You are on page 1of 4

TEORI GESTALT

Bahagian ini akan memperkenalkan kepada anda secara ringkas mengenai salah
satu pendekatan teori dalam amalan kaunseling iaitu teori GESTALT . Di akhir bab
diharapkan anda akan dapat :
1. mempelajari mengenai sejarah dan latarbelakang , serta konsep utama teori
GESTALT
2. memahami pandangan terapi GESTALT terhadap manusia dan tingkahlaku
yang bermasalah
3. mengetahui tentang prinsip asas, matlamat, teknik dan proses kaunseling
serta peranan kaunselor dan klien menurut terapi GESTALT dalam amalan
kaunseling.

PENGENALAN KEPADA TEORI GESTALT

 Frederick Perls (1893-1970) pelapor kepada teori gestalt


 Awalnya berkefahaman kewujudan atau “existentialism”
 Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan terapi Gestalt
antaranya WERTHEIMER, KOFFKA DAN KOHLER.
 Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasi
yang diteliti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan
 Istilah Gestalt itu sendiri dalam bahasa Jerman yang membawa takrif
sebagai manusia, objek, benda atau suatu keseluruhannya.
 Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi itu
akan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagian-
bahagian yang menjadikannya.
 Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yang
menonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar atau
layaran.
 Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan
bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta
kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri.
 Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranya
ia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai
kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai
sesuatu pengalaman.
 Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak
menumpukan kepada isu “kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberi
penekanan kepada isu atau persoalan “bagaimana “ atau proses.
 Pandangan umum yang dibincangkan di atas jelas memberi gambaran
bahawa pendekatan terapi gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis.
Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis yang
mengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalah
ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan
luaran>

PANDANGAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA

 Isu kemanusiaan secara total dan menyeluruh


 Individu dilihat sebagai unsure yang bersepadu yang mempunyai fikiran,
perasaan dan tingkah laku
 Teori gestalt itu berpendapat bahawa :

1. asasnya bertanggungjawab, kebolehan, bakat dan keupayaan utk mengurus


diri
2. manusia itu adalah satu organisma yang bersepadu terdiri daripada fizikal,
mental dan spiritual yang bersatu
3. dalam diri manusia terdapat suatu kecenderungan untuk mencapai
perimbangan atau homeostasis
4. manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat
5. setiap manusia menurut gestalt mempunyai reality mereka tersendiri
6. pendekatan ini percaya bahawa manusia sentiasa berinteraksi dengan
persekitarannya
7. teori ini juga menekankan kepada persoalan “ego” . Baginya, “ego” merujuk
kepada sistem tindakbalas organisma terhadap persekitaranya, iaitu samada
seseorang itu merapatkan dirinya atau menjauhkan dirinya dari
persekitarannya tersebut.

Contohnya :

Jika organisma atau individu itu dalam keadaan mengantuk, maka bantal
atau katil akan menjadi tumpuan (figure) atau bentuk utama. Seterusnya individu
akan mencari atau mendekati bantal atau tilam walaupun sehingga perlu
menggunakan kekerasan atau rela cedera kerananya.

MATLAMAT TEORI GESTALT

a. memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai


tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu akan
lebih berdikari, tidak akan bergantung kepada orang lain, dan
menyedarkan mereka bahawa mereka memang membuat berbagai-
bagai perkara, jauh lebih banyak daripada apa yang disangkakan
mereka sendiri.
b. Perls terut berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak
potensi , tetapi oleh kerena terhalang oleh sekatan-sekatan dalam
hidupnya, ia tidak berjaya hidup dengan sempurna.
c. Membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri dengan
mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan dirinya dengan
persekitaranya.
d. Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala
perasaan dan pengalaman mereka masing-masing
e. Memberi perhatian kepada pola-pola bahasa klien dan struktur ayat
yang digunakan.

TEKNIK-TEKNIK DALAM PENDEKATAN GESTALT

Teknik merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti kecil dalam teori


gestalt. Kaunseling gestalt tidak memberatkan kepada sebarang teknik
khusus atau aktiviti, tetapi amat mementingkan sesuatu proses di dalam
perhubungan menolong.

Biasa gestalt memberi tumpuan kepada aspek yang bercorak eksperimen


atau cubaan-cubaan oleh klien itu sendiri.

Untuk mengelakkan kesan negatif atau sebarang akibat yang tidak


diingini, klien sebaiknya diterangkan terlebih dahulu apa yang akan be
rlaku di dalam terapi gestalt ini>

Di antara perkara-perkara yang harus dilakukan termasuklah :


a. segala cadangan jangan berbentuk Arahan atau perintah kepada
individu itu.
b. Klien itu sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor tadi
seterusnya bebas membuat keputusan samada menerima atau
menolak.
c. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaiknya
meninjau dan meneroka sebab dan punca kenapa klien berkeputusan
untuk menolak.
d. Jika klien menerima , maka beliau mempunyai pilhan untuk
meneruskan sebarang aktiviti atau menghentikannya pada bila-bila
masa sahaja.
e. Sebaiknya kaunselor mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran mengenai semua teknik-teknik teori gestalt.

Antara teknik, aktiviti atau treatment yang sering diamalkan oleh kaunselor
berpendekatan gestalt ialah seperti berikut :

1. Aktiviti berdialog
2. “Making the Round”
3. Lafaz Ikrar
4. Satu rahsia
5. Permainan projeksi
6. Teknik Simetrikal
7. permainan raptai
8. mengekal perasaan
9. mentafsir mimpi, dan lain-lain

KESIMPULAN

 pendekatan gestalt merupakan antara teori yang menekankan kepada


kesedaran individu kepada prinsip di sini dan sekarang.
 Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat
perkembangnnya dan bagaimana tingkah laku ini menjadi sedemikian
sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan pada masa
sekarang.
 Oleh yang demikian, matlamat yang ingin dicapai oleh pendekatan ini adalah
ke arah seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke atas dirinya
sendiri , hidup untuk masa sekarang dan mengalami hidup secara bebas dan
merdeka serta arah jelas dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi
perasaan.

PENGENALAN TEORI PERLAKUAN

 Teori perlakuan berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal.


 Tingkahlaku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas
yang tertentu.
 Gerak balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan yang boleh
mempengaruhi tingkah laku manusia.
 Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif, teori ini
menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan penilaian yang
sangat objektif dalam penyelenggaraan proses kaunseling.

- Antara pengasas teori ini , Ivan Pavlov dan Joseph Wolpe


mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik, manakala teori
perlakuan pelaziman operan diasaskan oleh B.F.Skinner dan
J.B.Watson.
- Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek sosiolisasi dengan
teori pembelajaran social yang dikemukakan oleh Bandura.
- Tahun 60an-70-an pendekatan yang menggabungkan penarapan
tingkahlaku dengan pemikiran daya kognitif.
- Era baru ini meletakkan teori perlakuan pada satu kontinum yang
lebih mencabar dan berkesan.
- Penghujung kontinum pendekatan akan menumpukan ke arah
analisis penerapan tingkah laku, dipelopori oleh SKINNER
-

You might also like