You are on page 1of 312

TAJUK :

ADAB BERKELUARGA PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

1.

MUQADDIMAH Dikemukakan beberapa pandangan mengenai adab berkeluarga yang dipetik dari buku Adab Dalam Agama (Adab Fiddin) hasil karya oleh Hujjatul Islam Abu Haamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Imam Ghazali adalah seorang ahli falsafah Islam (Failasuf). Beliau dilahirkan di Kota Thoos pada tahun 451H atau tahun 1058M dan beliau adalah di antara ulama Islam yang terkenal dan beliau banyak mengarang buku dari berbagai cabang ilmu. Beliau dihormati para ilmuwan dan disegani di kalangan ulama dan digelar Hujjatul Islam. Semoga Allah memberi rahmat dan kemuliaan pahalanya kepada beliau.

2.

ADAB SUAMI ISTERI 2.1. ADAB SUAMI KEPADA ISTERI Hendaklah si suami menggauli isterinya dengan baik (muaasyaroh bil maruf) dan lemah lembut dalam bertutur kata. Menampakkan cinta dan kasih sayang kepada si isteri. Menampakkan pula kegembiraan saat berkumpul dan lupakan kesalahan-kesalahan yang telah lalu ataupun kekeliruan yang akan datang. Jangan mengherdik isteri bila dia melakukan kesalahan. Jagalah kehormatannya dan jangan banyak mendebatnya. Bersikaplah murah hati ketika

memberinya nafkah, jangan bersikap kedekut kepadanya. Juga jangan diabaikan, berbuat baiklah kepada keluarga atau kerabatnya. Hendaklah menyajikan yang baik-baik kepadanya dan hendaklah mempunyai rasa cemburu. 2.2. ADAB ISTERI KEPADA SUAMI Hendaklah si isteri selalu merasa malu kepada suaminya. Jangan banyak membantah dan berdebat. Diam, dengarkan serta perhatikanlah apabila suami sedang berbicara. Selalulah menjaga diri, harta dan anak-anaknya apabila suami tiada di rumah. Jangan berkhianat dalam segala hal terutama dalam soal harta. Usaha badan selalu segar dan harum. Jagalah mulut jangan sampai berbau tak sedap serta berpakaianlah yang bersih. Nampakkan rasa puas dan kesahajaan. Bersikaplah lemah-lembut dan berhiaslah secara berterusan. Hormati dan muliakan keluarga dan kerabatnya. Pandanglah keadaannya dengan penuh keutamaan. Terimalah apa-apa yang dikerjakannya dengan rasa terima kasih. Nampakkan kecintaan anda padanya saat sedang berdekatan. Hendaklah nampakkan pula kegembiraan anda dengan menghilangkan rasa kerinduan saat melihat atau bertemu dengannya. Semarakkanlah suasana bila saat bersama.

2.3.

ADAB LAKI-LAKI PADA DIRI SENDIRI Laki-laki diharuskan membiasakan sholat berjemaah dan sholat Jumaat. Biasakanlah berpakaian bersih dan rapi serta rajinlah bersiwak. Jangan mengenakan pakaian yang mewah, tapi jangan pula mengenakan pakaian yang hina (misal lusuh atau rombeng). Jangan memanjangkan celana dengan rasa takbur, tapi jangan pula memendekkannya. Jangan banyak menoleh ke kanan ke kiri saat berjalan. Jagalah pandangan, jangan melihat kepada yang bukan muhrimnya. Jangan meludah bila sedang bercakap-cakap. Jangan banyak duduk di depan pintu rumah bersama tetangga. Jangan pula menceritakan perihal isteri atau keadaan rumah tangganya kepada teman atau tetangganya.

3.

ADAB WANITA PADA DIRI SENDIRI Hendaklah wanita senang dan selesa tinggal di rumah. Jangan banyak ke luar rumah. Jangan banyak bersembang, bercerita ini dan itu dengan tetangganya. Jangan mengizinkan atau memasukkan seseorang ke dalam rumahnya, kecuali bila tamu itu muhrimnya atau yang sudah benar-benar dikenalnya dengan baik. Gembirakanlah suami apabila dia melihatnya. Jaga diri, harta dan anak-anak saat suami sedang pergi. Jangan

membiasakan diri banyak ke luar rumah. Apabila merupakan suatu keharusan ke luar rumah maka sebaiknya dengan sembunyi-sembunyi melalui jalan yang tidak begitu ramai. Hendaklah memungkiri atau tidak melayani apabila ada orang lain yang melihatnya yang melihatnya berada di luar atau dalam rumah dengan maksud untuk kebaikan dirinya sendiri. Bersikap baik dalam mengatur rumahtangga. Jalankan dengan baik dan tekun shalat dan shaum, serta selalulah bersikap peka dan introspeksi terhadap kekurangan diri sendiri. Wanita muslimah juga harus memikirkan dengan bersungguh-sungguh agamanya. Jika anda ingin menjadi wanita yang baik dan mulia, jangan banyak omong, cerewet dan keras kepala. Peliharalah pandangan mata. Ingatlah bahawa setiap diri selalu diawasi oleh Allah. Banyak-banyaklah berzikir mengingat Allah. Bersikap patuh kepada suami. Berikan semangat kepadanya untuk mencari rezeki yang halal. Jangan banyak meminta yang memberatkan suami. Menyedikitkan bicara dan jauhi perkara yang tidak baik. Nampakkan rasa malu, banyaklah bersabar dan bersyukur. Apabila teman suami datang minta dibukakan pintu padahal saat itu suami tidak berada di rumah, maka janganlah minta penjelasan darinya dan jangan menjanjikannya untuk datang kembali lagi. Ini sebagai ungkapan menjaga rasa cemburu pada dirinya dan rasa cemburu suami kepada si isteri.

4.

ADAB HUBUNGAN DENGAN KERABAT DAN MASYARAKAT 4.1. ADAB ANAK KEPADA ORANG TUA Sebagai seorang anak yang soleh, dengarkanlah perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya. Jalankan dan taati perintah mereka bila perintah itu sesuai dengan syariat Allah Taala. Datanglah lekas jika mereka memanggil. Tunduklah kedua lengan bahu dan redhakan diri di hadapan keduanya, seperti yang diperintahkan Allah dalam firmanNya :

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang (Al-Isra 24)
Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka. Jangan pula merasa bosan menjalankan perintahperintah mereka. Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata. Jangan anda sampai meninggikan suara di hadapan mereka atau berkata dengan suara keras ketika berbicara dengan mereka. Jangan pula anda mengherdik atau berkata cis kepada mereka, apalagi kalau sampai menyalahi, tidak mengendahkan perintah dan anjuran mereka. 4.2. ADAB ORANG TUA KEPADA ANAK Sebelum mengajar anak-anak, hendaknya terlebih dulu dimulai dari diri sendiri kerana mata anak-anak sangat tajam dan pendengarannya amat peka. Apa yang dikatakan pengajar baik maka murid akan

mengatakan baik juga. Apa yang dikatakan pengajar buruk maka akan dianggap buruk juga oleh murid. Bersikap tenang dalam majlis, jangan menengok ke kiri dan ke kanan, Dalam pengajaran hendaknya banyak menanamkan hal-hal yang menambah rasa takut anak kepada Allah. Jangan banyak memarahi dan memukul mereka. Jangan pula mengajarkan hal-hal yang berkenaan dengan mushthalahul hadits sehingga mereka berani mengutarakan hadith-hadith. Jangan membiarkan mereka bercakap-cakap sendiri di dalam majlis dan jangan pula bergurau dengan salah satu murid di hadapan mereka. Yang perlu diingat pula, jangan merasa tinggi hati dengan apaapa yang telah diberikan kepada mereka. Hendaknya menangani segala permasalahan yang diutarakan mereka dengan rendah hati. Laranglah mereka jika mengolok-olok temannya dan cegah bila mereka menikmati milik orang lain. Jelaskan pula kepada mereka bahawa kebiasaan mengumpat, berdusta dan gossip adalah perbuatan buruk. Jangan memberi pertanyaan kepada mereka pertanyaan yang berat dan jangan pula membebani keluarganya kerana dapat membosankan mereka. Ajarkanlah mereka thaharah (bersuci) dan shalat. Tunjukkan kepada mereka najis-najis yang dapat membatalkan shalat.

4.3.

ADAB MAJIKAN KEPADA PEMBANTU Kepada para majikan, ingatlah, jangan membebani pembantu pekerjaan di luar kemampuannya. Berbelas-kasihlah kepada mereka saat mereka penat dan lelah. Jangan banyak memukul mereka. Jangan mengutuk atau memarahi mereka. Maafkanlah dan terimalah ucapan maaf mereka dengan alasan-alasannya. Apabila mereka membuat dan menghindarkan makanan, ajaklah mereka untuk ikut menikmati makanan itu.

4.4.

ADAB PEMBANTU KEPADA MAJIKAN Sebagai seorang pembantu hendaklah menjalankan semua perintah-perintah majikan asal perintah itu benar dan tidak di luar batas kemampuannya. Pembantu juga tidak diharamkan menasihati dan menjaga diri saat si tuan sedang berpergian. Berusahalah memberikan pelayanan sebaik-baiknya. Jagalah diri dari hal-hal yang diharamkan. Jaga juga kehormatan majikan dan keluarganya. Berbelaskasihlah kepada anak-anak majikan. Jangan sampai mengkhianati harta kekayaan majikan.

4.5.

ADAB BERSAUDARA Nampakkan kegembiraan dan kesenangan ketika bertemu atau berkumpul dengan mereka. Mulailah megucapkan salam. Tenteramkan dan lapangkan majlis mereka saat sedang berkumpul, seperti yang diperintahkan Allah dalam firmanNya :

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: Berlapang-lapanglah dalam majlis maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.(Al-Mujadilah 11)
Hendaknya ikut mengiringi mereka walaupun beberapa langkah ketika hendak berpisah. Dengar dan perhatikan ucapan-ucapan mereka, jangan disanggah kecuali kerana benar. Bertutur sapalah dengan mereka baik. Jangan berdebat mereka kecuali bila mereka telah selesai berbicara. Panggillah mereka dengan nama yang mereka senangi.

5.

ADAB BERTETANGGA Awalilah dengan mengucapkan salam. Jangan banyak berbual panjang-lebar dengan mereka. Jangan pula banyak mengutarakan pertanyaan dan permasalahan. Tengoklah apabila mereka sedang sakit. Berduka-citalah bila mereka sedang terkena musibah. Berikan ucapan selamat dan nampakkan kegembiraan dan saat tetangga sedang berbahagia.

Bertutur-katalah yang baik kepada anak-anak dan para pembantunya. Maafkan kesalahan dan kehilafankehilafannya. Jangan mencerca atau memarahi mereka. Nasihatilah dengan belas kasih. Kekang pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan. Bantulah pula mereka dalam menyelesaikan dan menghilangkan kesusahannya. Jangan memandang terus dengan menaruh perhatian kepada pembantu wanitanya.

TAJUK :

HAK-HAK WANITA DALAM UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM

1.

MUQADDIMAH 1.1. Islam adalah agama yang syumul, unggul dan sesuai dengan fitrah manusia walau di mana sahaja mereka berada dan di zaman mana mereka berada. Ia memperuntuk, memenuhi kehendak dan keperluan mereka dan mampu menyelesaikan segala masalah dan persoalan yang mereka hadapi. Peraturan dan undang-undangnya adalah adil dan sesuai untuk setiap orang lelaki dan perempuan. Perbezaan hanyalah dari segi keimanan, ketakwaan, akhlak dan pencapaian kerohanian yang tinggi. Miskin kaya lelaki dan perempuan adalah sama di sisi undang-undang.

1.2. 1.3.

2.

HAK WANITA 2.1. 2.2. Islam menempatkan wanita di suatu tempat yang tinggi dan terhormat. Hubungan mereka dengan kaum lelaki adalah diasaskan sesama manusia, hamba Allah dan khalifah Allah di bumi. Mereka sama-sama bertugas melaksanakan amanah Allah dan memakmurkan dunia, menegakkan maaruf dan meninggalkan mungkar, berkasih sayang,

2.3.

10

bertimbang rasa, hidup dalam keadaan harmoni dan saling lengkap melengkapi. 2.4. Sesuai dengan kejadian dan sifatnya, peranan dan tanggungjawab, kemuliaan dan kehormatannya. Islam memberikan hak yang sesuai dan wajar kepada wanita. Hak wanita ini dilindungi, dijaga dan dipertahankan oleh Islam. Mengabaikan, mengenepikan dan mencabul hak mereka bererti melakukan kezaliman, menentang peraturan dan undang-undang Allah serta mengkhianati amanah yang telah diberikan Allah.

2.5.

3.

HAK WANITA DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 3.1. Hak wanita dalam Islam tentu sahaja amat luas sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh lelaki. Hak mereka sebagai manusia, anak, isteri, balu, janda, ibu, nenek dan seterusnya. Dalam perbincangan ini tumpuan akan diberikan kepada hak wanita yang dijelaskan di dalam UndangUndang Keluarga Islam. Di antaranya :3.2.1. UMUR MINIMUM UNTUK PERKAHWINAN 18 tahun lelaki dan 16 tahun perempuan. Tujuan peruntukan ini untuk mempastikan bakal pengantin perempuan telah mencapai

3.2.

11

umur biasanya mencapai kematangan di dalam menentukan perkahwinannya, mempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab berumahtangga terutama dari segi saikologi dan pengurusan rumahtangga. Ini berdasarkan siasah syariyyah. 3.2.2. PERSETUJUAN DIKEHENDAKI Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya. Peruntukan ini bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan seseorang wanita agar ianya tidak diakad nikahkan secara paksa. 3.2.3. MAS KAHWIN DAN PEMBERIAN Di bayar di hadapan orang yang mengakad nikahkan dan dua orang saksi serta direkodkan oleh pendaftar. Peruntukan ini untuk mempastikan hak wanita terhadap mas kahwinnya serta pemberian-pemberian dicatat dengan lebih teratur agar dipastikan tepat dan jika ia belum dibayar senanglah dituntut jika mungkir.

12

3.2.4.

Taliq suami hendaklah dicatat dalam daftar perkahwinan, selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan taliq dibuat oleh suami. Peruntukan ini adalah penting agar hak-hak isteri terjamin, kepentingan mereka terpelihara dan penganiayaan terhadap mereka boleh dikurangkan.

3.2.5.

Kebenaran berpoligami menjamin hak dan kepentingan Islam sedia ada dalam poligami. Peruntukan ini bertujuan agar hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan tidak dizalimi, disamping untuk mempastikan bahawa keadilan dapat diberikan kepada isteri-isterinya. Peruntukan ini juga perlu agar keharusan berpoligami tidak disalahgunakan dan image poligami Islam yang baik dapat dilahirkan.

3.2.6.

PERCERAIAN SECARA TALAQ Peruntukan-peruntukan yang dibuat agar suami tidaklah sewenangnya mentalak isterinya jika ini berlaku ianya adalah satu kezaliman terhadap wanita. Tambahan pula talaq adalah satu perkara yang halal tetapi dibenci Allah yang demikian ianya tidak boleh dipermudah-mudahkan.

13

Talaq adalah langkah terakhir jika sesuatu perkahwinan itu telah pecah belah dan tiada harapan lagi untuk hidup bersama. 3.2.7. PERCERAIAN SECARA KHULU ATAU TEBUS TALAQ Persetujuan dulu bincang kadar - Hakim putuskan kadarnya. Peruntukan di atas adalah memberikan peluang kepada isteri-isteri yang ingin melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan dengan suaminya sedangkan suami tidak mahu mentalaqnya membuat persetujuan dengan cara khulu atau tebus talaq. 3.2.8. PERCERAIAN DI BAWAH TAKLIK ATAU JANJI Peruntukan berkenaan memberi peluang kepada isteri-isteri yang merasa hak mereka dicabul dan hidup mereka menderita di bawah suaminya. Menuntut agar ia berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin. Taklik adalah salah satu cara berkesan untuk mempastikan isteri-isteri mendapat haknya dan mengelakkan mereka dari kezaliman dan pengabaian.

14

3.2.9.

PERINTAH UNTUK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN ATAU FASAKH Peruntukan ini penting demi untuk mempastikan hak-hak seseorang isteri dihormati dan tidak dizalimi. Malahan peruntukan menyebut :-

Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syara
Ini adalah tepat sekali kerana Islam menyuruh agar setiap kemudaratan dihindar, kesusahan diatasi dan kezaliman dihapuskan. 3.2.10. PERINTAH PERCERAIAN TERTAKLUK KEPADA PERINTAH LAIN Peruntukan ini adalah untuk mempastikan hak isteri yang diceraikan melalui talaq, khulu, fasakh atau pembatalan perkahwinan hendaklah dijamin dan tidak diabaikan iaitu haknya mengenai penjagaan anak, nafkah anak-anak, tanggungan dan tempat kediaman isteri yang diceraikan dan bayaran mutaah jika ada. 3.2.11. HAK TERHADAP MAS KAHWIN Peruntukan ini bertujuan untuk mempastikan hak seseorang isteri terhadap mas kahwin

15

dan pemberian dijamin dan tidak terjejas walaupun apabila perkahwinannya dibubarkan. 3.2.12. HAK TERHADAP HARTA PENCARIAN Peruntukan ini penting untuk menjelaskan mengenai hak seseorang isteri yang diceraikan terhadap harta sepencarian. Ianya juga menjelaskan panduan yang perlu dipatuhi di dalam menjalankan kuasa yang diberi semasa menentukan pembahagian harta sepencarian. 3.2.13. HAK TERHADAP NAFKAH Hukum Syara mewajibkan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika mereka engkar melaksanakannya, isteri atau anak boleh memohon perintah Mahkamah untuk memfardhukan kepada mereka dan jika mereka engkar, boleh dihukum penjara. 3.2.14. HAK PENJAGAAN ANAK Peruntukan menjelaskan bahawa ibu adalah yang paling layak untuk menjaga, kemudian ibu kepada ibu.

16

4.

PENUTUP Banyak lagi peruntukan-peruntukan yang boleh dihuraikan, oleh itu wanita-wanita hendaklah menggunakan hak-hak mereka dengan bijaksana demi untuk kebahagiaan dan penyelesaian.

17

TAJUK : HAK WANITA MEMILIH JODOH 1. MUQADDIMAH 1.1. Antara tanggungjawab ibubapa selain dari memberi nama anak dengan nama yang terbaik, melaksanakan aqiqah, memberikan pendidikan yang cemerlang supaya cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat ialah mengahwinkan mereka apabila mereka telah layak kahwin atau dewasa. Atau dengan lain perkataan supaya menyegerakan untuk mengahwinkan anak gadis mereka jika telah layak berkahwin dari segi fizikal dan mental melainkan jika ada apa-apa halangan kerana hendak menyambung pelajaran dan sebagainya. Pertimbangan yang sepatutnya dibuat oleh ibubapa ialah tidak mengahwinkan mereka terlalu awal atau tidak pula melewat-lewatkannya. Apa yang menjadi kekalutan masyarakat dewasa ini, sebenarnya mereka salah faham di antara tiga persimpangan pandangan yang berbeza iaitu :-

1.2.

1.3.

1.3.1. Ibu atau bapa mengambil tindakan bersendirian untuk mengahwinkan anak mereka tanpa berunding dengan anak gadis berkaitan seperti apa yang diistilahkan kahwin paksa. Sebab utama kerana bapa atau datuk memberi alasan, mereka merupakan wali mujbir atau mempunyai kuasa boleh memaksa anak gadis atau cucu gadis mereka berkahwin tanpa minta izin mereka terlebih dahulu.

18

1.3.2. Ataupun ibubapa hanya menyerahkan tanggungjawab memilih suami hanya pada anak gadis mereka. Tiada mengambil berat, meneliti dan mengenal pasti bakal suami anaknya. Ibubapa menganggap tugas untuk mengahwinkan puteri mereka hanya dengan mengadakan kenduri kecil atau besar sahaja. Ini memberikan peluang kepada ibubapa untuk lari dari tanggungjawab apabila berlaku apaapa perkara kepada anak-anak mereka. Mereka boleh berkata kau kahwin, kau yang pilih, baik dan buruk kaulah yang tanggung.
1.3.3. Ataupun ada juga anak gadis yang menganggap bahawa hak mencari bakal suami adalah hak mutlak ataupun hak eksklusif mereka. Ibubapa langsung tidak ditanya pandangan mereka. Mereka beranggapan bukan ibubapa yang hendak kahwin tapi merekalah yang akan menghadapi bahtera kehidupan dan merasa kemanisan dan himpitan hidup di masa hadapan. Oleh itu lahirkan istilah kahwin cowboy, kahwin lari, nikah siam dan sebagainya. 1.3.3. Tiga contoh yang diberikan tadi menunjukkan betapa tergelincirnya kita dari landasan Syariah Islamiah yang begitu utuh dan terlalu indah untuk kita hayati atau laksanakan dalam kehidupan.

19

2.

WANITA BOLEH MEMILIH JODOH Wanita boleh menawarkan diri untuk dikahwini oleh lelaki yang soleh. Demikianlah tingginya nilai toleransi dan objektif yang dibawa oleh Islam, sehingga dalam keadaan tertentu membolehkan wanita memilih jodohnya sendiri, apabila ia benar-benar yakin bahawa jodoh yang diingininya itu seorang lelaki yang soleh, kuat penghayatan agamanya, jujur dan dapat dipercayai. Dalam hal itu seorang wanita boleh menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh lelaki yang disukainya, semata-mata kerana menghendaki kesolehannya dan merasa puas melihat ketaqwaannya. Tidak ada salahnya seorang wanita berbuat demikian selagi ia bertujuan ingin mendapat keredhaan Allah. Bahkan dalam hal itu ia memperoleh pahala atas kebaikan maksudnya, baik permintaannya itu diterima ataupun tidak. Lebih-lebih lagi jika ia tidak mempunyai seorang wali yang mewakilinya dalam menyampaikan hasratnya kepada lelaki yang diidamidamkan. Sebuah Hadith yang berasal dari Anas r.a. mengatakan sebagai berikut : Pada suatu hari datanglah seorang

wanita kepada Rasulullah s.a.w. menawarkan diri untuk dinikahi oleh beliau. Ia berkata : Ya Rasulullah, apakah anda inginkan diriku? Anak perempuan Anas yang ketika itu hadir berkata : Perempuan tak punya malualangkah buruknyaalangkah buruknya perempuan itu! Mendengar anaknya berkata seperti itu Ana menjawab : Ia lebih baik daripada dirimu. Ia menghendaki Rasulullah s.a.w., kerana itulah ia menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh baginda.

20

Dari peristiwa yang jarang terjadi itu kita dapat mengambil kesimpulan penting mengenai beberapa bentuk kesopanan, antara lain :Pertama : Kesopanan wanita itu dari kepandaiannya dalam hal menawarkan diri. Iaitu melalui cara yang baik sesuai dengan perasaan malunya sebagai wanita. Ia tidak menggunakan isyarat apa pun juga untuk menyatakan keinginannya. Ia hanya berkata : Apakah anda inginkan

diriku?, tidak berkata; Aku ingin dinikahi oleh anda, ya Rasulullah!, misalnya.
Kedua : Sikap wanita itu tidak dapat dipersalahkan, kerana ia tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syariat. Hal itu terbukti kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mencela perbuatannya. Anas r.a. pun menyanggah ucapan anak perempuannya dan dengan tegas tidak membenarkan ucapannya yang mencela wanita itu, bahkan menekankan kelebihan wanita tersebut, kerana kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. ia mengajukan diri untuk dinikahi oleh beliau. Ketiga : Rasulullah s.a.w. dengan keagungan akhlaknya, dengan kesopanannya yang sempurna, cukup mengambil sikap diam sebagai isyarat penolakannya. Beliau tidak menolak perasaan wanita itu dengan menyatakan penolakan secara terus-terang, dan beliau pun tidak membuat wanita itu malu dengan menyatakan ketidaksenangan Baginda kepadanya.

21

3.

KENAPA WANITA BERHAK MEMILIH JODOH? Islam sangat berhati-hati dalam menetapkan ketentuanketentuan untuk menjamin kebahagiaan isteri dan kemantapan keluarga, iaitu dengan memberikan hak kepada wanita untuk mengambil keputusan: apakah ia menerima atau menolak lamaran seorang lelaki. Tidak ada seorang pun yang dapat memaksanya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya, kerana kehidupan suami-isteri tidak mungkin dapat ditegakkan atas dasar paksaan dan tekanan. Allah berfirman :

Kemudian Allah menciptakan rasa kasih-sayang diantara kamu.


Jauh sekali rasa kasih-sayang dapat diwujudkan bersamasama dengan perasaan benci dan terpaksa. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar wanita diminta pendapatnya lebih dahulu mengenai perkahwinan dirinya sebelum perkahwinan itu ditetapkan. Baginda bersabda :

Mintalah pendapat wanita mengenai diri mereka. Seorang janda dapat menyatakan sendiri kesediaannya. Jika wanita itu seorang gadis, cukuplah dengan sikap diamnya.

22

Selain dari itu Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda :

Mintalah pendapat kaum wanita (yakini mengenai anak-anak perempuan mereka

kaum

ibu)

Makna dua buah hadith tersebut di atas hampir sama dan tujuannya pun sama juga, iaitu wanita atau gadis yang hendak dikahwinkan harus ditanya pendapatnya terlebih dahulu, baik tawaran perkahwinan itu disampaikan langsung kepadanya, atau pun disampaikan melalui ibunya. Apabila tawaran itu disampaikan melalui ibunya, gadis itu tidak akan merasa malu. Lain halnya kalau tawaran itu disampaikan melalui ayah atau walinya, gadis yang berkenaan biasanya merasa segan dan malu. Menawarkan perkahwinan kepada gadis yatim haruslah lebih berhati-hati. Ia lebih penting lagi diberi perhatian memandangkan keadaannya. Kerana tidak berayah lagi dan mungkin ia diabaikan, atau tidak dihiraukan kehendaknya oleh orang yang bertindak selaku walinya. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menyatakan pesan khusus untuk menekankan hak gadis yatim itu untuk menjamin ketenteraman perasannya. Mengenai soal itu baginda memerintahkan :

Sampaikan tawaran perkahwinan terus kepada gadis yatim itu sendiri. Diamnya menandakan kesediannya.
Tentang cara bagaimana untuk menyampaikan tawaran pernikahan kepada seorang gadis, hal itu telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan cara yang amat sopan dan halus, agar gadis yang berkenaan tidak malu-malu dan tidak tersinggung perasaannya. Rasulullah s.a.w. sendiri apabila hendak mengahwinkan anak perempuan dari salah

23

seorang isteri baginda, atau puteri baginda sendiri, atau wanita muminah lainnya; dari belakang hijab (sekatan) baginda bersabda :

Hai fulanah, si fulan meminangmu. Jika engkau tidak menyukainya jawablah : tidak. Orang tidak akan malu mengucapkan kata tidak. Jika engkau menyukainya, maka diammu menandakan kesediaanmu.
Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.aw. Bahkan baginda menyeru supaya wanita diminta pendapatnya terlebih dahulu sebelum dinikahkan. Dengan tegas baginda melarang sikap yang tidak memperdulikan pendapat wanita mengenai perkahwinan dirinya, baginda menegaskan :

Janganlah engkau mengahwinkan seorang janda sebelum diminta pendapatnya, dan janganlah engkau mengahwinkan seorang gadis sebelum diminta persetujuannya.
Para sahabat bertanya :

Ya Rasulullah, bagaimanakah persetujuan seorang gadis?. Baginda menjawab : Bila ia diam.


Dalam sebuah hadith Aishah r.a. mengatakan sebagai berikut :

Ku katakan kepada Rasulullah s.aw. : Ya Rasulullah, gadis tetentu malu. Baginda menjawab : Diamnya menandakan kerelaannya.
Menurut hadith yang lain, ketika itu baginda menjawab : Persetujuannya ialah jika ia diam (tidak menjawab).

24

Demikianlah juga yang dilakukan oleh Sayyidul-Mursalin, Muhammad s.a.w., ketika baginda hendak mengahwinkan puterinya, Fatimah Az-Zahra, wanita terkemuka ahlul-janah (penghuni syurga). Sebuah riwayat hadith berasal dari Abbas bin Mansur menerangkan :

Aku mendengar Atha berkata : Ali meminang Fatimah, kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu puterinya : Ali menyebut-nyebut dirimuFatimah diam. (Tidak lama setelah itu) Ali berkahwin dengan Fatimah r.a.
Dalam riwayat hadith yang lain lagi, Atha bin Rabbah berkata: Ketika Ali meminang Fatimah r.a., Rasulullah

s.a.w. telah pergi kepada puteri baginda itu, lalu bersabda, Ali telah menyebutmu. Fatimah diam. Rasulullah s.a.w. kemudian keluar dan mengahwinkannya.

Islam sangat mengambil berat supaya kehidupan keluarga ditegakkan atas dasar kerelaan yang sepenuhnya. Islam memberi hak kepada janda untuk menentukan pendapatnya sendiri, tidak bergantung pada pendapat walinya, jika ia yakin benar bahawa kepentingan dirinya ada pada keputusan yang diambilnya sendiri. Dalam memberikan hak seperti itu kepada seorang janda dan tidak memberikannya kepada seorang gadis, Islam mempunyai beberapa pertimbangan, antara lain : Seorang janda telah mempunyai pengalaman hidup bersuami-isteri, sedangkan gadis tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Oleh itu wali seorang janda tidak mempunyai kewajipan selain memberi nasihat. Selanjutnya janda itu sendirilah yang berhak memilih lelaki mana yang menurut pendapatnya akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya, baik mengenai

25

agamanya (urusan keduniaannya.

akhiratnya)

mahupun

urusan

Mengenai hal itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Seorang janda lebih berhak atas dirinya sendiri (dalam soal perkahwinan) daripada walinya, dan seorang gadis harus diminta persetujuannya lebih dahulu oleh ayahnya mengenai (perkahwinan) dirinya. Persetujuan seorang gadis ialah diamnya.
Dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis harus diminta persetujuannya mengenai pernikahan dirinya. (Tanda) persetujuannya ialah diamnya.
Kata al-ayyim (jamaknya : ayyaamaa) yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith tersebut (dalam bahasa Arab) menurut erti bahasa bermakna wanita yang tidak mempunyai suami, baik ia gadis ataupun janda yang dicerai oleh suaminya atas kematian suaminya. Namun, yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah janda kerana dalam rangkaian perkataan hadith tersebut, kata al-ayyim itu sangat hampir dengan perkataan bikr yang bermakna gadis atau perawan. Pengertiaan tersebut jelas sekali dalam hadith sebelumnya, yang menggunakan perkataan al-tsayyib iaitu seorang janda. Imam Nawawi dalam tafsirnya mengenai hadith tersebut mengatakan : Ketahuilah bahwa lafaz lebih berhak (ahaqqu) hak bersama bermakna bahawa janda lebih mempunyai hak atas dirinya sendiri dalam hal perkahwinan. Walinya mempunyai hak juga tetapi janda yang berkenaan

26

lebih berhak daripada walinya. Contohnya walinya itu hendak mengahwinkannya dengan lelaki yang berkeadaan sepadan (kufu), tetapi ia menolak, ia tidak boleh dipaksa. Sebaliknya bila ia sendiri hendak berkahwin dengan lelaki yang berkeadaan sepadan, tetapi walinya tidak setuju, ia dapat memaksa walinya untuk menyetujui perkahwinannya. Bila walinya tetap menolak, ia dapat dikahwinkan oleh Kadi (Hakim Mahkamah Syariah). Hal itu menunjukkan bahawa hak seorang janda atas dirinya sendiri lebih kuat dan lebih kukuh daripada hak yang ada pada walinya. 4. HAK WANITA MENOLAK PERNIKAHANNYA DENGAN LELAKI YANG TIDAK DISUKAINYA Apabila wali seorang janda memaksanya berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukainya, ia (janda itu) berhak menolak, walaupun walinya itu ayahnya sendiri. Marilah kita perhatikan riwayat seorang wanita bernama Khanfasa binti Khadam di mana sebelum ini suaminya Anis bin Qatadah gugur sahid dalam peperangan Badar, mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang tidak disukainya. Ia lalu datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu: Ya Rasulullah, ayahku mengahwinkan aku dengan lelaki lain, padahal aku lebih menyukai bapa saudaraku (yakni ipar-lelakinya). Atas pengaduan itu Rasulullah s.aw. membatalkan perkahwinannya dengan lelaki itu, setelah jelas bagi beliau bahawa Khanfasa benar-benar menyakini bahawa kepentingan dirinya dan kepentingan anaknya akan lebih terjamin bila ia dikahwinkan dengan saudara lelaki suaminya yang telah meninggal dunia. Ibnul-Atsir memperkenalkan sebuah riwayat berasal dari Abdur-Rahman bin Yazid, sebagai berikut : Wadiah bin

27

Khaddam mengahwinkan anak gadisnya dengan seorang lelaki. Anak Wadiah itu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu : Ya Rasulullah, ayahku mengahwinkan aku dengan seorang lelaki yang tidak sesuai bagiku: Rasulullah s.a.w. memanggil Wadiah. Setelah menjelaskan keadaan sebenarnya, Wadiah berkata : Ia (anak

gadisnya) ku kahwinkan dengan anak bapa saudaranya yang bersesuaian dan ia seorang lelaki yang jujur. Rasulullah s.a.w. bertanya : Apakah engkau sudah minta persetujuan dari anakmu?. Wadiah menjawab : Tidak. Rasulullah s.a.w. lalu membatalkan perkahwinan itu, dan tidak membenarkannya.

Di antara empat orang Imam (yakni : Malik, Abu Hanifah, Syafii dan Ahmad bin Hanbal ridhiayallhu ahhum) tidak berbeza pendapat bahawa seorang janda yang dikahwinkan paksa oleh ayahnya dengan lelaki lain yang tidak disukainya, pernikahannya mardud (tidak sah atau batal). Lain halnya kalau yang dinikahnya itu seorang gadis. Ayah gadis itu dapat mengahwinkannya dengan lelaki yang bersesuaian kerana sebagai ayah tentu berpandangan lebih jauh, berpengalaman lebih luas dan lebih mampu mengambil keputusan yang baik. Akan tetapi, jika ia menyalahgunakan haknya dalam mengahwinkan anak gadisnya, kadi boleh membatalkan perkahwinan itu jika masalahnya diadukan kepadanya. Riwayat yang berasal dari Jabir r.a. berikut : mengatakan sebagai

Seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuannya. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkaranya kepada Rasulullah s.a.w. Atas pengaduannya itu baginda kemudian menceraikannya dari suaminya.

28

Al-Baihaqi menyanggah dengan mengatakan, kerana ayah itu menikahkan anak gadisnya dengan lelaki yang tidak sepadan. Bila ia menikahkannya dengan lelaki yang bersesuaian, perkahwinan itu dapat berlangsung terus, sekalipun gadis itu minta dikahwinkan dengan lelaki lain yang juga bersesuaian. Sebab, pada dasarnya seorang anak gadis dapat dipaksa dan ia tidak mempunyai kebebasan menentukan perkahwinannya sendiri kerana ayahnya tentu lebih berpandangan jauh daripadanya. Selain ayah sendiri maka sesiapapun tidak mempunyak hak memaksa gadis yang berada di bawah perwaliannya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Sebab, bagi seorang wali yang bukan ayahnya sendiri kasih sayangnya tidak sebesar kasih sayang ayahnya sendiri.

29

TAJUK : ALAM PERKAHWINAN 1. MUQADDIMAH 1.1. Alam perkahwinan amat berbeza dengan alam sebelum berkahwin. Pasangan yang berkahwin mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Hubungan seksual yang saling memuaskan bagi kedua-dua pihak merupakan salah satu tanggungjawab pasangan. Di samping itu, kehidupan alam rumahtangga tidak berkisar sekitar suami isteri sahaja. Hubungan yang baik dan mesra perlu diwujudkan dengan mertua dan jiran tetangga bagi mencapai kebahagiaan rumahtangga. Oleh itu di kali ini marilah kita memahami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan alam perkahwinan yang meliputi hak dan tanggungjawab suami isteri. SEBAGAI boleh SEORANG dibahagikan

1.2.

2.

APAKAH TANGGUNGJAWAB ISTERI ATAU SUAMI? 2.1. Tanggungjawab kepada :berkenaan

2.1.1. Tanggungjawab suami isteri. 2.1.2. Peranan dan tugas suami isteri dan 2.1.3. Tanggungjawab sebagai anak dalam keluarga. 2.2. Peristiwa ijab kabul secara automatik memberikan peranan sebagai suami isteri kepada dua individu.

30

Pemegang peranan sebagai suami atau isteri kepada dua individu. Pemegang peranan sebagai suami atau isteri mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Hak dan tanggungjawab suami isteri merupakan aspek komplimentari. Oleh itu sesuatu perkara menjadi hak kepada seseorang, adalah menjadi tanggungjawab pasangan untuk memenuhi hak tersebut. 2.3. Hak isteri dan tanggungjawab suami :Peristiwa ijab kabul secara automatik memberikan peranan sebagai suami isteri kepada dua individu. Pemegang peranan sebagia suami atau isteri kepada dua individu. Pemegang peranan sebagai suami atau isteri mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Oleh itu sesuatu perkara menjadi hak kepada seseorang, adalah menjadi tanggungjawab pasangan untuk memenuhi hak tersebut. 2.4. Hak isteri dan tanggungjawab suami :2.4.1. Nafkah Sara hidup. Tempat tinggal. Keselamatan / Perlindungan.

2.4.2. Didikan. 2.4.3. Mas kahwin. 2.4.4. Layanan yang baik dan dihormati.

31

2.5.

Hak suami dan tanggungjawab isteri. 2.5.1. Taat kepada suami. 2.5.2. Layanan yang baik dan dihormati.

2.6.

Tanggungjawab bersama suami / isteri. Antaranya :2.6.1. 2.6.2. 2.6.3. 2.6.4. 2.6.5. 2.6.6. 2.6.7. 2.6.8. 2.6.9. 2.6.10. Kasih sayang. Bekerjasama. Harta bersama. Bersifat amanah. Hubungan kelamin. Pergaulan yang baik. Keterampilan yang baik. Mempunyai sifat cemburu. Menghormati persamaan. Memahami masalah pasangan. SUAMI DAN ISTERI DALAM

3.

APAKAH PERANAN PERKAHWINAN? 3.1.

Peranan merupakan tingkah laku yang dimainkan oleh seseorang yang menduduki sesuatu posisi dalam sebuah keluarga, suami dan isteri mempunyai peranan. Suami isteri mempunyai keistimewaan tertentu dan peranan mereka telah ditentukan oleh Islam. Bersesuaian dengan ini, suami telah diamanahkan sebagai ketua, pemimpin dan mencari nafkah untuk keluarga. Manakala isteri merupakan pengawal, pengurus dan pemimpin dalam hal rumah tangga. Pembahagian ini dapat dilihat dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. seperti berikut :-

32

3.1.1. Firman Allah di dalam Surah Annisa, ayat 34:Maksudnya :Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. 3.1.2. Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya : Ya Rasulullah! Apakah hak isteri ke atas kami? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberikan pakaian kepadanya sepertimana engkau berpakaian. 4. Walaupun suami isteri bertanggungjawab antara satu sama lain, mereka tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai anak. Suami bertanggungjawab ke atas kedua ibubapanya dan isteri bertanggungjawab ke atas keluarganya. APAKAH TANGGUNGJAWAB IBUBAPANYA? 5.1. ANAK KEPADA

5.

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa hukumnya WAJIB. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Ahqaaf, ayat 15.

33

Maksudnya : Kami perintahkan kepada semua manusia agar berbuat baik kepada kedua ibubapanya 5.2. Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibubapa mereka. Tanggungjawab tersebut terbahagi kepada :5.2.1. Tanggungjawab semasa ibubapa masih hidup. 5.2.2. Tanggungjawab selepas ibubapa meninggal dunia. 5.3. Bentuk berbakti semasa mereka masih hidup :5.3.1. Berbuat baik. 5.3.2. Berlemah lembut dan berbudi bahasa. 5.3.3. Pengorbanan harta benda. 5.4. Selepas kematian keduanya :Hubungan anak dengan ibubapa adalah di dunia dan di akhirat. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa tidak terhenti dengan kematian salah seorang atau keduanya sekali. Anak masih mempunyai tanggungjawab selepas kematian mereka. Antaranya :5.4.1. 5.4.2. 5.4.3. 5.4.4. Berdoa kepada keduanya. Menziarahi kubur mereka. Melaksanakan janji (nazar). Menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibubapa.

34

5.4.5. Menunaikan haji sekiranya mampu. 5.4.6. Membaca Al Quran untuk semua. 5.4.7. Melunaskan hutang piutang yang belum dilunaskan semasa hayat (kedua ibubapa). 5.5. Kesan derhaka terhadap ibubapa :5.5.1. Dosa yang paling besar. 5.5.2. Hukumnya haram. 5.6. Bentuk derhaka :5.6.1. Memandang dengan marah. 5.6.2. Membenci. 5.6.3. Bercakap kasar.

