You are on page 1of 6

Set 1 1. Jelaskan maksud Pembelian runcit.

Dan kesalahan yang sering dilakukan oleh ketua jabatan dalam proses pembelian tersebut . 2. Pegawai kerajan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bg keluarga pegawai b. Jelaskan tafsiran Keluarga Pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai. 3. Seseorang pegawai awam tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam Keterhutangan Kewangan yang serius. a. Nyatakan apakah yang dimaksudkan Keterhutangan Kewangan yang serius b. Jelaskan tiga keadaan seseorang pegawai dikatakan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 4. kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kpd masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memenafaatkan orang ramai.. Kenyataan di atas adalah tonggak yang ke dua belas iaitu nikmat mencipta dalam Tonggak Dua Belas. a. Berikan empat amalan positif dan negatif bagi nikmat mencipta b. Berikan tiga contoh beserta huraian bg setiap amalan positif dan negatif tsb. 5. Wawasan 2020 menetapkan matlamat pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Matlamat ini hanya boleh dicapai jika rakyat malaysia menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran. Huraikan enam daripada sembilan cabaran yang telah dikenalpasti. 6. Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kpd para pelanggannya. Antara langkah tsb termasuklah piagam pelanggan. Sila jelaskan:a. Definisi Piagam pelanggan b. Ciri-ciri piagam pelanggan yang dikatakan jelas dan senang disebar. c. Bagaimanakah Sistem Maklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan ? 7. Salah satu prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah mengutamakan pelanggan. Jelaskan peringkat-peringkat tindakan yang terkandung dalam prinsip ini . 8. Huraikan pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi. a. Akauntabiliti b. Integriti c. Profesionalisme . 9. Nyatakan mengapakah perancangan dan kawalan perlu bagi sesuatu organisasi mencapai objektifnya.

Set 2 1. Mengikut peraturan 21(1) dalam Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 , seseorang pegawai dalam Kumpulan pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik . Nyatakan lima aktiviti politik yang dimaksudkan itu. 2. En. X ialah KSU di salah sebuah Kementerian di mana beliau adalah juga merupakan Pegawai Pengawal kpd kementerian tsb. Di antara tangung jawab En. X selaku pegawai pengawal ialah mengawal perbelanjaan supaya vot dibawah kawalannya tidak dilampaui serta serta menguruskan dengan sepatutnya wang awam yang dipungut, diterima atau dibelanjakan dan barangbarang awam yang diterima, disimpan atau dilupuskan di bawah kawalannya. a. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh En X sekiranya mendapati vot perbelanjaan di bawah kawalannya dilampaui. b. Adakah lampauan itu boleh dipertangungkan. Beri alasan. 3. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat ttg pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara. a. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan b. Selain daripada mendapatkan nasihat jabatan Arkib Negara, nyatakan lima usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka. 4. Huraikan pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan organisasi. a. Akauntabiliti b. Integriti c. Profesionalisme 5. Dasar penswastaan telah dilaksanakan dalam beberapa bentuk iaitu Penjualan, Pajakan, kontrak pengurusan dan Bina Kendali Pindah (BKP) dan Bina Kendali (BK). Huraikan mana-mana tiga bentuk penswastaan tersebut. 6. Manual prosedur kerja dan fail meja adalah satu prosedur biasa bagi pejawat awam. a. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Manual Prosedur Kerja dan fail Meja b. Nyatakan perbezaan di antara kedua-duanya. 7. Pengaruh yang dipunyai oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan dengan Kuasa(Power) yang dimilikinya dan tanpa kuasa seseorang itu tidak mempunyai kemampuan atau kurang berkesan untuk mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu ke arah pencapaian matlamat. Huraikan lima jenis kuasa yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

8. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan lima faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya. 9. Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh sesebuah jabatan bagi mencapai kepastian kualiti dibawah pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Set 3 1. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai. b. Jelaskan tafsiran Keluarga Pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai 2. a) Dalam peraturan kewangan kerajaan, setiap wang yang diterima oleh pegawai kerajaan hendaklah dikeluarkan resit. Resit itu pula hendaklah disediakan oleh seorang pegawai lain dan ditandatangani oleh pegawai yang menerima wang. Dalam keadaan manakah peraturan ini boleh dikecualikan b) En. A ialah seorang pemungut hasil. Pada suatu hari salah seorang pembantu tadbir (P/O) di jabatannya telah melaporkan kepadanya bahawa beliau telah tersalah tulis 4 helai boring resit dan akibatnya keempat-empat resit berkenaan telah rosak. Apakah nasihat atau cadangan yang perlu diberikan oleh En A kepada Pembantu Tadbirnya mengenai perkara tersebut. 3. En K seorang Penolong SU di Kementerian P dan telah diarahkan menyediakan kertas kerja tentang strategi melaksanakan satu projek peringkat kebangsaan. Statistik maklumat yang digunakan termasuklah maklumat terperingkat bertaraf SULIT, RAHSIA dan RAHSIA BESAR. Beliau telah dihubungi oleh En. N yang tidak dikenalinyadan menawarkan ganjaran wang sekiranya beliau memberikan salinan projek berkenaan kpdnya. a. Adakah tindakan En. N boleh dikategorikan sebagai espionaj. Berikan alasan anda. b. Bagaimanakah kaedah penyimpanan maklumat-maklumat terperingkat yang perlu diikuti oleh En. K ? 4. Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelan perindusterian Negara telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tsb. Nyatakan langkah-langkah yang digariskan di dalam perancangan tsb. 5. En. Z baru dilantik sebagai Penolong pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau ditugaskan untuk mengurus aduan-aduan daripada orang ramai tentang jabatannya. Beliau difahamkan ada prosedur tertentu perlu diikuti dalam

