perkembangan variasi yang sama dalam perkembangan konsep Generasi Pertama. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita menyakiskan munculnya beberapa fenomena baru yang tidak pernah ada ataupun kurang mendapat perhatian pada masa-masa sebelumnya. 1. Munculnya fenomena monopoli berbagai syarikat berskala besar dalam suatu negara

yang kemudian berkembang menjadi Multi National Corporations (MNCs) di seluruh dunia. Fenomena jaringan kekuasaan MNC ini merangkumi kawasan yang sangat luas, malahlebih luas dari kekuasaan negara. Apa yang menjadi persoalan adalah implikasi implikasi yang ditimbulkan oleh kekuasaan modal yang ada di balik perusahaan besar itu terhadap kepentingan pengguna produk yang dihasilkannya .Masalahnya adalah bagaimana hak -hak atau kepentingan-kepentingan pengguna dapat terus dijamin tanpa mengorbankan

kepentingan pengeluar iaitu satu bahagian penting dalam pengertian hak asasi manusia. 2. Pada abad ke-20 juga telah muncul fenomena Nations without State, seperti bangsa

Kurdi yang tersebar di negara Turki dan Iraq, bangsa Cina Nasionalis yang tersebar dalam jumlah yang sangat besar di hampir semua negara di dunia; bangsa Persia (Iran), Iraq, dan Bosnia yang terpaksa berhijrah kerana masalah politik yang mereka hadapi di negera asal mereka. Persoalan status kewarganegaraan mereka yang berhijrah dapat diatasi dengan melalui proses undang-undang tertentu yang diwartakan untuk tujuan ini.

3.

Dari fenomena pertama dan kedua di atas, mulai penghujung abad ke-20 telah pula

berkembang suatu lapisan sosial tertentu dalam setiap masyarakat di negara -negara yang terlibat aktif dalam pergaulan internasional, iaitu kelompok orang yang dikenali sebagai global citizens. Mereka ini mula-mula berjumlah sedikit dan hanya terdiri dari kalangan diplomatik yang membentuk kelompok tersendiri. Mereka ini turut membawa bersama keluarga yang akhirnya membentuk lingkungan masyarakat yang lebih luas. Bagi para pengusaha asing yang menanamkan modal di berbagai negara, mereka juga membentuk kelas sosial tersendiri. Dari kedua golongan penghijrah ini maka muncullah fenomena baru di kalangan banyak warga dunia, meskipun secara rasmi memiliki status kewarganegaraan tertentu, tetapi aktif ke negara-negara lain seperti global citizens yang bebas bergerak kemana-mana di seluruh dunia.

6.0

Pesuruhjaya Tinggi

Peseruhjaya Tinggi adalah pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia dan berhubung terus dengan Setiausaha Agung. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi ini diwujudkan pada tahun 1993. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) adalah di Palais Wilson, Jeneva, Switzerland dan juga di ibu pejabat PBB di New York.

Terdapat pelbagai institusi dan agensi berkenaan sumber manusia. Setiap satunya mempunyai matlamat untuk mepromosi dan melindungi persetujuan antarbangsa berkenaan hak asasi manusia perdagangan, budaya, ekonomi, politik dan social. Hak-hak ini digazet di dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Setiap orang di dunia adalah sama dan bebas dilindungi oleh deklarasi ini atas inisiatif PBB.

6.1

Kepimpinan

Pesuruhjaya Tinggi memimpin pergerakan hak asasi manusia antarabangsa dengan bertindak sebagai pembela dan jurucakap kepada mangsa. Pesuruhjaya Tinggi akan kerap membuat kenyataan awam apabila berlaku krisis hak asasi manusia. Beliau juga akan turun padang untuk melihat mesej hak asasi manusia telah diterima semua pihak.

6.2

Penekanan Hak Asasi Manusia Dalam PBB

Pesuruhjaya Tinggi diberi tugas mengembangkan hak asasi manusia. Ia akan bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain dalam PBB untuk memenuhi matlamat ini dan akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam program PBB seperti keamanan dan keselamatan, pembangunan koperat, ekonomi dan hal ehwal sosial. 6.3 Perhubungan Antarabangsa.

