Professional Documents
Culture Documents
warga SMK Bandar Putra berpeluang lagi untuk menyambut Sambutan Hari Guru bersamasama untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai Sekolah Harian terbaik negeri Johor menjelang tahun 2011. Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak pelajar supaya pelajar menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Adalah perkara yang tidak mudah dan tidak senang untuk membentuk insan dari aspek akademik dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang, sahsiah murid yang gemilang, dan membolehkan insan berwawasan yang terbilang, tetapi guru-guru SMK Bandar Putra Kulai telah berjaya, berjaya meningkatkan prestasi sama ada dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah pelajar sehinggalah wawasan dan matlamat murid-murid SMK Bandar Putra tercapai, iaitu semuanya cemerlang. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam mendidik anak-anak pelajar dan meningkatkan kualiti mengajar. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan memberi sokongan kepada saya , En Abdul Aziz Bin Hj Redwan, En Anuar Bin Jais, Tn Hj Aminuddin Bin Mohd Sani, En Azman Bin Adnan, Pn Nor Anisah Bt Ariffin, Pn Raudhah Hanim, Pn Suraya Juraimi, Pn Maslinah Norman, Encik Wong Yak Choon, Pn Norhaniza Saad, Pn Sumiyati, En Lau Han Kee, En Erwan bin Mohamed Zaid, Cik Tan Hui Min, Pn Noriadah, Pn Azmah, Pn Fauziah Binti Sadri, Pn Nazila Abdullah, Pn Fatimi Estar, Pn Faridah Yunos, Pn Haryati Bahari, Cik Azlina Kamisan, Pn Khairulhana, Pn Nurul Aida, Pn Kamsiah, Pn Vionne, Pn Khairulhana, Pn Siti Marlina, Pn Vionne, En Elanggovan, Cik Azimah Othman, Pn Tan Pei Ching, En Md Nizam Tramiji dan guru-guru yang lain. Terima kasih juga kepada Cik Azlina Kamisan, Pn Maslina Rejoh, dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelancaran dan perasmian laman web sekolah yang lama. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Bandar Putra Kulai yang mengajar murid-murid umpama lilin membakar diri. Oleh sebab adanya mereka, kita warga SMK Bandar Putra Kulai baru berpotensi memperoleh bilangan calon perfect score PMR yang begitu ramai (89 orang tahun 2008), semua calon yang lulus 100% dalam SPM, dan GPS yang cemerlang. Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Sambutan Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan
meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita, dan secara langsung, Wawasan 2020 bukan impian kita lagi tetapi menjadi satu kenyataan, kenyataan Malaysia berjaya, negara Malaysia menjadi mata dunia. Saya menaruh 100% kepercayaan dan keyakinan kepada guru-guru kita untuk terus berjaya dalam meningkatkan prestasi pelajar sehingga kita dapat temu bersama lagi di puncak gunung kejayaan. Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran saya, doa saya agar SMK Bandar Putra terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat kita supaya SMK Bandar Putra menjadi sekolah harian terbaik bukan sahaja peringkat negeri, tetapi peringkat kebangsaan, negara. Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin berkongsi sebuah berita yang baik, iaitu mengenai kempen menghantar "Console letter" kepada anak-anak yang masih hidup selepas berlakunya gempa bumi SiChuan, China yang saya anjurkan. Surat-surat telah saya hantarkan kepada pihak yang bertanggungjawab dan surat-surat tersebut telah berjaya dihantar ke sana pada bulan Jun, 2008. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semangat kegigihan dan ketabahan mangsa gempa bumi yang masih hidup boleh menjadi teladan kepada kita untuk terus berjaya. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkat, sihat dan sejahtera. Terima kasih disampaikan kepada semua warga pendidik di negara kita dan selamat maju jaya. LOH ZHENG ZHANG Naib pengerusi Kelab Komputer, Setiausaha Rumah Delta AJK Kelab Taekwondo, AJK Kadet Polis, SMK Bandar Putra Kulai
Yang dihormati tuan Guru Besar, guru-guru dan semua rakan-rakan yang disayangi.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kerana memberikan peluang keemasan kepada saya untuk mewakili para pelajar memberikan ucapan sempena hari yang sungguh bersejarah ini. Warga guru yang diraikan, Setiap tanggal 16 Mei,tarikh keramat buat warga pendidik. Inilah waktu
terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan dan jasa guru tidak ternilai dan amat sukar untuk membalasnya kembali.Dari kecil hinggalah dewasa,kita tidak akan mampu untuk berdiri dengan gah tanpa pengorbanan guru dan kerana mereka jugalah kita petah untuk berhujah dan memberikan idea yang bernas. Warga dewan sekalian, Pepatah ada mengatakan bahawa Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah,tetapi satu langkah ini tidak mampu dilakukan tanpa jasa dan pengorbanan daripada guru-guru.Justeru itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa tanpa mereka, tiadalah kita.Kemahiran dan kecekapan yang ada pada guru ketika memberikan motivasi dan teknik belajar yangberkesan amat tinggi nilainya. Kita perlu berterima kasih yang tidak terhingga dengan usaha guru-guru kita megadakan kelas tambahan dan bengkel kecemerlangan akademik.Bagi guru,mereka tidak ada perkataan jemu dan menyerah kalah dalam kamus hidup guru yangberkualiti. Pendek kata,guru akan terus menabur bakti walaupun
dibebankan dengan tugasan yang semakin mencabar. Hadirin yang dihormati, Sekali lagi saya mewakili semua pelajar SK KUBU mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua warga pendidik yang kami sayangi.Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mengajar kami.Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru yang tetap menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bergabung tenaga untuk manjayakan acara yang penuh gilang gemilang ini.
