P. 1
Kelahiran Normal Auto Saved)

Kelahiran Normal Auto Saved)

|Views: 252|Likes:
Published by aqmalbaek

More info:

Published by: aqmalbaek on Jul 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/28/2015

pdf

text

original

Kelahiran normal

Kelahiran bayi merupakan satu proses terakhir seseorang ibu itu mengandungkan anak. Proses ini berlaku apabila tiba akhir waktu gestasi pada seseorang ibu itu dengan bilangan kelahiran bayi satu atau lebih. ³Labor is the prosess
whereby there is the presence of regular contraction of increassing intensity and frequency that is associate with progreressive dilation and effcement of the cervix and desent of presenting part´ (Division of Family Health Development MOH Malaysia).

Kelahiran di dalam keadaan yang tidak normal ibu perlu menjalani kelahiran melalui pembedahan seperti LSCS (lower segment caesarean section). Kaedah kelahiran biasanya dapat dikesan sebelum waktu kelahiran lagi. Ini boleh ditentukan dengan sejarah kelahiran ibu itu sendiri bagi multi pramigravida. Bagi primigravida keputusan daripada pemeriksaan ultarasound dan pemeriksaan atenatal dapat menentukan kaedah kelahiran ibu tersebut. Kehamilan normal pula bermaksud proses pengeluaran bayi dan placenta pada penghujung tempoh kehamilan tanpa menimbulkan sebarang komlikasi. Kelahiran normal biasanya berlaku pada minggu ke 36 hingga mingu ke 40. Dalam proses kelahiran normal, terdapat 3 peringkat kelahiran. Peringkat pertama bermula dari pengucupan uterus dan pembukaan serviks sehingga dilatasi servik sepenuhnya. Peringkat kedua bermula daripada pembukaan servik sepenuhnya sehingga kelahiran bayi. Peringkat ketiga pula bermula selepas selesai kelahiran bayi sehingga kelahiran plasenta dan memberan sepenuhnya dari uterus ibu. Kebisaannya proses kelahiran diikuti oleh kesakitan yang kuat dan berlaku dalam masa yang panjang. Tahap kesakitan ibu berbeza-beza dan sangat luas. Tahap kesakitan ini dipengaruhi oleh ketakutan dan tahap kerisauan ibu. Juga terdapat faktor-faktor lain seperti jumlah kelahiran, usia ibu, bangsa, persediaan, keadaan sekitar serta masalah kesihatan ibu itu sendiri. Memandangkan manusia mempunyai 2 kaki yang disambingkan dengan tulang pelvis dan mempunyai saiz kepala yang agak besar, fetus dan pelvik ibu dapat menyesuaikan saiz sehingga kelahiran berlaku. Keadaan fetus yang makin membesar di dalam uterus dan beratnya yang bertambah menyebabkan tekanan yang tinggi di pelvik. Strukur pelvik wanita bukan sahaja menahan berat bayi, malah memberi laluan kepada 3 saliran iaitu urethra, vagina dan rektum. Saiz kepala dan bahu bayi yang sesuai perlu bagi meepasi tulang pelvik ibu. Kegagalan pengeluaran kepala atau bahu kepada bayi akan menyebabkan tempoh kelahiran akan bertambah panjang dan kesakitan akan berlaku dalam masa yang lama.

BIODATA PESAKIT NAMA PESAKIT : Nur Atiqah bt Salleh NO KAD PENGENALAN : 871207-08-5878 UMUR : 24 tahun BANGSA: Melayu JANTINA: Perempuan AGAMA : Islam PEKERJAAN : Suri Rumah Tangga ADUAN UTAMA : LOWER ABDOMINAL PAIN PENYAKIT SEMASA HAMIL : Tiada LMP : 10/10/2010 EDD : 17/07/2011 GESTATION : 38 minggu @ GR 2 P 1 TARIKH DAFTAR : 15 / 7 / 2011@ 4.15pm NAMA SUAMI: Mohd Salim b Shamsudin NO KAD PENGENALAN : 811211-08-6027 PEKERJAAN: Bekerja Sendiri .

Rh positive VDRL/ TPHA/ HIV : NON REACTIVE Obstetric Condition : y y y y y y y Gestation: 38/52 Cephalic Head engaged 0.Clarking Case @15/07/2011 @5. Vital Sign: y y y y y temp: 37. no leaking liquor.2°C pulse rate: 96 bpm b/p: 139/83 mmHg respiratory rate: 20 per min pain score: 3 Blood GxM: group O.00am.5cm-3cm FHR: 135 Uterus term size Membrane intact OS: 3cm . General condition: Patient alert and conscious. no show.00am K/C/O : Lower abdominal pain and back pain sience 12.

