P. 1
Skrip Drama

Skrip Drama

|Views: 315|Likes:
Published by Zuraidi Che Amad

More info:

Published by: Zuraidi Che Amad on Jul 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/30/2013

pdf

text

original

PENGENALAN Sebelum anda menulis sebuah skrip drama, anda tentulah terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu

drama. Anda tentu pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Apakah yang dimaksudkan dengan drama dan apakah yang membezakannya daripada teater. Apakah menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen?

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DRAMA? Drama berasal daripada perkataan ³dran´ (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.

SKRIP DRAMA Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.

STAIL DAN PERWATAKAN Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi

produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot. Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. iaitu filem. Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan. ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang. Fokus . Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal. Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya. Konflik ialah unsur penting dalam drama. Sejak drama tragedi Greek. tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas.penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Tanpa perancangan. drama mempunyai ciri-ciri yang berikut: y y y y y y y y Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan. elemen penting dalam sesebuah skrip drama. konsep dan visi sesebuah drama. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan. kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. dewasa dan akhir hayatnya. drama Elizabeth (Inggeris) hingga drama moden dan lakon layar filem. kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai ³writers block´. Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik. Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat ³tetap´ dan kekal secara keseluruhan. drama radio dan drama televisyen. kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah: y Fokus y Logik y Perwatakan. STRUKTUR DRAMA Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Konflik ialah unsur penting dalam drama. Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya. Hal ini demikian kerana asas yang teguh akan mendukung struktur. CIRI-CIRI DRAMA Pada umumnya. elemen penting dalam sesebuah skrip. Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah.

Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu? Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan). Watak dan Perwatakan Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita. selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut. sifat dan perkembangan mereka. kita sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama. Dialog terbina melalui kata-kata atau . perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur. Yang utama adalah dengan mengetahui watak-watak (siapa mereka?). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Segala perwatakan. tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. non-linear (spiral) atau selari. tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear. Wataklah yang menggerakkan plot cerita. Logik Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Sebab itu penulis drama sering dikatakan mencipta sebuah dunia. latar. Plot Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Malah. tetapi realiti yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan.Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan. tema dan ruang tempat. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya. Watak sampingan ialah watakwatak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. ELEMEN DRAMA Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah: Tema/Pemikiran Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. tema dan ruang masa serta tempat mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta.

dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Contohnya. tetapi bagaimana ia akan berlaku?´ Atau. yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?´ Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama anda. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama. ³Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda. maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah. cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama.M.bahasa. . Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir). tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak. siapakah yang melakukan pembunuhan itu. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. ³Saya tahu apa yang akan berlaku. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. tempat dan waktu. ia terletak pada persoalan. masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Seperti yang dijelaskan sebelum ini. sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater. Bagaimanapun perlu juga diketahui. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. atau yang sama maksudnya. lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu. atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain? Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Mengikut E. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Latar dalam drama penting dijelaskan. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan. Latar Elemen tempat. tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Dalam pembentukan plot. Oleh itu. ³Apa yang akan berlaku selepas ini?´. Oleh itu. Plot bukan cerita atau naratif.

masyarakat dan tempat. Ekonomi. Hai ini demikian kerana sesebuah drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan. Plot drama komedi y . pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain. Drama terbina oleh dialog dan aksi. humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya. Ceritanya serius. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor ekenomi. bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. emosi dan keseimbangan Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua elemen. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain. Bahasa Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. drama juga merangkumi aspek emosi. pemilihan diksi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama. Adegan Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Jenis-jenis drama Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama. Oleh itu. ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama. iaitu: y Tragedi ± sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Komedi ± Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan.Berbanding dengan filem atau televisyen. Hai ini demikian kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang elemen masa memainkan peranan yang penting. Babak Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman. Selain itu. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat. faktor masa perlu diberikan perhatian. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas. Oleh itu. Justeru itu. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Oleh itu. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak dan pola sesebuah drama itu.

Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Format Skrip Drama Pentas Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. masa dan watak. y y y y y 12. Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat. Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton. nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Watak dan senarai watak ± Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal. kanan pun jalan Nona manis endung disayang Lateralala lala lala«.Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi. petikan babak 12 drama ³Patah Sayap Terbang Jua´ tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula. Di tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu. Kelihatan Inah mengekorinya. Melodrama ± Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca. usia dan sifat-sifat tertentu watak itu. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Lihatlah bentuknya daripada beberapa skrip yang pernah anda baca. Sinopsis. Dalam format penulisan skrip. ruang tempat. judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong ³Kemayuran´. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu.y boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan . WAHAB (Menyanyi) Kiri jalan. nama penulis (nama anda). DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM Wahab masuk ke kawasan itu. Oleh itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. difahami oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Pecahan babak juga perlu. Di sini saya sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis. Samad Ismail. tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda. anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut: y Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda. Ketika ini Inah ikut sama menyanyi INAH & WAHAB .

Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan suatu penulisan skrip.Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu« Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya. INAH : Ada apa Hab. kau nak jumpa aku? WAHAB : Banyak perkara. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat . . INAH WAHAB : Apa yang boleh kutolong? : Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto INAH : Tolong Hashimoto? Penutup Setelah anda membaca tulisan ini. banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak menonton teater. diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->