You are on page 1of 20

AIR DAN LARUTAN

BAB : 5

Komposisi Air
 Air terbentuk daripada 2 unsur:
Hidrogen Oksigen

 Satu molekul air mengandungi 2 atom hidrogen

dan 1 atom oksigen.


 Formula : H2O  Elektrolisis : teknik meguraikan air dengan

menggunakan tenaga elektrik.

 2 jenis elektrod :
Anod : elektrod positif Katod : elektrod negatif

 Semasa elektrolisis arus akan mengalir dari anod

ke katod.
 Unsur- unsur dibebaskan dalam bentuk gas pada

elektrod.
Oksigen dibebaskan di anod Hidrogen dibebaskan di katod

Penyejatan Air
 Penyejatan : satu proses di mana cecair bertukar

kepada wap air pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair tersebut.
 Air akan mudah tersejat apabila:
Kelembapan adalah rendah Suhu persekitaran semakin meningkat Luas permukaan yang besar Terdapat gerakan udara

Membandingkan penyejatan dan pendidihan


Persamaan
Penyejatan Pendidihan cecair bertukar kepada gas ( wap air atau stim) Tenaga haba diserap oleh molekul air Tenaga haba di dalam molekul ditukar kepada tenaga kinetik.

Perbezaan penyejatan dan pendidihan


Penyejatan Berlaku di permukaan cecair sahaja Berlaku pada semua suhu di bawah takat didih cecair Proses yang perlahan Pendidihan Berlaku pada keseluruhan cecair Berlaku pada takat didih cecair Proses yang cepat

Aplikasi penyejatan air dalam kehidupan seharian


 Pengeringan rambut  Pengeringan ikan dan udang  Mengeringkan pakaian  Menyejukkan badan dengan menyejatkan peluh  Mengeringkan bahan makanan  Penyediaan garam biasa dari laut

Larutan dan ketelarutan


 Zat terlarut
Zat terlarut ialah bahan yang boleh larut dalam sesuatu cecair.

 Pelarut
Cecair yang melarutkan bahan. Contoh: Air adalah pelarut kerana ia boleh melarutkan suatu bahan (gula)

 Larutan
Campuran yang terhasil apabila suatu zat melarut di dalam suatu pelarut. Contoh:

Larutan cair, pekat dan tepu


 Terdapat 3 jenis larutan yang boleh disediakan iaitu

larutan cair, pekat dan tepu.


 Setiap larutan tersebut berbeza dari segi kuantiti zat

terlarut yang larut dalam isi padu pelarut yang sama.


 Contohnya, dalam isipadu pelarut yang sama:
Larutan cair mengandungi sedikit zat terlarut dilarutkan di dalamnya. Larutan pekat mengandungi banyak zat terlarut dilarutkan di dalamnya. Larutan tepu mengandungi jumlah zat terlarut maksimun di dalamnya pada suhu tertentu.

Larutan dan ampaian


 Campuran cecair boleh dikelaskan kepada larutan

dan ampaian bergantung kepada jenis zat terlarut dan pelarutnya.


 Larutan :
Larutan terhasil apabila sesuatu bahan larut dalam pelarut. Zarah-zarah di dalam larutan itu tersebar rata dan tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar. Larutan sentiasa homogen atau sekata dari segi warna dan rupa. Larutan boleh berwarna ataupun tidak berwarna.

 Ampaian
Terhasil apabila bahan terampai di dalam cecair dan tidak larut di dalamnya. Zarah-zarah di dalam ampaian tidak tersebar dengan sekata. Ampaian kelihatan keruh dan legap. Zarah-zarah kekal terampai apabila dikacau. Ampaian memantulkan cahaya.

Ketelarutan
 Kuantiti maksimun zat terlarut yang boleh larut

dalam kuantiti pelarut yang ditetapkan pada suatu suhu tertentu untuk menghasilkan larutan tepu.
 Unit SI untuk ketelarutan ialah kg/m3  Ketelarutan = jisim zat terlarut (g)
isipadu pelarut (100 ml)

Faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan


 Saiz zarah yang terlarut  Kadar pengacauan  Isipadu pelarut  Suhu pelarut

Peranan asid dan alkali


 Asid dan alkali hanya menunjukkan sifatnye dengan

kehadiran air.  Sifat sifat asid


Rasa masam Mengakis Menukarkan kertas litmus biru kepada merah Mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 Bertindak balas dengan karbonat untuk membebaskan karbon dioksida dan membentuk garam dan air. Bertindak balas dengan logam reaktif untuk membebaskan hidrogen dan membentuk garam

 Sifat sifat alkali


Rasa yang pahit Rasa licin sepertisabun apabila disentuh dengan jari Mengakis Menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru Mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7 Bertindak balas dengan garam ammonium untuk membebaskan gas ammonia.

Nilai pH
 Nilai pH suatu bahan menunjukkan sama ada

bahan itu berasid, neutral atau alkali.


Keadaan berasid = 0 kurang daripada 7 Keadaan neutral = 7 Keadaan beralkali = lebih daripada 7 - 14

Penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian


Asid Penggunaan
Asid formik Membekukan lateks (susu getah) Asid asetik (cuka) Mengawet makanan seperti jeruk Digunakan dalam makanan Asid sulfurik Diisi dalam bateri kereta Digunakan untuk membuat detergen dan baja Asid tartarik Digunakan untuk membuat minuman ringan

Alkali
Natrium hidroksida Kapur barus (kalsium hidroksida) Ammonia hidroksida

Penggunaan
Digunakan untuk membuat sabun Meneutralkan tanah berasid Digunakan untuk membuat simen Mencegah pembekuan lateks Digunakan untuk membuat baja

Peneutralan
 Adalah tindak balas yang berlaku antara asid

dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.


 Persamaan perkataan mewakili tindak balas

peneutralann:
Asid + alkali garam + air

 Garam yang terhasil daripada proses peneutralan

bergantung pada jenis asid dan alkali yang digunakan.

Aplikasi proses peneutralan dalam kehidupan harian


 Bakteria dalam mulut menukarkan makanan bergula

kepada asid yang bertindak pada gigi menyebabkan kerosakan gigi. Ubat gigi mengandungi alkali lemah yang meneutralkan asid dalam mulut.
 Asid lemah seperti cuka digunakan untuk

meneutralkan sengatan tebuan yang bersifat alkali.


 Pesakit gastrik meminum susu magnesia yang

bersifat alkali untuk mengurangkan keasidan perut.

You might also like