You are on page 1of 16

Perhargaan

SayainginmengucapkanucapanribuanterimakasihkepadaPengetua SMK Bandar RinchingiaituPnSitiZalehabtAbd Wahid keranatelahmemberikankebenarankepadasayauntukmenjalankankerja kursusini. Tidaklupajugakepada guru SejarahsayaiaituPN.NikSiti Marina BintiNikYaacob yang telahbanyakmemberikantunjuk ajar dannasihatsepanjangmembuatkerjakursusini. Ucapanterimakasihjugakepadakeduaibubapasayakeranamemberikans okongandandorongankepadasayauntukmenyiapkankerjakursusini.Ba nyakwang ringgit yang telahmerekahabiskan demi memastikankerjakursusinidapatdilaksanakandenganjayanya. Tidaklupajugabuatrakan-rakansaya yang telahbanyakmembantusayadarisegimemberibuahfikirankepadasayaun tukmenyiapkankerjakursusini.

Bil Perkara Muka Surat 1 Tajuk kajian 2 Senarai Kandungan 3 Penghargaan 4 Objektif Kajian 5 Kaedah Kajian 6 Hasil Kajian 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan

Objektif Kajian
1) Kerja kursus sejarah ini dilaksanakan mengenai sejarah sekolah untuk memenuhi objektifobjektif berikut : a) Memahami tentang sejarah dan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching. b) Menghayati Misi,Visi,Piagam Sekolah,Ikra,lagu, dan Falsafah Sekolah dengan lebih mendalam. c) Memupuk rasa tanggungjawab dan cintakan sekolah. d) Menambah pengetahuan tentang kejayaan dan anugerah yang diterima oleh sekolah. e) Memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber. f) Menganalis dokumen-dokumen mengenai sekolah.

Kaedah Kajian
a)Kaedah Penyelidikan
Penyelidikan dibuat di sekolah segala fakta dan maklumat yang diperoleh di kumpul, dianalisis dan ditafsir dahulu sebelum dijadikan bahan.

Hasil Kajian
Latar belakang sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching mula beroperasi pada16 Disember 2004. Puan Hamidah binti Abdul Rahman merupakan Penolong Kanan merangkap care taker dengan dibantu oleh Encik Abdul Hameed bin Abdul Majib sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bangunan yang berharga RM 14 juta ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Makmal Sains, Dewan Serbaguna, Gelanggang Bola Keranjang,Padang Bola Sepak dan Kedai Koperasi. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching memulakan sesi persekolahan pada 3 januari 2005 dengan bilangan 168 orang pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua,27 orang guru, 4 orang staf sokongan, 3 orang pengawal keselamatan dan 4 orang pekerja am. Bilangan pelajar meningkat kepada 200 orang pada September 2005. Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran bermula pada 16 Jun 2005. Sekolah rendah yang menjadi pembekal Feeder School: y y y y y SK Bandar Rinching SK Jalan Semenyih 1 SJKC Sin Ming SJKT Ladang Rinching SJKT Ladang Semenyih

SMK Bandar rinching telah mempunyai lencana sekolah, lagu sekolah dan bendera sekolah. Lencana sekolah direka cipta oleh Puan Apizal binti Mohd Taib dan Puan Hajah Amnah binti Hashim. Senikata lagu sekolah diilhamkan oleh Pn. Hamidah binti Abd. Rahman manakala lagu sekolah adalah hasil nukilan dan ciptaan Dr. Boekhrin Karyostyko. Bendera sekolah pula direka bentuk oleh Puan Hajah Amnah binti Hashim. Lambang yang menjadi identiti telah didaftar dalam tempoh empat bulan dari tarikh sekolah beroperasi. Lambang sekolah dicipta berteraskan erti kualiti, inovatif, kritis dan kreatif serta perpaduan untuk mencapai visi sekolah. Visi, misi dan falsafah sekolah telah berjaya diwujudkan dan siap dipaparkan pada bulan April 2005. Puan Hajah Amnah binti Hashim merupakan pengetua pertama yang memulakan tugas pada 24 Januari 2005. SMK Bandar rinching menjadi sekolah Peluasan Bestari mulai 1 januari 2006. Pembestarian pengajaran dan pembelajaran menjadi tunjang kepada Pembestarian sekolah.

Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah

Infrastruktur dan kemudahan asas

Pengetua
Biodata
Beliau mendapat gelaran pengetua cemerlang pada tahun 2010. Beliau mendirikan rumahtangga pada 12 April 1991 dari mempunyai empat orang anak. Beliau berharap agar dapat meningkatkan prestasi semua murid dalam semua bidang termasuk Akedemik, Kokurikulum dan sahsiah pelajar. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching ialah Puan Siti Zaleha bt Abd Wahid. Puan Zaliha mula berkhidmat menjadi guru pada tahun 1980. Beliau mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisyamudin kemudian beliau terus menyambung perkhidmatan di SMK Panglima Parit Gantang pada tahun 1982. SMK Ulu Kinta, Perak, pada tahun 1987, SMK St.Michael, Ipoh pada tahun 1993, SMK Bukit Bandar Raya, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Pada tahun 2001 sebagai Penolong Kanan Petang, SMK Vokasional ERT pada tahun 2001 (September) sebagai Pengetua. Seterusnya pada tahun 2010 (ogos) dilantik sebagai Pengetua SMK Bandar Baru Ampang pada bulan Febuari 2011 sebagai Pengetua SMK Bandar Rinching

