You are on page 1of 3

3. FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI 3.

1 Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir bawah boleh diangkat bagi menutup rongga mulut dengan merapatkannya kepada bibir atas atau gigi atas. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan udara yang keluar daripada rongga mulut. Di samping itu, bunyi-bunyi letupan dan geseran boleh juga dikeluarkan dengan menggunakan bibir bawah. 3.2 Lidah Lidah merupakan alat artikulasi ynag terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kapada empat bahagian, iaitu hujumg, hadapan, tengah dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerakgerakkan sama ada diangkat, dinaik atau diturun untuk membuat sekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk menyekat perjalanan udara. 3.3 Gusi Gusi letaknya antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi. Peranannya adalah dalam pengeluaran bunyibunyi dengan bantuan hujung lidah. 3.4 Lelangit Lelangit terbahagi kepada dua, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. Lelangit keras terletak antara gusi dengan lelangit lembut. Ia mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyibunyi. Lelangit lembut terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Ia boleh diturunkan atau dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Alat ini penting untuk menentukan sama ada bunyi yang akan dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan, bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. Selain itu, lelangit lembut juga berperanan sebagai daerah pengeluaran dan amat penting dalam mengekuarkan bunyi bahasa.

3.5 Anak Tekak Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut malah bersambungan dengan lelangit lembut. Fungsinya adalah sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yabg hendak dikeluarkan itu berbunyi sengau atau tidak. Anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. 3.6 Gigi Gigi dipergunakan sebagai alat penampan aliran udara dalam menghasilkan bunyi. Ia merupakan satu alat pasif dalam proses penghasilan bunyi. Fungsinya adalah menahan udara terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. 3.7 Rongga Rongga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu romgga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapamg yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak dan hidung boleh dibuka dan ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan. 3.8 Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok. Ia amat penting dalam, penghasilan bunyi. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput itu disebut glotis. Apabila kedua-dua selaput dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila direnggangkan akan menjadi luas. Pita suara amat penting peranannya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi itu bersuaar atau tidak. Apabila selaput disempitkan, sewaktu udara daripada paru-paru keluar melaluinya, akan berlakulah getaran. Bunyi yang terhasil daripada keadaan ini disebut bunyi bersuara. Apabila selaput ini direnggangkan dan glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas, sewaktu udara keluar melaluinya tidak ada getaran berlaku dan bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara.

3.9 Rahang Rahang tidak memainkan peranan penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Namun begitu, kedudukannya adalah penting dalam proses membunyikan vokal. Keadaan antara dua rahang adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a] dan [o].

You might also like