You are on page 1of 7

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL

1.0 PENDAHULUAN

Dalam menjalani kehidupan seharian,seseorang individu tidak akan terlepas dari menghadapi
pelbagai jenis masalah,dilanda musibah,bencana dan pelbagai masalah lain yang membelenggu
kehidupan.Musibah yang melanda ini terkadang bukan hanya memberi kesan kepada individu itu
sahaja,akan tetapi turut melibatkan samada secara langsung atau tidak langsung ahli keluarga
individu berkenaan.

Bagi umat Islam, mereka semestinya perlu meyakini bahawa semua musibah yang melanda mereka
adalah merupakan suatu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan menjadi keperluan untuk
mereka menerima setiap ketentuan tersebut serta sentiasa bersedia untuk menghadapinya dengan
penuh keimanan beserta kesabaran.

Antara bentuk ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu bagi menghadapi sebarang
musibah yang menimpa dirinya ialah dengan menyimpan atau menabung secara
persendirian.Langkah yang dilaksanakan ini semestinya akan berhadapan dengan beberapa
kekangan terutama dari sudut jumlah wang yang mampu disimpan serta disiplin untuk menyimpan
secara berterusan dan akhirnya ia akan merumitkan individu tersebut apabila dirinya ditimpa
musibah.

2.0 DEFINISI

2.0.1 Takaful

Takaful ialah merupakan satu sistem insurans secara islam.Ia merupakan satu kaedah iaitu satu
kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggembelengkan usaha dan sumber bagi
mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menaggung antara mereka,jika
ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah.
1
Perjanjian ini juga turut menetapkan
bahawa setiap ahli di dalam kumpulan dari awal bersetuju tentang bentuk sumbangan yang bakal
digunakan untuk faedah bersama nanti.
2



1
Mohd Fadzli Yusof(1996)Takaful:Sistem Insurans Islam.Kuala Lumpur:Utusan Publication.Ms 7.
2
Asmak Abd Rahman Etc.(2008)Sistem Takaful Di Malaysia:Isi-Isu Kontemporari.Kuala Lumpur:Universiti
Malaya.Ms 22.
Melalui kaedah ini,setiap individu yang ditimpa musibah akan mendapat manfaat perlindungan yang
biasanya berbentuk sejumlah wang.Daripada manfaat yang diperolehi ini,beban yang ditanggung
oleh seseorang individu itu mampu diringankan dan juga mengelakkan dirinya daripada ditimpa
musibah berantai kesan dari musibah yang menimpa dirinya.

2.0.2 Insurans Konvensional

Insurans Konvensional ialah merupakan pelan perlindungan yang ditawarkan kepada pembeli
premium untuk mendapatkan perlindungan sekiranya berlaku sebarang musibah atau sebab-sebab
lain yang membolehkan peserta menuntut ganti rugi dari syarikat insurans.
3


Dalam kontrak insurans,pengendali syarikat insurans mempunyai kuasa penuh ke atas premium
yang dibayar dan wang yang terkumpul adalah miliknya.Syarikat insurans bertanggungjawab untuk
membayar pampasan pemegang polisi jika berlaku sesuatu yang tidak diduga keatas pelanggan itu.
4


3.0 ASAS PENGHARAMAN INSURANS KONVENSIONAL

3.0.1 Unsur Riba

Berdasarkan pandangan ulamak,kontrak insuran yang merupakan kontrak pertukaran maka padanya
terdapat riba al-fadl dan riba al-nasiah.Kewujudan riba ini secara jelas dilihat apabila berlakunya
bayaran oleh syarikat insuran kepada pencarum apabila berlakunya sesuatu musibah.Riba al-fadl
berlaku apabila pampasan yang diberikan kepada pencarum tidak sama dengan premium yang
dibayar.Riba al-nasiah pula berlaku apabila bayaran premium dan bayaran pampasan tidak berlaku
pada waktu yang sama.

