You are on page 1of 10

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Teknik Kaedah Strategi

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah : 1. Kaedah Kuliah 2. Kaedah Perbincangan 3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi 4. Kaedah Latihan 5. Kaedah Penemuan 6. Kaedah Projek 7. Kaedah Persembahan Lisan 8. Kaedah sebahagian-keseluruhan. Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi. KAEDAH KULIAH Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani : 1. Pengenalan

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

1. Persembahan

Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua pelajar Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

1. Penutup

Mengulangi point-point utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan point yang lemah

KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia

menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1. Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

1. Demonstrasi

Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

1. Demonstrasi dan pengajaran


Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

1. Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu : 1. Kaedah/Gaya Langsung 2. Kaedah/Gaya Gabungan 3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG

GAYA GABUNGAN

GAYA TIDAK LANGSUNG

Gaya Arahan Gaya Tugasan

Limitasi Penemuan Terbimbing

Penyelesian masalah latihan Bertindak balas Semak kendiri Penerimaan beramai Penerokaan

GAYA LANGSUNG

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

KELEBIHAN 1. Kaedah yang berkesan 2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari 3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi 4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur

KELEMAHAN 1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan) 2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

GAYA TIDAK LANGSUNG Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

KELEBIHAN 1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya 2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab 3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar 4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.

KELEMAHAN 1. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab. 2. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan. 3. Sukar untuk mengawal kelas 4. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

GAYA ARAHAN Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkahlangkah yang terlibat adalah seperti berikut :

GURU

PELAJAR

1. Mengawal penuh pengajaran 1. Memilih aktiviti 2. Menentukan bagaimana dan bila 3. Mengawal tingkah laku 4. Menilai keputusan Ciri ciri gaya arahan

1. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa 2. Individu mendapat kurang perhatian

1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar . 2. Pelajar berlatih. 3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. 4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. 5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. 6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan Penemuan Terbimbing Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik Kelebihan kelebihan 1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. 2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. 3. Memupuk pembangunan arah kendiri Penyelesaian Masalah

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut : 1. Menganalisi dana memahami masalah 2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. 3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat maklumat 4. Membentukkan jawapan yang mungkin 5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif 6. Pilih penyelesaian paling sesuai. 7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu. Kelebihan-kelebihan 1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar. 2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari. Kelemahan kelemahan 1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru. 2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada : 1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran. 2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu. Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Saiz kelas Seluruh kelas


Gaya pengajaran Langsung Penyelesaian masalah Stesen

Kumpulan kecil

Individu

Lembaran kerja /tugas

STRATEGI PNP DALAM PENDIDIKAN JASMANI 1- Belajar cara belajar 2- Teknologi maklumat dan komunikasi 3- Kajian masa depan... 4- Kamahiran berfikir 5- Pembelajaran akses kendiri 6- Pem. secara kontekstual 7- Multiple intelligence 8- Konstruktivisme 9- Pembelajaran masteri

You might also like