Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca

dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.

Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. 8 Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. 9 Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) secara kritikal. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek

kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. 10 Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Tajuk 2 Sinopsis Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. 12 Kerangka Konsep Menetapkan Matlamat Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menulis Objektif Meneliti Semula Teks Membentuk

ujian Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju. 13 Membentuk aktiviti pengajaran Menyemak Pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat; (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; (g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan (j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;

novel dan sebagainya. menyampai dan memproses maklumat . dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. gigi. terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan. Umumnya. puisi. (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat. forum. 14 (k) Menyampaikan komen. (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Justeru. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. kejadian. jiran tetangga. tahap pendidikan. laporan atau ulasan. (e) Menerangkan proses.aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa. tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. syarahan (yang disediakan). gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Ini kerana. (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. seminar dan lain-lain.peringkat. (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. perbincangan. (g) Memberi ceramah. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar. aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan . Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 15 perkembangan kanak-kanak lelaki. bapa dan ahli keluarga keseluruhannya. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. (c) Fizikal: Hal ini. perbualan atau dialog. membaca dan menulis. diskusi. faktor. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur. dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. (b) Kemahiran mendengar.(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan. dan (l) Mengkritik cerpen. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. pendapat. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. (j) Mendeklamsi puisi. Antara lain. prosedur dan peraturan. dalam proses pertuturan. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh. seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan.

Bagi tujuan menentukan 17 Membentuk aktiviti pengajaran Menyemak Pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. (g) Paling penting. perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur). Walau bagaimanapun. Sehubungan dengannya. Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar dan seumpamanya. guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. 16 Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Kaedah • Teknik Pengajaran Pendekatan. bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. . Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar. Kaedah. Demikian juga. kaedah. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. berurutan dan menyaling. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. perlu dilakukan serentak. tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan.

keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. 18 (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan. (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Walau bagaimanapun Walkins (1975). misalnya oleh guru. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965). penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja . 19 (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Dengan demikian. pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. Tujuannya. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. nada dan intonasi tertentu.Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja. Tegasnya. menguasai kemahiran membuat tanggapan. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Antara lain. (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Maka. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Melalui pendekatan ini. Oleh itu. antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul mengenainya. Sebaliknya. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan. mengingat. guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur).

menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa. guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Dengan itu. kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif. lawatan. Kaedah Terus . mengingati. Contohnya. terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. keratan akhbar. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur. Saya berkahwin pun belum. murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.umur saya ni baru 35 tahun.meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap. Tanpa latihan daripada guru. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.. (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Sebenarnya. menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa). bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : “Pak cik”? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik. Justeru. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa. bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian. Dia pak cik saya. Ini bermakna. dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian. Wanita : Pak cik.. tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Dengan ini. 20 Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan. iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. yakin dan berkesan.

jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. gerak laku dan lain-lain.radio bicycle .sekolah radio . Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik.basikal biscuit . (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Sehubungan dengannya. ketika memilih perkataan. murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. iaitu dengan cara mendengar. (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. lukisan. Justeru. lakonan. guru terlebih dahulu.biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara. Kelebihan kaedah terus. kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee . (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran. Subjek Kata kerja Objek Saya I Dia He pergi go minum drinks . Kaedah ini dianggap berjaya.kopi school . 22 Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 21 mereka. perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. lakaran. Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.

khasnya latihan bertutur secara intensif. murid dilatih tubi untuk berdialog. kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa. Pun demikian. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. perbincangan. untuk berkomunikasi dengan berkesan. kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan . sumbang saran. Oleh itu. 24 Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa. Ini bermakna. pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. (c) Setelah menguasai sebutan. (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. dialog. dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. Di samping itu. murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.23 ke sekolah. Dengan demikian. ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan. kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. Walau bagaimanapun. guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing. dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat. (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. dan (e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. susu. iaitu melalui kemahiran bertutur. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. milk. (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Berdasarkan prinsip tersebut. Dalam pengajaran bertutur. to school.

pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. . (b) Bercerita. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur. seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran. lancar dan tepat. cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. bermakna guru tersebut sedang memilih 25 dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan si mulasi. Sebenarnya. (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun.penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan. kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa). (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas. kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. cara pengendalian. (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan. modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi. (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep. sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. (c) Bersoal jawab. 26 Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. Dengan kata lain.

