You are on page 1of 20

RODA IDEA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID TINGKATAN 2B

Oleh SHAMSUDDIN BIN HARON MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor ABSTRAK
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Bab Elektronik adalah topik yang boleh dikatakan agak sukar kerana murid perlu mengenal pasti sepenuhnya komponen-komponen elektronik dari aspek nama, rupa, simbol dan juga fungsinya. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat kesemua aspek tersebut bagi setiap 9 jenis komponen yang mesti dipelajari oleh semua murid menggunakan kaedah grafik roda idea. Seramai 20 orang murid dari Tingkatan 2B telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah yang telah dicadangkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengingat setiap aspek bagi tiap-tiap komponen dengan menyenaraikan nama, mengenal pasti rupa sebenar dan juga simbol dan menyatakan fungsi komponen tersebut. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan melaui semakan kerja rumah, ujian lisan, analisis ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa dan simbol, kesilapan mengenal pasti rupa simbol apabila ditunjukkan rupa dan namanya serta kesilapan menyatakan fungsinya. 4 sesi pengajaran dan pembelajaran (35 minit setiap sesi) telah dijalankan untuk melaksanakan aktiviti ini bagi meningkatkan kemahiran mengingat mereka terhadap 9 jenis komponen elektronik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih mudah mengingat keempat-empat aspek bagi setiap komponen dengan susunan grafik yang mudah dan menarik. Daripada 20 orang murid dalam sasaran kajian ini, seramai 7 orang dapat mengusai sepenuhnya dan selebihnya menunjukkan keputusan yang meningkat berbanding ujian pra yang telah dijalankan. Kaedah ini telah membantu pelajar untuk mengusai topik ini. Penggunaan kaedah grafik roda idea boleh meningkatkan kemahiran murid mengingat kesemua aspek bagi setiap komponen elektronik.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau Kemahiran Teknikal. Pengalaman saya pada dua tahun yang lepas, topik ini adalah topik yang agak sukar bagi murid-murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu dikenalpasti. Sewaktu menyemak latihan murid Tingkatan 2B, didapati hampir kesemua murid tidak dapat menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen elektronik berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan betul. Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi rupa sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kalau sebahagian mereka betul dari segi nama dan rupa, mereka akan melakukan kesilapan untuk menentukan simbol atau fungsi komponen tersebut. Dalam ujian topikal yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan dengan komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab alah, banyaklah nak ingat cikgu, mana boleh ingat semua.. Guru selalu menyuruh mereka supaya mengingat kesemua maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat penting untuk subtajuk yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik. Tambahan pula, mereka semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran Teknikal, yang mana mereka akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian Pilihan Kemahiran Teknikal pula. Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa untuk murid mengingat dan mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut. Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak banyak membantu mereka? Apakah kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka? Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah yang sama. Pada tahun sebelum ini, penggunaan peta minda yang dibina sendiri oleh guru telah dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian oleh murid-murid termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, diperbuat dari bahan apa, cara penyambungan dan sebagainya dalam topik Elektronik, focus akan diberi kepada empat aspek sahaja iaitu nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal ini kerana keempat-empat aspek ini penting bagi murid untuk menguasai subtopik yang sukar iaitu menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Antara kesilapan murid-murid sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah : i. ii. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau namanya. iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau simbolnya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan menggunakan kaedah roda idea, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari. Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat ditingkatkan melalui kaedah ini.. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan murid diharap dapat mencapai objekif berikut: 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik muridmurid Tingkatan 2B menggunakan kaedah roda idea. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik.

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5

Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen elektronik. Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen. Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik. Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik roda idea.

4.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid dari Tingkatan 2B.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Menyemak Buku Latihan - Berdasarkan pengalaman mengajar pada tahun-tahun yang lepas, topik ini agak sukar untuk murid-murid mengingat kesemua isi penting mengenai komponen elektronik dalam topik ini. Pada tahun ini, saya memulakan tinjauan masalah ini dengan menyemak buku latihan murid untuk menilai sejauhmana amalan saya dalam P&P berkesan atau tidak dan untuk mendapatkan bukti bahawa kaedah P&P yang biasa yang saya amalkan tahun-tahun sebelum ini untuk tajuk Elektronik menyebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya. 5.1.2 Ujian Lisan Saya juga telah mengadakan ujian lisan kepada setiap murid untuk mengesan tahap penguasaan murid. Saya dapati, 100% murid tidak menguasai sepenuhnya. 5.1.3 Ujian Pra untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan sah, untuk melihat tahap penguasaan murid saya telah mengadakan Ujian Pra. Setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan (Lampiran 1).