6.

RUMUSAN Setiap individu perlu menunaikan tanggungjawab masingmasing dalam rumahtangga kerana pengabaian melaksanakan tanggungjawab akan merumitkan keluarga dan masyarakat. Tanggungjawab merupakan amanat Allah s.w.t. dan perlaksanaan tanggungjawab akan disoal di akhirat nanti.

35

TAJUK : HIKMAH HIJRAH DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA 1. MUQADDIMAH 1.1. Setiap tahun menjelang bulan Muharram, umat Islam akan mengenang kembali peristiwa hijrah, Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Madinah yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib. Dalam peristiwa itu, umat Islam dapat merenung dan mengambil iktibar bagaimana kegigihan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam menempuh berbagai ujian bagi mengembangkan syiar Islam. Ia juga telah menonjolkan sifat kesetiaan Saidina Abu Bakar yang tiada tandingannya dan lain-lain dalam menempuh dugaan demi menegakkan kebenaran dan menjulang keimanan. Setiap umat Islam patut mengetahui dan menghayati detik-detik peristiwa yang penuh hikmah ini. Kita akan melihat hikmah-hikmah hijrah yang sepatutnya berlaku di dalam kehidupan kita khususnya dalam kehidupan harian kita berkeluarga. Walaupun kita ketahui bahawa hijrah tidak lagi disyaratkan atau diwajibkan kepada ummat Islam kini tetapi hijrah dalam maksud yang lebih luas. Kita dituntut berhijrah untuk meninggalkan segala perbuatan buruk kepada yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan. Pada kali ini marilah kita melihat kepada diri kita dan keluarga apakah sifat-sifat negatif, pasif atau yang

1.2.

1.3.

1.4.

36

buruk yang patut kita robah untuk menuju atau menjadi keluarga yang bahagia sebagaimana dikehendaki oleh Islam. 1.5. Contoh keluarga yang baik adalah sebagaimana Yasir. Beliau sebagaimana dengan isterinya Sumaiyyah dan anaknya Ammar yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Islam. Yasir adalah lelaki yang mati syahid pertama dan isterinya Sumaiyyah adalah wanita yang pertama mati syahid. Anak mereka dan anaknya Ammar bin Yassir telah menjalankan dakwah Islamiah mereka telah disiksa hingga pecah-pecah kulit badan disebat dan ditikam dengan besi yang panas. Ditelentangkan di atas pasir yang panas dan diletakkan batu yang berat di atas dada dan berbagaibagai lagi keluarga Yassir ini telah dijanjikan oleh Allah dengan syurga di atas keimanan dan kebaikan mereka. Manakala keluarga yang tidak beriman dan jahat seperti kisah keluarga Abu Lahab. Di mana suami isteri yang bekerjasama melakukan kejahatan iaitu Abu Lahab dan isterinya Uqabah binti Abu Muit. Beliau menolong suaminya mengatur duri di depan rumah Nabi s.a.w. di waktu malam agar Nabi s.a.w. menderita kesakitan bila baginda keluar ke Masjid di waktu pagi. Ini telah dikisahkan oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran surah Al-Lahb. Mereka telah dijanjikan dengan neraka, mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.

37

2.

ISU-ISU HIKMAH DIBINCANGKAN

HIJRAH

YANG

BOLEH

Melakukan sesuatu di dalam urusan rumahtangga kerana Allah s.w.t. semata-mata. Menanamkan perasaan cinta kepada Allah dan Rasulnya dalam keluarganya. Menganggap segala dugaan dalam menjalani kehidupan rumahtangga sebagai amanah Allah tanpa perasaan jemu dan menyalahkan mana-mana pihak. Menanamkan bibit-bibit sanggup bekorban kerana agama untuk kebaikan. Perlunya ikatan kasih sayang yang erat untuk menghadapi dugaan hidup dan segala fitnah dalam kehidupan. Usaha pendidikan perlu memerlukan pengorbanan. bersungguh-sungguh bahkan

Hidup perlukan perancangan dan kemahiran dalam suasana penuh keimanan dan pertolongan Allah akan datang seterusnya. Hidup sepatutnya sentiasa berubah. Tentunya dari baik kepada baik dan baik kepada yang lebih baik dan lebih cemerlang. Setiap individu perlu memerhatikan perubahan diri, keluarga dan masyarakatnya. Raikan kejayaan dengan berlandaskan syariah.

38

3.

PENUTUP Hidup mesti tabah dan bersungguh-sungguh menghadapinya. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan untuk mencapai sesuatu kejayaan.

39

TAJUK :

HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN RUMAH TANGGA

1.

MUQADDIMAH Rumah adalah tempat yang dipakai seseorang untuk melindungi kebiasaan-kebiasaan tabiat dan dapat melepaskan diri dari ikatan-ikatan masyarakat sehingga dengan demikian tubuh ini beroleh ketenangan. Untuk itulah Allah berfirman dalam hubungannya dengan mengetengahkan kenikmatannya kepada manusia :

Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan. (An-Nahl : 80)
Rasulullah s.a.w. senang sekali rumah yang luas, dan dimasukkan sebagai unsur kebahagiaan duniawi. Maka sabdanya :

Empat hal yang membawa kebahagiaan, iaitu perempuan salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kenderaan yang enak. (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan doa yang sering diucapkan Nabi ialah :

Ya Allah! Ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah barakah dalam rezekiku! Kemudian beliau ditanya : Mengapa doa ini yang banyak engkau baca, ya Rasulullah?

40

Maka jawab Nabi : Apa ada sesuatu yang lain yang kamu cintai? (Riwayat Nasai dan Ibnu Sunni)
Rasulullah juga memerintahkan supaya rumah-rumah kita itu bersih, agar nampak syiar Islam yang di antaranya ialah bersih, dan agar merupakan tanda yang dapat membedakan seorang muslim dengan orang lain yang menurut penilaian agamanya, bahawa kotor itu merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya Allah itu baik, Dia suka kepada yang baik. Dia juga bersih, suka kepada yang bersih. Dia juga mulia, suka kepada yang mulia. Dia juga dermawan, sangat suka kepada yang dermawan. Oleh kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu, jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi. (Riwayat Termizi)
SOALAN : 1. BAGAIMANA DENGAN MENGHIAS RUMAH DENGAN KARANGAN BUNGA DAN UKIRAN SERTA HIASAN? BOLEHKAN DILAKUKAN?. LAMBANG-LAMBANG KEMEWAHAN DAN KEMUSYRIKAN Seorang muslim tidak dilarang untuk menghias rumahnya dengan karangan bunga yang warnawarni, dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal.

41

Sebab Allah telah berfirman :

Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah ia keluarkan untuk hambahambanya? (Al-Araf : 32)
Betul, seorang muslim tidak berdosa untuk menghias rumahnya, pakaiannya, sandalnya dan sebagainya. Sebab Rasulullah pernah juga bersabda :

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada kesombongan. Kemudian ada seorang laki-laki yang bertanya : Ya Rasulullah! Seseorang itu biasa senang kalau pakaiannya itu baik dan sandalnya pun baik pula, apakah itu termasuk sombong? Jawab Nabi : Sesungguhya Allah itu baik, ia suka kepada yang baik.
(Riwayat Muslim) Dan di satu riwayat disebutkan :

Ada seorang laki-laki yang segak datang kepada Nabi, kemudian ia bertanya : Saya ini sangat suka kepada keindahan, dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana engkau lihat, sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamai sandalnya, apakah ini termasuk sombong ya Rasulullah? Jawab Nabi :

42

Tidak! Sebab yang disebut sombong ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain. (Riwayat Abu Daud) Namun demikian, Islam tidak suka kepada berlebihlebihan dalam segala hal. Dan Nabi sendiri tidak senang seorang muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebihlebihan yang sangat dicela oleh Al-Quran, atau rumahnya itu ada lambang-lambang kemusyrikan yang sangat ditentang oleh Agama Tauhid dengan segala macam senjata yang mungkin.
2. BOLEHKAH MENGGUNAKAN PINGGAN MANGKUK YANG DIBUAT DARIPADA EMAS DAN PERAK DAN APAKAH HUKUMNYA?. BEJANA EMAS DAN PERAK Untuk itulah, maka Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperah-seperah sutera dalam rumah seorang muslim. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini. Kata Ummu Salamah Ummul Muminin :

Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan bejana emas dan perak, maka akan gemercik suara api neraka dalam perutnya. (Riwayat Muslim)

43

Dan Huzaifah juga pernah mengatakan : Rasulullah melarang kami minum dengan bejana emas dan perak atau kita makan dengannya, dan melarang memakai pakaian sutera tipis dan sutera tebal serta dilarang kita duduk di atasnya. Kemudian Nabi bersabda pula : Kain ini untuk mereka (orangorang kafir) di dunia, dan untuk kamu nanti di akhirat. (Riwayat Bukhari)
Jadi kalau kita dilarang memakainya, bererti haram juga membuatnya untuk hiasan. Diharamkan bejana emas/perak dan seperah-seperah sutera itu, berlaku untuk laki-laki dan perempuan. Sendang hikmahnya agama mengharamkan hal-hal tersebut dengan suatu tujuan untuk membersihkan rumah dari unsur-unsur kemewahan/berlebih-lebihan. Tepat sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah : Hal tersebut di atas berlaku sama antara laki-laki dan perempuan kerana umumnya Hadis, dan kerana alasan diharamkannya justeru kerana berlebih-lebihan dan kesombongan serta dapat memecahkan perasaan hati orang-orang fakir. Pengertian seperti ini meliputi kedua belah pihak. Adapun dibolehkannya perempuan berhias dengan emas dan sutera adalah demi kepentingan suami, bukan untuk orang lain. Kalau ditanyakan : Andaikata alasan diharamkannya itu seperti yang tersebut di atas. Nescaya mutiara dan sebagainya adalah juga diharamkan kerana harganya lebih tinggi? Untuk masalah ini akan

44

kami jawab sebagai berikut : Mutiara (yakut) itu tidak begitu dikenal di kalangan orang miskin, oleh kerana itu tidak dapat memecahkan perasaan hati mereka jika orang-orang kaya itu menjadikan benda ini sebagai hiasan, walaupun sesudah itu mereka menjadi kenal dengan yakut. Dan justeru jarangnya yakut itu sendiri menyebabkan tidak ada orang kaya yang memakainya sebagai hiasan, sehingga dengan demikian tidak perlu lagi diharamkan walaupun ada perbedaan harga yang sangat nyata. Ditinjau dari segi ekonomi, seperti yang telah sebutkan juga dalam hikmah diharamkannya emas untuk orang laki-laki, maka hikmah tersebut akan lebih nampak dan lebih jelas. Sebab emas dan perak merupakan standard wang internasional yang Allah jadikan sebagai ukuran harga wang dan sebagai standard yang akan menentukan harga itu dengan adil serta memudahkan peredaran wang di kalangan banyak orang. Maka atas bimbingan Allah kepada ummat manusia untuk menggunakan wang sebagai nikmat yang diberikan kepada mereka, wang tersebut harus diedarkan di kalangan orang banyak, jangan ditahan di rumah dalam bentuk wang yang tersimpan atau dihilangkan dalam bentuk bejana dan alat-alat perhiasan lainnya. Betapa indahnya pula apa yang dikatakan Imam Ghazali dalam Syukur Nikmat di Ihyanya. Ia mengatakan sebagai berikut : Sesiapapun yang

menjadikan dirham dan dinar sebagai bejana dari emas dan perak, bererti dia telah kufur nikmah (tidak tahu berterima kasih), dan dia lebih jahat daripada menyimpannya. Kerana hal seperti ini sama halnya

45

dengan orang yang memaksa ketua negara untuk bekerja sebagai tukang tenun dan tukang sapu tanpa upah, atau untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang biasa dikerjakan oleh manusia-manusia rendahan. Jadi menahan harta lebih rendah dari itu semua. Sebab perkakas dari tanah, besi, timah dan tembaga menduduki fungsi emas dan perak sebagai alat untuk menjaga makanan. Maka tanpa wang alatalat dari tanah dan besi itu tidak dapat memenuhi apa yang dimaksud. Jelasnya, barangsiapa yang kurang faham persoalan ini, kiranya cukup memahami terjemahan tuhan dalam hal tersebut yang dilukiskan dalam bentuk ungkapannya : barangsiapa minum dengan bejana

emas atau perak, maka seolah-olah suara api neraka itu gemercik dalam perutnya.

Bentuk larangan ini jangan diertikan mempersempit gerak ummat Islam dalam rumahtangga, sebab dalam masalah halal yang baik, mempunyai lapangan yang sangat luas. Berapa banyak bejana dari jenis kaca, dari tanah, dari tembaga dan dari material lain yang lebih bagus. Berapa banyak pula seperah dan bantal kapas dan lain-lain yang lebih indah daripada bahan lain!

46

3.

APAKAH HUKUMNYA MENYIMPAN PATUNG DI DALAM RUMAH? ISLAM MENGHARAMKAN PATUNG Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal malaikat akan membawa rahmat dan keredhaan Allah untuk isi rumah tersebut. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama berkata : Malaikat tidak mahu masuk rumah yang ada patungnya, kerana pemiliknya itu menyerupai orang kafir, di mana mereka biasa meletakkan patung dalam rumah-rumah mereka untuk diagungkan. Untuk itulah malaikat tidak suka dan mereka tidak mahu masuk bahkan menjauhi dari rumah tersebut. Oleh kerananya, Islam melarang keras seorang muslim bekerja sebagai tukang pemahat patung, sekalipun dia membuat patung itu untuk orang lain.

47

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat, iaitu orang-orang yang menggambar gambar-gambar ini. Dalam satu riwayat dikatakan : Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan Rasulullah s.a.w. memberitahukan juga dengan sabdanya :

Barangkali membuat gambar (patung) nanti di hari kiamat dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya padahal dia selamanya tidak akan boleh meniupkan roh itu. (Riwayat Bukhari) Maksud daripada Hadis ini, bahawa dia akan dituntut untuk menghidupkan patung tersebut.
Perintah ini sebenarnya hanya suatu penghinaan dan mematahkan, sebab dia tidak mungkin dapat. 4. APAKAH HIKMAH DIHARAMKAN PATUNG? HIKMAH DIHARAMKAN PATUNG Diantara rahsia diharamkannya patung ini iaitu untuk membela kemurnian Tauhid, dan supaya jauh dari menyamai orang-orang musyrik yang menyembah berhala-berhala mereka yang dibuatnya oleh tangan-

48

tangan mereka sendiri, kemudian dikuduskan dan mereka berdiri dihadapanya dengan penuh khyusu. Kesungguhan Islam untuk melindungi Tauhid dari setiap macam penyerupaan syirik telah mencapai puncaknya. Islam dalam ikhtiarnya ini dan kesungguhannya itu sentiasa berada di jalan yang benar. Sebab sudah pernah terjadi di kalangan umatumat terdahulu, di mana mereka itu membuat patung orang-orang yang saleh mereka yang telah meninggal dunia kemudian disebut-sebutnya nama mereka itu. Lama-kelamaan dan dengan sedikit demi sedikit orang-orang saleh yang telah dilukiskan dalam bentuk patung itu dikuduskan, sehingga akhirnya dijadikan sebagai Tuhan yang disembah selain Allah diharapkan dan ditakuti serta diminta barakahnya. Hal ini pernah terjadi pada kaum Wud, Suwa, Yaghuts, Yauq dan Nasr. Tidak hairan kalau dalam suatu agama yang dasardasar syariatnya itu selalu menutup pintu kerosakan, bahawa akan ditutup seluruh lubang yang mungkin akan dimasuki oleh syirik yagn sudah terang mahupun yang masih samar untuk menyusup ke dalam otak dan hati atau jalan-jalan yang akan dilalui oleh penyerupaan kaum penyembah berhala dan pengikut-pengikut agama yang suka berlebih-lebihan. Lebih-lebih Islam itu sendiri bukan undang-undang manusia yang ditujukan untuk satu generasi atau dua generasi, tetapi suatu undang-undang untuk seluruh umat manusia di seantero dunia ini sampai hari kiamat nanti. Sebab sesuatu yang kini masih belum diterima oleh suatu alaf, tetapi kadang-kadang masih belum diterima oleh alaf lain, dan sesuatu yang kini

49

dianggap ganjil dan mustahil, tetapi di satu saat akan menjadi suatu kenyataan, entah bila waktunya, dekat atau jauh. Rahsia diharamkannya patung bagi pemahatnya, sebab seorang pelukis yang sedang memahat patung itu akan diliputi perasaan syok, sehingga seolah-olah dia dapat menciptakan suatu makhluk yang tadinya belum ada atau dia dapat membuat model baru yang boleh hidup yang diterbuat dari tanah. Sudah sering terjadi seorang pemahat patung dalam waktu yang relatif lama, maka setelah patung itu dapat disiapkan lantas dia berdiri di hadapan patung tersebut dengan mengaguminya, sehingga seolaholah dia berbicara dengan patung tersebut dengan penuh kesombongan. Hai patung! Berbicaralah! Untuk itulah maka Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya orang-orang yang membuat patungpatung ini nanti di hari kiamat akan disiksa dan dikatakan kepada mereka : Hidupkanlah patung yang kamu buat itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. BAGAIMANA DAN APA HUKUM MENYIMPAN PATUNG UNTUK PERMAINAN KANAK-KANAK? RUKHSAH DALAM PERMAINAN ANAK-ANAK Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagungagungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada

50

suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalannya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak. Oleh kerana itu kata Aisyah :

Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (patung perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan patung-patung tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w. tetapi Rasulullah s.a.w. malah gembira dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah : Apa ini? Jawab Aisyah : Ini anak-anak perempuanku (anak patung perempuanku), kemudian Rasulullah bertanya lagi : Apa yang ditengahnya itu? Jawab Aisyah : Kuda. Rasulullah bertanya lagi : Apa yang diatasnya itu? Jawab Aisyah : Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah : Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah : Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai

51

beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya. (Riwayat Abu Daud)
Yang dimaksud anak-anak perempuan di sini ialah anak patung pengantin yang biasa dipakai permainan oleh anak-anak kecil. Sedang Aisyah waktu itu masih sangat muda. Imam Syaukani mengatakan : Hadis ini menunjukkan bahawa anak-anak kecil boleh bermainmain dengan boneka. 5. APAKAH HUKUM MENYIMPAN LUKISANLUKISAN BERTUBUH DAN UKURAN? LUKISAN DAN UKIRAN Demikianlah pendirian Islam terhadap gambar yang bertubuh, yakni yang sekarang dikenal dengan patung atau monumen. Tetapi bagaimanakah hukumnya gambar-gambar dan lukisan-lukisan seni yang dilukis di lembaran-lembaran, seperti kertas, pakaian, dinding, lantai, wang dan sebagainya itu? Kalau lukisan seni itu berbentuk sesuatu yang disembah selain Allah, seperti gambar al-Masih bagi orang-orang Kristian atau lembu bagi orang-orang Hindu dan sebagainya, maka bagi si pelukis untuk tujuan-tujuan diatas, tidak lain dia adalah melakukan kekufuran dan kesesatan. Dalam hal ini berlakulah baginya ancaman Nabi yang begitu keras.

52

Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti dihari kiamat ialah orang-orang yang menggambar. (Riwayat Muslim) ini, iaitu orang-orang yang menggambar sesuatu yang disembah selain Allah, sedangkan dia mengetahui dan sengaja. Orang yang berbuat dmikian adalah kufur. Tetapi kalau tidak ada maksud seperti di atas, maka dia tergolong orang yang berdosa sebab menggambar saja.
Yang seperti ini ialah orang yang menggantungkan gambar-gambar tersebut untuk dikuduskan. Perbuatan seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim, kecuali kalau Agama Islam itu dipinggirkan dalam kehidupannya atau tidak lagi menghormati Islam. Dan yang lebih mendekati persoalan ini ialah orang yang melukis sesuatu yang tidak biasa disembah, tetapi dengan maksud untuk menandingi ciptaan Allah. Yakni dia beranggapan, bahawa dia dapat membuat dan menciptakan model terbaru seperti ciptaan Allah. Orang yang melukis dengan tujuan seperti itu jelas telah keluar dari Agama Tauhid. Terhadap orang ini berlakulah Hadis Nabi yang mengatakan : Imam Thabri berkata : Yang dimaksud dalam Hadis

53

Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya ialah orang- orang yang menandingi ciptaan Allah. (Riwayat Muslim)
Persoalan ini tergantung pada niat si pelukisnya itu sendiri. Barangkali Hadis ini dapat diperkuat dengan Hadis yang mengatakan :

Siapakah orang yang lebih berbuat zalim selain orang yang bekerja membuat seperti pembuatanku? Oleh kerana itu cubalah mereka membuat biji atau zarrah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah mengungkapkan firmanNya di sini dengan katakata dzahaba yakhluqu kakhalqi (dia bekerja untuk membuat seperti pembuatanku), ini menunjukkan adanya suatu kesengajaan untuk menandingi dan menentang kekhususan Allah dalam ciptaannya dan keindahannya. Oleh kerana itu Allah menentang mereka supaya membuat sebutir zarrah. Ia memberikan isyarat, bahawa mereka itu benar-benar bersengaja untuk maksud tersebut. Justeru itu Allah akan membalas mereka itu nanti dan mengatakan kepada mereka : Hidupkan apa yang kamu cipta itu! Mereka dipaksa untuk meniupkan roh ke dalam lukisannya itu, padahal dia tidak akan mampu. Termasuk gambar/lukisan yang diharamkan, iaitu gambar/lukisan yang dikuduskan (disucikan) oleh pemiliknya secara keagamaan atau diagungagungkan secara keduniaan.

54

Untuk yang pertama : Seperti gambar-gambar malaikat dan para Nabi, misalnya Nabi Ibrahim, Ishak, Musa dan sebagainya. Gambar-gambar ini biasa dikuduskan oleh orang-orang Nasrani, dan kemudian sementara orang-orang Islam ada yang menirunya, iaitu dengan melukiskan Ali, Fatimah dan lain-lain. Sedang untuk yang kedua : Seperti gambar seniman-seniman, bintang filem pujaan lebih berdosa apabila yang dilukis itu gambar orang-orang ayng mendedahkan aurat, seksi dan mengagung-agungkan kebatilan dan menyebarkan kemaksiatan di kalangan umat.

55

56

TAJUK : 1. MUQADDIMAH

PERATURAN RUMAHTANGGA ISLAM

Untuk mencapai matlamat kebahagiaan tersebut, muslim sebagai individu atau berjemaah atau berkeluarga mestilah mempunyai peraturan dalam menjalani kehidupan lebihlebih lagi dalam kehidupan berkeluarga yang merupakan kelompok-kelompok pembentukan masyarakat. Perbincangan kali ini adalah untuk menjadi panduan dan muhasabah semula diri kita bagaimana yang telah diamalkan dan dilakukan dalam kehidupan bekeluarga dalam membentuk generasi yang berdisiplin yang mempunyai tarbiyyah Islamiyyah bermula di rumah yang sudah pasti membentuk masyarakat seterusnya membina negara dan ummah. Ini kerana kita mempunyai tugas yang besar untuk membina kejayaan dan ketamadun di atas alam maya ini. 2. SOALAN DAN JAWAPAN Apakah di antara peraturan-peraturan tersebut yang penting untuk diikuti oleh keluarga Islam?. Peraturan : Pertama Kedua : Kebersihan dan kesucian.

Bertertib dan berperaturan pada : kelakuan (adab).

57

Ketiga

Merendahkan suara, : menyembunyikan rahsia dan mengelakkan kebisingan. : Program ilmu dan ibadat.

Keempat Kelima Keenam

Berjimat cermat pada makanan, : minuman, pakaian dan kehidupan. Adab pergaulan dan bermuamalah. : Kepentingan : bersukan. kesihatan dan

Ketujuh Kelapan

Tegahan penting atau kawalan : ketat pada ahli keluarga dari sebarang anasir moral, haram, makruh dan mudharat. Berbaik dengan jiran, memuliakan : tetamu dan menghubungkan silaturrahim. Memelihara : rumah. dimaksudkan adab keluar masuk

Kesembilan

Kesepuluh

Apakah yang kesucian?

dengan

kebersihan

dan

58

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : Sesungguhnya Allah itu baik. Maka ia sukakan kebaikan, Allah itu bersih. Maka ia sukakan kebersihan, Allah itu mulia, maka ia sukakan kemurahan. Oleh sebab itu, maka bersihkanlah persekitaran rumah kamu. Dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. (Dikeluarkan oleh Tarmizie : Hadis Hassan) Kelebihan seorang Muslim itu dapat dinilai pada dirinya, rumahnya juga persekitarannya. Ini adalah dilihat dari sudut kebersihan. Kebersihan bila disebut, maka tergambarlah difikiran kita tentang keelokkan dan kerapian, keselesaan, kenyamanan udara dan lain-lain. Lantaran itu, sebagai insan yang bergelar manusia, pastinya fitrah manusia gemarkan kebersihan. Namun kebersihan seorang muslim dengan yang bukan muslim adalah berbeza. Perbezaan ini telah disyariatkan oleh Allah dengan meletakkan kesucian sebagai sempadan yang sah dianggap bersih. Kesucian disebut Atthaharah dalam Bahasa Arabnya. Hanya Thaharah sahajalah yang dinilai bersih lagi suci disisiNya. Di sini jelaslah hanya orang muslim sahaja yang menilai bersih itu meliputi suci. Islam telah mengajar kita bagaimana untuk membersihkan dan menyucikan segala kekotoran dan segala najis samada najis itu dari jenis hissiyyah iaitu yang boleh dilihat, dirasai,

59

dihidu, dipegang atau najis dari jenis maanawiyyah. Iaitu najis yang tidak boleh dilihat, dirasai dan lain-lain. Apakah pula yang dimaksudkan bertertib dan berperaturan pada kelakuan (adab)?. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Sekiranya kamu pergi berziarah (bertandang) menemui saudaramu, maka perbaiklah ziarahmu, dan elokkanlah pakaianmu sehinggalah kamu seolah-olahnya mulia di mata mereka. Sesungguhnya Allah tidak suka kekejian melainkan orang yang keji. (Riwayat Abu Daud : Hadis Hasan)
Jelas supaya kita menyempurnakan dan menggelokan hal ziarah. Seperti situasi sekarang : Periksa dahulu keadaan kereta ataupun sebarang kenderaan.Pakaian kemas.Dalam rumah orang tidak meliarkan mata. Kesimpulannya, adab muslim di dalam rumah atau di luar rumah seharusnya ia melazimkan diri berperaturan agar sempurna kelakuannya atau adabnya. Begitu juga seluruh ahli rumah sewajarnya mengambil perhatian terhadap penyusunan dan kekemasan perhiasan di dalam rumah seperti semua peralatan tersusun rapi, tidak bersepah atau bertaburan. Apa pula yang dimaksudkan merendahkan suara, menyembunyikan rahsia dan mengelakkan kebisingan?

Maksudnya :

60

Sesebuah rumah dan ahlinya, jiran dan orang lain seharusnya saling memelihara hak dan menunaikan kewajipan. Masing-masing berusaha tidak membuat gangguan antara satu sama lain, antara sikap atau sifat yang boleh menganggu jiran tetangga adalah berteriak dengan kuat dan berbual-bual dengan tidak merendahkan suara di dalam rumah. Hassan Al Banna ada berpesan dalam wasiatnya yang berbunyi :

Jangan kamu tinggikan suaramu lebih dari yang diperlukan oleh orang yang mendengar, maka sesungguhnya hal ini mencemarkan kebodohan dan menyakitkan.
Meninggikan suara apabila berbincang atau ketawa yang berlebihan, adalah kesan daripada kebodohan diri dan bukti menunjukkan ianya tiada didikan agama. Mengenai membuka rahsia pula Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud :

Sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak adalah seorang lelaki yang membuka rahsia isterinya. Begitu juga isterinya membuka rahsia suaminya, akibatnya tersebarlah rahsia keduaduanya.
Biasanya berlaku di kalangan para isteri juga kedapatan para suami apabila mereka berkumpul, tidak dapat tidak mereka membincangkan urusan hidup tanpa disedari atau disedari menceritakan segala rahsia.

61

Ahli rumah muslim patut mengekalkan identiti peribadi muslim sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam seperti merendahkan suara dan menyimpan rahsia keluarga. Bagaimana pula untuk menyusun program ilmu dan ibadat? Kehidupan ahli rumah muslim seharusnya memenuhi dua tuntutan penting iaitu program ILMU dan IBADAT. Program itu termasuklah seperti mempelajari Fardhu Ain (ilmu yang diwajibkan kepada setiap orang Islam untuk mempelajarinya) dan ilmu Fardhu Kifayah (selain ilmu agama). Manakala program ibadat pula, muslim amat dituntut menunaikan segala yang fardhu, wajib, sunat dan segala adab-adabnya. Kerjasama dalam menghidupkan suasana ilmu dan ibadat dalam rumah muslimah adalah perlu demi mendapatkan keberkatan dan pujian di sisi Allah s.w.t. juga didoakan oleh malaikat-malaikatNya di langit. Firman Allah s.w.t. melalui Hadis Qudsi yang bermaksud :-

Sesiapa yang memuji Aku (menyebut, memuliakan, mengingati Allah) maka Aku akan memujinya lebih dari itu.
Ketua ahli rumah muslim hendaklah serius dalam hal memberi ilmu pengetahuan seperti pengetahuan agama, pengetahuan semasa, juga pengetahuan yang dikhususkan kepada ahli dalam rumahnya.

62

Menyediakan mini perpustakaan adalah sebahagian daripada program ilmu di rumah muslim bagi persediaan arahan rujukan. Program ilmu juga seeloknya disertai dengan program ibadat seperti puasa sunat bersama-sama, bersembahyang jamaah, bacaan Al-Quran, zikir samada secara harian, mingguan, bulanan dan sebagainya. Program ini selain di rumah boleh ditambah di masjid atau di manamana sahaja majlis ilmu.

63

TAJUK : PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN 1. MUQADDIMAH 1.2. Allah s.w.t. menjadikan segala kejadian di langit dan bumi ini berpasang-pasangan. Bulan berpasangan dengan bintang. Dataran berpasangan dengan laut. Binatang yang hidup di muka bumi, di lautan dan di udara juga berpasangan jantan dan betina. Demikianlah juga manusia iaitu ada lelaki dan perempuan. Firman Allah :-

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui.
1.3. Perkahwinan merupakan cara untuk menyusun kehidupan berpasangan. Kehidupan berumahtangga ini jelas digallakkan oleh Islam. Sehubungan dengan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Maksudnya :

Aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur dan aku berkahwin. Sesiapa yang benci kepada sunnahku (caraku), maka bukanlah ia daripada golonganku (bukan pengikutku yang sempurna).

64

1.4.

Perkahwinan bertujuan untuk memberikan kesempurnaan dan kebahagiaan hidup manusia. Firman Allah :Maksudnya : Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. mencipta untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu senang hati dan bermesra dengannya dan dijadikan perhubungan di antara kamu (suamiisteri) atas kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya itu menjadi kenyataan bagi mereka yang mahu berfikir.

1.5.

Bagi mencapai kebahagiaan tersebut, pasangan yang ingin berkahwin perlu membuat beberapa persediaan sebelum berumahtangga. Persediaan ini meliputi persediaan minda dan kerohanian, fizikal, ekonomi dan sosial.

2. Persediaan membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah s.w.t. memerlukan pembukaan minda untuk memahami ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan asas-asas fardhu ain yang merangkumi akidah, ibadah, akhlak dan munakahat. 2.1. Setiap pasangan perlu mengetahui dan memahami ilmu akidah untuk tujuan berikut : 2.1.1. 2.1.2. 2.1.3. Untuk menjadi panduan dan pegangan hidup. Menjadi pengawal diri. Membentuk akhlak mulia.

65

2.1.4. 2.1.5. 2.1.6. 2.1.7. 2.1.8. 2.1.9. 2.1.10. 2.1.11. 2.1.12. 2.1.13.

Memberi ketenangan jiwa. Menghindarkan penyelewengan. Mendapat rahmat Allah. Menjana kekuatan diri. Menjadi benteng menghadapi masalah. Membina pergaulan baik suami isteri. Menjadi asas pengurusan keluarga. Membentuk sikap bertanggungjawab. Mendorong semangat berusaha. Memupuk sikap bersyukur dan qanaah (berpada-pada).

2.2.

Manakala kesan daripada ibadah dapat berperanan seperti berikut : 2.2.1. 2.2.2. 2.2.3. 2.2.4. 2.2.5. Pengawal atau penghalang dari melakukan perkara - perkara keji dan larangan Allah. Sebagai suatu cara hidup yang melengkapi semua kegiatan manusia. Sebagai satu sumber kekuatan rohani dan terhindar dari gangguan emosi dan jiwa. Satu cara untuk mendapatkan rahmat Allah. Membentuk akhlak yang mulia dan peribadi

66

yang luhur. 2.3. Manakala akhlak yang mulia membentuk keperibadian seseorang : 2.3.1. Mengamalkan sifat taqwa. 2.3.2. Memiliki perasaan cinta, kasih sayang dan belas kasihan. 2.3.3. Bergaul dengan makruf. 2.3.4. Melaksanakan tanggungjawab dan kepimpinan rumahtangga. 2.3.5. Mengamalkan sikap terbuka (musyawarah). 2.3.6. Mengamalkan bijaksana). 2.3.7. Memelihara kehormatan diri serta menjaga rahsia rumahtangga. 2.4. Manakala ilmu munakahat atau ilmu perkahwinan amat perlu difahami kerana ia menjadi asas seseorang itu sebelum memasuki alam perkahwinan untuk mencapai matlamat perkahwinan iaitu kebahagiaan yang berterusan. Di mana mereka boleh mengetahui perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam alam perkahwinan. hikmah (bertindak secara

3.

Selain ilmu-ilmu Fardhu Ain, calon-calon pasangan suami isteri sepatutnya mengetahui beberapa perkara penting yang berkaitan dengan alam rumah tangga seperti berikut :-

67

3.1.

Segala persediaan sebelum berkahwin berkaitan : 3.1.1. 3.1.2. 3.1.3. 3.1.4. Persediaan minda dan kerohanian. Persediaan fizikal. Persediaan ekonomi. Persediaan sosial.

3.2.

Mengetahui alam perkahwinan berkaitan : 3.2.1. 3.2.2. 3.2.3. 3.2.4. Hak dan tanggungjawab suami isteri. Hubungan kelamin suami isteri. Hubungan dengan mertua. Hubungan jiran.

3.3.

Mempunyai perancangan dan pengurusan sumber keluarga berkaitan: 3.3.1. 3.3.2. 3.3.3. Perbelanjaan keluarga. Pengurusan masa. Pengurusan kesihatan keluarga. Makna, bentuk dan fungsi komunikasi. Membina komunikasi berkesan. persediaan

3.4.

Mengetahui cara komunikasi suami isteri mengenai : 3.4.1. 3.4.2.

3.5.

Seterusnya mereka mempunyai prakeibubapaan berkaitan :

68

3.5.1. 3.5.2. 3.5.3. 3.5.4. 3.6.

Persediaan fizikal. Persediaan mental dan kerohanian. Pesediaan intelek. Pesediaan kewangan. mestilah

Akhirnya setiap pasangan mereka mempunyai kemahiran mengurus konflik : 3.6.1. 3.6.2. Menjadikannya salah pengurusan keluarga. Bersedia menghadapi satu

kemahiran alam

cabaran

perkahwinan : Berkongsi hidup Berbeza jantina. Berbeza latarbelakang keluarga. Saling perlu memerlukan.

69

TAJUK : PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN (2) 1. MUQADDIMAH 1.1. Dalam masa pertunangan atau setelah peminangan dilaksanakan dan menunggu majlis akad nikah atau perkahwinan dijalankan masa tersebut adalah suatu masa yang paling sesuai kepada setiap pasngan untuk membuat muhasabah diri dlaam menghadapi alam perkahwinan. Mereka mesti membuat persediaan pekahwinan, bersedia untuk memainkan peranan sebagai suami atau isteri. Tanpa persediaan akan mengakibatkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati, kadangkala langsung dialpakan. Gejala-gejala rumahtangga, perceraian. ini membawa kepada adakalanya membawa konflik kepada

1.2.

1.3.

1.4.

1.5.

Persediaan-persediaan yang perkahwinan perlu biasanya

dibuat sebelum membawa kepada

70

perancangan dan peranan yang membawa kepada kebahagiaan keluarga.

2.

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN 2.1. PERSEDIAAN MINDA DAN KEROHANIAN Pasangan perlu menyediakan minda untuk melalui pengalaman berumahtangga. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri / suami. 2.2. BERSIFAT MATANG Antara ciri-ciri matang ialah boleh berfikir dan bertindak secara berpatutan, bertanggungjawab, boleh dipercayai dan tidak bergantung kepada orang lain. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menguruskan rumahtangga. Aspek yang perlu diketahui ialah soal hukum-hakam dan ilmu-ilmu yang berkait dengan perkahwinan, kemahiran, berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan kemahiran menguruskan tekanan.

3.

PERSEDIAAN FIZIKAL

71

Bakal pasangan suami isteri perlu bebas daripada penyakit berjangkit dan merbahaya seperti siflis, aids dan sebagainya. Penyakit ini boleh berjangkit kepada pasangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : Jangan sekali-kali dicampurkan orang sakit dengan orang yang sihat. (Riwayat Bukhori dan Muslim) Bakal pasangan juga hendaklah sihat anggota tubuh badan. Mereka yang mengidap penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi hendaklah memastikan penyakit tersebut terkawal dan mendapat rawatan yang sempurna. Mempunyai kemampuan seksual untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga dan mendapatkan zuriat. Bakal pasangan juga hendaklah memiliki ciri-ciri kematangan fizikal. Antara ciri-ciri kematangan fizikal ialah bakal pasangan suami isteri hendaklah sudah baligh. Manakala umur wanita yang ideal untuk mengandung dan menjadi ibu ialah antara 20 hingga 30 tahun. Kematangan fizikal juga penting bagi membolehkan pasangan memikul tanggungjawab seharian dengan lebih baik dan sempurna.

72

4.

PERSEDIAAN EKONOMI Tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuan dan keperluan. Suami bertanggungjawab menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Lantaran itu bakal suami perlu bekerja untuk mencari nafkah bagi keluarganya. Sekalipun bakal isteri mempunyai harta ataupun mempunyai pekerjaan, kewajipan suami ke atas isteri ini tetap kekal. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

5.

PERSEDIAAN SOSIAL Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas individu yang berkahwin. Seorang lelaki bujang bertukar peranan menjadi seorang suami, sementara seorang gadis bertukar peranan menjadi seorang isteri. Perubahan peranan ini membawa kepada perubahan kehidupan sosial kepada kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang berumahtangga ini kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan. Dengan itu, mereka ingin berkahwin perlu bersedia menjalinkan hubungan sosial dengan individu-individu di luar keluarga asas. Isteri yang bekerja perlu membuat penyesesuaian peranan sebagai isteri dan pekerja.

73

TAJUK : PRINSIP KEUTAMAAN MEMILIH CALON ISTERI 1. MUQADDIMAH 1.1. 1.2. Melakukan sesuatu kerana kecintaan kepada Allah menjadikan suatu amal kebajikan. Memilih calon isteri untuk mendapatkan isteri yang solehah, ibu solehah dan bakal melahirkan zuriat kita hingga ke akhir zaman adalah suatu kewajipan. Calon isteri adalah rakan hidup kita selama-lamanya semasa di dunia dan di akhirat bukan seperti calon wakil rakyat dalam pilihanraya dan sebagainya. Kalau tak suka kita boleh pilih wakil rakyat yang lainisteri bukan untuk sepenggal tapi untuk selama-lamanya. Kesesuaian calon isteri akan membawa pasangan hidup dengan tenang, tenteram dan bahagia dan sanggup pula menghadapi hidup bila dilanda kecemasan, kegelisahan, duka nestapa dan sebagainya.

1.3.

1.4.

2.

TIGA DI ANTARA PRINSIP MEMILIH CALON ISTERI MENURUT PANDANGAN ISLAM 2.1. DASAR PERTAMA :-

74

BAIK PENGHAYATAN AGAMANYA Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :Kahwinlah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan memperolehi ketenteraman. Dasar yang terpenting dalam perkahwinan ialah supaya umatnya mengutamakan calon isteri yang berbudi luhur, indah perilakunya dan baik akhlaknya atau pun dengan bahasa yang paling mudah difahami iaitu baik penghayatan agamanya. Wanita adalah manusiadan terbaik pada manusia ialah kemanusianya, perangainya yang baik dan sifatsifatnya yang menyenangkan...wanita yang bersifat demikian bererti ia telah mempunyai keindahan sejati. Lelaki yang hanya mengutamakan keindahan lahiriah semata-mata bererti ia telah terjebak ke dalam pandangan yang salah dalam menilai kenyataan hidup. Rasulullah s.a.w. mengingatkan akibat orang yang tersalah pilih tersebut (ringkaskan) : Pilih si isteri :Kerana hartanyacepat nak kayaakibatnya diri jadi papa Kerana kejelitaannyadapat pujian dari kecantikannya akibatnya merosakkan diri mereka sendiri.

