You are on page 1of 40

Tenaga haba Tenaga Endogenik Tenaga graviti Tenaga radiogenik / atom

Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat. Ia juga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.

Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur. Proses mampatan secara mendatar Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung ke atas atau ke bawah.

Antiklin atau lintap mungkum lipatan yang melengkung ke atas. Sinklin atau lintap lendut bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah). Lipatan simetri kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hamper sama. Lipatan tak simetri satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.

Lipatan lampau keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan. Antiklin rebah lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan. Nappe antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan lintap mungkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.

Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.

Gelinciran biasa berlaku apabila adanya dayadaya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari bawah. Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.

Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.

Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blokblok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan secara mendatar.

Igneus Jalar Dalam (Rejahan)


Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.

Igneus Jalar Luar (Terobosan)


Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi. Ia dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.

Daik apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 6 m. Sil magma membeku secara mendatar di antara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan batuan. Lakolit magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.

Lopolit magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan seperti piring. Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya. Pakolit magma membeku di bahagian puncak lintap mungkum atau bahagian dasar lintap lendut. Ia berbentuk seperti kanta. Batolit terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam kerak bumi. Membentuk teras sesebuah gunung.

Kon lava asid Bercerun curam kerana lava asid yang lkat dan cepat membeku lalu tidak mampu mengalir jauh. Kon lava bes Bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi. Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai. Kon abu Cerun berbetuk cekung dan curam. Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran piroklastik dan bom gunung berapi.

Kon komposit Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling gunung berapi. Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan debu -abu dan bahan piroklastik. Krater Kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung berapi. Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah. Kaldera Terbentuk akibat cantumam beberapa krater gunung berapa yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar.

Lava asid Sangat likat dan mengalir perlahan Cepat membeku Kaya dengan silica Takat lebur yang tinggi Suhu 800C - 1000C Letusan yang kuat

Lava bes Cair dan mengalir laju Lambat membeku Kaya dengan besi dan magnesium Takat lebur yang rendah dan sangat panas Suhu 1100 - 1200C

Jenis bahan yang diletuskan Sifat lohong gunung berapi Sifat dan jenis letusan Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan Proses gondolan yang dialami

Kesan Positif Pertanian Janakuasa elektrik terma Pelancongan Perikanan Perlombongan Petempatan

Kesan Negatif Kehilangan nyawa Kerosakan harta benda Kemusnahan infrastruktur Hujan asid dan penurunan suhu global Aliran lahar Tsunami

Diperkenalkan berasaskan hipotesis awal Alfred Wegener (1910) Benua yang ada pada hari ini dikatakan berasal dari satu daratan besar - PANGEA . Peringkat awal Pangea terbahagi dua iaitu Laurasia (utara) dan Gondwanaland (selatan). Tenaga yang menhanyutkan kerak bumi ialah tenaga tekanan (putaran bumi) dan tenaga endogenik.

Hanyutan benua yang berterusan menyebabkan pemisahan secara besar-besaran Pangea dan membentuk benua dan lautan baru. Terdapat dua daya utama yang mengerakan kerak bumi iaitu mampatan dan tegangan yang wujud akibat adanya arus perolakan. Kerak bumi akan sentiasa bergerak akibat tekanan dari kedua-dua daya tadi. Kerak bumi bergerak ke hadapan, bahagian belakangnya akan membentuk lautan.

Gabungan bentuk pinggir pantai benua-benua. Contohnya pinggir pantai Afrika Barat dan pinggir pantai timur Amerika Selatan Bukti paleontologi berdasarkan usia fosil-fosil purba di pinggir pantai barat Afrika dan Amerika Selatan. Contohnya fosil dinosaur Mesosaurus

Bukti usia dan jenis batuan dan galian. Contohnya emas di Afrika Selatan, benua kecil India danAustralia

Sistem pergunungan dari segi struktur, jenis dan usia batuan. Contohnya Amerika Utara dan Eropah Timur Bukti pengglasieran dari segi kesan hakisan dan proses pemendapan terutama di benua Afrika dan Amerika Selatan

Bukti paleomagnetisme dari segi arah megnet akibat perubahan susunan dan struktur batuan purba di benua kecil India

Boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan plat yang dikenali sebagai plat benua dan plat lautan. Plat-plat ini sentiasa bergerak akibat pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera. Pergerakan berlaku secara perlahan-lahan iaitu beberapa cm setahun.

Jenis-jenis pergerakan plat tektonik


pertembungan plat benua dengan plat benua menghasilkan siri gunung lipat. pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan. Pertembungan plat lautan dengan plat benua di mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.

Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk permatang tengah lautan. Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara perselisihan.

Magma yang panas daripada lapisan mantel tertolak naik ke dasar lautan menyebabkan dasar lautan retak. Retakan ini dinamakan sempadan pencapahan. Magma yang keluar di sepanjang sempadan pencapahan membentuk permatang di dasar laut dan proses ini berlaku berterusan.

Gempa bumi bermaksud pembebasan tenaga yang cepat dari pusat gempa sama ada secara pertembungan, percapahan atau perselisihan platplat tektonik yang menghasilkan gelombang kejutan berpunca daripada sesaran secara tiba-tiba di sepanjang gelinciran. Gempa bumi diukur menggunakan Mesin Seismograf dalam unit Richter.

Dua atau tiga plat tektonik bertembung yang melepaskan tenaga secara tiba-tiba sehingga menggegarkan lapisan kerak bumi dan akan di-rasai di sepanjang sempadan plat yang terlibat Gelinciran pada plat tektonik yang mengakibat-kan berlakunya pergerakan turun atau naik lapisan kerak bumi seterusnya akan mengeluarkan ge-lombang seismik dan menghasilkan gempa bumi

Pemisahan antara plat tektonik akan melepaskan tenaga secara tiba-tiba sehingga menggegarkan lapisan kerak bumi yang juga akan menghasilkan gempa bumi Runtuhan tanah/tebing tinggi pada skala yang besar di dalam tanah atau di luar akan melepaskan tenaga secara tiba-tiba sehingga berlakunya kejadian gempa

Meningkatkan kejadian tanah runtuh. Menyebabkan peningkatan kadar pemendapan. Perubahan landskap kemusnahan hutan.

Berpotensi menyebabkan kehilangan nyawa dan cerdera Menimbulkan perasaan trauma Penularan wabak penyakit Menjejaskan aktiviti ekonomi pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan dll

 

 

Tenaga paling penting. Tenaga haba wujud dalam lapisan atas mantel bumi (lapisan astenosfera) yang berkeadaan amat panas dan batuan separa cair kerana berada dalam keadaan tekanan, suhu dan mampatan yang tinggi. Batuan separa cair mewujudkan arus-arus perolakan di bawah kerak bumi menghasilkan fenomena gelinciran dan lipatan. Jika kerak bumi berlanggar, gelombang seismik akan terhasil gempa bumi. Batuan separa cair akan membentuk lava atau magma mengalir keluar melalui letusan gunung berapi.

Tenaga graviti diperolehi daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.

Tenaga radiogenik atau atom diperoleh daripada pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam sesetengah mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium

You might also like