You are on page 1of 5

Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan ( sebelum tahun 1986). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri -ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawa san tahun 2020 dan seterusnya.

Perkembangan ejaan jawi.


Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 (1), dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939 . Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga ta hun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (2) itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". (3)

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewa n Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar -pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pus at Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (4) . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, danDaftar Ejaan Melayu [JawiRumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) (5) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan -penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad (6) , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand (7) . iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (8) (seterusnya disebut PEJYD). v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD (9) yang sama pada tahun 1987.

vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi (10) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (11) (1998). vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 (12) . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab . Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.
Link: http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00033&s=1&t=toc.htm

Tulisan Jawi
...Sudah sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa akan menentukannya . Begitulah keputusan yang telah diambil oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 seterusnya memutuskan tulisan rumi digunakan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. Bermula dari itu tulisan Jawi tidak lagi digunakan dalam semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Islam. Mengimbau kembali sejarah perkembangan tulisan Jawi, tulisan Jawi merupakan sistem tulisan yang luas dan paling lama digunakan oleh bahasa Melayu, iaitu dianggarkan mula digunakan sejak abad ke sepuluh masihi sehingga ke hari ini. Tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Pengkaji bersepakat mengatakan bahawa inskripsi pada Batu Bersurat Terengganu 702/1303M) adalah tulisan Jawi pertama dalam bahasa Melayu yang mula-mula sekali dijumpai. Akhbar Melayu pertama dalam tulisan Jawi telah diterbitkan di Singapura iaitu akhbar Jawi Peranakan . Tulisan Jawi telah mengalami beberapa tahap pembaharuan dalam sejarah perkembangannya, beberapa penyesuaian dan tambahan telah dibuat. Empat jenis pedoman ejaan Jawi yang pernah

disusun dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi: Sistem ejaan Jawi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku DiRaja (P.Bm.P.B) atau Ejaan Pakatan Sistem ejaan Jawi yang dibentuk oleh Pendeta Za ba atau Ejaan Za ba Sistem ejaan yang dikembangkan oleh Majalah Dian atau Ejaan Dian Sistem ejaan yang diusahakan oleh DBP melalui Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu atau Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Tulisan Jawi boleh dianggap sebagai khazanah warisan bangsa, maka adalah menjadi harapan kita agar tulisan Jawi dapat dipupuk dan disemai kembali agar tidak berkubur dalam lipatan sejarah. *sumber dari berita harian

You might also like