75

Kerana keturunandarjat dan pangkatakibatnya tidak menambah kemuliaannya kecuali kehinaan. Bagaimana pemilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda baginda :

Maksudnya :Kahwinlah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat. Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragama ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya serta berpegang teguh dengan perintahnya dan melahirkan simpati terhadap ajaran agama.

2.2.

DASAR KEDUA :-

76

LELAKI MUSLIM DIHARAMKAN BERKAHWIN DENGAN WANITA KAFIR Memang tidak sesuai jika dua hati yang berlainan akidah dan tidak bersatu pendapat mengenai Allah dihubungkan melalui ikatan perkahwinan. Tujuan perkahwinan ialah mewujudkan kerjasama antara suami-isteri dalam menghadapi semua sudut kehidupan dalam mewujudkan persatuan dalam segala hal. Kesatuan, keyakinan dan kesamaan akidah merupakan satu-satunya jaminan bagi terciptanya kerukunan, keserasian, persatuan, ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan suami-isteri. 2.3. DASAR KETIGA :PERKAHWINAN DENGAN WANITA BUKAN KELUARGA Perkahwinan begini digalakkan agar dapat melahirkan keturunan yang kuat, sihat dan cerdas. Pengalaman menunjukkan bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang berasal dari pertalian saudara yang terdekat akan melahirkan keturunan yang lemah jasmaninya dan lesu fikirannya. Hikmahnya Islam mendorong lingkaran pertalian kekeluargaan antara berbagai bangsa, kaum melalui perkahwinan. Oleh itu Islam mengharamkan perkahwinan di antara mahram dengan sebab

77

keturunan (nasab), kerana pertalian perkahwinan (mushaarah) dan persusuan. 2.4. DASAR KEEMPAT :MENCARI CALON ISTERI YANG SUBUR TIDAK MANDUL Maksudnya ialah wanita yang tidak berpenyakit keturunan atau penyakit lainnya yang dapat mencegah kehamilan dan kelahiran anak. Tegasnya ialah wanita yang berbadan sihat dan tidak cacat, sehingga ia memilih persiapan untuk menunaikan tugas sebaik-baiknya sebagai ibu. Pada kebiasaannya keadaan ibu gadis menjadi ukuran. 2.5. DASAR KELIMA :LEBIH MENGUTAMAKAN GADIS Islam menganjurkan supaya pemuda lebih mengutamakan gadis daripada janda dalam usahanya mencari jodoh. Tetapi jika ia belum pernah berkahwin namun mempunyai ramai adik-adik sebagai tanggungannya yang memerlukan seseorang yang mengasuhnya, maka perkahwinan dengan seorang janda adalah lebih tepat. Begitu juga halnya bagi mereka yang berpoligami

3.

PENUTUP

78

Jangan terlalu memilih, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jika boleh memilih, pilihlah dan bertawakkallah kepada Allah. Terlalu memilih hingga melewat-lewatkan perkahwinan adalah suatu perkara yang tidak baik. Sebaik-baiknya bersederhana dalam memilih. Bila seseorang memilih calon isterinya yang beragama, berharta, ada keturunan, kecantikan. Suatu perkara yang mustahak juga ialah seorang bertaqwa, yang bertimbang rasa dan yang mempunyai sikap yang terpuji. Seseorang lelaki pernah datang menenui Hasan bin Ali bin Abi Talib, saya mempunyai seorang anak perempuan, bagaimana pendapatmu dengan siapa anak perempuan aku itu patut dikahwinkan. Hasan menjawab :

Kahwinkanlah dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, kalau ia mencintainya ia akan menghormatinya dan kalau ia tidak mencintainya, ia tidak akan menganiayainya.

Maksudnya :-

79

TAJUK : PEMINANGAN 1. MUQADDIMAH Meminang adalah langkah pertama yang menentukan sebelum terjadinya akad nikah. Sebelum lelaki meminang wanita, hendaklah ia sudah yakin bahawa pilihannya itu tepat, ditinjau dari berbagai segi, agar tidak terjadi sebarang kemungkinan di mana ia akan menarik kembali pinangan yang telah diajukan. Ini kerana tindakan seperti itu akan menyakiti hati seorang wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan itu tidak dibenarkan oleh agama dan tidak sesuai dengan budi pekerti luhur. Meminang ialah cara yang dilakukan oleh seorang lelaki untuk menyampaikan tekad dan keinginannya hendak memperisterikan seorang wanita, secara terbuka dan terus terang, baik dilakukannya sendiri atau melalui perantaraan keluarga atau sahabatnya yang dapat dipercayai. 2. MEMINANG WANITA YANG TELAH DIPINANG OLEH LELAKI LAIN Suatu hal penting harus diperhatikan dan diambil berat oleh seorang lelaki yang hendak mengajukan pinangan ialah,

80

jangan sekali-kali ia meminang wanita yang telah dipinang lelaki lain. Perbuatan seperti itu merupakan penganiayaan terhadap hak orang lain yang dapat merosak persaudaraan, menyakitkan hati, membangkitkan kebencian dan permusuhan serta mengakibatkan perasaan marah dan dendam. Selain daripada mengakibatkan putusnya persaudaraan dengan orang lain, tindakan seperti itu juga menunjukkan keruntuhan akhlak, kerendahan akal budi dan kelemahan cara berfikir. Orang yang berani memasuki medan persaingan yang tercela dan rendah itu, ia tentu akan memuji-muji dirinya. Alangkah buruknya suatu perkahwinan yang dimulai dengan putusnya hubungan persaudaraan dengan orang lain dengan menganiayai orang lain dan membangkit rasa tidak senang dalam hati orang lain dengan menghalalkan makan daging bangkai saudaranya yang diharamkan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya berbuat seperti itu. Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. menegaskan :

Janganlah seorang lelaki meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim) sebelum wanita itu ditinggalkan oleh tunangan sebelumnya, atau jika tunangan sebelumnya itu mengizinkan (Hadith dikemukakan oleh Bukhari).
Hadith tersebut melarang seorang lelaki muslim menyaingi sudaranya (sesama muslim) yang meminang seorang wanita lebih dulu, kecuali jika lelaki yang meminang lebih dulu itu benar-benar tidak diragukan lagi telah meninggalkan wanita

81

itu atau membatalkan maksudnya. Apabila masih diragukan, ia harus diminta persetujuan atau izinnya. Jika wanita itu dipinang oleh lelaki dalam keadaan ia haram dipinang kerana belum habis masa iddahnya (bagi wanita yang dicerai atau kematian suaminya), setelah habis masa iddahnya lelaki lain tidak diharamkan meminangnya. Sebab pinangan yang dilakukan oleh lelaki pertama dalam keadaan wanita itu belum habis masa iddahnya adalah tidak sah dan diharamkan oleh syariat. Ibnu-Qasim, sahabat Imam Malik r.a. berpendapat bahawa, wanita yang sedang dipinang oleh lelaki fasik (berwatak durhaka), boleh dipinang oleh lelaki lain. Ibnul-Arabi, seorang ulama Fiqah Madzhab Maliki, sependapat dengan Ibnul-Qasim mengenai hal itu. Seorang wanita yang telah menyatakan kesediaan dan kerelaannya dipinang oleh lelaki fasik, boleh dipinang oleh lelaki lain yang soleh, kerana mencegah atau menghindarkan wanita itu dari jatuh ke tangan orang fasik. 3. MELIHAT WANITA YANG DIPINANG Adalah benar bahawa Islam menghendaki supaya lelaki berkahwin dengan wanita yang patuh kepada agamanya dan sentiasa menjaga kehormatannya. Akan tetapi, itu tidak bererti Islam memaksa seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang tidak disukainya. Yang diminta oleh Islam ialah agar kaum lelaki, dalam perkahwinannya dengan seseorang wanita, lebih mengutamakan dan lebih mementingkan tujuan mulia yang hendak dicapai dalam perkahwinan iaitu :-

82

Keturunan yang baik, isteri yang sentiasa menjaga kesucian dirinya dan terjamin kebaikan dalam kehidupannya yang lain, seperti :Peribadatannya, akhlaknya dan penghargaan masyarakat terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila di antara kamu meminang wanita, jika ia dapat melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu.
Dalam riwayatkan yang lain Jabir menyatakan :

Ketika aku hendak meminang seorang wanita, aku bersembunyi dan mengintip hingga dapat melihat apa yang menarik keinginanku hendak mengahwininya, kemudian aku berkahwin dengannya.
Dengan melihat wajah wanita, seseorang lelaki dapat mengetahui apakah wanita itu cantik atau tidak, dan dengan melihat tapak tangannya ia dapat mengetahui apakah wanita itu berbadan segar atau tidak. Hendaklah pada waktu ia melihat wanita yang dipinangnya itu harus di depan salah seorang lelaki dari kalangan muhrimnya. Rasulullah s.a.w. melarang lelaki berduaan dengan wanita tanpa disertai muhrimnya. 3. BEBERAPA LANGKAH SETELAH PINANGAN DITERIMA Penerimaan sesuatu pinangan tidak bererti tercapainya kata sepakat atau persetujuan di antara kedua-dua belah pihak untuk melangsungkan perkahwinan apabila telah mencukup syarat-syaratnya.

83

Menurut syara, kedua belah pihak terikat oleh kata sepakat yang telah dipersetujui bersama dan persetujuan itu wajib dipenuhi oleh kedua belah pihak. Bahkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, memenuhi suatu perjanjian yang telah dipersetujui bersama merupakan suatu kewajipan besar yang penting. Sekalipun persetujuan atau perjanjian itu tidak berlandaskan hukum formal (peraturan-peraturan rasmi atau perundangan), tetapi nilainya tidak boleh dipandang remeh atau kecil. Hal itu dapat diketahui contohnya dalam hal akad nikah yang bebas dari segala bentuk adat kebiasaan (yang dimaksudkan ialah akad nikah yang dilakukan atas dasar tradisi hukum syara). 4. PERKAHWINAN HENDAKLAH DIUMUMKAN PINANGAN HENDAKLAH DIRAHSIAKAN DAN

Untuk menghindarkan kemungkinan terjadinya hal-hal yang tidak diingini, Islam menekankan supaya pinangan dirahsiakan dan dibataskan pengetahuan di dalam lingkungan keluarga. Tidak perlu menggantungkan bendera-bendera atau memukul canang dan sebagainya yang menandakan pengumuan. Mengenai hal itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan :

Umumkanlah perkahwinan dan rahsiakanlah pinangan.


Atas dasar itu maka disunatkan bagi orang lelaki sebelum mengajukan pinangan supaya memohon pilihan kepada Allah dengan jalan melakukan solat istikharah. Sebuah hadith yang diriwayatkan berasal dari Rasulullah s.a.w. sendiri menerangkan sebagai berikut :-

84

Rasulullah s.a.w. bersabda

: Rahsiakankanlah niatmu hendak meminang. Ambillah air wudhu dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepadamu. Pohonkanlah puji syukur kepadaNya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkanlah : Ya Allah, Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah (sebutkan nama sebenarnya) terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah ia bagiku. Al-Hakim mengatakan, itu merupakan sunah yang mulia dan sudah biasa dilakukan oleh penduduk Mesir. Hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang dapat dipercayai (tsiqat).

BERDUA-DUAAN BERSAMA WANITA ATAU GADIS YANG DIPINANG Duduk berdua-duaan bersama wanita atau gadis yang sudah dipinang adalah haram. Begitu juga jika berduaan bersama ibunya, saudara-saudara perempuannya, atau berduaan bersama para wanita dari kaum kerabatnya. Sepertimana yang telah dibincangkan, lelaki diharamkan keluar atau pergi berduaan dengan wanita atau gadis yang telah dipinang, tanpa disertai oleh seorang lelaki muhrim dari wanita atau gadis itu : sebelum akad nikah dilaksanakan sebagaimana menurut syara. Pengharaman tersebut bermaksud mencegah kemungkinan terjadinya perbuatan yang dimurkai Allah. Mengenai hal itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

85

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh lelaki muhrimnya, kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan.
Merahsiakan pinangan adalah suatu kebijaksanaan bagi kebaikan wanita. Kebaikan tersebut bermaksud menjaga pihak wanita agar jangan sampai kehormatan dan harga dirinya dicemuh orang, agar nama baiknya tidak tercemar dan sanubarinya tidak tersiksa bila terjadi sesuatu pembatalan pinangan yang telah diumumkan. Walau apapun sebab musababnya, jika pinangan dibatalkan setelah diumumkan, kejadian itu pasti menyentuh perasaan wanita, menyakiti hatinya dan mencemarkan nama baiknya. Kejadian seperti itu dpat membuat lelaki lain ragu-ragu meminangnya kerana bimbang akan terulang kembali kejadian yang lalu, mungkin disebabkan oleh adanya kekurangan pada diri wanita itu atau perbuatannya yang salah. Lain halnya kalau pinangan itu tidak diumumkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kalau pinangan itu bertahan terus, pengumumannya dapat dilakukan sekaligus apda waktu akad nikah. Sebaliknya, jika kerana sesuatu sebab pinangan itu dibatalkan, pihak wanita tidak akan merasa terjejas kehormatannya dan tidak akan tercemar nama baiknya. 5. ISTIKHARAH (MEMOHON PILIHAN KEPADA ALLAH S.W.T. SEBELUM MEMINANG) Apabila gadis atau wanita yang hendak dipinang masih diragukan keadaannya, lelaki yang hendak meminangnya

86

hendaklah sentiasa ingat bahawa semua urusan terletak di tangan Allah s.w.t. dan Allah sajalah yang berkenan melimpahkan taufikNya. Tidak ada yang dapat menghalangi kurniaNya dan tidak ada yang mengurniakan sesuatu bila Allah tidak memperkenankannya. Allah s.w.t. maha mengetahui apa yang bermanfaat bagi lelaki tersebut itu dan apa yang baik baginya. Allah telah berfirman :

Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai justeru itulah yang baik bagi kamu, dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (S. Al-Baqarah : 216)
6. CINCIN PERTUNANGAN (TUKAR CINCIN) Terdapat segolongan kaum lelaki yang memakai cincin emas yang disebutkan cincin pertunangan padahal amalan seperti itu bukan berasal dari tradisi kita sendiri, melainkan tradisi orang-orang asing yang mempengaruhi kehidupan kita. Tradisi seperti itu jelas menyalahi nas-nas hadith sahih yang mengharamkan kaum lelaki memakai cincin emas. Ibnu abbas r.a. meriwayatkan : Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. melihat seseorang lelaki memakai cincin emas. Beliau kemudiannya membuangnya diletakkan pada sebuah tempat, lalu beliau bersabda :

Ada seorang di antara kamu yang sengaja mengambilbara api neraka lalu diletakkan pada tangannya.
7. APABILA PERTUNANGAN PUTUS

87

Setelah pertunangan berlangsung mungkin terjadi hal-hal yang mengakibatkan pertunangan itu putus. Dalam keadaan seperti itu maka menurut hukum syara pihak wanita wajib mengembalikan sepenuhnya mas kahwin atau tanda ikatan lainnya yang sudah diterima kepada pihak lelaki yang memberinya. Ketentuan itu tidak berlaku bagi hadiah yang sudah dimakan (kalau hadiah itu berupa makanan) atau yang sudah digunakan (seperti hadiah yang berupa kain yang sudah dibuat baju dan dipakai hingga usang atau koyak). Apabila barang-barang hadiah itu berupa jam tangan, cincin emas, gelang emas atau lainnya yang hanya dapat dipakai, barang-barang hadiah seperti itu mesti dikembalikan kepada pihak lelaki yang memberinya jika pertunangan itu diputuskan oleh pihak wanita. Jika pertunangan itu diputuskan oleh pihak lelaki atau kerana lelaki yang berkenaan meninggal dunia maka barang-barang hadiah yang telah diterima oleh pihak wanita tidak dikembalikan. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan di dalam sebuah hadith sahih.

Lelaki yang menarik kembali pemberiannya ibarat anjing yang menjilati muntahnya.

88

TAJUK : MAJLIS PERKAHWINAN 1. MUQADDIMAH Pada hari ini kita akan memperkatakan mengenai Majlis Perkahwinan atau disebut sebagai Walimatul Urus boleh menjadi satu ibadah dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Bagaimana pula majlis perkahwinan yang diadakan secara bersusah-payah dan menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa. Tidak diterima oleh Allah s.w.t. serta tiada keberkatan. Apakah pasangan perkahwinan masih merasai kesan keberkatan majlis perkahwinan sehingga sekarang dan membawa ingatan tersebut untuk memperteguhkan tali perkahwinan. Apakah pasangan perkahwinan ada merasakan bebanan untuk mengadakan majlis perkahwinan atau meninggalkan kesan kepada ibu bapa, penjaga seperti hutang yang menjerut leher dan sebagainya?

89

Apakah wang mas kahwin digunakan menampung belanja kenduri kahwin?

juga

untuk

2.

WALIMATUL URUS PERKAHWINAN

TEMPAT

PENGUMUMAN

Islam lebih menyukai apabila berlangsungnya perkahwinan hendaklah diumumkan dan dimeriahkan dengan mengundang kaum kerabat, tetangga dan sahabat handai, agar mereka dapat menyaksikan majlis akad nikah, meraikan pasangan pengantin dan turut bergembira dalam batasbatas kesenangan yang dihalalkan Allah. Pengumuman perkahwinan bermaksud agar perkahwinan antara dua orang lelaki dan wanita yang berkenaan disaksikan oleh orang ramai, sekaligus memberi dorongan kepada mereka yang belum beristeri dan bersuami supaya meninggalkan cara hidup membujang. Majlis perkahwinan hendaklah diselenggarakan sesuai dengan adat kebiasaan dengan syarat tidak terkeluar dari batas-batas kebajikan atau menyimpang dari ajaran-ajaran Islam, seperti menghidangkan minuman-minuman keras, mengadakan acara-acara keramaian yang tidak patut seperti tari menari dan sebagainya. 3. HUKUM MENGADAKAN WALIMATUL URUS

90

Para ulama fiqh berbeza pendapat mengenai hukum mengadakan kenduri kahwin. Sebahagian berpendapat bahawa hukumnya adalah wajib. Sedangkan sebahagian lainnya berpendapat sunat atau harus. Ketika Ali bin Abi Tholib r.a. meminang Fatimah Az-Zahra r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya :

Perkahwinan itu perlu diadakan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


4. PERKARA-PERKARA YANG DALAM HAL KENDURI 4.1.

kenduri.

(Hadith

SUNAT

DILAKUKAN

Menyembelih seekor kambing atau lebih, jika mampu. Hal ini berdasarkan pada hadith yang telah disebutkan. Bagi orang yang tidak mampu, ia boleh mengadakan kenduri dengan menghidangkan makanan apa saja menurut kemampuannya. Berdasarkan niat iaitu hendak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. di samping menghiburkan temanteman dan sahabat-shabat handai dan sebagainya. Elakkan dari budaya mengundang orang-orang yang terpilih seperti orang-orang kaya sahaja tanpa mengundang simiskin dan sidhaif dan sebagainya. Penyelenggaran kenduri harus dihindarkan dari berbagai macam maksiat dan kemungkaran seperti

4.2.

4.3.

4.4.

91

meminum minuman keras dengan ucap selamat dan pak andam lelaki menghiaskan pengantin perempuan dan sebagainya. 5. KENDURI KAHWIN DAN MAJLIS AKAD NIKAH Akad nikah dapat diselenggarakan di mana sahaja, tetapi yang terbaik ialah di masjid, kerana di samping disaksikan oleh jemaah, juga memperolehi keberkatan. Masjid adalah tempat curahan rahmat dan benteng keimanan kerana jika akad nikah dilangsungkan di dalamnya bererti menghadapkan perkahwinan itu kepada kebajikan, dengan harapan akan mendapat keredhaan Allah. Dengan demikian maka masjid merupakan tempat terbaik untuk mengumumkan perkahwinan. Imam Ahmad bin Hambal dan Tirmuzi meriwayatkan sebuah hadith berasal dari Ummul-Muminin Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Maksudnya : Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan dipukullah gendang dan rebana di hari perkahwinan itu. Begitulah cara kaum muminin beriang-ria merayakan perkahwinan, di dalamnya terkandung ciri-ciri khas kaum yang bertaqwa dan kaum yang soleh. Sesuatu yang dimulai dengan kebaikan akan membuahkan hasil yang baik pula, penuh ketenteraman dan kasih-sayang.

92

6.

MEMENUHI JEMPUTAN WALIMATUL URUS Sesiapa yang diundang menghadiri kenduri ia wajib memenuhinya. Hal ini ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana tersebut di dalam hadith yang bermaksud :

Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka hendaklah kamu datang.


Walimah itu boleh diadakan pada waktu akad nikah, ataupun selepasnya, atau setelah kedua suami isteri itu bercampur. Masalah ini terserahlah menurut adat setempat. Menurut riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. mengundang sahabatsahabat untuk walimah pada waktu baginda kahwin dengan Zainab setelah baginda mencampurinya. Diantara syarat-syarat wajib menghadiri walimah ialah dalam majlis itu tidak terdapat perkara-perkara yang haram dan mungkar, seperti minuman-minuman yang haram, tidak sakit, tidak hujan dan tidak didahului oleh undangan yang lain. Bila ada undangan yang lain lebih dahulu, maka undangan yang lebih dahulu itulah yang lebih berhak dihadiri. 7. CARA-CARA MEMENUHI UNDANGAN WALIMAH Terdapat di dalam cara-cara memenuhi jemputan kenduri ialah menghadiri kenduri tidak bermaksud hendak mengenyangkan perut, tetapi dengan niat mengikut perintah

93

Rasulullah s.a.w. dan menghormati dan mengembirakan serta mengunjungi saudaranya Sewaktu menghadapi hidangan hendaklah mendoakan kepada tuan rumah. Abdullah bin Bisr mengatatakan bahawa ayahnya pernah membuat makanan untuk Rasulullah s.a.w. kemudian baginda diundang dan memenuhi undangan iu. Ketika makan baginda berdoa : Maksudnya : Ya Allah, limpahkanlah ampunan dan rahmatMu kepada mereka (tuan rumah) dan berkatilah mereka atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. (Hadith diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmuzi). Jika ada di dalam majils kenduri acara-acara lain yang bersifat maksiat, orang yang diundang tidak boleh memenuhi undangan yang diterimanya, kecuali jika kehadirannya dengan maksud hendak memberhentikan acara-acara tersebut. 8. PENYERTAAN KELUARGA DAN MENJAYAKAN MAJLIS KENDURI KERABAT DALAM

Semasa membuat persiapan untuk mengadakan kenduri disunatkan bagi sanak keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai turut serta membantu dan memberi sumbangan mengikut kemampuannya masing-masing, baik berupa wang, bahan makanan, tenaga dan sebagainya. Anas r.a. setelah meriwayatkan kisah perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Shofiyyah binti Hayy ia menceritakan seterusnya : Setelah baginda s.a.w.

94

berkahwin, dalam perjalanan pulang ke Madinah, Ummu Sulaim mengadakan jamuan makan malam untuk menghormati perkahwinan baginda, sehingga pada malam itu beliau menjadi pengantin baru. Ketika itu baginda berkata kepada para sahabatnya, Siapa yang mempunyai sesuatu (makanan) bawalah ke mari. Baginda s.a.w. kemudian membentangkan tikar, lalu para sahabat datang berkumpul. Ada yang membawa keju, ada yang membawa kurma dan ada yang membawa samin. Bahan-bahan tersebut kemudian dimasak menjadi makanan. Mereka makan bersama-sama dan minum air tawar yang tersedia dekat mereka. Begitulah majlis kenduri perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Shofiyyah. (Diketengahkan oleh Muslim) Di mana kita bersama kerabat, sahabat, jiran tetangga dan masyarakat dikehendakki dalam bekerjasama menjayakan sesuatu walimatul urus.

95

TAJUK :

TAHAP KESABARAN DALAM KEHIDUPAN RUMAHTANGGA

1.

MUQADDIMAH Sabar iaitu menahan diri daripada keluh-kesah pada suatu yang tidak disukai. Iaitu tiga perkara :1.1. Menahan diri daripada keluh-kesah dan menahan diri daripada mengadu-gadu kepada yang lain daripada Allah Taala ketika mengenai sesuatu bala atau bencana. Menahan diri pada mengerjakan sekalian perintah Allah. Menahan diri pada meninggalkan sekalian tegahan Allah.

1.2. 1.3.

2.

HURAIAN :-

96

2.1.

Sifat sabar itu dipuji pada syara kerana seseorang yang bersifat dengan sabar menunjukkan ia beriman dengan Allah dan menunjukkan ia taat dan menjunjung sekalian perintah agama. Orang yang beriman (yang percaya) dengan Allah, tahu bahawa sekalian perkara yang berlaku ke atas dirinya ialah dengan kehendak Tuhan yang tak dapat dielakkan lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah mengerjakan sekalian perintah agama dan meninggalkan larangan-larangannya.

3.

SOALAN-SOALAN DAN JAWAPAN-JAWAPAN 3.1. Bagaimana sikap yang sebaik-baiknya yang harus dilakukan oleh suami-isteri bila berlaku pergaduhan dan pertelingkahan dalam rumahtangga?. Sikap yang sebaik-baiknya yang harus dilakukan oleh suami isteri di kala terjadi pergaduhan dan pertelingakah dalam rumahtangga ialah dengan membanyakkan sifat sabar, jangan lekas marah melihat sesuatu keburukan yang dilakukan oleh salah seorang dari suami-isteri tadi. Inilah jalan dan cara yang sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : Suami yang sabar di atas keburukan perangai (tabiat) isterinya, Allah akan beri pahala yang diberi kepada Nabi Ayub di atas bala yang diterimanya. Dan isteri yang sabar di atas keburukan tingkah laku suaminya, Allah akan beri pahala kepada isteri itu seperti pahala yang diberi kepada Asiah isteri Firun.

97

3.2.

BAGAIMANA CARA SEBAIK-BAIKNYA DALAM PERGAULAN SUAMI ISTERI SUPAYA TIDAK SELALU TERJADI PERGADUHAN DAN PERTELINGKAHAN DALAM RUMAHTANGGA? Cara yang sebaik-baiknya dalam pergaulan suami isteri supaya tidak selalu terjadi pergaduhan dan pertelingkahan dalam rumahtangga, suami hendaklah bersikap baik dan bertimbangrasa, jangan bersikap bengis terhadap isteri yang lemah, tetapi jangan pula suami itu bersikap terlalu lemah dan selalu mengalah mengikut telunjuk isteri sahaja. Oleh itu persefahaman dan bertolak ansur di antara suami isteri adalah merupakan pokok utama dalam pergaulan hidup berumah tangga. Suami isteri itu mestilah menerima kemaafan dari pihak yang menyedari kesalahan. Firman Allah Taala :

Hendaklah engkau memaafkan dan menyuruh mengerjakan kebaikan, dan tinggalkanlah (jangan hiraukan) mereka yang tidak berpengetahuan.
3.3. BAGAIMANA SIKAP YANG SEBAIK-BAIKNYA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH SUAMI-ISTERI BILA BERLAKU PERGADUHAN DAN PERTELINGKAHAN DALAM RUMAHTANGGA? Sikap yang sebaik baiknya yang harus dilakukan oleh suami isteri di kala terjadi pergaduhan dan pertelingkahan dalam rumahtangga ialah dengan membanyakkan sifat sabar, jangan lekas marah

98

melihat sesuatu keburukan yang dilakukan oleh salah seorang dari suami isteri tadi. Inilah jalan dan cara yang sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah s.a.w.

Kamu terimalah amanah terhadap orang-orang peremuan dengan cara yang baik, iaitu berlemah lembut. Sesungguhnya orang-orang perempuan itu berasal dari tulang rusuk. Bahawasanya sebengkokbengkok tulang rusuk ialah tulang rusuk yang sebelah atas. Jika engkau hendak meluruskan tulang rusuk yang telah bengkok itu,bererti engkau hendak mematahkannya. Dan jika engkau biarkan begitu saja, tentulah selama-lamanya tulang itu dalam keadaan bengkok. Maka kamu terimalah amanah terhadap orang-orang perempuan dengan cara yang baik iaitu berlemah lembut.
3.4. BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM, SIKAP SEORANG SUAMI YANG SELALU HENDAK MARAH SAJA KEPADA ISTERINYA DAN TIDAK MEMPUNYAI KEPERIBADIAN YANG LUHUR DAN PERGAULAN YANG BAIK TERHADAP ISTERINYA? Sikap seorang suami yang selalu hendak marah saja kepada isterinya dan tidak mempunyai keperibadian yang luhur dan pergaulan yang baik terhadap

Maksudnya :

99

isterinya adalah dianggap orang yang belum sempurna imannya. Dalam Islam, orang yang sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekerti dan baik pergaulan dengan isterinya. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :

Orang-orang yang beriman yang sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekerti dan baik pergaulannya dengan isterinya.

Maksudnya :

100

101

TAJUK : 1. MUQADDIMAH

IBU

Islam telah memberikan penghormatan besar kepada ibu sehinggakan di dalam Al-Quran didapati begitu banyak ayatayat yang berkaitan dengan ibu. AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN IBU Pertama : Di dalam Surah Luqman, memerintahkan supaya : 1. 2. Ayat 14, Allah s.w.t.

3.

Manusia berbuat baik kepada ibu bapa. Manusia sedar bahawa ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya iaitu sehingga tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun. Sentiasa bersyukur kepada Allah dan kedua ibubapa. Firman Allah s.w.t. :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

102

Kedua : Di dalam Surah Luqman, Ayat 15 s.w.t. memerintahkan supaya; 1. 2. 3. Jangan taat kepada mereka jika mereka mendesak untuk mempersekutukan Allah s.w.t. Bergaul dengan mereka dengan baik walaupun mereka bukan Islam. Ikutilah jalan orang yang beriman walaupun mereka bukan ibubapa kita.

Firman Allah s.w.t. :

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orangorang yang ruju kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Ketiga : Di dalam Surah Al-Israa, ayat 24, Allah memerintahkan supaya : 1. Manusia merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayang.

103

2.

Doakan kebaikan kepada mereka supaya Allah s.w.t. sentiasa mencurahkan kasihNya kepada mereka.

Firman Allah s.w.t. :

Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih syangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
Keempat : Di dalam Surah Al-Israa, Ayat memerintahkan manusia supaya : 1. 2. 3. 4. 23, Allah s.w.t.

Menyembah Allah semata-mata dan berbuat baik kepada ibu bapa. Bila mereka sudah tua, mereka wajib dijaga dan dipelihara. Jangan bercakap kasar kepada mereka apatah lagi menyergah mereka. Berkatalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia-mulia dan bersopan santun.

Firman Allah s.w.t. :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya sematamata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan

104

dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ha, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Firman Allah s.w.t. :

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan segala nikmat dikurniakanNya, sebagaimana yang semestinya, iaitu dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Keenam : Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat memerintahkan manusia supaya : 1. 233, Allah s.w.t.

Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula memberi makan dan pakaian kepada ibu itu mengikut keperluan dan kemampuan.

2.

105

3. 4. 5. 6.

Janganlah menjadikan seseorang ibu itu derita kerana anaknya. Jangan pula menjadikan menderita kerana anaknya. seseorang bapa itu

Waris juga bertanggungjawab jika si bapa tiada. Jika suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan bersama setelah berunding maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya. Jika hendak beri anak menyusu kepada orang lain maka hendaklah diberikan upah dengan cara yang patut. Dalam semua perkara hendaklah dilakukan dengan penuh ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :

7.

8.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan

106

(yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
Ketujuh : Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat memerintahkan manusia supaya : 1. 2. 215, Allah s.w.t.

Apa jua harta benda yang halal yang dibelanjakan maka hendaklah diberikan juga kepada ibubapa. Apa saja yang dibelanjakan kepada ibubapa akan dapat ganjaran baik daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah : Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada : kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

107

Kelapan : Di dalam Surah Nuh, Ayat 28, Allah memerintahkan manusia supaya : 1. 2. Sentiasa mendoakan keampunan Allah kepada mereka selepas sahaja mendoakan keampunan Allah kepada diri sendiri. Doa anak untuk ibubapa hendak sentiasa berterusan semasa hayat dan ketiadaan mereka. Firman Allah s.w.t. :

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ( dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!
Kesembilan : Di dalam Surah Maryam, Ayat 32, Allah memerintahkan manusia supaya : 1. 2. Supaya taat dan berbuat baik kepada ibu. Jangan menjadi seorang yang sombong, takbur atau derhaka kepada ibu.

108

Firman Allah s.w.t. : Maksudnya :

Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak akan menjadikan daku seorang yang sombong, takbur atau derhaka.
Kesepuluh : Di dalam Surah Al-Ahqaaf, memerintahkan supaya : 1. 2. 3. 4. Ayat 17, Allah s.w.t.

Jangan sekali-kali bercakap kasar dengan ibubapa. Mereka yang melakukan akan menyesal tanpa kesudahan. Mereka tidak akan mendapat keredhaan ibubapa. Tanpa keredhaan ibubapa, Allah tidak akan sekali-kali meredhai hidup dan mati mereka.

Firman Allah s.w.t. :

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibubapanya (ketika mereka mengajaknya beriman) : Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal berbagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)? Sambil mendengar kata-katanya itu ibubapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu) : Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap

109

benar. Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!

110

TAJUK : HUKUM PERSUSUAN 1. MUQADDIMAH 5.1. Di dalam masyarakat, kita sering mendengar perkataan ibu susu, anak susu, ayah susu, saudara susu dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di dalam masyarakat generasi sebelum kita, di mana di antara mereka sering meninggalkan anak mereka kepada orang lain dalam masa mereka bekerja di ladang atau ke sawah ataupun ke bukit yang jauh untuk bercucuk tanam yang menghalang mereka memberikan susu kepada anak mereka. Di mana di waktu tersebut susu tepung, selain dari susu ibu sukar didapati. Dalam hal yang demikian si anak yang ditinggalkan tadi menyusu kepada ibu tumpangnya yang dipanggil ibu susu, suami ibu tadi dipanggil ayah susu, anakanak siibu tadi menjadi saudara perempuan atau saudara lelaki sesusu. Lebih-lebih lagi di dalam masyarakat kita hari ini di mana didapati ibu-ibu sebahagiannya bekerja samada di dalam sektor awam maupun di sektor swasta. Malahan terdapat ibu-ibu yang pergi bekerja berjauhan dari rumah, malahan di luar daerahnya. Sedangkan mereka mempunyai anak kecil yang masih menyusu lalu meninggalkan anak tersebut kepada mana-mana ibu tumpang yang menyusukannya dengan susunya sendiri. Kemungkinan ketiga seseorang yang menyerahkan anak kecilnya kepada orang lain untuk dijadikan anak

5.2.

5.3.

111

angkat dan ibu angkatnya menyusukannya. Maka ibu tersebut menjadi ibu susu juga ibu angkatnya. 6. SOALAN DAN JAWAPAN 6.1. PADA HUKUM SYARA MEMPUNYAI BERAPA SYARAT YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI IBU SUSU DAN ANAK SUSU? Soalan itu amat penting diambil perhatian dan ingatan oleh kaum ibu terutamanya kerana dengan penyempurnaan kedua-dua syarat tersebut anak yang ditumpang susu tadi menjadi anak susu dan diikhtiraf oleh Hukum Syara. Dengan lain perkataan di antara kedua-dua pihak telah berkait beberapa Hukum Syara yang perlu dipatuhi. Sebenarnya ada dua syarat yang menyebabkan seseorang itu menjadi ibu susu dan anak susu. Pertama : Anak yang menyusu itu belum sampai umurnya dua tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Tidak ada penyusuan kecuali kanak-kanak yang umurnya dalam lingkungan dua tahun.

Maksudnya :

112

Dan Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : Maksudnya : Tidak dianggap sebagai menyusu, kecuali yang menguatkan tulang dan menambahkan daging. Kedua : Menyusu sebanyak lima kali yang bercerai (berasingan). Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Adalah yang dikehendaki dalam Al-Quran mengenai susuan itu adalah sepuluh kali menyusu seperti yang kita ketahui menyebabkan haramnya berkahwin, kemudian dinasakhkan (ditukar) dengan lima kali menyusu. Maka Rasulullah s.a.w. wafat, dan hukum mengenai susuan itu tetap seperti yang ada dalam AlQuran.
6.2. APABILA SEORANG ANAK BERHENTI MENYUSU SEBELUM BERUMUR DUA TAHUN, KEMUDIAN MENYUSU LAGI KEPADA PEREMPUAN LAIN, BAGAIMANA HUKUMNYA?. ADAKAH HARAM JUGA HUBUNGAN PERKAHWINAN? Yaseseorang anak yang telah berhenti menyusu sebelum berumur dua tahun, kemudian menyusu kembali kepada perempuan lain, maka hubungan perkahwinan dengannya tetap haram. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :

113

Maksudnya :

Bahawa sesungguhnya menyusu itu adalah kerana lapar.


6.3. BAGAIMANA KALAU SEORANG KANAK-KANAK YANG TELAH BERUMUR LEBIH DUA TAHUN MENYUSU KEPADA SEORANG PEREMPUAN, ADAKAH HARAM JUGA MEREKA ITU BERKAHWIN? Kanak-kanak tersebut tidak menyebabkan haram mereka itu berkahwin ataupun dengan lain perkataan mereka bukanlah mahram kerana susuan. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Darul Qutni. Maksudnya : Tidak dianggap susuan, kecuali kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan dua tahun. 6.4. SEORANG PEREMPUAN YANG MENYUSUKAN SEORANG ANAK, ADAKAH SUAMI PEREMPUAN ITU MENJADI AYAH KEPADA ANAK TERSEBUT? Yaapabila seorang perempuan menyusukan seorang anak, maka suami perempuan itu telah menjadi ayah susu bagi anak yang disusukannya tadi, dan saudara suami perempuan itu pula menjadi bapa saudara dan ibu saudara bagi anak tersebut. Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bermaksud :

114

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Izinkan kepada Aflah saudra Abil quais. Dia adalah bapa saudara mu dan adalah isterinya, menyusukan Aisyah r.a.
6.5. APAKAH HIKMAH DIHARAMKAN PERKAHWINAN KERANA SUSUAN? Hikmah diharamkan perkahwinan kerana susuan ialah kerana sebenarnya tubuh anak-anak itu terbentuk dari air susu ibu yang menyusukannya dan anak-anak itu akan mewarisi watak dan perangai seperti anak yang dilahirkan sendiri. Anak-anak itu juga seolaholah merupakan sebahagian dari tubuh ibu yang menyusukannya. Ia juga akan menjadi keluarga dan mahram ibu yang menyusukannya tadi. Ini hikmah haramnya. Hikmah yang lain pula ialah untuk meluaskan ruang dan lingkungan kaum kerabat dengan memasukkan saudara sesusuan sebagai saudara sendiri. 6.6. APAKAH MAHRAM DENGAN SEBAB RADHAAH INI TIDAK MEMBATALKAN WUDUK JIKA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN? Yatidak membatalkan wuduk mereka seperti hukumnya bersentuh kulit antara kakak dan adik lelaki (dengan sebab nasab).

115

6.7.

BOLEHKAH SAUDARA DENGAN SEBAB SUSUAN MEWARISI HARTA? Tidakmereka tidak boleh waris-mewarisi harta antara satu dengan lain, hukumnya adalah berlainan sama sekali. SIAPAKAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI KERANA RADHAAH (HUBUNGAN SUSUAN)? Perempuan-perempuan yang haram dikahwini kerana hubungan susuan ialah : 1) 2) Ibu susuan. Saudara perempuan susuan.

6.8.

Firman Allah Taala :

Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu susukamu, dan saudara-saudara perempuan susuan kamu.
Perlu juga ditegaskan setiap perempuan yang haram dikahwini dengan sebab nasab (keturunan), haram juga dikahwini dengan sebab radhaah (susuan).

Maksudnya :

116

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : Haram dengan sebab susuan barang yang haram dengan sebab nasab. 6.9. BOLEHKAH ANAK SUSUAN INI DINASABKAN ATAU DIBINKAN KEPADA AYAH SUSUANNYA SEPERTIMANA ANAK ZURIATNYA DARI PERKAHWINAN YANG SAH? Walaupun anak susuan ini disusui melebihi lima kali dan berumur kurang daripada dua tahun ia adalah sebagai anak susuan sahaja tidak boleh dinasabkan atau haram dibinkan kepada ayah susu mereka sebaliknya mereka hendaklah dibinkan dengan bapa mereka yang sebenar.

7.

KESIMPULAN Oleh sebab-sebab yang telah diperjelaskan tersebut maka sesiapa yang telah terlibat di dalam urusan penyusuan hendaklah mengambil ingatan terhadap anak susuan mereka mengenai umur anak susuan tersebut dan telah beberapa kali mereka menyusukannya. Setelah itu perkara ini hendaklah diperjelaskan kepada anak-anaknya supaya tidak timbul perkahwinan saudara susuan dan sebagainya. Nikah yang demikian adalah nikah yang fasid dan terbatal. Perkara yang demikian adalah amat penting, walaupun sekali imbas nampaknyaringan tetapi ia menyentuh tentang hukum sah atau tidaknya suatu pernikahan/perkahwinan

117

atau samada mereka sebagi mahram atau tidak dalam hubungan ibadat.