5.2

Analisis Tinjauan Masalah

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Langkah Langkah 1 Langkah 2

Cara Penilaian Menyemak buku latihan Ujian Lisan

Kumpulan Sasaran 20 orang murid 2B 20 orang murid 2B

Masalah yang telah dikenalpasti Banyak kesalahan dari segi nama, simbol dan fungsi Banyak kesalahan dari segi sebutan nama komponen dan menyatakan fungsi komponen. Setelah membuat ujian Pra, banyak kesalahan dari aspek nama, rupa, simbol dan fungsi. Setiap bahagian ada saja murid yang membuat kesilapan. Kesemua murid tiada yang mendapat markah penuh berdasarkan jumlah soalan yang diberikan. Namun jika dikira dari segi peratus, 6 orang murid mendapat gred A dan ada juga yang belum menguasai topik ini iaitu seramai 4 orang mendapat gred E.

Langkah 3

Ujian Pra

20 orang murid 2B

Berikut adalah peratus lulus dari ujian Pra yang dijalankan.

Graf 1 : Peratus lulus setiap murid sasaran bagi Ujian Pra 5.2.1 Pemerhatian Tinjauan Masalah

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Saya telah membuat pemerhatian dari tinjauan masalah yang dijalankan, hasil semakan buku latihan, semua murid tidak menjawab dengan betul kesemua soalan yang diberikan. Pemerhatian ke atas ujian Pra juga, semua murid tidak dapat menjawab 100 % betul kesemua soalan yang diberikan. Jika dinilai dalam bentuk gred, hanya 6 orang sahaja yang mendapat gred A. 5.3 Tindakan yang dijalankan Saya menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan dan satu Ujian Pos telah diadakan untuk melihat tahap penguasaan murid. Antara aktiviti tersebut ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. Aktiviti 1 Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik Aktiviti 2 Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen Aktiviti 3 Mengenal pasti simbol komponen Aktiviti 4 Menyatakan fungsi komponen Aktiviti 5 Membina grafik roda idea Ujian Pos

Kesemua aktiviti ini dijalankan dengan 2 sesi P&P (70 minit setiap sesi) iaitu pada 2 April 2009 dan 7 April 2009. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti berikut : Bil Tarikh 1 2 April 2009 Nama Aktiviti Aktiviti 1 Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik 2 2 April 2009 Aktiviti 2 Mengenal pasti semua rupa sebenar 3 2 April 2009 komponen elektronik Aktiviti 3 Mengenal pasti simbol komponen elektronik Nama Bahan Buku Teks Kemahiran Hidup Tg. 2 (ms 30) Rajah komponen berukuran lebih kurang 4x4 cm Rajah simbol komponen berukuran lebih kurang 4x4 cm Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik 20 keping 20 keping Kuantiti -

2 April 2009

Aktiviti 4 Menyatakan fungsi komponen elektronik

Senarai fungsi komponen dicetak di atas sekeping kertas bersaiz A4 Rajah roda idea bersaiz A4 Lembaran soalan bersaiz A4

20 helai

5 6

7 April 2009 7 April 2009

Aktiviti 5 Membina grafik roda idea Ujian Pos

20 helai 20 helai

Bahan lain yang digunakan ialah 5 botol gam cair dan gunting. 5.4 Pelaksanaan Tindakan , Pemerhatian dan Refleksi 5.4.1 Aktiviti 1 : Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik Cara pelaksanaan : i. Saya telah meminta murid-murid menyenaraikan kesemua komponenkomponen elektronik dalam buku nota. ii. Murid-murid diminta menyebut kesemua nama-nama komponen tersebut dengan sebutan yang betul. iii. Murid-murid merujuk buku teks untuk mendapatkan nama komponen tersebut. iv. Berikut adalah nama komponen yang perlu diketahui oleh murid-murid : a) LED (Diod Pemancar Cahaya) b) Perintang Tetap c) Perintang Boleh Laras d) Suis Togel e) Suis Tekan f) Kapasitor Berkutub

