You are on page 1of 21

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2

NAMA

: MUHAMMAD HUD BIN NAZRI

TINGKATAN : 2 AMANAH K/P : 970114-43-5035

NAMA GURU : PUAN YUS AZURA SEKOLAH : SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

KAJIAN MENGENAI PETEMPATAN DI BANDAR BARU BANGI DAN PERBANDINGAN DI TOKYO , JEPUN

T.T MURID __________

t.T gURU _________

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN

----------------------------------------

KAWASAN KAJIAN -------------KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN ------------------------------------------------------------------

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah membantu saya dalam kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung. Bantuan tunjuk ajar dan dorongan ini telah membantu saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada rakan sekelas saya iaitu Muhammad Zaim bin Zolkifli dan Muhammad AmirulArif bin Alilullah kerana membantu dalam menyediakan maklumat bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru geografi saya, Puan Yus Azura kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian. Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakanrakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Pendahuluan
Bagi memenuhi sukatan pelajaran geografi, saya dan rakan-rakan sekelas telah dimaklumkan oleh Puan Yus Azura bahawa kerja kursus ini adalah wajib dilaksanakan oleh kami. Kami perlu membuat kajian tentang petempatan di sesebuah tempat di Malaysia dan perbandingan dengan sesebuah negara. Saya memilih Bandar Baru Bangi sebagai kawasan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di kawasan ini. Hal ini memudahkan kajian dijalankan selain menambahkan pengatahuan. Puan Yus Azura memberikan tempoh masa 4 minggu bagi saya melaksanakan dan menulis dapatan kajian saya. Laporan kerja kursus perlu ditulis secara individu.

Objektif kajian

Menyatakan dan menyenaraikan jenis-jenis pola petempatan di


Bandar Baru Bangi dan Tokyo, Jepun.

Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi


pola petempatan di Bandar Baru Bangi dan Tokyo, Jepun.

Mengkaji dan menghuraikan pola petempatan di Bandar Baru


Bangi dan Tokyo, Jepun.

Mengkaji dan menghuraikan kesan-kesan petempatan terhadap


alam sekitar di Bandar Baru Bangi dan Tokyo, Jepun.

Kawasan kajian di Bandar baru bangi


Kawasan kajian yang dipilih saya ialah Bandar Baru Bangi. Bandar Baru Bangi terletak di negeri Selangor iaitu Daerah Hulu Langat Zon Kajang. Kedudukannya dari kota besar Kuala Lumpur iaitu kira-kira 30 kilometer. Kedudukannya yang hampir dengan kota besar Kuala Lumpur menyebabkan petempatan di sini padat. Penduduknya melibihi 300 orang sekilometer persegi. Kawasan petempatan ini mempunyai banyak rumah teres dua tingkat. Kawasan ini juga mempunyai banyak kemudahan seperti kedai, klinik, surau dan sebagainya iaitu kemudahan lain untuk keselesaan penduduk. Perkara ini berlaku kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

Peta semenanjung Malaysia

PETUNJUK :

Negeri Kajian

Peta Selangor

Petunjuk :

Kawasan kajian

Peta daerah

Petunjuk :

kawasan kajian

Kawasan kajian di Tokyo, Jepun

Negara bandingan yang dipilih ialah negara Jepun. Secara rasmi Tokyo Metropolis adalah satu daripada 47 wilayah Jepun dan terletak di bahagian timur bagi pulau utama Nonshu. Kawasan ini merupakan kawasan metropolitan paling berpenduduk di dunia. Tokyo adalah pusat politik, ekonomi, budaya dan akedemik di Jepun serta tempat tinggal raja Jepun dan kerusi pemerintahan negara, dan sekaligus merupakan pusat perniagaan dan ekonomi utama untuk seluruh Asia Timur. Oleh itu, kawasan ini adalah sangat padat dengan penduduk melebihi 2,187 orang sekilometer persegi. Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan pertanian tetapi pertambahan penduduknya menyebabkan tanah pertanian semakin berkurang kerana kawasan petempatan baru terpaksa dibuka. Kini, kawasan ini dimajukan dan memfokuskan kegiatan perniagaan dan komersial.

Peta tokyo

Kaedah kajian

Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian mengenai jenis


dan pola petempatan di kawasan kajian.

Soal

selidik = saya telah mengumpul maklumat mengenai kawasan petempatan yang dikaji melalui boring soal selidik bagi mengetahui dan mengenali masalah-masalah yang dihadapi penduduk kawasan tersebut.

Rujukan = saya telah membuat rujukan di perpustakaan, buku


teks, internet bagi mendapatkan fahaman yang jelas mengenai kawasan kajian dan membuat perbandingan dengan negara luar yang dipilih.

Dapatan kajian
Jenis dan pola petempatan

Jenis petempatan kawasan seksyen 4, Bandar Baru Bangi ialah kawasan bandar sama seperti Tokyo, Jepun. Pola kawasan petempatan ini ialah berpusat. Rumah-rumah telah dibina dan disusun rapi serta tertumpu berdekatan dengan kemudahan awan seperti surau, kedai, klinik dan sebagainya. Pola petempatan sebegini memudahkan penduduk untuk menggunakan kemudahan yang disediakan tanpa perlu berjalan jauh atau menaiki kenderaan bermotor sekali gus dapat mengurangkan pencemaran udara di kawasan tersebut. Pola petempatan di Tokyo, Jepun juga berpusat dan tertumpu kepada kemudahan awam tetapi dengan populasi penduduk yang padat iaitu dengan penduduk melebihi 2,187 orang sekilometer persegi sehingga menyebabkan rumah-rumah dibina terlalu banyak dan kelihatan padat bagi memenuhi keperluan penduduknya dan akhirnya menyebabkan kemudahan jalan raya yang ada sempit sekaligus menyebabkan kawasannya kelihatan penuh dan sesak. Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di negara Malaysia yang tidak mengalami masalah petempatan yang terlalu padat seperti yang dihadapi penduduk di Tokyo, Jepun.

Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan penduduk

Kedudukan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi yang berdekatan dengan pusat bandar menyebabkan darjah ketersampingannya tinggi. Oleh itu, kawasan ini menjadi tumpuan untuk dijadikan kawasan petempatan. Selain itu, sejarah lampau turut mempengaruhi petempatan kawasan ini. Akhirnya, sebahagian besar kawasan ini dimajukan untuk dijadikan kawasan petempatan. Petempatan di Tokyo, Jepun pula telah mempengaruhi dengan kegiatan ekonomi. Dasar kerajaan yang membahagikan Jepun kepada 2 bahagian yang menyebabkan kawasan ini lebih memfokuskan kegiatan perniagaan dan komersial yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Jepun. Oleh itu, ramai pekerjanya berpindah di kawasan ini untuk memudahkan mereka untuk sampai ke tempat kerja. Selain itu, darjah ketersampaiannya kawasan ini ke pusat bandaraya yang tinggi turut menjadi faktor petempatan penduduk di kawasan ini.

Fungsi petempatan
Petempatan bandar di kawasan Bandar Baru Bangi dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi utama. Di antara fungsi tersebut termasuklah:
i. Fungsi sebagai pusat pentadbiran daerah:
Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi semua kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang ditempatkan di Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan fungsi mengutip cukai tanah dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan pentadbiran di sekitar kawasan Hulu Langat. Antara kawasan yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini termasuklah kawasan Bangi Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan sebagainya. Di sini juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan sebagainya bagi seluruh Daerah Hulu Langat.

ii. Fungsi perindustrian:


Satu lagi fungsi kawasan petempatan di Bandar Baru bangi adalah sebagai kawasan perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang mendirikan kilang di kawasan perindustrian ini ialah

Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan perindustrian yang baru dimajukan ialah Kawasan Perindustrian Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah menarik penduduk dari kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru Bangi dan meningkatkan jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan petempatan di kawasan ini semakin berkembang.

ii i . Fungsi sebagai pusat pendi di kan:


Sebagai sebuah bandar satelit, kerajaan telah merancang kawasan ini sebagai kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di Bandar Baru Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut Kemahiran Mara, NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah menengah juga terdapat di kawasan ini seperti SMK Jalan Tiga, SMK Jalan Empat dan SMK Bandar Baru Bangi dan lain-lain. Pembinaan pusat pendidikan ini turut meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru Bangi.

Tokyo merupakan ibu negara Jepun. Tokyo berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, pelancongan dan perkhidmatan. Selain itu, fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di Tokyo adalah member peluang pekerjaan kepada penduduk dalam bidang perindustrian dan perkhidmatan.

Masalah petempatan

Di kawasan kajian saya, masalah yang wujud iailah kesesakan lalu lintas. Kawasan ini mengalami keadaan ini pada waktu puncak iaitu semasa penduduk keluar bekerja. Kawasan yang kerap berlaku kesesakan ialah di sekitar jalan raya di Seksyen 7 dan 8 menuju ke Lebuh Raya Silk. Pencemaran juga menyumbangkan masalah selain daripada kesesakan lalu lintas. Pertambahan bilangan kenderaan di Bandar Baru Bangi telah meningkatkan pencemaran. Pencemaran udara berlaku akibat lepasan asap dan gas beracun daripada kenderaan bermotor serta aktiviti pembakaran secara terbuka. Begitu juga dengan masalah di Tokyo. Pencemaran berlaku dari asap-asap kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran secara terbuka. Ini telah menyebabkan berlakunya pulau haba. Di Tokyo merupakan kawasan pembangunan yang pesat. Semakin hari hutan semakin pupus dan menjadi panas.

Cara mengatasi masalah : 1. Kempen Melaksanakan kempen-kempen serta program untuk kesedaran masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran yang

berlaku.
2. Pokok hijau Mengadakan hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk

mengambil kesempatan membantu mengelakkan berlakunya pulau haba.


3. Penguatkuasaan undang-undang Pihak yang bertanggungjawab perlu menguatkuasakan undang-

undang berkaitan alam sekitar.

Rumusan
Secara kesimpulannya, kajian ini member ruang kepada saya dan rakan-rakan mengetahui mengenai jenis pola petempatan di kawasan kediaman masing-masing dan negara bandingan. Pelbagai aspek berkaitan petempatan dapat diketahui termasuklah faktor, fungsi, masalah yang dihadapi di kawasan kajian dan negara bandingan. Bandar Baru Bangi merupakan sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai fungsi petempatan menyebabkan ianya menjadi tumpuan. Oleh itu, pelbagai masalah timbul. Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Kita seharusnya berasa bangga dan bersyukur kerana diberikan tempat kediaman yang selesa dan tidak menghadapi masalah serius yang menggangu rutin harian penduduknya seperti yang berlaku di Jepun.

Rujukan Ibu bapa Internet orang awam pekerja di pkns perpustakaan buku
teks

L A M P I R A N

You might also like