118

TAJUK : GANJARAN KESABARAN MENDIDIK ANAK 1. MUQADDIMAH Membesarkan dan mendidik anak-anak akan menghadapi berbagai cabaran dan kerenah serta ujian dan Allah s.w.t. menyediakan ganjaran yang setimpal terhadap mereka dalam segala hal. 2. ANAK-ANAK PEREMPUAN : 2.1. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. :

Siapa yang menanggung dua anak perempuan hingga mereka baligh, nescaya dia akan datang di hari Qiamat, aku dan dia macam ini dikumpulkan semua jari-jemarinya.
2.2. Imam Ahmad telah meriwayatkan di dalam muksudnya daripada Uqbah bin Amir Al-Juhani, katanya : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :

Maksudnya :

Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia sabar terhadap mereka, serta diberinya mereka makan minum dan pakaian dari hartanya, nescaya mereka akan menjadi pelindungnya dari api neraka.

Maksudnya :

119

2.3.

Al-Humaidi telah meriwayatkan dari Abu Said, daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda :

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan, atau tiga saudara perempuan, atau dua anak perempuan, atau dua saudara perempuan, lalu dia menjaga mereka dengan baik, sabar atas mereka, dan bertaqwa kepada Allah dalam urusan mereka, nescaya dia akan masuk syurga.
Petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w. serata pengajaran Islam dalam hal kewajiban mengambil berat terhadap anak-anak perempuan, dan perlaksanaan keadilan dalam persamaan antara mereka dengan anak-anak lelaki, agar dapat mencapai syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi. Dan keredhaan Allah itulah yang tinggi sekali. 3. ANAK-ANAK LELAKI 3.1. KEUTAMAAN ORANG YANG MENAHAN DIRI KERANA KEMATIAN ANAK LELAKI 3.1.1. At-Termidzi dan Ibnu Hibban telah meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asyari r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata :

Maksudnya :

120

Maksudnya : Apabila mati seorang hamba, berkata Allah Azzawajalla kepada para MalaikatNya : Kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu. Jawab para Malaikat : Benar! Berkata Tuhan : Kamu mengambil buah hatinya. Jawab para Malaikat : Benar! Berkata Tuhan : Apa kata hambaKu? Jawab para Malaikat : Dia telah memujiMu dan mengucapkan : Innaa Lillahi wa innaa Ilaihi Rajiuun. (Kita sekalian kepunyaan Allah, dan kepadaNya kita sekalian akan kembali). Berkata Tuhan : Dirikan bagi hambaku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah itu Rumah Kepujian. 3.1.2. Sabar dan menahan diri banyak faedahnya. Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada sekumpulan kaum wanita pada suatu masa :

Siapa saja wanita di antara kamu yang mati baginya tiga orang anak, melainkan mereka akan menjadi benteng baginya dari api neraka. Maka berkata seorang wanita dan dua orang jugakah! Menjawab Rasulullah : Dan dua orang juga.
3.1.3. Anak yang mati kecil itu akan mensyafaatkan kedua ibubapanya di hari Qiamat. Ath-Thabari telah meriwayatkan dengan sanad yang baik daripada Habibah, pernah suatu kali Habibah

Maksudnya :

121

ini berada di rumah Aisyah r.a., maka Nabi s.a.w. telah datang dan masuk ke dalam rumahnya seraya berkata :

Tiada dua orang Muslim yang mati tiga orang dari anak-anak mereka yang masih belum baligh, melainkan akan dibawakan anak-anak itu pada Hari Qiamat sehingga sampai ke pintu syurga. Maka dikatakan kepada mereka : Masuklah kamu sampai ke pintu syurga itu! Lalu mereka berkata : Kami tunggu sampai ibubapa kami masuk bersama. Maka dikatakan kepada mereka : Masuklah ke dalam syurga itu, kamu dan ibubapa kamu sekalian.
3.1.4. Muslim pula meriwayatkan dalam sahihnya daripada Abu Hassan, katanya: telah meninggal dua orang dari anak-anakku, maka aku berkata kepada Abu Hurairay r.a. : Adakah apa-apa yang kau dengar dari Rasulullah s.a.w. yang boleh kau sampaikan kepadaku, agar hatiku menjadi lunak dari hal anak-anakku yang telah mati? Jawab Abu Hurairah r.a. : Boleh. Kata Baginda : Maksudnya : Anak-anak kecil kamu adalah pengiringpengiring syurga, mereka akan sentiasa mendampingi ayah-ayah mereka, ataupun katanya, kedua-ibu bapa mereka, maka diapun memegang hujung bajunya atau tangannya, seperti si fulan ini memegang hujung baju kamu, dia tiada akan berpisah daripadanya,

Maksudnya :

122

sehingga Allah memasukkannya mereka ke dalam syurga.


3.1.5. KISAH TELADAN

bersama

Antara sikap keperwiraan yang penuh iman kaum wanita para sahabat, yang menunjukkan kesabaran, keredhaan dan keimanan mereka atas kematian anak-anak kecil ialah pendirian Ummi Sulaim r.a. yang sungguh mengharukan. Berikutnya diperturunkan ceritanya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh AlBukhari dan Muslim, daripada anas r.a. katanya : Abu Talhah r.a. ada seorang anak yang sedang sakit. Apabila Abu Talhah berangkat keluar kota, anak itu meninggal dunia. Apakala dia kembali, dia bertanya isterinya : Bagaimana anak kita? Jawab Ummi Sulaim, iaitu ibu anak itu : Bertenanglah! Dia seperti biasa. Maka Ummi Sulaim menyediakan makan malam, dan Abu Talha pun makan. Kemudian Ummi Sulaim menghiaskan dirinya seindah yang dapat dilakukan untuk suaminya. Maka suaminya Abu Talhah pun bersatu dengannya pada malam itu. Apabila Ummi Sulaim melihat suaminya kenyang dan puas, maka berkatalah Ummi Sulaim kepadanya : Wahai Abu Talhah : Apa kata anda, jika seorang telah meminjamkan barang untuk suatu keluarga, lalu dia meminta kembali barang pinjamannya, adakah patut dia menahannya lagi? Jawab

123

Abu Talhah : Tidak patut! Maka berkata Ummi Sulaim : Bersabarlah atas kepergian anakmu, dan doakan dia mendapat balasan yang baik dari Allah Taala! Mendengar berita itu, Abu Talhah marah, katanya : Kau biarkan aku menjadi junub (kerana bersatu dengan isterinya), kemudian baru kau katakan bahawa anakku telah meninggal dunia! Esok harinya Abu Talhah pun segera pergi menemui Rasulullah s.a.w. seraya menceritakannya tentang hal itu, maka Rasulullah s.a.w. menyetujui apa yang telah dilakukan oleh Ummi Sulaim itu, seraya mendoakan bagi mereka keduanya, katanya :

Moga-moga Allah memberkati malam kamu berdua. Ya Allah, berkatalah kedua mereka! Mereka kemudian memperolehi seorang anak lelaki, Nabi namakannya Abdullah. Berkata seorang dari kaum Anshar : Aku lihat Abdullah mendapat sembilan anak lelaki, semua telah membaca AlQuran dengan baik. Yang demikian itu adalah dari berkat doa Nabi s.a.w.
Dalam riwayat yang lain :

124

TAJUK : TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI 1. MUQADDIMAH 1.1. Dalam institutsi perkahwinan, Allah telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan yang akan membawa kebahagiaan kepada keluarga. Oleh itu sebagai umatNya, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalani amanah Allah. Mereka patut mencontohi keluarga Rasulullah s.a.w. ke arah menjadikan rumahtangga sebagai syurga di dunia. Perjalanan hidup berumahtangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk menghayati ajaran tersebut secara menyeluruh. Sebagaimana saya jelaskan di antara tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama. Pada kali ini saya akan menjelaskan tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri.

1.2.

1.3.

2.

ANTARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI 2.1. Sifat kasih sayang merupakan faktor utama dalam mewujudkan persekitaran ceria dan bahagia di dalam rumahtangga. Perasaan kasih sayang di antara suami

125

isteri akan menentukan rumahtangga itu berkekalan dan mewujudkan kerjasama antara suami isteri. Tanpa kasih sayang rumah tangga tidak akan kekal. Kasih sayang merupakan kebahagiaan rumahtangga. pemangkin : untuk 21 yang

Firman Allah dalam surah Al-Rum bermaksud :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai Kaum Lelaki) isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kuasa bagi orang yang berfikir.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah bermaksud : : 187 yang

Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.

126

2.2.

AMANAH Hubungan suami isteri perlu berasaskan kepercayaan antara satu sama lain. Kepercayaan ini akan wujud jika suami isteri mempunyai sifat amanah. Amanah dalam erti kata senang untuk berbicara isi hati dan kedua pihak dapat menerima satu sama lain dengan redha dan ikhlas. Kepercayaan ini terbentuk melalui saluran komunikasi yang terbuka.

2.3.

WUJUDKAN PERGAULAN YANG BAIK Pergaulan yang baik antara suami isteri menjadi asas kepada pembentukan keluarga bahagia. Pergaulan yang baik akan mewujudkan suasana harmoni dan tenang dalam rumahtangga. Persekitaran ini dapat menyuburkan hubungan antara suami isteri dan seterusnya mewujudkan keadaan hormat menghormati dan membentuk semangat kekitaan dan paduan dalam keluarga. Firman Allah dalam Surah Al-Imran bermaksud : : 134 yang

Dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain (suami isteri). Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat bermaksud : : 12 yang

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah prasangka, dengan bersungguh-sungguh,

127

sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat antara satu dengan lain.
2.4. HUBUNGAN KELAMIN Hubungan ini merupakan satu hubungan yang intim dan personal dan tidak boleh diceritakan kepada orang ramai. Hubungan kelamin merupakan sebahagian daripada ibadah kehidupan berkeluarga. Ia perlu dilakukan dengan kerjasama dan bertolak ansur. 2.5. MENGHORMATI PERSEMENDAAN Pasangan suami isteri adalah individu dari keluarga yang berlainan. Keluarga masing-masing telah membesarkan insan dengan cara gaya yang berlainan. Walaupun begitu sebagai pasangan kita perlu memahami dan menghormati mereka. Dalam masyarakat kita, perkahwinan bukan sahaja antara dua jiwa tetapi antara dua keluarga. 2.6. SAMA-SAMA MEMAHAMI MASALAH PASANGAN Pasangan suami isteri merupakan dua personaliti yang berlainan. Sebagai manusia biasa pasangan mungkin mempunyai masalah tersendiri. Oleh itu, pasangan mestilah saling memahami kelemahan diri dan bekerjasama untuk mengatasi masalah yang

128

dihadapi supaya hubungan yang baru terbentuk ini dapat berkembang. 2.7. SUAMI ISTERI MEMPUNYAI SIFAT CEMBURU Perasaan cemburu merupakan fitnah semulajadi manusia. Perasaan cemburu itu timbul atas dasar percintaan antara pasangan. Cemburu terbahagi kepada dua, iaitu berasaskan keimanan dan cemburu berasaskan nafsu. Cemburu berasaskan keimanan akan cembawa keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga manakala cemburu atas dasar nafsu akan merosakkan rumahtangga. 2.8. KETERAMPILAN YANG BAIK Bagi mewujudkan kebahagiaan hubungan suami isteri, pasangan perlu memiliki keterampilan diri yang baik. Keterampilan diri mencerminkan keperibadian seseorang juseru itu, setiap pasangan perlu berusaha supaya memiliki sifat tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya :

Sesungguhnya aku berhias utuk isteriku sebagaimana ia sesungguhnya berhias untukku. Aku tidak ingin hakku tidak dipenuhi oleh isteriku kerana aku wajib memenuhi haknya yang ada pada ku, kerana Allah telah berfirman, maksudnya : Dan mereka (para isteri) mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipan menurut cara yang baik. (Riwayat Ibn Abbas)

129

2.9.

HARTA BERSAMA Islam membenarkan individu dan keluarga memiliki harta persendirian. Walaubagaimana pun cara pengumpulan harta hendaklah dilakukan dengan cara yang sah dan betul. Umat Islam dilarang mencari harta hinggakan lupa mengerjakan ibadah yang lain.

2.10. KERJASAMA Kerjasama antara suami isteri perlu dipupuk dari masa ke semasa. Kerjasama tersebut akan mengurangkan beban serta dapat mencapai keharmonian rumahtangga. Sifat tolong menolong menjadi intipati kehidupan berkeluarga dan akan membentuk semangat kekitaan dalam keluarga. Semangat kekitaan yang timbul daripada kerjasama dengan sendirinya akan meningkat paduan keluarga dan kemungkinan keluarga. 3. KESIMPULAN Jika tanggungjawab bersama dapat ditunaikan atau sedikit kekhilafan yang diikuti dengan kemaafan maka konsep RumahKu SyurgaKu akan dapat dikecapi nikmatnya di dunia dan di akhirat. menghindarkan perpecahan

130

TAJUK : TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN KELUARGA 1. MUQADDIMAH 1.1. Di antara tanggungjawab yang amat berat ke atas kedua ibu bapa ialah memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Umumnya tanggungjawab tersebut adalah ke atas kedua ibu bapa. Manakala sebagai suami selain daripada ia mencari ilmu yang berterusan untuk membimbing keluarga dengan sempurna. Secara khususnya ia bertanggungjawab mendidik isterinya dengan menggunakan strategi yang kreatif dan berlemah lembut semasa mendidik isteri. Oleh kerana keistimewaan kedudukan suami dalam rumahtangga, para suami perlu bersedia menunaikan tanggungjawabnya. Tanggapan masyrakat bahawa pendidikan anak-anak hanya diserahkan kepada guru-guru, pembantu rumah, guru tuisyen, tv/radio, pendidikan, internet, keadaan masa yang menyedarkan mereka dan sebagainya adalah jauh menyimpan dari hakikat atau kebenaran. Ibu bapa adalah tunggak pendidikan, guru dan sebagianya pembantu, pendorong sahaja. Oleh itu sebarang kealpaan pendidikan anak-anak, ibu bapa akan disoalkan sebelum anak-anak tersebut dihukum oleh Allah s.w.t. di akhirat kerana sesuatu kesalahan,

1.2.

1.3.

1.4.

1.5.

131

ibu bapa akan ditanya apakah tanggungjawab pendidikan yang telah diberikan kepada anak-anak mereka telah ditunaikan. Mereka dipaksa menjawab di hadapan Allah azzawajallah nanti. 2. NAS-NAS BERKAITAN ANTARANYA : 2.1. DENGAN PENDIDIKAN

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya :

Anak yang baru lahir itu suci lagi bersih fitrahnya, maka ibu dan bapanyalah yang menyebabkan anaknya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. Sebagaimana binatang ternakan adalah dilahirkan dengan keadaan sempurna, tidak kamu dapati kekurangan apa juga pun padanya.
2.2. Para suami perlu bersedia mendidik isteri mereka Firman Allah dalam surah An-Nisa 34. Maksudnya :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

132

2.3. 2.4.

Firman Allah di dalam surah Al-Anfal 28. Tersilap didikan atau mengalpakannya mengakibatkan mereka menjadi musuh kepada diri mereka sendiri. Firman Allah di dalam surah At-Taghabun 14. Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara para isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh kamu.

3.

ILMU PENGURUSAN KELUARGA 3.1. Pasangan suami isteri perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan pendidikan keluarga bagi mencapai pembentukan keluarga sejahtera. Pengetahuan dan kemahiran ini tidak diperolehi secara semulajadi. Ia perlu dipelajari samada melalui peroses pembelajaran, pemerhatian, peniruan atau cubajaya. Kebanyakan keluarga pada masa ini berbentuk keluarga asas. Dengan demikian beban dan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan keibubapaan tertanggung sepenuhnya ke atas diri pasangan. Fenomena keluarga luas sepertimana yang biasa terdapat di masa dahulu adalah berlainan sekali. Di dalam sistem keluarga luas, tanggungjawab

3.2.

3.3.

3.4.

133

pengurusan rumahtangga dan keibubapaan ditanggung bersama oleh datuk, nenek dan saudara mara. Pasangan suami isteri pada masa tersebut boleh mengharapkan pertolongan daripada ahli-ahli keluarga. 3.5. Keadaan amat berbeza pada masakini di mana segala urusan rumahtangga dan pendidikan keluarga secara umumnya dikendalikan oleh keluarga asas. Dengan demikian, keperluan pasangan dan keluarga asas untuk mengetahui aspek-aspek pengurusan keluarga adalah lebih ketara berbanding dengan pasangan di dalam struktur keluarga asas.

4.

DIDIKAN DAN KASIH SAYANG 4.1. 4.2. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan didikan dan kasih sayang yang berpatutan. Sebagai sifat semulajadi bahawa setiap anak cenderung mengikuti arah ibubapanya. Oleh itu jika mereka membiasakan mendidik anak dengan perkaraperkara yang baik akan membahagiakan hidupnya di dunia dan di akhirat nanti di mana ibu bapanya akan turut merasakan pahalanya. Jka dibiarkan tanpa didikan kerosakan anak dan dosanya turut terpikul oleh orang tuanya.

4.3.

5.

PENGISIAN PENDIDIKAN

134

5.1.

Islam mewajibkan agar ummatnya memberikan pendidikan terhadap anak-anak dan keluarganya secara baik, terutamanya pendidikan agama. Ibu bapa tidak boleh membiarkan sahaja anakanaknya hidup kosong tanpa sebarang ilmu. Allah s.w.t. mengamanahkan supaya ibu bapa mendidik anak dengan budi pekerti luhur, kuat iman, taat pada agama dan memiliki sifat-sifat terpuji.

5.2.

6.

IBUBAPA TUNGGAK PENDIDIKAN 6.1. Tanggungjawab untuk mencorakkan mental anakanak terletak pada peranan ibu bapa. Khususnya kaum ibu. Baik buruk budi pekerti anak itu tergantung kepada ibu bapa, sebab mereka itulah yang menentukan arah bahtera hidup anak dan mencoraknya. Cara pergaulan harian keluarga, tabiat hidup akan memberi kesan yang kuat untuk menentukan subur atau tidaknya arah pendidikan terhadap anak.

6.2.

7.

PEDOMAN DASAR PENDIDIKAN 7.1. Islam telah memberi isyarat yang jelas, bahawa pedoman dasar pendidikan bagi menerapkan pendidikan yang baik kepada anak-anak. Paling utama mesti di tanam dalam sanubari anak yang masih kecil mengenai perhubungan anak dengan Tuhannya. Supaya ada Tali Allah atau Tauhid tempat ia bergantung. Perhubungan dengan manusia

135

dan sesama makhluk dapat dilaksankaan bila-bila saja waktunya akan tetapi perhubungan dengan tuhan tidak boleh dinantikan setelah besar atau lanjut usianya. 7.2. Setelah si anak disuburkan sanubarinya dengan benih iman / tauhid maka didikan muamalah yang baik akan segar, berkembang. Hasilnya sudah tentu menjadi satu cara hidup serta memenuhi dua syarat untuk mendapat keselamatan dan kesejahteraan zahir dan batin. Iaitu : 7.3. Hubungan erat dengan Allah. Pertalian erat dengan sesama khususnya sesama manusia. makhluk,

Firman Allah di dalam surah Aali-Imran : 112 : Maksudnya : Malapetaka dan kehinaanlah yang akan menimpa manusia, di mana saja mereka berada, kecuali apabila mereka mempunyai perhubungan Allah dan pertalian dengan sesama manusia.

8.

PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB 8.1. 8.2. Mengakibatkan kerugian diri, kemusnahan generasi atau ummah di masa hadapan. Lahirnya generasi yang dijangkiti penyakit disebabkan kekosongan ilmu, rosak akhlaknya, tidak mendatangkan faedah kepada ugama, masyarakat dan negara.

136

9.

KESIMPULAN 9.1. Didikan yang berteraskan tauhid akan melahirkan generasi yang berani hidup di tengah-tengah dunia yang penuh pergolakan dan berbagai cabaran bahkan juga berani mati untuk memberikan bakti kepada Allah lantaran hidup dan matinya telah ditentukan oleh Allah Rabbulalamin semata-mata. Didikan inilah yang mesti dijadikan sasaran utama sehingga tetap menjadi pegangan dasar bagi setiap ibu bapa terutamanya kaum ibu yang memeliharanya semenjak dalam rahim.

9.2.

137

TAJUK : MENCEGAH ANAK REMAJA DARI GEJALA MAKSIAT 1. MUQADDIMAH Telah banyak kita memperkatakan tentang gejala maksiat anak remaja kita serta kita telah memberi berbagai-bagai istilah kepada mereka seperti bohsia, bohjan dan berbagaibagai boh lagi sedangkan mereka adalah anak-anak hasil didik ibu bapa yang telah diwarnai oleh ibu bapa, penjaga, masyarakat sekitar yang tanpa disedari dan dikehendaki telah membentuk sikap mereka. Malah meletakkan sebarang kesalahan, kesilapan terhadap anak remaja sahaja tanpa menyedari tanggungjawab keluarga utama ibu bapa, rasanya bukanlah boleh meredakan tanggungjawab keluarga utama ibu bapa, rasanya bukanlah boleh meredakan suasana malah lebih merupakan sikap hendak lari dari tanggungjawab dan tidak amanah. Di antara tanggungjawab yang besar yang diperintahkan kepada ibubapa para pendidik, ialah mencegah si anak dari gejala-gejala yang boleh menganggu dari segi seks, atau merosakkannya dari segi akhlak. Terutama kepada anakanak yang baru sahaja mencapai usia murahik (usia belasan tahun), iaitu usia antara sepuluh tahun hingga sampai usia baligh. Para ulamak telah sepakat berpendapat bahawa peringkat usia murahik itu adalah peringkat usia yang paling merbahaya sekali dalam sejarah hidup manusia. Kalau ibu bapa dan para pendidik tahu bagaimana hendak mendidik anaknya, dan bagaimana dia sepatutnya menjauhkan si anak itu dari bencana kerosakan akhlak dan keruntuhan moral, dan bagaimana pula dia sepatutnya

138

membimbing si anak itu ke arah bimbingan akhlak yang misali, maka pada kebiasannya si anak itu akan membesar dengan kebiasaan akhlak yang mulia, adab terpuji serta pendidikan Islam yang unggul. 2. SOALAN DAN JAWAPAN BOLEHKAH JELASKAN APA-APA DALIL YANG MEMERINTAHKAN IBU BAPA SUPAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA DALAM USIA YANG DIPANGGIL MURAHIK ATAU BELASAN TAHUN TERSEBUT? Saya bawakan sebuah hadis yang mashyur yang selalu kita dengar. Al-Hakim dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda telah bersabda :

Suruh anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkan sembahyang apabila mereka berusia sepuluh tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.
Diambil daripada nas ini, bahawa para ibu bapa diperintahkan oleh agama supaya memisahkan antara anakanak mereka di tempat tidur, apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun, kerana dikhuatiri apabila mereka bercampur di dalam suatu tempat tidur, padahal mereka telah mencapai usia murahik atau dengannya mungkin mereka akan terlihat aurat antara setengah mereka kepada yang setengah samada ada waktu tidur ataupun di waktu sedar, lalu mereka akan terharu dari segi seks atau berahinya ataupun boleh merosakkan akhlaknya.

Maksudnya :

139

Ini adalah suatu dalil yang penting, bahawa Islam telah menugaskan ibu bapa supaya mengambil tindakan-tindakan yang perlu dan menjaga diri untuk menjauhkan anak-anak dari tersungkur ke dalam nafsu berahi dan tuntutan seks yang semula jadi, sehingga si anak itu akan besar terbiasa dengan kebaikan dan terdidik dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. DALAM HAL TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAKANAK SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARI PENGARUH NAFSU APAKAH PEMERHATIAN YANG PERLU DIBUAT, LEBIH-LEBIH LAGI DI ZAMAN YANG SERBA CANGGIH INI? Tanggungjawab pemerhatian tersebut boleh dibahagiakan kepada dua segi :Pertama Kedua : Di dalam rumah. : Di luar rumah.

TANGGUNGJAWAB PEMERHATIAN ANAK DI DALAM RUMAH Hendaklah setiap ibu bapa mengikut kaedah-kaedah Islam untuk menahan segala naluri si anak itu dari hal yang menimbulkan keinginan nafsu. Mengajar anaknya yang kecil adab meminta izin masuk bilik pada waktu-waktu rehat dan tidur. Adapun apabila si anak telah mencapai usia baligh pula, maka wajiblah kepada ibu bapa mengajarnya adab meminta izin masuk pada waktu-waktu tersebut dan lain-lain waktu.

140

Jangan membenarkan anak-anak bergaul bebas dengan wanita-wanita asing yang masuk ke rumah dalam keadaan pakaian yang ghairah, berperhiasan dan bersolek. Merenungkan pandangan pada bahagian-bahagian aurat yang terbuka dari wanita, padahal anak tersebut telah mencapai usia tamyiz juga di antara hal-hal yang menaikkan semangat nafsunya. Tidur si anak dengan adik beradiknya yang lelaki atau perempuan setempat tidur, padahal dia telah mencapai usia sepuluh tahun ke atas juga menjadikan si anak itu naik semangat nafsunya, terutama sekali apabila mereka sekalian disatukan di dalam satu selimut. Membiarkan dia bebas melihat kaca televisyen di dalam rumah tanpa kawalan, dan melihat adeganadegan seks dan lakunan-lakunan lucah serta dakyahdakyah, kata-kata yang tidak bermoral semuanya ini akan menaikkan nafsu si anak. Mengawal si anak dalam penggunaan internet supaya dia tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah budaya kuning. Ibu bapa perlu tahu menggunakan internet dan memeriksa semula ke manakah si anak melayarkan internet pada jam-jam tertentu dan jika ragu-ragu sila semak apa kandungan web-site berkenaan. Jangan membiarkan generasi muda bebas memilih apa saja yang digemarinya seperti majalah-majalah, gambar-gambar lucah, kaset-kaset nyanyian yang

141

memberahikan tanpa ada soal penjagaan. Anak-anak perlu dikontrol dan ditunjuk ajar buku yang macam mana yang patut dibacanya dan mengajarnya supaya dia menjauhkan pandangannya dari buku-buku yang terlarang pada agama. Tidak memberi peluang kepada si anak berkawankawan dengan mana-mana perempuan pada hal dia telah mencapai umur murahik, samada dengan alasan kononnya hendak belajar atau berkelah bersamasama rakan sebaya. Hal-hal seperti ini boleh merosakkan kelakuan si anak dan menyebabkan tergelincir ke dalam jurang keruntuhan akhlak dan boleh mempengaruhi mereka. Mengawal anak-anak memilih pakaian dengan tidak terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang menyolok mata dengan alasan fesyen termoden yang mengikut trend masa kini. Dan sebagainya.

TANGGUNGJAWAB PEMERHATIAN ANAK-ANAK DI LUAR RUMAH Manakala tanggungjwab pemerhatiannya di luar rumah pula, amat penting dan perlu tanggungjawab pemerhatiannya di rumah. Sebab cara-cara yang boleh merosakkan anak dari segi akhlaknya memang terlampau banyak, sehingga sukar dikira. Antaranya :Bencana pawagam dan tempat-tempat hiburan yang berbagai-bagai. Memberi peluang mereka bergaul bebas antara lelaki perempuan tanpa segan silu.

142

Filem-filem yang menonjolkan kelakuan tidak sopan, bercumbuan dan berkelakuan murah. Pelbagai permainan jenis game untuk remaja yang mengasyikkan dan mengalakan percampuran di dalam cahaya-cahaya samar dan sebagainya. BENCANA PAKAIAN WANITA YANG MENJOLOK MATA Semua ini akan menarik perhatian anak-anak muda remaja belasan tahun dan orang-orang dewasa, sehingga mereka tiada dapat menahan diri untuk bertenang dihadapan segala fitnah yang mengancam tersebut. BAHAYA SARANG MAKSIAT YANG RAHSIA DAN TERANG-TERANG Ia merupakan tempat kumpulan yang kotor didalamnya membiak kuman-kuman kejahatan dan dosa. Para remaja yang tiada iman akan mengambil jalan mudah untuk mencari wang atau melanggan dengan pengaruh kawan-kawan. PENGARUH ROKOK, MINUMAN KERAS DAN DADAH Dari sifat ingin mencuba rokok akan membawa remaja terjebak dengan ibu segala maksiat seperti minuman keras, dadah dan sebagainya. BENCANA GAMBAR-GAMBAR YANG SETENGAH TERDEDAH DALAM MASYARAKAT

143

Si anak muda, ataupun yang baru mencapai usia belasan tahun, apabila bersiar-siar di jalan-jalan raya, di tempat-tempat umum, apakah yang akan dilihatnya? Ia akan melihat gambar-gambar yang tidak sopan yang memenuhi papan-papan iklan pawagam, suratsurat khabar, majalah-majalah dan sebagainya. Tidak syak lagi, kalau beginilah cara hidup mereka, nescaya mereka akan terpengaruh dengan semangat yang jahat dan sesat. BENCANA PERSAHABATAN YANG JAHAT Di antara gejala-gejala besar yang menarik kepada penyelewengan anak, iaitu teman-teman yang jahat dan bercampur gaul dengan anak-anak yang rosak akhlaknya, terutama sekali jika si anak itu memang kurang cerdik, lemah imannya, pincang akhlaknya. Maka dia akan segera terpengaruh dengan kawankawan yang jahat dan percampuran dengan orangorang jahat. Kemudian dia akan meniru seburukburuk adat, dan sejahat-sejahat perilaku dari mereka. Dan dia akan terus berjalan bersama-sama mereka menuju jalan kejahatan dengan langkah yang cepat, sehingga akhirnya penjenayahan itu menjadi salah satu tabiatnya, dan penyelewengannya itu menjadi salah satu adat yang ditiru dari adat-adat mereka. Ketika itu akan menjadi sukarlah untuk mengembalikannya ke landasan yang lurus lagi, dan tidak mudah untuk menyelamatkannya daripada cengkaman dan jurang kejahatan itu.

144

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia.

145

TAJUK : HUBUNGAN DENGAN JIRAN 1. MUQADDIMAH Di mana sahaja pasangan suami isteri tinggal, samada di kota atau di desa, suasana berjiran tetap ditempuhi. Setiap pasangan mempunyai jiran masing-masing tetapi malangnya kadangkala kita tidak mengetahui siapa dan berapa ramai jiran kita yang sebenarnya. Jiran tetangga dalam keadaan-keadaan tertentu boleh mempengaruhi kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Dalam Islam, jiran adalah terdiri daripada 40 buah rumah yang mengelilingi sesebuah rumah daripada mana-mana arah. Jiran tidak memilih agama atau bangsa. 2. NAS-NAS YANG BERKAITAN Sabda Rasulullah s.a.w.

Diantara kebahagiaan seseorang Muslim ialah mempunyai jiran yang baik, rumah yang luas dan kenderaan yang selesa.
Tuntutan agama terhadap jiran ada dinyatakan dalam AlQuran dan Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa, ayat 36.

Maksudnya :

146

Maksudnya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba. Sabda Rasulullah s.a.w.

Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.


Rasulullah s.a.w. ada memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Saidatina Aishah :

Maksudnya :

Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Daku mempunyai dua tetangga. Seorang berhadapan dengan pintu dan yang lain jauh pintu rumahku, umpama tidak cukup hadiah untuk kedua-duanya, manakah yang lebih berhak?. Jawab Baginda : Yang berhadapan pintu denganmu.
3. KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN TETANGGA 3.1. Suasana kejiranan tetap ditempuhi oleh pasangan samada individu atau kumpulan.

Maksudnya :

147

3.2.

Jiran tetangga dalam keadaan tertentu boleh mempengaruhi kebahagiaan pasangan. Ini kerana kehidupan sesebuah rumahtangga tidak sahaja berkisar sekitar hubungan suami isteri dan ahli-ahli keluarga sahaja tetapi juga meliputi hubungan dengan anggota masyarakat di luar keluarga termasuk jiran. Kepentingan hubungan yang rapat dengan jiran amat dirasai bagi pasangan yang tinggal di rantau orang dan berjauhan daripada saudara mara. Jiran tetangga sebagai pengganti ayah, ibu dan saudara mara yang lain sebagai tempat mengadu hal atau meminta bantuan. Pertolongan daripada jiran ini merangkumi soal kewangan hinggalah kepada masalah rumahtangga. Sekiranya sesebuah keluarga itu berpergian meninggalkan rumah, maka mereka boleh meminta pertolongan jiran untuk menjaga atau memerhatikan rumah mereka. Sekiranya keluarga ini tadi tidak mempunyai pembantu rumah disebabkan pembantu rumahnya berhenti kerja mengejut, maka jiran boleh membantu mereka menjaga anak untuk sementara waktu. Umumnya jiran yang telah kenal mesra dengan sebuah keluarga itu akan memberikan pertolongan tanpa diminta untuk menolong keluarga berkenaan. HUBUNGAN BAIK DENGAN

3.3.

3.4.

4.

CARA MEWUJUDKAN JIRAN

148

Berbagai langkah boleh dijalankan oleh pasangan untuk mewujudkan hubungan baik dengan jiran. Antaranya : 4.1. Pasangan perlu saling menghormati dan bantu membantu dengan jiran kerana jiran tetangga merupakan individu yang paling hampir dengan pasangan berkenaan. Kesannya jiran pula akan menghormati mereka. Lahirnya perasaan selamat dan selesa kerana pasangan tersebut telah disenangi oleh jiran di sekelilingnya. Pasangan akan merasa suasana ketenangan dan kebahagiaan. Sifat tolong menolong dan menziarahi jiran terutama semasa berada dalam kesulitan akan merapatkan hubungan pasangan dengan jiran. Tanpa menunggu jiran meminta pertolongan, pasangan boleh menghulurkan apa-apa sahaja bantuan termampu untuk meringankan beban jiran. Sekiranya tiada apaapa halangan, pasangan hendaklah memenuhi jemputan jiran bagi majlis-majlis tertentu. Berbaik-baik dengan jiran bukan sahaja merupakan satu keperluan dalam kehidupan bermasyarakat tetapi juga sebagai satu tuntutan agama.

4.2.

4.3.

5.

KESIMPULAN Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara yang menyinggung perasaan dan keperibadian orang lain khususnya jiran tetangga tanpa mengira agama dan bangsa. Oleh itu demi perpaduan dan kedamaian hidup di dalam masyarakat, maka pasangan berkenaan hendaklah menjauhi sifat buruk sangka terhadap jiran.

149

Konsep kejiranan dalam Islam bukan sahaja meminta umatnya menghormati dan memuliakan jiran tetapi juga mengambil berat tentang jiran. Ini kerana menghormati dan memuliakan jiran tidak bererti pasangan terlibat harus berdiam diri atas segala kemungkaran (keburukan) yang dilakukan oleh jiran dengan alasan untuk menjaga dan tidak menyakiti hati jiran. Sekiranya pasangan tadi membiarkan kemungkaran itu berlaku, maka nyatalah pasangan itu telah merelakan jirannya terjerumus ke dalam jurang yang bahaya.

150

151

TAJUK :

BERJIMAT CERMAT PADA MAKANAN, MINUMAN, PAKAIAN DAN KEHIDUPAN

1.

MUQADDIMAH Kehidupan yang mempunyai peraturan akan membawa kesan kejayaan dalam kehidupan insan. Sebaliknya kehidupan yang tak berperaturan akan menyebabkan perkara yang buruk. Contohnya makan dan minum jika tiada berperaturan atau had tertentu akan menyebabkan tubuh badan berpenyakit malahan di zaman ini kita telah didedahkan dengan berbagai-bagai nama penyakit kesan daripada perkara tersebut. Dalam hal makan minum ini Islam telah mengharuskan beberapa peraturan tertentu iaitu : Pertama : Pastikan makanan atau minuman yang disuapkan ke mulut sendiri, isteri dan tanggungan itu halal atau dari hasil pendapatan yang halal kerana makanan atau minuman yang haram atau makanan yang halal tetapi didapati dari punca yang haram yang dimakan, minuman yang menjadi darah daging tetapi ianya akan menjadi bahan bakaran api neraka. Oleh itu ini menjadi tanggugnjawab bapa utamanya memikirkan supaya perkara-perkara yang mungkar dan rugi tidak terjadi.

152

Kedua : Tidak berlebihan (boros) seperti Firman Allah s.w.t. :

Makan dan minumlah kamu semua tetapi janganlah berlebihan (boros). Al-Araaf : 31
Ketiga : Hindarkan dari makanan dan minuman yang boleh memudaratkan tubuh badan atau anggota lain, khasnya yang diharamkan seperti babi, arak, makanan yang telah tercemar atau yang makruh seperti menghisap rokok dan sebagainya. Keempat : Lazimkan diri memakan dan meminum sesuatu mengikut kadar yang sepatutnya (tidak berlebihan). Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya :

Janganlah memenuhi (mengisi) seseorang anak Adam itu perutnya dengan kekejian, hendaklah ia memakan makanan mengikut kesesuaian tubuhnya yang biasa, sesungguhnya pada diri seseorang itu satu pertiga untuk makan, satu pertiga untuk minum dan satu pertiga untuk dirinya.

Maksudnya :

153

Kelima : Jauhilah dari kegemukan. Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan satu bangsa yang telah memaparkan kemungkaran diri, Sabda Nabi s.a.w. :

Menzahirkan mereka itu akan kegemukan.


2. RUMUSAN SUB TAJUK Muslim dipertanggungjawabkan samada pada dirinya juga ahli rumahnya untuk sentiasa memelihara makanan dan minuman agar menjuruskan ke arah syariat. Ibu bapa patut mengaturkan atau programkan waktu makan dan minum. Mengimbangkan makanan samada ianya makanan berat atau ringan, berkimia atau tidak. Untuk pembentukan jisim (fizikal), makan dan minumlah dari pelbagai jenis makan yang mengandungi protein dan vitamin. Pembentukan akal yang cerdas, jisim yang cergas selari mengikut jenis, kualiti makanan yang diambil pada kadar yang tertentu. Didik anak ahli rumah agar tidak merokok, mengambil makanan dan minuman yang diharamkan. Latihlah atau biasakan setiap diri ahli rumah muslim supaya bersungguh atau bermujahadah dengan tidak berlebihan atau membazir atau boros pada makanan dan minuman.

Maksudnya :

154

3.

PROGRAM RIADAH Tidak ketinggalan juga, di samping kita sibuk mengatur program makan dan minum sebagai muslim, program riadah tidak boleh tidak, patut diaturkan atau diprogramkan bersama. Program riadah ini adalah untuk menyempurnakan program makan dan minum. Kerananya, mungkin dapat mengelakkan kesan mudarat yang disebabkan oleh berbagai bentuk makanan dan minuman. Realiti kepentingan riadah sukar disangkal. Riadah merupakan salah satu cara untuk memberikan daya kekuatan lahiriah muslim. Islam amat menggalakkan umat beriadah, sebagaimana saranan hadith soheh : Maksudnya : Orang mukmin yang kuat, lebih baik dan lebih dikasihi di sisi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Disarankan agar riadah ini dijadikan program harian ahli rumah muslim, pastikan ianya berjalan lancar setiap hari. Riadah yang paling mudah dan tak perlu mengeluarkan wang ialah riadah berjalan kaki. Seeloknya riadah dilakukan sekeluarga yang boleh mengeratkan kekeluargaan. Rasulullah pernah bersabda : Maksudnya : Ajarilah anak-anak kamu itu berenang, memanah, menunggang kuda dan suruhlah mereka itu melompat diatas kuda dengan sebaik-baik lompat. Segala jenis riadah yang disebutkan tadi amatlah dituntut dan wajib bagi seorang muslim itu mentarbiyah (mendidik) ahli rumahnya dengan program riadah, sebagaimana muslim

155

mengambil berat pada program mengatur berzikir, berwirid, tilawah Al-Quran, begitu jualah sepatutnya dengan program riadah. Mereka yang membiasakan diri, memulakan hari mereka dengan bersembahyang, berwirid, membaca Al-Quran dan berjalan kaki jarak jauh ataupun apa jua yang berbentuk riadah. Sesungguhnya akan dapat manfaat yang banyak hasil dari amalan riadah. Ia memberi kesan pada badan, rohani, jasmani dan mental yang sihat. Jadikanlah riadah sebagai santapan dan rutin hidup harian keluarga muslim. 4. PROGRAM BERBELANJA YANG DIPERLUKAN Muslim diwajibkan memelihara makan dan minum begitu juta muslim juga wajib berjimat cermat pada pakaian dan penggunaan asas-asas kehidupan harian. Perbuatan atau tabiat yang suka memperbanyakkan pakaian dan segala keperluan yang tidak dihajatkan adalah merupakan pembaziran harta, akibatnya merugikan diri sendiri. Muslim sepatutnya bersederhana dalam penggunaan pakaian dan pembelian perkakas rumahtangga. Prinsip yang mesti kita ingat jika kita fikirkan sesuatu barang itu hanya untuk keinginan bukan keperluan, lupakan saja kerana berjimat cermat itu sebahagian daripada kehidupan. Peliharalah barang atau perkakas rumah sebaik mungkin. Pastikan ia terpelihara ketika menggunakannnya agar tidak mudah rosak, pecah atau patah. Elakkan daripada berlaku kecacatan pada barang-barang tersebut.

