You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR.

KERTAS CADANGAN KECERIAAN MAKMAL SAINS SK BANDAR TASIK SELATAN


TARIKH PERLAKSANAAN : 11 JULAI 29 JULAI 2011
ANJURAN : GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN DAN KEBERSIHAN MAKMAL SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN, BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains.

2. OBJEKTIF
2.1 2.2 2.3 2.4

Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik. Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan. Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains. Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di dalam makmal sains.

3. SASARAN

Projek ini akan dilaksanakan oleh guru pelatih subjek major sains sebagai salah satu projek semasa internship. Guru pelatih yang terlibat ialah :
1. Nurhidayah binti Afandi 2. Nur Diyana bt Makhzani

1. TARIKH DAN MASA

Tarikh: 11- 29 Julai 2011 Masa: 3.00 petang - 6.00 petang Tempat : Makmal Sains

2. AKTIVITI Aktiviti yang dicadangkan.


1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal

secara sistematik.
2. Menceriakan persekitaran makmal sains. 3. Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan. 4. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains. 5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan. 6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal. 7. Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak boleh di

gunakan lagi.
1.

KEWANGAN

a) Anggaran perbelanjaan

Bil 1 2 3 4

Perbelanjaan Kertas pembalut hadiah Pelekat 3D Pita pelekat Kertas warna berpelekat JUMLAH

Kuantiti 10 x RM 0.50 2 x RM 5.00 10 x RM 2.50 1 x RM 5.00

Amaun (RM) RM 5.00 RM10.00 RM 25.00 RM 5.00 RM40.00

2. Penutup

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan pertambahan bahan bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk merasai dan meneroka bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang selesa. Disediakan oleh, ( Cik Nurhidayah bt Afandi ) Guru pelatih (major sains ) SK Bandar Tasik Selatan Disokong oleh, . ( Pn. Normazila bt Mustaffa ) Ketua Panitia Sains SK Bandar Tasik Selatan

Disahkan oleh, . ( Pn. Ainun bt Salleh ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan

You might also like