Selain itu,riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman yang dicarum oleh
pencarum diperniagakan oleh syarikat insurans di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap
yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara Mudharabah), atau mana2 syarikat
yg bermuamalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi.
Malah lebih teruk sekiranya,syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan
urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.
5




3
Muhammad Ikram Laldin( ) Takaful dan Takaful Semula: Perbincangan Beberapa Isu Serta Fatwa Pilihan.
4
Asmak Abd Rahman Etc.(2008)Sistem Takaful Di Malaysia:Isu-Isu Kontemporari.Kuala Lumpur:Universiti
Malaya.Ms 23.
5
Zaharuddin Abd Rahman( 2002 )Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?
3.0.2 Unsur Gharar

Gharar merujuk kepada unsur ketidakpastian di dalam sesuatu aqad. Kewujudan unsur gharar di
dalam sesuatu kontrak insurans akan membatalkannya bertujuan mengelakkan berlakunya
kezaliman samada terhadap pihak pencarum atau syarikat insuran itu sendiri.

Menurut ulamak,terdapat beberapa bentuk gharar yang sekiranya terdapat di dalam kontrak insurans
ia akan membatalkannya.Pertama,gharar dalam hasil pertukaran.Dalam kontrak insurans, pampasan
yang dibayar oleh syarikat insurans adalah merupakan barang dan premium yang dibayar oleh
pencarum adalah merupakan harga.Memandangkan bahawa pampasan hanya dibayar apabila
berlakunya risiko atau musibah yang dinsuranskan,maka kemungkinan besar ia tidak akan dibayar
kerana risiko tersebut tidak akan berlaku.Jika ini berlaku,maka tidak wujud hasil pertukaran antara
pencarum dan syarikat insuran.Hasilnya,terdapat unsur gharar dalam bentuk pampasan yang mana
pampasan itu merupakan salah satu daripada hasil pertukaran.

Kedua,gharar dalam kadar pampasan atau gharar dalam kadar pertukaran.Jika ssuatu risiko berlaku
dan orang yang dinsuranskan menerima pampasan,tidak diketahui jumlah sebenar yang
diperolehinya.Hal ini kerana,jumlah pampasan adalah bergantung kepada jenis insurans,risiko yang
dinsuranskan,kerugian yang dialami serta kaedah yang digunakan untuk membayar pampasan.Ini
bererti bayaran pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans tidak semestinya sama dengan
kerugian yang dialami oleh pencarum.

Ketiga,gharar yang wujud dalam kontrak insurans berkenaan tempoh masa.Dalam muamalah
Islam,apabila sesuatu kontrak pertukaran seperti jual beli mensyaratkan penyerahan harga atau
barang dalam sesuatu tempoh,maka tempoh tersebut hendaklah jelas. Di dalam kontrak
insurans,gharar berlaku apabila pihak pencarum dan syarikat insurans secara jelas tidak mengetahui
bilakah sesuatu musibah akan terjadi,dan kontrak insurans yang dibuat adalah berasaskan andaian
semata-mata.
6


3.0.3 Unsur Maysir

Sebahagian ulamak mengharamkan insurans konvensional kerana dikatakan terdapat padanya unsur
perjudian sedangkan judi secara jelas telah diharamkan oleh Allah.
Dalam perjudian,bayaran pertaruhan dikaitkan dengan sesuatu yang tidak pasti iaitu gharar
bergantung kepada nasib seseorang.

6
Abdul Mumin Abdul Ghani etc.(2006)Dinamisme Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Ms 88-89.


Firman Allah taala:
1 MBb MBb.
F VC BT f MMm ov.
B11 Bf. Mm0 v
B N
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[segala minuman yang memabukkan] dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi
dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".
( Al baqarah:217 )

Insurans mengandungi unsur ini kerana ia berkait dengan nasib samada berlaku musibah atau
sebaliknya.Apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan yang lumayan dan dikira
memperolehi untung, sebaliknya apabila musibah tidak berlaku. Inilah unsur judi yang dimaksudkan.
7



4.0 CIRI-CIRI TAKAFUL

Dalam usaha untuk mengelakkan umat islam terlibat secara langsung dalam kontrak insurans yang
terdapat padanya unsur-unsur yang jelas bertentangan dengan agama,islam sebagai suatu agama
yang bersifat universal mennyediakan alternatif yang lain bagi membolehkan umat islam
mendapatkan perlindungan apabila berlakunya sesauatu musibah.Kontrak insurans ini sudah pastilah
mempunyai ciri serta bentuk yang belainan berbanding kontrak insurans konvensional yang sedia
ada.

