You are on page 1of 2

ANIS NABILA BT ISMAIL (P3D)

TEKNIK PENOLAKAN DALAM PENGGUNAAN SEMPOA Penggunaan sempoa melalui operasi tolak tidak banyak berbeza dengan operasi tambah yang pernah saya dipelajari sebelum ini. Hal ini demikian kerana bagi melakukan pengiraan melibatkan operasi tolak, sempoa digunakan dari arah kiri ke kanan begitu juga dengan operasi tambah. Dalam operasi menolak, kita bermula dari sebelah kiri dan membuang manik-manik yang sedia ada dengan cara menggerakkan manik-manik sama ada di bahagian atas atau bawah. Akhir sekali, manik-manik yang masih tinggal mempamerkan nilai jawapan yang dikehendaki oleh pengguna. Kaedah yang digunakan memudahkan para pengguna supaya dapat mengira dengan lebih pantas dan cepat serta mengurangkan risiko berlakunya kesilapan semasa mengira. Contoh yang jelas lagi dapat ditunjukkan melalui rajah berikut:

Rajah 1

Sebagai contoh yang boleh ditunjukkan pada Rajah 1 iaitu untuk melakukan operasi tolak enam daripada sembilan, beberapa langkah perlu dijalankan. Antaranya ialah dengan mengaturkan manik-manik pada sempoa supaya ia menunjukkan bacaan manik bernilai sembilan. Yang pertama sekali ialah kita hendaklah meurunkan satu manik (+5) pada bahagian atas sempoa dan menaikkan empat manik (+4) pada bahagian bawah sempoa. Jari telunjuk digunakan apabila kita hendak menaikkan manik ke atas manakala ibu jari pula berfungsi untuk menurunkan manik-manik ke bahagian bawah. Pastikan kita menggunakan kedua-dua jari tersebut bagi memudahkan pengiraan. Langkah yang seterusnya iaitu untuk menolak enam, kita hendaklah membuang satu manik (-5) yang berada di bahagian atas dan menurunkan satu manik (-1) yang berada di bahagian bawah sempoa. Selepas itu, manik-manik yang masih tinggal mengikut posisinya dalam sempoa menunjukkan nilai yang dikehendaki dan dalam operasi ini, hanya tiga manik yang tinggal. Oleh kerana manik-manik tersebut berada pada bahagian bawah sempoa dan pada jalur sa jadi ia membawa nilai tiga.

ANIS NABILA BT ISMAIL (P3D)

Nilai Sedia Ada

Tolak

Pergerakkan Manik Bahagian Bawah Geladak -1 -2 -3 -4 Bahagian Atas Geladak

1,2,3,4,5,6,7 or 8 2,3,4,7 or 8 3,4,8 or 9 4 or 9 5,6,7,8, or 9 6,7,8 or 9 7,8 or 9 8 or 9 9

1 2 3 4 5

-1 6 7 8 9 Jadual 1 Jadual 1 boleh digunakan untuk mebuat teknik menolak seperti contoh di atas. Di samping itu, ia menunjukkan dengan lebih jelas cara yang berkesan untuk melakukan operasi tolak yang dikehendaki. -1 -1 -2 -1 -3 -1 -4 -1

You might also like