10.30. Kucupan uterus akan menjadi semakin kuat di peringkat kedua kelahiran.retrak menyebabkan lebih pendik dan keras. kaedah ini sangat berkesan bagi membezakan latern phase dan active phase. kucupan uterus lemah dan berlaku kurang 2 kali dalam masa 10 minit. selama 25 ke 30 saat. Uterus pula mempunyai segmen atas & bawah semasa kelahiran. Kucpuan uterus boleh dirasa apabila rasa perut ibu semakin menegang. Mesin CTG juga berkesan dalam mengesan jumlah nadi per minit bayi. penggunaan mesin CTG (cardiotocograf) dapat membantu. Kemudian lebih kuat. Bagi memudahkan perawat menentukan keadaan pengucupan urerus. Setiap kali kuncupan. pembentukan cecair ulung (forewater dan terakhir sekali adalah kepecahan membran. dilatasi dan pemendekan serviks. Pengucupan uterus ini berfungsi bagi menolak fetus keluar melalui serviks. . tanda pendarahan. 2 ke 3 minit sekali selama 50 hingga 60 saat. terdapat 5 proses yang berlaku pada peringkat pertama ini iaitu pengucupan uterus. Pengucupan uterus Kucupan uterus bermula dari fundus dan seterusnya menurun ke seluruh bahagian uterus. Fasa latern ialah keadaan di mana pembukaan servik kurang dari 3 cm. Kekerapan kuncupan berbeza-beza mengikut peringkat seperti peringkat awal iaitu berlaku 15 ke 30 minit sekali. selepas itu berkurang dan akhirnya berhenti. otot uterus . Fasa aktif pula berlaku apabila pembukaan servik 4 cm atau lebih. Contohnya: ibu merasakan kucupan uterus 3 kali setiap 10 minit dan berlaku selama 30 saat ini ditulis 2.Fisiologi Dan Pengendalian Kelahiran Peringkat Pertama Fisiologi kelahiran peringkat pertama Di dalam kelahiran normal. Ciri-ciri kucupan seperti ombak (wave-like patttern) dan bermula secara perlahan kemudian semakin kuat sehingga mencapai puncaknya. Biasanya kucupan dikira berapa kali berlaku setiap 10 minit dan tempoh lamanya kucupan uterus yang berlaku. Terdapat 2 fasa di dalam kelahiran peringkat pertama ini iaitu fasa laten dan fasa aktif. Biasanya kucupan uterus ini boleh dirasa sendiri olen pemeriksa dengan meletakkan tapak tangan di atas perut ibu. Ini dapat mementukan pengurusan yang patut diberikan kepada ibu.

Kucupan segmen atas dan bawah menyebabkan terbentuknya µretraction ring¶ dan proses kucupan berlaku seperti pergerakan peristalsis. serviks menjadi lembut dan nipis (riped cervix). . Proses dilatasi serviks ini menyebabkan prosespembukaan serviks daripada servik tertutup sehingga pembukaan serviks sepenuhnya iaitu 10cm. Kesan dapipada kucupan uterus akan menyebabkan serviks ditarik naik dan menjadi nipis keadaan ini dipanggil pembukaan serviks atau µeffacment of cervix¶. Sempadan pembahagian uterus ialah bahagian ismus. Bahagian ismus atas dipangil segmen atas manakala bahagian bawah segmen ismus pula dipanggil segmen bawah. Pada pembukaan serviks 10cm. serviks menjadi sebahagian daripada segmen bawah uterus. Dilatasi serviks membolehkan pengeluaran bayi berlaku kerana berlaku pembukaan serviks. Proses pembukaan servik (OS) biasanya berlaku 1jam bersamaan 1 cm.Kucupan Uterus Dilatasi Dan Pembukaan Serviks Di akhir kehamilan.

Keadaan pengeluaran darah ini dipanggil µblood show¶. Pembentukan cecair ulung Pembentukan cecair ulung akan berlaku sebaik sahaja berlaku pergerakan bayi di dalam uterus. Pembentukan Cecair Ulung (Forewater) .Dilatasi Serviks Tanda pendarahan µblood show¶ Seterusnya terdapat tanda pendarahan µblood show¶ terjadi kesan daripada dilatasi menyebabkan uterus dipisahkan dari dinding uterus ini dapat dikesan dari melihat operkulum dan mukus bercampur darah keluar daripada vagina. Kuncupan uterus menolak kepala bayi dan menekan bahagian segmen bawah uterus serta menekan cecair amnion di depan kepala bayi. Setiaap ibu yang hendak bersalin secara normal akan mengalami tanda pendarahan menerusi vagina. Ibu disarankan agar memakai pad bagi mengesan pengeluaran darah ini. Cecair ini dipanggil cecair ulung (ferewater).Cecair amnion akan menonjol ke bawah dan masuk ke dalam os serviks dan membentuk beg air di depan kepala bayi.