156

Perlu berjimat cermat pada penggunaan api, air, telefon. Jangan membuang sisa makanan melainkan diberikan kepada binatang seperti ayam, itik, kucing dan sebagainya. Memberikan perhatian serius dalam hal penjagaan peralatan agar tahan lama. Sewajarnyalah kita sentiasa mengawasi anak-anak kecil supaya tidak berjaya memecahkan atau merosakkan alatalat dalam rumah. Hendaklah kita bertegas dalam hal demikian, supaya perbuatan dan akhlak tidak baik ini dapat dijauhi oleh anak-anak kita, disamping dapat berjimat cermat dan menghindarkan diri dari sifat pembaziran.

157

TAJUK : PERANCANGAN DAN PENGURUSAN MASA 1. MUQADDIMAH Masa merupakan sumber harta yang sangat berharta, ia juga harta milik manusia yang paling bernilai. Kehilangan harta benda boleh dicari ganti, kehilangan masa tidak boleh dicari ganti. Masa adalah usia, mengabaikan masa bererti mensia-siakan usia. Justeru itu kita hendaklah pandai merancang dan menguruskan masa. Manusia bertanggungjawab terhadap masa hayatnya di dunia kerana ia suatu amanah Allah yang akan dipersoalkan tentang pengurusan dan penggunaannya di hari Qiamat kelak. 2. KONSEP MASA DALAM ISLAM Manusia sentiasa dalam kerugian jika tidak menguruskan masa dengan cekap dan sempurna. Lebih-lebih lagi jika leka membuang masa dengan sia-sia. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya dalam Surah Al-Asr, ayat 1-3: yang bermaksud :

Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan saling berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran.

158

Masa yang berlalu bermakna umur untuk hidup semakin kurang. Rasulullah s.a.w. memberi peringatan dengan bermaksud :

Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati.
Masa adalah pekara penting yang dirakamkan di dalam kitab suci Al-Quranul Karim dalam banyak tempat. Allah s.w.t. sendiri dalam beberapa surah, bersumpah dengan menggunakan masa : a) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Asr, ayat 1

Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan saling berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran.
b) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Lail, 1-2

Maksudnya :

Demi malam apabila menutupi siang, dan demi siang apabila terang benderang.
c) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Fajr, 1-3

Maksudnya :

Demi fajar, dan demi malam yang sepuluh dan genap dan yang ganjil, dan malam bila berlalu.

Maksudnya :

159

3.

KEISTIMEWAAN MASA Umumnya semua ruang masa adalah sama tidak ada cacat celanya, terpulanglah kepada manusia yang menggunakannya kepada perkara berfaedah atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w. adalah bersabda bahawa Allah s.w.t. adalah memberikan keistimewaan kepada masa-masa tertentu, hari tertentu dan bulan yang tertentu seperti : Masa sahur di Bulan Ramadhan, satu pertiga lepas tengah malam (lebih kurang jam 12 hingga 4 pagi). Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari dan dimustajabkan doa. Hari Arafah dan satu hingga sepuluh Zulhijjah. bulan Ramadhan paling istimewa kerana diturunkan Al-Quran. Terpulang kepada manusia sama ada ingin atau tidak merebutnya. Masa adalah seperti pedang, jika anda tidak memotongnya, dia akan memotong anda. Peribahasa Arab ada menyatakan : Maksudnya : Masa diibaratkan seperti pedang yang terhunus, jika anda tidak menggunakan maka ia akan mengerat anda. Sebahagian besar ibadat dikaitkan dengan masa. Sembahyang (solah) fardhu atau sunat ditentukan waktuwaktunya. Puasa (saum) ditetapkan dalam bulan Ramadhan dan puasa waktu siang. Zakat selain cukup nisab perlu masa setahun (haul). Haji ditetapkan dalam bulan-bulan tertentu sahaja.

160

4.

HARGA MASA Sebenarnya masa lebih berharga daripada intan berlian dan emas perak. Tetapi manusia lebih menjaga harta benda daripada menjaga masa.

5.

BAGAIMANA KITA MENGURUS MASA? Bagaimana kita menguruskan masa dan menggunakannya? Antaranya aktiviti harian yang utama dan lazim dilalui oleh setiap individu yang perlu diuruskan adalah seperti berikut : Masa untuk aktiviti muamalat atau kerja-kerja yang dikategorikan sebagai ibadat umum. Masa untuk aktiviti ukhrawi atau ibadah khusus. Masa untuk istirehat dan tidur. Masa untuk makan dan minum. Masa untuk riadah dan reaksi. Masa untuk membersih dan menghias diri.

6.

KESIMPULAN Setiap orang mendapat peruntukan masa 24 jam seorang sehari semalam. Masa adalah suatu amanah Allah s.w.t. yang penting kerana semua aktiviti dijalankan di dalamnya.

161

Maka ia perlu dirancang dan diuruskan dengan penuh bijaksana. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Hasyr : 18. Maksudnya : Wahainya orang-orang yang beriman, buatlah perhitunglah untuk merentasi hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah, dan ingatlah sesungguhnya Allah akan memperhitungkan segala yang kamu kerjakan.

162

TAJUK : KEBAIKAN DAN BENCANA PERSAHABATAN 1. MUQADDIMAH Di antara gejala-gejala besar yang membawa kepada penyelewengan anak, suami isteri dan individu ialah temanteman yang jahat dan bercampur gaul dengan teman-teman yang rosak akhlaknya, terutama sekali jika si anak atau individu itu memang kurang cerdik, lemah imanya, pincang akhlaknya. Mereka tidak dapat lagi membezakan mana yang baik dan jahat. Maka dia akan mudah dan segera terpengaruh dengan kawan-kawan yang jahat dan percampuran dengan niat jahat. Kemudian dia akan meniru seburuk-buruk adat, gaya hidup dan sejahat-jahat perilaku mereka. Dan dia akan terus menghayati bersama-sama mereka menuju jalan kejahatan dengan langkah yang cepat sehingga akhirnya penjenayah itu menjadi salah satu tabiatnya, dan penyelewengan itu menjadi salah satu adat yang ditiru dari adat-adat mereka. Ketika itu akan menjadi sukarlah untuk mengembalikannya ke jalan yang lurus lagi dan tidak mudah untuk menyelamatkannya daripada cengkaman kesesatan dan jurang kejahatan itu. Kita sediri telah menyaksikan bagaimana persahabatan yang jahat yang menarik remaja-remaja kita, suami-suami, isteriisteri ke jurang maksiat, perilaku-perilaku yang menarik generasi ke arah kerosakan akhlak dan penyelewengan matlamat kehidupan.

163

2.

PETUNJUK MENCARI SAHABAT Tepat sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban berbunyi : Maksudnya : Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya sebab itu hendaklah seseorang kamu meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman. Dan sabda baginda yang lain :

Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia.
Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim berbunyi :

Maksudnya :

Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian samada dia memberimu sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi, samada dia membakar bajumu, ataupun anda akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.

Maksudnya :

164

Seorang penyair Arab ada mengatakan : Maksudnya : Orang itu tak usah ditanya, tapi tanyalah teman yang ia ikut, sebab setiap teman kepada temannya sentiasa menurut. 3. EMPAT MACAM PERSAHABATAN Ibu bapa perlu memerhati empat macam persahabatan anak-anak mereka : 1) 2) 3) 4) 4. Persahabatan Persahabtan perumahan. Persahabatan Persahabatan di rumah. di kampung atau di taman

di masjid. disekolah atau di tempat kerja.

PERSAHABATAN DI RUMAH Iaitu persahabatan dengan adik beradik, persahabatan dengan kaum kerabat. Mereka inilah orang-orang pertamatama ditemui oleh si anak, bercampur gaul dengan mereka, berkenal-kenalan. Mereka akan meniru, mencontohi tabiatnya yang akan mengikat diri. Oleh itu, ibubapa mesti menguatkan pengawasannya, sentiasa memerhatikan apa yang didedahkan dari dekat dan jauh meskipun mereka itu adik beradiknya atau saudara mara. Sudah maklum, saudara yang tua itu menjadi teladan kepada yang kecil, samada kebaikan atau kejahatan. Jika ibubapa membiarkan si anak dengan sikapnya sendiri tanpa dapat ditegur maka tidak syak anak yang rosak akhlak itu akan mempengaruhi adik-beradiknya dalam keruntuhan

165

akhlak. Jika tidak dijaga dengan penuh perhatian, kelak suatu masa akan menjadi sukar untuk memulihkan penyelewengan mereka dan sukar mengembalikan mereka ke jalan yang benar dan menjejaki jalan petunjuk yang betul. Oleh itu galakkan mereka bersahabat atau berteman dengan mereka yang baik dan elakkan atau menghalang berteman dengan anak-anak yang tidak baik. 5. TEMAN SEKAMPUNG Iaitu persahabatan si anak itu dengan rakan-rakan sekampung atau setaman atau jiran tetangga yang mereka tinggal bersama-sama membesar bersama. Tidak dapat dielakkan dari rakan sekampung yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup dan tidak punya kelakuan yang senonoh. Kata-kata buruk yang diucapkan, ungkapanungkapan lucah dan kotor yang kerap dilafazkan, kelakuan yang biadap yang sering mereka tunjukkan di hadapan orang ramai yang lalu lintas. Cara yang paling baik sekali ialah mencarikan si anak itu dengan teman yang soleh dari anak tetangga agar si anak itu dapat sentiasa bertemu di masjid, atau pada masa-masa lapang mereka mengulangkaji pelajaran atau berolahraga atau bersiar bersama-sama di tempat-tempat peranginan yang bersih dari dosa dan maksiat. 6. TEMAN DI MASJID Ialah persahabatan si anak dengan anak-anak lain yang seumur dengannya, yang selalu pergi ke masjid untuk bersembahyang jamaah dan lain-lain aktiviti agama.

166

Mereka akan mendapat peluang dibimbing dan diasak dengan pengajaran-pengajaran atas asas-asas ilmu-ilmu agama yang teguh serta dibimbing pula dengan prinsipprinsip moral dan penyedaran pemikiran. 7. TEMAN SEKOLAH DAN SEKERJA Iaitu rakan sebaya di tempat belajar atau kerja. Di sekolah pun kedapatan pelajar yang jahat, rosak akhlaknya begitu juga di tempat kerja. Di samping itu terdapat ramai mereka yang soleh. Di sinilah letaknya maksud wasiat Ibnu Sina di dalam hal pendidikan anak, ketika dia berkata :

Agar sentiasa ada bersama-sama anak itu di tempat pengajiannya teman-teman yang terpuji adabnya, diredhai adat kebiasaannya sebab si anak itu dengan anak yang lain menjadi cermin, yang satu meniru yang lain dan selalu bermesra-mesra.
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan, ayat 27-29 : Maksudnya : Dan pada hari orang-orang yang bersalah itu menggigit tangannya, katanya : Alangkah baiknya, kalau aku dahulu memilih jalan (yang benar) bersama Rasulullah. Aduhai malang! Alangkah baiknya jika aku tiada menjadikan si fulan itu sebagai temanku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada pengajaran Tuhan, setelah

167

pengajaran itu datang kepadaku, dan adalah syaitan itu tiada dapat menolong manusia.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Qaf, ayat 27 : Maksudnya : Berkata temannya : Wahai Tuhan kami! Aku tiada membawanya kepada kejahatan akan tetapi dia sendiri yang membawa dirinya ke dalam kesesatan yang jauh. Firman Allah lagi di dalam Surah Az-Zukhruf, ayat 67 :

Para sahabat pada hari itu, satu dengan lain bermusuhmusuhan melainkan orang-orang yang bertaqwa (yang memelihara diri dari kejahatan).

Maksudnya :

168

TAJUK : PENGURUSAN KONFLIK 1. MUQADDIMAH Surah Arrum ayat yang ke-21 telah menceritakan tentang alam perkahwinan, bahawa pasangan suami isteri hidup dalam keadaan : 1.1.1. Kasih sayang. 1.1.2. Tenang/Harmoni. 1.1.3. Kasihan belas/timbangrasa. 1.2. Penerapannya melalui : 1.2.1. Hubungan/pergaulan baik. 1.2.2. Kepimpinan. Firman Allah :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kami sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

Maksudnya :

169

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang berfikir. (Surah Arrum : 21)


1.2.3. Dalam menjalani hidup suami isteri pasangan perlu menyedari bahawa perkahwinan adalah perkongsian hidup dua insan yang berlainan jantina dan latarbelakang keluarga. Kelainan tersebut adalah mempengaruhi cara befikir, sikap, nilai dan cita rasa. Disebabkan kelainan ini boleh timbul isu-isu yang menimbulkan salah faham dan boleh membawa ketegangan atau konflik. Pasangan perlu mempunyai kemahiran mengurusan konflik dengan cara mengenalpasti keadaan atau punca berlaku konflik, mengelak situasi yang boleh menimbulkan konflik. 2. APAKAH DEFINASI KONFLIK? 2.1. Konflik rumahtangga ialah situasi apabila hubungan, peranan, komunikasi sikap, nilai dan reaksi pasangan suami isteri tidak sejajar dengan gambaran alam perkahwinan yang disebutkan tadi. Konflik rumahtangga antaranya : Tidak Tidak Tidak Tidak ada kasih mesra. ada ketenangan. menunaikan hak dan tanggungjawab. bergaul dengan baik.

170

3.

Masalah tidak dinyatakan. Tiada tindakan positif.

BAGAIMANA MENGURUSKAN KONFLIK? Mengelak dan mencegah keadaan yang boleh menimbulkan konflik. Menangani konflik mengikut punca menyelesaikannya.

4.

APAKAH BENTUK-BENTUK KONFLIK? 4.1. Dalam perbincangan munakahat, terdapat 3 bentuk konflik yang dihadapi oleh suami isteri. Dalam pergaulan mereka terdapat ciri-ciri :

4.1.1. NUSYUZ -

Dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Kelihatan muka masam. Wajah selamba atau tidak mahu bertentang mata. Bercakap kasar / tidak bertegur sapa. Pura-pura tidak mendengar atau berkomunikasi melalui perantaraan. Tidak menghiraukan pasangan. Mengelak istimta dan bersetubuh.

171

4.1.2. SYIQAQ Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling mencerca, pukul memukul.

4.1.3. DHARAR Penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlak dan taat kepada suami. Suami pukul, mendera dengan tidak memberi perhatian atau kasih sayang.

5.

APAKAH PUNCA-PUNCA PERSELISIHAN FAHAM? 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. 5.7. Meneruskan tingkah laku dan sikap yang tidak selari dengan konsep perkahwinan. Pengetahuan dan kefahaman agama tidak dihayati bagi mengurus rumahtangga. Gagal urus sumber keluarga. Gagal kawal diri. Gagal menghargai kebaikan pasangan atau mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan. Hadapi masalah kesihatan. Gagal imbang kerjaya dan rumahtangga.

172

5.8. 5.9. 6.

Gagal memahami budaya kerja pasangan. Gagal mengawal pengaruh luaran yang negatif.

BAGAIMANA MENANGANI KONFLIK YANG TELAH BERLAKU? 6.1. Dalam ayat 2 Surah Al-Mulk, Allah menyatakan bahawa kehidupan adalah ujian untuk melihat siapakah di kalangan manusia yang lebih baik amalan (cara menguruskan hidupnya). Suami isteri tidak dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian rumahtangga dalam bentuk konflik seperti nusyuz, siqaq dan dharar). Apabila berlaku konflik disebabkan isteri nusyuz, terhadap 3 peringkat penyelesaian yang telah disarankan oleh Al-Quran. Jika dibimbangi melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah dinasihati mereka. Jika berdegil pulaukanlah mereka di tempat tidur. Kalau juga mereka masih berdegil pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

6.2.

7.

HURAIAN CARA PENYELESAIAN 7.1. MENANGANI NUSYUZ

173

7.1.1. Nasihat Dengan penuh kasih sayang, menyedarkan isteri dirinya adalah hamba Allah, kerana keredhaan Allah Taala kepada isteri adalah bergantung dengan keredhaan suami.

7.1.2. Tadib atau memberi pengajaran Pisahkan tempat tidur meninggalkan nusyuznya. sehingga isteri

Tidak bertegur sapa tidak lebih daripada 3 hari. Pukul dengan alat yang tidak memudaratkan anggota badan dan tidak pada muka.

7.1.3. Mengadakan majlis hakam yang dikendalikan oleh keluarga atau wakil yang dilantik oleh suami isteri untuk membantu menyelesaikan konflik tersebut. 7.1.4. Membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan bagi mensabitkan nusyuz isteri. Apabila sabit nusyuz isteri, isteri dimaklumkan bahawa ia akan hilang semua haknya sebagai isteri kecuali ia mengubah tingkah lakunya. Sekiranya isteri masih enggan, suami boleh menjatuhkan talaq. Isteri dimaklumkan bahawa haknya mendapatkan mutah dan dan nafkah iddah akan gugur disebabkan nusyuz.

174

7.2.

MENANGANI SYIQAQ 7.2.1. Mengadakan sulh (perbincangan) yang dihadiri oleh keluarga atau penasihat kaunselor. 7.2.2. Bawa perkara ke Mahkamah Syariah.

7.3.

MENANGANI DARAR PENGANIAYAAN)

(PENDERAAN

DAN

Jika dipukul, dikurung atau diabaikan nafkah zahir dan bathin berlarutan dan had nusyuz isteri perlu mendapatkan saksi tentang perbuatan tersebut, kemudian keluar dariapda tempat dianiaya kepada tempat selamat. Dalam masa yang sama perlu buat laporan kepada Kadi, Pegawai Perubatan, Polis dan sekiranya perlu isteri boleh membuat aduan kepada penguatkuasa supaya suaminya diambil tindakan. 8. APAKAH KESAN KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA? 8.1. 8.2. 8.3. 9. Perasaan tertekan tidak ceria / tidak mesra. Peranan/tanggungjawab tidak beri perhatian. Sering bertengkar krisis hubungan. KONFLIK DENGAN

BAGAIMANA MENGELAKAN BANTUAN ALLAH?

9.1.1. Membaca semasa pertama kali berjumpa suami isteri. Suami dikehendaki meletakkan tangan kanannya ke atas ubun-ubun isterinya sambil berdoa.

175

9.1.2. Semasa pertemuan malam pertama suami isteri disarankan mengerjakan sembahyang 2 rakaat secara berjemaah. Selepas sembahyang tersebut baca doa seperti di atas. 9.1.3. Biasakan berdoa selepas sembahyang fardhu. Maksudnya : Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteriisteri kamu dan zuriat keturunan kami perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. 9.1.4. Biasakan setiap masa berzikir. 9.1.5. Semasa terasa perasaan tertekan disebabkan krisis hubungan dengan pasangan bacalah : Maksudnya :

Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Allah) Maha Suci Engkau Sesungguhnya Aku Adalah Dari Kalangan Orang Yang Zalim.
10. PERSEDIAAN DIRI UNTUK MENGELAK KONFLIK 10.1. Mengesan perubahan air muka, gerak geri dan percakapan. 10.2. Elakkan dari prasangka buruk.

176

10.3. Jangan kumpulkan marah yang boleh mengeruhkan rumahtangga sehingga bertambah parah. 10.4. Menyedari kelemahan / kesilapan pasangan bantu pasangan buat perubahan atau baiki kesilapan. Beri motivasi. 10.5. Berhadapan dengan sesuatu isu, pasangan perlu nyatakan pendapat secara terbuka. Tidak mengkritik atau menyerang pasangan bertolak ansur. 10.6. Bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan. Tidak cepat melenting. Biasakan minta maaf bila menyedari kesilapan. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas. 10.7. Jangan dapatkan nasihat dari sebarang orang yang tidak punyai kepakaran dan memusuhi suami atau isteri. 11. KESIMPULAN Konflik rumahtangga adalah suatu yang lumrah. Hidup dalam alam perkahwinan adalah seperti kapal di dalam lautan. Kadang-kadang mereka dipukul ribut taufan dalam pelayaran dan sebaliknya kadangkala belayar dalam ketenangan lautan yang berudara nyaman. Oleh itu mereka perlu memiliki kemahiran mengurus konflik sebagaimana yang telah dijelaskan.

177

TAJUK : PENTADBIRAN RUMAHTANGGA 1. MUQADDIMAH Rumah adalah pusat kegiatan para wanita, rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjwab mereka. Wanita juga dikenali sebagai surirumah. Agama Islam memandang tinggi kedudukan kaum wanita, mereka yang dalam kedudukan ini wajar sekali untuk dihormati dan diberi kuasa yang sesuai untuk melaksanakan arahannya sehingga ia dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna. Di samping itu ia sendiri juga harus sedar betapa berat peranan dan komitmennya selaras dengan sifat keibuan yang baik. Sebenarnya sifat keibuan merupakan satu seni kemahiran yang tidak dapat ditandingi oleh kemahiran yang lain. Ibu yang baik ialah yang mampu berfikir, menjaga, mentadbir serta yang mengerti tanggungjawab serta yang menyedari kedudukannya. Justeru itu, sewajarlah seorang ibu ataupun bakal ibu mempunyai pengetahuan yang luas dan mencukupi dalam pentadbiran rumahtangga selain dariapda pengetahuan agamanya. Selain itu seorang ibu juga seharusnya mahir sedikit sebanyak tentang ilmu jiwa dalam menghadapi kerenah anak-anak. Oleh itu marilah kita melihat apakah peranan kita serta bentuk-bentuk pengisian-pengisian yang harus kita lakukan terhadap anak-anak kita. Ramai ibu bapa yang menyangka

178

bahawa peranan mereka terhadap anak-anak terbatas sekadar melahirkannya ke alam ini. Kemudian menghantar mereka ke sekolah yang bertanggungjawab mendidik serta memberi pelajaran kepada mereka. Mereka seolah-olah lepas tangan dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk mendidik, mengasuh dan membentuk watak dan peribadi anak-anak mereka. Senario serta perlakuan seperti ini adalah benar. Pendidikan adalah tugas penting bagi ibu bapa. Ia merupakan kekuatan yang menjamin kebahagiaan mereka dan anak-anak mereka. Kaum ibu adalah pendidik atau guru yang pertama bagi anak-anak. Ibu bapa mempunyai lebih banyak masa bersama anak-anak berbanding dengan didikan di peringkat sekolah. Pengantungan ibu bapa hanya terhadap sekolah sematamata dalam mendidik anak-anak adalah tidak kena pada tempatnya. Mengabaikan didikan tersebut menjadikan anak-anak mereka umpama senjata yang boleh menghancurkan rumahtangga dan anak-anak. Menghiburkan hati kanak-kanak dan menjadikan mereka gembira merupakan tanggungjawab penting setiap ibu bapa di samping mendidik dan memberi pelajaran kepada mereka. Ini ialah kerana kanak-kanak harus membesar dalam pangkuan kegembiraan sepertimana ia membesar dengan makanan. Agama Islam menggesa supaya ditunaikan ibadah sembahyang dan menyarankan supaya melatih anak-anak bersembahyang sejak kecil dan tidak sambil lewa terhadap mereka di dalam hal ini.

179

Di samping itu, tanamkanlah dalam diri mereka akhlak yang mulia kerana iman tidak ada nilainya jika tidak disertakan dengan akhlak yang terpuji. Tanpa akhlak mulia, ibadahibadah hanya merupakan gerakan-gerakan yang tiada nilainya. Ini selaras dengan bermaksud : pesanan Rasulullah s.a.w. yang

Akhlak yang mulia itu mencairkan dosa-dosa sebagaimana matahari mencairkan air batu.
Sesungguhnya cara kekerasan di dalam mendidik anak-anak serupa dengan cara memanjakan secara berlebihan. Anakanak yang hidup di dalam dua suasana ini akhirnya akan sampai kepada keperibadian yang goncang. Di bawah naungan kekerasan, maka akan wujud perasaan takut, dengki, lemah keperibadian. Di bawah pemanjaan berlebihan pula akan wujud pada dirinya sifat mengikut arus, bingung dan tidak boleh berdikari. Cinta kepada anak-anak adalah makanan jiwa sebagaimana jasmaninya memerlukan makanan. Kanak-kanak memang memerlukan kepada tangan yang pengasih dan hati yang penyayang didalam permulaan kehidupan mereka sehinga mereka nanti akan membesar dewasa dan bergaul dengan orang-orang di sekelilingnya dengan hubungan kasih dan cinta selain daripada mengasuh anak-anak dan mentaati suami, kaum ibu yang haruslah memelihara keutuhan ekonomi keluarganya. Dia tidak seharusnya membelanjakan harta tersebut melainkan kadar yang mencukupi sahaja. Sifat bersederhana itulah yang paling baik di dalam menguruskan kehidupan rumahtangga. Kesimpulannya

180

kaum wanita bertanggungjawab terhadap pengurusan rumahtangga dan sentiasa perlu berusaha menunaikan tugas dan berkewajipan ini dengan sebaik-baiknya. Pengurusan rumahtangga bukanlah tugas mudah dan ia menjadi asas kebahagiaan sesuatu perkahwinan. Walau bagaimanapun tugas ini memang amat sesuai dengan fitrah semulajadi mereka.

181

TAJUK : HUBUNGAN DENGAN MERTUA 1. MUQADDIMAH Sebenarnya kehidupan berumahtangga melampaui batasan hubungan suami isteri dan anak-anak. Malahan hubungan yang baru dengan individu di luar keluarga terutamanya mertua menyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga. 2. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN MERTUA 2.1. Sindrom ketergantungan anak bongsu perempuan ingin tinggal bersama dengan ibu sendiri walaupun selepas bersuami. BOLEHKAH PERKARA INI BERLAKU? Isteri mesti mengikut suami suami di mana difikirkan wajar tinggal tersebut tidak sesuai maruah dan sebagainya yang kehendak syara. 2.3. dan tinggal dengan melainkan jika tempat di segi keselamatan, bertentangan dengan

2.2.

PERANAN SUAMI MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN MERTUA Lazimnya jika suami menghormati ibunya, isterinya pula akan menghormati mertuanya. Jika suami mengasihi ibunya sendiri, isteri juga akan menunjukkan kasihnya pada ibun suaminya. Jika isteri menunjukkan kasihnya pada ibunya, suaminya juga akan menunjukkan kasih kepada ibu isterinya.

182

Jika seorang suami tiada menunjukkan kasihnya pada ibunya sendiri, janganlah diharapkan isterinya pula mengasihi ibunya. Begitulah juga sebaliknya. Oleh itu segala-galanya bermula dari diri kita sendiri. Suami adalah pemimpin keluarga, oleh itu sebaikbaiknya segala-galanya bermula dari suami sebagaimana sepatutnya. 2.4. Masalah sering timbul antara mertua perempuan dengan menantu perempuan. Ini mungkin berlaku kerana si ibu amat kasih kepadanya anak lelakinya dan apabila dia melihat anak lelakinya tidak dilayan sepenuhnya mungkin akan menguriskan hatinya. Iaitu menantu perempuan hendaklah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ibu mertuanya dalam tingkah lakunya supaya tidak menimbulkan sebarang curiga. Si suami mestilah pandai memberi kasihnya kepada ibunya juga kepada isterinya tanpa menimbulkan curiga antara ibunya dan isterinya. Ibu mertuanya sepatutnya hendaklah menujuk agar menantu dan mengasihinya seperti ia mengasihi anaknya. 2.4. Jika sayangkan suami, maka isteri jangan lukakan hati mertuanya. Begitulah sebaliknya! Lakukanlah keadilan kepada kedua-duanya dalam semua hal.

183

3.

SOAL-SOAL HUKUM YANG HUBUNGAN DENGAN MERTUA 3.1. 3.2.

BERKAIT

DENGAN

Tidak membatalkan air sembahyang (jika bersentuh) Tidak boleh berkahwin dengannya sampai bila-bila.

4.

Pentingnya mewujudkan hubungan baik dengan mertua. 4.1. 4.2. 4.3. Sumber bimbingan. Sumber sokongan emosi, sosial dan kebendaan. Pasangan hasil perkongsian hidup mertua.

5.

Kemungkinan mertua boleh menimbulkan kesan negatif ke atas pasangan tidak harus dijadikan alasan untuk menjarakkan hubungan dengan mertua. Tidak dapat dinafikan mertua juga boleh menjadi punca perselisihan suami isteri. Ada mertua yang suka mencampuri urusan rumahtangga anak-anak mereka. Ia boleh memberikan pandangan dan nasihat. Tapi keputusan hendaklah diberikan kepada mereka untuk memilih mana-mana yang terbaik untuk mereka. Sikap mertua yang menentu sesuatu kepada suami isteri boleh mengakibatkan berlaku perceraian. Mertua yang mencampuri urusan rumahtangga menantunya akan lebih ketara sekiranya pasangan tinggal serumah dengan mertua. Kebanyakan mertua memahami keadaan tersebut. Hanya segelintir sahaja yang bertindak melebihi bidangkuasa mereka. Oleh itu tidak ada alasan untuk tidak mewujukan

184

hubungan yang baik dan mesra antara menantu dengan mertua. 6. CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN MERTUA Terdapat berbagai cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan mertua. Antaranya :6.1. 6.2. 6.3. 6.4. 6.5. 7. Menerimanya selaku ibu bapa kandung. Tiada sikap buruk sangka. Menerima kekeluargaan / Perbezaan mertua. Menziarahi mertua. Menggunakan komunikasi berkesan.

KESIMPULAN Umumnya setiap ibu bapa inginkan kehidupan anak-anak mereka termasuk menantu dalam keadaan bahagia dan harmoni. Dengan sikap positif setiap pasangan insyaallah ibu bapa dan mertua lebih terdorong untuk menyuburi kebahagiaan setiap pasangan. Oleh itu Allah s.w.t. telah mengurniakan segala-galanya kepada kita. Pandaipandailah kita mentadbirnya, semoga semuanya diuruskan kerana kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

185

TAJUK : ADAB BERGURAU 1. MUQADDIMAH Islam adalah suatu agama yang lengkap yang selaras dengan kehidupan dan kehendak semulajadi insan. Setiap Muslim samada dalam keluarganya, rakan pejabatnya ataupun dalam masyarakat yang lebih besar sudah tentu merasai betapa indahnya hidupnya, ketika ia menjalani kehidupan hariannya penuh dengan kerisauan tugas serta penuh cabaran, di suatu masa dapat pula kadangkala bergurau senda dengan sesuatu percakapan yang menggelikan hati, kelembutan gerak geri dan sebagainya. Alangkah baik dan mulianya jika seseorang Muslim dapat memikat hati seseorang dengan tutur bicaranya yang menawan jiwa dengan cara kelembutan pergaulan dan kemanisan gurauannya. Ini disebabkan Islam dengan prinsip-prinsipnya yang sederhana menghendaki seorang Muslim supaya menjadi jinak, sentiasa tersenyum, berhati girang, bersahaja, berbudi tinggi, berkelakuan baik, baik pergaulannya, sehingga apabila dia mencampuri masyarakat dan berkumpul dengan mereka, mereka sentiasa suka dan gembira, tertarik padanya dan memberikan perhatian terhadapnya. Inilah sifat-sifat yang diharap oleh Islam di dalam pendidikan individu, keluarga, membentuk masyarakat dan membimbing manusia.

186

2.

SOALAN DAN JAWAPAN 2.1. ADAKAH SEORANG MUSLIM ITU BEBAS TERUS BERGURAU SENDA, BERSUKARIA, SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKINYA SAHAJA, APA YANG DISUKAINYA ATAUPUN TERDAPAT ADAB-ADAB DAN BATAS-BATAS YANG TERTENTU? Ya! Islam telah menentukan adab-adab dan batasanbatasan yang tertentu. Antaranya : Tidak keterlaluan dan melebihi batasan : Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam Al Adab Mufrad, dan juga diriwayatkan oleh Al Baihaqi daripada Anas r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

Saya bukan dari golongan orang yang suka banyak main atau yang melalaikan, dan kedua-duanya juga tidak menjadi sebahagian dariku.
Dengan banyak bergurau senda sehingga ke batas keterlaluan akan membawa seorang Muslim itu terkeluar dari tujuan yang asasi yang ianya dijadikan oleh Allah. Para Sahabat yang mulia, yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. pernah juga bergurau senda di antara mereka sendiri.

Maksudnya :

187

2.2.

APAKAH KESAN BERGURAU?

ORANG

YANG

BANYAK

Saudara! Terlalu banyak bergurau akan mematikan hati dan boleh menimbulkan permusuhan. Yang kecil dan yang muda boleh berlaku kurang sopan pada yang tua dan sebaliknya. Saidina Umar Al Khattab r.a. pernah berkata : Maksudnya : Sesiapa yang banyak ketawa akan berkurangan kehebatannya dan siapa yang suka bergurau, nanti dia akan dipermain-mainkan orang. 2.3. APAKAH LAIN-LAIN ADAB BERGURAU YANG PENTING DIAMBIL PERHATIAN? MENJAUHKAN DUSTA DALAM PERCAKAPAN DAN BERBOHONG

Di dalam masa berbual dan bercerita kepada rakanrakan, jauhkan diri dari bercakap-cakap dengan mengada-gadakan perkara yang tidak ada atau berbohong dalam masa bergurau dengan sesiapa sahaja. Imam Ahmad dan Ath-Thobrani telah meriwayatkan daripada Abu Hanifah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

188

Maksudnya : Tidak beriman seseorang hamba dengan sempurna iman, sehingga dia meninggalkan dusta dalam bergurau atau berdebat, meskipun dia itu benar. 2.4. DI ANTARA GURAUAN MASA SEKARANG ADA AMALAN GURAUAN YANG BIDAH YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH ISLAM, BOLEH JELASKAN? Di antara amalan bidah yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah gurauan bulan April atau apa yang dipanggil April Fool. Amalan tersebut adalah amalan yang keji yang ditiru daripada kaum barat. Perbuatan itu bukanlah dari kelakuan yang dibenarkan oleh Islam dan bukanlah teladan yang baik dan tidak syak lagi ia adalah termasuk dusta yang diharamkan dan cara bergurau yang salah. 2.5. BAGAIMANA CARANYA GURAUAN YANG DIBENARKAN DAN BOLEHKAH TUNJUKKAN CARA BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W. BERGURAU? Rasulullah ada mengajar sahabat-sahabat baginda cara bergurau yang sebaik-baiknya seperti mana di dalam hadith : At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa ada seseorang dari penduduk gurun, namanya Zahir, dan dia selalu membawa hadiah untuk Nabi dari kampungnya. Nabi akan memberinya

189

bermacam-macam hadiah untuk dibawa balik ke kampungnya. Nabi berkata : Sesungguhnya Zahir ini kampung kita dan kita kotanya. Nabi juga sangat suka kepadanya, padahal dia seorang yang hodoh rupanya. Dalam suatu peristiwa Nabi telah datang kepadanya, dan dia sedang rancak menjual barangbarangnya. Maka Rasulullah s.a.w. pun memeluknya dari belakang, padahal Zahir tidak tahu Rasulullah yang memeluknya. Maka berkata Zahir : Siapa ini? Lepaskan aku!. Kemudian Zahir pun menoleh ke belakang dan dilihatnya Rasulullah s.a.w. yang memeluknya, lalu dia pun merapatkan semula belakangnya ke dada Rasulullah s.a.w., apabila dia mengetahui yang memeluknya itu Nabi. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata : Siapa yang hendak membeli hamba ini? Zahir lalu menjawab. Wahai Rasulullah ! Demi Allah engkau akan mendapati diriku ini tidak laku. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : Tetapi, engkau di sisi Allah, tidak murah, atau katanya, Engkau di sisi Allah adalah berharga. Hadith kedua : At Termidzi dan Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa seorang lelaki telah datang keapda Nabi s.a.w. meminta seekor binatang tunggangan. Maka berkata Nabi s.a.w. : Nanti saya akan berikan engkau tunggangan atas anak unta. Orang itu berkata : Wahai Rasulullah! Apa yang dapat aku buat dengan anak unta? Berkata Nabi : Bukankah unta itu asalnya seekor anak unta.

190

Wajarlah atas setiap muslim khasnya remaja Islam meniru Rasulullah s.a.w. dalam perkara bergurau. Begitu juga para ibu bapa dan pendidik supaya dapat mengajar cara-cara bergurau kepada generasi muda agar mereka juga akan membiasakan diri mereka di dalam kehidupan berkeluarga dan sosial serta pergaulan mereka dengan orang ramai.
2.6.

APAKAH ADAB-ADAB BERGURAU SETERUSNYA? TIDAK MENGANIAYA ATAU MEMBURUKBURUKKAN ORANG LAIN Bergurau itu hukumnya harus antara keluarga, kaum kerabat,antara teman dan sahabat dengan syarat tidak dicampuri oleh penganiayaan, atau penyia-yiaan terhadap makhluk atau menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain. Al Bazzar, Ath-Thobrani serta Ibnu Hibban telah meriwayatkan daripada Amir bin Rabiah r.a. bahawa seorang lelaki telah mengambil kasut temannya, lalu menyembunyikannya secara bergurau. Maka hal itu telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda :

Jangan kamu memeranjatkan orang Muslim, kerana sesungguhnya memeranjatkan orang Muslim itu adalah suatu penganiayaan yang besar.
Apatah lagi jika ada orang yang suka bergurau mengejak-ngejek, atau bergurau dengan memaki

Maksudnya :

191

hamun, atau merendahkan diri orang lain, atau memburuk-burukan kehormatan agamanya, tentulah dia itu berdosa dan termasuk melakukan perkara yang haram, samada dia mengetahui atau tidak.

TAJUK :

MENGENALI PUNCA-PUNCA PERSELISIHAN FAHAM

1.

MUQADDIMAH Jika berlaku perselisihan faham, kita sebagai pasangan suami isteri hendaklah mengetahui apakah punca kepada perselisihan faham tersebut dan dengan segera juga hendaklah diatasi.

2.

SOALAN DAN JAWAPAN 2.1. Apakah diantara punca-punca perselisihan faham tersebut?. Antaranya :-

192

2.1.1. Meneruskan tingkahlaku dan sikap yang tidak selari dengan konsep perkahwinan. 2.1.2. Pengetahuan dan kefahaman agama tidak dihayati bagi mengurus rumahtangga. 2.1.3. Gagal urus sumber keluarga. 2.1.4. Gagal kawal diri. 2.1.5. Gagal menggunakan komunikasi berkesan. 2.1.6. Gagal menghargai kebaikan pasangan atau mengambil kesempatan diatas kebaikan pasangan. 2.1.7. Hadapi masalah kesihatan. 2.1.8. Gagal imbang kerja dan rumahtangga. 2.1.9. Gagal memahami budaya kerja pasangan. 2.1.10.Gagal mengawal negatif. 2.2. pengaruh luaran yang

Apakah kesan kepada perselisihan faham tersebut?. Terjadinya konflik. Antara bentuk-bentuk konflik :2.2.1. Nusyuz

193

2.2.2. Syiqaq -

Masam muka, tidak bertegur sapa. Tidak menghiraukan pasangan.

Saling cerca mencerca. Pukul memukul.

2.2.3. Dharar Penganiayaan fizikal atau mental suami terhadap isteri sebaliknya.

2.3.

Bagaimana mengurus konflik ;Antaranya :2.3.1. Mengurus isu-isu yang boleh menimbulkan perselisihan faham. 2.3.2. Mengelakkan perselisihan faham. 2.3.3. Meredakan ketegangan. 2.3.4. Mengesan punca ketegangan. 2.3.5. Melakukan proses penyelesaian.

3.

RUMUSAN Kehidupan suami isteri adalah perkongsian hidup yang diikat melalui amanah Allah. Maka kemahiran mengurus konflik

194

adalah bergantung dengan tahap amanah yang dipegang oleh pasangan. Selain dari Allah, pasanganlah yang mengetahui punca, bentuk dan tahap konflik yang mereka hadapi. Mereka juga yang menentukan kehendak dan keputusan terhadap perkahwinan mereka. Di tahap inilah pasangan dapat mengetahui sejauh mana mereka telah menghayati konsep ihsan dalam Islam.

195

TAJUK : NUSYUZ (DURHAKA) 1. MUQADDIMAH Seorang suami adalah ketua di dalam sesebuah rumahtangga. Ia bertanggungjawab dengan bebanan yang amat besar. Suami bertanggungjawab menyediakan segala keperluan rumahtangga, membayar mahar, memberi nafkah, memberikan perlindungan kepada isterinya. Oleh itu seroang isteri tidak boleh menentang dan lari dari perlindungan suaminya yang boleh membawa kepada rosaknya kerjasama dan akan menggoncangkan bahtera rumahtangga, bahkan mungkin akan menenggelamkannya jika tanpa pengemudinya. Sesuatu tindakan isteri yang dapat diertikan menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang dapat diterima menurut hukum syarak, tindakan itu dipandang durhaka atau nusyuz. Di antara kedurhakaan isteri yang sering berlaku di alam rumah tangga antaranya : Isteri tidak menghormati suami, tidak mendengar nasihatnya apalagi yang sanggup memukul suaminya dengan payung, penyapu atau selipar dan sebagainya. Isteri selalu keluar rumah suaminya, berjalan ke sana sini dengan teman-teman tanpa izin suami. Isteri yang sanggup mengusir suaminya dari rumah yang telah disediakan oleh suaminya, lebih-lebih lagi jika rumah itu telah ditukar nama milik isteri.