Sebelum mengakhiri ucapan pada pagi ini , dengarlah sajak dari saya untuk semua guru yang tersayang.
GURU OH GURU Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. Sekianlah sahaja, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.
posted by: mastermad (reply) post date: 05.25.05 (10:49 am) hai amoi ucapan dan sajak yang menarik, sendiri buat ker posted by: Faizah (reply) post date: 05.25.05 (12:56 pm) hmm.. curious saya.. mana pegi entry cikgu yg sebelom nih? posted by: amoi (reply) post date: 05.26.05 (5:27 am) To Mastermad : Sajak tu nukilan Usman Awang. To Faizah : Aku guna webzip untuk download fail-fail bernama.com dari amoi.tblog. Entah macam mana ....aku baca 'yang delete file ' , terus dia delete yang sebenar. Naka buat macam mana ? ek.... posted by: sirasain (reply) post date: 06.01.05 (2:51 am) "Selamat Hari Guru"....cikgu! Jasa guru kukenang ke akhir hayat....
posted by: kuya (reply) post date: 03.22.06 (9:45 am) sajak usman awang ei.. aku pun penah bace sajak ni mase jd mc kat hari guru mase form 5 dulu..
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis, Selamat sejahtera dan Salam 1 MALAYSIA.
Yang dihormati, EN ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMAD ZAIN , Guru Besar SK Bandar Seri Alam (1),guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kerana memberikan peluang keemasan kepada saya untuk mewakili para pelajar memberikan ucapan sempena hari yang sungguh bersejarah ini. Warga guru yang diraikan, Setiap tanggal 16 Mei,tarikh keramat buat warga pendidik.Guru bertanggungjawab melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu pengetahuan dan sahsiah diri.Semua warga perlu menghayati tema Hari Guru sebagai pencetus inspirasi kegemilangan dan kecemerlangan. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan dan jasa guru tidak ternilai dan amat sukar untuk membalasnya kembali.Dari kecil hinggalah dewasa,kita tidak akan mampu untuk berdiri dengan gah tanpa pengorbanan guru dan kerana mereka jugalah kita petah untuk berhujah dan memberikan idea yang bernas. Warga dewan sekalian, Pepatah ada mengatakan bahawa Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah,tetapi satu langkah ini tidak mampu dilakukan tanpa jasa dan pengorbanan daripada guru-guru.Justeru itu, kita perlu sentiasa ingat bahawa tanpa mereka, tiadalah kita.Kemahiran dan kecekapan yang ada pada guru ketika memberikan motivasi dan teknik belajar yangberkesan amat tinggi nilainya.
Kita perlu berterima kasih yang tidak terhingga dengan usaha guru-guru kita megadakan kelas tambahan dan bengkel kecemerlangan akademik.Bagi guru,mereka tidak ada perkataan jemu dan menyerah kalah dalam kamus hidup
guru yangberkualiti. Pendek kata,guru akan terus menabur bakti walaupun dibebankan dengan tugasan yang semakin mencabar. Hadirin yang dihormati, Sekali lagi saya mewakili semua pelajar SK KUBU mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua warga pendidik yang kami sayangi.Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mengajar kami.Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru yang tetap menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bergabung tenaga untuk manjayakan acara yang penuh gilang gemilang ini. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini,izinkan saya untuk memetik katakata Allahyarham Usman Awang : jadilah apa-apapun pada akhir kehidupanmu, guruku ,Budi yang diapungkan di dulangmu, Panggilan keramat cikgu kekal terpahat, Menjadi kenangan hingga ke akhir hayat