Sila masuk ke dalam. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Di samping itu. Bola. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. kad imbasan bergambar. 28 .lari malu . carta bergambar.Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.laki tari . Ali menendang bola di padang.Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. Sudilah minum. Ali menendang bola. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. . Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Ali menendang bola. daki . Misalnya. Murid-murid.balu Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Makan kuih di pinggan. Janganlah segan-segan. ikut cikgu sebut. kelemahan menyeb ut fonem /p/ . Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Apa khabar sekarang. Selamat datang. Ali …. Minum air kopi. 27 Bola.Pandang pandan tepi pagar depan padang. Mari kita duduk. mengikut rentak dan nada yang tertentu. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul.

Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 29 untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. ii. Umumnya.i. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Contoh: Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Karangan Lisan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dia bekerja di sawah. Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan. membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi . Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Kemudian. iii. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Dalam latihan penghasilan pula. Dalam latihan ini. murid-murid mempunyai jurang maklumat. muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. murid-murid diberi petikan untuk dikaji. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah. Pak Abu seorang petani.

Oleh itu. Tanyakan harga bilik itu. satu bilik 30 Senarai barang yang diberi oleh guru. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Sebaik-baiknya. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada. ada bilik kosong atau tidak. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. anda tiba di sebuah hotel. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. selaras dan menyaling. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. 31 Tajuk 4 .00 dan RM 15. Hotel mempunyai dua bilik kosong. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. simulasi dan lakonan. kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10. perbincangan.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. • Khemah • Lampu picit • Makanan kering • Makanan basah • Alat memasak • Pakaian • Baldi • Alat menjahit • Pisau • Kapak • Bantal • Selimut • Air • Susu tin • Cangkul • Surat khabar • Radio • Mancis api untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Rumusan Perhubungan antara pendekatan.tertentu. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ.

Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur. satu kumpulan membaca dialog Tutu. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. 39 Gambar Foto (potret) Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.38 (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah. Sesungguhnya. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Dengan demikian. . (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka.

aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Tajuk 5 Sinopsis Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. gembira. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik. Kerangka Konsep Menetapkan Matlamat Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menulis . 40 (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. takut. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. dan 2. Justeru. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. marah dan sebagainya. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.Anda telah membaca beberapa jenis teknik. modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih. Hasil Pembelajaran 1. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.

iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Tegasnya. penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh. penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. gh. Sehubungan dengannya. Contohnya. Selain itu. kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. v. sy. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata. betul dan berkesan. khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan. z. Demikian juga. gerak mata. mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. . dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul. kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. Dengan itu. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. s dan f. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. mempersilakan makan. bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Misalnya. memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Selain itu. membuat taakulan. dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan. Nada. 42 Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran.Objektif Meneliti Semula Teks Membentuk ujian Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 41 Membentuk aktiviti pengajaran Menyemak Pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka. memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. iaitu tepat dari segi makna dan struktur.

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. Keduanya. pendapat. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. hentian dan intonasi. guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. iaitu untuk melahirkan perasaan. Dengan membaca kuat. 43 Teknik menguji kemahiran bertutur Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini. murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada. suku kata. Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. kehendak dan sebagainya. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan. frasa dan ayat-ayat. Pertamanya. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Murid mendengar sebutan perkataan. Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa. Membaca kuat. Dengan itu. diadun pula dengan ciriciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. 44 TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri. dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Baiklah. Misalnya. Menyebut perkataan . Pemarkatan. kemudian.

Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: . Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu. gambar. iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. dan tekanan yang betul. sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. 45 Membaca Kuat (a) Aspek yang diuji . Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan itu. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Bertutur berdasarkan gambar Di sini. Murid : Ali. cikgu akan ke rumah kamu esok. Walau bagaimanpun. peta. batasan masih ada. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok. Oleh itu. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi. (b) Bahan .sebutan. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut. pertuturan dan intonasi. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu.sederhana panjang. intonasi.

Untuk menentukan markat yang sesuai. • Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan. (d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. (a) Guru memberi murid petikan cerita pendek. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya. Misalnya: Pilih dua orang murid. . ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. menjawab soalan-soalan pendek yang mudah. Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu. di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. tanpa bimbingan guru Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur. frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. 47 • Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. tidak jauh dari balai polis itu. 46 Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Dengan demikian. Kecekapan menggunakan kata. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar. senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan. masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan. (b) Murid membaca senyap. (c) Guru membaca kuat petikan.

