You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENANGAN 13050 BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI DADAH KALI PERTAMA 2011 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 11.01.2011 : Selasa : 1.10 Petang : Bilik Mesyuarat : 1. Pn. Rosenah bt. Samsudin (GPK HEM) 2. En. Mohd Roshidi b. Zainul (K. Penyelaras) 3. Pn. Nurani bt. yusof (Setiausaha) 4. En. Nasir b. Hasan (Kaunseling) 5. En. Mohd Yusof b. Abu Bakar (Disiplin) 6. Pn. Rosila bt. Mohd Yunus (Pengawas) 7. En. Mazlan b. Mustafa 8. Pn. Roshaslinda bt. Ahamad 9. Pn. Siti Fatimah bt. Abd. A. Rapar 10. Pn. Mathurakala a/p Subramaniam

Agenda mesyuarat:

1. 2. 3. 4. 5.

Ucapan Pengerusi Perancangan Program Tahunan Karnival Pencegahan Anti Dadah Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan

BUTIRAN AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat ini untuk kali pertama sesi 2011. 1.3 Pengerusi menjelaskan matlamat Jawatankuasa Anti Dadah adalah untuk mewujudkan sekolah bebas daripada dadah. 2.0 Perancangan Program Tahunan 2.1 Perancangan program tahunan perlu dilakukan bagi melancarkan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2011. 2.2 Sudut Anti Dadah Bahan-bahan pameran bagi pengisian Sudut Anti Dadah perlu disediakan seperti poster-poster dan bahan bacaan berkaitan dadah. 2.3 Program Lima Minit Anti Dadah/PROSIDAR perlu dijalankan seperti tahun-tahun yang lepas. Program ini dilaksanakan di awal pembelajaran bagi murid-murid Tahap 2. Guru-guru boleh merujuk kepada contoh modul yang dibekalkan. 2.4 Pameran dan Ceramah Anti Dadah perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengisian program tahunan sekolah dalam memastikan warga sekolah bebas dadah. 2.5 Pertandingan melukis dan mewarna poster juga perlu dijalankan dalam menanam perasaan bencikan dadah di kalangan murid-murid. 2.6 Dicadangkan minggu anti dadah diisi dengan program-program berkaitan. Tindakan: Guru Terlibat 3.0 Karnival Pencegahan Anti Dadah 3.1 Karnival Pencegahan Anti Dadah mungkin akan dijalankan pada awal tahun bagi peringkat daerah. 3.2 Antara pertandingan yang biasanya dipertandingkan ialah seperti Pertandingan Sajak, Melukis Poster dan Boria. Pengerusi berharap agar pada tahun ini akan terdapat lebih banyak penyertaan daripada murid-murid sekolah. Tindakan: Guru terlibat 4.0 Hal-hal Lain 4.1 Papan kenyataan Anti Dadah perlu dikemaskini dengan maklumat yang baharu dan semasa. 5.0 Ucapan Penangguhan 5.1 Pengerusi berharap semua jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan segala aktiviti yang dirancang. 5.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. 5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang. Disediakan oleh, ................................. (MOHD ROSHIDI B. ZAINUL) Ketua Penyelaras, Disahkan oleh, .................................. (ROSENAH BT. SAMSUDIN) Pen. Kanan HEM,

Jawatankuasa Anti Dadah, Sek. Keb.Taman Senangan.

Sek. Keb. Taman Senangan.

You might also like