You are on page 1of 33

<HBHE2203>

BUKU PANDUAN

ALAM REMAJA

<HBHE2203>

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1. Prakata 2. Pengenalan i). Sistem Reproduktif Perempuan ii). Sistem Reproduktif Lelaki

3 4 7 12

3.

Perubahan Perkembangan Awal Remaja i). Fizikal ii). Emosi iii). Sosial iv). Mental 13 19 20 21

4. Amalan Gaya Hidup Sihat 5. Kesan Pengabaian Menjaga Kehormatan Diri 6. Pentingnya Menjaga Kesihatan 7. Soal Selidik 8. Bibliografi

22 23 24 25 27

<HBHE2203>

PRAKATA PANDUAN ALAM REMAJA

Buku ini disusun khusus kepada murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang berada di Sekolah Kebangsaan , SRJKC dan SRJKT. Buku ini juga sebagai ilmu panduan kepada ibu bapa, guru, para remaja dan masyarakat. Buku ini berbentuk penulisan ilmiah yang menekankan aspek penjagaan kesihatan diri awal remaja.

Teknik penyampaian buku ini diolah dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami serta penggunaan carta, rajah, jadual dan peta minda agar dapat memudahkan kefahaman murid sewaktu membaca. Ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni dapat menarik minat kanak-kanak dan para remaja untuk memiliki buku ini setiap seorang.

Kemahiran pengetahuan berkaitan seksualiti dapat memberi kefahaman yang jelas berkaitan hubungan antara manusia meliputi perasaan, kewanitaan, kelelakian, keinginan, kepuasan, kasih sayang, tertekan, perhatian, perkongsian, sentuhan, harga diri, dan kebahagian di kalangan remaja. Selain itu membantu remaja menggelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkah laku berisiko.

Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Amalan kesihatan diri adalah amat kepada seseorang, tanpa mengira tua atau muda.

Justeru itu, seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki buku ini oleh setiap rumah, sekolah dan individu.

<HBHE2203>

PENGENALAN

Kanak-kanak suka bertanya kepada orang yang lebih dewasa bagaimana dia boleh berada di dunia ini. Ibu akan memaklumkan dengan penuh kasih sayang yang mana anak dilahirkan olehnya. Anak akan bertanya lagi bagaimana dia dilahirkan. Bagaimana dia membesar seperti sekarang. Naluri ingin tahu bagaimana kewujudan seseorang manusia sering bermain dalaman pemikiran seseorang kanak-kanak. Proses yang berlaku adalah pengalaman pembelajaran yang akan membantu seseorang menjadi lebih matang dalam kehidupan. Kita sering kali disoalkan dengan pelbagai persoalan oleh anak kepada kita sebagai ibu bapanya, walaupun persoalan yang diutarakan agak mudah namun sukar untuk diterang dan diperjelaskan.

AKIL BALIGH merujuk kepada fasa perubahan antara zaman kanak-kanak kepada zaman remaja. Akil baligh dicirikan dengan beberapa perubahan fizikal, mental dan sosial. Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual. Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh juga bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju. Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri dan menggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.

<HBHE2203>

Manakala dari sudut pandangan Islam pula, orang yang akil baligh disebut mukalaf. Akil bererti berakal, yang ditandai dengan kesanggupan untuk membezakan yang baik dan yang buruk untuk dirinya sendiri maupun orang lain. Baligh bererti sampai pada usia tertentu dan telah dibebani tanggung jawab terhadap segala perbuatannya. Ini yang membezakannya dari seorang anak kecil. Justeru itu, Rasulullah SAW bersabda, Ada 3 kelompok manusia yang tidak dibebani hukum: bayi hingga baligh, orang tidur hingga bangun, dan orang gila hingga sembuh (Hadits Riwayat Abu Daud).

Baligh dapat dilihat dengan tanda-tanda tertentu, diantaranya besarnya suara pada lakilaki, keluarnya mani pada saat tidur yang disebabkan oleh mimpi, dan haid (khusus bagi kaum perempuan). Apabila tanda-tanda baligh pada diri seorang anak tidak ditemukan, maka kebalighannya dapat ditentukan oleh usia. Para ulama berbeza pendapat batas usia baligh seseorang. Menurut ulama Mazhab Syafii dan Hanbali seseorang dikatakan baligh apabila telah berusia 15 tahun, baik laki-laki atau perempuan. Menurut Imam Hanafi, usia baligh adalah 18 tahun bagi laki-laki dan 17 tahun bagi perempuan.

