You are on page 1of 2

Masalah Penglihatan Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun atau dikenali

sebagai penglihatan yang terhad (low vision). Definisi bermasalah penglihatan dari segi perundangan (Legal of definition of visual impairment), mengatakan bahawa kebutaan ialah penglihtan yang kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive). Selain itu, rabun atau penglihatan terhad (low vision), pula didefinisikan sebagai penglihatan yang kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan yang kurang daripada 10 sesudah rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive). Namun begitu, individu dengan penglihatan terhad tetap dapat melakukan tugas seharian dengan menggunakan deria penglihatan mereka. Disamping itu, masalah penglihatan juga boleh dimaknakan sebagai seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 ataupun kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan kaca mata atau mempunyai medan penglihatan yang sempit yang berdiameter kurang daripada 20 darjah. (Dr. Abdullah, 2006). Selain itu, definisi masalah penglihatan yang lain adalah kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya iaitu kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya. (Safani Bahari, 2006). Namun begitu, bagi kanak-kanak yang buta, ini tidak bermakna ia tidak mendapat stimulasi penglihatan langsung. Kanak-kanak itu mungkin dapat melihat cahaya dan kegelapan, namun tidaklah begitu jelas seperti kanak-kanak yang rabun. Majoriti kanak-kanak bermasalah penglihatan adalah dalam kategori low vision dan deria penglihatan mereka masih boleh digunakan. Seterusnya, definisi masalah penglihatan yang terakhir ialah ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau

mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan. (Mokhtar Tahar, 2006). Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri. Antara fungsi-fungsi terpenting mata adalah ketajaman penglihatan (Visual acuity), penglihatan binokular & stereoskopik, persepsi warna dan keseimbangan badan dalam mobility. Masalah penglihatan mengakibatkan kehilangan fungsi mata. Walau bagaimanapun kehilangan fungsi mata tidak bermakna kehilangan seluruh fungsi deria yang ada. Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, mereka menggunakan fungsi deria yang lain bagi menggantikan fungsi deria mata yang telah hilang. Namun ia tidak boleh menggantikan fungsinya secara keseluruhan.

You might also like