4.0.1 Berasaskan Konsep Saling Bantu Membantu

Skim perlindungan takaful adalah satu skim yang berasaskan kepada konsep bantu membantu
antara satu sama lain dalam menghadapi sesuatu kesusahan serta pengagihan risiko dan
persediaan dalam menghadapi sesuatu musibah.Melalui kontrak minsurans ini,pihak pencarum dan
syarikat insurans saling bekerjasama antara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama.

Firman Allah taala :



7
Zaharuddin Abd Rahman( 2002 )Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?

Fb.BV. `V MBb N.fJBb. F
N. Fb.BV `V 6Bb
.MBb. P FbfVBb. Bb F f Bb
MMA LBfBb
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah,
Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(Al-Maidah :2)
Akad yang digunakan dalam sumbangan takaful memberikan gambaran bahawa ianya adalah satu
skim yang murni di mana para pencarum akan bertabarru untuk membantu satu sama lain. konsep
tabarru adalah satu konsep yang amat digalakkan dalam Islam berdasarkan penekanan Islam agar
umatnya menyumbang sama ada dalam bentuk hadiah, sedekah atau zakat yang diwajibkan untuk
membantu satu sama lain dan menjalin hubungan kasih sesama umat manusia.
8


Hal ini amat jelas bertentangan dengan konsep insurans konvensional yang mana ia hanya
menekankan konsep saling beroleh manfaat iaitu keuntungan samada bagi pihak pencarum ataupun
syarikat insurans tanpa wujudnya konsep saling bantu membantu walaupun pada asasnya kedua-
duanya mempunyai matlamat yang hampir sama.

4.0.2 Tiada Unsur Riba
Wang pencarum akan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh
majlis pengawasan syariah dan antara bentuk pelaburan;
bon kerajaan (al-qardul hassan).
akaun simpanan di bank (al-mudharabah).
projek pelaburan (al-bai bithaman ajil).
harta bangunan.
pembiayaan perumahan.

Sebaliknya bagi kontak insurans konvensional,elemen riba wujud dalam penjanaan keuntungan
pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pencarum. Ini
kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan di dalam instrumen kewangan seperti bon dan
juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem
perbankan konvensional

8
Muhammad Ikram Laldin( ) Takaful dan Takaful Semula: Perbincangan Beberapa Isu Serta Fatwa Pilihan
Unsur riba juga terdapat dalam urusniaga pinjaman dari polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada
peserta dalam produk insurans hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans akan
mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah
tersebut merupakan riba yang dilarang Islam.
9


5.0 KESIMPULAN

Sacara asasnya dapat diketahui kontrak takaful konvensional mempunyai perbezaan yang cukup
ketara berbanding kontrak takaful yang diperkenalkan oleh Islam.Perbezaan inilah yang menjadikan
sistem takaful islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berasaskan kaedah yang dibenarkan
syara dan akhirnya menjadikannya sebagai suatu alternatif bagi keperluan umat islam semasa.


















9
www.takaful.com.my


BIBLIOGRAFI
Abdul Mumin Abdul Ghani etc.(2006)Dinamisme Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Asmak Abd Rahman Etc.(2008)Sistem Takaful Di Malaysia:Isu-Isu Kontemporari.Kuala Lumpur:
Universiti Malaya
Mohd Fadzli Yusof(1996)Takaful:Sistem Insurans Islam.Kuala Lumpur:Utusan Publication.
Muhammad Ikram Laldin( ) Takaful dan Takaful Semula: Perbincangan Beberapa Isu Serta
Fatwa Pilihan.
Zaharuddin Abd Rahman( 2002 )Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?

You might also like