CIRI-CIRI PERUBAHAN

Ciri-ciri perubahan ini berbeza antara lelaki dan perempuan. Fasa akil baligh berbeza bagi setiap individu. Sesetengah kanak-kanak akan mencapai akil baligh sebelum usia sepuluh tahun dan ada yang mengalaminya semasa belasan tahun.

Tahap permulaan akil baligh dipengaruhi oleh kadar horman di dalam badan. Hormon androgen ialah hormon yang mengawal dan merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki. Hormon progesterone ialah hormon yang dihasilkan oleh ovari dan yang bertanggungjawab sebagai persediaan persenyawaan di ovum perempuan. Pemakanan di zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan ini. Pemakanan yang mencukupi dan seimbang serta taraf kesihatan yang baik mempengaruhi usia seseorang kanak-kanak mencapai akil baligh.

<HBHE2203>

Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah disebabkan oleh nutrisi yang lebih baik, stress dan bahan kimia di dalam makanan

Akil Baligh Yang Tidak Normal Akil baligh yang awal dan lewat Akil baligh yang awal Definisi Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu Kelewatan akil baligh Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki Keturunan (berlaku dalam keluarga) Keabnormalan kromosom (genetik) Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah Kanak-kanak Perempuan: Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun

Penyebab

Tanda tanda dan gejala

Kanak-kanak Perempuan: Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun Pertumbuhan awal bulubulu badan: di ketiak dan kemaluan. Kitaran haid bermula awal

<HBHE2203>

Kanak-kanak Lelaki: Pembesaran awal pada zakar dan testis Pertumbuhan awal bulubulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam

Kanak-kanak Lelaki: Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada organ luaran dan organ dalaman. Organ luaran terdiri daripada labia majora, labia minora, klitoris, selaput dara dan perineum. Manakala organ dalaman adalah seperti yang diterangkan dalam darjah 1.

Pandangan Luaran

Pandangan Dalaman

<HBHE2203>

Ovulasi (Pengeluaran Ovum) Ovari terdiri daripada sel-sel reproduktif perempuan. Apabila seseorang perempuan telah akil baligh, sel-sel ini menjadi matang dengan bantuan hormone. Sel ovum yang telah matang akan pecah dan menolak ovumnya ke dalam umbai saluran Fallopian. Proses ini dinamakan ovulasi atau pengeluaran ovum. Proses ini berlaku dalam pertengahan pusingan haid tetapi masanya berbeza di antara individu. Ovum yang dibebaskan akan bergerak ke saluran Fallopian dan bersedia untuk disenyawakan.

Haid Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi. Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopaus. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan. Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat perubahan perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan secara menyembur. Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 atau lewat umur 16 ; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 . Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun, dan untuk Bindi of New Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan

<HBHE2203>

jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).

Sebelum kedatangan haid adakalanya remaja perempuan akan mengalami gangguan emosi seperti cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu. Tanda yang lain seperti akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payu dara dan jerawat mula timbul. Semua gejala ini hanyalah untuk sementara sahaja dan akan berasa lebih baik dan dalam keadaan yang selesa selepas sehari dua didatangi haid. Gelaja ini di panggil Sindrom Pra Menstruasi (PMS).

Selain itu juga, gangguan senggugut yang lebih sinonim dengan remaja perempuan apabila kedatangan haid pada awal hari-hari haid mereka. Keadaan di mana akan berasa sakit di bahagian abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki. Walau bagaimanapun senggugut ini boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol dan jika teruk dan berpanjangan segeralah berjumpalah dengan doktor. Senggugut juga dikenali sebagai dysmenorrhoea.

<HBHE2203>

Cara Menggunakan Tuala Wanita (Pad). 1. Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad. 2. Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam dan pakailah.

Jenama Tuala Wanita di pasaran

CARA PENGGUNAAN TUALA WANITA

10

<HBHE2203>

Cara membuang pad. 1. Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik. 2. Masukkan ke dalam tong sampah. 3. Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

Cara mudah jika hendak mencuci pad.

Kebersihan Peribadi Tuala wanita perlu ditukar selalu. Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air. Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

11

<HBHE2203>

SISTEM REPRODUKTIF LELAKI Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada beberapa organ. Antaranya ialah zakar, testis, saluran urethra dan kelenjar prostat (lihat rajah 2).

Pandangan Luaran

Pandangan Dalaman

Ihtilam

Ihtilam atau mimpi basah (wet dream) berlaku pada kanak-kanak lelaki. Ihtilam adalah petanda bahawa kanak-kanak tersebut telah remaja dan organ reproduktif telah mula 12

<HBHE2203>

berfungsi. Remaja lelaki akan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan sperma. Perkara ini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Mereka perlu didedahkan dengan maklumat ini.

Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau lewat umur 16 tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat dan mungkin datang sejak pelancapan atau mimpi lembap. Pancutan pertama ini biasanya tidak mempunyai cukup air mani untuk subur (Money, 1980). Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara garau yang janggal. Suara betul-betul berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian perubahan akil baligh, dan dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi kepentingan sebagai batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)

PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL REMAJA

Dalam istilah fisiologi, akil baligh merujuk kepada seseroang remaja itu mempunyai kemampuan dari segi fizikal untuk melahirkan zuriat. Remaja perempuan lebih cepat mencapai akil baligh berbanding dengan remaja lelaki. Purata umur akil baligh bagi remaja perempuan ialah 12 tahun manakala remaja lelaki ialah 14 tahun.

Remaja Perempuan Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh Punggung melebar dan menunjukkan cirri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh di muka. Suara berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Mula datang haid.

13

<HBHE2203>

Remaja Lelaki Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis) Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh Suara menjadi garau Misai dan janggut mula tumbuh Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh. Bahu dan dada menjadi bidang. Tubuh berotot. Jerawat mula tumbuh. Zakar dan buah zakar mula membesar. Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Perubahan inilah menunjukkan kanak-kanak lelaki telah akil baligh. Perubahan utama semasa akil baligh ialah : Badan menjadi tinggi. Badan membesar secara melintang (terutama punggung). Perkembangan pada payu dara. Badan berpeluh dengan lebih kerap dan mungkin berbau. Rambut menjadi lebih berminyak. Kulit muka berminyak dan mungkin berjerawat. Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak, kaki dan pubik Mula mendapat keputihan. Mula alamai mestruasi (haid). Perubahan fizikal bagi seseorang remaja lelaki dan perempuan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti : Amalan pemakanan. Genetic. Sosiobudaya. Persekitaran. 14

<HBHE2203>

Penyakit-penyakit akibat kurang zat makanan pada peringkat bayi dan kanakkanak boleh juga menyebabkan pertumbuhan terbantut pada peringkat remaja.

Perubahan tumbesaran lelaki dari lahir hingga dewasa TAHAP PERUBAHAN UNTUK TUMBESARAN ZAKAR LELAKI ZAKAR (PENIS) DAN KERANDUT BUAH ZAKAR (SKROTUM)

15

<HBHE2203>

TAHAP PERUBAHAN UNTUK TUMBESARAN BULU KEMALUAN LELAKI

16

<HBHE2203>

Perubahan tumbesaran perempuan dari lahir hingga dewasa

TAHAP PERUBAHAN TUMBESARAN PAYUDARA 17

<HBHE2203>

TAHAP PERUBAHAN UNTUK TUMBESARAN BULU KEMALUAN PEREMPUAN

18

<HBHE2203>

PERUBAHAN EMOSI Perkembangan emosi pada peringkat awal remaja boleh diterangkan berdasarkan Tahap Perkembangan Moral Kohlberg. Menurut Kohlberg, peringkat awal remaja berada pada tahap conventional morality (umur 8 tahun hingga 20 tahun). Bersama perubahan fizikal, akan berlakulah perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak merosakkan masa depan remaja.

Stage 1 : Preconventional morality Stage 2 : Conventional morality Stage 3 : Postconventional morality

Level 1 Avoid punishment Level 2 Gain rewards Level 1 Gain approval, avoid disapproval. Level 2 Follow the rules because they are the rules Level 1 Develop personal value system but follow socially established rules Level 2 Value system based on general or universal morals

Tahap Perkembangan Moral Kohlberg

Pada peringkat ini remaja mula mengambil kira kehendak dan pendapat orang lain. Perasaan ingin mencari identiti diri. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri dan ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

gembira

Pelbagai emosi

sedih

marah

19

<HBHE2203>

PERUBAHAN SOSIAL Sewajarnya kita semua maklum bahawa zaman remaja adalah zaman yang amat menyeronokkan. Terdapat ahli psikologi yang menyatakan peringkat remaja sebagai storm and stress. Renungi bersama beberapa perubahan sosial yang agak ketara berlaku pada peringkat awal remaja iaitu : i). Identiti Kendiri Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan ciri-ciri identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka seperti adik-beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Penerimaan rakan sebaya adalah penting ii). Penerokaan Remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Alam remaja yang cukup mencabar dan sentiasa memerlukan bimbingan dan nasihat serta perbincangan dengan ibu bapa, guru, kawan yang baik akhlaknya dan orang dewasa yang boleh dipercayai.