Guru

Badan Pengurus/PIBG
Ahli jawatankuasa PIBG 2011/2012 Penasihat: Pn. Hajah Zaliha binti Abdul Wahid Yang Dipertua: En.Mohamad Kamal bin Zakariah Naib Yang Dipertua: En. Mohd Yusof bin Lasim Setiausaha: Pn. Norisa Rozita Binti Mat Hassan Penolong Setiausaha: Pn. Siti Norrin Binti Saliman Bendahari: Cik Noor Wahidah Binti Abdul Wahab AJK Ibubapa: 1. Haji Abdul Aziz Bin Hj.Ahmad Hanafiah 2. Pn. Aniza Binti Mohd Shukor 3. En. Harun Bin Bahari 4. En M. Rajendran 5. En. Baharom Bin Abdul Hamid AJK Guru: 1. En. Mohd Amri Bin Hussin 2. En. Mohd Azhar Bin Kamarudin 3. PN. Norziyarni Binti Nordin 4. PN. Prema A/P Maruthaveeran 5. Cik Rozana Binti Yunus Juru Audit: 1. En. V.M. Samy 2. PN. Mas Azura Binti Ahmad Sumbangan dan Aktiviti: 1 )Membiayai perbelanjaan Temu Mesra SEMEKAR 2) Membiayai jamuan bagi Mesyuarat AJK PIBG 3) Menampung kos sewaan tapak Laman Web Sekolah.

Peristiwa peristiwa bersejarah

Prestasi dan kejayaan akademik


Pencapaian Akademik PMR 2010
Antara mata pelajaran yang meningkat peratus pencapaiannya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup (KT)/(ERT) dan Bahasa Arab. Mata pelajaran Bahasa Arab mencapai 100% kelulusnya.

Pencapaian Akademik SPM 2010


Antara subjek yang meningkat ialah Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Moral, Sejarah, Sains, Geografi, Perdagangan/ Prinsip Akaun.

Subjek yang mencapai 100% kelulusan ialah Pendidikan Seni Visual, Ekonomi, Fizik, Biologi, Tasawur Bahasa Tamil dan Kesusateraan Tamil.

Tokoh pelajar cemerlang SPM, PMR.


Nama: Fatin Syuhadah Bt. Sulaiman. PENCAPAIAN SPM: 8A. Alamat: No.21, jalan 1/8, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor.Tarikh Lahir: 27 Disember 1992. Tempat Lahir: Medical Centre Kajang. Hobi: Membaca. Cita-cita: Doktor. Pendorong: Ibu Bapa, ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan. Rahsia Kejayaan: Tumpuan dan perhatian dalam kelas, rajin membaca, berdoa dan bertawakal. Pesanan kepada pelajar SEMEKAR: Hargai masa dan jangan putus asa. Hormati guru-guru dan jangan lupakan ALLAH.

Nama: Tayallen A/L Paneer Selvam. Pencapaian PMR 10A 2B. Alamat: E10 Lot 4464, Jalan 4 Taman Tan Sri Manickavasagam, 43500 Semenyih Selangor. Tarikh Lahir: 4 Januari 1992 Tempat Lahir: Hospital Kajang. Hobi: Bermain komputer game. Cita-cita: Jurutera. Pendorong: My parents and teachers. Rahsia Kejayaan: Usaha yang berterusan dan semangat serta dedikasi untuk mencapai kejayaan. Pesanan kepada pelajar SEMEKAR: Belajar bersungguh-sungguh untuk menaikan nama baik sekolah.

Prestasi dan kejayaan kokurikulum


Pencapaian kokurikulum 2010
Tokoh kokurikulum 2010 bagi lelaki ialah Mohamad Amirul Asyraf bin Mokhtar, perempuan pula Kesava Priya Kisan A/P Krishnan dan bagi Pendidikan khas pula Mohd Shahrul Azahar bin Zul Nazmie. Kelab atau persatuan terbaik untuk sesi pagi ialah Kelab/Persatuan Bahasa Tamil. Bagi Kelab/Persatuan petang juga Kelab/persatuan Bahasa Tamil yang terbaik. Sukan atau permainan terbaik untuk sesi pagi ialah Sukan/permainan Badminton. Bagi Sukan/permainan untuk sesi petang ialah Sukan/permainan Bola Sepak yang terbaik. Unit Beruniform terbaik untuk sesi pagi ialah Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) .Begitu juga dengan Unit Beruniform sesi petang yang terbaik. Unit Beruniform (seni bela diri) terbaik untuk sesi pagi ialah Karate-do bagi sesi petang pula ialah Taekwando.

Kejayaan-kejayaan yang diperolehi di peringkat


Sekolah: Membuat persembahan pada Hari Kecemerlangan Akademik SEMEKAR kali ke-5. Daerah: Pertandingan Bola Sepak MSSDHL. Kebangsaan: Kuiz Bioteknologi.

Rumusan
Berdasarkan Kerja Kursus Sejarah ini saya dapat banyak pengajaran. Antaranya, saya dapat mengetahui maksud lambang-lambang yang terdapat di sekolah. Setiap lambang-lambang tersebut membawa maksud tersendiri oleh itu, kita sebagai warga sekolah ini perlu memahami lambang-lambang tersebut. Selain itu, saya dapat memupuk rasa cinta akan sekolah, apabila menjalankan kerja kursus ini. Seterusnya, saya dapat menambah pengetahuan tentang kejayaan dan anugerah yang diterima oleh sekolah. Saya juga dapat pengetahuan dari mengenalis dokumen-dokumen mengenai sekolah. Rasa tanggungjawab saya terhadap sekolah lebih banyak bertambah apabila mengetahui banyak sejarah susah dan senang untuk mendirikan sekolah ini.

Lampiran

Rujukan

Majalah- Majalah sekolah- Wadah 2010. Internet- Laman web - scribd

You might also like