Professional Documents
Culture Documents
Fadzilah Kamsah]
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 1. Pemimpin 2. Lembut 3. Kemas (Cerewet) 4. Rajin 5. Boleh berbincang 6. Angin 7. Patuh 8. Bisnes 9. Glamour
Contoh: 20 05 1981 2+0=2 Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2+6=8 Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10 Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1+0=1 Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya.. 2 : Lembut 8: Bisnes 1: Pemimpin Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 22. Tahu petua mengulang kaji: o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita o siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna o duduk tegak dikerusi yang selesa o baca doa penerang hati o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul o fikir dan ingat kembali isi utama o catat/lakar o semak semula ketepatan maklumat o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain o buat rumusan o jawab soalan o tampal maklumat yang rumit di dinding o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa: o jangan makan kepala ikan o jangan makan organ dalaman o jangan minum semasa makan o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut o jangan melihat kemaluan o jangan melihat buih o jangan membaca nama pada batu nisan o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain o banyakkan makan kismis, kurma dan madu o banyakkan makan kekacang o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan o jangan makan sehingga terlalu kenyang o jangan kencing berdiri 25. Tahu kemahiran mengingat: o tampal nota-nota penting di dinding o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah o gunakan kaedah akronim o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 26. Cekap mengatur jadual belajar: o mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual buat jadual yang boleh diikuti 27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 32. Pelbagaikan tempat belajar. 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: o taat kepada Allah o mendirikan sembahyang o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka o hormati & sayangi guru o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari o membantu rakan yang memerlukan o berdoa dan bersyukur kepada Allah o sentiasa bertawakal o mahir dalam setiap mata pelajaran Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
o o