Kepecahan membran Kepecahan membran terjadi disebabkan faktor fisiologikal di mana kuncupan serviks yang maksima akan menyebabkan membran pecah. Pemecahan membran secara tidaksemulajadi boleh dilakukan dengan mengunakan hockers atau forseps. Kepecahan membran ini boleh berlaku secara semulajadi (spontaneous rupture of membran) atau di dalam kes kurang pengucupan uterus ibu menyebabkan bidan terpaksa memecahkan sendiri membran itu (artificial rupture of membran). Bayi akan keluar bersama-sama keluarnya cecair amnion. Kepecahan Membran .ini menandakan berakhirnya peringkat pertama kelahiran.

jika ibu bersalin ibu seterusnya akan ditempatkan di dalam wad posnatal. Penilaian dilakukan ke atas kesakitan ibu. pemeriksaan ke atas ibu dilakukan oleh jururawat dan doktor bagi menentukan tahap kelahiran yang sedang dialami ibu. Case complain of dan diagnosis Cara datang ke wad bersalin Keadaan semasa Vital sign Blood examination dan ubat yang digunakan sekarang Pemeriksaan doktor Apabila ibu datang ke wad bersalin. Nama Nombor R/N dan nombor IC serta masa datang ke wad bersalin. 6. 3. Jika ibu datang ke wad bersalin dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. Jika tidak ibu akan terus menunggu di wad antenatal sehingga ibu melahirkan bayi. ibu akan ditempatkan di wad antenatal yang disediakan di hospital berkenaan.PENGURUSAN PERINGKAT PERTAMA KELAHIRAN Apabila seseorang ibu datang ke bilik bersalin. 5. Jika salah satu keadaan ini berlaku. 8. Jika ibu akan mendapat risiko semasa bersalin. Waris akan diberitahu berkaitan pemindahan hospital. . 2. 7. pengeluaran darah atau µblood show¶ dan kepecahan membran. pesakit hendaklah berdaftar masuk dan mendapatkan µregisteration number¶. 4. ibu harus diuruskan di dalam bilik bersalin. Aspek yang diperlukan semasa mendaftar adalah : 1. Jika tidak berlaki kelahiran. Carta di muka surat sebelah boleh memberi kefahaman kepada pembaca. komplikasi akan berlaku dan ibu akan dirujuk ke hospital lain yang terdapat pakar. Di dalam bilik bersalin. ibu akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai pakar.

Laluan ibu ke wad bersalin Terima Pesakit Pemeriksaan Jururawat Pendaftaran Pesakit Pemeriksaan Doktor In Labor Not In Labor Berisiko Tidak Berisiko Labor Not Labor Rujuk Doktor Pakar Wad Antenatal Wad Postnatal Komplikasi Rujuk Hospital Lain Labor Diet/Ubat Rujuk Doktor Pakar Beritahu Waris Wad Posnatal Rujuk Hospital Lain Diet/ Ubat Beritahu Waris .