mengendalikan aduan awam tsb. Jelaskan prosedur tsb berdasarkan PKPA 4/1992 6. Huraikan pendekatan berikut ke arah meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. a. Latihan kepimpinan b. Penerapan nilai murni kepimpinan c. Perubahan sikap dan nilai d. Pengalaman dan pusingan kerja 7. Jelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh agensi kerajaan dalam mengendalikan aduan-aduan daripada orang ramai mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan atau sebarang tindakan oleh agensi kerajaan. 8. En. Abu adalah seorang pegawai di bahagian perolehan Kementerian Pelajaran. Beliau telah diberikan tangung jawab untuk menguruskan pembelian barangan keperluan kementerian tersebut secara sebut harga. Dengan itu beliau adalah bertangung jawab juga bagi memperoses sendiri sebutharga untuk dikemukakan kepada jawatankuasa sebutharga untuk dikemukakan kepada jawatankuas sebutharga diperingkat kementerian. a. Apakah yang anda faham dengan maksud pembelian secara sebutharga ? b. Terangkan mengenai keahlian jawatankuas sebutharga. c. Nyatakan peranan En Abu dalam memperoses sebutharga tersebut untuk dikemukakan kepada jawatankuasa sebutharga . 9. Seseorang pegawai kerajaan adalah dilarang membuat pekerjaan luar kecuali mendapat kebenaran daripada ketua jabatannya. a. Nyatakan tiga jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan itu. b. Jelaskan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh seseorang ketua jabatan semasa menimbangkan permohonan pegawainya untuk membuat pekerjaan luarnya.

Set 4 1. Sepertimana yang dinyatakan dalam Perintah Am Bab C, jelaskan maksud perkara-perkara berikut:a. Cuti b. Cuti sakit c. Sijil sakit 2. Nyatakan tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli berikut:a. Pemverifikasi Stok b. Lembaga Pemeriksa

3. Setiap pegawai perkhidmatan awam adalah diwajibkan mengamalkan etika perkhidmatan awam. a. Nyatakan sebab mengapa Etika Perkhidmatan Awam. b. Berikan 10 amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan bagi melaksanakan etika tsb. 4. Permohonan En. Y untuk mendiami rumah kerajaan telah diluluskan. Sebagai penghuni rumah kerajaan beliau perlu mematuhi peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab E. a. Terangkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh beliau b. Terangkan tangung jawab beliau sebagai penghuni rumah tersebut. 5. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. 6. Salah satu prinsip Pengurusan Kualiti Menyluruh (TQM) ialah mengutamakan pelanggan. Jelaskan peringkat-peringkat tindakan yang terkandung dalam prinsip ini. 7. Anggota Perkhidmatan Awam terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pembangunan negara dan seharusnya memiliki nilai-nilai yang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisme. Huraikan nilai-nilai profesionalisme yang semestinya ada pada kakitangan Perkhidmatan Awam. 8. Proses Kerja yang terdapat di dalam Manual Prosedur Kerja dan fail Meja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. 9. Etika perkhidmatan berteraskan Tujuh Teras Perkhidmatan. Huraikan tujuh teras perkhidmatan tersebut.

Set 5 1. Anggota Perkhidmatan awam hendaklah menghindari diri daripada memberi atau menerima suapan. Nyatakan takrifan suapan. 2. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai. b. Jelaskan tafsiran Keluarga Pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai. 3. Semua wang hasil yang diterima oleh sesebuah jabatan kerajaan sama ada dalam bentuk wang tunai, cek, kiriman pos dan lain-lain hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengakuterima wang yang diterima. Daftar dan senarai pungutan mestilah dibukukan oleh seorang anggota yang lain daripada kasyer. a. Terangkan peraturan-peraturan biasa dalam mengeluarkan resit. b. Nyatakan keadaan di mana penyediaan resit rasmi boleh dilakukan oleh seorang anggota sahaja. 4. Huraikan nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan oleh setiap angota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya. 5. Huraikan pendekatan berikut ke arah meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. a. Latihan kepimpinan b. Penerapan nilai murni kepimpinan c. Pengalaman dan pusingan kerja 6. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia 7. Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kpd para pelanggannya. Antara langkah tsb termasuklah piagam pelanggan. Sila jelaskan:a. Definisi Piagam pelanggan b. Ciri-ciri piagam pelanggan yang dikatakan jelas dan senang disebar. c. Bagaimanakah Sistem Maklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan ? 8. Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitarannya. Di antara persekitaran yang wujud ialah persekitaran kerja, pesekitaran masyarakat, dan persekitaran dalaman. Terangkan maksud persekitaran kerja, pesekitaran masyarakat, dan persekitaran dalaman. 9. Dokumen-dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah oleh pegawai pegawai. a. Dalam keadaan bagaimanakah peraturan ini boleh dikecualikan b. Jelaskan pihak manakah yang boleh memberi kebenaran secara bertulis untuk tujuan itu. c. Jelaskan cara-cara memusnahkan dokumen terperingkat

You might also like