P. 1
Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara

Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara

|Views: 3,133|Likes:
Published by moja

More info:

Published by: moja on Jul 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2014

pdf

text

original

Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara Media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media

cetak memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama µkatak di bawah tempurung¶. Malaysia kini sedang berusaha menjayakan projek multimedianya dengan serius untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Soalannya, apakah peranan media massa dalam pembangunan negara?

Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang amat penting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang ber engaruh dalam bidang pendidikan, p penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dan sukan serta dapat membantu proses minat membaca. Melalui media, orang ramai memperoleh pengetahuan mengenai apa -apa jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah menyatakan µmembaca kunci pengetahuan¶. Rakyat seperti ini akan dapat membantu proses pembangunan negara dengan cepat. Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masya rakat berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.

Di samping itu, media turut berperanan sebagai alat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk memudahkan pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasardasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerluk an sokongan rakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandangan mereka. De ngan ini, pertukaran

maklumat wujud antara kerajaan dengan rakyat.

Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran syarikatnya. Dalam era globalisasi ini, ter dapat perniagaan yang dijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.

Selain itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh ditawarkan adalah ya berkaitan dengan ng bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang terhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasaran. Menerusi media elektronik pula, p embuatan peralatannya memerlukan pekerja yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidang pengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah pengangguran dalam negara dapat dikurangkan.

Media massa turut berperanan sebagai sumber hiburan. Menerusi media cetak, ruangan berunsur hiburan seperti kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dan sebagainya dapat menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi radio dan televisyen juga boleh mengurangkan ketegangan. Menerusi multi media seperti komputer dan internet, kanak-kanak dapat bermain permainan komputer sambil mendengar muzik. Sumber -sumber tersebut dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan.

Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan telus. Dengan ini diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untuk dijadikan alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya, media massa berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->