You are on page 1of 26

HUBUNGAN GURU DAN IBU BAPA

NURAINI BT MOHD NOOR NOOR AZLINA BT ISMAIL

Hubungan guru dan ibu bapa terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

H U B U N G A N G U R U D A N I U B A PA . B

CARA KOMUNIKASI GURU DENGAN IBU BAPA


Terbahagi kepada 3 iaitu : Komunikasi bersemuka Teknologi Bertulis

Komunikasi Bersemuka
Ibu bapa dan guru berbincang secara bersemuka. Perbincangan dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Ibu bapa terus berbincang dengan guru mengenai sesuatu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. bantu guru lebih mengenali kanakkanak.

Teknologi
Guru berkomunikasi menggunakan teknologi berdasarkan kepada :

- Berita mendokumentasikan berita pendidikan prasekolah kepada ibu bapa. - Buletin mendokumentasikan peristiwa yang berlaku di prasekolah. - Telefon menelefon untuk memberitahu hal kecemasan tentang kanak-kanak. - E mail senang untuk memuatkan maklumat dan mendapat maklumbalas segera. - Laman Web membina blog sendiri sesebuah prasekolah.

Bertulis
Surat adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. Sebagai dokumen sokongan jika berlaku sesuatu perkara. Contoh : program seperti lawatan perlu disertai dengan surat kebenaran waris untuk mengelakkan sesuatu perkara tidak diingini.

Jenis-jenis surat yang perlu diketahui :


SURAT MAKLUMAN memberitahu tentang cuti sekolah, peristiwa , maklumat lawatan atau hari sukan. PANGGILAN MESYUARAT- surat panggilan untuk menjemput ibu bapa hadir mesyuarat prasekolahdihantar lebih awal. SURAT JEMPUTAN- menjemput ibu bapa hadir ke sesuatu majlis. dilampir borang hadir atau tidak untuk memudahkan urusan.

Aktiviti Penglibatan

Keperluan Penglibatan Ibu Bapa.

Mengekalkan kejayaan sesuatu program prasekolah melalui penglibatan yang aktif. Meningkatkan prestasi akademik kanakkanak. Meningkatkan sikap kendiri positif kanakkanak. Memudahkan ibu bapa memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran Membolehkan ibu bapa mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran kanakkanak Mengeratkan hubungan guru dan ibu bapa.

Jenis Penglibatan

Jenis penglibatan di sekolah ialah dari aspek : keibubapaan komunikasi Sukarela Pembelajaran Membuat keputusan Kerjasama

Komunikasi bermula daripada sekolah ke rumah apabila maklumat daripada sekolah dimaklumkan kepada keluarga. Pihak sekolah memaklumkan aktiviti sekolah melalui pelbagai media . Keluarga dapat melibatkan diri secara sukarela seperti membantu membuat alat bantu mengajar , memasak , menjahit langsir , menanam bunga dll .

Pihak keluarga terlibat dalam aktiviti seperti berikut :


Keluarga sebagai pemerhati Tahap penglibatan yang paling rendah iaitu terliba di dalam upacara tahunan seperti hari sukan ,hari terbuka , hari pameran dan menjadi penonton ketika anak membuat persembahan . Pembantu Ibu bapa membantu melaksanakan peraturan peraturan yang telah ditetapkan oleh tadika .

Rakan kerjasama Ibu bapa memberi pendapat ,maklum balas dan bekerjasama dengan pihak sejiakh untuk mencapai matlamat prasekolah Mereka berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah prasekolah . Majikan Bagi ibu bapa yang menguruskan prasekolah mereka memberi pendapat dan bertukar fikiran mengenai bagaimana hendak memajukan prasekolah .

Penglibatan ibu bapa daripada para profesional seperti :


Khidmat nasihat Membayarkan yuran dan menyebarkan maklumat Mengajar dan memerhatikan anak mereka di rumah dan memberi maklum balas kepada pihak guru semasa perjumpaan . Menyumbang dalam pengajaran semasa kelas dan melaksanakan bersama anak .

Keluarga boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti :


Konsert kanak kanak Penyampaian sijil kanak kanak Lawatan ke tempat perlancongan Perkhemahan di tempat rekreasi Pameran hasil kerja kanak kanak Pertandingan bercerita dan lukisan kanak kanak Pementasan puisi kanak kanak Koir kanak kanak Sukaneka kanak kanak Ambil gambar haiwan Berenang

Impak penglibatan keluarga


Impak penglibatan keluarga di dalam aktiviti prasekolah adalah seperti berikut : Mengimbangi program secara menyeluruh secara tidak langsung boleh mewujudkan perkembangan sosial . Memberikan rasa kejayaan kepada sekolah . Dapat berkongsi membuat keputusan , membentuk nilai murni serta

Kebaikan kepada kanak kanak


Mereka dapat melihat peranan ibu bapa berbeza iaitu sebagai guru Mereka dapat berkenal mesra , bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman atau pun pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai latar pekerjaan . Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan di mana nisbah kanak kanak berbanding orang

Kebaikan kepada ibu bapa


Mereka dapat melihat tingkah laku anak mereka di sekolah . Mereka berpeluang mempelajari kaedah atau cara guru mengatasi masalah tingkah laku anak anak . Mereka dapat memahami apa yang sudah ,sedang dan akan dipelajari oleh anak anak . Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak anak mereka.

Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan . Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru . Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan .

Kebaikan kepada guru


Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti . Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan kanak kanak . Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah . Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan . Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan .

Kebaikan kepada sekolah


Penglibatan ibu bapa juga memberi kebaikan kepada prasekolah melalui : Membolehkan prasekolah untuk melaksanakan panduan kurikulum yang ditetapkan . Prasekolah dapat memberi peluang untuk meningkatkan lagi hubungan antara orang dewasa dengan kanak kanak .

Pihak prasekolah dapat menggunakan bantuan ibu bapa dan tidak perlu bergantung kepada bantuan profesional luar . Ini dapat mengurangkan kos pentadbiran prasekolah. Pihak prasekolah khasnya guru akan dapat bantuan secara langsung dengan kehadiran ibu bapa di kelas di mana ibu bapa akan berkumpul untuk membuat alatan peralatan pembelajaran atau permainan , mengatur sudut atau menguruskan

Ibu bapa boleh dijadikan sumber untuk tenaga ,kepakaran dan program program yang dijalankan . Ibu bapa yang terlibat boleh dijadikan sebagai seseorang penyampai maklumat (messenger) untuk memberitahu ibu bapa yang lain tentang program atau masalah yang melibatkan persekolahan anak anak mereka . Perkongsian tanggungjawab dengan guru prasekolah akan menyebabkan ibu bapa lebih prihatin dengan masalah pendidikan dan perkembangan anak anak mereka sendiri .

Perluasan pembelajaran
Prinsip pembelajaran kanak kanak perlu difahami oleh pendidik yang terlibat dengan pendidikan awal kanak kanak . Pendidik perlu menggalakkan pembelajaran melalui proses : Mendengar dan melayan kanak kanak Berbual dengan kanak kanak Menggalakan kanak kanak menyiapkan kawasan untuk bermain . Memastikan kanak kanak mempunyai tugasan yang jelas .

Perancangan
Dalam membuat perancangan terdapat perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang . Perancangan jangka panjang adalah perancangan tahunan dan semester dan perancangan jangka pendek adalah untuk mingguan dan harian .

Pelaksanaan
Konsep amalan yang bersesuaian dengan pembelajaran kanak kanak yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengemukakan pertanyaan yang bersesuaian dengan perkembangan kognitif kanak kanak .

You might also like