196

Isteri yang sanggup menduakan suami, bahkan suaminya terpaksa merantau jauh untuk mecari nafkah keperluan bersama. Isteri yang tak mahu tinggal bersama suami sedang suami telah menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan bertanggungjawab. Isteri yang tidak mahu melayan suaminya sebaliknya sering memaki hamun suaminya. Dan lain-lain perbuatan seumpamanya.

Seorang suami yang mendapati isterinya ada tanda-tanda nusyuz (durhaka) dan menentangnya, maka dia sewajarnya berusaha memperbaikinya sebaik mungkin. Dimulakan dengan pujuk rayu dan kata-kata yang baik, nasihat yang berkesan dan bimbingan yang bijaksana. Jangan sesekali si suami membatu diri tanpa maruah seorang suami yang tegas dan bertanggungjawab. Kalau cara itu tidak meninggalkan kesan, bolehlah ditinggalkan tempat tidur sebagai satu usaha supaya ia dapat berfikir sendiri dan akhirnya dapat berbicara bersama. Kalau yang demikian tidak berkesan bolehlah ia mengadu kepada mana-mana Kadi untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak. Ya! Suami dibolehkan memukul isterinya tetapi Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya, melainkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

197

Baginda bersabda yang bermaksud : Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali diadakan menyetubuhinya di hari lain?

(Riwayat Ahmad dan dalam Bukhari ada yang mirip dengan itu)
Ibnu Hajar berkata : Dalam sabda Nabi yang menyatakan : Orang-orang baik di antara kamu tidak akan memukul ini menunjukkan bahwa secara garis kasar memukul itu dibenarkan dengan motif mendidik jika suami melihat ada sesuatu yang tidak disukai yang seharusnya isteri taat tetapi jika dirasa cukup dengan nasihat dan amaran adalah lebih baik. Akibat perbuatan derhaka tersebut, menghilangkan hak isteri menerima nafkah makan minum, pakaian dan pembahagian waktu. Dengan lain perkataan nafkah tersebut dengan adanya durhaka isteri, menjadi tidak wajib atas suami dan isteri tidak berhak menuntutnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Hak isteri yang patut diterimanya dari suaminya, seimbang dengan kewajipannya terhadap suaminya yang baik. (Al-baqarah Ayat 228)
Moga-moga para isteri mengelakkan dari perkara-perkara tersebut.

198

TAJUK : TAAT DAN NUSYUZ DALAM KEHIDUPAN SUAMI ISTERI 1. MUQADDIMAH Hidup berkeluarga merupakan ikatan yang kukuh antara seorang suami dan isteri dengan harapan akan terus kekal dengan jalinan dan tambatan rasa kasih sayang antara kedua mereka. Walau bagaimanapun ikatan ini sukar terlaksana dengan baik andainya kedua-dua atau satu pihak tidak melaksanakan tugas terhadap pihak yang satu lagi bagi menjamin terlaksananya kepuasan hati, ketenangan jiwa serta rasa kasih sejati. Untuk maksud tersebut Islam menggariskan suatu panduan yang jelas untuk diikuti oleh setiap penganutnya dengan cara menentukan tanggungan yang seharusnya dipikul oleh setiap pihak terhadap satu lagi, juga menentukan kewajipan yang harus dinikmati oleh mereka. 2. TANGGAPAN UMUM Orang umum mengenali persoalan taat dan nusyuz sebagai satu keperluan dalam hidup berkeluarga yang harus dipikul oleh seorang isteri dan tidak lebih dari itu. Oleh itu seorang isteri yang meninggalkan rumah atau lari daripada suami dianggap sebagai seorang isteri yang tidak taat atau melakukan nusyuz terhadap suami, tanpa terlebih dahulu meneliti alasan sebenarnya mengapa keadaan seperti itu boleh berlaku!

199

Kita sebenarnya tidak boleh membuat anggapan atau tuduhan tidak taat atau nusyuz secara melulu tanpa memperhitungkan sebab-sebab dan alasan yang memyebabkan perbuatan tersebut berlaku. 3. KEDUDUKAN TAAT Keperluan taat biasanya timbul dalam sesuatu ikatan hidup yang memerlukan kepimpinan di mana di situ adanya pemimpin dan pihak yang dipimpin. Walaupun sekecil mana anggota sesebuah keluarga, biasanya mereka terdiri dari suami isteri atau anak. Dalam ikatan yang sedemikian kecil sekalipun soal kepimpinan tetapi menjadi faktor penting. 4. SUAMI PEMIMPIN DALAM RUMAHTANGGA Dalam hal ini penentuan telah dibuat oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya dalam ayat 34 Surah An-Nisaa. Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Ayat ini membawa erti bahawa suami adalah sebagai ketua dalam rumahtanga. Selaku ketua ia hendaklah ditaati oleh orang yang dibawah pimpinannya. Tidak ada ertinya sebagai ketua jika ia tidak ditaati. Lagipun realiti hidup tidak

200

dapat lari daripada keperluan adanya seorang ketua yang perlu dipatuhi oleh orang-orang dibawahnya. Di samping ayat tersebut terdapat beberapa ayat yang menunjukkan adanya taat setia daripada seorang isteri kepada suami seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

Sesiapa daripada kalangan isteri yang meninggalkan dunia dalam masa suaminya merasa puas hati tentang halnya ia akan beroleh syurga.
5. TAAT BERPANDUKAN PERATURAN Para fuqaha cuba mengenal pasti bentuk taat yang boleh membawa kejayaan hingga orang yang taat itu dibalas dengan syurga dan sebaliknya jika enggan memberi taat akan menerima akibat buruk. Taat yang dimaksudkan ialah taat dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. Andainya jika ketaatan menjanjikan batas kebenaran ketaatan itu tidak dapat diterima sebagai jalan yang boleh menjanjikan syurga, kerana jalan menuju ke syurga hanya melalui jalan kebaikan dan tidak sama sekali melalui jalan maksiat kepada Allah. Atas prinsip ini seorang suami yang mahu isterinya mematuhi setiap kehendak atau suruhannya tanpa mengambil kira bahawa suruhan itu bercanggah dengan syariat dan si isteri tetap akur kepada suruhan itu adalah tidak dapat diterima sebagai ia telah memberi taat kepada suaminya. Walaupun pada padangan umum isteri itu telah membuat apa yang diminta oleh suami akan tetapi ketaatan seperti itu telah membelakangi batas garisan, ianya tidak dapat digolongkan dalam pengertian taat yang

201

dikehendaki oleh Islam, kerana ketaatan seperti itu tidak sesuai dengan satu peruntukan hadis yang berbunyi : Maksudnya :

Ketaatan kepada seorang mengizinkan larangan Allah.

makhluk

tidak

sampai

Peruntukan ini begitu umum yang juga terpakai dalam hubungan kekeluargaan antara suami isteri dan anak-anak. Kesimpulannya ketaatan hendaklah berkisar dalam ruang lingkup yang disediakan oleh Pencipta Yang Maha Mengetahui. Jika berlaku perlaksanaan kepada mana-mana suruhan melebihi batas-batas sempadan ia tidak dianggap sebagai melaksanakan ketaatan yang dikehendaki. 6. NUSYUZ DAN KESANNYA Seorang isteri yang tidak dapat memberi atau enggan memberi taat setia kepada suaminya yang telah menunaikan tanggungjawabnyadinamakan seorang nusyuz atau derhaka kepada suami yang dengan itu ia tidak berhak mendapat apa-apa nafkah. Seorang suami yang menghadapi masalah tersebut ia perlu mengatasinya dengan langkah-langkah perlu : 1) Cuba memberi nasihat dengan sebaik cara yang boleh melalui penerangan tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya dan akibat buruk yang akan menimpa anak-anak.

202

2)

Setelah teruji bahawa cara tersebut tidak mendatangkan apa-apa erti, si suami hendaklah menunjukkan kesungguhannya dengan tidak lagi turut sekatil dengan isterinya yang masih nusyuz itu. Seterusnya jika kedua-dua langkah tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan ia bolehlah mengadu kepada mana-mana pejabat kadi dalam wilayahnya.

3)

203

TAJUK : KRISIS RUMAHTANGGA DAN NUSYUZ 1. SOALAN DAN JAWAPAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS RUMAHTANGGA DAN NUSYUZ YANG SEBENARNYA? Krisis rumahtangga adalah satu definasi yang berasal dari istilah syarak ialah nusyuz yang bererti kebencian salah seorang dari suami isteri terhadap yang lain atu dengan perkataan lain derhaka. Firman Allah di dalam Al-Quran, Surah Annisa, ayat 34 berbunyi :Maksudnya : Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lakilaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri) ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

204

2.

APAKAH NUSYUZ INI HANYA DILAKUKAN OLEH PARA ISTERI SAHAJA? Tidak semestinya bahkan dilakukan ini nusyuz isteri manakala nusyuz isteri. nusyuz ini dilakukan oleh isteri sahaja juga oleh para suami, maka pada ketika ertinya isteri yang menderhakai suami, suami ertinya kebencian suami terhadap

3.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN ISTERI YANG DERHAKA? Kederhakaan isteri kadangkala melalui perkataan-perkataan, perbuatan dan tingkahlaku atau dengan perkataan lain tidak mahu mentaati perintah suami.

4.

APAKAH SEMUA PERINTAH SUAMI MESTI DIPATUHI OLEH ISTERI? Isteri wajib taat kepada suami selagi tidak melangar hukum syarak, tetapi jika arahan dan perintah suami itu bertentangan dengan hukum syarak, maka pada ketika itu tidak wajib taat.

5.

BAGAIMANA PULA KALAU TERDAPAT ISTERI YANG BERMEGAH-MEGAH DENGAN PEKERJAANNYA,

205

BERSIFAT MENINGGI TERHADAP SUAMI SEDANGKAN SUAMINYA TIDAK PUNYAI PERKERJAAN? Selagi mana ia sebagai isteri, tidak dipersoalkan sama ada bekerja atau tidak atau dari golongan manakah ia, maka wajiblah ia menghormatinya dan mematuhi suaminya. 6. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SUAMI JIKA DIDAPATI ISTERINYA MENDERHAKAINYA? Sebelum bertindak perlu diketahui terlebih dahulu kenapa isterinya menderhakai atau sebab-sebab kenapa isteri derhaka, kalau sekiranya bersebab dari suami, maka suami hendaklah mengubah keadaannya, tetapi jika ternyata bersebab dari isteri, maka bertindaklah dengan tiga cara iaitu nasihat, kalau tidak berkesan pulaukan dia di tempat tidurnya, kalau tidak berkesan juga pukullah ia dengan pukulan yang tidak mencederakan. Firman Allah di dalam Surah An-Nisa ayat 34 yang bermaksud :

Dan isteri-isteri yang kamu bimbang kederhakaannya, maka hendaklah kamu menasihati mereka dan sekiranya mereka berdegil tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya dan jika masih berdegil juga pukullah mereka.
7. BAGAIMANA PULA KALAU SUAMI BERSIFAT SUKA MEMUKUL ISTERI? Suami yang bersifat suka memukul isteri adalah suami yang dianggap telah menyalahgunakan kuasanya. Rasulullah

206

s.a.w. seringkali melarang suami supaya jangan memukul isteri seperti di dalam hadis baginda yang bermaksud :

Apakah sanggup salah seorang dari kamu memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, dipukul isterinya pada waktu pagi dan disetubuhinya pula pada waktu malam hari.
Bahkan di dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud :

Dan janganlah sekali-kali kamu memukul apa yang paling baik yang kamu miliki.
Dan sebenarnya isteri-isteri itu adalah amanah dari Allah yang seharusnya dijaga dan dikawal dengan baik. 8. BAGAIMANA PULA KALAU TERHADAP ISTERI YANG MEMUKUL SUAMI DAN SUAMINYA PULA TAAT KEPADA PERINTAH ISTERINYA, APAKAH INI DINAMAKAN DAYUS? Satu penyelewengan berlaku dalam rumahtangga bila suami yang dipukul mentaati isterinya bahkan ini adalah di antara sebab-sebab Allah menurunkan bala sepertimana terdapat di dalam hadis yang bermaksud :

Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka layaklah mereka ditimpa balasalah satu di antaranya ialah bila suami mentaati isterinya

207

9.

APAKAH BOLEH SUAMI MENCERAIKAN ISTERINYA JIKA DIDAPATI ISTERINYA DERHAKA? Tidak secepat itu Islam mengharuskan suami menceraikan isterinya bila isterinya berlaku nusyuz, boleh jadi di sebalik kederhakaan itu tersembunyi kebaikan untuk rumahtangga. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisa, ayat 19 yang bermaksud :

Dan gaulilah mereka dengan pergaulan yang baik dan jika kamu membenci mereka maka boleh jadi kamu membenci mereka suatu perkara sahaja, sedangkan Allah menjadikan pada apa yang kamu bencikan itu kebaikan yang banyak.
10. DAN BAGAIMANA PULA KALAU ISTERI MEMINTA DICERAIKAN SETIAP KALI BERLAKU KRISIS? Adalah menjadi hak isteri meminta diceraikan jika sekiranya didapati pada suaminya sifat-sifat buruk yang sukar diperbaiki setelah tidak sabar menangung akibatnya, tetapi walau bagaimanapun hendaklah terlebih dahulu berikhtiar untuk melembutkan hati suaminya. Firman Allah yang bermaksud :

Dan jika seorang isteri itu bimbang yang suaminya akan berlaku nusyuz atau tidak melayaninya atau melayaninya dengan cara yang kasar, maka tidak menjadi kesalahan kedua-duanya membuat pendamaian.
Berlainan jika isteri meminta diceraikan semata-mata bertujuan inginkan lelaki lain yang lebih kaya atau lebih lawa atau yang lebih berpangkat, maka pada ketika itu hukumnya adalah haram.

208

11.

BAGAIMANA PULA KALAU ISTERI BERTINDAK LARI DARI RUMAH SUAMINYA BALIK KE RUMAH BAPANYA SETIAP KALI BERLAKU BERLAKU KRISIS? Isteri tidak seharusnya lari meninggalkan suami dari rumahnya hanya disebabkan sedikit krisis bahkan mengikut hukum adalah menjadi kesalahan jika isteri keluar dari rumah suaminya tanpa izin dari suaminya.

12.

APAKAH TINDAKAN YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH ISTERI JIKA DIDAPATI SUAMINYA BERLAKU CURANG? Sebenarnya suami adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal rumahtangga, bererti bila suami berlaku curang maka satu lagi penyelewengan dilakukan, tetapi walau bagaimanapun sebagai seorang isteri hendaklah berikhtiar untuk melembutkan hati suaminya supaya kembali ke pangkal jalan, jujur terhadap rumahtangga dan bertanggungjawab.

13.

BAGAIMANA HUKUMNYA SEORANG SUAMI BERLAKU CURANG DENGAN MELAKUKAN PERZINAAN DENGAN PEREMPUAN YANG BUKAN ISTERINYA SEHINGGA MENDAPAT ANAK? Seorang lelaki yang telahpun mendirikan rumahtangga atau dengan perkataan lain telah berkahwin, maka dipertanggngjawabkan untuk menjaga dan mengawal kehormatan rumahtangga, berusaha untuk mewujudkan

209

keharmonian dan kedamaian dalam rumahtangganya, kerana ini adalah tugasnya yang asasi, tetapi jika sekiranya ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipprinsip kekeluargaan, maka suami seperti ini dianggap telah melanggar ketetapan Allah s.w.t. sepertimana firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud :

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, sesungguhnya dijadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi mereka yang berfikir.
Lebih-lebih lagi bila mana suami itu mempunyai perempuan simpanan yang bukan isterinya yang sah, dan telahpun melakukan perzinaan sehingga mendapat anak, maka perbuatan seperti ini adalah dianggap paling keji dan hina di sisi Allah, di samping ia bersalah kerana melakukan perzinaan, ia juga telah berlaku curang terhadap isterinya kerana ia mempunyai isteri yang halal dan sah di sisi syarak, tetapi mengadakan perhubungan sulit dengan perempuan lain yang bukan isterinya. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud :

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

210

14.

BAGAIMANA PENDAPAT JIKA LELAKI YANG TELAH BERKAHWIN BERJINAK-JINAK PULA DENGAN PEREMPUAN LAIN DAN MENGAKU DIRINYA BUJANG? Jika sekiranya seseorang suami yang telah mempunyai isteri di samping itu ia berjinak, jika atau bersahabat pula dengan perempuan lain yang bukan muhrimnya dengan tujuan ke arah kejahatan, maka ini sebenarnya si suami telah dianggap belot terhadap rumahtangganya bahkan inilah yang dikatakan satu penyelewengan yang seringkali dilakukan oleh pihak sumai yang mana di antaranya sebagai faktor yang menyebabkan krisis dan keretakan rumahtangga, suami dan isteri hendaklah bersikap jujur dan ikhlas terhadap rumahtangganya.

15.

BAGAIMANA JIKA ISTERI MEMARAHI DAN MEMBENCI SUAMI KERANA PERANGAI DAN SIFAT SUAMI YANG KURANG MENYENANGKAN HATINYA? Sebagai seorang isteri tidak boleh sama sekali memarahi atau membenci suaminya selagimana suami itu sebagai suami walau bagaimana sifatnya sekalipun, cuma apa yang boleh isteri lakukan ialah menasihatinya dengan cara yang baik selagi tidak menimbulkan sesuatu implikasi yang lebih buruk, tetapi kalau keadaan ini berterusan dan isteri tidak sabar lagi dengan keadaan sedemikian, setelah dinasihati dengan cara yang baik, tetapi tidak memberi apa-apa kesan, maka pada ketika itu jika sekiranya isteri tidak mahu lagi hidup sebagai suami isteri, bolehlah meminta supaya diceraikan ataupun dengan tebus talak, tetapi walau bagaimanapun berdamai itu adalah lebih baik.

211

16.

SEJAUH MANA ISLAM MENYURUH ISTERI TAAT DAN PATUH KEPADA SUAMINYA? Islam menyuruh isteri taat dan patuh kepada suaminya ialah sekiranya Allah Taala suruh manusia sujud kepada manusia, nescaya Allah suruh isteri itu sujud kepada suaminya. Ini jelas dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Aufa r.a. tatkala Muaz bin Jabal balik dari Negeri Syam, beliau terus sujud kepada Rasulullah s.a.w., dan baginda bertanya, Kenapa engkau berbuat demikian. Muaaz menjawab, Ya Rasulullah. Aku baru balik dari negeri Syam. Aku lihat rakyat di sana sujud kepada pemimpinpemimpin dan ketua-ketua mereka. Aku pun hendak berbuat demikian kepada engkau. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain, sudah pasti aku akan perintah isteri kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya.

17.

BAGAIMANA KALAU ISTERI ITU TAAT DAN PATUH KEPADA SUAMINYA. ADAKAH KETAATAN DAN KEPATUHAN ITU SEBAGAI SATU AMAL KEBAJIKAN KEPADA ISTERI TADI? Yasetiap isteri yang taat dan patuh kepada suaminya adalah dikira sebagai satu amal kebajikan dan akan dibalas dengan syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

212

Maksudnya : Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan atau larangan suaminya akan dimasukkan ke dalam syurga. 15. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU MENYURUH ISTERINYA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MAKSIAT ATAU KEJAHATAN. ADAKAH ISTERI ITU MESTI TAAT DAN PATUH JUGA? Masalah taat dan patuh seorang isteri terhadap suaminya mengikut Islam ialah taat pada perkara-perkara kebaikan bukan taat kepada perkara-perkara maksiat dan kejahatan. Kalau suami itu menyuruh isterinya melakukan perkara maksiat dan kejahatan tidak harus patuh kepadanya, malah adakah haram. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a. :

Tidak boleh taat kepada seseorang itu pada pekara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat itu adalah pada perkara-perkara kebajikan sahaja.
16. SEORANG ISTERI YANG HIDUP BERSAMA SUAMINYA DENGAN AMAN DAMAI, DAN MATI DALAM KEREDHAAN SUAMINYA. ADAKAH ISTERI YANG SEDEMIKIAN SEBAGAI ISTERI YANG TAAT DAN MENDAPAT BALASAN SYURGA JUGA? Yamemang isteri yang hidup bersama suaminya dalam keadaan aman damai, dan mati dalam keadaan taat dan

213

akan mendapat balasan syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ummi Salamah r.a. : Maksudnya : Mana-mana isteri yang mati, pada hal suaminya redha kepadanya, ia akan dimasukkan ke dalam syurga.

214

TAJUK : HUKUM BERSUMPAH 1. MUQADDIMAH Islam melarang seseorang samada suami atau isteri mencaci, memaki, menghamun orang lain lebih-lebih lagi rakan kongsi hidup mereka iaitu suami atau isteri yang mana mereka sering bersama dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Sifat yang demikian digariskan sebagai sifat yang tercela jika dimiliki dan dipergunakan oleh mana-mana pihak. Begitu juga bersumpah tidak boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya dengan sesedap bibir menuturkannya kerana ia mempunyai kesan yang tertentu di dalam hubungan suami isteri. Lebih-lebih lagi mereka yang semberono suka menuduh suami atau isterinya melakukan sesuatu atau menafikan anak bukan anak mereka tanpa mengikut Hukum Syara. 2. APAKAH YANG DIKATAKAN ILA ATAU BERSUMPAH DALAM HUKUM SYARAK? Ila pada bahasanya bermakna bersumpah dan menurut hukum syarak : Maksudnya ialah seorang suami bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya.

Katakanlah seorang suami berkata kepada isterinya : Wallahi, aku tidak akan melakukan hubungan kelamin

215

3.

dengan engkau selama-lamanya atau ia berkata kepada isterinya : Wallahi, aku tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan engkau selama lima bulan. APAKAH HUKUMNYA SESEORANG SUAMI BRESUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN DENGAN ISTERINYA, SAMADA SELAMALAMANYA ATAUPUN DALAM MASA TERTENTU, IAITU SELAMA TIGA BULAN DAN SEBAGAINYA?
Seseorang suami yang bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, samada selamalamanya ataupun dalam masa tertentu, hukumnya adalah haram. Ini ialah kerana perbuatan suami itu adalah menyakiti perasaan hati seseorang isteri disebabkan tidak dicampuri oleh suaminya sekian lama. Seseorang isteri adalah seorang manusia yang semula jadinya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin dengan suaminya, di mana keinginannya itu jika tidak dilayan akan menyebabkan diri dan batinnya tersiksa yang akan menimbulkan gejala buruk, iaitu perzinaan. Oleh yang demikian Islam mengharamkan suami bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dan suami yang bersumpah seperti itu adalah berdosa kerana perbuatan tersebut seolah-olah mengharamkan kepada dirinya perkara yang halal.

4.

BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU BERSUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN DENGAN ISTERINYA. ADAKAH SUMPAHNYA ITU DIANGGAP SEBAGAI TALAK?

216

Di zaman jahiliah dulu memang apabila seseorang suami tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, maka sumpahnya itu adalah menjadi talak. Tetapi di dalam syariat Islam, seseorang suami yang bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, maka sumpahnya itu tidak akan menjadi talak, malah sumpah tersebut hanya haram baginya mencampuri isterinya sebelum membayar kafarah sumpahnya iaitu memberi makan sepuluh orang miskin atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba atau puasa tiga hari. 5. APAKAH SEBAB-SEBABNYA DI ZAMAN JAHILIAH DIANGGAP SEBAGAI TALAK, DAN KENAPA PULA BANYAK BERLAKU ILA DI ZAMAN MEREKA? Ila ini di zaman jahiliah dianggap sebagai talak, ialah kerana di masa itu bila seorang suami telah mengila isterinya (bersumpah tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya) bererti isteri itu telah diceraikan selama-lamanya dan tidak boleh berkahwin dengan sesiapa pun. Menurut Said bin Musaiyab, di zaman Jahiliah,bila seseorang suami tidak suka lagi kepada isterinya dan ia tidak suka pula bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki yang lain, maka suami tadi mengila isterinya sehingga isteri tersebut menjadi seorang perempuan yang ditalakki oleh suaminya, hidup terkatung-katung Tegasnya, perempuan itu tidak bersuami lagi, dan ia menjadi seorang perempuan janda yang tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain. Perbuatan Arab Jahilian ini

217

kejam dan menekan perasaan seseorang wanita sebagai makhluk Allah yang merdeka. 6. BERAPA LAMA MASANYA SESEORANG SUAMI YANG MENGGILA ISTERI ITU HALAL KEMBALI MENCAMPURI ISTERI TERSEBUT? Seseorang suami yang mengila isterinya halal mencampuri isterinya kembali selama empat bulan. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 226.

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak mencampuri isteri-isteri mereka diberi tempoh empat Setelah itu jika mereka kembali mencampurinya sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi pengasihani.
7.

Maksudnya :

akan bulan. maka maha

APAKAH HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN MASALAH ILA INI? Terdapat dua macam hukum iaitu : 1. Hukum Ukhrawi (hukum dihari akhirat). 2. Hukum Duniawi (hukum di dunia). Hukum Ukhrawi ialah, bahawa para suami yang telah mengila isterinya dan ia tidak kembali mencampuri isterinya setelah habis masa menunggu (4 bulan) bererti suami itu telah melakukan perbuatan haram dan berdosa. Apabila suami tadi kembali mencampuri isterinya sebelum habis masa menunggu selama empat bulan, bererti suami

218

tadi telah bertaubat dari dosanya, kerana itu Allah tidak akan menghukum sumpahnya, malah Allah akan menerima taubatnya dan mengampuninya. Hukum duniawi ialah para suami wajib mencerai isterinya setelah habis masa menunggu (4 bulan) atau masa yang ditentukan dengan sighah ila misalnya sebulan atau dua bulan. Apabila telah habis masa menunggu (4 bulan) atau telah berlalu masa yang dilafazkan dalam sighah ilanya suami tadi tidak boleh kembali lagi kepada isterinya dan wajib bagi suami tersebut menceraikan isterinya. 8. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU BERSUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN DENGAN ISTERINYA SELAMA LIMA BULAN. ADAKAH ISTERI ITU MENUNGGU SELAMA LIMA BULAN JUGA? Menurut hukum syarak, apabila seseorang suami bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya selama lima bulan, maka isteri itu hendaklah menunggu hanya selama empat bulan sahaja. Di dalam masa empat bulan itu jika suaminya tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya maka setelah empat bulan, bolehlah isteri tadi membuat tuntutan melalui Hakim / Mahkamah supaya suaminya mencampurinya kembali dan membayar kafarat sumpah. Bagi pihak Hakim pula, hendaklah menjadikan tuntutan isteri itu sebagai satu kes yang mesti diselesaikan mengikut budi

219

bicaranya, ataupun dihadapkan ke mahkamah, di mana kes ini bolehlah dianggap satu penganiayaan kepada isteri yang menyebabkan isteri tadi menderita hidup serta tertekan perasaan dan jiwanya. 8. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU TIDAK MAHU JUGA MENCAMPURI ISTERINYA DAN ENGGAN MEMBAYAR KAFARAH SETELAH ISTERI TADI MEMBUAT TUNTUTAN MELALUI HAKIM ATAU MAHKAMAH SYARIAH. APAKAH TINDAKAN YANG HARUS DILAKUKAN OLEH ISTERI ITU? Menurut hukum syarak, apabila seseorang suami tidak mahu mencampuri isterinya dan enggan membayar kafarah setelah berlalu empat bulan, maka isteri itu boleh menuntut kepada suaminya supaya menjatuhkan talak. Jika suami tadi enggan mentalakkinya maka harus bagi Hakim menjatuhkan talak satu, atau dihukumkannya dengan talak satu. Ini adalah mengikut qaul Saidina Umar, Osman, Abi Darda dan Ibnu Umar, di mana pendapat para sahabat inilah yang dipegang oleh Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Syafie. 9. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU BERSUMPAH TIDAK AKAN MENCAMPURI ISTERINYA KURANG DARIPADA EMPAT BULAN. ADAKAH HARUS JUGA BAGI ISTERI MENUNTUT TALAK KEPADA SUAMINYA? Menurut Al Khaazin dalam tafsirnya, Apabila seseorang suami bersumpah tidak akan mencampuri isterinya kurang dari empat bulan, maka sumpah itu tidak dinamakan ila, malah suami itu adalah dinamakan orang yang bersumpah bukan orang yang berila.

220

Jika suami itu mencampuri isterinya sebelum habis masa sumpahnya, misalnya suami tadi bersumpah tiga bulan tidak akan mencampuri isterinya, tetapi sebelum habis tiga bulan, suami tersebut telah mencampuri isterinya, maka wajib bagi suami itu membayar kafarah sumpah. 10. ADAKAH ILA ITU MEMPUNYAI SEBAGAIMANA TALAK JUGA? SYARAT-SYARAT

Yaila mempunyai syarat-syarat seperti talak juga, tetapi syarat-syaratnya tidak sebagaimana syarat-syarat talak. Syarat-syarat ila ialah : syarat-syarat yang berkaitan dengan suami isteri. Para ulamak fiqh telah sepakat, bahawa suami yang harus mengila isterinya ialah suami yang baligh, berakal dan tidak gila.

Imam Syafie mensyaratkan juga,bahawa suami yang mengila dan isteri yang diila hendaklah orang-orang yang sanggup melakukan hubungan kelamin. ila hendaklah berupa sumpah.

Sebagaimana halnya sumpah disertai dengan nama Allah atau salah satu dari sifat-sifatnya maka ila hendaklah disertai juga dengan nama Allah, atau salah satu dari sifatsifatnya. Lafaz ila itu hendaklah suami bersumpah tidak akan mencampurinya.

221

Seseorang suami yang bersumpah, di mana sumpahnya tidak mengandungi pengertian tersebut, tidaklah dihukum sebagai ila. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 226.

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak mencampuri isteri-isteri mereka, diberi tempoh empat Setelah itu jika mereka kembali mencampurinya, sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.
waktu menunggu

Maksudnya :

akan bulan. maka amat

Yang dimaksudkan dengan waktu menunggu ialah waktu yang tertentu oleh suami di dalam ilanya yang mana dalam waktu tersebut ia tidak akan mencampurinya. 11. SEKIRANYA SEORANG SUAMI MENGILA ISTERINYA DENGAN TAKLIK, MISALNYA BERKATA SUAMINYA KEPADA ISTERINYA, JIKA AKU MENCAMPURI ENGKAU, MAKA ENGKAU TERTALAK. ADAKAH JATUH TALAK ISTERI TERSEBUT, ATAU PERKATAAN ITU TETAP SEBAGAI ILA? Yajatuh talaknya, dan perkataan suami itu tidak menjadi ila lagi, tetapi adalah talak.

222

12.

BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI BERSUMPAH TIDAK AKAN BERCUMBU-CUMBUAN DAN BERSUKASUKA DENGAN ISTERINYA. ADAKAH SUMPAH SUAMI INI DINAMAKAN ILA JUGA? Tidak, sumpah suami itu tidak boleh dinamakan ila kerana ila menafikan untuk mencampuri isteri.

13.

BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU BERSUMPAH TIDAK MENCAMPURI ISTERINYA DI MASA ISTERINYA KEDATANGAN DARAH BULANAN. ADAKAH SUMPAH SUAMI ITU DIKATAKAN ILA JUGA? Yaapabila seseorang suami bersumpah tidak mencampuri isterinya di masa isterinya kedatangan darah bulanan, maka sumpah suami itu adalah ila juga. Ini adalah kerana di masa isterinya itu kedatangan darah bulanan, memang sudah menjadi haram bagi suami tadi mencampuri isterinya walaupun ia tidak bersumpah, di mana sumpahnya itu adalah sia-sia sahaja.

14.

BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI BERKATA KEPADA ISTERINYA. DEMI ALLAH AKU TIDAK MENYENTUH ENGKAU, ATAU KATANYA AKU TIDAK AKAN MENDATANGANI ATAU TIDAK MENDEKATI ENGKAU. ADAKAH ITU PERKATAAN ITU ILA? Perkataan suami itu adalah sebagai kinayah. Jika ia berniat semasa mengatakan perkataan itu tidak mencampuri isterinya, maka perkataan itu ialah ila jika sebaliknya tidak dinamakan ila. Tegasnya perkataan tersebut bergantung kepada niat suami itu.

223

TAJUK : PEMBUBARAN PERKAHWINAN 1. Perkara-perkara berbangkit dengan sebab perkahwinan terbubar. 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6. 2. Mutah. Nafkah anak kandung, anak yang diterima sebagai ahli keluarga. Nafkah iddah (isteri) dan faktor menyebabkan nafkah iddah terbatal. Hak tempat tinggal. Tuntutan yang berkaitan dengan harta. Hadhanah.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKARAPERKARA YANG BERBANGKIT SELEPAS PEMBUBARAN? 2.1. Perkara-perkara berbangkit jika berlaku pembubaran perkahwinan ialah perkara yang menjadi tanggungjawab pasangan selepas perkahwinan mereka dibubarkan. Tanggungjawab ini adalah menjamin keadilan sosial masyarakat Islam melalui institusi keluarga. Iaitu semua pihak yang terlibat mendapat perlindungan dan hak-hak masing-masing dalam Undang-Undang Keluarga Islam. Dengan itu

224

setiap pihak akan terjamin daripada pengabaian dan penganiayaan.

2.2.

BAGAIMANAKAH TERSEBUT?

MENDAPATKAN

HAK-HAK

Untuk mendapatkan hak tersebut, pasangan berkenaan boleh mengemukakan permohonan menuntut perintah Mahkamah berkaitan dengan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 3. MUTAAH 3.1. APAKAH YANG MUTAAH? DIMAKSUDKAN DENGAN Mahar terhutang. Mutaah. Nafkah tertunggak. Nakah dalam iddah. Tempat tinggal. Hadhanah. Harta sepencarian.

Mutaah mengikut syarak. Mutaah adalah nama suatu pemberian dari suami kepada isterinya sewaktu dia menceraikannya. Pemberian ini diwajibkan atas lelaki apabila perceraian itu terjadi dengan kehendak dari isteri, pemberian itu tidak wajib, ia adalah sunat

225

3.2.

BAGAIMANAKAH KADAR MUTAAH? Kadar ataupun banyaknya pemberian itu adalah mengikut keredhaan keduanya dengan mempertimbangkan keadaan suami isteri, sebaiknya tidak kurang dari seperdua mahar. Jika seorang suami yang telah menceraikan isterinya sebelum melakukan hubungan kelamin, suami itu belum membayar sebahagian dari mas kahwinnya, maka isterinya berhak menuntut mutaah dan wajib bagi suami itu membayar mutaah tersebut. Tetapi jka suami itu telah membayar sebahagian dari mas kahwinnya maka tidak berhak lagi ia menuntut mutaah.

4.

NAFKAH APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAFKAH? 4.1. Nafkah bererti belanja atau sara hidup maksudnya nafkah ialah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang untuk hidup sebagai keperluan asasi yang wajib diberikan oleh suami / bapa kepada mereka yang menjadi tanggungannya. APAKAH ANTARA NAFKAH YANG WAJIB ITU?

4.2.

226

Nafkah anak kandung, anak yang terima sebagai ahli keluarga. Nafkah iddah kepada isteri yang tidak nusyuz. Iaitu saraan keperluan asasi dan tempat tinggal selama di dalam iddah termasuk perceraian talak bain kubra (tidak boleh dirujuk semula). 5. TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN HARTA BAGAIMANA HARTA DENGAN HARTA? TERSEBUT DIBAHAGIKAN

Pasangan yang bercerai sekiranya mempunyai harta sepencarian atau apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan mereka dengan usaha bersama dibahagi antara mereka atau dijual dan hasilnya dibahagi antara pihak berkenaan berdasarkan : Sumbangan tiap satu pihak sama ada tenaga, wang atau harta. Hutang salah satu pihak yang dibuat untuk manfaat bersama. Keperluan anak-anak dari perkahwinan itu yang belum dewasa.

Harta atau aset yang diperolehi dengan usaha tunggal mana-mana pihak semasa perkahwinan dibahagi atau dijual dan dibahagi hasil jualan berdasarkan : Sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset kepada kebajikan keluarga.

227

Keperluan anak-anak perkahwinan itu.

yang

belum

dewasa

dari

6.

LAIN-LAIN TUNTUTAN Apakah tuntutan-tuntutan yang menjadi hutang selepas perceraian? Setelah bercerai, suami membayar segala hutang piutang beliau kepada isterinya semasa dalam perkahwinan sama ada mahar tertangguh, nafkah tertunggak dan hutanghutang lain sekiranya dibuat tuntutan oleh isteri di Mahkamah Syariah.

7.

HADHANAH APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADHANAH? Memelihara dan menjaga jasmani dan rohani anak-anak dalam bentuk kasih sayang, keperluan asasi dan pendidikan sehingga anak itu sanggup berdiri sendiri dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang manusia, dapat mengatasi persoalan hidup dan kehidupan yang akan dihadapinya. Masalah hadhanah timbul apabila terjadi perbalahan antara suami isteri sehingga terjadi perceraian di mana kepentingan atau masalah anak-anak akan terjejas. Mahkamah akan menyelesaikan dengan adil siapakah di antara orang-orang yang akan diberi tanggungjawab untuk menjaga kepentingan anak-anak (hadhanah). Maka pasangan yang

228

bercerai hendaklah mengemukakan tuntutan penentuan Mahkamah berkenaan hadhanah anak-anak mereka. Mahkamah akan membuat keputusan membenarkan pemeliharaan anak-anak itu kepada ibu sekiranya ibu tidak dilucutkan haknya itu, atau sebaliknya diberi kepada orang lain, jika dilucutkan haknya itu. Di antara sebab lucut hak hadhanah kepada ibu ialah apabila ibu berkahwin dengan orang bukan muhrim kepada anak itu. Keputusan tersebut adalah bagi anak-anak belum mumaiz. Jika telah mumaiz anak-anak itu akan ditanya kepada siapa dia ingin dipelihara. Dalam membuat penghakiman Mahkamah akan mengambil kira kemahuan anak itu. Apabila ada lebih dari seorang anak, Mahkamah tidak semestinya memberi pemeliharaan kepada orang yang sama. Walaupun hak pemeliharaan anak-anak diberi kepada ibu atau orang selain daripadanya, hak melihat kepada bapa (atau ibu jika pemeliharaan diberi kepada bapa) adalah terjamin dan dibenarkan oleh Mahkamah. Ini adalah bertujuan memelihara perhubungan anak-anak dengan ibu atau bapanya. Walaupun ibu bapanya telah berpisah untuk kepentingan anak-anak perhubungan ini perlu dikekalkan. Mahkamah Syariah berkuasa mendengar permohonan tentang perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan anak. Di antara perkara-perkara tersebut ialah :7.1. 7.2. 8. Nafkah Anak. Pendidikan Anak.

NAFKAH ANAK

229

APAKAH PERTIMBANGAN HAK ANAK?

UNTUK

MENDAPATKAN

Mahkamah mempertimbangakan nafkah anak-anak ialah dalam masa ia belum baligh atau jika ia belum berkahwin atau masih tidak berdaya. Mahkamah akan mewajibkan atau memfardhukan bapa untuk memberikan nafkah untuk setiap bulan, mengikut kadar kemampuan bapa dan keperluan anak. 9. PENDIDIKAN ANAK SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN? MEMBERIKAN

Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian akan dapat pendidikan orang yang berhak mendapat hadhanah. Pada praktiknya apabila berlaku perceraian, pendidikan anak akan terjejas. Ia akan bertambah buruk apabila hak penjagaan anak-anak kepada satu pihak dan satu pihak lagi tidak diberi hak untuk menziarahi anak-anaknya. Kemungkinan pihak penjaga akan meracuni fikiran anak-anak supaya bersifat prejudis terhadap pihak yang tidak mendapat hak jagaan. Adalah dikhuatiri jika amalkan ini diamalkan terus akan mengecewakan kepentingan anak itu di masa hadapan. 10. KESIMPULAN Kita tidak mahu lagi kerosakan dan keruntuhan masyarakat dikaitkan dengan keruntuhan rumahtangga disebabkan kelalaian pihak-pihak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing selepas pembubaran perkahwinan.

230

Keruntuhan rumahtangga mungkin disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan pihak-pihak dalam membangunkan rumahtangga dan akhirnya dianggap sebagai pengakhir jodoh dan suratan takdir. Namun janganlah di atas keruntuhan rumahtangga tersebut membawa kepada kelalaian yang berpanjangan yang boleh membawa kesan atau kezaliman kepada mana-mana pihak lebih lagi kepada anak-anak yang merupakan penyambung perjuangan dan penyambung zuriat atau generasi kita pada masa hadapan. Janganlah kita menjadi cermin atau gambaran buruk kepada mereka. Biarlah apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran dan teladan namun mereka mestilah berazam untuk melaksanakan tanggungjawab seterusnya selepas pembubaran perkahwinan dengan berlandaskan prinsip hidup sebagai suami isteri dengan baik atau melepaskannya dengan baik.