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

g) Kapasitor Tidak Berkutub h) Transistor i) Buzer

Pemerhatian : Murid-murid pada awalnya kurang memberi perhatian, tetapi setelah ditegur barulah mereka mengikut arahan saya. Saya tidak memberitahu mereka apa yang sebenar yang ingin saya lakukan. Jadi mereka agak janggal sedikit. Sebahagian besar murid tidak dapat menyebut nama komponen dengan betul. Refleksi : Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid kelihatan agak seronok dan kelas agak bising sedikit. Tapi saya dapat mententeramkan mereka dengan sesi perbincangan. Saya juga rasa terkilan kerana tidak memberitahu pada mereka terlebih awal tentang aktiviti yang ingin dijalankan pada sesi pertemuan sebelumnya. 5.4.2 Aktiviti 2 Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen Cara pelaksanaan : i. Saya telah menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong dan yang berukuran lebih kurang 4x4 cm setiap satu komponen dan diberikan kepada setiap murid. ii. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab menentukan nama komponen bagi setiap rajah dan ditulis pada sebelah belakang rajah. iii. iv. Nama dan ejaan boleh dirujuk dalam aktiviti 1. Rajah sebenar komponen adalah seperti berikut :

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Pemerhatian : Murid-murid sudah nampak sesuatu kelainan sesi P&P pada hari itu. Mereka nampak seronok dan sudah dapat memberi tumpuan. Tapi kelas agak bising ketika sesi bersoal jawab. Tapi beberapa orang murid yang agak lemah sedikit dalam pelajaran dimana mereka adalah bekas murid-murid peralihan kurang faham dengan arahan saya

Refleksi : Saya terpaksa memberi lebih sedikit perhatian kepada murid-murid yang agak lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ini kerana mereka adalah muridmurid dari Peralihan sebelum ini. Semasa tingkatan 1, keputusan mereka tidak memberansangkan. Mereka duduk dalam satu kumpulan. Sepatutnya saya meletakkan salah seorang murid yang pandai dalam kumpulan mereka ini. Namun nasib baik ada seorang murid baru yang sederhana dalam kumpulan itu yang membantu rakan lain. Namun saya berasa gembira kerana murid-murid sudah memberi kerjasama. 5.4.3 i. Aktiviti 3 Mengenal pasti simbol komponen Cara pelaksanaan : Saya menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid.

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

ii.

Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan rajah komponen dan disusun secara berpasangan.

iii.

Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol yang diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan menulis nama komponen-komponen elektronik tersebut.

iv.

Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.

Pemerhatian : Seperti dalam aktiviti sebelumnya, murid-murid agak bising sedikit ketika aktiviti ini dijalankan. Saya nampak murid-murid menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari pasangan rupa dan simbolnya. Ini adalah antara objektif yang perlu dicapai agar murid dapat mengenal sepenuhnya di antara rupa sebenar dengan simbolnya. Refleksi : Saya telah menyediakan rupa dan simbol ini supaya memudahkan aktiviti ini. Sebenarnya saya boleh menyuruh mereka melukis sendiri rupa simbol tersebut, namun dikhuatiri mereka salah melukisnya. Saya dapat lihat dalam nota-nota yang mereka tulis. Mereka tidak melukis dengan betul simbol komponen elektronik tersebut. Jadi saya berikan mereka seorang Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

satu agar mereka dapat melihat dengan jelas dan betul rupa simbol komponen elektronik dan saya merasa puashati. 5.4.4 i. Aktiviti 4 Menyatakan fungsi komponen Cara pelaksanaan : Saya telah menyediakan fungsi-fungsi kesemua komponen yang telah ditaip ringkas dalam satu kertas A4. ii. Saya mengedarkannya dan murid-murid dan guru bersama-sama menentukan nama komponen berdasarkan fungsi yang diberi. iii. Saya meminta murid menulis nama komponen diatas kotak setiap fungsi.

Tukar arus elektrik kepada cahaya

Contoh : Fungsi Komponen Elektronik (LED) Pemerhatian : Semasa aktiviti ini dijalankan, suasana agak kurang memberansangkan. Nampaknya murid-murid sudah kurang memberi tumpuan. Untuk mengelakkan suasana menjadi kelam kabut, saya meminta seorang demi seorang membacakan fungsi dan menyoal pada murid-murid tentang nama komponen yang betul. Murid-murid merujuk buku teks dan juga nama-nama yang disenarai dalam aktiviti 1.