.. i.. forum dll (f) simulasi – main peranan dalam lakonan...... gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya..... kepentingan dan seumpamanya.. Apakah cita-cita kamu? ii. (c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz. (b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii.. isi karangan dll..... menyusun perkataan menjadi ayat. lakonan.... Tolong ambilkan ayah surat khabar itu........ warna..... aspek yang berlawanan. tempat kediaman.. kumpulan etnik dan sebagainya.. sama dan sebagainya.. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii...... forum dll (g) projek – perbincangan mengenai prestasi. (e) berinteraksi – melalui telefon........ Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii.. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.. iii.... 48 Soalan: i... Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii.... Senarai Semak untuk Pemarkatan. antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan. Nama Murid: ......Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.. umur. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv.. Wah. (d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat. dialog... memadankan pasangan.. peristiwa........... pelaporan dll.. Bagaimanakah cara mereka melakukannya? Penilaian kemahiran lisan. prosedur..... buah-buahan........ bahan projek: kos.......... Markat Bahagian A No: Gambar Nombor Soalan 49 2 ...

Di sini. intonasi. sebutan ii. Rumusan . 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan. keluasan perbendaha raan kata. Jumlah markatnya = 66. menjadi 12. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini. 14 dan 40. darabkan markat setiap bahagian dengan 2. intonasi atau tatabahasa. penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Untuk mengubah markat kepada peratus. 0 Jawapan salah. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. darabkan semuanya dengan 2. kelancaran pertuturan. iaitu: i. betul sebutan. guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.1 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 0 J= J = Nilai Markat (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat. jika pencapaian murid ialah 6. ketatabahasan iv. iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan. Misalnya. 7 dan 20. dan v. kefahaman iii. bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. pemilihan perkataan dan tatabahasa. pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara. sebutan. Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan. intonasi. kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? 51 Tajuk 6 Sinopsis Kemahiran Membaca • Matlamat dan Jenis Bacaan • Peringkat Pengajaran Bacaan . (a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Guru mesti faham. sedar dan pandai menggunakan pendekatan. penghasilan bahan. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting. Pada pendapat anda. guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. awal 50 diajar dan perlu dikuasai oleh murid. (b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. kaedah dan te knik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

52 Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan: • Mekanis • Mentalis • Intensif . kaedah. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. jenis bacaan dan peri ngkat pengajaran bacaan 1. peringkat bacaan dan teknik bacaan. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. matlamat. Walau bagaimanapun. Skimming dan Scanning Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.• Teknik Bacaan – Intensif. skimming dan scanning. kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.1 Menjelaskan kemahiran membaca. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif. Hasil Pembelajaran 1.2 Menghuraikan teknik bacaan. ekstensif. Ekstensif.

sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. • Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. Skimming dan Scanning Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. • Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca. mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Ekstensif. . 53 Peringkat Pengajaran Bacaan: • Kesediaan membaca • Prabacaan • Mekanis • Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan: • Intensif • Ekstensif • Skimming • Scanning Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. membaca mengikut intonasi. nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.• Ekstensif Fikirkan: Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah? Arahan: • Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. Daripada kemahiran ini. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi emosi. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et. anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan. memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan. memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Peringkat prabacaan meliputi . dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi mental pula. Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa. tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. mengkaji ciri-ciri tatabahasa. 54 Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. fahami pula jenis-jenis bacaan. Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini. untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini. Kesimpulannya. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti. meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif.Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. keupayaan matanya mengecam bentuk. 55 Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar. bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid. kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan.al (1994). Dari segi fizikal. pengalaman dan persekitaran. memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. keseronokan dan terhibur.