231

TAJUK :

PERKARA BERBANGKIT DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

1.

IHDAD Perkara yang timbul bagi isteri yang kematian suami wajib berkabung dalam tempoh yang tertentu. Di antara perkara-perkara yang perlu dijaga dalam tempoh berkabung ialah tidak boleh bersolek berlebih-lebihan dan tidak boleh keluar dari rumah tanpa ada tujuan yang diharuskan oleh Syara. Tempoh berkabung kepada seseorang isteri ialah empat bulan sepuluh hari.

2.

RUJUK Hukum yang timbul dengan sebab perceraian apabila suami mengembalikan perempuan yang diceraikan (selain daripada cerai talak bain) kepada pernikahan yang asal ketika masih di dalam iddah tanpa akad yang baru. Walaupun ikatan suami isteri masih ada selagi didalam iddah tetapi mereka diharamkan bersetubuh kecuali setelah berlaku rujuk yang sah.

232

Suami berhak merujuk isterinya yang diceraikan sekalipun si isteri enggan berbuat demikian. Tidak sah rujuk seorang suami akibat paksaan atau ugutan kerana rujuk mestilah lahir dari keinginan dan kerelaan dirinya sendiri. Bagi suami yang telah membuat taklik berkaitan dengan rujuk, mereka adalah terikat dengan taklik tersebut. Sekiranya tempoh untuk merujuk telah berakhir disebabkan berakhirnya iddahnya dan suami ingin mengembalikan isterinya itu kepada pernikahannya yang asal, maka akad nikah yang baru wajib dilakukan setelah memenuhi semua rukun nikah dan syarat sahnya. Antaranya suami wajib membayar mahar yang baru. Dalam keadaan ini keizinan dan persetujuan isteri hendaklah terlebih dahulu diperolehi. Sekiranya si isteri enggan, maka dia tidak boleh paksa. 3. IDDAH Iddah ialah suatu tempoh masa yagn perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. Iddah hukumnya wajib. Jika seorang perempuan yang di dalam iddah berkahwin dengan lelaki yang lain maka perkahwinan itu tidak sah pada hukum syara dan wajib difasakhkan serta merta. Hikmat iddah :

233

a) b) c)

Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan. Perkara taabbud (ibadat). Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan dan kembali merujuk isterinya semasa di dalam iddah. Hal ini tertakluk kepada kes talak rajie sahaja.

Selain daripada perempuan yang diceraikan, perempuan yang kematian suami dan perempuan yang nikahnya difasakhkan di atas sebab-sebab yang tertentu juga diwajibkan beriddah dengan tujuan untuk mengetahui kesucian rahimnya. Iddah hanya untuk orang perempuan sahaja. Oleh itu tanggapan sesetengah orang yang menyatakan bahawa orang lelaki juga wajib beriddah adalah tanggapan yang tidak benar. Seorang perempuan yang beriddah dalam talak rajie, kemudian dia atau suaminya meninggal dunia maka salah seorang daripada mereka boleh mewarisi pesaka di antara satu sama lain. Tempoh Iddah a) Iddah perempuan yang hamil ialah gugur kandungannya itu sama ada melalui kelahiran biasa atau keguguran sama ada ia perempuan yang diceraikan atau kematian suami. Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah sebanyak tiga kali suci.

b)

234

c)

Iddah perempuan yang tidak ada haid sama ada telah putus haid atau belum kedatangan haid maka iddahnya ialah tiga bulan. Iddah perempuan yang kematian suami dengan syarat dia tidak hamil maka iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami dan dia pula hamil maka iddahnya ialah melahirkan kandungan tersebut.

d)

Seseorang perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak pernah disetubuhi suaminya kemudian diceraikan oleh suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu beriddah. Tetapi dia wajib beriddah selama empat bulan sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia walaupun tidak pernah disetubuhi suaminya itu. 4. NAFKAH Nafkah yang dimaksudkan ialah pemberian selepas perceraian. Pemberian nafkah ini tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan. NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN a) Seseorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dengan talak rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah : Menyediakan makanan yang sepatutnya. Menyediakan pakaian yang sepatutnya.

i) ii)

235

iii) iv)

Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu. Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti alat solek, belanja perubatan dan sebagainya. Sekiranya ia diceraikan dengan talak bain maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talak rajie. Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. Perempuan yang nusyuz juga tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

b)

5.

MUTAAH Mutaah ialah sebarang bentuk pemberian yang diberikan oleh suami kepada isterinya sebagai ganti terhadap kemungkinan si isteri akan terdedah kepada kesempitan hidup dan lain-lain kemudaratan. Di kalangan masyarakat Melayu, mutaah difahami sebagai saguhati perceraian. Pemberian mutaah hendaklah diberikan selepas tamatnya iddah. Perempuan-perempuan yang berhak mendapat mutaah :-

236

a) b)

Perempuan yang diceraikan dengan kehendak suami. Perempuan yang dihukum oleh kadi, jatuh talaknya (fasakh) disebabkan suaminya ada keaiban, atau hilang atau mendatangkan mudarat kepadanya.

Perempuan - perempuan yang tidak berhak mendapat mutaah : a) b) c) d) e) Perempuan yang diceraikan sebelum bersetubuh. Perempuan yang bertebus talak (khulu). Perempuan yang difasakh nikahnya dengan lian. Perempuan yang diceraikan oleh suaminya di atas permintaannya sendiri. Perempuan yang tercerai dengan sebab keaiban yang ada pada dirinya sendiri.

Hakim Syarie mempunyai kuasa menentukan kadar bayaran mutaah kepada si isteri setelah mengambil kira kedudukan kewangan dan harta yang dimiliki oleh suami dan juga isteri. 6. HADANAH Hadanah ialah mendidik dan menjaga anak bagi mereka atau sesiapa yang berhak berbuat demikian. Hukum hadanah adalah wajib kerana sekiranya diabaikan maka anak-anak akan terdedah kepada segala bahaya dan mudarat. Hak mendapatkan hadanah : a) Jumhur fuqaha berpendapat bahawa ibu lebih berhak mendapatkan hak hadanah daripada si

237

bapa. Ini kerana ibu sebagai seorang perempuan dilihat lebih pengasih daripada si bapa dan ibu juga lebih tahan menanggung sabar dalam mendidik anak jika dibandingkan dengan si bapa, tambahan pula ibu lebih rapat dengan si anak jika dibandingkan dengan si bapa. b) Dalam keadaan ini tanggungjawab si bapa ialah menyediakan nafkah kepada anak-anak yang dijaga oleh si ibu. Nafkah yang dimaksudkan ialah makan, minum, pakaian, belanja persekolahan dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi seseorang anak. c) Hak hadanah boleh juga beralih kepada si bapa dalam keadaan-keadaan berikut : Ibu enggan menjaga anak-anaknya. Ibu tidak layak menjaga anak-anaknya disebabkan gila, fasik dan tinggal dalam persekitaran yang boleh menjejaskan pembesaran anak dalam suasana Islam. Anak enggan tinggal bersama ibunya.

d) Walau apapun Hakim Syarie mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan kepada siapakah hak hadanah hendak diberikan setelah mengambilkira keadaan-keadaan ibu bapa (suami isteri yang bercerai) dari segi kewangan, pendidikan, persekitaran tempat tinggal, tahap keagamaan dan sebagainya.

238

TAJUK : FASAKH (PEMBATALAN NIKAH) 1. MUQADDIMAH Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pembubaran perkahwinan boleh berlaku dengan talaq iaitu dengan lafaz tertentu dari suami, atau melalui pembatalan nikah melalui permohonan mana-mana pihak. Maksudnya talaq mesti dengan lafaz daripada suami, manakala fasakh tidak memerlukan lafaz dari suami, ia hanya memerlukan permohonan dari mana-mana pihak samada suami atau isteri dan disabitkan oleh Mahkamah. Mengikut peruntukan undang-undang yang ada pembubaran perkahwinan samada melalui talaq atau fasakh hendaklah dibuat dan diputuskan di Mahkamah Syariah. 2. APA ITU FASAKH? 2.1. Fasakh menurut istilah (Hukum Syara) ialah perceraian yang berlaku di antara suami isteri disebabkan timbul sesuatu hal yang boleh membatalkan akad nikah. Dasar hukum fasakh ialah salah seorang dari suami isteri, atau kedua-duanya tidak merasa sanggup meneruskan perkahwinannya, dan kalau diteruskan juga keadaan kehidupan rumahtangga mereka akan

2.2.

239

bertambah buruk, dan akan menyebabkan timbul suasana hidup suami isteri itu tidak tenteram, maka Islam mengharuskan fasakh demi untuk kebaikan suami isteri tadi, kerana Islam tidak sekali-kali mengingini berlaku pergaulan hidup suami isteri itu dalam keadaan yang merugikan sebelah pihak. 2.3. BILAKAH FASAKH ITU BOLEH BERLAKU? 2.3.1. Dengan sebab didapati, sesuatu perkara yang merosakkan akad nikah, contoh : Setelah akad nikah ternyata perempuan yang dinikahi itu (isterinya) saudara sesusunya atau adiknya dan sebagainya maka ketika itu batal akad nikanya, iaitu rosak nikahnya dan terfasakh ataupun Perkahwinan anak lelaki atau perempuan belum baligh (masih kanakkanak) yang dilakukan oleh wali selain daripada wali mujbir (ayah atau datuk). Apabila kanak-kanak itu telah baligh, maka anak tersebut (lelaki atau perempuan) berhak memilih untuk meneruskan perkahwinannya atau dibatalkan. Pemilihan ini dinamakan Khiyaarul Bulugh (memilih setelah dewasa). Apabila salah satu pihak memilih untuk mengakhiri perkahwinannya, maka akad nikahnya batal dan difasakhkan.

240

2.3.2. Dan harus juga nikah itu difasakh dengan adanya sebab yang datang selepas berlaku akad nikah (ijab kabul). Contoh :Salah seorang dari suami isteri itu murtad (keluar dari agama Islam) dan ia tidak kembali lagi kepada Islam. Maka dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri tadi terfasakhlah nikahnya Atau Berlaku penipuan di pihak lelaki atau perempuan, contohnya seorang lelaki mandul yang tidak dapat memberikan keturunan, maka pihak isteri berhak minta fasakh kepada suaminya bila ia tahu bahawa suaminya mandul kecuali isteri itu memilih untuk tetap menjadi isterinya dan redha digauli oleh suaminya. Ini adalah berdasarkan kepada perkataan Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau berkata kepada seorang lelaki yang mandul yang akan mengahwini seorang perempuan :

Beritahulah kepadanya bahawa engkau mandul dia bersetuju kepada engkau ataupun tidak.

Maksudnya :

241

3.

ANTARA SEBAB YANG MENGHARUSKAN FASAKH Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang mengaku dirinya orang yang baik-baik, kemudian ternyata bahawa lelaki itu seorang yang fasik, maka perempuan itu berhak minta fasakh untuk membatalkan akad nikahnya. Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan yang mengaku dirinya masih gadis atau perawan, tetapi setelah berkahwin ternyata perempuan itu sudah menjadi janda, hal ini menyebabkan juga harus fasakh, dan suami itu berhak meminta ganti rugi maharnya sebanyak mahar seorang gadis atau janda. Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, kemudian didapati bahawa perempuan itu ada keaiban pada dirinya, tidak dapat dicampuri, misalanya selalu beristihaadhah (keluar darah dari rahimnya) di mana istihaadhah itu adalah aib yang mengharuskan fasakh. Tetapi menurut pendapat Jamhurul Ulamak, bahawa istihaadhah itu tidak harus fasakh. Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, dan perempuan itu mengidap penyakit seperti sopak, kusta atau gila, maka pada masalah ini, harus juga difasakhkan nikahnya.

4.

KECACATAN YANG MENGHARUSKAN FASAKH

242

4.1.

Menurut Hukum Syara kecacatan atau keaiban perempuan yang mengharuskan fasakh ialah lima macam : gila (termasuk gila yang tidak berterusan) kusta sopak tertutup alat kelaminnya dengan daging tertutup alat kelaminnya dengan tulang

4.2.

Bagi lelaki 5 macam juga : gila } kusta }


setiap penyakit yang berbahaya atau berjangkit harus fasakh

sopak tidak menghalang persetubuhan tapi ditakuti menjangkiti pasangan terpotong alat kelamin lemah alat kelamin (mati pucuk)

(Hakim tidak harus memansuhkan nikahnya di hari pengakuan suami itu, tangguh setahun mulai kesnya dibawa) 5. TIDAK MEMBERI NAFKAH 5.1. Menurut hHkum Syara apabila suami itu tidak memberi nafkah kepada isteri sedangkan ia mempunyai harta atau perkerjaan haruslah bagi isteri itu fasakh.

243

5.2.

6.

Apabila seseorang suami tidak dapat memberi nafkah kepada isterinya di sebabkan tidak mempunyai sesuatu pekerjaan atau kerana sakit, tidak harus bagi isterinya menuntut fasakh, kecuali suami tadi tidak bekerja (menganggur atau kait yang berpanjangan). PENUTUP 6.1. Suami/isteri yang dikurniakan Allah kepada seseorang adalah amanah Allah dan kita akan dapat merasai kenikmatan hidup di dunia dan akhirat dengan menjalinkan kasih sayang bersama malah mereka menjadi rakan, pendorong dalam menjalani kehidupan malah mereka dapat menjadi penghibur sebenar di saat suka dan duka. Suami/isteri yang terabai dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka masing-masing akan sentiasa hidup dalam kebingungan dan memendam perasaan. Dan merasakan hidup mereka sentiasa dalam kesiksaan dengan menghadapi tekanan mental dan fizikal. Oleh itu keadaan ini hendaklah dibetul bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran. Jika tidak, pilihlah samada hidup dengan baik atau berpisah dengan baik dan terhormat mengikut syariah Islamiah.

6.2.

6.3.

244

TAJUK : LIAN - KUTUKAN 1. MUQADDIMAH 1.1. Islam amat melarang seseorang mengutuk seseorang yang lain, lebih-lebih lagi seorang suami jika ia dengan sewenang-sewenangnya mengutuk isterinya. Begitu jua Islam melarang seseorang supaya jangan sewenang-sewenangnya menuduh isterinya atau suaminya berlaku curang. Menceritakan kepada orang lain, rakan-rakan dan sebagainya dalam perkara buruk akan membawa kepada fitnah, api fitnah yang disebarkan amat susah pula untuk dipadamkan. Oleh itulah Islam telah menetapkan sesiapa sahaja yang menuduh orang lain melakukan perbuatan zina tanpa mendatangkan empat orang saksi maka ia boleh dihukum qazaf iaitu didera dengan delapan puluh kali sebatan. Dalam hal ini termasuklah jika suami menuduh isterinya berzina tanpa bukti. Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan Allah dalam firmannya di dalam Surah Annur, ayat 4-5 :

1.2.

1.3.

1.4.

245

Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh perempuanperempuan yang baik berzina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka yang menuduh itu delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Allah maka pengampun lagi maha penyayang. (Surah An-Nur, ayat 4-5) 1.5. Namun Islam tidak pula melarang bagi suami yang melihat sendiri isterinya melakukan perzinaan seperti di bilik rumahnya daripada menuduh isterinya waluapun tanpa mendatangkan empat orang saksi. Ini adalah khusus pada suami sahaja tidak orang lain. Tetapi ia mempunyai acara atau tatacara atau prosedur yang amat ketat. Inilah apa yang dikatakan atau diistilahkan LIAN. 1.6. Walaupun demikian adalah dinasihatkan kepada suami-suami yang melihat sendiri dengan matanya melakukan zina, atau isteri itu mengaku sendiri, bahawa ia melakukan zina, dan pengakuannya diterima dan dibenarkan dengan keteranganketerangan yang jelas serta terbukti maka dalam

246

masalah ini sebaik-baiknya suami tadi hendaklah menceraikan isterinya tanpa melian. 1.7. Apabila zina isteri itu tidak terbukti dengan keterangan-keterangan yang jelas, maka suami tersebut boleh mengemukakan tuduhan terhadap isterinya itu atau melakukan lian. Lian juga boleh berlaku dalam hal suami tidak mengakui menolak anak yang dikandung isterinya. Misalnya suami mengaku belum pernah mencampuri isterinya semenjak akad nikah, atau bila isteri sudah melahirkan anak sebelum sampai enam bulan lebih dari mulai percampuran. Semua sumpah secara mengikut Hukum Syara hendaklah dibuat di hadapan hakim.

1.8.

1.9.

1.10. Manakala mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 1992. Seksyen baru 48A memperuntukan seperti berikut :

Lian 48A(1) apabila suami atau isteri dalam sesuatu perkahwinan telah bersumpah secara lian mengikut Hukum Syara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim itu hendaklah memerintahkan suami dan isteri itu berfarak dan berpisah buat selamalamanya.
2. LIAN 2.1. APA YANG DIFAHAMI SEMUA KUTUKAN HUKUMNYA ADALAH HARAM MELAINKAN DALAM HAL JIKA SUAMI MEMPUNYAI ASAS

247

MENGUTUK ISTERINYA MELAKUKAN ZINA ATAU MENAFIKAN ANAK YANG DIKANDUNG ISTERINYA DENGAN CARA LIAN. APAKAH YANG DIKATAKAN LIAN ITU? Lian menurut hukum Syara ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan empat kali, bahawa tuduhannya benar, dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan Allah sekiranya ia berdusta. Pihak isteri juga bersumpah empat kali, bahawa dirinya tidak melakukan sebagaimana yang dituduh oleh suaminya. Pada sumpah yang kelima ia bersedia menerima kutukan Allah bila ternyata tuduhan suami benar. Tegasnya : Lian ialah suami isteri saling menyatakan bahawa mereka bersedia dilaknat oleh Allah setelah mereka itu bersumpah empat kali. Lian dilakukan adalah untuk menguatkan tuduhan yang tidak didapati sesuatu bukti yang jelas yang boleh diterima oleh Hakim atau Kadi bagi menyokong tuduhan masing.

2.2.

BAGAIMANA CARANYA SESEORANG YANG HENDAK MELIAN ISTERINYA?

SUAMI

Menurut hukum syara seseorang suami yang hendak melian isterinya hendaklah berkata di hadapan Hakim

248

diperhimpunan empat orang.

orang

ramai

sekurang-kurangnya

Aku naik saksi dengan Allah bahawa sesungguhnya aku daripada orang yang benar pada apa yang aku tuduh dengannya akan isteriku si anu melakukan zina.
Jika isteri itu hadir di masa suaminya meliannya, hendaklah suami tersebut menunjukkan dengan tangannya ke arah isteri itu dengan berkata isteriku ini. Dan jika anak yang tidak diakui oleh suami itu sebagai anaknya hadir di mana suami tersebut melian isterinya, hendak suami itu berkata :

Dan bahawasanya anak ini adalah anak zina, dan dia bukan dari benih keturunanku.
Perkataan-perkataan tersebut hendaklah diulangulangkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima, suami itu hendaklah berkata pula :

Dan atasku laknat Allah jika ada aku daripada orang yang dusta pada apa yang aku tuduh dengan dia akan isteriku itu melakukan zina.
2.3. APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DILAKUKAN OLEH ISTERI YANG DILIAN UNTUK MENGUGURKAN HAD ZINA KE ATAS DIRINYA?

249

Menurut Hukum Syara tindakan yang patut dilakukan oleh isteri yang dilian untuk menggugurkan had zina ke atas dirinya ialah dengan membalas lian suaminya selepas sahaja sempurna lian suami itu dengan berkata :

Aku naik saksi dengan Allah bahawasnya sipulan itu sesungguhnya adalah dari orang yang dusta pada yang ia tuduh akan daku melakukan zina.
Perkataan ini hendaklah diulang-ulang oleh isteri itu sebanyak empat kali. Dan pada kali yang kelima, hendaklah isteri yang melian tadi berkata :

Dan atasku kemurkaan Allah jika ada ia (suamiku) daripada orang yang benar pada apa yang dituduhnya akan aku melakukan zina.
2.4. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG TIMBUL DISEBABKAN LIAN SUAMI TERHADAP ISTERINYA? PERKARA-PERKARA DISEBABKAN LIAN ISTERINYA? YANG SUAMI TIMBUL TERHADAP

2.4.1. Gugur had qazaf daripada suami. 2.4.2. Wajib had zina ke atas isteri yang tidak melian suaminya. Jika isteri itu melian suaminya gugurlah had zina tersebut daripada isteri itu. 2.4.3. Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang melian isterinya kepada

250

suami tersebut, jika suami tadi menolak anak itu pada liannya. Walau bagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dilian tadi. 2.4.4. Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang melian isterinya berkahwin kembali dengan isteri yang diliannya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain.

251

TAJUK : LAFAZ TALAK 1. SOALAN DAN JAWAPAN Di antara hukum-hukum talak, hendaklah lafaz talak itu dikasadkan (disengajakan). Bagaimanakah yang dimaksudkan lafaz talak yang dikasadkan atau yang disengajakan itu? Yang dimaksudkan lafaz talak yang dikasadkan ialah seseorang suami yang mentalakki isterinya hendaklah lafaz talak itu dikasadkan talak. 2. LAFAZ TALAK SECARA GURAUAN ADAKAH JATUH? Jika suami bermain-main atau bergurau senda mentalakki iserinya, maka jatuhlah talaknya kerana talak itu tidak boleh dipermainkan dan diperguraukan. Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya :

Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan bergurau (bermain-main) adalah dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

252

3.

BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU HILANG AKALNYA DAN MENLAFAZKAN TALAK DISEBABKAN MINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN SEPERTI ARAK ATAU SEBAGAINYA, ADAKAH JATUH TALAK? Ya! Jatuh talaknya, walaupun ia dalam keadaan yang memabukkan kerana ia telah dengan sengaja memasukkan bahan-bahan yang memabukkan ke dalam dirinya.

4.

JIKA SESEORANG ITU MINUM UBAT BATUK CONTOHNYA, KEMUDIAN MABUK DAN MELAFAZKAN TALAK, ADAKAH JATUH TALAKNYA? Tidak jatuh kerana ia minum ubat yang boleh menghilangkan akal dengan tujuan untuk berubat atau mabuk dengan tidak disengajakan, maka tidak jatuh talaknya.

5.

SESEORANG ISTERI YANG MELAFAZKAN TALAK KE ATAS SUAMINYA ADAKAH JATUH TALAKNYA? Tidak jatuh kerana talak itu hak suami.

6.

SEORANG SUAMI YANG GILA MELAFAZKAN TALAK ADAKAH SAH TALAKNYA? Tidak sah kerana salah satu syarat suami yang hendak mentalakki isterinya mestilah berakal. Sabda Rasulullah s.a.w.

253

Semua talak itu sah kecuali talak orang yang tidak waras.
7. SUAMI YANG SEDANG TIDUR (MENGIGAU) MELAFAZKAN TALAK, ADAKAH JATUH TALAKNYA? Tidak jatuh, ini adalah s.a.w. : berdasarkan hadith Rasulullah

Maksudnya :

Maksudnya : Diangkatkan (dibebaskan) dosa dari tiga macam orang, orang yang tidur sehingga ia bangun, kanak-kanak hingga ia dewasa dan orang gila hingga ia berakal (sembuh dari gilanya).

8.

SUAMI DIPAKSA OLEH MANA-MANA ORANG MELAFAZKAN TALAK ADAKAH JATUH TALAKNYA? Tidak jatuh atau tidak sah talak dengan dipaksa, tanpa kehendak suami itu sendiri, yang mana paksaan itu masih dapat dielakkan dan dipertahankan oleh suami tadi yang

254

tidak menyebabkan hartanya.

kebinasaan

kepada

dirinya

atau

Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. : Maksudnya :

Diangkatkan (dimaafkan) atas umatku yang tersalah, terlupa dan terpaksa.


9. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIGHAH DALAM RUKUN TALAK? Sighah yang dimaksudkan ialah lafaz yang digunakan di masa bercerai, seperti di dalam Bahasa Arab menggunakan lafaz talak, firak dan sarah atau dalam Bahasa Melayu Cerai seperti suami berkat keapda isteirnya, Aku Ceraikan Engkau atau Aku Talakkan Engkau. Setiap lafaz atau perkataan yang memberi erti yang jelas di atas maksud cerai dengan apa sahaja bahasnya adalah jatuh talaknya, dan tidak berhajat dengan niat lagi, kerana talak yang dilafazkan dengan jelas yang mengandungi erti adalah termasuk dalam bahagian talak sareh. 10. LAFAZ TALAK ADA BERBAGAI-BAGAI BOLEHKAH DIJELASKAN? Lafaz talak ada berbagai-bagai cara, diantaranya : LAFAZ SAREH CARA,

255

Iaitu talak yang nyata dan jelas, tanpa kehendak kepada niat, seperti suami berkata kepada isterinya :

Aku talakkan engkau, atau aku ceraikan engkau dengan talak satu, dua ataupun tiga.
TALAK KINAYAH Iaitu talak yang kehendak kepada niat di mana maksud lafaz talak tersebut tidak nyata dan boleh di diertikan kepada maksud yang lain. Seperti berkata suami kepada isterinya : Aku Kosongkan Engkau atau Engkau Haram Atasku atau Engkau Seperti Bangkai dan lain-lain. Jika suami itu berniat bahawa lafaz yang dikatakan kepada isterinya itu bermaksud talak, maka jatuhlah talaknya, tetapi jika lafaz yang dikatakannya itu bukanlah niat talak, maka yang demikian tidaklah jatuh talaknya. Tegasnya talak kinayah ini jatuh atau tidak jatuhnya adalah bergantung kepada niat suami tadi. TALAK TAKLIK Iaitu talak yang bergantung dengan sesuatu perkara atau perbuatan, di mana perkara atau perbuatan itu dilakukan oleh isteri atau oleh suami, seperti berkata suami kepada isterinya : Jika Engkau Keluar Dari Rumah Tanpa Kebenaranku, Engkau Tertaklak. Atau Jika Aku Tidak Balik Dalam Masa Sebulan, Maka Engkau Tertaklak. Kedua-dua misalan ini atau seumpamanya jika berlaku mengikut takliknya, maka jatuh talaknya.

256

KHULUK (TEBUS TALAK) Lafaz-lafaz khuluk seperti berkata suami kepada isterinya: Saya Talakkan Engkau Dengan Bayaran RM1,000.00/=. Jawab isteri kepada suaminya, Khulukkan saya dengan RM1,000.00/=. Berkata suami, Saya Khulukkan Engkau.

TAJUK : TALAK 1. SOALAN DAN JAWAPAN MUQADIMMAH Sesuatu pernikahan yang dilangsungkan itu adalah untuk tempoh yang berkekalan namun kadang-kadang maksud itu tidak kesampaian oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu, disyariatkan perceraian. 2. CARA PERKAHWINAN DITAMATKAN

257

2.1.

Perkahwinan putus ditamatkan (putus) melalui dua cara iaitu melalui perceraian atau pembubaran (fasakh). Perceraian berlaku apabila si suami melafazkan cerai atau talak (lafaz sarih) seperti talak firaq, sarah ke atas si isteri samada berniat berbuat demikian atau tidak. Manakala suami yang melafazkan dengan lafaz kinayat memerlukan niat untuk tunjuk perceraian.

2.2.

2.3.

3.

TALAK RAJIE 3.1. Talak rajie ialah talak yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dan dia berhak untuk merujuknya kembali kepada nikah yang asal sekiranya si isteri masih lagi di dalam iddah. Talak satu dan talak dua termasuk dalam jenis talak rajie. Talak dua boleh berlaku dalam dua bentuk, sama ada suami melafazkan talak dengan di lafaz dua talak sekaligus atau dilafazkan talak satu demi satu. TALAK BAIN Talak bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami di mana apabila terlafaznya telah tersebut maka si suami tidak lagi boleh merujuk kembali isterinya kepada nikah yang asal kecuali setelah isterinya itu berkahwin dengan lelaki yang baru, kemudian disetubuhinya dan kemudian diceraikan oleh suami

3.2.

258

tersebut dengan kerelaan hatinya tanpa dipaksa atau didorong untuk berbuat demikian. Apabila setelah selesai iddahnya maka ketika itu barulah bekas suaminya yang pertama boleh merujuk semula perempuan tersebut dengan akad nikah yang baru dan dengan membayar mas kahwin yang baru. 3.3. TALAK BAIN SUGRA 3.3.1. Apabila telah berlaku di antara pasangan yang belum mengadakan hubungan kelamin dan pasangan yang bercerai dengan cara khulu. Suami tidak boleh rujuk isterinya semasa iddah tetapi boleh berkahwin dengan akad dan mas kahwin baru. TALAK BAIN KUBRA 3.3.2. Apabila pasangan telah bercerai dengan 3 kali talak atau dengan talak tiga. Tidak boleh berkahwin semula melainkan bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan hubungan kelamin dengan suami barunya kemudian mereka bercerai. Setelah tamat iddah bekas isteri tersebut boleh dinikahi semula dengan akad dan mas kahwin baru. 4. KHULUK 4.1. APA ITU KHULUK?

259

Khuluk ialah lafaz cerai yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dengan mendapat gantian yang diberikan oleh si isteri disebabkan persetujuan si suami menceraikannya. 4.2. Khuluk bermaksud tebus talak di mana isteri memajukan permohonan bercerai kepada suaminya dengan membayar wang ringgit atau sesuatu yang bernilai kepada si suami di atas persetujuannya menjatuhkan talak. Khuluk akan berlaku apabila melafazkan ijab dan qabul. a) kedua-dua pihak

4.3.

Lafaz ijab, suami berkata kepada isterinya :

b)

Aku ceraikan kamu dengan wang tunai sebanyak RM500.00 tunai. Lafaz Qabul, isteri berkata kepada suaminya : Aku terimalah ceraimu dengan bayaran yang tersebut.

4.4. 4.5.

Apabila terlafaznya ijab dan qabul maka jatuhlah talak ke atas si isteri dengan talak bain sughra. Khuluk hendaklah dengan kerelaan daripada isteri dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

5.

CERAI TAKLIK Perceraian yang berlaku sekiranya suami membuat talak taklik, iaitu pasangan pernah membuat lafaz talak dengan

260

mengaitkan perbuatan atau perkataan dalam perkahwinan mereka. Telah jatuh mengikut taklik yang pernah dibuat. 6. LIAN 6.1. Lian ialah sumpah yang dilafazkan oleh suami menyatakan isterinya berzina atau ia menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya atau isteri bersumpah menafikan tuduhan suami. Lian tidak akan menjadi kenyataan sekiranya perkara ini tidak dibawa di hadapan Kadi. Lian tanpa kehadiran Kadi (Hakim) adalah tidak sah. Implikasi lian hubungan atau ikatan perkahwinan di antara mereka tidak boleh lagi rujuk dan berkahwin lagi buat selama-lamanya. Ila ialah sumpah seorang suami yang menjadi sah talaknya untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama-lamanya atau melebihi empat bulan. Hukum ila adalah haram. Sekiranya seorang suami yang telah berila dan tidak bersetubuh dengan isterinya sehingga tamat tempoh ila tersebut maka hukumannya gugurlah talak bain ke atas isterinya dan sebagai rahmat pula ke atas si isteri dan sebagai rahmat pula ke atas si isteri untuk membebaskannya daripada si suami dan membolehkannya berkahwin dengan lelaki yang lain pula.

6.2.

6.3. 7. ILA 7.1.

7.2. 7.3.

261

8.

ZIHAR 8.1. Zihar apabila seseorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu, anak perempuan dan lain-lain (nasab atau susuan). Zihar hukumnya haram apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkan bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarah. KIFARAH ZIHAR 8.3. 8.4. 8.5. Memerdekakan seorang hamba Muslim. Berpuasa dua bulan berturut. Memberi makan 60 orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut. Zihar tidaklah termasuk dalam bahagian talak.

8.2.

8.6. 9.

FASAKH

262

9.1.

Fasakh boleh dilakukan ialah dengan sebab didapati sesuatu perkara yang merosakkan akad nikah. Contohnya : Selepas akad nikah (ijab kabul) ternyata perempuan yang dinikahinya itu saudara sesuannya.

9.2.

Perkahwinan harus antaranya :-

difasakh

dan

dibatalkan

di

9.2.1. Penipuan Mandul suami / isteri. 9.2.2. Mengaku perawan (gadis) ternyata janda. 9.2.3. Lelaki perempuan yang mempunyai keaiban diri tidak boleh bersetubuh. 9.2.4. Penyakit sopak, kusta, gila. 9.2.5. Suami tidak memberi nafkah sedangkan ia mampu. 10. PENUTUP Perlulah diingatkan bahawa talak bukanlah perkara yang boleh dipermain-mainkan atau diperemehkan. Oleh itu perkataan talak atau apa-apa perkataan yang membawa erti talak hendaklah disimpan melainkan di hadapan Hakim Mahkamah Syariah. Selain itu hukum-hukum perceraian hendaklah dipelihara di antaranya :10.1. Haram :

263

Iaitu seorang suami mentalakki isterinya sedang haid atau nifas atau di waktu suci sesudah dicampurinya. Dan sunat suami itu rujuk kepada isterinya semula.

10.2. Makruh : Iaitu seorang suami mentalakki isterinya yang baik tingkah lakunya dan taat kepada ajaran agamanya dan tidak ada apa-apa kesalahan pula. 10.3. Wajib Iaitu talak yang dilakukan oleh Hakam dan talak dari suami yang melakukan ila. Setelah lebih masanya empat bulan. 10.4. Sunat Iaitu seorang suami mentalakki isterinya yang mempunyai kelakuan yang tidak baik, dan tidak taat kepada perintah-perintah agama serta melanggar larangannya, dan tidak menjaga kesopanan dirinya. 10.5. Harus : Iaitu seorang suami mentalakki isterinya di mana suami itu tidak suka kepada isterinya dan tidak suka juga memberi nafkah kepada isterinya itu.

264

TAJUK : HARTA SEPENCARIAN 1. MUQADDIMAH Di Malaysia seseorang perempuan Islam yang berkahwin dengan seseorang lelaki Islam dia masih mempunyai hak dan kuasa memiliki ke atas harta. Pemilikannya ke atas harta diakui dan dia boleh terus memiliki harta yang diperolehi sebelum berkahwin dan juga setelah berkahwin. Oleh itu, dia boleh menuntut dan dituntut di mahkamah. Pengiktirafan ke atas memiliki harta seumpama ini adalah bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :

(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan (Surah An Nisa ayat 32)
Adat Melayu juga telah memperuntukkan bagi isteri-isteri supaya mendapat bahagian dari harta sepencarian oleh kerana mereka melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu suami dalam pekerjaan dan usaha untuk mendapatkan harta.

265

2.

Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Perak) 1984, Seksyen 54 mengenai Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian adalah seperti berikut : Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya manamana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen(1) Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang : 4.1. Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka. Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu Mahkamah hendaklah dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masing-masing.

3.

4.

4.2. 4.3.

5.

SOALAN DAN JAWAPAN

266

5.1.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA SEPENCARIAN? Harta sepencarian ialah suatu harta sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam masa perkahwinan mereka masih berjalan dan berkuatkuasa. Harta itu juga termasuklah harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin tetapi telah dapat dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil usaha bersama atau sumbangan bersama mereka.

5.2.

APAKAH PERKARA YANG DIAMBILKIRA DALAM MENENTUKAN HARTA SEPENCARIAN? Harta sepencarian yang diperolehi dalam masa perkahwinan itu dinilai dari dua perkara : i) ii) Sumbangan secara langsung dan Sumbangan secara tidak langsung

SUMBANGAN SECARA LANGSUNG ialah apabila suami dan isteri sama-sama bekerja atau berusaha bagi mendapatkan pemilikan sesuatu harta atau aset seperti pembelian sebidang tanah. Contohnya si suami ingin membeli sebidang tanah kemudian telah meminta bantuan si isteri untuk membayar wang pendahuluan sementara bayaran ansuran seterusnya ditanggung sepenuhnya oleh si suami maka tanah itu adalah dikira sebagai harta sepencarian.

267

SUMBANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG boleh diterangkan berikut :i) melalui contoh yang

Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang perempuan dari keturunan yang berpengaruh dan hartawan. Kesan daripada pengaruh keluarga si isteri, si suami telah mendapat gelaran tertentu dalam masyarakat dan telah maju di dalam perniagaan. Maka hasil daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh si suami itu telah pula berjaya mengumpulkan banyak harta atau aset lain dalam masa perkahwinan mereka itu. Dengan demikian harta yang diperolehi oleh si suami itu sebenarnya hasil sumbangan tidak langsung daripada si isteri dan boleh dikira sebagai harta sepencarian. Sepasang suami isteri yang berasal dari golongan yang kurang berada telah diberi satu lesen untuk menjalankan perniagaan. Isterinya tidak bekerja dan merupakan seorang isteri yang taat dan menjalankan urusan rumahtangga dengan baik. Berkat dorongan isteri dan keharmonian rumahtangganya suami telah berjaya di dalam perniagaan dan menjadi seorang ahli korporat yang berjaya. Kejayaan suami itu secara

ii)

268

tidak langsung merupakan sumbangan isterinya kerana isteri telah memberi kebahagiaan dan perangsang kepada suami di dalam mencapai kejayaan tersebut. 5.3. SIAPAKAH YANG BERHAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN? Hanya suami dan isteri sahaja yang berhak membuat tuntutan terhadap harta sepencarian selepas berlaku perceraian atau perpisahan atau salah satu pihak meninggal dunia. 5.4. BAGAIMANA BOLEH TIMBUL TERHADAP HARTA SEPENCARIAN? TUNTUTAN

Tuntutan terhadap harta sepencarian ini berpunca dari perkahwinan yang sah mengikut undang-undang sahaja. Ini bermakna pasangan yang bersekedudukan tanpa nikah yang sah dan memperolehi apa-apa harta semasa bersekedudukan itu tidak berhak menuntut harta sepencarian mengikut undang-undang Islam. 5.5. BILAKAH TUNTUTAN TERHADAP SEPENCARIAN BOLEH DIBUAT? HARTA

269

Tuntutan terhadap harta sepencarian boleh dibuat kepada mahkamah oleh suami atau isteri apabila berlaku : i) ii) Perceraian atau Kematian dari pihak suami atau isteri.

5.6.

BAGAIMANA MENENTUKAN KADAR DALAM PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN? Kadar yang diperolehi dari pembahagian harta sepencarian adalah mengikut kadar mana banyaknya sumbangan daripada suami dan isteri dalam perolehan sesuatu harta itu. Contohnya : i) Si suami membeli sebuah kereta dengan harta RM35,000.00 manakala si isteri telah menyumbangkan wangnya sendiri dalam pembelian kereta itu sebanyak RM10,000.00 Apabila berlaku perceraian si suami mahukan kereta itu maka si isteri berhak mendapatkan kembali wangnya sebanyak RM10,000.00 daripada bekas suaminya itu. Sepasang suami isteri telah membeli sebuah rumah dengan harga RM50,000.00 suami bayar RM40,000.00 isteri t elah bayar sebanyak RM10,000.00 dan harta itu didaftarkan atas nama isteri apabila bercerai

ii)

270

suami boleh mendapat bahagiannya daripada harta tersebut. iii) Seorang suami telah membawa isteri ke tempat berniaga. Hasil daripada perniagaan itu harta telah terkumpul. Apabila terjadi perceraian isteri patut diberi bahagian kerana penyertaan isteri memberi kedamaian dan ketenteramannya dalam kejayaan suami.

Kadar sebenar pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan setakat mana sumbangan yang diberikan oleh satu-satu pihak itu dan ianya juga akan ditentukan oleh Mahkamah. 6. BAGAIMANAKAH CARA PEMBAHAGIAN DIBUAT? Pembahagian boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu : i) SECARA SULH :

iaitu dengan cara pengakuan dan penyerahan hak kepada satu pihak lagi seperti si suami mengaku bahawa rumah itu adalah harta sepencarian tetapi dia tidak mahu menuntut, sebaliknya melepaskan haknya terhadap rumah itu kepada bekas isteri dan anakanaknya. ii) SECARA BAYARAN BALIK :

iaitu apabila diakui sebidang tanah adalah harta sepencarian tetap si suami atau si isteri mahu memiliki terus tanah itu maka siapa yang ingin terus

271

memiliki tanah itu hendaklah memulangkan semula wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa pembelian tanah itu. iii) SECARA PENJUALAN :

iaitu si suami dan si isteri tidak mahu memilik sesuatu harta / aset tetapi mahukan bahagian masing-masing, maka mahakmah akan memerintahkan harta / aset itu dijual dan pembahagian mengikut kadar sumbangan terhadap harta aset itu. iv) SECARA BAHAGI DUA :

seperti kedua belah pihak suami dan isteri telah tidak dapat membezakan berapakah jumlah wang yang telah disumbangkan dalam perolehan sesuatu harta itu. Cara penyelesiaannya ialah dengan menjual harta itu dan hasilnya dibahagi dua. v) BUDIBICARA MAHKAMAH :

iaitu apabila pihak-pihak membuktikan bahawa harta yang mereka perolehi adalah hasil sumbangan tidak langsung daripada salah satu pihak maka kadar yang diperolehi oleh pihak itu adalah mengikut kuasa kuasa budibicara hakim perbicaraan dengan mengambil kira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak itu. 7. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKEMUKAKAN SEMASA MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH?

