You are on page 1of 14

Disediakan oleh: PISMP PSV SEM.

2 AMBILAN JUN 2011


FATIN IZZATI HUSSIN PAKRI NUR AIN ISMAIL NUR ZAWANI RASHID NURFATIHAH MOHD NAZIR

TAJUK: Membandingbezakan PSV KBSR dengan KSSR dari aspek persamaan dan perbezaan

PENDEKATAN

PERBEZAAN
KBSR Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan Lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan Bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang belajar-timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran KSSR Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

PENDEKATAN P&P (KBSR)


KONSEP 5P DALAM KBSR Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.

PENDEKATAN P&P (KSSR)


KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

PENDEKATAN P&P (KSSR)


Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

PENDEKATAN (KBSR)
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

PENDEKATAN (KSSR)
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan standard kandungan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni. STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

PENDEKATAN (KBSR)
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional

PENDEKATAN (KSSR)
BIDANG KEGIATAN & AKTIVITI MENGGAMBAR 25% 1. Lukisan 2. Catan 3. Capan 4. Kolaj MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 25% Terancang 1. Capan 2. Lukisan Tidak Terancang 1. Renjisan dan percikan 2. Titisan

PENDEKATAN (KSSR)
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 25% 1. Model 2. Origami MENGENAL KRAF TRADISIONAL 25% 1. Anyaman 2. Alat permainan Wau

PERSAMAAN
KBSR KSSR

Guru sebagai pembimbing Guru sebagai pembimbing pelajaran pelajaran

http://www.google.com/search?hl=en&source=hp&biw=1206&bih=681&q=aspek+pendekatan+dalam+psv+kbsr+&btnG =Google+Search#sclient=psy&hl=en&source=hp&q=PENDEKATAN+APRESIASI+KARYA+DALAM+PSV+KSSR&aq=f&aqi=&a ql=&oq=&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.&fp=7942343f358a1d0c&biw=1206&bih=681

http://www.scribd.com/doc/46492487/Sukatan-Pelajaran-Psv-Kssr http://www.google.com/search?hl=en&source=hp&biw=1206&bih=681&q=aspek+pendekatan+dalam+psv+ kbsr+&btnG=Google+Search#sclient=psy&hl=en&source=hp&q=SUKATAN+PELAJARAN+PSV+KSSR&aq=f&aq i=&aql=&oq=&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.&fp=7942343f358a1d0c&biw=1206&bih=681 http://insanwardah.blogspot.com/2010_11_01_archive.html http://www.scribd.com/doc/36650414/apresiasi-seni http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf http://www.scribd.com/doc/52833871/KLSR-KBSR-KSSR

You might also like