Sementara membaca telaah bahasa. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. diskusi umum dan sebagainya. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. frasa dan ayatayat mudah. Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. aktiviti koordinasi psikomotor. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. membaca pemahaman. Pada tahap ini. latihan menajamkan daya ingatan. bunyi kata dan abjad atau mengeja. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. 56 Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. ditegaskan. membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. kaedah terus. latihan kosa kata. perkataan. . Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut. suku kata. Dalam membaca telaah isi.kemahiran pengamatan pendengaran. kemahiran pengamatan penglihatan. murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. Teknik Bacaan Bacaan Intensif Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. dan latihan bahasa pertuturan. aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa. membaca teliti. iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.

serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang . (d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. (d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. kandungan dan sebagainya. (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. bab. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita. lancar dan tahu men ggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. (f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai. Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. intonasi. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. atau melihat judul.Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) membaca tinjauan (b) membaca sekilas (c) membaca dangkal 58 Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. betul dari segi sebutan. meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. rangka kasar. iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. daftar kata yang terdapat dalam buku. Banyak bahan yang perlu kita baca ! 57 Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. meneliti indeks. (e) Mengesan. cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. dan (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

Pertama. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. 59 (d) Memperkaya bahasa . (f) Menambah minat membaca. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan. (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah. jantina. sesuai dengan minat. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. struktur ayat dan sebagainya. (i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa.cepat untuk melihat. seperti bila dan mengapa teks itu ditulis. apakah sikap . cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Melalui bacaan ini. untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. (c) Bacalah perenggan pertama. walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Ketiga. tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut. teknikal dan sebagainya. (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. (c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur.perbendaharaan kata. ungkapan. SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. untuk mendapat halhal tertentu daripada sesuatu bacaan. (c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata. (d) Semasa membaca perenggan pertama. Carilah maklumat tentang pengarang. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. pengalaman. (b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. (h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca. (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif. sikap dan cita-cita pelajar. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. meningkatkan kepantasan membaca. (g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik. menambah kemahiran memahami. (j) Membentuk tabiat gemar membaca. membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan. pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. (b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. dan (d) Bahan-bahan yang berbeza. Kedua. dan menaakul isi bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. umur.

fokus perhatian anda di tengahtengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). (c) Untuk mempercepatkan proses scanning. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa • Kaedah Pandang Sebut • Kaedah Abjad • Kaedah Fonik Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran . 60 (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta. perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. Kecepatan membuat skiming ini. dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Cerakinan. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar. 61 Tajuk 7 Sinopsis PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN • Pendekatan Binaan. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil.

pendekatan. kaedah. komunikatif dan pengalaman bahasa. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa 62 Kerangka konsep PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan. cerakinan. Walau bagaimanapun.bacaan. kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca Hasil Pembelajaran 1. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. Mengikut pendekatan ini .1 Menghuraikan kemahiran bahasa.

guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. (c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar. murid- . murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Dalam pengajaran kemahiran membaca. dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Sebagai contoh. murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita. Jadi. Pengajaran kemahiran membaca mengikut 63 Kaedah Bacaan Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas • Pandang Sebut • Abjad • Fonik Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. • Binaan • Cerakinan • Komunikatif • Pengalaman bahasa Pendekatan Cerakinan Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsurunsur yang besar. Cerakinan. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. teater pembaca. Dalam sesuatu proses membaca. Abjad dan Fonik pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Bagi setiap peringkat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut. dan penilaian makna. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata. dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. terdapat tiga peringkat pemahaman. pada peringkat lateral. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. iaitu lateral. laporan/ulasan buku dan choral speaking. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. interpretasi & inferens. (d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi. murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Prinsip pendekatan komunikatif: (a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. (b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana.pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu.

jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. tatabahasa. (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. Sebagai contoh. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Kesimpulannya. ragam. (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. grafik. pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pada peringkat interpretasi & inferens.64 murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah. (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Antara kaedah pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan . laras bahasa. 65 Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Menurut Juriah Long et. mereka perlu mengenali banyak lambang. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk . huruf besar dan kecil Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad. Semasa kad diimbaskan. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.al. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar.memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan. Menyebut Perkataan KAEDAH PANDANG SEBUT Mencerakinkan perkataan dan kata Menggunakan bahan bantu belajar 66 Membina dan membaca ayat Membaca ayat l a t i h a n Kaedah Abjad Menyebut nama huruf abjad a – z.

1994). Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Setelah murid menghafal semua nama huruf. perkataan dan frasa Membaca ayat l a t i h a n Kaedah Fonik Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.membolehkan murid mengeja perkataan. biasanya. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya. kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula. o. i. pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000).al. Menyebut suku kata V dan KV KAEDAH ABJAD Menggunakan bahan bantu belajar 67 Mengeja suku kata. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. e. . Dalam kaedah ini. pembentukan suku kata. huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan.