20

<HBHE2203>

PERKEMBANGAN MENTAL Perkembangan mental di lihat dari sudut perkembangan intelek pula, tiada perbezaan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan berdasarkan ujian IQ yang dilakukan. Bagaimanapun, dari segi kemahiran berbahasa, kanak-kanak perempuan lebih cepat dalam beberapa aspek bahasa pada peringkat awal. Sebahagian besar kanak-kanak perempuan boleh bertutur lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki, dan hampir semua mereka boleh menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat lebih panjang.

Penguasaan dan kemahiran ini bukan saja berlaku pada peringkat awal mereka boleh bertutur, malah juga pada peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak perempuan boleh membaca dan menulis lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki.

Keserlahan dari segi tatabahasa dan ejaan mereka juga lebih baik daripada kanak-kanak lelaki. Pada peringkat remaja, kanak-kanak perempuan lebih baik dari segi artikulasi dan sebutan serta tidak begitu menghadapi masalah membaca. Mereka juga lebih baik dari segi taakulan berbahasa dan kurang mengalami gangguan bahasa berbanding kanakkanak lelaki.

Namun begitu dari kecil hingga remaja kanak-kanak perempuan lebih baik dalam aritmetik, tetapi selepas peringkat remaja, kanak-kanak lelaki memperoleh markah lebih baik dalam tugas yang memerlukan taakulan aritmetik. Kanak-kanak lelaki lebih baik dalam visualisasi ruang tidak kira pada peringkat umur mereka.

21

<HBHE2203>

22

<HBHE2203>

Nama baik Negara tercemar

Dari sudut Agama Mendapat dosa

Mencemarkan nama baik keluarga

KESAN PENGABAIAN MENJAGA KEHORMATAN DIRI

Berisiko mendapat jangkitan HIV, AIDS dan Sifilis (penyakit kelamin)

Ketenteraman masyarakat terganggu

Terdedah kepada gejalagejala negative seperti berzina dan pembuangan bayi

23

<HBHE2203>

Otak cergas Kekal sihat Negara akan maju

PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN

Terhindar daripada obesiti

Kesihatan kita kehidupan kita Harga diri meningkat

PENUTUP

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan mengenai awal remaja dan akil baligh. Kesedaran betapa pentingnya generasi remaja masa kini yang akan membentuk Negara pada masa hadapan. Pengetahuan dan amalan gaya hidup yang sihat perlu diamalkan dan dititipkan dalam setiap diri para remaja dan generasi akan datang. Justeru itu pengetahuan tentang seksualiti dapat mengenalpasti dan meningkatkan personaliti seseorang remaja. Ilmu pengetahuan ini perlulah diterapkan dan diketengahkan pada peringkat sekolah rendah lagi. Ada pepatah mengatakan untuk melihat bagaimana sesebuah Negara pada masa akan datang, maka lihatlah corak dan pemikiran remajanya pada masa sekarang. Hayatilah slogan ini REMAJA SIHAT NEGARA MAJU.

24

<HBHE2203>

SOAL SELIDIK Arahan : Baca dan jawab soalan yang diberikan. I). Tandakan (/) pada jawapan yang sesuai. II). Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

25

<HBHE2203>

( 2,906 patah perkataan)

26

<HBHE2203>

BIBLIOGRAFI

HBHE2203 . Kesihatan Diri dan Keluarga. (2010).Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad, dan Yahya bin Abdul Jalil. 2005. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Borhannudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abdul Rahman dan Hamizon bin Hamid.2006. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad, dan Arif Fazli bin Haji Ujang. 2007. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 6. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Temubual bersama En. Anisam b. Mohd Thani Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa Nibong Tebal. Temubual bersama Dr. Norbadariah bt. Othman Pakar Perubatan di Hospital Besar Taiping. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitR/RAHSIA REMAJA. pdf http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja.jsp?lang+remaja&sub+bm http://groups.google.com/ukm-psikologi/web/perkembangan-fizikal-remaja http://www.infosihat.gov.my/penyakit/remaja/akilbaligh.php http://www.kpwkm.gov.my/panel/upload/konsep1.pdf http://yadim.com.my http://pipl.com/directory/name/baligh/akil

27

<HBHE2203>

28

<HBHE2203>

29

<HBHE2203>

30

<HBHE2203>

31

<HBHE2203>

32

<HBHE2203>

33

You might also like