Refleksi : Sudah menjadi kebiasaan murid-murid disekolah ini, kurang memberi penumpuan dalam pelajaran. Saya berasa amat terkilan dan kecewa. Sebab inilah kebanyakan guru sukar untuk membuat aktiviti sama ada dalam berkumpulan atau aktiviti yang lain dari kebiasaan P&P harian. Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Murid-murid kurang memberi tindakbalas atau kerjasama sebaiknya dengan guru. Jadi pada kebiasaannya saya akan bertindak agak tegas sedikit. 5.4.5 Aktiviti 5 Membina grafik Roda Idea Cara pelaksanaan : i. Saya menyediakan satu grafik roda idea berukuran A4 dan diberikan kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik roda idea. Setiap helai bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 2 Borang Roda Idea) ii. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap helai. Nama-nama komponen dirujuk pada aktiviti pertama. iii. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua pada setiap helai. iv. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ketiga. Murid dikehendaki memotong kotak-kotak yang tertulis fungsi setiap komponen didalamya seperti yang diberi dalam aktiviti 4. v. Kemudian murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada sukuan ke-4. vi. vii. Saya mengedarkan setiap kumpulan murid sebotol gam. Setiap murid mempunyai 9 helai roda idea komponen elektronik. Murid akan menggunakan roda idea sebagai nota. (Rujuk Lampiran 3 Contoh Roda Idea). viii. Saya telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9 helai roda idea itu di rumah. Saya memaklumkan kepada mereka supaya membawa roda idea pada kelas yang akan datang. Pemerhatian : Murid-murid sibuk menampal bahan-bahan yang telah diberikan pada borang roda idea. Suasana agak bising sedikit kerana murid-murid Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

berebut sebotol gam bagi setiap kumpulan. Saya mendekati kumpulan murid yang lemah dan bersoal jawab dengan mereka tentang nama komponen berdasarkan rupa, simbol dan fungsi. Bagi murid yang agak lemah penguasaan Bahasa Melayu, mereka memberikan jawapan yang salah sedangkan mereka sedang menampal rupa dan simbol pada borang tersebut. Refleksi : Keadaan ini yang merisaukan saya. Mereka yang lemah penguasaan Bahasa Melayu sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih. Walaupun saya sedar bahawa sebenarnya sikap malas dalam diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak maju. Akibat kekangan masa juga yang menyebabkan saya sukar untuk memberi penumpuan kepada mereka sebaiknya. Tapi kekangan itu mesti ada jalan penyelesaiannya. Jadi saya mesti memikirkan kaedah yang terbaik supaya tahap penguasaan bahasa murid meningkat dan seterusnya mencapai objektif pelajaran KHB. 5.4.6 Ujian Pos Cara pelaksanaan : i. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah, saya telah menjalankan Ujian Pos. ii. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan ujian Pra, tetapi dibuat sedikit perubahan terhadap susunan soalan. (Rujuk Lampiran 4 Ujian Pos). iii. Setelah disemak, berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos. Pemerhatian : Setelah selesai menjalankan aktiviti 5, murid-murid membawa pulang kesemua roda idea yang telah dibina. Saya berpesan kepada mereka supaya membawanya semula pada hari ini. Saya tidak memaklumkan kepada mereka yang saya akan membuat Ujian Pos ini. Ini untuk melihat adakah mereka mengulangkaji pelajaran. Murid-murid dengan tekun Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

menjawab semua soalan-soalan tersebut. Ada yang menjawab soalan sama dengan ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Saya mengatakan sama tapi tidak serupa. Murid-murid dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan. Refleksi : Saya rasa agak berpuashati melihat ada sebilangan murid-murid dapat menjawab dengan baik. Saya dapat melihat murid-murid Melayu dan Cina menjawab dengan bersungguh-sungguh. Perubahan murid nampaknya agak ketara ketika menjawab soalan yang diberi. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar Berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos yang dijalankan. Kemudian saya bandingkan dengan pencapaian Ujian Pra yang dijalankan sebelum aktiviti.

Graf 2 : Peratus lulus bagi setiap murid dalam Ujian Pos Dapatan dari Ujian Pos yang dijalankan menunjukkan : i. ii. 13 orang murid mendapat gred A 2 orang murid mendapat gred B

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

iii. iv.