Pesuruhjaya Tinggi juga bertanggungjawab membawa bersama-sama pelbagai institusi dan organisasi bekerja untuk hak asasi manusia seluruh dunia dan akan menggalakkan mereka berganding dalam memperjuangkan hak asasi manusia. OHCHR

menggalakkan ikatan antara negara, agama dan kumpulan antarabangsa untuk memastikan perlaksanaan kepada perjuangan hak manusia akan lebih kukuh. Untuk memantapkan kerjasama ini, OHCHR sentiasa mengadakan perjanjian dengan mana-mana organisasi, menjemput wakil-wakil agama dan penasihat. 6.4 Maklumat Hak Asasi Manusia.

OHCHR menyebarkan maklumat dan mempromosikan pendidikan hak asasi manusia di seluruh dunia. Bekerja dengan Jabatan Perhubungan Awam PBB, OHCHR akan memastikan hebahan tentang perjumpaan hak asasi manusia disebarkan pada media. Ia juga secara objektif boleh didapati dalam laman web termasuk penerangan terperinci berkenaan hak asasi manusia

7.0

Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB (UDHR).

Peristiwa-peristiwa politik yang berlaku, contohnya penjajahan orang China di Tibet, perbalahan etnik di Sri Lanka, dan pengalaman pemerintahan ketenteraan di beberapa negara, telah menggerakkan perhatian dunia terhadap hak asasi manusia. Perang Dunia ke II terutamanya, telah membawa hak asasi manusia ke pentas antarabangsa. Cubaan Nazi dari German untuk menghapuskan semua Yahudi dari Eropah dan membunuh jutaan yang lain rakyat Poland, orang gipsi, tahanan perang Soviet, isu homoseksual, orang-orang cacat fikiran dan cacat fizikal dan musuh politik - telah mencetuskan kesedaran kepada dunia berkenaan perlindungan hak asasi manusia.

7.1

Inisiatif Antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh kebanyakan negara di dunia telah mengambil inisiatif untuk berakujanji mempromosi dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak-hak asasi manusia yang dimiliki oleh setiap lelaki, wanita dan kanak -kanak. Untuk mencapai matlamat tersebut, pertubuhan tersebut telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan menugaskannya untuk menyediakan deraf dokumen yang menerangkan maksud hak-hak asas dan kebebasan yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Pada 10 Disember 1948, perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerimapakai dan mengisytiharkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat untuk mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. 7.2 Tunggak Utama

Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ini adalah berasaskan empat tunggak kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. 7.3 Ringkasan Perisytiharan

Ringkasan 30 Artikel daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat seperti berikut ini memberikan gambaran keseluruhan tentang prinsip hak-hak dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap orang sejak lahir. Dua atikel yang pertama adalah prinsip yang menjadi asas untuk semua hak-hak asasi manusia. Artikel 3 hingga 21 merangkumi hak-hak sivil dan politik. Artikel 22 hingga 27 merujuk kepada hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Tiga atikel yang terakhir pula menyediakan rangka bagi perpaduan yang melindungi hak asasi manusia sejagat. 7.4 Hak dan Tanggungjawab

Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR. Ringkasan Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB

Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan hak Artikel 1

Artikel 2 Artikel 3

Bebas daripada diskriminasi Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin

Artikel 4 Artikel 5

Bebas daripada diperhambakan Bebas daripada seksaan atau

layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau

menghinakan. Artikel 6 Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang. Artikel 7 Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang Artikel 8 Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah Artikel 9 Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab Artikel 10 Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka Artikel 11 Hak dianggap tidak bersalah

sehingga dibukti salah Artikel 12 Bebas kediaman, menyurat Artikel 13 Hak bebas di bergerak dalam dan negara daripada keluarga diganggu dan surat-

bermastautin sendiri Artikel 14

Hak mendapat perlindungan untuk pelarian

Artikel 15

Hak

menjadi

rakyat

dalam

sesebuah negara Artikel 16 Hak untuk berkahwin dan

perlindungan untuk keluarga Artikel 17 Artikel 18 Hak memiliki harta Kebebasan kepercayaan dan agama

Artikel 19 Artikel 20

Kebebasan pendapat dan informasi Hak berhimpun secara aman dan persatuan

Artikel 21

Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan

menggunakan kemudahan awam Artikel 22 Artikel 23 Hak keselamatan sosial Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal Artikel 24 Hak berehat dan bercuti

Artikel 25

Hak

untuk

taraf

hidup

yang

sempurna keselesaan Artikel 26 Artikel 27

untuk kesihatan dan

Hak mendapat pendidikan Hak mengambil bahagian didalam kehidupan bermasyarakat

Artikel 28

Hak

untuk

order

sosial

yang

menjamin hak asasi manusia Artikel 29 Bertanggungjawab terhadap

masyarakat dalam perkembangan individu Artikel 30 Kebebasan daripada campurtangan mana-mana pihak yang boleh

memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai .

Penahanan tanpa bicara dianggap pencabulan hak asasi manusia dalam UDHR yang masih lagi dipraktikkan oleh beberapa negara atas alasan keselamatan.

8.0

Cabaran Semasa Hak Asasi Manusia.

Pengakhiran perang dingin telah melahirkan berbagai pendapat untuk mendefinasikan orde dunia baru. Setakat ini, masyarakat dunia kelihatannya masih tercari-cari apakah maksud sebenarnya dan hasilnya lebih banyak masalah yang timbul daripada penyelesaian.

Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya penganiyaan, kemiskinan, pengangguran, tiada tempat perlindungan, pelarian, dan anvaman terhadap kestabilan alam sekitar. Disinilah letaknya peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan perlaksanaan Hak Asasi Manusia sejagat. Sebenarnya tidak ada cacat celanya tentang PBB dari segi perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi Manusia, kerana setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB. Apa yang perlu sekarang ialah mencari fomula bagaimana ia boleh menjadikan rancangan itu sesuatu yang boleh direalisasikan dan bukannya tampak hebat dari segi dasarnya sahaja.

8.1

Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya.

Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak Asasi Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai sekurang-kurangnya beberapa perbezaan untuk mendefinasi hak asasi manusia. Contohnya Negara Islam yang melaksanakan hukum rejam sampai mati dikahalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel sebagai pancabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilakasanakan mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri. PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkana mempunyai m asalah untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana itu walaupun telah diwujudkan deklarasi khas berkenaan hak asasi manusia sejagat, tetapi banyak daripadanya tidak terialisasi seperti yang diharapkan.. 8.2 Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa.

Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan h asasi ak dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada International Bill Of Right yang diwujudkan lebih awal,diwujudkan pula Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu Agenda Global, Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi. Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi denagan dua konvenan antarabangsa iaitu International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights yang mengambil berat berkenaan dengan

pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanak-kanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia. Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh diujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya

penjajahan Amerika terhadap Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri kepimpinan negara tidak dapat dicegah oleh undang-undang

antatarabangsa. Inikah yang diharapkan dari perwartaan keadilan? 8.3 Dominasi Kuasa besar

Walau PBB yang ditubuhkan pada asalnya adalah untuk semua. Tetapi timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan dunia itu. Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia kedua dan sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dasyat apabila negara-negara kuasa bessar ini iaitu Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, China, dan Rusia, dikurniakan kuasa veto yang boleh membatalkan apa -apa resolusi PBB yang tidak selaras dengan kehendak mereka. Tambahan pula mereka adalan anggota tetap majlis keselamatan PBB yang diberi kuasa untk menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar ini sedangakan ditangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang mampu memusnahkan dunia. PBB diletakkan harapan yang tinggi untuk memberi pelindungan yang sepatu tnya disediakan oleh lima anggota tetap, runtuh di atas kelemahannya, tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah. PBB boleh diperlekehkan, diketepikan, terawangawang, tidak berdaya dalam usaha untuk menjadi lebih relevan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikatpada 25 September 2003 pernah berkata, Agensi-agensi PBB telah dikerat, dilapah dan dibentuk semula supaya mereka boleh berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh tuan-tuan boneka. Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kini telah bertukar kepada alat hegemoni, untuk memiskinkan yang miskin, mengayakan yang kaya. Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan hari ini bahawa perbezaaan antara yang kaya dan miskin menjadi terlalu luas. 8.4 Isu Berpanjangan Palestin menjadi bukti kegagalan PBB dalam menangani isu hak asasi manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, meroboh rumah kediaman, memenjarakan mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah berlangsung setelah sekian lama. Semuanya jelas

mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti yang termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang menyebut dalam syeksen 14.1 Pembinaan dinding dan regim yang terlibat adalah sama sekali bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan yang diputuskan oleh "Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dinaungi PBB berkenaan pembinaan tembok itu yang disifatkan sebagai haram hanya menyaksikan keputusan itu hanya sekadar menyedapkan halwa telinga masyarakat antarabangsa sedangkan perlaksanaannya tidaklah seperti yang diharapkan.