Terdapat banyak pemeriksaan yang akan dilakukan ke atas ibu seperti vital sign. 4. 5. Tegangkan peha ke abdomen. Selepas pengurusan risiko tersebut dilakukan. masukkan cord ke dalam vagina ibu dengan menggunakan µgauze¶ atau tuala wanita yang telah dibasahkan dengan air suam. clinical pelvimentry dan pemeriksaan membran. . GDM dan sebagainya. Penjagaan ibu semasa bersalin merangkumi 2 aspek iaitu µpsychological support¶ dan µphysical support¶. faktor risiko seperti membran pecah melebihi 6 jam. Tarik nafas panjang semasa kontraksi mula berlaku. jika berlaku sebarang masalah semasa kelahiran. pelvik assessment. Menarik nafas di antara kontraksi. Di dalam µpsychological support¶ perawat atau bidan perlulah memberi sokongan semangat kepada ibu semasa hendak meneran. berikan bantuan oksigen. pastikan tiada µcord prolapse dan lakukan µvaginal examinatiom¶. Jika kelahiran kurang dari 37 minggu. 6. 2. Teknik meneran yang betul dapat menyelamatkan ibu dan anak daripada pelbagai komplikasi. Jika tali pusat terkeluar perawat hendaklah melakatkan 2 bantal di bawah punggung ibu. µPhysical examination¶ akan dilakukan kepada pesakit setiap 4 jam. Tundukkan dagu ke dada. memberi bantuan oksigen kepada ibu jika terdapat tanda µfetal distress¶. Bidan haruslah mengajar teknik-teknik yang diguakan semasa hendak meneran seperti berikut: 1. Tahan nafas.Sebelum rujuk ke hospital. barulah perawat boleh menghantar pesakit ke hospital lain bagi mengurangkan komplikasi ke atas ibu. Jika cord keluar dari vagina. 3. Jika membran pecah melabihi 6 jam. perawat mestilah memeriksa denyutan jantung fetus. 7. tali pusat terkeluar dan kandungan kurang 37 minggi mestilah dikenal pasti bagi melakukan pelan pengendalian awal. pemberian IM Dexamethasone 12mg haruslah diberikan. pengurusan yang secepat mungkin haruslah dilakukan. Tinggikan kepala dan bahu lebih kurang 45°. Pemeriksaan lebih kerap dilakukan jika ibu mengalami masalah semasa dalam waktu antenatal seperti PIH. Perawat juga hendaklah memerhati proses kelahiran yang berlaku. Semasa peringkat ini perawat harus memberi keyakinan dan kekuatan kepada ibu sebagai persediaan untuk menjalani peringkat kedua kelahiran. Teran ke bawah sehingga akhir kontraksi.

Ischial spines. Di sini. 4. Pemeriksaan pelvik pula merankumi aspek berikut: 1. 6. Vulva & vagina. 3. 5. 4. 3.5 3/ 4 soft anterior 1/0 3 <0. Panjang pembukaan serviks. Intertuberous diameter. Lateral walls.5 >4 below Bishop Score . 2. Subpubic arch. Sacral curvature. Jarak di antara symphisis pubis ke sacral promontory. 5. Presenting part @ position. 6. 2. Jika scor melebihi 5/13 menunjukkan ibu boleh melahirkan anak secara normal iaitu µspontaneous vaginal dilevery¶. Amniotomi dilakukan secara tidak semulajadi (artificial) jika kontraksi berlaku setiap 5 minit dan pembukaan OS melebihi 3 cm. 0 Crvical length (cm) Cervical dilation (cm) Cervical consistency Positium of cervix Station of presenting part (cm above iscial spines) >2 0 firm posterior 3 1 1-2 1/ 2 medium central 2 2 2-0. Membran (intact @ ruptured) Cord (left @ not left) Liquor colour & volume drained. penggunaan bishop score amat penting bagi mengetahui kejayaan ibu melahirkan bayi.Di dalam pemeriksaan pelvik aspek berikut haruslah diperiksa perawat 1.

durasi masa kesakitan. sejarah ginekoogi dan obstetrik. Sejarah labor diambil seperti masa permulaan labor. Barang yang perlu dibawa ialah pakaian bayi dan sepasang pakaian ibu untuk diiganti selepas bersalin semasa hendak keluar dari wad posnatal.Kemasukan ibu ke dewan bersalin mestilah disambut dengan mesra oleh jururawat yang berada di dalam dewan bersalin. Blood show merupakan pengeluaran darah yang bercampur dengan lendir . sejarah keluarga. Penilaian lebih kerap iaitu setiap jam jika ibu ada masalah kesihatan. membran pecah atau kesakitan pada bahagian bawah abdomen. Orentasi tempat di dalm wad dan pemberitahuan tentang barang berharga pesakit hendaklah diberikan kepada waris. ibu haruslah ditempatkan di katil dewan bersalin bagi meneruskan penjagaan sebelum proses bersalin berlaku. penialaian ke atas ibu dilakukan setiap 4 jam juka ibu sihat dan tiada masalah kesihatan. Penialaian ibu seperti pengambilan sejarah-sejarah ibu haruslah lengkap. sejarah pembedahan dan sejarah perubatan adalah betul pada setiap pesakit bagi menentukan pesakit yang dirawat adalah betul. dan kekerapan kesakitan diambil dan direkod. Penilaian blood show diperhatikan bagi mengelakkan saalah faham antara keluaran vagina dengan blood show. Perawat juga menentuka semua maklumat seperti sejarah sosial. ciri-ciri labor seperti sakit tetap atau bertambah. Perawat juga haruslah menentukan tanda-tanda hendak bersalin seperti µblood show¶. Perawat juga haruslah memastikan pesakit telah berdaftar dengan hospital dan orentasi diberikan. Jika ibu memberitahu terdapat salah satu tanda kelahiran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->