You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

Perkara Isi Kandungan Pengenalan 1.0 Pencemaran Udara 1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara 1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon 1.2.6 Kejadian Hujan Asid 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera Muka Surat 1 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 7 8 8 8 9 9 9 10

2.0 Pencemaran Air

2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air 2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia 2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air 2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut 2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar 2.2.5 Banjir 2.2.6 Kemusnahan Hidupan Akuatik

3.0 Pencemaran Tanah 3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah 3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 3.2.1 Tanah Beracun 3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit 3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya 3.2.4 Tanah Gersang 3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah 3.2.6 Hakisan Tanah 4.0 Pencemaran Bunyi 4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi 4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi 4.2.1 Menggangu Persekitaran 4.2.2 Masalah Kepada Pendengaran Manusia 14

11 11 11 12 12 12 13 13 14 14 15

Penutup Rujukan Lampiran

16 17 18-20

PENGENALAN
Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini. Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:-

1. Pencemaran Udara
2. Pencemaran Air 3. Pencemaran Tanah 4. Pencemaran Bunyi

1.0 PENCEMARAN UDARA


1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair

atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. 1.2 KesanKesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan1 2

Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3) Environmental Science : A Global Concern (Page464) 3 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40) 4 Environmental Science : A Global Concern (Page477)

bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut. 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain
5 6

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 7 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 8 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal42)

itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandarbandar tersebut. 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari 9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10. 1.2.6 Kejadian Hujan Asid Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempattempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12. 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan
9

Monitoring The Environment (Page 28) Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) 11 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70) 12 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)
10

oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal15. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

13 14

Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page121) 15 Global Forest : Issues For Six Billion People (Page266) 16 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)

2.0PENCEMARAN AIR
2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi

kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan17. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik18. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di atas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga berpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh persenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi

17 18

Environmental Science : A Global Concern (Hal. 439) Environmental Management in Sabah : Issues and Challenges (Hal. 3)

pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteria patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin19.

2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air20, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air21. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri

2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air22. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.
19 20

Alam Sekitar Angerah Tuhan (Hal 21) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.22) 21 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.23) 22 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 60)

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut23. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai24. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar25. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa
23 24

kini

terjejas.

Pantai-pantai

yang

dipenuh

dengan

sampah

sarap

Economic Losses From Marine Pollution (Hal. 91) Environmental Indicator Report (Hal 15) 25 Environmental Science : A Global Concern (Hal. 450)

menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini26. 2.2.6 Banjir Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat27.

2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air28. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwanhaiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

26 27

Teori Ekonomi Alam Sekitar (Hal. 4) Economic Losses from Marine Pollution (Hal. 101) 28 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 45)

10

3.0PENCEMARAN TANAH
3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.

3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 3.1.1 Tanah Beracun

11

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia 29. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuhtumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

29 30

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 60) Environmental Science : A Global Concern (Hal. 455)

12

3.2.4 Tanah Gersang Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang31.

3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah32. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.

3.2.6 Hakisan Tanah Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman33.

31 32

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 63) Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 23) 33 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 24)

13

4.0

PENCEMARAN BUNYI

4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran34. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya35. Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di Pasar, dan trafik36. Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas.

4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi


34 35

Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 70) Global Environmental Issues : A Climatoligical Approach (Hal. 184) 36 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 33)

14

4.2.1 Menggangu Persekitaran Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau37. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap38. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.

4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil39. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku40.

37 38

Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34) Global Forest : Issues For Six Billion People (Hal. 264) 39 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34) 40 Pencemaran Alam Sekitar (Hal. 25)

15

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahanlahan. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.

16

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.

RUJUKAN
Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America : Oxford University Press David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological Approach.London : Routledge Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine Pollution. United States Of America:Island Press ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah. Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States Of America : McGraw-Hill, Inc Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six Billion People.New Yor: McGraw-Hill,Inc.

17

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala Lumpur : Penerbit Mikamas Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd. Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: A Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

LAMPIRAN
Pencemaran Udara : Pelepasan Asap dari kilang

18

Pencemaran Air

19

Pencemaran Tanah

20

A homework by Valsonz & friends. Feel free to use. Http://mrvalsonz.blogspot.com

21

You might also like