272

Perkara-perkara yang diperlukan semasa membuat tuntutan pada amnya meliputi : i) ii) iii) iv) Jenis harta sama ada harta alih atau tak alih. Setakat mana banyaknya pemilikan harta itu. sumbangan dalam

Dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta/aset seperti tanah, rumah, kereta atau saham. Saksi-saksi yang boleh menerangkan tentang bagaimana pemilkan harta / aset itu sama ada berpunca dari hasil usaha si suami atau si isteri. Bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang piutang atau anak-anak di dalam jagaan.

v)

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar anda sentiasa menyimpan apa-apa resit, dokumen atau perjanjian yang menunjukkan pembelian atau pemilikan sesuatu harta / aset yang bernilai seperti tanah, rumah, kereta atau saham. 8. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIAMBIL KIRA OLEH MAHKAMAH MENENTUKAN KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN? Mahkamah akan mengambilkira 3 perkara penting berikut :

273

i)

Setakat manakah sumbangan-sumbangan yang dibuat oleh satu-satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperolehi harta-harta tersebut. Apa-apa hutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama. Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan.

ii) iii)

Tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan di atas Mahkamah memuat pembahagian yang sama banyak di antara kedua-dua belah pihak. TAJUK : SISTEM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SOALAN DAN JAWAPAN 1. APAKAH YANG PUSAKA? DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA

Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi alih dan harta tak alih. Harta seperti wang tunai, saham, caruman KWSP, wang imbuhan insuran,kenderaan, perabut rumah, pakaian, barang kemas dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, lombong, sawah, bendang, telaga, tasik dan sebagainya disebut sebagai harta tak alih. 2. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DENGAN PENINGGALAN SI MATI? BERSANGKUT

274

Apabila mati seseorang maka bersangkut di atas peninggalan itu lima perkara iaitu mengikut aturan berikut : a) b) c) Hak yang tertakluk dengan diri peninggalan pada masa hidup si mati itu seperti zakat. Belanja kematiannya, seperti mengkapannya. Hutangnya, samada hutang Allah s.w.t. atau hutang anak Adam.

Maksudnya diri seseorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga ia menunainya. d)

terikat

Wasiatnya iaitu pesanan seseorang dengan melakukan kebajikan yang bergantung kemudian daripada kematiannya. Pusaka iaitu peninggalan si mati yang jadi hak warisnya. Maka yang kelima dilaksanakan selepas empat perkara yang tersebut dahulu.

e)

3.

ADAKAH PERKARA-PERKARA YANG MENGHALANG PERWARISAN? Perwarisan terhalang dan tertegah dengan tiga perkara : 1) Hamba sahaya.

275

2) 3) 4.

Membunuh (orang yang diwarisi sengaja dibunuh). Berlainan agama. SEBAB SESEORANG DAPAT MENJADI

ADAKAH WARIS?

Sebab-sebab mendapat menjadi waris tiga perkara :1) 2) 3) Dengan sebab nikah. Dengan sebab nasab. Dengan sebab menjadi petuan hamba sahaya.

Menurut Mazhab Syafie selain daripada sebab-sebab yang tiga ini, terdapat pula perkara yang keempat iaitu Baitulmal. 5. DI DALAM ISLAM, APAKAH PERKARA-PERKARA YANG MENJADI RUKUN PERWARISAN? Rukun-rukun perwarisan ada 3 perkara : 1) 2) 3) Misalnya : Bila seseorang Islam mati meninggalkan anak lelaki dan rumah, maka orang yang mati tadi adalah orang yang diwarisi dan anak lelaki mayat itu ialah waris, iaitu orang yang mewarisi dan rumah yang ditinggal itu pula adalah harta yang diwarisi. 6. APAKAH SYARAT-SYARAT WARIS? Orang yang diwarisi (simati). Orang yang mewarisi. Harta yang diwarisi.

276

Syarat-syarat waris ada 4 perkara : 1) 2) 3) Pasti dan tahkik mati yang diwarisi. Pasti dan tahkik hidup orang yang mewarisi. Mengetahui perhubungan atau pertalian mereka yang mewarisi dengan orang yang diwarisi sama ada perhubungan atau pertaliannya dengan secara keluarga atau nikah atau menjadi petuan kepada (pemilik) hamba sahaya. Mengetahui jenis pihak waris, sama ada dari pihak waris lelaki atau waris perempuan.

4)

7.

SIAPAKAH YANG MENJADI WARIS DARI PIHAK LELAKI? Waris-waris dari pihak lelaki adalah 15 orang iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) Anak lelaki. Cucu lelaki. Bapa. Datuk hingga ke atas, iaitu bapa kepada bapa. Saudara lelaki seibu sebapa. Saudara lelaki sebapa. Saudara lelaki seibu. Anak saudara lelaki seibu sebapa. Anak saudara lelaki sebapa. Bapa saudara seibu sebapa. Bapa saudara sebapa. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa. Anak lelaki bapa saudara sebapa. Suami.

277

15) 8.

Petuan hamba sahaya.

BILA WARIS-WARIS TERSEBUT KESEMUANYA MASIH HIDUP BELAKA, MAKA SIAPAKAH ORANG YANG BERHAK MENERIMA PUSAKA TERSEBUT? Bila semua waris-waris lelaki hidup, yang mendapat waris hanya tiga orang sahaja, iaitu : 1) 2) 3) Bapa. Anak lelaki dan Suami

Masalah ini sebagaimana berikut : 12 Bapa 1/6 Suami Anak lelaki Asabah (Menghabiskan Pembahagian Harta) 2 3 7 Jumlah 12

9.

SIAPAKAH WARIS DARI PIHAK PEREMPUAN? Waris dari pihak perempuan 10 orang iaitu :

278

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Anak perempuan. Cucu perempuan dari anak lelaki. Ibu. Nenek perempuan sebelah bapa hingga ke atas. Nenek perempuan sebelah ibu hingga ke atas. Saudara perempuan sebapa. Saudara perempuan seibu. Isteri atau beberapa orang isteri. Petuan perempuan hamba sahaya.

10.

BILA WARIS-WARIS PEREMPUAN KESEMUANYA MASIH HIDUP, SIAPAKAH YANG MENJADI WARIS? Yang mendapat waris ialah 5 orang sahaja iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) Anak perempuan. Cucu perempuan dari anak lelaki. Ibu. Isteri dan Saudara perempuan seibu sebapa. 24 Anak perempuan Cucu perempuan 1/6 Ibu 1/6 12 4 4

279

Isteri 1/8 Saudara perempuan seibu sebapa asabah

3 1

Jumlah 24

11.

BILA SESEORANG MENINGGAL DUNIA, DI MANA IANYA MENINGGALKAN WARIS LELAKI DAN WARIS PEREMPUAN, SIAPAKAH YANG MENERIMA BAHAGIAN SEBAGAI AHLI WARIS? Yang menerima bahagian sebagai ahli waris adalah lima orang sahaja iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) Bapa. Ibu. Anak lelaki. Anak perempuan dan Suami atau isteri.

Jika yang meninggal dunia itu isteri, maka yang menerima pusaka adalah suaminya. Masalah ini sebagaimana berikut : 12 36

280

Bapa 1/6 Ibu 1/6 Suami 1/4 Anak lelaki 2 Anak perempuan 1 Jumlah 12.

2 2 3 5

6 6 9 10 5

12

36

JIKA SESEORANG ITU PUTUS WARIS DAN HARTA TIDAK HABIS DIBAHAGIKAN, BAGAIMANA DISELESAIKAN? Bila seseorang Islam meninggal dunia, yang mana ianya tidak meninggalkan seorang pun daripada ahli waris yang berhak menerima pusaka, samada dari pihak waris lelaki atau dari pihak waris perempuan, maka menurut Mazhab Syafie, harta mayat tersebut tidak boleh diwarisi oleh keluarga yang tidak termasuk dalam senarai waris-waris yang berhak menerima pusaka. Mereka ini dalam istilah faraidh dinamakan zawil-arham, ertinya orang yang mempunyai kasih sayang yang tidak menerima puska, seperti cucu lelaki daripada anak perempuan dan anak perempuan dari anak perempuan. Begitu juga baki harta yang tidak habis dipusakai oleh ahli-ahli waris tidak boleh dikembalikan kepada ahli-ahli fardhu yang lain. Tetapi hendaklah dikembalikan kepada Baitulmal, iaitu Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah untuk kebajikan dan perkembangan Agama Islam.

281

TAJUK : DUDA 1. MUQADDIMAH Di dalam Kamus Dewan Duda bererti lelaki yang kematian isterinya atau sudah bercerai daripada isterinya. Iaitu lelaki yang bercerai hidup dipanggil duda begitu juga yang bercerai mati atau dengan sebab kematian isteri juga dipanggil duda. 2. BILANGAN DUDA 2.1. Sebenarnya jika dibuat bancian secara rambang atau kita melihat hakikatnya, di mana-mana tempat sahaja seperti di sesuatu kampung atau taman maka kita dapati bilangan duda amat kecil berbanding dengan bilangan janda. Membujang dan menduda sebenarnya dilarang oleh Islam melainkan disebabkan

282

oleh faktor-faktor tertentu. Kurangnya orang bujang terlajak dan menduda adalah suatu suasana yang sesuai dengan kehendak Syara. Ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mahu melihat seseorang itu menduda hingga ke akhir hayatnya. Atau dengan lain perkataan ketika masa tuanya dan di akhir hayatnya tiada yang menemani hidupnya. 2.2. Keadaan ini kadangkala sukar difahami oleh generasi baru seperti membiarkan abangnya, bapanya hatta datuknya menduda tanpa mencarikan pasangan mereka yang sesuai. Begitupun mereka juga tidak mengambil berat terhadap mereka, apa lagi yang bertindak lebih dari itu dengan menghantar mereka di rumah-rumah kebajikan.

3.

BAGAIMANA PEDUDAAN INI BOLEH BERLAKU? Duda ini berlaku dengan perceraian semasa hidup ataupun pembubaran perkahwinan dengan beberapa sebab antaranya : 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah. Timbangtara atau hakam. Perceraian tebus talaq. Perceraian di bawah taliq. Pertukaran agama. Fasakh.

Manakala perceraian dengan sebab kematian, ini adalah dengan sebab kematian isteri maka perkahwinan mereka terputus dengan kehendak Allah s.w.t.

283

4.

IDDAH 4.1. Apabila berlaku pembubaran perkahwinan, samada melalui perceraian hidup atau mati berkenaan, lelaki tersebut tidak mempunyai iddah sebagaimana janda atauu balu. Melainkan mana-mana lelaki yang mempunyai empat orang isteri sahaja, apabila ia menceraikan salah seorang isterinya maka ia tidak boleh berkahwin lagi melainkan setelah tamat tempoh iddah isteri yang diceraikannya. Namun diingatkan kadangkala Pendaftar Nikah, cerai dan rujuk menggunakan budi bicara mereka (maslahah ammah) dengan menangguh permohonan duda-duda yang hendak berkahwin lain setelah tamat tempoh iddah isteri yang diceraikan kerana kadangkala berlaku setelah ia berkahwin lain ia rujuk semula kepada iserinya yang asal dan tak secara langsung ia telah mempunyai dua orang isteri atau dalam istilah lain berpoligami sedangkan ia tidak mampu bertanggung jawab dan melaksanakannya.

4.2.

5.

TANGGUNGJAWAB SEORANG DUDA 5.1. Seorang duda yang telah melafaz ceraikan isterinya jika perceraian tersebut dengan talaq raji atau talaq bain sekalipun ia tidak boleh menghalau keluar atau mengusir isterinya dari rumah tempat tinggal mereka melainkan setelah tamat tempoh iddah mereka itu pun jika tidak melibatkan tuntutan harta sepencarian terhadap rumah tersebut dan sebagainya oleh bekas isteri. Walaupun begitu jagalah akhlak Islam dengan

284

menghalang atau mengawal diri dari sifat yang tercela itu samada mengusir atau menghalau dan sebagainya. Mengikut adab Islam perkahwinan hendaklah dilaksanakan dengan adab dan susila yang penuh dihormati dan jika berlaku perceraian juga hendaklah diselesaikan dengan adab dan susila yang penuh dihormati. Dewasa ini ramai orang sudah melangar adab ini tanpa malu dan segan silu. Tugas kita adalah untuk mengembalikan susila dan akhlak Islamiah dalam konteks ini. 5.2. Firman Allah dalam Surah At-Tholaq, ayat 1 :

Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumahrumah tempat kediamannya sehingga habis iddahnya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
5.3. Seorang duda yang menceraikan isteirnya dengan talaq raji dan masih di dalam iddah hendaklah memberi nafkah iddah dan tempat tinggal kepada isterinya sehingga habis iddah isterinya. Seorang duda yang menceraikannya dengan talaq tiga atau talaq bain tidak wajib memberi nafkah iddah tetapi wajib memberikan tempat tinggal. Firman Allah dalam Surah At Tholaq, Ayat 6 : Maksudnya :

Maksudnya :

5.4.

285

Tempatkanlah isteri-isteri yang sedang menjalani iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka pada tempat tinggal itu dengan tujuan kamu menyusahkan kedudukan mereka.
5.5. Jika seseorang duda menceraikan isterinya yang sedang mengandung, ketahuilah bahawa perbuatan itu adalah haram hukumnya namun lafaz talaq tersebut tetap jatuh. Maka nafkah iddah dan tempat tinggalnya hendaklah diberikan kepada mereka sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Seorang duda yang mempunyai anak-anak hendaklah menyelesaikan tanggungjawab nafkah anak dan lainlain terhadap anak begitu juga mengenai hak penjagaan atau hadanah terhadap mereka, hendaklah diselesaikan dengan baik. Seorang duda yang memperolehi dan mempunyai harta semasa perkahwinan mereka hendaklah menyelesaikan harta sepencarian dengan bekas isterinya dengan perasaan tanggungjawab dan baik.

5.6.

5.7.

6.

KESIMPULAN Begitulah sebahagian mengenai duda yang dapat diperjelaskan. Jika perkahwinan dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh mesra kenapa tidak perceraian diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak tanpa memerlukan bantuan pihak ketiga.

286

TAJUK : JANDA DAN BALU 1. MUQADDIMAH Takrif Janda mengikut Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (UKI. Pk. 1984). Janda ertinya seorang perempuan yang telah diceraikan. Takrif Balu (UKI. Pk. 1984) Balu ertinya perempuan yang suaminya telah mati. Seseorang yang menjadi janda dengan sebab diceraikan semasa hidup atau dengan kematian suaminya. Seorang isteri yang kematian suaminya secara khusus dipanggil balu. JANDA DALAM IDDAH

287

Seseorang janda yang telah diceraikan tetapi masih di dalam iddah mereka ditakrifkan sebagai janda dalam iddah. Mereka tidak boleh berkahwin dengan orang lain melainkan setelah habis iddah. Manakala balu dikehendaki berkabung di atas kematian suaminya, begitu juga mereka tidak boleh berkahwin lain melainkan setelah tamat iddah. Perkahwinan semula seseorang janda dan balu mengikut sek. 12 UKI. Pk. 1984 menyatakan : 1) Tiada seseorang perempuan boleh dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain. Jika perempuan itu adalah seorang janda : a) Tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara, berkahwin dengan seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai. Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undangundang yang pada masa itu berkuatkuasa, atau suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan

2)

b)

ii)

288

perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan atau iii) suatu perakuan yang boleh diberi atas permohonannya selepas penyiasatan yagn wajar oleh Pendaftar yang mempunyai bidangkuasa di tempat yang di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda.

c)

Jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis iddahnya.

3)

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidka boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim di tempat pengantin perempuan itu bermastautin. Jika perempuan itu adalah seorang balu a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara.

4)

289

b)

dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

5) 5.1.

SOALAN DAN JAWAPAN TARAF SEORANG JANDA DAN BALU Kedapatan sebilangan masyarakat menghina atau rasa terhina dengan status janda dan balu. Islam melarang sesiapa sahaja menghina orang lain malahan sebaliknya, lebih-lebih lagi terhadap seorang janda atau balu. Hormati mereka sebagai seorang insan Bani Adam dan simpati nasib yang menimpa diri mereka. Malahan kemampuan mereka menyara diri mereka dan anak-anak mereka dengan penuh cabaran. Malahan suasana diri mereka dan anakanak mereka telah memberi cabaran kepada mereka membentuk anak-anak yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat sepatutnya diberi pengiktirafan yang tinggi oleh masyarakat.

290

5.2.

JANDA BERKAHWIN JEJAKA Jika seorang janda berkahwin dengan seorang jejaka, adakah perkara seperti ini wajar?. Secara peribadi, sebaik-baik perkahwinan itu adalah bujang sesama bujang dan janda sesama duda. Tetapi jika mana-mana pihak ada alasan yang munasabah seperti berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang jejaka telah berkahwin dengan seorang janda, maka Rasulullah s.a.w. telah bertanya kepada jejaka tersebut kenapa beliau memilih seorang janda. Sahabat menjawab beliau mempunyai ramai adik-adik (anak yatim) di mana si janda ini sudah tentu banyak pengalaman dan boleh menjaga dan mendidik adik-adiknya. Maka Rasulullah s.a.w mengiyakannya dan menyatakan pilihan jejaka tersebut adalah tepat.

6)

TANGGUNGJAWAB TERHADAP JANDA Jika seseorang itu telah bercerai, pada pandangan Islam siapakah yang berkewajipan menangungnya? Tanggungjawab tersebut kembali kepada ayah atau wali-walinya begitu juga tanggungjawab nafkah anakanak janda tersebut.

7)

JANDA YANG MENYARA ANAK-ANAK HASIL DARI PENDAPATAN MAKSIAT?

291

Jika seseorang janda bekerja di pusat-pusat hiburan kerana hendak menyara dirinya dan anak-anak, adakah dosa-dosa mereka ditanggung oleh bekasbekas suami atau ayah-ayah anak-anaknya? Sesiapa sahaja diharamkan bekerja di tempat-tempat yang haram atau maksiat. Makanan yang haram atau punca pendapatan yang haram yang menjadi darah daging akan menjadi bahan bakaran api neraka. Elakkan diri dari bekerja di tempat tersebut dan punca pendapatan halal masih banyak jika dicari atau diusahakan. Pendapatan yang halal akan membawa keberkatan dari masa ke semasa. TAJUK : HUKUM BERPOLIGAMI 1. MUQADIMMAH 1.1. Poligami adalah bererti kahwin lebih daripada seorang. Lawannya monogami, iaitu kahwin hanya seorang sahaja. Di dalam Islam diharuskan berpoligami itu seramai 4 orang saja dengan syaratsyarat yang tertentu. Poligami telah wujud sebelum datang Islam, semua bangsa dan golongan manusia di kala itu mengamalkan poligami. Bangsa Ibrani dan Arab terdapat di kalangan mereka mempunyai berpuluhpuluh orang isteri. Tetapi bila datang Agama Islam, maka cara poligami yang diamalkan oleh bangsa Ibrani dan Arab itu diharamkan oleh Islam, kerana didapati cara poligami mereka itu adalah suatu

1.2.

292

tindasan dan kezaliman terhadap kaum perempuan. Dalam hal yang demikian, Islam mengharuskan poligami dengan syarat-syarat yang tertentu. 2. APAKAH HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM? 2.2. Hukum poligami dalam Islam adalah harus, tetapi keharusan bukanlah secara mutlak, malah disyaratkan dengan syarat-syarat yang tertentu Firman Allah Taala dalam surah Annisa ayat 3.

Maksudnya :

Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim itu, maka kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu, hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.
2.3. Ayat ini turun di akhir tahun ke-8 hijrah untuk menghapuskan peradapan lama orang-orang Arab jahiliah, di mana mereka itu jika ada perempuan yatim wali yang menjaganya tidak mahu mengahwininya dengan orang lain, supaya tidak lepas kuasa memelihara harta anak perempuan yang yatim itu dari tangannya, sedangkan kewajipannya sebagai suami yang bertanggungjawab tidak dipenuhinya, bahkan harta isterinya itu yang diambilnya. Oleh itu diperingatkan Allah, jika seorang merasa tidak dapat

293

berlaku adil dalam perkahwinan dengan anak yatim, bolehlah ia berkahwin dengan perempuan-perempuan lain sampai empat orang. Tetapi sekiranya ia merasa tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri itu, cukuplah satu isteri sahaja. 2.4. Ayat tersebut menunjukkan bahawa peraturan Agama Islam mengenai poligami ini datang melalui jalan tengah. Agama Islam tidak mengharamkan poligami dan tidak mengharuskannya secara mutlak tanpa bersyarat, tetapi Islam datang menentukan syaratsyarat yang mengharuskan dan membataskan bilangannya.

3.

BAGAIMANA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PERAK) MENGENAI POLIGAMI Selaras dengan tuntutan tersebut U.K.I. Pk. 1984 (Pindaan 1992) memperuntukan Seksyen 21(1) tiada lelaki boleh berkahwin lagi dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada Hakim bahawa dia telah membuat pengakuan di hadapan Hakim yang ia akan berlaku adil terhadap isterinya dan jika ia berkahwin sedemikian tanpa pengesahan tersebut perkahwinan itu hanya boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini atas perintah Mahkamah tertakluk kepada Seksyen 118.

Seksyen 118 : Penalti poligami tanpa pengesahan Hakim ialah denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya dan penjara.

294

4. BERAPA NISBAH MEREKA YANG BERPOLIGAMI DI DALAM NEGERI PERAK Poligami 140 pasangan dari 1 12/97. kurang 14,000. Rasio : 1% sahaja. Pernikahan lebih

Begitu jugalah nisbah lebih kurang tahun-tahun yang berikutnya.

5. APAKAH SYARAT-SYARAT DALAM ISLAM YANG MENGHARUSKAN SESEORANG ITU BERPOLIGAMI? 5.2. Menurut nas Al-Quran Surah Annisa ayat 3 yang diutamakan ialah keadilan. Islam mengharuskan seseorang itu berpoligami dengan syarat ia boleh melakukan keadilan di antara para isteri, iaitu tidak melebihkan antara isteri dari isteri yang lain dan tidak pula membeza-bezakan di antara mereka. Keadilan 2 perkara : a) b) Pemberian nafkah makan, minum, pakaian dan tempat kediaman. Bilangan hari giliran dan layanan terhadap isteri-isteri itu.

5.3.

295

6.

BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM KALAU SESEORANG LELAKI ITU MERASA DIRINYA TIDAK SANGGUP MELAKUKAN KEADILAN KEPADA BEBERAPA ORANG ISTERINYA. BOLEHKAH IA BERPOLIGAMI? Tidak layak berpoligami memadai dengan manogami. Sebagaimana disarankan Allah dalam surah Annisa Ayat 3.

Jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil di antara isteriisteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang saja.

Maksudnya :

7.

JIKA TIDAK MAMPU BERPOLIGAMI JUGA?

BERPOLIGAMI

TAPI

Ia melanggar syarat-syarat yang mengharuskan poligami dan hukumnya haram. 8. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEADILAN? Keadilan berpoligami tidaklah termasuk keadilan yang meliputi perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan sebagai seorang manusia, seperti kecenderungan hati, perasaan kasih sayang. Seorang suami tidak akan sanggup dan tidak ada jalan untuknya supaya peringkat kasih sayang dan kecenderungan hatinya kepada tiap-tiap seorang isteri bersamaan dengan isteri yang lain. Inilah maksud Firman Allah, surah Annisa ayat 129.

296

Maksudnya :

Dan kamu tidak sekali-kali sanggup berlaku adil di dalam perkara-perkara yang kamu tidak dapat menguasainya di antara perempuan-perempuan. Sekalipun kamu bersungguh hendak melakukannya.
9. LELAKI BERPOLIGAMI TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA ISTERI-ISTERINYA MENGENAI NAFKAH DAN GILIRAN BERMALAM. BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM TERHADAP LELAKI TERSEBUT? Di hari kiamat kelak, ia akan berjalan dalam keadaan badannya condong sebelah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. Maksudnya :

Sesiapa yang ada mempunyai dua orang isteri, maka ia cenderung kepada salah seorang daripada kedua isterinya tidak cenderung kepada yang seorang lagi, pada hari kiamat ia berjalan dalam keadaan badannya condong sebelah.
10. BAGAIMANA KALAU MULA-MULA ADIL KEMUDIAN SALAH SEORANG DARI ISTERI-ISTERI TADI TERBIAR DAN MENDERITA Berdosa. Allah telah mengingatkan suami dalam firmanNya di dalam surah Annisa ayat 129. Maksudnya :

297

Maka janganlah kamu cenderung sehabis-habis cenderung berat sebelah dalam melayani seorang isteri dengan yang lain sehingga membiarkan isteri yang lain seperti satu benda yang tergantung-gantung terbiar seolah-olah tidak bersuami.

11.

MENURUT TABIAT SEMULA JADI MANUSIA BILA SEORANG ITU BARU SAJA BERPOLIGAMI TENTULAH ISTERI BARU DAN SUAMI TADI SEDANG DALAM KASIH SAYANG YANG KUAT DAN KEINGINAN YANG MENDALAM. BAGAIMANA DALAM HUKUM SYARA BOLEHKAH SUAMI ITU MELEBIHKAN GILIRAN DI RUMAH ISTERINYA YANG BARU? Boleh, jika isteri baru masih gadis ia harus bermalam selama 7 malam (seminggu). Janda, 3 malam sahaja. Kemudian barulah membuat giliran semula di antara isteriisteri seperti biasa.

12.

BERAPA LAMA SEKURANG-KURANGNYA GILIRAN SEORANG ISTERI?

MASA

Satu malam dan tidak ada sekatan lamanya bila ada keizinan dan persetujuan dari isteri-isteri tadi. Ini adalah berdasarkan hadis Rauslullah s.a.w. yang diriwayatkan

298

daripada Ummi Salamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. tatkala berkahwin dengannya. Baginda bermalam selama 3 malam dan baginda bersabda dengan maksudnya :

Bahawasanya tidak ada bagi engkau kehinaan jika engkau berkehendakkan aku bermalam bersama engkau 7 malam dan jika aku bermalam 7 malam bersama-sama engkau, aku akan bermalam pula selama 7 malam bersama-sama isterIku yang lain.

13.

BAGAIMANA KALAU HENDAK KELUAR BOLEH PILIH SALAH SEORANG ISTERI?

NEGERI.

Tidak boleh dengan kemahuan suami sahaja. Undi, siapa yang terkena undi dialah yang mesti pergi bersama suami. 14. BAGAIMANA SUAMI YANG SAKIT. ADAKAH IA WAJIB MEMBUAT GILIRAN? Wajib buat giliran dan tidak memadai dijalankan undian. 15. SELAIN DARIPADA SYARAT KEADILAN, APAKAH SYARAT-SYARAT YANG LAIN LAGI UNTUK MENGHARUSKAN SESEORANG LELAKI ITU BERPOLIGAMI? Disyaratkan sanggup memberi nafkah kepada semua isterinya mengikut kadar kemampuan. Oleh itu janganlah

299

hanya memperhitungkan soal kemampuan batinnya saja. Tetapi kemampuan zahir juga diambil kira, begitu juga dengan tempat tinggal, tidak boleh diletakkan isteri-isterinya di dalam satu rumah tanpa izin mereka. 16. APAKAH HIKMAHNYA ISLAM POLIGAMI? ANTARANYA? MENGHARUSKAN

Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan. Menutup dan mengurangkan zina. Membiarkan keturunan dengan cara halal. Mengurangkan anak-anak di luar nikah. Perempuan-perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suaminya pada setiap masa, kerana beberapa hubungan yang tidak dapat dielakkan, sedangkan suami tidak terbatas. Pasangan berkehendakkan perlindungan. Bilangan perempuan lebih ramai. Kadang-kadang pasangan tidak dapat zuriat. Nafsu berahi lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas kepada umur, walaupun 70 80 tahun. Nafsunya masih lagi kuat. pimpinan lelaki,

300

Perempuan-perempuan umurnya dalam kawasan 50 tahun atau telah kering darh haidnya tidak merasa sanggup lagi melayani nafsu suaminya dan mula merasa jijik bila mendengar soal-soal itu.

16.

PENUTUP 16.1. Ini jelas menunjukkan bahawa poligami ini adalah harus bagi mereka yang boleh berlaku adil kepada isterinya, ayat ini tidaklah bermakna menggalakkan berpoligami dan tidak pula menyekat. 16.2. Hal ini adalah terserah kepada seseorang yang hendak berpoligami itu setelah ia menimbangkan dengan penuh teliti, buruk atau baiknya sanggup berlaku adil atau tidak. 16.3. Bagi orang-orang yang beriman, jangan membuat sesuatu pendapat yang bertentangan dengan hukum Allah dan sunnah Rasul, mereka yang bersikap anti berpoligami adalah sebagai orang yang membantah hukum Allah dan Rasulnya dan ini merosakkan keimanan.

301

TAJUK : ADAB MEMINTA IZIN MUQADDIMAH Meminta izin itu ada adab-adabnya. Dipandang mudah tapi kesannya besar dalam hubungan keluarga dan masyarakat. Memberi penghurmatan kepada orang lain. Memberikan pengiktirafan hak kepada orang lain. Mengujudkan suasana selesa, senang dan tenteram. Menghindarkan tohmah ataupun buruk sangka. Tiada perselisihan rumah tangga dan masyarakat.

SOALAN DAN JAWAPAN 1. KATAKANLAH SESEORANG INGIN MENZIARAHI UNTUK BERTANDANG ATAU MENGHADIRI APA-APA MAJLIS DI RUMAH SESEORANG. APAKAH PERKARA UTAMA DILAKUKAN SEBELUM MINTA IZIN MASUK KERUMAH , MENGIKUT PERADABAN ISLAM ?

302

Memaklumkan hasrat untuk berkunjung terlebih dahulu adalah lebih baik, samada dengan talipon, surat dan sebagainya. Sampai di tempat kunjungan terlebih dahulu hendaklah memberi salam dengan suara yang sopan. Jika tiada jawapan ulang tiga kali. Jika tiada respon boleh ketuk pintu dengan kuku atau dengan jari secara hormat. Jika orang dalam rumah jauh dari pintu, boleh ketuk pintu sekadar untuk menyampaikan maksud ketukan sahaja. Kalau ada loceng, memadailah dengan memicit loceng dengan lembut untuk menunjukkan kelembutan dan kebaikan dirinya. Tunggulah di penjuru pintu rumah bukan ditengah atau hadapan pintu rumah tetamu. Jika tuan rumah menjawab salam tunggu dulu di sudut pintu. Jawap salam. Berjabat tangan dengan semua orang yang ditemui (Mahram). Perkenalkan diri dan minta izin masuk. Jika diizinkan bolehlah masuk.

303

Jika tidak baliklah. Bila masuk rumah hendaklah dia duduk di tempat yang ditunjukan oleh tuan rumah. Hendaklah dia duduk di samping orang ramai, bukan di tengah-tengah mereka. Jangan mencelah duduk di antara dua orang, melainkan dengan izin keduanya. Dalam kumpulan tiga orang, jangan di antara keduadua berbisik-bisik. Siapa yang keluar dari majlisnya kerana suatu hajat, kemudian dia kembali, maka dia lebih berhak dengan tempatnya itu. Hendaklah dia memohon majlis itu. izin untuk kembali dari

Berdoa sebelum meninggalkan majlis.

2. ADAKAH APA-APA PENGAJARAN DARI RASULULLAH S.A.W.MENGENAI ADAB BERKUNJUNG KERUMAH ORANG INI ? Ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa seorang lelaki dari Bani Amir meminta izin kepada Nabi s.a.w., sedang baginda masih di dalam rumah hingga akhir. Maka berkata Rasulullah s.a.w. kepada pembantunya:

304

Maksudnya: Pergilah kepada orang diluar itu, dan ajarkannya cara meminta izin, dan katakan kepadanya: Ucapkanlah: Assalamu alaikum! Boleh tak saya masuk? Orang lelaki itu mendengar kata-kata Nabi s.a.w. itu: Maka dia pun mengucapkan: Assalaamu alaikum! Boleh tak saya masuk? Lalu Nabi s.a.w. pun mengizinkannya, dan barulah dia masuk.

3. BAGAIMANA KEPERLUAN MENGENALKAN MENGIKUT SARANAN RASULULLAH S.A.W. ?

DIRI

pintunya. Baginda bertanya: Siapa ini ? Jawabku: Aku! Maka berkata Nabi s.a.w.: Akuaku siapa aku? Seolah-oleh baginda tidak menyukai jawaban serupa itu.
4. JIKA KITA HENDAK MINTA KEIZINAN SEBANYAK TIGA KALI, SETAKAT MANA TEMPOH ANTARA KALI PERTAMA DAN SETERUSNYA ITU ?

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi daripada Jabir r.a., katanya: Aku mendatangi Nabi s.a.w. maka aku pun mengetuk

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa AlTelah berkata Rasulullah s.a.w.: Asyaari r.a., katanya:

Meminta izin itu tiga kali sahaja, jika diizinkan untukmu baiklah, kalau tidak hendaklah engkau kembali saja.

Adalah baik sekali ketika meminta izin diberikan tempoh antara kali pertama denga kali kedua itu sekadar masa sembahyang

305

empat rakaat, kerana kemungkinan orang yang di dalam rumah itu sedang sembahyang, ataupun sedang melepaskan hajatnya. 5. BAGAIMANA SAHABAT-SAHABAT RUMAH RASULULLAH S.A.W. ? MENGETUK PINTU

pintu rumah Rasulullah s.a.w. diketuk biasanya dengan jari semata-mata. Para salaf pula biasanya mengetuk pintu-pintu rumah guru-guru mereka dengan kuku sahaja. Semua ini menandakan kemuncak penghormatan, dan adab terhadap mereka.
6. KENAPAKAH KITA PERLU MENJAUHKAN DIRI SEDIKIT SEMASA MENUNGGU DILUAR RUMAH IAITU DISUDUT PINTU BUKAN DIHADAPAN PINTU RUMAH ? Kerana dikhuatiri adanya seorang perempuan yang bukan mahram yang membuka pintu itu. Sebab disyariatkan meminta izin itu ialah untuk menghindari terpandang hal-hal yang dilarang oleh Syara. Inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w. kepada para sahabat-sahabatnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka, sabda baginda:

Al-Bukhari telah mengeluarkan sebuah hadis di dalam kitab AlAdab Al Mufrad daripada Anas r.a., katanya: Bahawa pintu-

Hanyasanya disuruh meminta izin untuk menghindarikan pemandangan.


Diriwayat oleh Abu Daud pula:

Maksudnya:

306

Maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w. jika mendatangi pintu sesuatu kaum, baginda tiada menghadapi pintu itu dari mukanya. Akan tetapi baginda mendatanginya dari bahagian kanan atau kiri, lalu baginda mengucapkan: Assalamu alaikum! Assalamu alaikum!

7. JIKA ORANG TIADA DI RUMAH TAPI RUMAH TIDAK BERKUNCI ATAUPUN YANG ADA HANYA ISTERINYA ATAUPUN ANAK GADIS ATAU JANDANYA SEORANG DIRI. MEREKA MENERANGKAN SUAMINYA ATAU AYAHNYA TIADA DIRUMAH DAN TIDAK PULA MEMPELAWA ATAU MENIZINKAN TETAMU MASUK. ADAKAH PENGUNJUNG PERLU MERASA TERKILAN ATAUPUN MARAH ? Tidak perlu berasa hati ataupun marah kerana mereka mematuhi perintah Allah didalam Surah An-Nur, ayat 27-28 :

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu memasuki rumah yang bukan rumah-rumahmu, sehingga kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu selalu ingat. Dan jika kamu tiada mendapati seorang pun di dalamnya, maka jangan kamu memasukinya, sebelum kamu mendapat izin masuk. Jika disuruh kamu kembali, kembalilah, kerana yang demikian itu lebih baik bagi kamu.

Maksudnya:

307

8. DALAM KEADAAN TERTENTU ADAKAH UCAPAN SALAM PERLU DIIKUTI DENGAN BERJABAT TANGAN (DENGAN MAHRAM) ? At-Termidzi dan Ibnu Majah serta lain-lain lagi meriwayatkan juga daripada al-Bara r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: telah

Maksudnya: Tiada dua orang Muslim yang bertemu, lalu berjabat tangan, melainkan diampuni keduanya sebelum mereka berpisah. Didalam kitab Al-Muwaththa oleh Imam Malik, sebuah riwayat daripada Atha Al-Khurasani, katanya: Telah bersabda kepadaku Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: Berjabat tanganlah kamu, niscaya dengki akan terhapus, dan bertukar-tukar hadiah, niscaya kamu akan lebih sayangmenyayangi, dan akan terhapuslah permusuhan. 9. BOLEHKAH KITA DUDUK SEBARANG TEMPAT DIRUMAH TETAMU ? Tidak boleh. Tetamu adalah di bawah telunjuk orang yang menamunya di dalam serba-serbi, sehingga dia kembali, dan dia mestilah menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. :

308

Maksudnya: Barangsiapa memasuki rumah seseorang, maka hendaklah dia duduk di tempat yang disuruh dia duduk, sebab tuan rumah lebih mengetahui tentang tempat aurat rumahnya. (Majma AzZawaid). 10. KENAPA KITA KENA DUDUK DISAMPING ORANG RAMAI BUKAN DI TENGAH ORANG RAMAI, MESTI ADA HIKMAHNYA? Jika dia duduk di tengah-tengah, niscaya dia akan membelakangi setengah manusia dengan belakangnya, dan dengan itu dia akan menyebabkan orang marah,serta memaki dan melaknatinya. Melainkan dalam keadaan tempat yang sesak atau sempit. Abu Daud telah meriwayatkan dengan isnad yang baik daripada Huzaifah bin Al- Yaman rr.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah melaknati orang yang duduk ditengah-tengah. 11. JIKA DIDALAM SESUATU MAJLIS ADA DUA ORANG, JIKA ADA RUANG DITENGAH DIANTARA MEREKA BOLEHKAH DUDUK DISITU ? Tidak dibenarkan. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

Tidak boleh duduk antara dua orang, melainkan dengan izin keduanya.

Maksudnya:

309

12. ORANG YANG DATANG AKHIR DIDALAM SESUATU MAJLIS SAMADA DIADAKAN DI RUMAH ATU DITEMPAT LAIN BOLEHKAH DIA MELANGKAH ORANG LAIN UNTUK DUDUK DI HADAPAN ? Tidak boleh. Melainkan orang yang datang itu ada kelebihannya, seperti dia lebih berilmu, ataupun mempunyai pangkat, maka wajarlah si tuan rumah meletakkan orang itu di tempat yang sesuai dengan kedudukannya, tepat seperti sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Letakkanlah manusia itu di tempat-tempat yang sesuai baginya. Di mana misi Abdul Qais yang datang kepada Rasulullah s.a.w. betapa Nabi menyambut mereka, dan meluaskan tempat untuk mereka, kemudian Nabi mendekatkan ketua mereka yang bernama Al-Munzir bin Aidz, lalu menunjuknya supaya duduk di sebelah kanannya, setelah baginda menyambut mesra dan menghormatinya. 13. BERBISIK-BISIK APABILA MAJLIS ITU HANYA TIGA ORANG, APAKAH KESANNYA? Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Masud r.a., bahawasanya Rasulullah s.aw. pernah bersabda: Maksudnya:

310

Jika kamu tiga orang, maka janganlah dua orang di antara kamu berbisik-bisik, serta membiarkan yang ketiga, kerana yang demikian itu akan mendukacitakannya. Sebab larangannya ialah orang yang ketiga itu nanti akan menyangka yang bukan-bukan, dan akan merasa kurang senang dengan sikap itu. Tetapi jika majlis itu hanya dua orang, atau ramai sekali, maka tiada salah berbisik-bisik, jika ia tidak akan menimbulkan keraguan pada yang lain.
14. JIKA MASUK KESUATU TEMPAT PERLU MINTA IZIN BAGAIMANA DENGAN WAKTU PULANG? Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud:

Hanyasanya disuruh meminta izin itu supaya kelihatan.


Perkara ini sangat-sangat dijaga oleh rasulullah s.a.w. untuk memelihara kehormatan rumah tangga, dan menjaga matabenda dan perkara-perkara yang terlarang. 15. APAKAH DOA YANG DIAMALKAN OLEH RASULULAH S.A.W. BAGI PERPISAHAN SESUATU PERTEMUAN ATAU MAJLIS? Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Barzah r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. ketika ingin bangun dari majlisnya, baginda mengucapkan: Maksudnya:

311

Maha Suci Engkau, Ya Allah! Ya Tuhanku ! dan dengan kepujianMu, aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunanMu dan aku bertaubat kepadaMu.

312

You might also like