Learn. RADAR.Recite (3R). Read. dan lainlain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Hasil Pembelajaran 1.What. KWLH. Recite(SQ3R). Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu.(KWLH). Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Read. Question. justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Know. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R. tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid. Review.Membunyi kan huruf dan asosiasi dengan KAEDAH FONETIK Membatan g suku kata dan perkataan Menggunakan bahan bantu belajar Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. Review.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran .How. Selamat mencuba dan berjaya! 68 Membaca frasa dan ayat l a t i h a n Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey.

Read.How. Recite(SQ3R). Question. Read.bahasa. Review.Recite (3R). (b) Know. 69 Kerangka konsep TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. Read. .Learn. Review. Recite (SQ3R) 1. Review. Question. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu diselesaikan.What. SQ3R adalah singkatan bagi. (c) (KWLH). dan lain-lain Survey.

Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui. pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.Tinjau Q (question) . Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) . Lingkaran Soalan. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. • Teater Pembaca Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) .S (survey) . mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru . Teater Pembaca Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) . KWLH . Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. tajuk-tajuk kecil.Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan .Baca R (recite) . Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) . pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. Learn. Ketika membaca. membaca perenggan pengenalan. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. 70 (a) Lingkaran Soalan.Tatacerita . What. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak.yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar.Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Knowledge. lakaran grafik.Soal/tanya R (read) . gambar-gambar atau ilustrasi. (b) Tatacerita (c) Bimbingan Menjangka. Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca • Bimbingan Menjangka. Setelah selesai membaca. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) . melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih).

(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.Mengaplikasi R(Review/Research) . Read. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. Dalam konteks pengajaran. membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. penguasaan kemahiran mendengar. gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Apply. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman. bertutur. (f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.Menganalogi D(Discuss) . Langkah pelaksanaan (a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan. idea. Penggunaan suara. tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. idea atau tempat. (e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat 71 tambahan. Lima langkah RADAR ialah: R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. nada dan intonasi yang sesuai. Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.Membaca A (Analogize) . barang. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep. perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH. TEKNIK BERCERIT A Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. (d) Pembaca dapat membaca dengan baik. Analogize. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. (c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. Discuss. (g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. Review /Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) . Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau 72 suasana cerita.Berbincang A( Apply) . dan (h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. sebutan.dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Selain itu. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan ma klumat lain. . A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep . idea atau tempat. menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. barang. A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

. 74 Rujukan Asas Abd. Rujukan Kaedah dan Teknik. (f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan. Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca. Program evaluation in language education. Aziz Abd. Criterion-reference language testing. (e) Lakukan latihan. kecerdasan dan minat murid-murid. Oxford: Oxford University Press. . Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip.kemuncak dan kesudahan cerita. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Kiely. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang henda k disampaikan. (2002 ). Tambahan Bachman Lyle F. suara. Richard (2005). Cambridge: Cambridge University Press. Basingstoke: Palgrave Macmillan. dan (g) Sediakan kad-kad perkataan. Hudson Thom. cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut. (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. gerak laku dan kawalan mata. 73 (d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Bhd. Brown James Dean. . (c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa. Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. (1990). Fundamental consideration in language testing. (b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Edinburg: Edinburgh University Press. 75 PANEL PENULIS DAN PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN CIK NORLIZA BINTI YUSOF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Dr. Materials evaluation and design language teaching. ISMAIL BIN ABD.Lynch. Language assessment and programme evaluation. Brian K. Edinburg: Edinburgh University Press. Ian. RAHMAN . (2002). (2003). McGrath.

USM) Cert. Pend. (norliza_ab@yahoo.Ed (Pengajian Kurikulum.com) 76 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (dengan kepujian) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (14 Tahun) Kelulusan: Ph.Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang (iar_mail@yahoo.D (Kesusasteraan Melayu.com. UPSI) M. (Pengajian Bahasa Melayu sbg Bahasa Pertama) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (27 tahun) IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet . MPSP) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun) Kelulusan: M. UKM) Bac.Ed (Pendidkan Pengajaran Bahasa Melayu.my) PUAN NORLIZA BINTI ABU BAKAR Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab 75990 Durian Daun Melaka.Ed (Pengajian Melayu.

Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 77 STRUKTUR PELAKSANAAN KURIKULUM (AKAN DISEDIAKAN KEMUDIAN ) 78 Lampiran B .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful