You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KEWANGAN PERTAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SULOH BAGI TAHUN 2011

TARIKH HARI TEMPAT MASA : 17 JANUARI 2011. : ISNIN. : BILIK MESYUARAT SKSS. : 1.40 PETANG.

KEHADIRAN: 1. 2. 3. 4. GURU BESAR (EN MUSA B P. MOHIDIN) PENTADBIR SEKOLAH- SEMUA GPK SEMUA GURU KERANI KEWANGAN(EN SAUGI B OMAR)

TIDAK HADIR: 1. EN MOHD ESA B MOHD NONG (M.C) AGENDA: Agenda Pertama (Perkara Umum) 1. Ucapan Guru Besar- En Musa B P. Mohidin mengalukan semua guru pada mesyuarat kali ini dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran serta kerjasama semua guru. 2. Beliau menerangkan terdapat 2 akaun yang diaudit iaitu: a. Kumpulan Wang Kerajaan b. SUWA( Sumbangan Wang Awam)- dari punggutan yuran yang dimasukkan ke dalam akaun sekolah 3. Pihak sekolah telah melantik En Ahmad Ridzuanullah B Dawam sebagai juru audit dalaman dan surat perlantikan akan disusuli kemudian. 4. Beliau mengingatkan agar semua guru bersama panitia masing-masing akan membuat perbelanjaan secara berhemah dan bersifat telus. 5. Beliau mengingatkan semula beberapa prosedur yang harus diikuti ; a. Sebelum membuat pesanan, Ketua Panitia hendaklah berjumpa dengan En Saugi untuk membuat perbincangan dan rujukan.

b. Minta En Saugi mendapatkan beberapa sebut harga daripada beberapa orang pembekal sebagai rujukan dan perbandingan harga. c. Minta nota meter dari kerani d. Selepas mesyuarat bersama panitia, barulah ketua panitia memberikan nota meter bagi senarai barang. e. Kerani akan membuat pesanan barang f. Setelah barang sampai, barulah ditanda tangan setelah meneliti dari segi quality dan harga yang berpatutan 6. Bagi Yuran persekolahan,Guru Besar mengingatkan beberapa perkara: a. Semua Guru Kelas teleh diperturunkan kuasa bagi memunggut yuran persekolahan. b. Semua guru kelas diminta mengambil surat kuasa punggutan yuran dipejabat sekolah. c. Surat lantikan punggutan yuran hendaklah diletakkan dibahagian punggutan yuran dalam buku kedatangan dibahagian hadapan. d. Buku kedatangan hendaklah berada dalam keadaan lengkap untuk diaudit. e. Jika ada murid yang tidak membayar yuran persekolahan, guru kelas akan diambil tindakan. 7. Pihak sekolah mengharapkan bahagian kewangan sekolah mesti mencapai tahap baik, untuk itu beberapa perkara perlu dilakukan: a. Semua dokumen kewangan sekolah mesti lengkap b. Kerjasama dari semua guru c. Guru hendaklah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari En Saugi dari segi kewangan sekolah baik dari segi pentadbiran dan panitia. 8. Pungutan yuran dalam akaun SUWA bagi semua murid sudah dibayar. Beliau mengucapkan terima kasih atas usaha gigih Pn Hjh Norsidah Bt Md Tawil selaku GPK Hem menguruskan yuran persekolahan dan penjualan buku. Agenda Kedua (perbincangan Kumplan wang Kerajaan) 1. Kumpulan Wang Kerajaan akan dapat selewat-lewatnya pada akhir bulan Febuari dan disalurkan secara online. 2. Murid Pra Sekolah adalah hanya seramai 22 orang berbanding dari tuntutan bantuan pra kapita seramai 25 orang. i. Pn Haniza akan membuat tuntutan tersbut mengikut kepala

ii. Jika tiada sebarang tindakan sehingga sekurang-kuranganya pada bulan October 2011 maka kerani akan membuat pertanyaan susulan bagi wang peruntukan tersebut 3. En Saugi B Omar menyatakan bahawa edaran yang diberikan adalah berdasarkan jumlah budak pada 31 Ogos 2010. 4. Bagi mata pelajaran teras diperuntukkan 60% dari RM 3220.00 sebanyak RM1932.00, seterusnya mata pelajaran sains sebanyak 40% ( RM772.80), Matematik 30% (RM 579.60) dan BI 40% (RM579.60). 5. Bagi mata pelajaran Sivik peruntukan adalah tetap sebanyak RM800 dan bagi lain lain mata pelajaran serta mata pelajaran wajib boleh dianjak / bebas dalam membuat peruntukan mengikut kepentingan dan keutamaan dalam keperluan semasa. Ini berbeza dengan peruntukan mata pelajaran teras adalah tetap. 6. Guru Besar mengingatkan panitia Sains dan Seni masih mempunyai hutang pada tahun lepas yang perlu dilangsaikan. 7. Duit Bimbingaan dan Kaunseling boleh diperuntukkan kepada beberapa perkara: a. Perlantikan pengawas b. Motivasi pelajar c. Buku rujukan pemulihan ( Pn Nor Marhayu bincang dengan En Tajuddin) 8. LPBT( Perbelanjaan Berulang Tahunan) boleh diperuntukkan bagi: a. Menampung duit kerosakan peralatan sekolah b. Kegunaan menampung membayar bil c. Memperbaiki komputer d. Lawatan pelajar e. Pembelian peralatan sekolah-kertas, kapur tulis, penyapu f. Membayar fotostat kertas peperiksaan bulanan 9. Guru Besar meluluskan pembelian 4 kipas syiling bagi bilik darjah satu(3 buah) dan 1 buah bagi bilik bimbingan kaunseling, lampu bilik PJK dan plug bagi Pra Sekolah. 10. Duit kokurikulum akan digunakan bagi kegiatan aktiviti murid dalam persatuan,permainan dan unit beruniform serta kursus kepimpinan, pembinaan sahsiah murid dan beberapa perkara yang sesuai dilaksanakan. 11. Yuran khas dari kerajaan hendaklah dihabiskan dan bagi semua peruntukkan lain Guru Besar mengingatkan untuk menyimpan sebanyak 10%. 12. Bayaran tambahan pada tahun ini telah bertambah sebanyak RM 37.50 mengikut keputus dari pemufakatan PIBG dan pihak sekolah.

13. Duit sumbangan kelas tahun 6 sebanyak Rm 70.00 akan digunakan bagi: a. Membangunkan keperluan pembelajaran pelajar tahun 6 b. Langgan surat akhbar DIDIK c. Penambahan pembeliaan buku kerja tambahan 14. Pn Hjh Norsidah Bt Md Tawil(GPK HEM) menyatakan bahawa penjualan buku garis satu MSSD/MSSJ hanya memberikan keuntungan 5 sen bagi setiap buku. 15. Guru Besar menyatakan duit sumbangan komputer sebanyak RM1450.00 dari lainlain bayaran bolehlah digunakan oleh En Abu Bakar B Md Noor untuk menaik taraf bilik computer sekolah. Lain-lain Hal: 1. En Rizal b Hassan meminta peruntukan membeli mikrofon yang baru kerana semua mikrofon sudah tidak berfungsi dengan baik. 2. En Kasmani b Hussin meminta peruntukkan membeli PA System yang baru untuk kegunaan Panitia Muzik. 3. Pn Haniza bt Hamzah meminta agar tilam lompat tinggi dapat diperbaiki dengan sempurna. 4. Guru Besar mengingatkan semua guru menanda semua buku aktiviti yang telah dibeli dan mengingatkan pemantauan pada bulan Mac 2011. Mesyuarat ditunda pada pukul 3.30 petang. Disediakan oleh : Disahkan oleh :

. ( NOR MARHAYU BT MOHD MAULAN) GURU BERTUGAS MINGGUAN

You might also like