Berbagai ketetapan yang dikeluarkan oleh PBB berkenaan isu ini. Majlis Pertahanan Bangsa-bangsa Bersatu telah melaporkan tidak kurang daripada 87 perjanjian berkenaan Palestin sejak tahun 1948. Ini terrmasuklah yang berada dalam proses penstrukturan kini yang tidak pasti keberkesanannya tatkala zionis yang berlindung disebalik kuasa besar sering sahaja mencari alasan melengah-lengahkanya. Apapun alasannya PBB sebuah badan dunia yang besar tidak seharusnya tunduk kepada desakan mana-mana pihak dan bersifat lebih berkecuali. Jika tidak sampai bilabilapun resolusi hanya akan tinggal resolusi. Pemimpin Hamas As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin pernah berkata, Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Beliau turut terkorban dan menjadi mangsa kepada krisis kemanusiaan yang tidak berkesudahan. 9.0 Penutup Alhamdulillah, akhirnya kajian berkenaan PBB:Perlindungan Hak Asasi Manusia dapat disiapkan. Setelah melihat peranan PBB dari berbagai sudut berkenaan hak asasi manusia, kami dapat menyimpulkan bahawa PBB perlu mengorak langkah d rastik untuk membetulkan kepincangan yang berlaku dalam perlaksanaan harapan seluruh warga dunia selaras dengan penubuhannya. Paling penting agensi-agensi penting PBB mesti dibebaskan daripada dominasi mana-mana negara. Secara beransur-ansur, ia juga harus berusaha berubah menjadi lebih demokratik supaya matlamat ini akan tercapai.

Kini sudah sampai masanya kita merenung sejenak dan membuat pertimbangan daripada apa yang berlaku. Jika kita berani mengakui, sesungguhnya banyak daripada masalah yang kita hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sebab itulah budaya kritikan perlu disemarakkan didalam PBB ini kerana apabila kritikan dihalang, maka penyelewengan akan meningkat sehingga berlaku pemberontakan yang diiringi dengan pelbagai bentuk kemusnahan. Inilah yang berlaku kepada Saddam Hussein di peringkat nasional malah ia boleh terjadi di mana-mana termasuk antarabangsa. Sekiranya kita mahukan demokrasi didalam PBB pula , kedaulatan undang-undang dan penghormatan hak asasi manusia, golongan yang berkuasa mesti menunjukkan komitmen kepada semua idea-idea murni ini. Dan mereka boleh bermula dengan menstrukturkan semula PBB, khususnya dalam pemansuhan sistem undi veto sebuah negara yang merupakan amalan tidak demokratik. Itulah landasan yang paling penting dimana PBB perlu memastikan ia menjadi badan yang benar-benar telus dahulu sebelum mengorak langkah seterusnya.

Akhirnya kami memanjat sekali lagi ribuan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kami petunjuk serta hidayah untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Encik Kassim Bin Thukiman atas dorongan dan tunjuk ajar berterusan kepada kami dalam menyiapkan kajian ini. Diharapkan kajian ini bukan sahaja memberi pengetahuan kepada kami sahaja tetapi juga para pencinta ilmu yang lainnya. Sekian.

Bibliografi

1989. Kamus Dewan Edisi Baru , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kevin Tan Yew Lee , Yeo Tiong Ming dan Lee Kiat Seng . 1991 . Constitutional Law in Malayisa and Singapore, Malayan law Journal. 2000. Perkembangan Pemikiran mengenai Hak Asasi Manusia. Institute for Democracy and Human Rights, The Habibie Center. Wong Hon Wai. 2001. Peraduan Menulis Makalah Undang-undang, Majlis Peguam Malaysia, Kuala Lumpur. Perisytiharan Islam mengenai Hak Asasi Manusia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) http://www.alhewar.com/ISLAMDECL.html Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) http://www.suhakam.org.my/bm/ pengisytiharan sejagat hak asasi manusia.asp Agus Suboyo. Isu Kotemporari Hak Asasi Manusia http://pelitarakyat.com/artikel.html United Nation in Brief http://www.un.org/aboutun/charter/ United Nations High Commissioner for Human Rights , http://www.unhchr.ch/data.html Sejarah ringkas hak asasi manusia http://www.suhakam.org.my/bm/penerangan hak asasi manusia.asp

You might also like