3 orang murid mendapat gred C 2 orang murid mendapat gred D

Graf 3 : Peratus mengikut Gred Bagi Ujian Pos GRED A B C D E Ujian Pra 6 7 2 1 4 % 30.00% 35.00% 10.00% 5.00% 20.00% Ujian Pos 13 2 3 2 0 % 65.00% 10.00% 15.00% 10.00% 0.00%

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Graf 4 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos Dapatan daripada analisis diatas jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran mengingat daripada kaedah yang telah dijalankan. Berikut adalah perbandingan untuk melihat dengan jelas peningkatan pencapaian. Murid-murid mendapat markah penuh juga telah diperolehi berbanding ujian pra dimana tiada seorang pun mendapat markah penuh. Ini kerana Ujian Pra dijalankan ketika muridmurid belum mendapat pendedahan tentang kaedah ini. Ujian Pos telah menujukkan peningkatan mereka setelah kaedah ini diaplikasikan. 5.5.2 Refleksi Kajian Terhadap Guru Adalah tidak disangka kaedah ini sekurang-kurangnya dapat merubah sikap murid-murid terhadap P&P guru . Sekiranya dijalankan berulang kali, pasti semua murid akan menguasai sepenuhnya tajuk ini. Adalah satu kegembiraan bagi seorang guru apabila melihat murid-murid gembira menjalankan aktiviti-aktiviti diatas dan seterusnya belajar sesuatu daripada aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun pada awalnya murid kurang memberi kerjasama, namun perubahan sikap kelihatan Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

pada aktiviti-aktiviti seterusnya. Cuma agak terkilan, bagi segelintir kecil murid yang tidak mengusai Bahasa Melayu, mereka agak lambat untuk memahami kaedah baru ini. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada mereka.

5.5.3

Refleksi Tentang Proses P&P Pada keseluruhannya proses P&P dijalankan dapat dilakukan dengan baik. Walaupun peruntukkan masa 35 minit bagi setiap waktu P&P agak terhad, namun setiap aktiviti telah dilaksanakan dengan berhati-hati dengan mengawal P&P agar tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Semua aktiviti di atas dilaksanakan di Bengkel Kemahiran Hidup, kerana setiap kali waktu KHB murid tersebut akan dipecahkan kepada kumpulan murid perempuan dan lelaki. Justeru, halangan kecil yang dihadapi adalah murid lewat hadir ke bengkel. Ini menyebabkan kelewatan masa untuk memulakan P&P. Namun semua itu dihadapi dan kajian tindakan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

6.0

Cadangan Kajian Seterusnya Penggunaan kaedah ini akan diteruskan pada masa akan datang. Malahan,

penggunaanya akan diperluaskan untuk kelas-kelas lain di Tingkatan 2. Cadangan kajian seterusnya yang bakal dilakukan adalah berkaitan dengan proses mengingat alatan dan pelbagai kegunaannya dalam topik-topik Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan. Saya akan meneruskan kajian-kajian tindakan seterusnya untuk memperbaiki amalan P&P guru. Hal ini kerana saya yakin bahawa Guru yang kreatif dan inovatif bakal melahirkan murid yang sukses dan berdedikasi.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Hishamuddin Samad dan Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) PMR. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. Website: www.EnchantedLearning.com (2003-2008). Graphic Organizer Worksheets. Website : North Central Regional Educational Laboratory (1998). Graphic Organizers.htm.Learning Point AssociatesTM.

LAMPIRAN
Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

SENARAI LAMPIRAN

1.LAMPIRAN 1 Ujian Pra 2.LAMPIRAN 2 Borang Roda Idea 3.LAMPIRAN 3 Contoh Roda Idea (hasil kerja murid) 4.LAMPIRAN 4 Ujian Pos

Biodata Penulis

SHAMSUDDIN BIN HARON Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Dilahirkan di Benut, Pontian, Johor pada tahun 1964. Mendapat pendidikan di SK Seri Jaya, Benut dan SM Sains Johor, Kluang. Memperolehi B.SC in Civil Engineering dari University of Alabama, USA (1987), Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur(1988) dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada tahun 2003. Pernah berkhidmat di SMK Adela, Kota Tinggi, SMK Tanjung Datuk, Pengerang, SMK Bandar T6, Kluang, SMK Belitong, Kluang, SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang dan Jabatan Pelajaran Johor. Kini berkhidmatan sebagai pengetua di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor.

MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL


Dilahirkan di Chemur, Perak, pada tahun 1976. Mendapat pendidikan di SK Besout 3 dan SMK (F) Besout, Sungkai, Perak. Memperolehi Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 1997, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002 dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada tahun 2006. Kini berkhidmat sebagai guru Kemahiran Hidup dan Guru Data di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor.

Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

You might also like